You are on page 1of 48

SARJANA MUDA KAUNSELING

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI MALAYA
SESI 2006/2007
SEMESTER 1

PPEC 3140
KAUNSELING KETAGIHAN DAN
PEMULIHAN
TEORI ADLER
PENSYARAH:
PUAN HAMIDAH BINTI SULAMAN
1
Ahli-ahli Kumpulan

1)Chia Pooi Yee PEC030015


2)Gaithri Balakrishnamurty PEC030024
3)Hanani Osman PEC030026
4)Jaslina Shaik Othman PEC030031
5)Khairana M.Kasim PEC030101
6)Norazinie Muhamad PEC030059
7)Parameswaran Nair PEC030077
8)Siti Rokiah Alias PEC030082
9)Tan Siao Wei PEC030086
10)Yusliza Yaakub PEC030098 2
Pengenalan
Alfred Adler
~Dilahirkan di Vienna pada thn 1870.
~Anak ketiga drpd 6 orang adik-beradik.
~Zaman kanak-kanaknya penuh dengan kesedihan. Hampir
maut semasa usia 4 thn akibat pneumonia.
~Hubungan Adler lebih rapat dengan bapa berbanding ibunya.
Menurut Adler:
~Manusia mempunyai kebebasan untk membentuk
persekitaran & tidak dikawal oleh desakan alam bawah sedar.
~Manusia adalah unik dan berusaha mencapai
kesempurnaan, berpotansi untuk mengikut kecenderungan
masyarakat. Di samping dipengaruhi oleh pengalaman
semasa kanak-kanak, turutan kelahiran, interaksi dengan ibu
bapa.

3
Elemen teori Adler

Bertumpuan kepada hubungan antara sesama adik beradik.


Apabila seseorang dalam sesebuah keluarga merasakan
bahawa adik beradik lain mempunyai kelebihan
daripadanya, akan merasa diri serba kekurangan.

Manusia mempunyai minat sosial yang penting untuk diberi


perhatian oleh seorang kaunselor untuk mencipta suasana
kaunseling yang bertindak balas daripada individu sekeliling.

Menurut Adler minat sosial seseorang klien dipengaruhi oleh


kedudukan dalam keluarganya dan ia adalah satu perkara
penting untuk mencapai empati dalam sesi kaunseling.

Memberi penekanan kepada pandangan individu secara


subjektif terhadap dunianya dan juga sokongan kepada nilai
etnik & persepsi yang wujud dalam persekitarannya.
4
Kaunselor Adler pula menekankan tingkah laku kliennya,
samada yang bersifat pengarahan, kebergantungan,
kedudukan dalam susunan kelahirannya, mimpi siang dan
mimpi malamnya, dan juga tingkah laku yang tidak elok
semasa di zaman kanak-kanak. Kesemua ini membantu
mencari perasaan rendah diri yang menggambarkan corak
hidupnya.

Kaunselor yang menggunakan pendekatan teori ini


menekankan kepada matlamat- matlamat dan cara hidup
yang membolehkan kaunselor memahami penglibatan
secara dinamik dalam tingkah laku kanak-kanak dalam
masyarakatnya, samada keluarganya mahupun rakannya.

5
4 jenis kefahaman klien yang salah di dalam teori ini

1. Kehendak mendapatkan perhatian


Seseorang itu akan membuat sesuatu utk menarik perhatian orang di
sekeliling walaupun tindakan tersebut tidak wajar dilakukan.

2. Kehendak mendapatkan kuasa


Kuasa bermakna seseorang itu mempunyai pengaruh yang kuat ke atas
orang lain. Namun kuasa ini merujuk kpd cara seseorang mencapai
kepuasan diri tanpa mementingkan pandangan orang lain terhadapnya.

3. Kehendak meluahkan dendam


~Seseorang individu mungkin menyimpan dendam bagi mencapai
matlamatnya. Namun begitu mangsa peluahan rasa dendam biasanya
tiada kaitan dengan dendam tersebut.
~Dendam ini berpunca dari rasa tidak puas hati sesama adik beradik
yang blh mendatangkan kekusutan pemikiran & emosi yang tidak sihat.

4. Wujudnya rasa serba kekurangan


Akibat kekurangan ini menimbulkan perasaan yang merosakkan dirinya
di samping wujudnya kebimbangan kepada individu lain. Klien merasa
terasing akibat tidak diberi perhatian dan juga tidak dihargai.

6
MATLAMAT TERAPI ADLER

 Meroka matmalat yang salah pada diri klien tersebut.


 Mengenalpasti segala andaian salah yang wujud dalam
pemikiran tidak rasional klien.
 Memberikan galakan & peneguhan kendiri kpd klien
supaya memupuk keyakinan diri.
 Mewujudkan perasaan klien yang lebih rasional dan
dapat menikmati hidupnya setaraf dengan orang lain /
masyarakat di sekeliling.
 Menggalakkan klien agar lebih merasa
bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri.
 Menggalakkan klien agar sentiasa berfikir positif
terhadap dirinya sendiri.
7
MATLAMAT TERAPI ADLER

Terapi Alderian menggunakan Teknik-teknik


Ingatan Awalan.

~ Dari ingatan-ingatan awal, kaunselor dapat


menyelami matlamat klien serta perkara-perkara
& nilai yang memberangsangkan klien.

~ Teknik dalam proses perhubungan dalam


terapi ini memberi fokus kepada perhubungan
kolaboratif antara kaunselor dan klien.

8
CONTOH KES
Nama : Ramli bin Hussin (Anak bongsu)
Umur : 22 tahun
Bapa : Dato’ Fikri Bin Hussin
60 tahun, seorang perokok & bekas penagih
arak.
Bekas Wakil Rakyat dan Bekas Exco
Ibu Kandung : Manisah
Telah bercerai dengan bapa ketika penama
berusia 5 tahun. Hilangkan diri.
Ibu Tiri :Datin Naemah bt Rashid, bekas Wakil Rakyat.
Status Adik-Beradik :
Seramai 7 orang (5 lelaki & 2 perempuan).Penama anak
bongsu dan masih di bawah tanggungan keluarga.Yang lain
sudah berumahtangga dan ada kehidupan sendiri.Ada seorang
adik lelaki kepunyaan ibu tiri .

9
Ramli
Anak bongsu
Ibu bapa bercerai
Ibu hilangkan diri------rasa malu
Kecacatan warna kulit -------rasa rendah diri
Diabai oleh bapa dan abang kakaknya yang sibuk
Sikap bapa keras dan auditorian
Bapa suka bandingkan pencapaian Ramli dengan adik lain
Hanya sayang akan anak ibu tiri yang baru lahir
Kebebasan tanpa kawalan
Mengalami sosialisasi luaran negatif
Takut menghadapi masyarakat
Bapa rasa malu atas penagihan Ramli dan enggan terimanya
sebagai anak
Saudara rasa sangsi dan tidak membantu Ramli
Ramli hampa atas sikap keluarganya lalu menagih semula
10
MASALAH UTAMA KLIEN
Perasaan Inferiority

Kecacatan kulit- merasakan rupa diri menakutkan orang


lain. Malu, perasaan takut berhadapan dgn masyarakat,tidak
mampu kawal diri, kurang kemahiran mengatasi tekanan
perasaan.

Parental Style
Neglecting
~Bapa dan ibu tiri tdk menunjukkan kasih sayang.
Tambahan pula tidak mendapat kasih sayang ibu kandung
sejak kecil.
~Kesannya, tidak mempunyai kebolehan untuk membina
hubungan yang rapat dengan orang lain dan mempunyai
perasaan bahawa tiada seorangpun mengambil berat
terhadap dirinya.

11
Rejecting
~Bapa, ibu kandung & ibu tiri telah menanggap klien sebagai
beban akibat daripada penceraian. Ini menyebabkan klien
melihat diri sebagai dipinggirkan dan tidak bernilai. Ini
menunjukkan tidak wujud sense of belonging dlm diri klien.

Menurut Adler, tinglahlaku “addictive” menunjukkan perasaan


Inferiority, seperti malu, suka bersendirian, terlalu sensatif,
anxiety, depression. Perasaan Inferiority, mengawal
kehidupan mantal dan boleh dikenalpasti dgn jelas ia adalah
disbbkan oleh ketidaklengkapan Incompleteness dan
Unfulfillment.

• Kaunselor perlu mengenalpasti perasaan Inferiority dan


memandu klien ke jalan penyelesaian yang berkesan.

12
Striving for significance

Klien menggunakan usaha ilusi / kepercayaan palsu


dgn mengambil dadah untuk mengatasi perasaan
Inferiority. Sepatutnya klien perlu berusaha ke arah
usaha yang tulen untuk mengatasi perasaan
Inferioritynya.
Kaunselor bekerjasama dgn klien untuk mengatasi
perasaan Inferiority dgn usaha yang tulen:
~Kaunselor konfrontasi “Perbandingan cara penyelesaian,
kebaikan dan keburukan mengambil dadah”
~As If- meminta klien membuat bayangan diri dimana klien
mengaktifkan diri dalam sesuatu persatuan dn mendapat
tumpuan orang ramai atas dedikasinya.
~Meminta klien membuat perbandingan jalan penyelesaian.
13
Style of life

Menurut Adler, penagih dadah menagih utk melarikan


diri drpd tanggung jawab & mahu jalan penyelesaian
yang mudah.
Didapati, klien juga menagih untuk mengatasi
kebimbangan dn ketakutan yang memburunya. Jadi
jalan penyelesian klien adalah klein akan mengambil
dadah utk mengatasi perasaan tersebut.

Meminta klien bertanggung jawab ke atas diri sendiri dan


membina displin diri.

14
Private Logic

Kecacatan warna kulit- klien berpendapat ia menakutkan


orang lain. Ini menyebabkan klien rasa rendah diri dan malu
berhadapan dgn masyarakat. Jadi klien hisap ganja dan
dadah untuk atasi perasaan tersebut.

Klien berpendapat bahawa dgn menghisap ganja barulah


dirinya diterima oleh kumpulan kawan, menunjukkan diri
sebagai seorang yang sudah dewasa , berjaya , hebat ,
berani dan tidak takut kepada cabaran. Jadi klien terdorong
untuk mengambil ganja dan ini menunjukkan klien lari dari
realiti.
Meminta klien untuk menerima kelebihan dan kekurangan
diri dan menyedarkan klien bahawa kecacatannya boleh
diatasi.

15
Social Context

Menurut Adler, konteks sosial membentuk tingkah laku


manusia. Konteks sosial meliputi Family Constellation
dan juga hubungan dengan orang lain.

Hubungan keluarga dengan klien adalah tidak mesra


dan klien tidak mempunyai didikan keluaraga yang
sepatutnya. Ini menyebabkan klien lebih banyak
menghabiskan masa dgn kawan dan pergaulannya
bebas sehingga klien terjebak dalam aktiviti mengambil
ganja.

Konfrantasi- “Adakah klien mengambil apa-apa inisiatif


untuk mendekatkan diri dgn keluarga klien”?

16
PERINGKAT-PERINGKAT KAUNSELING

FASA 1 - MEMBINA HUBUNGAN

FASA 2
1) MENDEFINISI/MENGENALPASTI
MASALAH
2) MENGANALISIS MASALAH
3) MENEROKA
ALTERNATIF/PERANCANGAN
4) PELAKSANAAN/TINDAKAN
5) PENGORIENTASIAN SEMULA/MENILAI
ALTERNATIF DAN MAKLUMBALAS
6) PENAMATAN
17
FASA 1
MEMBINA HUBUNGAN

Kaunselor cuba mendekatkan diri dengan klien


dengan mewujudkan suasana yang selesa, mesra
dan kepercayaan dalam diri klien.
- Reppor
Contonnya: Bertanya khabar klien

18
FASA 2
1)MENDEFINISI/MENGENALPASTI MASALAH

Teroka: Perasaan, motif, kepercayaan & matlamat.


Tujuan: Memahami gaya hidup klien dalam
kehidupannya.
Gaya hidup: Pekerjaan, masyarakat-minat sosial
dan kasih sayang.
Kes:
1) Kurang kasih sayang
2) Rasa rendah diri
3) Kurang perhatian
4) Kurang kemahiran atasi masalah

19
2) MENGANALISIS MASALAH

Kemahiran: Cabaran, Sokong, konfrantasi &


kemukakan soalan-soalan terbuka
Tujuan: menggalakkan celik akal klien
1) Tingkahlaku tidak sesuai
- Memberontak

2) Matlamat yang tidak kena


- Tidak mempunyai jati diri yang kuat.
- Mengatasi perasaan dengan mengambil dadah.

3) Gaya hidup yang tidak wajar


- Budaya Hippih, merokok, pengaulan bebas,
mengambil ganja, Herion, Morfin, meniru gaya barat.
20
3) MENEROKA ALTERNATIF

 Kaunselor mengkonfrantasi klien tentang agama Islam


tetapi klien mengemalkan hidup barat.
 Kaunselor mencabar keupayaan klien yang mengatakan
dirinya kekurangan sedangkan dia juga mempunyai
kelebihan.
 Kaunselor memberi sokongan dengan membawa
perubahan positif kepada klien dengan:
~meneroka peluang-peluang apabila meneruskan
pelajaran & berhenti menjadi penagih
~cuba sama-sama memikirkan jalan mencari ibunya yang
telah terpisah.
 Kaunselor mencabar klien berhenti menagih dadah kerana
klien pernah berfikir cara untuk berhenti menagih dadah.
 Kaunselor & klien cuba berbanding cara-cara untuk
berhenti menagih dadah berpandukan alternatif yang boleh
dilaksanakan oleh klien. 21
4) PELAKSANAAN/
TINDAKAN

Tindakan klien:
Komited untuk berubah
Sanggup melakukan sesuatu untuk mengubah
diri – menyelesaikan masalah berdasarkan
celik akal.
Bergantung kepada diri klien sama ada mahu
berubah atau tidak.

22
5) MENILAI ALTERNATIF/
PENGORIENTASIAAN SEMULA & MAKLUMBALAS

Tindakan yang dilaksanakan dinilai dari semasa


ke semasa melalui sesi susulan sehingga
mencapai:
- Matlamat, tingkahlaku & gaya hidup yang sesuai.
Berhenti menagih dadah & meneruskan pengajian
sebagaimana pelajar lain serta cuba mencari ibu yang
lama terpisah.

23
PENAMATAN

Pencapaian dirumuskan.
Matlamat yang tidak tercapai dikenalpasti
puncanya.
Klien diminta untuk merumuskan apa yang
dilaluinya dan kaunselor buat rumusan.
Klien buat keputusan / merasa dirinya telah dapat
menyelesaikan masalah-masalah berlaku.

24
Aplikasi: terapeutik teknik dan prosedur

Kaunseling Adlerian dibentuk berasaskan 4 fasa


dalam proses terapeutik.
~Fasa-fasa ini tidak linear & tidak berkembang scr
rigid tetapi ia adalah sesuatu yang berkait.
Fasa-fasanya adalah:-
Mewujudkan hubungan terapeutik yang sepatutnya
Menjelajah dinamik psikologi yang ada pada klien
(suatu penilaian)
Mendorong perkembangan (self understanding)
Membantu klien membuat pilihan yang baru
(orientasi semula dan pendidikan semula)

25
Fasa 1 :
Mewujudkan hubungan (Establishing the Relationship)

Bekerjasama dengan klien dan perhubungan


adalah berasakan kasih sayang, penglibatan &
persahabatan.

Mengutamakan 'person-to-person contact' dengan


klien daripada memulakan dengan masalah (the
problem).

Sekiranya klien yakin bahawa orang memberi


perhatian, maka klien lebih senang untuk
memfokus dalam terapi & seterusnya dapat
mencapai matlamat.
26
Fasa 2 : Meneroka Dinamik Individu

Kaunselor akan mendengar dan mencari 'clues' untuk


melihat cara klien menghadapi & menilai kehidupannya.

mengekstrak corak dlm hidup klien, membentuk


hipotesis ttg apa yg sesuai untuk klien & menentukan
apakah yang merisaukan klien dalam hidupnya.
Adler mengatakan bahawa penilaian cara hidup
bermula dengan menyoalselidik tentang patern keluarga
dan sejarah awal zaman kanak-kanak.
Kaunselor juga menginterpretasi ingatan awal klien
untuk memahami klien secara menyeluruh dalam
proses perkembangan dari zaman kanak-kanak dalam
aspek sosial.

27
Fasa 3 : Mendorong pemahaman diri & celik akal (self
understanding)

Adlerian percaya bahawa kesemua yang ada dalam


kehidupan manusia adalah kerana sebabnya tersendiri.

Adlerian menganggap celik akal adalah sejenis kesedaran


yang istimewa untuk memudahkan suatu pemahaman
yang bermakna dalam suatu hubungan terapeutik dan
bertindak sebagai asas bagi perubahan.
Pendedahan dan interpretasi yang tepat pada masa yang
sesuai merupakan teknik yang memudahkan proses untuk
meperoleh celik akal.

Pendedahan dan interpretasi ini adalah untuk mewujudkan


kesedaran tentang hala tuju hidup, tujuan dan matlamat
dalam hidup, logik peribadi sesorang dan bagaimana ia
berfungsi dan kelakuan kini seseorang. 28
Fasa 4 :
Membantu dalam Orientasi Semula
Fasa ini memfokus dlm membantu klien untuk menemui
alternatif yg baru & lebih baik.
Klien didorong & dicabar untuk mengembangkan
keberanian utk ambil lebih banyak risiko & melakukan
perubahan dlm hidup.
Selalunya seseorang hanya perlu diorientasikan kepada
bahagian hidup yang berguna.
~Bahagian hidup yang berguna:
perasaan disayangi & dinilai, berminat terhadap kebajikan orang
lain, keberanian, diterima walaupun ada kekurangan, yakin,
periang, keinginan untuk menyumbang & beramah mesra.
~Bahagian yang tidak berguna:
penyerapan diri (self absorption), penarikan diri drpd tugasan
hidup, melindungi diri-sendiri / bertindak menentang orang lain.
(individu akan menjadi kurang peranannya & lebih cenderung
kepada psychopathology.) 29
dorongan
Prosedur Adlerian yang paling penting & merupakan sentral
bagi semua fasa kaunseling dan terapi.(amat penting bagi
seseorang yang ingin perubahan dalam hidup.)

Adlerian menggunakan setiap peluang yang diberi oleh klien


untuk memberi dorongan.

Sebahagian drpd proses dorongan, Adlerian menggunakan


pelbagai teknik kognitif, teknik kelakuan dan teknik
pengalaman untuk membantu klien supaya mengenalpasti dan
mencabar kognisi yang melemahkan diri (self-defeating
cognitions) menghasilkan persepsi alternatif & menggunakan
aset, kekuatan dan sumber.

30
Dalam fasa hubungan, dorongan terhasil drpd sikap hormat-
menghormati antara satu sama lain yang cuba diutamakan
oleh kaunselor.

Dalam penilaian fasa yang sebahagiannya direka untuk


mempertingkatkan kekuatan seseorang, klien didorong
untuk mempertingkatkan kekuatan diri sendiri &
mengenalpasti bahawa mereka bertanggungjawab terhadap
diri sendiri dan mampu membuat pilihan berbeza
berdasarkan pemahaman baru.

Semasa orientasi semula, dorongan berlaku apabila


kemungkinan baru terbentuk dan orang diiktiraf kerana
mengambil langkah positif untuk mengubah hidup untuk
kebaikan.

31
Perubahan & pencarian untuk kemungkinan yang baru.

Semasa fasa orientasi semula, klien membuat keputusan &


mengubah matlamat.

Mereka didorong untuk berlakon seolah-olah mereka


adalah orang yang mereka ingin jadi, di mana boleh
mencabar tanggapan tentang had kemampuan mereka.

Klien & kaunselor meneliti alternatif yang mungkin dan


akibatnya, menilai bagaimana alternatif -alternatif ini dapat
mencapai matlamat klien, dan memutuskan seuatu tindakan
yang spesifik.

Alternatif dan kemungkinan baru yang terbaik adalah yang


dibina oleh klien itu sendiri dan kaunselor seharusnya
memberi sokongan dan dorongan dalam proses ini.

32
Membuat Perubahan

Kaunselor Alderian cuba untuk membuat


perbezaan dalam hidup klien.Perbezaan
tersebut mungkin boleh merangkumi
perubahan dari segi persepsi atau
kelakuan.

33
Teknik psiko-teraputik (Psychotherapeutic Techniques)

Teknik & Strategi untuk membantu klien:


Menyatakan semula : menyatakan semula penyataan klien
untuk menunjukkan pemahaman
restating : Restating the client’s words to form clarity and convey understanding.

Refleksi : menyatakan semula penyataan klien untuk memberi


maksud yang lebih mendalam mengenai perasaan yang
terpendam.
Reflection: Restating the client’s words to give deeper meaning regarding the underlying
feeling.

Tekaan, gerak hati, hipotesis : membuat penyataan untuk


menjelaskan apa yang berlaku.
Guesses, Hunches, Hypotheses: Making statements to explain what is happening.

Penyoalan : untuk mendapat pemahaman yang lebih jelas dan


merangka semula simptom yang ada kepada klien.
Questioning: To get a better understanding but also reframe the symptoms for the client.

34
Interpretasi : tekaan, gerak hati, dan hipotesis ke satu tahap yang
lebih tinggi. Fokus ke atas persoalan “kenapa” tingkah laku itu
berlaku.
Interpretation: Takes guesses, hunches and hypotheses one step further. Focuses on the “whys” of
behavior.

Tingkah laku nonverbal : membawa tingkah laku nonverbal klien


kepada pemerhatian klien dan membuat interpretasi.
Nonverbal Behavior: Adlerians bring the client’s nonverbal behavior to the attention of the client and
interpret it.

Here and now : fokus kepada apa yang berlaku disini dan pada
masa sekarang. Immediacy : fokus on here and now.

Perancangan aktif : mencadangkan alternatif untuk dinilai untuk


membantu mengatasi masalah yang dihadapi.
Active Wondering: Proposes an alternative to the presenting problem.

Konfrontasi : konfront perkara percanggahan antara apa yang


dikatakan dan apa yang klien buat.
Confrontation: Pointing out discrepancies between what the client says and what the client does.

35
Niat paradox : meletakkan klien dalam situasi dimana klien berasa
serba salah atas atas tingkah laku negatifnya.
Paradoxical Intention: Asking the client to amplify target behavior to show the client how ridiculous it is.

Mewujudkan imej : meminta klien untuk membayangkan situasi


dimana beliau berada dalam situasi yang membahayakan.
Creating Images: Asks the client to imagine a ridiculous scene as he or she enters into a threatening
situation.

Soalan yang penting : jika masalah penagihan dadah saudara


hilang sekarang juga, bagaimana ia akan membawa perubahan
kepada saudara?
Asking “The Question”: “If your problem were to disappear overnight, how would things be different?”

Catching Oneself : klien digalak untuk mengenal-pasti dengan


sendiri perlakuan yang tidak rasional.
Having the client catch himself or herself when engaging in irrational behavior.

Acting As If : klien melakonkan watak yang klien rasa mustahil.


Acting out a role that the client thought impossible.

36
Spitting in the Soup: mengurangkan perasaan leganya apabila
mengmbil dadah dengan menunjukkan kepada klien motif sebenar
atau tujuan tingkah laku. Spoiling the game of the client.

Dorongan : meningkatkan kesedaran diri. Tunjukkan kepada klien


bahawa beliau tidak bermasalah, hanya tidak mendapat dorongan
yang sepatutnya. Memfokus kepada kemampuan klien, penilaian
dalaman, usaha dan peningkatan serta sumbangannya adalah lebih
daripada pencapaiannya.
Encouragement: Promotes client self-awareness. Client’s aren’t sick but only discouraged.

Menggembirakan seseorang : klien disuruh untuk bersemuka


dgn masyarakat & buat sesuatu yang baik kepada seseorang. Ini
membantu klien berasa yakin untuk bersemuka dengan masyarakat.
Pleasing Someone: Helps put the client back into society. The client is instructed to go out and do
something nice for someone else.

Teknik menekan butang – klien digalakkan untuk membayangkan


situasi yang menyenangkan & melihat bagaimana perasaannya.
Kemudian, ia harus membayangkan situasi yg tidak menyenangkan
& nilai perasaannya. Teknik ini adalah untuk menunjukkan bahawa
klien dapat mengawal perasaannya melalui pemikirannya dan
perasaan.
37
Role-Play : klien dapat merasai pengalaman yang tidak
pernah dialami & boleh mencuba kelakuan barunya dan
gaya hidup yang baru ini di hadapan kaunselor dgn berani.
Natural Consequences : Akibat / pengalaman peristiwa
akan mengajar klien tentang tanggungjawab dgn
membiarkan klien melalui pengalaman tersebut di dalam
persekitaran yang mempunyai suasana kepercayaan dan
hormat.
Logical Consequences : Akibat logical drpd pengalaman
mengajar klien keperluan utk mematuhi peraturan &
undang-undang demi kebajikan dirinya dan di dalam
persekitaran yang mempunyai suasana kepercayaan dan
hormat.

Terapi kelompok : Setting kelompok adalah lebih efektif


dalam memberi sokongan kepada klien. Ahli kelompok
yang melalui masalah yang sama boleh memainkan
peranan sebagai pengganti adik-beradik / ibubapa. Ini akan
memberi kebaikan bersama kerana ahli kelompok juga
akan turut mendapat celik akal serta akan rasa dihargai
kerana ia turut menyumbang dalam perkembangan ahli
kelompok yang lain. 38
Kaunselor Kenalpasti Kehendak Klien

Kecacatan Fizikal Klien


Kaunselor- Konfrantasi
“Ada kemungkinan tak sekirannya awak berjumpa dgn
pakar kulit awak akan dapat mengatasi masalah kulit?”
“Apa yang saya dengar tadi awak berpeluang utk
melanjutkan pelajaran ke IPT, bukan kah ini
menunjukkan anda seorang yg berkebolehan?”
Klien
mengharapkan tumpuan dr keluarga & masyarakat.
Kaunselor
Peneguhan positif – Kelebihan diri klien
Token ekonomi - Pengucapan sprt Syabas, Tahniah.

39
Klien
Dinamik keluarga
Kaunselor
Art Therapy, lukisan Family Tree minta klien
gambarkan kedudukan klien dlm keluarga dan minta
penjelasan drpd klien.
Kaunselor sbg pentafsir
Drpd lukisan klien, kaunselor dapati bhw klien rasa
dirinya tdk dihargai dlm keluarga. “Apa yg saya
dengar tadi anda rasa bhw diri anda tdk diterima dlm
keluarga? Sepi sejenak….Apa yang awak fikirkan
sebentar tadi?”…peluahan perasaan klien
Teknik Kerusi Kosong
Peluahan Perasaan oleh klien
40
Dialog antara klien dengan
kaunselor

41
Fasal 1 :
Membina Hubungan
Contoh Dialog :
Kaunselor : Selamat sejahtera, silakan duduk.
Bagaimana hari ni?
Klien : Selamat sejahtera. Saya ok-ok je.
Kaunselor : Baiklah, En Ramli.Apa yang ingin En
Ramli kongsikan dengan saya hari ini?
Silakan.
Klien : Em..er..boleh ke saya cakap ni…
Kaunselor : (senyum dengan yakin) Jangan risau,
segala apa yang diceritakan akan saya
rahsiakan. Apa isu yang En Ramli nak
kongsikan?
Klien : Em..sebenarnya..saya telah lama
mengambil dadah.Tapi…tak tahu macam42
mana nak hentikannya
Fasa 2 : Meneroka dinamik individu

Contoh Dialog:
Kaunselor : Cuba Ramli ingat kembali peristiwa
yang paling awal yang buat Ramli
tak dapat lupakan.
Klien : Sejak umur saya 5 tahun, ibu bercerai
dengan ayah. Saya dibesarkan di bawah
jagaan ibu tiri yang busuk hati. Ayah pula
langsung tak pedulikan saya, asyik cari
kesalahan saya sahaja.Tapi dengan anak
barunya semua betul, semua baik. Apa –
apa yang saya suarakan selalu aje tak
betul. Ini seolah-olah saya tak punya sesiapa
dan hidup berdikari sendirian. 43
Fasa 3 : Mendorong pemahaman diri dan celik
akal
Contoh Dialog:
Klien : saya seringkali tidak dapat bersama kawan-
kawan kerana kurang kemahiran dalam
mengatasi tekanan perasaan, saya sering merasa
rendah diri, malu dan sebagainya.
Kaunselor : Tidakkah Ramli sedar setiap manusia
mempunyai keunikan yang tersendiri.
Setiap manusia ada kekurangan dan
kebolehannya sendiri. Cuba Ramli fikirkan
apa pencapaian terbaik yang pernah Ramli
capai sepanjang dalam hidup Ramli.
Klien : (Termenung).Oh ya, walau pun keadaan fizikal
saya tidak sempurna seperti orang lain tapi saya
berjaya melanjutkan pelajaran ke Uitm dan
mendapat top ten di sekolah saya bagi
pencapaian terbaik. 44
Fasa 4 :
Membantu dalam orientasi semula
Contoh Dialog:
Klien : saya sebenarnya ingin tinggalkan najis dadah ni tapi
tabiat ini tak dapat saya kikis sebab sebelum ni saya memang
hidup dengan dadah. Sebelum pergi kelas atau buat apa
sahaja saya perlu mengambil dadah, boleh dikatakan sebelum
apa sahaja aktiviti yang akan saya lakukan saya perlukannya.
Kuanselor : Di sini saya lihat Ramli ada kekuatan untuk
berubah. Ada kemungkinan tak Ramli mencari
inisiatif lain untuk meneruskan kehidupan tanpa
dadah?
Klien : Mungkin saya boleh mengisi masa-masa yang ada
dengan perkara lain seperti berolah raga, menghabiskan
masa dengan kawan-kawan yan baik, mungkin saya juga
boleh menyertai persatuan kebajikan, dengan ini boleh
membantu saya mengurangkan tekanan dalam diri dan
meluaskan pergaulan saya dengan oran lain

45
Limitasi teori adler

Toeri ini menganggap diri klien sebagai locus untuk


berubah dan bertanggungjawab. Andaian ini mungkin
susah diterima oleh klien yang mempunyai budaya yang
berbeza.
Klien mungkin berasa marah dan diancam akibat
kaunselor meneroka isu-isu seperti ingatan &
pengalaman zaman kanak-kanak, hubungan dengan
keluarga
Kadangkala interpretasi sukar dilakukan, terutamanya
tentang mimpi.
Teori ini berkesan terhadap klien yang berintelligent &
highly verbal, tetapi mungkin mengabaikan klien yang
tidak mencapai kategori ini.
Masa yang diperlukan agak panjang.
46
kesimpulan

Kebebasan kreatif yang dipelopori oleh Adler


memerlukan kepelbagaian strategi yang sesuai
dengan keunikan setiap klien.
Apabila klien belajar perkara baru / cuba kelakuan
baru yang dipelajarinya, kaunselor boleh memberi
sokongan, galakkan serta maklum balas yang
bakal diterimanya dalam kehidupan sebenar.
(sama dengan peranan yang dimainkan oleh
ibubapa apabila melihat kanak-kanak mencuba-
cuba peranan dan situasi yang baru dalam proses
membesar)
Klien harus dilayan dengan lembut dan pada masa
yang sama harus diberi cabaran yang boleh
meningkatkan keyakinan.
47
Sumber rujukan
Azlina Abu Bakar @ Mohd. (2002). Psikologi Personaliti
Individu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.
Gerald Corey. (2001). Theory and Practice of Counseling and
Psychotherapy, 6th ed. USA: Brooks/ Cole, Thomson Learning.
Ivey, A. E., D’Andrea, M., Ivey, M. B. and Morgan, L. S. (2002).
Theories of counseling and psychotherapy: A multicultural
perspective, 5th ed. Boston, MA.: Allyn & Bacon.
James, R. K. & Gilliland, B. E. (2003). Theories and strategies in
counseling and psychotherapy, 5th ed. Boston, MA: Allyn &
Bacon.
Kottler, J. A. (2002). Theories in counseling and therapy: An
experiential approach. Boston, MA: Allyn & Bacon.
Schuckit, M.A (2001) Drug and Alcohol Abuse: A clinical guide
to Disgnosis and treament. 5th ed. Kluwer Academic Publishers.

48

You might also like