You are on page 1of 28

Nama penuh beliau ialah Raja Sabaruddin Abdullah.

Beliau menggunakan nama samaran Puja Sandarsono dan


Rasdianto Stapang. Beliau dilahirkan pada 21 Julai 1947 di
Bruas, Perak dan mendapat pendidikan awal di Sekolah
Rendah dan Menengah Raja Shahriman, Bruas, Perak
hingga tingkatan 3. Beliau meneruskan pelajaran di
Sekolah Menengah Anglo Chinese hingga tamat tingkatan
lima. Pada tahun1967 hingga 1968, beliau menerima latihan
perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung
Malim, Perak. Beliau bertugas di beberapa sekolah di Perak
dan di Sekolah Menengah Raja Shahriman. Beliau pernah
menjawat jawatan sebagai penerbit di Radio Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1974. Pada
tahun 1975 hingga 1976, beliau mengikuti Kursus Teknologi
Pendidikan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Selain aktif dalam bidang drama, beliau juga aktif
dalam bidang penulisan seperti cerpen, sajak, kritikan, dan
novel. Beliau telah memenangi pelbagai hadiah anjuran
pelbagai badan semasa bertugas sebagai pensyarah di
Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Beliau
juga aktif dalam kumpulan penulisan kreatif dan antara
novelnya yang terkenal Meniti Kaca dan Berhala Bukit
Piatu.
Tema yang dapat dihuraikan sebagai gagasan
fikiran atau persoalan yang menjadi pemikiran , atau
permasalahan yang modensari sesebuah cerita.
Dalam novel ini, temanya ialah kecekalan seorang
anak dalam menghadapi liku-liku hidup hingga
mencapai kejayaan.
Dalam novel ini, Nazar sebagai watak utama
mengalami pelbagai dugaan hidup ketika usianya
masih muda (15 tahun). Ibunya, Mahyun diserang
penyakit nanar dan tidak siuman. Akhirnya, ibunya
telah dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung
Rambutan. Ayahnya pula semakin uzur selepas
kematian isterinya. Namun, Nazar menguatkan
semangatnya untuk terus berusaha dengan
sokongan sepupunya, Zainab sehingga akhirnya dia
mencapai kejayaan dalam pelajaran.
Persoalan ialah perkara-perkara yang
dibangkitkan dalam sesebuah cerita (cereka).
Tujuannya adalah untuk memantapkan tema.
Persoalan saling berkaitan antara satu sama
lain. Dalam novel Meniti Kaca ini, ada beberapa
isu yang menjadi persoalan. Antaranya ialah:

Penyakit Mahyun :
Penyakit Mahyun sukar untuk dikesan. Berbagai-bagai
usaha telah dijalankan, namun penyakitnya itu masih berterusan
seperti yang di nyatakan dalam petikan yang berikut :

Puas berubat secara rawatan moden, ayahnya membawa


ibunya berubat secara tradisional. Macam-macam ramalan
yang dibuat oleh bomoh terhadap penyakit ganjil ibunya. Ada
yang mengatakan saka. Penyakit keturunan.

Kecekalan Dalam Hidup :


Menyedari nasib yang menimpa isterinya, Pak Sahar tidak
berputus asa. Kasih sayang tetap diberikan terhadap isterinya.
Oleh itu, dengan rasa kesedihan yang amat sangat, Mahyun
dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.
Walau bagaimanapun, Nazar tidak patah semangat. Dia
tetap cekal dalam mengharungi hidup seharian. Dia tetap
belajar dan berusaha dengan gigih walaupun makan dan
minumnya tidak terurus. Namun begitu, kegigihan dan usahanya
untuk berjaya sebagai seorang doktor tidak sempat dilihat oleh
ayahnya yang juga meninggal dunia akibat gangguan
kesihatan yang berterusan. Walaupun demikian, azamnya
terus berlipat ganda. Ini dapat dilihat dalam yang berikut :

Ya, aku akan menjadi doktor pada suatu hari nanti. Aku
akan menyelamatkan orang. Orang yang senasib dengan
ibu dan ayahku.

Aku akan menjadi seorang doktor! Dia menancapkan cita-


cita itu di padang hatinya.

Semangat Kejiranan :
Persoalan tentang kerjasama dan semangat kejiranan begitu
menonjol dalam novel ini. Ini dinyatakan melalui watak Mak Miah
(ibu saudara Nazar). Dia sentiasa memberi perhatian kepada
Mahyun sebelum Mahyun dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung
Rambutan. Begitu juga dengan watak Pak Sehak (bapa saudara
Nazar) yang bekerja sebagai pemandu teksi. Dia tetap
memerhati
dan mengambil berat tentang keluarga Nazar. Zainab (sepupu
Nazar) pula telah dituduh dengan pelbagai tuduhan, namun atas
sikapnya yang sentiasa sedia membantu, dia tetap menghantar
makanan ke rumah Nazar dan turut belajar bersama Nazar.
Begitu juga dengan keluarga Cina seperti Ah Seong (rakan
Nazar), Kim Moi (ibu Ah Seong), dan Sidang Seman (ketua
kampung) yang telah menunjukkan sikap kejiranan yang tinggi
yang tanpa mengira bangsa dan agama. Bagi mereka, hidup
bermasyarakat wajib tolong-menolong. Inilah sifat dan budaya
Timur yang sangat tinggi nilainya.
Perpaduan Kaum :
Sebagai sebuah masyarakat pelbagai kaum yang hidup dalam
semangat kejiranan, perbezaan antara keluarga Melayu dan
keluarga Cina tidak menjadi penghalang. Mereka saling tolong-
menolong antara satu sama lain. Keluarga Ah Seong sering
membantu keluarga Nazar dan Nazar sendiri membantu Ah Seong
dalam pelajarannya. Mereka dapat melaksanakannya dengan baik
sebagai sebuah masyarakat yang bersatu.

Kesabaran Dibalas Dengan Kejayaan :


Persoalan menuntut Kesabaran adalah antara fokus yang
diutarakan dalam novel Meniti Kaca. Nazar sabar dan cekal dalam
menghadapi ujian Allah. Nasib malang yang telah menimpa Nazar
dan keluarganya dapat diterima dengan sabar. Walaupun dihimpit
dengan masalah keluarga, tidak mendapat kasih sayang daripada
ibunya, namun Nazar menerimanya dengan sabar dan akhirnya, dia
telah berjaya dalam pelajarannya.

Begitulah persoalan yang disampaikan oleh


pengarang menerusi novel Meniti Kaca. Setiap
persoalan itu diselesaikan dengan baik hingga
memberi kemenangan yang mutlak kepada Nazar
sebagai watak utama dalam novel ini.
Nazar merupakan anak tunggal kepada Mahyun dan Pak Sahar.
Nazar terpaksa menempuh pelbagai dugaan hidup lantaran ibunya diserang
penyakit nanar dan menjadi tidak siuman. Atas rasa tanggungjawab, Pak
Sahar serta saudara mara telah menghantar Mahyun untuk mendapatkan
rawatan sakit jiwa di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Nazar tetap tabah
menghadapi segalanya dan menganggap cabaran yang dihadapinya itu
sebagai qadak dan qadar daripada Allah. Selama ibunya menerima rawatan,
ibu saudaranya Salmah serta suaminya Pak Sehaklah yang menjadi tempat
dia bergantung nasib dan mendapat kasih sayang. Anak gadis mereka, Zainab
dan rakan sekampung seperti Ah Seong turut memberi sokongan dan mereka
sering berbincang tentang pelajaran.
Rawatan yang diterima oleh Mahyun kurang memberi kesan, malah dia
menjadi semakin tidak terurus. Mahyun disedari hilang ketika merayau-rayau
di sekitar kampung. Akhirnya dia dijumpai mati tersepit di celah batang kelapa
di tepi sungai. Ini menambahkan lagi kesulitan yang dihadapi oleh Nazar dan
ayahnya. Setelah kematian Mahyun, Pak Sahar pula menghidap pelbagai
penyakit. Namun, Nazar bukanlah anak muda yang mudah berputus asa.
Dalam meniti kejayaan, Nazar tidak sunyi daripada fitnah yang
dilemparkan oleh orang kampung terhadapnya. Diskusi dengan Zainab,
sepupunya telah menimbulkan prasangka yang bukan-bukan. Situasi ini
hampir-hampir mempengaruhi ibu saudaranya, Mak Miah yang melarang
Zainab daripada terus berbincang dan menelaah pelajaran bersama Nazar.
Namun, demi mencapai kejayaan, Nazar tetap terus berusaha dengan
rakan-rakannya. Akhirnya dia meraih kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan PMR. Kecemerlangan ini melayakkan Nazar memasuki sekolah
berasrama penuh, iaitu Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak. Sebulan
kemudian, berita kematian ayahnya yang telah menanggung sakit sekian
lama diterima dengan hati yang sayu. Namun Nazar tetap menguatkan
semangatnya demi mencapai cita-citanya untuk menjadi doktor. Dalam pada
itu, perasaan cinta terhadap Zainab turut berputik di dalam hatinya.
Nazar pulang dari sekolah dengan perasaan hampa, apabila
melihat meja makan yang masih terhidang sisa makanan pagi tadi.
Ibunya tidak kelihatan. Dia tercari-cari ibunya. Sikap ibunya yang
sering berleter apabila berkunjung dari satu rumah ke satu rumah
yang lain sudah difahami oleh penduduk kampung. Nazar menemui
ibu saudaranya dan bertanya tentang ibunya, namun hampa.
Bertemankan Kim Moi dan Ah Seong, Nazar menemui ibunya di
pulau yang terletak di tengah-tengah permatang sawah. Nazar
terkejut dan kasihan melihat ibunya yang sedang bercakap sendirian
di bawah pohon beringin. Selepas dipujuk, Nazar memimpin ibunya
pulang setelah hari hampir petang.

Malam itu, Pak Sahar berbincang dengan Nazar tentang nasib


ibunya. Ayahnya semakin bimbang kerana sejak akhir-akhir ini,
penyakit ibunya semakin menjadi-jadi dan ibunya merayau ke seluruh
kampung. Mereka bimbang ibunya akan merayau hingga ke Padang
Kerbau. Menurut datuk Nazar, Padang Kerbau ada sejarahnya.
Semasa zaman pemerintahan Jepun, orang-orang kota dan kampung
lari ke situ. Menurut datuknya lagi, terdapat banyak binatang buas di
Padang Kerbau. Lantaran itu, ayah Nazar bercadang untuk menghantar
ibunya untuk mendapat rawatan. Dengan rasa serba salah dan sayu,
Nazar terpaksa akur dengan cadangan ayahnya demi kebaikan ibunya.
Mereka akhirnya bersetuju untuk menghantar ibu Nazar mendapatkan
rawatan sakit jiwa di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.
Pada pagi minggu akhir bulan Julai, dengan menaiki teksi Pak Sehak,
mereka bersiap untuk menghantar Mahyun. Mahyun dipakaikan dengan
pakaian yang cantik hingga dia bertanya dengan pertanyaan yang ganjil.
Keluarga Ah Leong turut berada di halaman rumah. Setelah semuanya siap,
Mahyun dipimpin ke dalam teksi. Hanya Zainab dan Fauzi yang tinggal dan
Pak Sehak meninggalkan pesanan supaya keluarga Ah Leong mengawasi
anak-anaknya. Teksi bergerak perlahan.

Mahyun sudah seminggu berada di Hospital Bahagia. Perempuan


berumur 40-an itu tidak lagi dilihat memetik bunga atau duduk di anak tangga
setiap pagi. Pagi itu, Nazar bertanya tentang ibunya. Dia berasa rindu dan
mengajak ayahnya berkunjung ke tempat ibunya. Ayahnya yang bertugas
sebagai pegawai luar bercadang untuk mengambil cuti untuk melawat isterinya.
Nazar yang menanti Ah Seong ditegur oleh Zainab untuk bersaing ke sekolah
tetapi dia menolak kerana dia sedang menunggu Ah Seong. Mereka selalu
bersama ke sekolah. Nazar riang kerana ayahnya telah mengambil cuti untuk
melawat ibunya.

Mak Miah dan Pak Sehak sekeluarga datang ke rumah Nazar. Nazar
tertarik dengan perbualan mereka. Menurut Mak Miah, dia kasihan melihat
Nazar yang tidak terurus dan Pak Sahar sendiri yang sudah tujuh tahun
menderita jiwanya. Permintaan Pak Sehak dan Mak Miah adalah agar Pak
Sahar berkahwin lagi. Namun Pak Sahar memberi alasan bahawa dia kasihan
melihat Nazar yang terlalu sayang akan ibunya. Pak Sahar sendiri pula
memberi alasan untuk berfikir dahulu.
Zainab belajar matapelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik di rumah
Nazar. Pada suatu hari, Mak Miah memanggil Zainab dan memberi nasihat
agar dia tidak lagi belajar berdua-duaan di rumah Nazar dengan alasan
Zainab sudah besar. Zainab pula memberi alasan bahawa dia menganggap
Nazar seperti abangnya sendiri. Bagi Mak Miah, dari segi agama apabila
seseorang itu sah berkahwin maka mereka berdosa apabila mereka
berdua-duaan. Pada malam itu juga, Pak Sehak menyesal dan kecewa
kerana telah ditipu oleh penumpang yang meminta dia menghantarnya ke
Pekan Asam, Taiping. Selepas menyediakan makan malam untuk ayahnya,
Zainab masuk ke bilik tidur dengan pelbagai pertanyaan.

Nazar terkenang akan ibunya yang selalu memetik bunga sambil menyanyi.
Khayalannya terganggu oleh panggilan ayahnya. Ayahnya menegur hubungan
baiknya dengan Zainab. Kata ayahnya, orang muda tidak boleh terlalu rapat.
Nazar tidak menjawab, sebaliknya menukar topik perbualan. Nazar bertanya
tentang ibunya yang sudah dua bulan berada di hospital tetapi baru sekali
mereka ke tempat ibunya. Nazar merasa amat rindu dan mendesak agar
ayahnya segera mengambil ibunya.

Mahyun balik ke rumah pada pertengahan bulan Oktober. Rumah Pak


Sahar dikunjungi oleh jiran-jiran. Walaupun pada ketika itu musim hujan, namun
perangai Mahyun tetap tidak berubah. Dia masih tetap merayau-rayau ke
rumah orang. Pak Sahar berasa susah hati memikirkan nasib isteri dan
anaknya. Kadang-kadang terlintas di fikirannya untuk memasungkan sahaja
isterinya. Namun dia tidak sampai hati untuk berbuat demikian.
Hujan sudah berhenti. Air berlopak di mana-mana. Nazar berasa risau
kerana hari sudah petang, namun ibunya masih belum pulang. Orang ramai
mulai cemas termasuk keluarga Ah Leong. Orang ramai mula berkumpul di
rumah Pak Sahar. Mereka takut Mahyun tersesat hingga ke Padang Kerbau
atau dilarikan oleh orang halus. Sidang Seman pun turut berkumpul di rumah
Pak Sahar. Dia membahagikan anak buahnya kepada beberapa kumpulan
untuk mencari Mahyun. Enam orang tua yang masih hidup sejak zaman Jepun
dahulu mengikut Sidang Seman ke Padang Kerbau. Pak Sahar diperintahkan
menunggu di rumah. Kumpulan yang menemui Mahyun tersepit di celah
batang kelapa di tepi sungai telah mengusung Mahyun ke rumah Pak Sahar.
Nazar menjerit. Mahyun, ibunya sudah meninggal dunia.

Orang ramai yang menziarahi jenazah Mahyun turut bersimpati melihat


Nazar yang kehilangan ibunya. Ayahnya pula selalu sakit dan batuk-batuk.
Selepas sembahyang Zohor, jenazah Mahyun dimandi, dikapan dan dibawa
ke tanah perkuburan yang terletak di belakang masjid. Hari itu Nazar tidak
pergi ke sekolah. Nazar tidak menghiraukan peperiksaan yang sedang
berlangsung. Tugasnya sebagai pengawas juga dilupakan. Dia begitu sedih
atas kehilangan ibu yang tercinta.

Pada bulan Januari, Nazar dan Ah Seong berada di Tingkatan Tiga. Zainab
pula berada di Tingkatan Dua. Zainab dan Fauzi menghantar makanan kepada
Nazar dan ayahnya. Namun Zainab tidak lagi berada di rumah Nazar kerana
takut difitnah oleh orang kampung. Halaman rumah Pak Sahar sudah tidak
terpelihara lagi. Malam itu Pak Sahar memberitahu Nazar tentang desakan
Mak Miah supaya dia berkahwin lagi. Nazar berasa kurang senang. Ini
menyedihkan Pak Sahar yang lebih memikirkan orang yang akan menjaga
Nazar dan rumah tangganya. Nazar dan Ah Seong pergi ke tepi sungai untuk
menenangkan fikiran. Ah Seong menasihatkan Nazar agar lebih menumpukan
perhatian terhadap pelajaran bagi persediaan untuk menghadapi peperiksaan
PMR.
Pada bulan Mei, padi sedang menguning dan Pak Sahar semakin teruk
batuknya. Menurut doktor, dia menghidap penyakit lemah jantung. Namun
Pak Sahar masih terus pergi bekerja di Lumut. Pada suatu hari, Sidang Seman
dan Nuar datang berjumpa dengan Mak Miah. Sidang Seman memberitahu
Mak Miah tentang aduan orang kampung yang terjumpa Nazar dengan
Zainab merayau di tepi sungai. Mak Miah memberi amaran supaya Zainab
tidak lagi belajar di rumah Nazar. Mak Miah tidak menghiraukan penerangan
Zainab yang menyatakan bahawa dia dan Nazar pergi ke sungai bersama
rakan-rakan yang lain untuk menyiapkan projek Kemahiran Hidup. Pak Sahar
juga telah dinasihati oleh Sidang Seman agar menjaga Nazar. Pak Sahar
semakin risau.

Pada bulan Oktober, ketika Zainab dan Fauzi datang ke rumahnya, Nazar
meminta Zainab mendoakan kejayaannya kerana esok dia akan menduduki
peperiksaan PMR. Ketika mereka berbual, Ah Seong datang dan mengingatkan
Zainab dan Nazar tentang fitnah yang dilemparkan oleh orang kampung
terhadap mereka. Penyakit Pak Sahar semakin teruk dan terpaksa berulang-
alik ke klinik di Bruas untuk mendapatkan rawatan. Ah Seong terus membantu
Nazar dan mereka tetap berkawan baik. Dia tidak percaya dengan fitnah
orang kampung terhadap Nazar.

Semasa cuti panjang, Nazar hanya tinggal di rumah. Dia menghabiskan


masanya dengan mengemas rumah. Penyakit Pak Sahar semakin teruk.
Keputusan PMR akan diumumkan dan Nazar bersama rakan-rakannya sudah
tidak sabar lagi. Nazar berjaya dengan cemerlang dan mendapat lima unit.
Seminggu selepas belajar di Tingkatan Empat, Nazar mendapat tawaran ke
Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak. Sebelum berangkat, Zainab
menghadiahkannya sebuah kotak muzik. Nazar berjanji bahawa dia akan
memainkan kotak muzik itu apabila teringat akan kampung. Semua berasa
gembira bercampur sedih ketika Nazar bersama ayahnya meninggalkan Pekan
Bruas dan menuju ke Ipoh.
Sudah sebulan Nazar berada di Ipoh. Di sekolah barunya, Nazar dapat
merasakan pelbagai perubahan. Nazar tidak boleh melupakan kampung,
rakan-rakan, Zainab dan kesihatan ayahnya. Dia menjadi seorang pelajar
yang suka bersendirian. Nazar gemar bermain sepak takraw dan bola sepak.
Apabila rindu akan kampung, dia akan memainkan kotak muzik pemberian
Zainab dan teringat akan pantun yang sering dinyanyikan oleh ibunya. Pada
malam itu, ketika hendak tidur, warden mencari Nazar bin Sahar. Warden
mengarahkan Nazar pergi ke bilik menunggu untuk berjumpa dengan bapa
saudaranya. Pada malam itu juga, Nazar balik ke kampung. Ayahnya sakit
tenat dan berada di Hospital Lumut. Ketika teksi Pak Sehak masuk ke
kawasan hospital, ayah Nazar telah pun meninggal dunia.

Pada petang itu, Nazar termenung kerana teringat akan ayah, ibu, rakan-
rakan dan Zainab. Dia berazam untuk terus belajar dan menjadi seorang
doktor untuk menyelamatkan orang yang senasib dengan ayah dan ibunya.
Nazar merupakan pelajar Tingakatan Dua. Dia merupakan anak tunggal
kepada Mahyun dan Pak Sahar. Dia merupakan seorang pelajar yang gigih
dan dapat belajar walaupun dalam keadaan terdesak sehingga berjaya dalam
peperiksaan PMR. Dia kemudiannya terpilih ke Sekolah Berasrama Penuh di
Ipoh, Perak. Walaupun terbiar, namun, dia amat menyayangi ibunya dan akan
menangis apabila teringat akan penyakit yang dihidapi oleh ibunya.
Nazar juga disenangi oleh rakan-rakannya, seperti Ah Seong. Nazar selalu
mengajar matapelajaran Matematik kepada Zainab dan Ah Seong. Dia
berazam untuk menjadi seorang doktor dan cita-citanya sentiasa berkobar
dalam dirinya. Dia berhasrat untuk merawat orang yang mengalami penyakit
seperti ayah dan ibunya.

Pak Sahar merupakan bapa kepada Nazar dan suami kepada Mahyun. Dia
bertugas di Lumut sebagai pegawai luar. Pak Sahar merupakan seorang ayah
dan suami yang bertanggungjawab dan penyayang. Dia telah mencuba
pelbagai cara untuk mengubati penyakit isterinya. Dia menyedari akan
kesibukannya sehingga tidak dapat memberi perhatian kepada Nazar lalu
bercadang untuk berkahwin lagi. Namun setelah melihat Nazar, dia
membatalkan sahaja niatnya itu. Hidupnya penuh dengan kesabaran dan
sentiasa mengambil berat akan pelajaran Nazar. Dia juga selalu memberi
nasihat kepada Nazar supaya belajar dengan bersungguh-sungguh.
Hingga ke akhir hayatnya, dia sering sakit-sakit. Namun begitu, dia tetap
gigih dan sabar dalam menghadapi dugaan hidup. Pada sebelah malam, dia
banyak menghabiskan masanya di masjid.
Mahyun merupakan isteri Pak Sahar dan ibu kepada Nazar. Semasa
muda, rupa parasnya sangat cantik dan mempunyai suara yang sangat merdu.
Dia selalu menyanyi sewaktu memetik bunga. Tidak ada sesiapa yang dapat
memastikan penyakit sebenar yang dihidapi oleh Mahyun. Ramai orang yang
menyatakan bahawa dia terkena penyakit keturunan atau saka. Kematiannya
sungguh tragik. Mahyun mati tersepit di celah batang kelapa yang tumbang
ketika musim hujan. Sebelum meninggal dunia, dia suka merayau dan
bertandang ke rumah jiran tanpa mempedulikan kesihatan dirinya. Dia telah
dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan kerana sakitnya yang
berterusan. Sikap penyayang dan keibuannya sentiasa terpancar kepada
anaknya, Nazar.
Nama sebenar Mak Miah ialah Salmah. Dia merupakan ibu saudara Nazar
iaitu adik kepada Pak Sahar. Mak Miah mempunyai dua orang anak yang
bernama Zainab dan Fauzi. Sifat penyayang dan penyabar sentiasa
melingkarinya. Dia tetap melayan Mahyun dan menghantar makanan untuk
Nazar dan Pak Sahar.
Walaupun Mak Miah seorang yang bertanggungjawab namun dia cepat
mendengar hasutan dan fitnah orang. Dia melarang anaknya belajar bersama
Nazar seperti yang dapat dilihat dalam petikan yang berikut :

“Esok jangan ke rumah Pak Long kamu!” Keras saja


suara ibunya.

“Hantar lauk, letak atas meja dan balik. Belajar di rumah!”


arah Mak Miah.

Semuanya berpunca daripada aduan yang diterima daripada Sidang


Seman dan Nuar yang telah berjumpa dengan Mak Miah. Ini dapat dilihat
dalam petikan di bawah :

“ Dua tiga hari yang lepas, orang-orang kampung terserempak dengan


Zainab dan Nazar merayau berdua-duaan di tepi sungai. Dekat semak
pula tu,” jelas Sidang Seman.

Walaupun selama ini Mak Miah begitu mengambil berat tentang Nazar
namun akhirnya dia mula berubah fikiran terhadap Nazar.
Pak Sehak merupakan bapa kepada Zainab dan Fauzi. Dia juga
merupakan suami kepada Mak Miah. Pak Sehak bekerja sebagai pemandu
teksi di Lumut dan Ipoh. Dia seorang yang baik dan turut berasa simpati
atas nasib malang yang menimpa Nazar. Namun dia kurang memberi
perhatian kepada Nazar kerana selalu pulang lewat malam.
Pak Sehak digambarkan sebagai seorang yang baik hati dan suka
menolong orang. Pak Sehak pernah ditipu oleh seorang penumpang yang
meminta dia menghantarnya ke Pokok Asam di Taiping. Pak Sehak
sentiasa menolong Pak Sahar ketika menghantar Mahyun ke hospital dan
menjemput Nazar di sekolah ketika Pak Sahar sedang nazak.

Ah Seong merupakan rakan sebaya Nazar. Dia mempunyai semangat


kejiranan yang kuat tanpa mengira bangsa dan agama. Dia banyak mendapat
bimbingan dalam matapelajaran Matematik daripada Nazar. Setiap pagi, dia
akan pergi ke sekolah bersama Nazar dan memberi nasihat ketika Nazar
dalam kesusahan. Ah Seong juga menemani Nazar untuk mencari ibu Nazar
di bendang dan di padang hujung kampung. Ah Seong amat bersimpati
dengan nasib malang yang menimpa Nazar.

Sidang Seman merupakan ketua kampung yang sentiasa menjaga


keselamatan dan kebajikan penduduk kampung. Dia turut mencari Mahyun
semasa Mahyun hilang. Namun dia cepat bertindak tanpa berfikir panjang
apabila mendengar aduan Nuar dan terus mengadu kepada Mak Miah
tentang hubungan Nazar dan Zainab.
Latar masa yang terdapat dalam novel ini ialah :
1. Pada zaman pemerintahan Jepun
2. Pada pagi minggu
3. Dalam masa seminggu
4. Pada bulan Oktober (bab 7)
5. Pada pertengahan bulan Oktober
6. Pada bulan Januari
7. Pada bulan Mei

Pengarang menggunakan latar ini untuk mengimbau kembali sejarah


silam. Contohnya, pengarang menerangkan Padang Kerbau terkenal pada
zaman pemerintahan Jepun dahulu. Ini dapat dilihat seperti dalam petikan
yang berikut :

“ Masa Jepun memerintah di Tanah Melayu, orang


Kampung Kota lari ke Padang Kerbau ini, bersembunyi
di sini.” Nazar masih teringat cerita datuknya.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu adalah sekitar tahun 1941 hingga


1945. Ini bererti latar masa telah mengimbas kembali peristiwa di Padang
Kerbau yang berlaku sekitar tahun-tahun tersebut.
Pengarang juga secara umum menyatakan pagi minggu, tanpa
memberikan tarikh sebenar seperti hari, bulan, atau tahunnya. Namun,
berdasarkan ruang lingkup, peristiwa pada pagi minggu tersebut berlaku
ketika Nazar berada di awal Tingkatan Tiga. Ini bererti, minggu tersebut
sekitar Januari hingga Oktober. Pada bulan Oktober, peristiwa sebenar
yang berlaku telah dinyatakan. Sementara seminggu yang disebut disini
merupakan hitungan hari dalam bulan berlakunya peristiwa tersebut.
Bulan Oktober dan pertengahan Oktober dinyatakan dengan jelas
dalam novel ini. Contohnya :

Angin bulan Oktober datang bersama hujan.

Pertengahan bulan Oktober.


Kita semua tentunya meneka bahawa bulan yang dinyatakan itu
adalah pada tahun Nazar menduduki peperiksaan PMR.
Pengarang meletakkan lagi perjalanan ceritanya hingga ke tahun
seterusnya. Kita tentu telah dapat membayangkan bahawa peristiwa yang
disebutkan itu berlaku pada tahun yang berikut iaitu selepas Nazar lulus
dalam peperiksaan PMR atau semasa Nazar sudah berada di Tingkatan
Empat.
Pergerakan latar masa di sini bolehlah dikatakan berlaku sepanjang
dua tahun sahaja. Latar masa itu bermula pada penghujung tahun ketika
Nazar berada di Tingkatan Dua dan berakhir semasa Nazar berada di awal
Tingkatan Empat. Ini boleh dilihat pada lakaran di bawah.

Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4

Penghujung Tahun Tahun Penuh Awal Tahun

Pergerakan latar masa dalam novel Meniti Kaca


Latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah :
1. Di rumah Nazar
2. Di rumah Zainab
3. Di tepi sungai
4. Di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan

Terdapat juga latar tempat yang lain, tetapi disentuh oleh pengarang
secara tidak langsung sahaja seperti Padang Kerbau, Setiawan, Bruas,
Lumut, Ipoh, dan sesekali tempat Nazar belajar. Pengarang memberi
penekanan kepada tempat-tempat tersebut sebagai latar tempat kerana
pemusatan cerita banyak berkisar pada tempat-tempat tersebut. Latar
tempat dapat dilihat seperti yang berikut :

FOKUS UTAMA
(Rumah Nazar)

FOKUS SAMPINGAN FOKUS SAMPINGAN


(Rumah Zainab) (Tepi Sungai)

FOKUS SAMPINGAN
(Hospital Bahagia Tanjung
Rambutan)

Berdasarkan rajah diatas, pelajar dapat meneka bahawa pemusatan


cerita atau fokus utama berlaku atau bermula dari rumah Nazar (rumah
Pak Sahar). Tempat-tempat lain disentuh sekali sahaja. Contohnya, di tepi
sungai. Pengarang mengambil latar di tepi sungai ketika Nazar bersiar-siar
dengan Ah Seong dan ketika orang kampung keluar mencari Mahyun yang
telah hilang dan mayatnya ditemui di tepi sungai. Begitu juga latar di Hospital
Bahagia Tanjung Rambutan hanya disebut sepintas lalu sahaja. Rumah Zainab
(Mak Miah), pula diberi fokus ketika Sidang Seman dan Nuar datang untuk
menasihati Mak Miah agar mengawasi Zainab. Walaupun begitu, latar tempat
ini cukup penting sebagai latar berlakunya peristiwa-peristiwa penting yang
menjadi nadi kepada novel ini. Pembaca dapat memahami dengan jelas
tempat-tempat yang digambarkan oleh pengarang.
Dalam novel Meniti Kaca, pengarang telah melakarkan keadaan
masyarakat dengan ragam hidup yang pelbagai walaupun berada dalam
perkampungan (daerah) yang sama. Contohnya, dalam aspek pekerjaan,
Pak Sehak diceritakan sebagai pemandu teksi, Pak Sahar sebagai pegawai
luar di sebuah jabatan kerajaan, dan Ah Leong sebagai peniaga. Di samping
itu, digambarkan kehidupan masyarakat majmuk, yang diwakili oleh keluarga
Ah Leong. Masyarakat dalam novel ini digambarkan dalam beberapa aspek,
iaitu :
1. Pekerjaan.
Pelbagai jenis pekerjaan dilakukan oleh penduduk kampung yang terdapat
didalam novel ini. Kampung tersebut terletak diantara Lumut dengan Setiawan.

Penduduk kampung rancak mengerjakan sawah maasing-masing.

2. Hubungan Jiran.

Petang Jumaat itu, rumah Pak Sahar riuh rendah. Di ruang tamu
Pak Sahar berbual-bual dengan Ah Leong dan Kim Moi.

Sejak Pak Sahar mendirikan rumahtangga dengan Mahyun,


keluarga Tionghua itu menganggap Mahyun sebagai keluarga
mereka. Mereka tidak merasakan kehadiran Mahyun pada setiap
pagi sebagai bebanan.

3. Semangat Bekerjasama.
Semangat bekerjasama digambarkan dalam beberapa peristiwa.
Contohnya peristiwa kehilangan Mahyun. Penduduk berkumpul di rumah
Pak Sahar.

Sidang Seman memberi salam kepada orangramai yang


mengerumuni halaman rumah Pak Sahar.

Begitulah beberapa gambaran tentang masyarakat yang terdapat dalam


novel Meniti Kaca ini. Selain dari gambaran tentang hidup yang masih lagi
bergantung kepada hasil padi dan getah, ada antara mereka yang bekerja
makan gaji dan berniaga.
Selain latar masa, latar tempat, dan latar masyarakat, latar suasana juga
terdapat dalam novel Meniti Kaca. Hal ini bertujuan supaya pelajar
memahami keadaan yang dialami oleh watak-watak yang terdapat dalam
novel ini. Apabila dilihat kepada latar suasana, ada dua aspek yang patut
diteliti, iaitu :
1. Suasana Dalaman
2. Suasana Alam Sekitar

Bagi maksud suasana dalaman, kita dapati suasana dalaman berkait rapat
dengan diri perlaku (watak) itu sendiri. Misalnya dalam keadaan sedih,
gembira, sayu atau lain-lain keadaan yang sering dialami oleh manusia.
Dalam novel ini, kita melihat latar diri watak utamanya, iaitu Nazar yang
kehilangan kasih sayang ibunya dan Pak Sahar yang risau akan isterinya.
Contoh pergolakan dalaman adalah seperti berikut:

Perasaan cemas mulai bergayut di wajah Kim Moi.

Nada suaranya jelas membayangkan kerja yang harus


diuruskannya setiap hari terlalu banyak.

Beberapa contoh di atas menunjukkan kepada kita tentang suasana kecewa


yang berlaku berkait rapat dengan apa-apa yang sedang dialami atau yang
sedang bergolak dalam diri watak-wataknya. Nazar berasa sedih dan risau
kerana mengenang peperiksaan yang akan dihadapi. Ibunya pula menghidap
penyakit yang luar biasa.
Kim Moi pula secara tidak langsung turut berasa kecewa dalam dirinya kerana
berasa bertanggungjawab terhadap jirannya. Pak Sahar pula menderita apabila
mengenangkan Nazar terbiar dan kerjanya yang banyak. Fikiran Pak Sahar juga
kacau apabila mengenangkan isterinya yang tidak sembuh walaupun dia telah
berusaha menyembuhkannya dengan berbagai-bagai cara.
Maksud suasana alam sekitar ialah latar suasana yang menggambarkan
alam persekitaran ketika peristiwa itu berlaku. Ini digambarkan oleh pengarang
dengan jelas dalam novel. Contohnya:

Beberapa ekor pipit terbang dengan tiba-tiba dari semak


samun di kiri kanan permatang yang kering dan merekah.

Awan berarak lesu, bergumpalan dan membentuk berbagai-


bagai rupa dan wajah.

Banyak lagi gambaran latar suasana yang boleh diteliti oleh pembaca.
Semuanya dikaitkan oleh pengarang dengan tujuan untuk menyatakan sesuatu
dengan lebih jelas dalam novel. Contohnya :

1. Semak samun yang merekah dan kering.


Pengarang menerangkan kepada pembaca tentang tanah sawah
yang terbiar dan tidak ada yang mempedulikan tanah sawah ini.

2. Malam semakin suram.


Membayangkan keadaan pada waktu itu, iaitu hari sudah hampir malam
dan keadaan sekeliling sudah tidak jelas lagi.

3. Awan berarak lesu.


Menandakan keadaan persekitaran seperti tidak bertenaga dan
dibandingkan dengan keadaan langit yang sukar diramalkan cuacanya.

Begitu juga dengan beberapa contoh lain yang dapat dikatakan sebagai
satu keadaan yang berkaitan antara peristiwa dengan situasi atau latar.
Dalam erti kata lain, latar suasana ini biasanya dikaitkan oleh pengarang
dengan unsur imejan. Contohnya, kalau marah, mukanya masam.
Jika di bandar suasananya digambarkan dengan kesibukan. Jika hari hampir
malam, suasananya digambarkan dengan cahaya matahari yang beransur
malap. Kepekaan pengarang melukiskan suasana ini banyak membantu
kelancaran bahan, kelicinan plot dan kekuatan persoalan yang terdapat
dalam sesebuah cereka. Begitulah yang digambarkan oleh pengarang dalam
novel Meniti Kaca ini.
Diksi merupakan pemilihan kata yang digunakan oleh pengarang bagi
menimbulkan kesan yang maksimum kepada pembaca, terutamanya dari
segi kesesuaian dan nilai keindahannya.

1. Penggunaan Dialek
Penggunaan dialek dapat dikesan dalam novel ini melalui pertuturan
watak. Penggunaan dialek merupakan satu bentuk kata yang dipertuturkan
dalam komuniti bahasa. Penggunaannya khusus di kawasan tertentu dan
hanya difahami oleh masyarakat di situ sahaja. Penggunaannya dalam novel
ini telah berjaya menimbulkan kesan yang menarik. Contoh penggunaannya :
a. Jual sekerap di pekan.
b. Di halaman rumah sudah terpacak keluarga Ah Leong.

2. Penggunaan Dialog
Sebagai sebuah novel masyarakat, novel ini sarat dengan penggunaan
dialog. Biasanya dialog yang dipertuturkan mudah, ringkas dan jelas.
Perhatikan contoh yang dikemukakan dalam petikan di bawah :
a. “Berapa orang?”
b. “Lelaki?”

3. Penggunaan Kata Ganda


Dalam novel ini, penggunaan kata ganda banyak digunakan. Di samping
memberikan kesan dari segi bilangan yang banyak, penggunaan kata ganda
itu juga melambangkan penekanan atau kesungguhan sesuatu perkara.
Perhatikan contoh di bawah :
a. Merayau-rayau
Bagi menghasilkan sebuah novel yang baik, pengarang tidak lupa
menggunakan unsur-unsur bahasa yang sesuai. Antara pengunaan unsur-
unsur bahasa itu ialah :

1. Metafora
Metafora memberikan sifat-sifat sesuatu objek itu secara perbandingan
terus. Contoh penggunaannya dalam novel ialah :
a. Api kemarahan rupanya masih lagi membara di lubuk hati Pak Sehak.

2. Simile
Simile memerlukan kata-kata perbandingan seperti, bagaikan, laksana,
bak dan bagai. Contoh penggunaannya dalam novel ialah :
a. Suaranya rendah bagaikan tidak mahu menggores hati anaknya.

3. Personifikasi
Personifikasi bermaksud memberikan sifat-sifat manusia kepada
benda-benda, haiwan-haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Dalam novel ini,
contohnya ialah :
a. Angin bulan Oktober datang bersama hujan.

a. “Nanti masuk angin pula.”


b. “Kata orang, tepuk air didulang, sedikit banyak terpercik juga ke
muka sendiri.”
Dalam novel ini, penggunaan pantun dan kata berirama banyak dituturkan
oleh Mahyun, ibu Nazar yang nanar. Keindahan bahasa yang digunakan oleh
Mahyun itu kadang-kadang di luar jangkaan manusia normal.
Antara khazanah bahasa yang digunakannya ialah :

1. Pantun
Terdapat serangkap pantun yang dituturkan oleh Mahyun. Pantun ini
dituturkannya semasa fikirannya masih normal. Nazar teringat pantun ini
pada dua ketika. Perhatikan pantun ini :

Kalau nak gugur, gugurlah nangka,


jangan menimpa si batang pauh;
kalau nak tidur, tidurlah mata,
jangan diingat orang yang jauh.
Syair
Sebenarnya tidak dapat dipastikan sama ada rangkap dibawah merupakan
syair. Namun, berdasarkan rima akhirnya yang sama, kita dapat
menjangkakan bahawa Mahyun menuturkan syair berlagu. Perhatikan
petikan dibawah :
Kami ini orang berbudi,
dipanggil datang disuruh pergi,
memetik bunga idaman hati,
untuk hiasan paduka puteri.

3. Bahasa Berirama
Penggunaan bahasa berirama digunakan oleh Mahyun dengan lancar sekali.
Hal ini mungkin kerana sejarah keturunannya yang merupakan pencerita
di istana. Perhatikan petikan di bawah ini :

“ Istana sepi bagaikan gua, inang pengasuh masih lena di peraduan,


manakan tahan hati yang rindu, tergoda oleh bunga-bungaan yang
berkembang di halaman.”
Gurindam
Selain itu, terdapat juga penggunaan gurindam. Perhatikan petikan di bawah :

“Apa diharap kepada kami, dayang pengasuh,


mengharap ihsan orang di sini,
Kalau baik bicara budi,
Jadikan kami pesuruh sejati.”
Novel Meniti Kaca ini sarat dengan pelbagai nilai dan pengajaran,
terutamanya kepada golongan remaja. Dari sudut pembinaan sahsiah
dan peribadi, Nazar wajar diteladani oleh para remaja.

1. Ketabahan
Dalam novel ini, Nazar digambarkan sebagai pelajar remaja yang mempunyai
ketabahan yang amat kental. Dia tidak mudah tunduk terhadap ujian demi
ujian yang melanda dirinya. Ketabahan Nazar ini sudah tentu tidak datang
secara sendiri, sebaliknya terbina daripada asuhan ibu bapanya dan sokongan
rakan-rakan dan masyarakat setempat.

2. Perpaduan Kaum
Nazar dan Ah Seong melambangkan perpaduan kaum masyarakat Malaysia.
Ternyata warna kulit dan perbezaan agama bukanlah halangan kepada mereka
untuk mewujudkan perhubungan sekali gus memupuk rasa kekitaan yang tinggi.
Dalam banyak hal, Ah Seong dan keluarganya menjadi tempat rujukan Nazar.
Hal ini menunjukkan rasa kepercayaan Nazar kepada kaum Tionghoa itu
begitu tinggi.

3. Semangat Tolong-Menolong
Masyarakat desa memang terkenal sejak dahulu dengan semangat tolong-
menolong. Menerusi novel ini, pengarang menyerlahkan semangat itu dengan
kesungguhan para penduduk kampung mencari Mahyun yang hilang walaupun
hari semakin senja. Bakat kepimpinan Sidang Seman diakui penting dalam
menjana semangat tersebut.

4. Hormat-Menghormati
Perasaan hormat-menghormati merupakan aspek terpenting dalam sesebuah
masyarakat. Dalam novel ini, aspek ini banyak ditonjolkan oleh pengarang.
Misalnya, Nazar menghormati bapanya. Zainab dan Ah Seong menghormati
ibu bapanya.
5. Keberanian
Nazar yang merupakan watak utama dalam novel ini menampilkan sifat
yang berani. Dia tidak mudah dikalahkan oleh perasaannya apabila mendapat
tawaran belajar di asrama, sedangkan bapanya ketika itu sakit. Nilai
keberanian Nazar itu demi menjaminkan masa depannya yang cemerlang.

6. Pengorbanan
Pak Sahar mempunyai nilai pengorbanan yang tiada tolok bandingnya. Ketika
dia berhasrat berkahwin lain, Nazar menentang. Dia akur dengan kemahuan
anaknya. Dia memendam perasaan ingin berkahwin itu sehinggalah dia
menghembuskan nafasnya yang terakhir. Apabila mendapat tempat belajar
di asrama penuh, Pak Sahar rela mengorbankan dirinya hidup bersendirian
walaupun tindakan seolah-olah menghampirkan dirinya dengan maut kerana
tiada siapa yang dapat memberikan perhatian khusus terhadapnya di rumah.

Dalam novel ini, terdapat beberapa nilai pengajaran yang patut diperhatikan
oleh pembaca. Antaranya :

1. Kita jangan mudah memasang prasangka buruk terhadap sesuatu perkara.


Seharusnya kita menyiasat sejauh manakah kebenaran perkara itu sebelum
membuat tuduhan atau menjatuhkan hukuman kepada orang tertentu.

2. Kita mestilah mempunyai semangat dan keazaman yang tinggi bagi


mencapai sesuatu kejayaan. Hal ini penting bagi memastikan kita tidak
mudah mengaku kalah atau tunduk kepada cabaran yang datang.

3. Masyarakat harus bersatu padu ketika menghadapi sesuatu masalah dan


banyak menghulurkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik.

You might also like