P. 1
Sistem Pendidikan Di Malaysia

Sistem Pendidikan Di Malaysia

|Views: 807|Likes:
Published by ryantank

More info:

Published by: ryantank on Sep 08, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/26/2013

pdf

text

original

http://www.scribd.

com/doc/2882268/Dasar-Pendidikan-Di-Malaysia

1.1Dasar Pendidikan Di Malaysia Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak±kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai ± nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar. Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai µDasar Pendidikan Kebangsaan¶. Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun 1957.

Umumnya,terdapat 3 tujuan utama yang terkandung dalam dasar pendidikan kebangsaan ini. Pertama, tujuan dasar pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kedua, untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi dan menghormati kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak tersusun. Yang ketiga pula, ianya untuk memastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama. Integrasi antara kaum pula merupakan isu yang amat diberi perhatian oleh pihak kerajaan ketika menggubal dasar pendidikan selepas Negara mencapai kemerdekaannya. Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah menggariskan dengan jelas dasar yang berkaitan dengan nilai ± nilai integrasi antara kaum ini. Antara langkah yang telah diambil dalam usaha untuk mengukuhkan dasar pendidikan negara ini ialah dengan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama di semua sekolah, menggunakan sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama di setiap sekolah dan guru ±

guru yang mengajar di sekolah haruslah dilatih di bawah satu sistem latihan perguruan yang sama.bilik darjah yang bersesuaian . intelek dan sosial (JERIS). Antara cadangan ± cadangan . menulis dan mengira.ciri tingkahlaku dan sikap pelajar yang bersesuaian dengan tatasusila masyarakat Malaysia. maka sistem pendidikan kebangsaan ini dijangka dapat membentuk ciri. Di samping itu juga. ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani.1Perkembangan sistem pendidikan kebangsaan selepas merdeka Sistem pendidikan di Malaysia mengalami banyak perubahan selepas mencapai kemerdekaan terutamanya di sekitar tahun 1980-an. Walau bagaimanapun. Pada tahun1989. Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula diperkenalkan di semua sekolah menengah. emosi. kurikulum latihan perguruan yang seragam dan amalan±amalan pedagogi di bilik. tugas utamanya ialah untuk menyatukan kembali rakyatnya yang berbilang kaum supaya dapat membina kembali sebuah negara yang aman dan maju serta bebas daripada ancaman konflik antara kaum. Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun1983. faktor utama yang menjadi tunjang ke arah pembentukan system pendidikan Negara selepas mencapai kemerdekaan ialah µPerpaduan¶. sebuah Jawatankuasa Penyemak Matapelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979). Tujuan perlantikan jawatankuasa ini untukmengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956. berakhlak mulia serta berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan . KBSM ini dirancang untuk memperkembangkan potensi individu daripada aspek JERIS secara menyeluruh dan bersepadu dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berilmu. 2. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada penjajah British pada tahun 1957. kesejahteraan serta pembangunan negara. Ketiga ± tiga faktor ini merupakan kunci kepada pembentukan arah dan orientasi nilai sistem pendidikan kebangsaan negara ini. Menerusi perancangan yang sistematik. Rancangan KBSR ini menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca . Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu. Pada tahun 1959. iaitu Abdul Rahman Talib. rohani.

Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975). Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional telah ditubuhkan bagi melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan jurusan. Sistem pendidikan negara terus mengalami perubahan di sekitar tahun1963 hingga 1975 selaras dengan perlaksanaan rancangan lima tahun Malaysia. meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta . Antara tindakan±tindakan yang diambil ialah mewajibkan semua murid lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan awam . Sistem pendidikan pada tahap ini bukan hanya berorientasikan kepada pembasmian buta huruf tetapi jugauntuk mencapai matlamat ekonomi negara. kertas peperiksaan ditulis menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Di samping itu. bantuan kewangan terhadap sekolah tersebut akan ditarik balik. Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965). Yang ketiga pula. Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Sejak itu. Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya masalah penggangguran dan masalah sosial sekiranya murid ±murid ini berhenti sekolah terlalu awal.yang dikemukakan dalam Laporan Rahman Talib ialah yang pertama. menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar. Mana ± mana sekolah yang ingkar terhadap sistem pendidikan kebangsaan. jawatankuasa ini mencadangkan agar umur persekolahan murid± murid dinaikkan daripada 12 tahun ke 15 tahun. Laporan Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial. Ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. kebudayaan dan politik. perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini. memberi bantuan kewangan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (aliran Bahasa Melayu ) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan ( aliran Bahasa Inggeris). Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh ini. Yang kedua.

Yang kedua memperluaskan rancangan pelajaran bagi mencapai keperluan negara mengenai tenaga rakyat dan yang ketiga memperbaiki mutu pelajaran ke arah mecapai masyarakat yang maju berasaskan sains dan teknologi moden. Di bawah RancanganMalaysia Kedua . Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Jawatankuasa ini telah mengkaji semula matlamat dan kesan sistem pelajaran termasuk kurikulumnya untuk memastikan bahawa keperluan . Perubahan ± perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari konflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969.melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa. pertanian. mengurangkan jurang perbezaan dalam memberikan peluang pelajaran di antara kawasan±kawasan dan juga antara kaum melalui pembinaan sekolah dan kemudahan yang baru di sekolah luar Bandar serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan. menyatukan sistem pelajaran bagi menggalakkan perpaduan negara. Antara strategi yang dilaksanakan untuk mencapai ketiga ± tiga hasrat ini ialah yang pertama melaksanakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah secara berperingkat. Pada tahun 1974. Kedua. kerajaan Malaysia telah menubuhkan satu Jawatakuasa Kabinet untuk mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Yang ketiga. sains rumahtangga dan perdagangan agar pelajar dapat mengembangkan lagi bakat mereka dalam bidang kemahiran yang telah disediakan. rancangan pendidikan negara ditumpukan pada tiga bidang yang berikut iaitu yang pertama . membuat penilaian secara sistematik. memperbaiki sukatan pelajaran serta memperseimbangkan antara mata pelajaran teras dengan mata pelajaran elektif seperti sains dan teknologi. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat±matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali. Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa. beberapa buah Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional telah disediakan bagi melatih pelajar dalam bidang pertukangan. Dalam usaha untuk meningkatkan mutu pelajaran ini antaranya melalui pengurangan bilangan pelajar yang terkandas dalam peperiksaan awam. meningkatkan mutu pelajaran. Pada tahap ini. kaum mahu pun agama. Kesinambungan daripada Rancangan Malaysia yang pertama ini . system pendidikan negara terus mengalami arus perubahan dan perkembangan pada Rancangan Malaysia yang kedua (1971-1975).

1 Latar belakang Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) . 3. Berikutan itu.segala perubahan dalam kurikulum. Oleh yang demikian. kurikulum di peringkat rendah dan menengah telah dikaji dan digubal semula dengan tujuan untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan negara. di samping berusaha untuk menangani cabaran perkembangan semasa yang mana telah mula mengabaikan nilai kerohanian dan juga nilai murni dalam kehidupan masyarakat pada waktu tersebut. Pendidikan Islam dan Moral serta memantapkan lagi pembentukan disiplin di kalangan para pelajar.tenaga rakyat negara ini dapat dipenuhi. tahun 1986 hingga awal tahun 1991 adalah merupakan tahap terpenting dalam sejarah pendidikan negara di mana pelbagai perubahan telah dilaksanakan dalam banyak aspek. Kementerian Pendidikan padaketika itu telah mengambil langkah drastik dengan melaksanakan perakuan yang terkandung dalam laporan tersebut. berdisiplin dan terlatih. menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. cita-cita FPN dan pendekatan yang menekankan kesepaduan dalam kurikulum menengah perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat agar hasrat murni yang ingin dicapai melalui pendidikan dapat dijayakan dengan berkesan dan sempurna. perkara yang lebih penting ialah untuk memastikan bahawa sistem pelajaran ini dapat memenuhi matlamat Negara ke arah pembentukan masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu. meningkatkan kecekapan dalam sistem pentadbiran dan pengurusan serta memasukkan mata pelajaran yang baru dalam kurikulum sekolah iaitu mata pelajaran Pendidikan Sivik. Walaubagaimanapun. Oleh yang demikian. Antara aspek lain yang dikaji untuk penambah baikkan terhadap sistem pendidikan di negara ini ialah menyeragamkan sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan di semua sekolah. 3.1. Perlaksanaan kurikulum baru KBSR danKBSM adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979.1 Pengenalan KBSR dan KBSM Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan agar setaraf dengan negara±negara maju yang lain. menstrukturkan masa persekolahan.

membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah rendah iaitu Bahasa Melayu.Penggubalan semula Falsafah Pendidikan Negara yang dahulunya hanya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan. menyebabkan berlakunya keperluan untuk mengkaji semula keseluruhan system dalam pendidikan kebangsaan. Seterusnya yang ketiga pula ialah. KBSR turut memberi penekanan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang dari aspek JERIS serta pemupukan dan perkembangan bakat seseorang individu itu. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Dan yang kelima. nilai. Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian. Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani. murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi. Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik. Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar. Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu. murid dapat menguasai kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran bertutur. Falsafah KBSR ialah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan asas dengan penegasan terhadap kemahiran 3M iaitu membaca. Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas. pengetahuan. Yang kedua. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Reakreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik. Kurikulum ini digubal bagi memastikan setiap murid diberi peluang untuk mendapatkan kemahiran. maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan . menulis dan mengira. maka terhasilnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. melalui KBSR. sikap dan amalan kehidupan yang diperlukan. kefahaman. bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. Yang keempat. menghargai hak dan kebolehan orang lain serta mempunyai semangat kerjasama dan toleransi. Kesinambungan daripada perubahan ini. pembinaan sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai±nilai kemanusiaan dan kerohanian yang berlandaskan RUKUN NEGARA dapat dipupuk di kalangan murid. murid dapat bergaul .Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai pula ialah yang pertama. murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. Cina.

kesejahteraan diri. kemahiran hidup. Perkembangan diri ditujukan kepada kerohanian . ekonomi dan modenisasi. daya kreatif dan sikap yang positif. mengembangkan bakat. beberapa perubahan terhadap kurikulum sekolah menengah adalah amat diperlukan.2 Latar Belakang Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Matlamat utama pendidikan di Malaysia pada dasarnya adalah menuju ke arah penambahan keperluan tenaga kerja serta mencapai perpaduan rakyat melalui perkembangan individu yang menyeluruh. Antara objekif ± objektif yang terdapat dalam KBSM ialah membolehkan pelajar menguasai kemahiran berinteraksi dalam situasi kehidupan sebenar. Perubahan kurikulum yang menyeluruh bagi peringkat menengah dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mana mula dilaksanakan pada tahun 1988 secara berperingkat±peringkat.murid secara menyeluruh dari aspek intelek. Oleh itu. menekankan pembelajaran ke arah memahami diri. serta mempertingkatkan peribadi dan watak. Unsur± . dan bertanggungjawab. 3. nilai±nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun danbersistematik. Matlamat KBSM ini adalah berteraskan kepada perkembangan diri yang disepadukan dengan orientasi kepada masyarakat dan negara. sosio budaya. memberi keseimbangan antara ilmu pengetahuan dengan unsur nilai. perpaduan negara. Bahkan KBSM digubal berlandaskan kepada konsep pendidikan umum yang memberi bpenegasan kepada pendidikan yang seimbang dan menyeluruh dalam usaha pemupukan nilai dan kemahiran untuk membolehkan seseorang itu menjadi warganegara yang berguna. jasmani. tumpuan khas diberikan kepada pemupukan semangat kewarganegaraan yang bertujuan untuk membina perasaan bangga terhadap bangsa dan negara. bakat. bersemangat patriotik.1. Aspek kewarganegaraan akan meliputi semua mata pelajaran serta kegiatan kokurikulum dalam KBSM. amalan dan rekreasi serta memberi penekanan terhadap kemahiran menyelesaikan masalah dalam situasi kehidupan harian. reakreasi. Orientasi kepada masyarakat pula ditujukan kepada kemahiran berinteraksi. akhlak. untuk menjamin akan wujudnya keseimbangan pembelajaran antara kedua ± dua peringkat persekolahan iaitu rendah dan menengah. rohani. emosi. Oleh itu. pemikiran dan penaakulan. politik.

Unsur yang kedua pula ialahµNilai±nilai murni¶ di mana penerapan nilai murni dalam kurikulum ini adalah yang bersifat sejagat yang berteraskan kepada aspek kerohanian. sekolah dan masyarakat. Antara aspek yang terdapat dalam unsur ini ialah memperkembangkan kemahiran belajar. kreativiti dan pemikiran serta kandungan kurikulum ini dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian. Dengan ini. Integrasi pula bermakna ³penggabungan atau pergabungan dua atau lebih beberapa kaum menjadi satu kesatuan´. Antara tujuan gerak kerja kokurikulm ini dilaksanakan adalah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan antara murid. hendaklah menghalusi implikasi senario ke arah polarisasi sebagai satu ancaman kepada perpaduan nasional. mengisi masa lapang murid dengan aktiviti yang berfaedah. pihak kerajaan amat menitikberatkan tentang soal perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Gerak kerja kokurikulum seperti aktiviti persatuan.1. Ini kerana sebagai sebuah negara yang bebas . wajar diberi perhatian dan perlu dititikberatkan di dalam penyusunan pembangunan negara. bertoleransi. bekerjasama. Perpaduan rakyat Malaysia adalah satu isu yang amat penting. agama. psikomotor dan sosial. SK perlu mempelbagaikan kegiatan ko-kurikulum yang melambangkan kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilangkaum. budaya dan bahasa.unsur penting yang terkandung dalam KBSM ini ialah yang pertama µUnsur ilmu dan kemahiran¶. SK sepatutnya . kemerdekaan dan kedaulatan Negara dapat dipertahankan dan dikekalkan serta untuk memastikan supaya semua rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman. unit beruniform dan permainan adalah unsur ketiga yang terdapat dalam KBSM ini. Berikut adalah di antara petikan pendapat tokoh-tokoh yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia. merdeka dan berdaulat. membawa maksud ³sesuatu perihalan atau proses penggabungan dan kesepakatan untuk menjadi satu´. ketika merasmikan Konvensyen Pendidikan Umno Pulau Pinang di Kepala Batas. Keyakinan warga Malaysia terhadap SK perlulah dipulihkan danditingkatkan. rasional dan sebagainya.3 Perpaduan dan Integrasi Nasional Perpaduan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994).sesebuah negara itu akan mudah terdedah kepada pelbagai kelemahan dan juga ancaman anasir±anasir luar yang cuba mengambil kesempatan atau berniat jahat terhadap kedaulatan negara ini. mengembangkan intelek . unsur perpaduan dikalangan rakyatnya adalah amat penting sekali kerana tanpa perpaduan.damai dan harmoni. SK perlu wujudkan persekitaran budaya yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang sebenar. Kenyataan ini dipetik melalui ucapan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. mengamalkan dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam bilik darjah serta memberi peluang untuk memupuk sikap yakin dan berdikari di kalangan para pelajar. Di dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini. 3. kemanusiaan dan kewarganegaraan seperti baik hati.Menurut beliau: ³kepimpinan di Sekolah Kebangsaan(SK).tenteram. Integrasi Nasional pula membawa maksud ³satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat melalui pengenalan atau pengwujudan satu identiti yang sama´.

Dalam hal ini. sebagai rakyat Malaysia. sosial dan ekonomi tidak harus dibiarkan berlarutan atau menjadi batu penghalang terhadap usaha kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan warganegaranya. memberi sumbangan kepada kemajuan negara serta .1. Di samping itu.merupakan miniature reality sebuah negara Malaysia´ Menurut pendapat Prof. Malah.pendidikan. berakhlak mulia. bertanggungjawab. Tanpa semangat perpaduan dan kejelekitan antara kaum. memberi sumbangan kepada kemajuan negara serta mempunyai semangat perpaduan dan integrasi nasional yang tinggi antara kaum. Datuk Wan Hashim.4 Keberkesanan sistem pendidikan KBSR dan KBSM dalam pembentukan Integrasi Nasional di Malaysia Sememangnya KBSR dan KBSM dirancang untuk mencerminkan keinginan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan dalam usaha untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang sempurna dan mempunyai keperibadian yang tinggi seperti percaya kepada Tuhan. prasangka yang bersifat perkauman atau prejudis ini seharusnya dikikis dan dihapuskan daripada diri setiap masyarakat Malaysia.4 Keberkesanan sistem pendidikan KBSR dan KBSM dalam pembentukan Integrasi Nasional di Malaysia Sememangnya KBSR dan KBSM dirancang untuk mencerminkan keinginan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan dalam usaha untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang sempurna dan mempunyai keperibadian yang tinggi seperti percaya kepada Tuhan. perbezaan kebudayaan. setia kepada negara. sikap toleransi harus sentiasa diamalkan. bertanggungjawab. Untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum ini. berakhlak mulia. UKM mengatakan ³ mereka yang menentang sekolah wawasan adalah mereka yang tidak ingin melihat tercapainya cita-cita kerajaan dan rakyat Malaysia untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu seperti yang tercipta dalam Wawasan2020 apabila rakyatnya hidup secara aman dan damai di mana tiada lagi fenomena pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi pada 2020 nanti´ 3. kemajuan dan pembangunan negara pasti akan terjejas dan akhirnya akan menyebabkan berlakunya konflik dan perpecahan kaum. Integrasi nasional antara kaum adalah antara aspek penting yang perlu ditekankan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ini. kita harus berusaha untuk merapatkan jurang perbezaan ini untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu.1. Pensyarah di Fakulti Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA). harmonis dan sejahtera ³ mereka yang menentang sekolah wawasan adalah mereka yang tidak ingin melihat tercapainya citacita kerajaan dan rakyat Malaysia untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu seperti yang tercipta dalam Wawasan2020 apabila rakyatnya hidup secara aman dan damai di mana tiada lagi fenomena pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi pada 2020 nanti´ 3. setia kepada negara.

Malah. kelima±lima prinsip Rukun Negara perlu diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Integrasi nasional antara kaum adalah antara aspek penting yang perlu ditekankan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ini. Semua perancangan kurikulum sekolah seperti KBSR dan KBSM adalah mempunyai perkaitan dengan prinsip Rukun Negara. Bagi matapelajaran Sejarah yang terkandung dalam KBSM dan matapelajaran Sivik Kewarganegaraan dalam KBSR. sikap toleransi harus sentiasa diamalkan. kedudukan BahasaMelayu adalah sangat tinggi nilainya dalam sistem pendidikan di negara ini agar setiap kaum memperoleh pengetahuan. Dalam usaha untuk membina suatu sistem pendidikan yang berdasarkan perpaduan ini. prasangka yang bersifat perkauman atau prejudis ini seharusnya dikikis dan dihapuskan daripada diri setiap masyarakat Malaysia. Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar yang menjadi nadi penghubung interaksi sosial antara kaum di negara ini. semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran termasuk aktiviti kokurikulum harus menekankan unsur integrasi nasional . ia secara tidak langsung dapat mengukuhkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan kanak ± kanak. Dalam situasi ini. Bahasa Melayu adalah lambang kepada pengenalan identiti bangsa Malaysia yang dikongsi bersama sejak sekian lama dan ia merupakan aspek utama yang menyumbang ke arah pembentukan integrasi nasional di negara ini. iaitu kepatuhan terhadap ideologi Rukun Negara. sosial dan ekonomi tidak harus dibiarkan berlarutan atau menjadi batu penghalang terhadap usaha kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan warga negaranya. Tanpa semangat perpaduan dan kejelekitan antara kaum. pemilihan mata pelajaran yang terkandung dalam KBSR dan KBSM seperti mata pelajaran Bahasa Melayu. harmonis dan sejahtera. kita harus berusaha untuk merapatkan jurang perbezaan ini untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu.mempunyai semangat perpaduan dan integrasi nasional yang tinggi antara kaum. memupuk perasaan cinta dan bangga terhadap negara. sebagai rakyat Malaysia. Untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum ini. Oleh yang demikian. kemajuan dan pembangunan negara pasti akan terjejas dan akhirnya akan menyebabkan berlakunya konflik dan perpecahan kaum. Penerapan prinsip Rukun Negara dalam KBSR dan KBSM adalah atas kesedaran bahawa sekolah merupakan agen yang boleh menjalankan tugas penyebaran ilmu pengetahuan dan pembentukan akhlak yang sempurna dalam proses pendidikan serta murid dapat mengamalkannya dalam kehidupan harian mereka demi mewujudkan perpaduan antara kaum. Oleh yang demikian. Pendidikan Moral . nilai dan kefahaman yang saksama dan adil. Di samping itu. perbezaan kebudayaan. Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan di bawah rancangan KBSR dan KBSM ini boleh dilaksankan secara tidak langsung melalui aktiviti berkumpulan di mana murid±murid akan dilatih mengamalkan sikap . pendidikan. Dalam hal ini.Sejarah dan Aktiviti Ko-kurikulum adalah sangat penting dalam usaha untuk mencapai cita±cita yang termaktub dalam Rukun Negara. dalam kurikulum KBSR dan KBSM. serta menyedari akan kepentingan bersikap toleransi sebagai asas kehidupan dalam masyarakat yang berbilang kaum. Pembentukan semangat kenegaraan ini adalah sangat penting untuk pembangunan negara di mana para pelajar dapat menyedari pentingnya sikap kenegaraan dalam diri untuk memajukan negara.

serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan ± rakan yang lain. hormat menghormati dan juga bertanggungjawab. Aktiviti budaya sekolah ini merangkumi aktiviti seperti menyanyikan lagu kebangsaan. mengibarkan bendera kebangsaan pada setiap pagi hari persekolahan dan melaksanakan program Minggu Bahasa Melayu peringkat sekolah. Sikap±sikap seperti ini adalah penting dalam usaha untuk membentuk integrasi nasional di kalangan pelajar yang berbilang kaum. memahami budaya kaum lain. matlamat dan objektifnya serta penegasan terhadap kesedaran kebangsaan dan pemupukan integrasi nasional secara menyeluruh dan bersepadu. persatuan. Melalui aktiviti kokurikulum KBSR dan KBSM. Melalui aktiviti±aktiviti yang dijalankan ini. Untuk mencapai hasrat ini. pelajar mendapat peluang berinteraksi dengan pelbagai kaum.seperti kerjasama. dasar± dasar negara. mendisiplinkan diri. Penerapan nilai ± nilai murni ini adalahpenting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional. integrasi nasional dalam KBSR dan KBSM dapat dicapai melalui ³Aktiviti Budaya Sekolah´.membaca ikrar dalam upacara rasmi seperti hari sukan.bertoleransi. tidak dapat dinafikan aktiviti±aktiviti budaya sekolah yang dijalankan ini dapat menyumbang ke arah pembentukan integrasi nasional melalui pemupukan semangat patriotisme dan kenegaraan dalam kalangan para pelajar sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. ianya meliputi aktiviti kelab. lagu sekolah dan lagu patriotik secara bersama dalam perhimpunan sekolah.2 Penutup Kesimpulannya. Falsafah Pendidikan Negara yang mengambil kesemua intipati Rukun Negara jelas menunjukkan matlamat pembentukan perpaduan kebangsaan masih berkekalan. seperti mana yang terkandung dalam Penyata Razak ( 1956 ). kurikulum KBSR dan KBSM yang terdapat dalam system pendidikan di negara ini sememangnya mempunyai motif untuk membentuk integrasi nasional dalam kalangan pelajar walaupun dalam falsafah pendidikan tidak menyatakan secara jelas ³ hendak menyatukan kanak±kanak dari semua kaum di dalam negara ini ³. permainan serta unit beruniform. Oleh yang demikian. Seterusnya. 3. Bagaimanapun. adalah dirasakan amat penting KBSR dan KBSM dijuruskan ke arah membentuk dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan masyarakat. .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->