P. 1
ILMU PENDIDIKAN-Masalah Mendisiplinkan Pelajar

ILMU PENDIDIKAN-Masalah Mendisiplinkan Pelajar

|Views: 489|Likes:

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Datuk Seri Izzul Syahmi on Sep 08, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial
List Price: $4.99 Buy Now

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

04/17/2013

$4.99

USD

 HALANGAN  RINTANGAN

FAKTOR DILEMA GURU

 PUNCA  KESAN

MENDISIPLINKAN PELAJAR

KEKERASAN DALAM MENDIDIK ?

DILEMA GURU MENDISIPLINKAN PELAJAR

-2-

masyarakat dan negara.2. -3- . pemujaan “Black Metal” dan banyak lagi.0 MENDISIPLINKAN MURID “ 400 pelajar dikenal pasti langgar disiplin ”. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. “ Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial ”. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga.Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi. Berita hangat seperti ini membayangkan kemerosotan disiplin pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini memang amat serius sehingga mencapai tahap yang membimbangkan . kongsi gelap(gangsterisme). “ Buli gugat semangat belajar” dan “Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme”. Tidak kurang juga pelajar yang terlibat dengan jenayah sehingga polis terpaksa campur tangan dalam hal-hal pendidikan. Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Begitulah antaranya berita-berita hangat di dada akhbar tempatan pada masa kini.Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata. Hakikat yang demikian. bahan lucah. situasi sebenar para pelajar kita kian jelas dijejaskan tanpa perlu di jelaskan dengan semakin ramai pelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplin seperti ini serta penambahan bilangan jenis kesalahan disiplin dan salah laku yang membabitkan pelajar. Masalah disiplin di sekolah kini telah menjadi lebih kompleks dengan kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam pelbagai aktiviti tidak bermoral seperti ponteng sekolah. sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah.

para guru dahulunya dilayan bak wakil rakyat kerana mereka bagaikan mendapat pangkat „datuk‟ dan setiap lapisan masyarakat pasti akan memanggil mereka dengan panggilan „cikgu‟. Guru merupakan insan penting dalam masyarakat sehinggakan apa-apa perkara yang ingin dijalankan akan dirujuk kepada mereka dahulu. Guru sering dipandang rendah dan akibatnya mereka tidak takut untuk melawan guru. Tidak kurang yang memandu sendiri ke sekolah dan amat biasa murid memegang telefon bimbit. Kedudukan ekonomi mereka yang lebih baik menyebabkan hormat mereka terhadap guru berkurangan. Ini kerana pelajar hari ini dimewahkan oleh ibu bapa sendiri.2.halangan ini sebenarnya masalah yang perlu diselesaikan dahulu sebelum membendung masalah-masalah disiplin pelajar. Kerjaya Guru Dipandang Rendah Dahulu. Halangan. Lebih mengharukan. kemerosotan disiplin pelajar dan meningkat dari masa ke masa adalah sepert berikut . Hari ini semua itu sudah menjadi kenangan dan mungkin ia hanya menjadi cerita dongeng kepada anak-anak mereka yang berkerjaya tinggi. terdapat pelbagai halangan dan rintangan yang perlu di tempuhi para tenaga pengajar atau guru.1 Halangan dan Rintangan Dalam membendung kemerosotan disiplin pelajar. -4- . Antara halangan dan rintangan yang dipercayai menjadi punca dilemma para pendidik. Sikap ibu bapa yang menyebelahi anak-anak juga menjadi punca pelajar melawan guru. para pendidik mempunyai status yang tinggi dalam hierarki hidup masyarakat. Fenomena yang biasa berlaku sekarang ialah para guru menunggu bas manakala murid menunggu pemandu peribadi mereka untuk pulang apabila selesai sesi persekolahan.

Ibu bapa bimbang anak-anak mereka akan lari dari rumah atau melakukan perbuatan yang negatif seperti menagih dadah dan sebagainya. pasti katanya guru yang jahat akan memberi latihan atau kerja rumah yang banyak. Murid-murid sekolah menengah. bahawa guru melakukan semua itu cuma untuk kebaikan mereka juga. Dalam hal ini. Tetapi bila guru cuba memperbetulkan tingkah laku anak murid mereka. Kalau seorang murid sekolah rendah. disalah tafsirkan sebagai jahat. Proses mendisiplinkan di tahap remaja atau buluh lebih menyukarkan dan sebab itu ibu bapa mengelak utnuk mendisiplinkan anak mereka sama ada melalui perang psikologi mahupun rotan. pasti mengatakan guru yang jahat akan selalu menghalang atau mengawal mereka dari segi kesalahan. bahawa guru itu lebih banyak menghabiskan masanya untuk menyemak latihan atau kerja rumah muridmuridnya. -5- . Mereka pasti tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh anak mereka. Sekali lagi keikhlasan guru yang cuba mendisiplinkan mereka disalah tafsirkan sebagai jahat. Jelas di sini keikhlasan guru yang memberi latihan atau kerja rumah utuk meningkatkan kemahiran murid. Mereka takut untuk berhadapan dengan sikap pemberontakkan anakanak mereka ini. Ibu bapa seharusnya sedar. ibu bapa yang kurang faham akan beranggapan guru memberi kerja rumah yang banyak sebagai mendera anak mereka. pasti mereka kurang bersama anak-anak dalam kehidupan seharian. Bagi sesetengah pihak ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan. Tetapi mereka lupa. Tetapi mereka lupa. Pasti banyak tafsiran yang berbeza mengenai guru yang jahat. Proses mendisiplin pula amat rumit dan berhadapan dengan pemberontakan jiwa anak-anak.Bantahan Ibubapa Terhadap Tindakan Disiplin Kalau kita membicarakan tentang masalah guru memukul pelajar. naluri seseorang kanak-kanak dan remaja sememangnya nakal dan setiasa mempunyai perasaan yang suka memberontak. Mereka beranggapan bahawa guru itu mendera anak mereka sahaja. ibu bapa akan cepat melenting.

Sekalipun ia menjadi musuh kepada murid-murid. Lembaga disiplin sekolah yang bersedia memainkan peranan itu. mereka tidak dapat berfikir secara resional. Ramai mengatakan ia tidak sesuai untuk tika ini dan sudah tidak rasioanal. pecah sekolah. ramai ibu bapa membantah tindakan hukuman tersebut. Alangkah baiknya pihak ibu bapa pula menghormati dan berterima kasih kepada para guru dan pihak sekolah kerana secara tidak langsung mengambil alih tugas mereka bagi mendisiplinkan dan memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak mereka. peras ugut. Jika kita masih ingat suatu dulu ketika sedang hangat diperkatakan mengenai „isu hukuman rotan di sekolah‟. jelas kepada kita bahawa. Rata-rata kita dengar dan lihat.Menolak Tindakan Disiplin Isu ini jelas sebenarnya perlu diberi penekanan. Isu ini hanya diperkata kembali apabila berlakunya kejadian yang tidak sepatutnya berlaku di mana tahap kejatuhan disiplin pelajar menjunam sehingga telah melakukan tindakan yang melampau batasnya. merokok. dengan niat untuk membentuk dan mendidik mereka supaya menjadi ahli masyarakat yang berguna suatu hari nanti. Semua tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada guru untuk mendisiplinkan murid-murid. mencuri. Dengan menggunakan -6- . tetapi sebilangan besar bekas pelajarnya "kepala samseng" (suka bergaduh. sewaktu usia murid-murid yang belasan tahun. Menurut Kamarrudin Jusoh bekas pengetua sekolah menengah yang berpengalaman selama sebelah tahun sebagai guru disiplin. Sehingga baru-baru ini. Dalam hal ini. menggariskan beberapa garis panduan dan disiplin yang semata-mata mahu mendidik dan mengawal tingkah laku pelajar yang pada peringkat usia sebegini mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dan persekitaran. isu ini kembali hangat diperkata dan dibincang pelbagai pihak tentang rasional hukuman tersebut. Maka hukuman ini tidak diteruskan. ponteng sekolah dan sebagainya) telah dapat di bentuk untuk menjadi insan yang kamil walaupun mereka ini tidak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan formal mereka.

Tugas guru sebagai penyalur pengetahuan tidak lagi dipandang tinggi malah tugas pendidik masa kini dianggap sebagai kerja yang perlu dilakukan oleh guru. Hubungan erat serta penghormatan guru dahulu kala telah lupus akibat ditelan zaman. mereka terlupa untuk bertanya mengapa anak mereka dipukul. Insiden tersebut telah dapat menunjukkan tahap keseriusan hubungan yang renggang di antara guru dan masyarakat setempat. Institusi sekolah dan guru pada hari ini dianggap sebagai budaya dan bukan lagi institusi yang memberi ilmu kepada murid-murid. tetapi sikap agresif ibu bapa mungkin boleh melemahkan semangat guru untuk menjalankan tugas secara dedikasi pada masa depan. menagih dadah. -7- . Perlakuan sebergini tidak disedari oleh ibu bapa kerana kejadian tidak berlaku di hadapan mata mereka. Menganggap Anak Baik Jika diamati. memusnahkan harta benda awam (vandalisme). mereka dapat diubah dan dibentuk. Akhbar Berita Harian. Mereka akan cepat marah sekiranya anak mereka menunjukkan lebam dan mengadu dipukul guru. Kuatan. 31 Oktober 1996 melaporkan kejadian mengenai tindakan sekumpulan penduduk menyerang seorang guru dan pengetua Sekolah Menengah Agama Al-Irsyad di Kampung Kurnia. seks bebas. Setidak-tidaknya mereka akan berterima kasih di atas disiplin yang pernah dikenakan sewaktu usia remaja mereka. pelajar hari ini yang terdiri dari remaja sering dibabitkan dengan pelbagai jenayah dan salah laku.disiplin di sekolah. merompak dan ada yang mengupah orang untuk memukul guru. Sebab itulah para ibu bapa menganggap guru dibayar gaji untuk membantu anak mereka lulus peperiksaan. merokok. Pergaduhan dan gengsterisme. Lazimnya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada berlaku keterlanjuran tindakan disiplin oleh segelintir guru terhadap pelajar kerana mereka juga manusia biasa.

Mereka lebih gemar berpaling kepada media sebagai perunding cara dan jalan penyelesaian segera. Ada waktunya murid yang dipukul hanya mengalami segaris luka tetapi perkataan sensasi yang sering digunakan ialah „cedera‟. Sebaik-baiknya ibu bapa perlulah mendapat keterangan dari pihak sekolah terlebih dahulu sebelum mengambil apa jua tindakan. Dalam pandangan mereka. Dalam beberapa kes guru memukul pelajar. Malah ada yang menuduh guru sengaja mencari peluang untuk memukul kerana membenci muridnya. Keadaan ini pasti sering membawa kepada laporan negatif kerana mengikut perasaan marah dan dendam ibu bapa itu sendiri. Seandainya ibu bapa cuma mendengar aduan anak mereka. pasti kita tidak pernah mendengar berita dari media masa yang melaporkan tentang murid yang melakukan kesalahan disiplin perlu dipukul. ibu bapa sering menjadikan pihak media sebagai tempat mengadu hal. Kenapakah keadaan ini berlaku? Pasti kerana berita ini tidak menarik minat para media masa begitu juga dengan masyarakat umumnya. Sikap sebegini boleh dianggap tidak rasional dan tidak adil bagi para guru. Kerana ada sesetengah media masa cuma mengutamakan keuntungan sahaja tanpa memikirkan kenyataan yang betul. Guru digambarkan sebagai jahat kerana memukul murid tetapi apabila diketahui bahawa sikap murid terbabit sebagai punca dia dipukul. Kejadian guru-guru memukul pelajar sering dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi media masa. sudah pastilah mereka akan menyalahkan guru yang memukul anak mereka. Pihak media masa pula sering memperbesar-besarkan isu ini dengan tujuan dapat melariskan jualan mereka. Pihak ibu bapa hari ini sering mencari jalan penyelesaian mudah bagi menangani masalah anak-anak mereka yang dipukul guru. Keadaan ini jelas sekali. -8- . pasti guru tidak adil dan jahat.Ketidakadilan Media Massa Berita guru memukul pelajar dan sebaliknya sering berlaku dan menjadi topik media juga bualan hangat masyarakat. media tidak pernah memperbetulkan cerita apa lagi meminta maaf. Media masa pula sering berpihak kepada murid yang terlibat tanpa pertimbangan yang wajar.

Pegawai JPN dan PPD Tekanan oleh Pentadbir. Tiada perlindungan daripada ugutan dan serangan oleh ibu bapa. PPD. JPN dan masyarakat terhadap guru Sikap tidak peduli di kalangan Pengetua. Jabatan Pendidikan Negara (JPN). parti politik dan agensi-agensi lain. Guru Besar. 3. Pusat Pendidikan Daerah (PPD). masyarakat. murid-murid dan masyarakat Harapan terlalu tinggi oleh Pentadbir.0 FAKTOR DILEMMA GURU Para guru tidak dapat membuat keputusan atas hala tuju atau dasar sekolah Pilih kasih di kalangan Pengetua atau Guru Besar Terlalu banyak mesyuarat guru atau kursus -9- .Status guru yang masih di tahap rendah berbanding Perkhidmatan Awam yang lain. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

bukanlah mudah untuk meninggalkan cara kekerasan dalam mendidik pelajar. Amin Shariff berpendapat segelintir guru yang berhadapan dengan masalah disiplin mahupun masalah pencapaian akademik murid yang lemah. Itulah naluri kanak-kanak yang perlu kita fahami. . Mohd. sudah tentu punca segera datang daripada kenakalan atau kedegilan kanak-kanak itu sendiri. kecederaan hingga luka dan lebam sudah tentu merisaukan ibu bapa. Pakar psikologi kanak-kanak dan remaja. Tetapi akibat daripada tindakan fizikal itu.10 - .4. Kini banyak ibu bapa berpelajaran tinggi dan mengubah cara keibubapaan daripada penggunaan kekerasan kepada psikologi. Mungkin guru tersebut termasuk dalam golongan yang yakin bahawa hukuman fizikal seperti merotan dan mendera akan memberi manfaat. Cara kekerasan pada mereka adalah kuno dan kolot yang tidak sesuai lagi pada zaman ini. tetapi dalam sesetengah kes mereka mungkin hilang pertimbangan. membuat penilaian bahawa murid perlu dihukum sebagai peringatan. Mungkin guru berkenaan tidak berniat berbuat demikian hingga perlu mendapatkan rawatan perubatan. Tetapi hakikatnya. biasanya kesan negatif yang berlebihan sebegitu terjadi. tetapi jika emosi turut memainkan peranan dalam menjalankan hukuman. murid tidak berani mengadu kepada ibu bapa sebab ibu bapa akan memihak kepada guru. Bukan semua murid itu baik dan patuh pada peraturan sekolah. Jika guru menghukum murid. Dr. Pada masa lalu memang banyak ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada guru. Sememangnya kita tidak boleh memaafkan guru yang sudah dewasa dan berfikiran matang terlibat dalam insiden itu.0 KEKERASAN DALAM MENDIDIK ? Biasanya bukan sengaja guru ingin menimbulkan masalah. pengajaran dan kesedaran.

Sesetengah guru menghukum dengan tujuan untuk mendidik kerana kenakalan murid berkenaan. Ada segelintir guru menjatuhkan hukuman mengikut budi bicara sendiri. Jangan salahkan guru sahaja kerana ibu bapa juga terlibat kerana kurang menekankan pendidikan moral kepada anak masing-masing. . Mereka yang dilatih di maktab dan universiti inilah ada yang bersifat negatif dan orang begini tidak sesuai sebagai guru. Kini kebanyakan guru yang dikeluarkan dari maktab atau universiti bukan bercita-cita untuk menjadi guru sebenarnya. menjelaskan salah satu andaian punca guru bertindak ganas terhadap murid ialah guru itu sendiri tidak berminat kepada profesion perguruan . Mereka mudah rasa marah. 4.11 - .1 Punca Kaunselor Universiti Islam Antarabangsa. Apabila bilangan guru amat berkurangan.Sesungguhnya kebanyakan guru menghendaki murid-muridnya mematuhi segala arahan sekolah. kadangkala perasaan marahnya sampai ke tahap lupa bahawa dia adalah guru dan berhadapan dengan anak orang lain. Guru juga adalah manusia biasa yang mempunyai emosi. tetapi pada masa yang sama ada segelintir guru yang enggan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kementerian. bagaimana seseorang guru itu hendak menyesuaikan diri dengan karenah murid. Asniza Mamat. Sudah tentu mereka tidak punya perasaan sabar. kita terima sahaja golongan yang sebenarnya tidak begitu sesuai menjadi guru. Bila tidak minat. Ada juga murid yang berperangai baik di rumah tetapi nakal di sekolah.

12 - . Seandainya. guru sewajarnya sentiasa menghayati dan mengamalkan Tatasusila Profesion Penguruan. Isu guru adalah masalah negara yang perlu diberi perhatian dengan menaikkan taraf profesion dan peruntukan gaji yang munasabah. Cara mengatasi guru ganas bukan sekadar menukar ke tempat lain sematamata. Gejala ini perlu dibendung segera dan semua pihak terlibat. tetapi membantu mereka menghadapi situasi kerja yang semakin rumit serta mengendalikan perasaan tertekan. Sikap guru yang bengis dan garang hanya menakutkan murid untuk ke sekolah.Bendung segera Pendedahan kes guru mendera murid ada kebaikan untuk masyarakat menilai semula peranan masing-masing dalam mencari penyelesaiannya. lebih baik diambil tindakan tegas dengan memberhentikan guru tersebut. Guru perlu sedar bahawa pelajar adalah manusia biasa yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Justeru itu. Beliau juga mencadangkan supaya bengkel-bengkel diadakan bukan sahaja untuk menaikkan imej dan kualiti guru. Awang Had Salleh mencadangkan agar Jabatan Pendidikan Negeri mengenalpasti guru-guru yang menghadapi masalah psikologi dan mengatasinya dengan segera. Dengan cara inilah boleh mendorong murid memberi penghormatan yang setimpal dengan layanan yang diberikan oleh guru kepada mereka. Dr. Guru-guru yang tidak berminat mengajar. Tan Sri Prof. Inilah masalah kualiti guru kesan daripada pengambilan yang bertujuan hanya untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru. guru yang betul-betul layak perlu diperolehi dengan kadar segera. Oleh itu murid patutlah mendapat layanan yang beradab. Guru perlu mengelakkan diri daripada nafsu marah dan jauhkan daripada membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu seperti . Tokoh pendidikan.

Prof. .2 Kesan Sedikit sebanyak dilema yang dihadapi oleh guru itu memberi kesan negatif (LAMPIRAN A) terhadap perspektif masyarakat terhadap profesion perguruan. Ketika itu murid lebih patuh kepada guru dan wajar dicontohi .yang digariskan dalam buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru. Dr. Guru juga manusia biasa jika terlalu tertekan. terdapat beberapa peruntukan undang-undang Kanun Keseksaan telah menyedia dan menetapkan prosedur dan tindakan terhadap mereka yang mencederakan. Menurut pakar pendidikan. Robiah Sidin berpendapat punca guru bertindak keterlaluan mungkin kerana menghadapi tekanan jiwa akibat beban kerja yang terlalu banyak. sesekali kesabaran tidak boleh dikawal. Mungkin jika seorang murid yang nakal dapat dikawal tetapi kalau terlalu ramai boleh menghilangkan kesabaran guru. Dr. Zaitoon Datuk Othman. guru sekarang berdepan dengan bilangan pelajar yang terlalu ramai ditambah dengan pelbagai karenah.13 - . Ini berbeza dengan murid yang diajar oleh rakan sejawat mereka sedekad dua yang lalu. 4. Guru Boleh Didakwa Menurut Presiden Persatuan Penguam Muslim. Prof. Dilemma ini juga dibimbangi akan memberi kesan maksima kepada guru iaitu tekanan jiwa. Ahli sosiologi UKM. Dr. tanggungjawab semakin berat dan tuntutan masyarakat yang menggunung terhadap guru. Sarifa Zaleha Syed Hassan berpendapat punca guru bertindak agak kasar mungkin kerana hilang kesabaran. Robiah Sidin.

dengan sengaja menyebabkan cedera parah. maka ibu bapa dinasihatkan membawa anaknya berjumpa dengan doktor di hospital kerajaan untuk tujuan rawatan dan laporan kesihatan. jika seorang guru besar telah menjalankan budi bicaranya dengan munasabah sebagai guru sebat seorang pelajar.Mulai dari Seksyen 319 ia menyentuh pelbagai perundangan terhadap mereka yang mencederakan. misalan. maka ia telah melakukan atau dikatakan telah menggunakan kekerasan jenayah. Bagaimanapun. maka guru tersebut tidak menggunakan kekerasan jenayah kepada pelajarnya kerana guru itu bermaksud hendak menyebabkan ketakutan dan kegusaran. Antara seksyen yang menarik ialah peruntukan di bawah Seksyen 320 iaitu cedera parah. ibu bapa boleh mengambil tindakan prosedur undang-undang jenayah (criminal offence) ataupun sivil di bawah Undangundang Tort. Ini harus disusuli dengan laporan polis.14 - . Bagaimanapun.dengan sengaja menyebabkan cedera dan Seksyen 322 . jika murid berkenaan mengalami kecederaan yang teruk akibat dipukul oleh guru berkenaan. Sebagai contoh dalam Kanun Keseksaan. ia tidak menggunakan kekerasan dengan menyalahi udang-undang. tindakan yang dibawa oleh ibu bapa sebagai plaintif boleh menuntut pampasan bagi pihak anaknya daripada guru yang memukul di mahkamah sivil. beliau menegaskan bahawa terdapat peruntukan di bawah Seksyen 350 iaitu kekerasan jenayah yang menetapkan bahawa barang siapa dengan sengaja menggunakan kekerasan kepada seorang lain dengan tidak kerelaan. Di bawah prosedur Undang-undang Tort. Seksyen 321 . . Dalam konteks tindakan undang-undang.

Layaknya mereka disanjung atas kesudian mereka bukan dikutuk sebagai pendera. Lebih dari itu. satu proses pembudayaan yang jarang diterima pelajar sewaktu di rumah. Dalam hal ini perlu diterima bahawa status profesion perguruan dan pengiktirafan masyarakat terhadap profesion itu adalah unsur terpenting menentukan keupayaan untuk merealisasikan tujuan dan objektif pendidikan.15 - .0 REFLEKSI Kita sebagai bakal guru seharusnya bersedia dari segi emosi dan fizikal sebelum menempuhi alam keguruan yang kian dipandang enteng oleh masyarakat kini. Dalam prinsip dan garis panduan pertama ditegaskan status guru hendaklah sejajar dengan keperluan pendidikan seperti yang dinilai dalam konteks objektif dan tujuan pendidikan semasa. Tidak ada seorang guru pun yang mahu memukul muridnya sesuka hati tanpa sebarang sebab. Justeru itu. kereta mereka pula yang dirosakkan oleh pelajar-pelajar. Berita segelintir mereka memukul murid sering menjadi bahan berita sensasi pihak media tetapi apabila pihak media dan masyarakat bersimpati dengan mereka.5.lihat sahaja kepada para guru kini. . semua pihak termasuk ibu bapa dan media perlulah bersikap lebih adil dan rasional apabila berdepan dengan kes guru memukul anak mereka. Guru adalah pendidik dan berpendidikan. Mereka tahu kesan jika mereka memukul murid. mereka bertanggungjawab mendisiplinkan para pelajar. Jelas sekali gurulah yang lebih rela memikul tanggungjawab mendisiplin lantas menghadapi pelbagai risiko keganasan pelajar. Sebaliknya ibu bapa seharusnya sedar bahawa tugas guru bukan sekadar memberi ilmu pengetahuan dan mendidik.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->