P. 1
lompat tinggi

lompat tinggi

|Views: 577|Likes:
Published by raihana azman

More info:

Published by: raihana azman on Sep 09, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/28/2013

pdf

text

original

http://ms.shvoong.

com/books/guidance-self-improvement/1742564-lompat-tinggi/ LOMPAT TINGGI Lompat Tinggi merupakan satu sukan yang mengunakan ketinggian yang sudah lama bertapak di arena sukan olahraga acara padang. Cara dan teknik lompat tinggi mengalami perubahan daripada gaya lompatan, pusingan dan flop. Lompat tinggi telah dipertandigkan di Sukan Olimpik sebagai acara individu dan termasuk sekali dalam acara Lelaki Decathlon dan Perempuan Heptathlon. Pelompat tinggi sekarang banyak mengunakan teknik Fosbury Flop. Di Malaysia atlet lompat tinggi terbaik ialah Ramjit Singh, Lou Chee Peng, Lee Kum Zee dan Nor Aishah Ismail. FASA LOMPATAN TINGGI Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu : a) Penujuan – larian menghala ke palang b) Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan c) Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang. d) Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat. GAYA LOMPAT TINGGI Terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop. a) Gaya gunting Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada diluar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur. b) Gaya Timur Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak,kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring. c) Gaya guling barat Penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting.Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang.Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat ‘ berguling’ selari dengan palang untuk membuat pelepasan. d) Gaya pelana Gaya ini hamper sama dengan gaya fuling barat.Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang. e) Gaya Fosbury Flop Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya

Larian melengkung inilah yang menyediakn pelompat melepasi palang dengan bahagian belakangnya dahulu. Sebaik sahaja pelompat mengaklhiri larian yang melengkung. Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa para pelajar tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Pendaratan Serentak dengan mengankat kakinya keatas. Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai Persediaan untuk pendaratan. kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak keatas.Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan dibahagian lutut. Lutut ini juga digerakkan secara melintang badan untuk membantu pusingan badan diudara supaya bahu menjadi selari dengan palang. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan dan dihayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga dibengkokkan. Lentikkan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat badan melepasi palang.Mengiku gaya ini pelompat menuju ke palang dengan membelakangkan palang. pelompat menoleh kebelakang (memenadang palang) sambil melentikan badan. tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan. Untuk tujuan keselamatan. Setelah badan pelompat melepasi palang.Fosbury Flop. Beliau telah memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang melompat tinggi di mana pelepasan palang di buat dengan bahagian belakang ( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hamper dengan bahagian tengkuk. GAYA FOSBURY FLOP Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968. Berikut ini merupakan fasafasa yang terdapat dalam gaya Fosbury Flop. pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagia belakang badannya (tulang belikat) PERATURAN ASAS ACARA LOMPAT TINGGI Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki . 2) Lonjakan Ini adalah tindakan yang meledak. Layangan Semasa di udara. kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakn yang hamper selari dengan palang. 1) Penujuan Bisanya pelompat mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian di mana tiga langkah terakhir itu adalah bentuk melengkung.

Gaya ini sudah tidak dikenali oleh dunia lain sungguh pun masih ada peserta-peserta tanah air yang menggunakan gaya ini.php?f=26&t=25 PENGENALAN SEJARAH LOMPAT TINGGI Dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece. Ini sebenarnya yang membolehkan gaya lompatan ini mendapat namanya hingga kini.com/viewtopic. Diterbitkan pada: Januari 10. Gaya ini tidak digalakkan sekali-kali. Ia berjaya melompat setinggi 6 kaki 7 inci dalam tahun 1912 dan gayanya pula ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika Barat.F. inilah gaya yang mula-mula diguna oleh Sweeny dan selepasnya maka habislah orangorang Pantai Timur Amerika menggunakannya. teknik ini telah dimodenkan oleh warga Irish-American M. Seorang lagi warga Amerika.68 m oleh peserta pada masa itu. Sweeney’s Eastern cut-off seperti gaya Gunting. tetapi bahagian belakang mendatar semasa melompat melepasi palang. Gaya ini adalah lebih baik dan berkesan dari gaya timur atau gaya gunting.97m) pada 1895.forumphp3.Peserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian permulaan yang disukainya Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak melompat. Dengan ini terdapatlah namanya Guling Barat itu.F. Horine. Sekitar abad ke-20. memajukan dan mencipta teknik yang lebih efisyen iaitu Gaya Guling Barat. Gaya ini boleh digalakkan supaya peserta-peserta tanah air memahirinya. Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting. Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau Asia. Gaya ini dilakukan dengan lunjakan kaki yang jauh dari palang. Sebenarnya. 2008 http://pjpkipkb. M. Sweeney telah berjaya mencipta teknik yang bekersan dan mencipta rekod 6’ 5 5/8’’ (1. . Kaki bersilang diatas palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan “duduk berlunjur”. rekod pertama acara Lompat Tinggi ketika di Scotland pada abad ke-19. Menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali bertutrut-turut (tanpa di ambil kira di aras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada pertandinga Seseorang peserta berhak meneruskan lompatan (walaupun semua peserta lain gagal) sehingga dia tidak dapat menuruskannya lagi mengikut peraturan Ketinggian lompatan di ukur secara menegak dari aras tanah hingga bahagian tengah disebelah atas padang. dengan pencapaian atas 1.

Setiap lompatan mengandungi fasa penujuan larian. yang sekarang dikenali sebagai satu bidang biomekanik. • Salah satu dari daya ini ialah komponen mendatar dan kompenan menegak. CIRI-CIRI UMUM ACARA LOMPATAN Adakah kejurulatihan satu seni atau sains? Kejayaan suatu kejurulatihan adalah gabungan daripada aspek seni dan sains. pengasas gaya Fosbury dalam lompat tinggi. • Masalah ketika menghasilkan daya menegak ialah kedudukan pinggang perlu berada dibawah persediaan melompat. Diantara semua gaya-gaya lompat tinggi yang telah digunakan oleh peserta-peserta maka gaya guling barat dan gaya kelana sahajalah yang agak saintifik dan lebih berkesan bagi seseorang peserta. kelajuan semasa berlari sangat penting. Dalam pertandingan Olimpik di Rome dalam tahun 1960. Ini merupakan satu gaya lompat tinggi yang cukup popular dan dari segi mekanik pergerakan gaya ini sungguh beruntung dan berkesan dari gayagaya lompatan yang lain. ia akan mudah digunakan untuk acara yang lain. Perkara ini mempunyai banyak kesinambungan daripada satu acara ke acara yang lain. Kelajuan Lonjakan • Kelajuan ialah lompatan menggunakan kaki secara drastik kepada setiap lompatan. Kita dapat lihat banyak kes mengenai manusia genius dengan pemberian tuhan adalah lebih baik daripada orang yang mengambil bahagian. Jika sesuatu konsep mekanikal difahami. Menurut Dick Fosbury . • Atlit yang bersedia untuk membuat lompatan dipengaruhi oleh dua daya yang berbeza apabila mlakukan pergerakan daripada berlari sehingga melonjak. latihannya berpusatkan kekuatan latihan yang digunakan. FAKTOR MEKANIKAL 1. tetapi sekiranya lonjakan .Pelompat Amerika dan Rusia telah menggunakan satu gaya yang menjadi ikutan pelompat-pelompat yang lain. • Dalam lompat tinggi. menjadi kawan baik dengan jurulatih dan menanamkan semangat untuk memecahkan rekod dunia dan akhirnya dia mendapat pingat emas dalam Olimpik. 17 orang peserta memasuki pertandingan akhir dan dari 17 orang peserta itu 14 orang menggunakan gaya kelana. penukaran kelajuan secara mendatar kepada kelajuan menegak dan pendaratan. • Objektif umum lompatan yang baik ialah memperlahankan kelajuan mendatar dengan kadar yang paling perlahan. • Daya komponen ini mengawal kelajuan pelepasan dan terus kepada kedudukan pinggang selepas lonjakan. Hal ini membuktikan kepopularan gaya ini. Tiada atlit yang tidak berpengetahuan tentang faktor sainstifik mengenai pergerakan manusia.

Kelajuan lonjakan yang tinggi dan kedudukan pinggang yang tinggi akan membuat lengkungan layangan lompatan tersebut. terdapat tiga teknik berbeza yang membantu meningkatkan pusat tubuh kepada ketinggian yang maksimum. lutut dan pinggang. • Kelajuan dalam lonjakan yang terbaik adalah dengan menggunakan Progress Pecutan secara beransur-ansur. Tetapi dalam . Kependekan langkah akan menybabkan pinggang naik atau berada diatas. Faktor ketiga ialah kelajuan semasa lonjakan. kaki lonjakan tidak terkawal. KETINGGIAN PINGGANG SEMASA MELONJAK Setiap atlit mempunyai ketinggian semulajadi yang tertentu dan faktor ini tidak boleh dikawal. Teknik kedua pula ialah lompatan yang efektif mempunyai kebolehan untuk memendekkan langkah terakhir sebelum melakukan lonjakan.terlalu cepat. 3. Sudut lonjakan hasil daripada kelajuan larian. o Berhenti dengan kaki lonjakan. SUDUT LONJAKAN Sudut melalui pusat badan iaitu pinggang pelompat dipanggil sudut lonjakan. Tenik pertama ialah kebolehan berlari secara tinggi dan tegak yang diperlukan. Setiap kecenderungan untuk melangkah terlebih luas akan menyebabkan kedudukan pinggang berada di bawah. Hal ini adalah mustahil untuk melakukan lojakan yang sempurna. Faktor ini memberi kesan yang penting pada ketinggian pinggang sepanjang lonjakan. • Kebanyakan masalah disebabkan satu atau semua daripada faktor berikut:o Kelajuan kaki yang berkurangan ketika langkah kedua yang terakhir sebelum melonjak. sehingga sampai ke fasa lonjakan. Penyelesaian yang jelas menghasilkan kelajuan yang tinggi ketika di laluan larian dan dalam melakukan lonjakan. laluan tidak boleh ditukar. 2. Lompat tinggi ialah pengecualian dalam prinsip kelajuan kerana atlit lompat tinggi mencuba untuk mencipta kompenen menegak atau lompatan yang tinggi dengan menggunakan kaki. • Perubahan dari mendatar kepada menegak adalah secara melembutkan pinggang dan tidak mengurangkan kelajuan mendatar. semakin mendatar sudut lonjakan itu. Walau bagaimanapun. Pelompat itu memulakan lompatan dan mendarat pada sudut yang sama. o Membiarkan kedudukan pinggag terlalu rendah supaya dapat berlari dengan lebih laju. Ketika atlit berada di udara. • Masa yang biasa untuk memperlahankan penujuan apabila atlit mula membuat penukaran daripada mendatar kepada menegak. Semakin cepat fasa penujuan itu dan tanpa gangguan pergerakan. 1. kaki hendaklah memijak terus di bawah pinggang. • Pinggang mestilah direndahkan sedikit dengan membengkokkan bahagian buku lali. Sudut lonjakan yang rendah sangat penting dalam lompat jauh. Layangan atau parabola ditentukan oleh dan semasa atlit mengangkat kakinya untuk lompatan. Semasa fasa larian penujuan.

KESEIMBANGAN DAN PERTUKARAN Aspek mekanikal yang terakhir dalam lompatan ialah mesti dilakukan dengan seimbang dan pertukaran yang berlaku semasa fasa layangan untuk setiap lompatan. sudut dan keseimbangan adalah empat elemen utama untuk semua acara lompatan. Kelajuan ketika lonjakan akan memberi kesan kepada arah layangan. RUMUSAN Kelajuan. Kesimbangan pula mestilah tetap semasa layangan ketika atlit melakukan pergerakan parabola. Objektif atlit adalah untuk bergerak atau menyesuaikan kedudukan bahagian-bahagian tubuh semasa layangan untuk mengambil peluang terhadap parabola yang telah disediakan. Dalam hukum Newton ketiga menyatakan untuk setiap pergerakan akan mengakibatkan yang sama dan berlawanan. Memanjangkan dan memendekkan lengan. Walaupun pergerakan satu bahagian badan diangkat atau satu lagi diturunkan. Kelajuan pertukaran meningkat dan mengurang apabila berlaku perubahan jarak. . Setiap pelepasan daripada setiap elemen ini akan menentang kesan perlaksanaan lompatan. kelajuan sangat penting dan sudut lonjakan lebih mendatar daripada yang kita fikirkan. Pertukaran yang spesifik ialah varasi kepada setiap acara. tetapi jurulatih yang bijak dapat memahami kesan terhadap badan ketika di udara. parabola layangan tidak akan berubah ketika atlit di udara. Seperti yang telah dinyatakan. kaki mempengaruhi kelajuan atau pertukaran di sekeliling paksi. ketinggian. Lompatan terbaik di dunia ialah dalam lingkungan 52° sudut lonjakan.lompat tinggi. Semua kejurulatihan dan kerja teknikal mesti memusatkan keseluruhan asas mekanikal. Ketinggian pinggang ketika lonjakan penting kerana tarikan graviti keatas atlit ketika dia di udara.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->