You are on page 1of 10

Kesan Kemasukan Buruh Asing di Negara kita. Bincangkan.

Buruh asing merupakan orang-orang yang berasal dari negara luar dan kemudiannya bekerja di
luar negara untuk mencari dan menambahkan lagi pendapatan mereka. Apa yang kita ketahui,
kebanyakkan buruh-buruh asing ini berasal dari negara yang serba miskin dan mundur
disebabkan terlalu ramai penduduk sehingga ruang pekerjaan tidak mencukupi bagi mereka.
Pihak kerajaan mereka juga tidak mampu membantu dan menhulurkan bantuan, malah ada yang
langsung tidak memperdulikan rakyatnya yang susah, kerana mereka hanya mementingkan
pembangunan negara sahaja, tidak pada rakyatnya.  Jadi, ramai yang telah berhijrah ke luar
negara untuk mencari wang bagi menampung kehidupan keluarga mereka seharian.
 
Dengan kemasukkan buruh-buruh asing ini ke negara kita, negara kita dapat membangun dengan
pesatnya seperti sekarang, serentak mengikut aliran kemajuan negara-negara luar. Mereka
memang mahir dalam melakukan pekerjaan yang berat seperti membuat bangunan, jalan raya
dan sebagainya. Selain itu juga, mereka memang diperlukan untuk mengurus dan membantu
dalam pekerjaan rumah, seperti mengemas, mencuci, memasak dan menjaga anak-anak
majikannya. Begitu juga di tempat pusat membeli-belah, di mana banyak warga asing
mengambil tempat pekerjaan, mengalahkan warga tempatan kita. Kecekapan mereka dalam
bekerja memang mengagumkan dan pandai mengambil hati pelanggan.
 
Namun, semakin ramai kemasukkan buruh asing ke negara ini, semakin banyak orang-orang
asing tersebut mengaut keuntungan negara kita. Antaranya ialah buruh asing tersebut telah
mengambil peluang pekerjaan yang sepatutnya warga tempatan laksanakan. Ini telah
mendatangkan kesan pada warga tempatan kita, terutamanya pada golongan belia. Disebabkan
warga asing inilah, golongan belia tempatan tidak mendapat pekerjaan. Tambahan lagi, belia di
negara kita tidak mahir dalam pekerjaan berat dan juga terlalu memilih pekerjaan. Dengan
demikian, banyak pengangguran berlaku dikalangan orang tempatan.
 
Selain itu juga, ekonomi kita hanya bergantung pada penghasilan minyak dan gas, tetapi sumber
sebegitu memang tidak akan berkekalan. Sehubungan dengan itu, negara kita harus memikirkan
bagaimana cara untuk mencari sumber ekonomi negara selain dari penghasilan dan penjualan
minyak dan gas. Jadi, apa salahnya kita menggunakan orang tempatan untuk melakukan
kesemuanya demi pembangunan negara kita?  Wang yang kita laburkan tidak sia-sia jika untuk
warga tempatan daripada dilaburkan kepada orang asing. Dengan ini, ekonomi negara tidak akan
susut dan negara akan kembali stabil seperti sedia kala.
 
Dengan demikian, kita harus mengetahui kesan buruh asing ini terhadap negara kita. Walaupun
mereka telah membuat negara kita semakin maju, namun mereka juga telah mendatangkan kesan
negatif pada kita dan juga negara. Untuk mengelakkan kesan ini berterusan, warga tempatan
terutama golongan belia hendaklah mempelajari pelbagai bidang pekerjaan sehingga mereka
mahir dan berkebolehan. Ini juga bukan sahaja untuk kebaikkan pada diri mereka, tetapi juga
pada negara kerana merekalah golongan yang bertanggungjawab dalam pembangunan negara.
 
Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunan raksasa
berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul
masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang
ingin mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah
menimbulkan pelbagai masalah.

Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras
kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa
bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan
sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan
dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan
asing juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga,
wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin.

Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini
merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka
melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka.
Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan
rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah
taman perumahan dimasuki pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini
menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia
ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa
dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata
canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari.

Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah
akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat
demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan
mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan
sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat
yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga
disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan
pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS.

Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah
perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan
pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka.
Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan
sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu,
pembangunan negara pada mas a akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini.
Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta
pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang
mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.
Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah
pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana
gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita
sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak
antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual
barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-
raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan
teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat
kita.

Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran mereka,
terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani
masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri.
Malaysia adalah antara 10 buah negara teratas yang tersenarai sebagai penggaji warga asing tertinggi di
dunia. Di mana-mana sahaja pada hari ini khususnya di bandar besar, kita boleh berjumpa dengan
pekerja asing dari Indonesia, Filipina, Bangladesh, Nepal, India dan China yang bekerja dalam pelbagai
sektor yang bergaji rendah seperti buruh, pekerja kilang dan pembantu rumah. Jumlah pekerja asing di
negara ini berjumlah 1.85 juta orang dengan pendatang Indonesia sahaja berjumlah 1.2 juta orang
diikuti Nepal seramai 200,000 orang. Semua mereka ini termasuk yang datang dari Mynmar, Pakistan,
Afghanistan, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan negara di benua Afrika.

Kedatangan pekerja asing ini tentulah untuk bekerja di negara yang mempunyai banyak peluang
pekerjaan ekonomi khususnya pembinaan, perladangan, perkhidmatan dan perniagaan. Pekerja asing ini
boleh dikelaskan kepada dua iaitu pekerja yang datang secara sah dan pekerja yang datang melalui jalan
belakang atau pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pekerja yang datang ke Malaysia secara sah umumnya telah ditentukan jenis pekerjaan, majikan, tempat
tinggal dan telah melalui pelbagai proses untuk memenuhi kelayakan sebagai pekerja. Mereka
kemudiannya diberikan permit kerja yang dinyatakan tempoh kerja mereka di negara ini. Kategori
pekerja jenis ini mempunyai dokumen perjalanan yang sah, bebas daripada penyakit berjangkit,
mempunyai kontrak pekerjaan yang sah dan tidak membawa banyak masalah kepada masyarakat.
Majikan mereka juga lebih bertanggungjawab dengan menyediakan tempat kediaman, makanan dan
perkhidmatan perubatan.

Kategori kedua ialah PATI yang tidak pernah melalui proses seperti kategori pertama. Mereka juga tidak
mempunyai dokumen perjalanan yang sah, risiko penyakit berjangkit yang tinggi seperti tuberculosis
(tibi) dan mudah dieksploitasi. PATI yang ditangkap kerana pelbagai kesalahan imigresen dan jenayah
hanya membebankan pihak kerajaan kerana terpaksa menanggung kos penahanan dan penghantaran ke
negara asal mereka. Kes-kes yang lebih rumit seperti imej implikasi buruk terhadap negara asal
pendatang berkenaan.

Tarikan untuk mendapat pendapatan lumayan di Malaysia akan memberi rangsangan dan dorongan
kepada pekerja asing ini untuk menggunakan semua cara sama ada secara sah ataupun tidak. Ada yang
menggunakan “lorong semut” di sempadan untuk membolosi kawalan keselamatan negara, menipu pas
pengajian pendidikan, menggunakan pas lawatan sementara dan berkahwin dengan warganegara
tempatan.

Contoh kes berkaitan ialah penipuan pas pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi di Kedah
beberapa hari yang lalu. Mereka datang ke Malaysia semata-mata untuk berniaga kain dan permaidani
sedangkan dalam permohonan adalah untuk belajar. Tidak dapat disangkal lagi bahawa kolej ini telah
lari daripada matlamat sebenar penubuhannya dan mementingkan keuntungan jangka pendek. Di sini
peranan orang tempatan membawa masuk pekerja asing sangat jelas dan tindakan sewajarnya perlu
diambil bagi membendung kegiatan yang tidak bertanggungjawab itu.

Kes ini adalah iktibar kepada pihak berkuasa Malaysia yang menunjukkan bahawa pekerja asing dan PATI
akan menggunakan apa sahaja ruang, peluang dan kelemahan yang ada untuk bekerja di negara ini.
Segelintir ahli masyarakat tempatan yang ingin cepat kaya akan gelap mata melihat perniagaan ini dan
membelakangkan tanggungjawab mereka sebagai warganegara dan rakyat Malaysia. Walaupun
mengetahui wujudnya undang-undang berkaitan perkara ini, demi wang ringgit mereka lebih
mengutamakan kehendak diri sendiri daripada masyarakat dan negara.

Kehadiran PATI dan pekerja asing bagi memenuhi permintaan di sektor kritikal seperti pembinaan dan
perladangan adalah gambaran sifat bergantung yang keterlaluan dalam pembangunan tenaga kerja.
Jumlah PATI seramai 600,000 orang boleh sahaja memberi maklum balas dan persepsi negatif
masyarakat terhadap kerajaan Malaysia. Usaha kerajaan seperti pengampunan, sebatan dan
pembekuan pengambilan pekerja asing yang baru tidak pernah menghalang lebih ramai PATI untuk
mencari rezeki di negara ini.

Hakikatnya, semakin ramai pekerja asing khususnya PATI yang datang ke Malaysia memperlihatkan
wujudnya kegagalan pelaksanaan program pencegahan dan pengawalan yang berkesan bagi
membendung masalah ini. Kepintaran dan kebijaksanaan agensi penguatkuasa yang terlibat belum
mampu memberikan tindakan penyelesaian yang mantap bagi mengurangkan kehadiran PATI ini.
Apakah kita perlu menunggu kebanjiran pekerja asing dan PATI yang menimbulkan huru-hara dan
menyebarkan penyakit barulah kita akan terburu-buru mencari penyelesaiannya? Ataupun fenomena ini
kesan sampingan untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020?

Setiap hari media akhbar dan elektronik melaporkan mengenai tingkah laku dan kegiatan negatif
pendatang ini yang melibatkan pergaduhan dan kematian. Pendedahan demi pendedahan menjadikan
kita tertanya-tanya apakah yang berlaku. Sehari ke sehari terdapat sahaja pendatang yang ditemui mati
di tepi jalan, mati kerana bergaduh di rumah kongsi dan mati kerana membalas dendam.

Begitu juga dengan kes-kes jenayah yang kecil seperti ragut, rompakan, rogol, mencuri, berkhalwat,
berzina dan mengganggu anak gadis sudah biasa kita dengar. Aktiviti sampingan ini telah mengganggu
keharmonian masyarakat Malaysia dan memberi motivasi kepada sebilangan kecil daripadanya untuk
turut bersama-sama terlibat dengan jenayah. Di Kedah umpamanya, sepasang suami isteri ditangkap
kerana bersubahat membantu sekumpulan pendatang asing dari Kuala Lumpur melakukan jenayah
pecah rumah dan rompakan. Hasil rompakan tersebut dibahagikan sama rata dan perbuatan tersebut
terus diulangi dari semasa ke semasa sehinggalah ditangkap.

Terdapat banyak sebab kenapa kes jenayah banyak melibatkan pekerja asing dan PATI. Antaranya ialah
kesempitan kewangan. Hidup di bandar besar dengan pendapatan yang kecil adalah sesuatu yang
membebankan. Tidak salah kalau kita beranggapan bahawa PATI yang terlibat ialah mereka yang
bernafsu besar dan mahu cepat menjadi kaya tanpa memikirkan dosa dan kesulitan yang akan dialami
oleh mangsa. Pergaduhan sesama etnik dari negara yang sama turut berlaku disebabkan rasa tidak puas
hati dan membalas dendam. Kadangkala perkara yang kecil turut melibatkan kematian seperti yang
berlaku tidak lama dahulu iaitu mati kerana berebut tandas. Kejadian ini melibatkan pekerja dari
Mynmar.
Sesetengah daripada mereka yang telah lama bekerja di negara ini diketahui mengambil peluang
perniagaan rakyat tempatan dengan memajak lesen ataupun secara terang-terangan berniaga bakso di
tepi jalan. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat tempatan yang tidak sabar dengan
siasatan pihak berkuasa mengambil tindakan sendiri sama ada memberi amaran ataupun membelasah
pendatang ini. Tentulah mereka mempunyai sebabnya seperti tidak ada permit, mengganggu peniaga-
peniaga tempatan yang mempunyai lesen perniagaan dan tahap kebersihan makanan yang disediakan
tidak memuaskan.

Mengatasi masalah sosial yang ditimbulkan oleh PATI dan pekerja asing melibatkan kerjasama tiga pihak
iaitu kerajaan, swasta dan masyarakat umum. Kerajaan sebagai agensi pembentuk, pengawal dan
pelaksana dasar mempunyai peranan yang sangat besar bagi mempastikan kemasukan PATI dihalang
sepenuhnya. Keupayaan kerajaan membentuk dan mengawal dasar memang sangat membanggakan
tetapi lemah dalam aspek pelaksanaan. Walaupun banyak program pencegahan dilaksanakan seperti
program pemutihan dan pengampunan, masih ramai PATI yang menyeludup masuk ke negara ini.

Kesudahannya lebih ramai pekerja asing dan PATI membuka kampung sendiri, menyekolahkan anak-
anak di sekolah kerajaan, menggunakan perkhidmatan kesihatan kerajaan dan mewujudkan kawasan
setinggan baru.

Pihak swasta bertanggungjawab mempastikan pekerja mereka yang terlibat dalam sektor pembinaan
dan perladangan mempunyai permit kerja yang sah dan mengutamakan pekerja tempatan. Sekiranya
mereka mengabaikan kepentingan pekerja yang sah ini, kejadian seorang majikan yang mendapat
penyakit tibi akan dapat dielakkan. Kejadian yang berlaku ini memberi iktibar kepada mereka yang ingin
mendapat tenaga buruh yang murah kerana tanpa pemeriksaan kesihatan, seseorang PATI boleh
menyebarkan penyakit secara diam-diam.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat dan memberi kerjasama kepada agensi penguatkuasa untuk
melicinkan operasi pembasmian dari semasa ke semasa. Mereka tidak seharusnya memikirkan ganjaran
yang akan diberi sekiranya memberi maklumat kerana tanggungjawab membanteras pendatang asing
tanpa izin ini turut menjadi sebahagian tanggungjawab rakyat yang bermaruah.

Kemasukan pekerja asing ke sesebuah negara adalah fenomena sejagat dalam era dunia tanpa
sempadan hari ini. Kita tidak boleh menghalang kemasukan ini kerana tawaran yang diberikan mereka
adalah sangat menarik seperti kos buruh yang murah dan kemahiran yang dimiliki. Namun
membendung kemasukan pekerja asing yang tidak mahu berdaftar adalah cabaran besar kepada kita
kerana mereka ini boleh mencetuskan masalah sosial yang lebih parah pada masa hadapan. Ketiga-tiga
pihak iaitu kerajaan, swasta dan masyarakat wajar melihat kerjasama pintar sebagai satu jalan
penyelesaian seperti memperkasa progam kesedaran di akar umbi dan pada masa yang sama
menambah baik peranan agensi penguatkuasa supaya Malaysia bebas daripada pendatang asing tanpa
izin.
Di negara ini, angka mereka yang dijangkiti penyakit ini semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Sejak 1989 secara purata sebanyak 11,500 hingga 12,000 kes dikesan setiap tahun. Separuh
daripada kes ini didapati positif dijangkiti tibi.

Pada 2006, seramai 14,000 pesakit tibi telah dapat dikesan dimana nisbah jangkitan adalah 61
untuk setiap 100,000 penduduk.

Tahun berikutnya, sebanyak 16,000 kes baru dicatatkan dan pada 2008 pula sebanyak 17,506 kes
baru didaftarkan. Daripada angka ini, 10,441 disahkan dijangkiti kuman tibi dengan 2207 kes
melibatkan pendatang asing.

Angka jangkitan terus meningkat tahun lalu dengan 17,496 kes baru direkodkan.

Bagaimanapun, kes tibi di Malaysia masih rendah berbanding Filipina, Thailand dan Indonesia,
namun lebih tinggi dari negara Singapura.

Tibi dan pendatang asing

Kemasukan pekerja dari negara-negara dunia ketiga sememangnya menjadi punca utama
jangkitan tibi masih berleluasa biar pun tahap kebersihan dan kesihatan di negara ini boleh
dikatakan berada pada paras sederhana.

Menurut Dr. Hairulfaizi, tibi sememangnya sangat sinonim dengan negara mundur dan
kemasukan pekerja dari negara-negara ini turut membawa sekali penyakit tersebut.

“Pemeriksaan kesihatan menyeluruh perlu dilakukan kepada pekerja asing ini agar mereka tidak
membawa sekali kuman yang mudah berjangkit ini. Bagaimanapun, langkah ini masih belum
boleh diimplementasi sepenuhnya atas beberapa sebab, antaranya kemasukan pendatang tanpa
izin,” kata beliau.

Penyebaran kuman di kalangan pendatang berlaku dengan mudah disebabkan keadaan


persekitaran yang memudahkan penyakit merebak dan menular.

Boleh dikatakan dengan keadaan tempat tinggal yang sempit dan kurang ventilasi menjadi salah
satu sebab penting kepada jangkitan ini menular dengan mudah.

Selain itu kata beliau, negara maju seperti Amerika Syarikat juga turut berdepan dengan masalah
ini disebabkan kemasukan pendatang asing dari negara membangun seperti
PARLIMEN KUALA LUMPUR, 24 Okt (Hrkh) - Usul Salahuddin Ayub (Ketua Whip PAS
di Parlimen - Kubang Kerian) berhubung kebanjiran pekerja asing sebagaimana yang dilaporkan
oleh Juru Audit negara pada akhir bulan disember 2006, melebihi had yang ditetapkan, ditolak
Dewan Rakyat hari ini.

Iklan   Usul yang dikemukakan kelmarin, ditolak oleh dewan


  atas alasan ianya bukan perkara yang perlu disegerakan.
   
Menurut Yang DiPertua Dewan, Tan Sri Ramli Ngah
Talib, usul ditolak kerana tidak perlu disegerakan dan difahamkan pihak kerajaan sedang
merangka strategi untuk mengurangkan kebergantungan ekonomi Malaysia terhadap pekerja
asing.

Katanya, usaha-usaha yang dilakukan oleh jawatankuasa kabinet mengenai pekerja asing dalam
pemantauan terhadap daftar kualiti kemasukan pekerja asing di Malaysia.

Bilangan pekerja asing di seluruh negara ialah 1.87 juta orang berbanding dengan siling 1.80 juta
yang telah ditetapkan.

Terdahulu, Salahuddin dalam teks usulnya memberitahu, Laporan Kertas Putih Persoalan Dasar
dan Sistem Penyampaian dan Pengawasan Pekerja Asing yang melebihi daripada dua juta orang
di negara ini yang telah merampas peluang pekerjaan 240,000 pelajar lepasan PMR,SPM, STPM.

Katanya, bilangan pekerja asing resmi di Malaysia telah mencapai 2,021,099 orang pada 30
September tahun ini manakala setiap1,600 orang pekerja asing mendarat di lapangan terbang
KLIA dan LCCT dan terdapat hampir 800,000 PATI di gaji majikan.

Tegasnya, pengambilan pekerja asing melalui ’outsourcing’ agen telah menjadikan negara
terkenal sebagai sebuah negara perdagangan manusia yang terbesar di Asia.

"Tindakan sekumpulan 779 pekerja Bangladesh dari Johor Baharu mendakwa mereka tertipu. 52
orang mahasiswa bidang perhotelan Indonesia dijadikan buruh murah kerana di tipu agensi
Malaysia yang di miliki warga Indonesia," katanya.

Tambahannya, Pekerja Asing Tanpa Izin juga membawa banyak masalah sosial, bersama
sindiket jenayah mereka menyumbangkan 20% kes jenayah.

Justeru, Salahuddin berkata, pekerja asing memang dapat membantu meningkatkan nilai
ekonomi Malaysia tetapi mereka adalah perampas peluang pekerjaan 240,000 pelajar lepasan
PMR,SPM, STPM.

"Negara belanjakan RM1.169 juta sehari untuk menahan hampir 24,000 Pendatang Asing Tanpa
Izin di 54 penjara dan 15 pusat tahanan,".
"Misalnya perkhidmatan kesihatan dan pendidikan di Sabah turut terjejas di mana hak-hak rakyat
Sabah di rebut oleh orang asing. Laporan Fomema menunjukkan 3.2 peratus pekerja asing gagal
dalam ujian kesihatan dan pembawa penyakit," katanya. - mr _

You might also like