You are on page 1of 17

1.

0 Pengertian Falsafah daripada Perspektif Islam, Barat dan Timur

Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani Kuno (philosophia), dan


dalam pengertian yang bebas ia bermaksud "Cintakan Hikmah" berdasarkan (Al-
Syaibany, 1991)  Hikmah ialah satu pandangan dan fikiran yang tinggi atau jauh
serta matang.  Pengamatannya tidak dapat dicapai oleh pengetahuan biasa.

 Dalam Oxfort Dictionary (1982) ditakrifkan falsafah sebagai:

"Seeking after wisdom or knowledge especially that which deals with


ultimate   reality, or with the most general causes and principles of things and
ideas and human perception and knowledge of them, physical phenomena and
ethics"

  Jadi, falsafah merupakan satu usaha untuk mencari kebenaran, (seeking the
truth). Namun, ada juga falsafah yang bersifat relatif seperti Liberalisme,
Idealisme, Asetisme, Eksistensialime, Hedonisme, Kapitalisme, Kommunisme
dan banyak lagi.  Falasafah seperti ini ialah falsafah yang menyimpang dari jalan
kebenaran. 

Erti falsafah itu sendiri sudah luas. Oleh itu, di sini saya akan mengertikan
falsafah itu kepada tiga perspektif:

1.1 Islam

1.2 Barat

1.3 Timur

1.2 Erti Falsafah daripada Perspektif Islam


1
Falsafah Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-
Sunnah. Jadi apabila seseorang Islam yang faham Islam membincangkan
mengenai falsafah, tidak kira sama ada falsafah hidup atau falsafah pendidikan
atau pun yang lain-lain, perbincangannya tidak akan lari daripada prinsip dan
matlamat Islam. Sebaliknya, seorang Islam yang tidak memahami hakikat Islam,
malah ia telah lebih dahulu mendalami falsafah lain daripada Islam, menjadi
sangat susah ia menerima falsafah Islam.  Malah falsafahnya yang dikatakan
Islam itu dalam banyak hal bertentangan dengan kehendak Islam.

  Mengikut pandangan peribadi, jika falsafah itu diertikan dengan "cintakan


hikmah atau kebenaran" maka falsafah Islam bererti cintakan hikmah atau
kebenaran yang berasaskan ajaran Islam.   Dan ajaran Islam itu bersumberkan
wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Ahli falsafah Islam dari setiap zaman,
apabila membincangkan tentang falsafah biasanya mereka tidak akan lari
daripada soalan-soalan berikut sebagai asas perbincangan, iaitu:  Siapa anda
(apa hakikat diri anda)?  Dari mana anda datang? Kenapa anda berada di sini
(alam dunia)? Kemana anda akan pergi?  Apa tujuan hidup?  Dan apakah
hakikat mati?

Perkataan hikmat disebut beberapa kali di dalam Al-Quran dengan


maksud yang berbeza mengikut qarinah ayat berkenaan.  Hikmah ada kalanya
bermaksud bijaksana (surah An-Nahli 125).  Mengikut Muhammad Nasir (1978)
hikmah di sini bermaksud mengenal golongan.  Sheikh Muhammad Abduh pula
berkata bahawa "Hikmah itu ialah memahami sesuatu tentang rahsia dan
faedahnya".

Untuk memahami sesuatu tentulah memerlukan ilmu, kerana ilmulah


penyuluh untuk mengenal sesuatu.  Jadi ilmu ini tentulah ilmu yang benar. 
Dalam versi yang lain Muhammad Abduh mengatakan bahawa "Hikmah itu ilmu
yang benar yang menjadi pengerak untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang
berfaedah"

Orang yang mempunyai hikmah ini digelar "Hakeem".  Ia bermaksud


orang yang mahir dalam sesuatu bidang dan melakukannya dengan cukup baik
dan halus (Muhammad Nasir, 1978).  Adakalanya hikmah itu bermaksud ilmu,
2
iaitu ilmu yang tinggi martabatnya.  Ini berdasarkan ayat 269 surah al-Baqarah.
Orang yang mempunyai hikmah mempunyai pandangan yang jauh, bukan
setakat lima atau enam puluh tahun ke hadapan, tetapi sampai ke alam akhirat. 
Ini jelas seperti cerita Luqman al-Hakeem di dalam Al-Quran.

Falsafah Islam cuba mencari hakikat manusia dan alam semesta ini. 
Setelah berusaha mencari dan berfikir berdasarkan wahyu, maka dapat
dirumuskan bahawa manusia dijadikan oleh Allah untuk hidup di alam ini
sebagai hamba dan khalifah, kemudian mereka akan mati dan akan
dipersoalkan tentang tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh Allah.  Ini
adalah berdasarkan kepada ayat-ayat 55 surah Az-Zariyat, 30 Al-Baqarah, 72
Al-Ahzab, 172 Al-A`raf dan lain-lain. 

1.2 Erti Falsafah daripada Perspektif Barat

Mengikut pendapat Socrates (469-399 s.m.) pembentukan pengetahuan yang


murni amatlah penting untuk mencapai kebijaksanaan. Tambahan lagi, beliau
menyatakan bahawa falsafah berdasarkan dari usaha melalui penyelidikan sejati
untuk mencapai kebajikan. Falsafah Socrates adalah berpusatkan kepada
manusia dan tingkahlakunya. Beliau cuba menyelidiki pengetahuan yang murni
dengan cara mengamati yang konkrit dan menganalisanya hingga timbul
sesuatu yang murni. Mengikut beliau cara bersoal-jawab (terkenal dengan nama
Dialog-Socrates) sangatlah efektif untuk mendapat pengetahuan yang murni.
Menurut Socrates

“...ilmu pengetahuan yang merangkumi kebenaran. Terkandung di


dalamnya seperti metafizik, logik, retorik, etika, ekonomi, politik dan
estetika.”

Plato (427-347 s.m.) pula mengatakan bahawa falsafah ialah usaha untuk
mencari kearifan melalui proses dialektik dan usaha untuk mengetahui hal
keadaan jiwa manusia. Konsep Plato mengenai falsafah adalah pelbagai dan ini
akan dapat diperhatikan dengan jelas dalam karaya-karyanya. Konsep Plato ini

3
telah mempengaruhi pemikiran Barat amnya dan ahli-ahli pendidik khususnya
semenjak lebih daripada dua ribu tahun dahulu.

Cicero (106-43 sm.) Cicero, ahli falsafah Romawi, menyebut falsafah sebagai
ibu dari semua seni (the mother of all the arts). Mengikut beliau falsafah ialah
punca dari segala ilmu pengetahuan yang terluhur. Beliau juga menegaskan
falsafah sebagai seni kehidupan. Konsep Cicero ini berkembang luas di
kalangan orang biasa yang terpelajar pada zaman Renaissance (1450-1600).

Thomas Aquinas (1225-1274) Beliau ialah seorang tokoh falsafah yang besar
dari abad ke-l3 iaitu abad ilmu pengetahuan. Mengikut beliau falsafah ialah alat
untuk menetapkan kebenaran ketuhanan sekadar yang dapat dicapai oleh akal
manusia. Tegasnya lagi kebenaran teologi (ketuhanan) yang diterima oleh
kepercayaan melalui wahyu tidak dapat ditentang oleh suatu kebenaran falsafah
yang dicapai dengan akal manusia. Ahli falsafah adalah bebas menyelidiki
kebenaran ketuhanan asalkan kesimpulannya tidak bertentangan dengan
kebenaran-kebenaran yang tetap dari teologi.

1.3 Pengertian Falsafah daripada Perspektif Timur

Bahagian timur juga mempunyai permata-permata yang terkenal dengan ilmu


falsafahnya. Pertama, Confucius. Seorang tokoh dari China mengatakan
bahawa falsafah adalah berkenaan pemupukan diri dan dan mengamankan
manusia sejagat. Falsafah beliau adalah mengenai pengajian tentang manusia
(Ren Xue).

Kedua, menurut Rabindranath Tagore falsafah adalah berdasarkan


perubahan dan membentuk semula pengalaman atau dengan kata lain ilmu
pengetahuan dapat diperoleh melalui cara perhubungan manusia dengan alam
sekitar disamping berpegang kepada prinsip bahawa pembelajaran berpusatkan
minat. Beliau merupakan seorang ahli falsafah dan penyair dari India.

Ketiga, mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff dalam bukunya Falsafah


Pendidikan (1984), memberi tafsiran falsafah dengan lebih lengkap iaitu,
4
falsafah ialah pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap
perkara penting.

Keempat, mengikut seorang filasuf Indonesia, Hasbullah Bakry dalam Sains


Falsafah dan Agama (1982) ilmu falsafah adalah ilmu yang menyelidiki segala
sesuatu dengan mendalam mengenai ketuhanan, alam semesta dan manusia
sehinga dapat menghasilkan pengetahuan tentang bagaimana sikap manusia itu
sebenarnya setelah mencapai pengetahuan itu.

2.0 Huraian Mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pengenalan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah panduan bagi semua aktiviti di


Malaysia. Dengan adanya FPK sistem pendidikan Malaysia menjadi semakin teratur
5
dan mantap. FPK menjadikan negara ini semakin kehadapan dengan
mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dari peringkat
rendah hingga ke peringkat institusi pengatian tinggi. FPK menerangkan dengan
jelas tujuan dan matlamat pendidikan untuk pendidikan untuk individu dan negara.
Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak
mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang
baik. Pendidikan merupakan asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik,
seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan
yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secar menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.”

Elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1. Pendidikan suatu usaha berterusan

Pendidikan ialah proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta


penyerapan nilai murni supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan,

6
bertenaga mahir serta berakhlak mulia. Proses pendidikan ini merupakan proses
secara berterusan sepanjang hayat.

Maka, pendidikan secara berterusan ini adalah bermula sebagai


pendidikan asas dalam peringkat awal kanak-kanak di rumah dan tadika,
disambungkan di sekolah rendah dan sekolah menengah diteruskan juga ke
peringkat yang lebih tinggi iaitu pada peringkat institusi pengajian tinggi dan
seterusnya ke tempat bekerja dan komuniti, atau dengan pembelajaran secara
kendiri berbentuk ICT, secara maya dan melalui media massa.

Rasionalnya, pendidikan sepanjang hayat adalah membolehkan kita


menghadapi dan menangani pelbagai pendidikan dan pembangunan yang pesat,
khasnya perkembangan k-ekonomi dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Justeru itu, pendidikan secara berterusan ini merupakan hasrat utama FPK.

2. memperkembang potensi individu

Mengikut kajian, individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti
intelek, jasmani, rohani, dan emosi sejak lahirnya. Kebanyakan potensi ini adalah
terpendam dalam kendiri. Fungsi utama pendidikan ialah memperkembang dan
meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang.

Dalam FPK, unsur-unsur seperti intelek, jasmani, emosi dan rohani sangat
diberi perhatian. Pertama, dari segi intelek memberi tumpuan kepada ciri daya
berfikir. Hal ini contohnya menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis
dan mengira. Disamping itu, mengutamakan kemahiran untuk memperoleh,
meningkat dan menyebarkan ilmu. Selain itu, berfikir secara kritis dan kreatif
(KBKK) serta memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain
termasuk kemajuan negara.

Unsur jasmani pula, menitik beratkan kesihatan tubuh diri dengan


melakukan riadah dengan sempurna, menggunakan bakat dan kemahiran teknikal
atau manipulatif dengan cekap serta memanfaatkan tenaga fizikal secara
berdikari dan untuk kepentingan masyarakat. Selain itu, meningkatkan daya
pengeluaran, demi memberi sumbangan kepada kemajuan negara.

7
Dari segi emosi pula, dasar FPK memberi tumpuan mengenai memperoleh
perasaan tenaga dan tingkah laku yang terkawal, memiliki perasaan kasih
sayang, memiliki semangat kekitaran, muhibbah, kerjasama dan perpaduan serta
mempunyai kemahiran menilai dan menghargai keindahan kesenian.

Perkembangan unsur rohani pula memberi tumpuan dari segi perasaan


menyedari dan mengingati adanya Pencipta, mempunyai perasaan menghargai
dan mensyukuri pemberian Pencipta, mempunyai perasaan menyedar dan
menginsafi tanggungjawab yang dipikul dan akhir sekali dapat membentuk akhlak
yang mulia.

3. Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu

Perkembangan potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan secara
berasingan. Maka, untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga
mahir serta berakhlak mulia dengan sempurna, aktiviti kokurikulum harus juga
diberi penekanan, disamping kurikulum akademik yang dilaksanakan dalam bilik
darjah.

Potensi yang ada pada diri individu hendaklah diperkembangkan ke


peringkat optimum dengan cara mengintegrasikan bakat dan kebolehannya yang
saling berkait di antara satu sama lain.

4. Insan yang seimbang dan harmonis

Insan yang seimbang dan harmonis merupakan insan yang berilmu pengetahuan,
bertenaga mahir, berakhlak, mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, mempunyai
jiwa dan fikiran yang tenteram, tubuh badan yang sihat dan cergas, serta
kematangan emosi dan sosial.

Insan yang seimbang dan harmonis merupakan potensinya, iaitu intelek,


jasmani, emosi, sosial dan rohani telah diperkembangkan secara menyeluruh,
bersepadu dan dalam tahap optimum.
8
Insan yang seimbang dan harmonis adalah individu yang memiliki
keinsafan dan kesedaran terhadap tanggungjawab diri, keluarga dan negara.
Individu ini akan sentiasa berikhtiar dan berusaha menyelesaikan pelbagai
masalah yang dihadapi dan melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota
masyarakat yang berguna demi kemajuan diri, keluarga bangsa dan negara.

Matlamatnya ialah bagi memupuk insan yang seimbang dan harmonis.


Segala ini boleh dicapai sekiranya potensi yang ada dalam diri dapat
diperkembangkan dengan meluas.

5. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Kepercayaan ini merupakan keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar tidak
terjadi secara sendiri bahkan ada Penciptanya, dan hukum-hukum alam adalah
hukum Tuhan. Oleh itu, manusia harus patuh kepada Tuhan dengan memikul
amanah dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam usaha mentadbir dan
memakmurkan alamnya.

Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan adalah merujuk kepada:

- mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusia dan alam dijadikan oleh


Pencipta,

- mengetahui hukum dan fenomena alam adalah peraturan yang ditetapkan


oleh Pencipta

- menyedari manusia dijadikan untuk memajukan alam

- menyedari manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatan diri


sendiri, melakukan kebaikan dan menghindari perbuatan kejahatan, mengikuti
dan mengamalkan ajaran agama dan meningkatkan serta mengukhkan
kepercayaan beragama.

6. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Rakyat yang memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta
akan menggunakannya untuk manfaat diri dan orang lain.

9
Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki ciri-
ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan, gemar membaca, sentiasa berusaha
menambah ilmu pengetahuan, sentiasa berusaha meningkatkan dan meyebarkan
ilmu pengetahuan, memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain,
berfikiran terbuka, luas dan mendalam

7. Rakyat Malaysia yang berketrampilan

Rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa rela memberi
sumbangannya demi kemajuan negara. Mereka bukan sahaja mampu
melaksanakan tugas dalam jangka masa yang singkat tetapi juga dengan cekap
dan sempurna.

Ciri-cirinya dalah seperti berikut berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang


sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan, mempunyai kemahiran yang
sesuai dalam pelaksanaan tugasnya, dapat melaksanakan tugas dengan cekap
dan sempurna

8. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

Rakyat yang memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan
bersepadu dan mengamalkannya dalam kehidupan harian.

Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia ialah rakyat yang memperoleh ciri-ciri
seperti mengetahui yang mana nilai baik dan mana yang buruk, menyedari kesan
dan akibat daripada perbuatan baik dan buruk, mempunyai keyakinan terhadap
nilai murni, dapat menghayati nilai kerohanian kemanusiaan kewarganegaraan,
mengamalkan perlakuan baik dan mengelakkan perbuatkan buruk.

9. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab


10
Rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna terhadap Tuhan, bangsa
dan negara, dan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah.

Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki ciri-ciri


seperti menyedari tugas dan tanggungjawab adalah amanah kewajiban,
menyedari tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan sempurna,
sentiasa berusaha meningkatkan daya pengeluaran, sentiasa mematuhi
peraturan dan undang-undang, sentiasa berusaha memajukan diri, keluarga,
masyarakat, bangsa, negara dan agama.

10. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kejahteraan diri

Melalui perkembangan potensi individu secara menyeluruh, rakyat akan dapat


memiliki jiwa yang tenteram untuk memahami keperluannya sendiri, keluarga,
masyarakat, agama dan negara.

Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri ialah rakyat


yang memiliki keupayaan seperti daya ketahanan diri yang kuat untuk
menangani cabaran hidup dari semasa ke semasa, berfikiran waras dengan jiwa
tenang dan tubuh badan yang sihat, memperoleh kemahiran untuk mewujudkan
perhubungan baik.

11. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan

Melalui latihan, rakyat boleh menggunakan tenaganya yang mahir, produktif dan
inovatif untuk mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan
negara.

Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian


dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara ialah rakyat yang
memperoleh keupayaan seperti memenuhi keharmonian keluarga, memupuk
semangat kerjasama, kekitaan, perpaduan, muhibbah, toleransi dan hormat,
menguasai kemahiran sains dan teknologi untuk perkembangan dan kemajuan
negara, mengekalkan kestabilan negara, mematuhi, mengekal dan

11
mempertahankan Perlembagaan, menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip
Rukun Negara, bersemangat patriotik dan cintakan negara.

3.0 Cadangan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah bagi


merealisasikan hasrat FPK

Pelbagai aktiviti boleh digarap bagi mencapai hasrat FPK. Matlamat FPK ialah
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Berdasarkan matlamat
inilah, pihak sekolah perlu menggarap pelbagai aktiviti bagi menjana minda dan
fizikal para pelajar.

12
Berikut adalah aspek-aspek yang perlu ditekankan bagi mencapai hasrat
FPK:

 Intelek
 Rohani
 Emosi
 Jasmani

3.1 Intelek

Perkembangan dari segi minda adalah penting kerana pada masa inilah otak
mereka mulai berkembang. Di sini ada disertakan pelbagai saranan aktiviti yang
boleh dijalankan di sekolah bagi mencapai perkembangan intelektual di
kalangan pelajar sekolah rendah.

Pertama, pertandingan yang mencabar minda. Pihak sekolah perlu


mengadakan minggu bersempena dengan subjek-subjek tertentu yang diajar di
sekolah seperti minggu Bahasa Melayu, minggu Sains dan Matematik dan
sebagainya. Contohnya dalam minggu Bahasa Melayu itu, pelbagai aktiviti
seperti pertandingan bahas, syarahan, pidato, berpantun, bersyair dan
menyanyi. Melalui pertandingan sebegini, para pelajar akan terasah mindanya
untuk berfikir dengan lebih kritis dan dapat menjana perasaan daya saing.
Berdasarkan aktiviti sebegini jua, bakat-bakat baru boleh ditemui dan digilap
bagi mewakili sekolah keperingkat yang lebih tinggi.

Kedua, pihak sekolah juga boleh mengadakan kem-kem pemulihan atau kem
bagi mengembangkan potensi para pelajar dari segi intelektual. Contohnya,
program Easy-Math. Program yang melatih para pelajar dalam mengira dan
menggunakan pelbagai teknik baharu. Kem-kem sebegini adalah sangat
berkesan bagi pelajar-pelajar pemulihan khususnya. Disamping itu, pelbagai
aktiviti menarik perlu diatur bagi mengisi intipati kem tersebut. Dengan
kombinasi minda dan fizikal, pelajar akan lebih mudah memahami apa yang
dipelajari semasa di kem tersebut.

13
Ketiga, mengadakan pertandingan reka cipta. Mungkin agak pelik jika
pertandingan sebegini diadakan sejak di bangku sekolah lagi, namun
pertandingan ini sebenarnya baik diperkenalkan kerana subjek sains dan
kemahiran hidup diajar di sekolah-sekolah. Oleh itu, murid-murid mendapat
pendedahan awal ke arah bidang teknologi dan sains. Perkembangan
intelektualnya dalam bidang sains akan terserlah.

Keempat, mengadakan kursus menjahit. Menjahit juga merupakan kemahiran


dan memerlukan keupayaan intelektual bagi menzahirkan corak di atas kain.
Melalui kursus ini, murid-murid yang kurang menyerlah dalam bidang pelajaran
dapat menceburkan dirinya pula dalam bidang kemahiran seperti bidang jahitan.

3.2 Rohani

Aspek rohani adalah amat penting bagi menjadikan pelajar itu lebih terampil dan
bersahsiah tinggi. Ramai pelajar yang terlibat dengan gejala-gejala yang negatif
ini adalah disebabkan mereka kurang dari aspek rohani. Oleh itu, dalam
mengadakan aktiviti seperti ini di sekolah, penglibatan pelajar haruslah
menyeluruh. Tambahan pula, aktiviti ini diatur bagi pelajar sekolah rendah.
Mereka diibaratkan dengan kain putih, masih belum banyak coraknya. Jadi,
guru-guru perlu mencorak mereka dengan corak yang cantik dan berseni.

Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah, yang pertama kem solat subuh.
Aktiviti ini sangat sesuai dijalankan di sekolah asrama. Ini kerana ianya melatih
dan mempertingkatkan disiplin murid dalam aspek kerohanian seterusnya
membiasakan murid untuk bangun awal dan menguruskan diri. Hasil daripada
aktiviti ini, bukan sahaja mendidik murid beribadah malah membiasakan mereka
untuk datang awal ke sekolah.

Kedua, membaca tafsir al-Quran pada setiap perhimpunan mingguan. Guru


juga boleh melibatkan murid-murid membaca tafsir tersebut. Disamping itu,
sebelum membaca tafsir tersebut eloklah kiranya jika ada bacaan al-Quran
daripada murid-murid sendiri. Dengan ini, meskipun mereka dapat
memperelokkan lagi bacaan bahkan mereka dapat memahami ayat-ayat al-

14
Quran. Kemudian, guru hendaklah menerangkan serba sedikit mengenai tefsiran
ayat itu.

Ketiga, disamping mengadakan aktiviti seperti pertandingan, pihak sekolah


juga boleh menganjurkan kempen sebagai contoh; kempen penghayatan Islam.
Melalui ini, pelbagai aktiviti boleh digarap. Contohnya, ceramah-ceramah agama
dari ustaz-ustaz yang hebat. Dalam kempen ini, adakan pula pertandingan
sketsa, di mana pelajar-pelajar akan mempersembahkan sketsa pendek
berkenaan zaman Rasulullah. Dengan ini, secara tidak langsung akan memberi
pengetahuan mengenai sirah Nabi Muhammad. Tambahan pula, silibus
pembelajaran sekolah rendah adalah berkenaan zaman Rasulullah. Ingatan
secara visual dan audio amatlah berkesan dalam pengajaran.

Keempat, menetapkan giliran bagi membaca doa. Aktiviti ini boleh diterapkan
semasa waktu persekolahan. Sebelum memulakan sesi pengajaran seorang
murid akan membacakan doa dan diikuti oleh murid-murid yang lain. Aktiviti ini
sangat berguna supaya murid dapat membiasakan diri dengan membaca doa.
Disamping itu, guru juga boleh melibatkan murid dalam membaca doa dalam
majlis rasmi.

3.3 Emosi

Emosi adalah suatu perasaan yang boleh berubah-ubah. Pihak sekolah harus
sedar bahawa perlu mendidik pelajar berkenaan emosi yang stabil. Hal ini
kerana, emosi juga boleh memberi kesan kepada pelajaran mereka.

Pertama, aktiviti yang sesuai ialah mengadakan seminar mengenai emosi.


Seminar sebegini adalah penting terutamanya kepada pelajar Tahun 6 yang
akan menerokai dunia remaja yang penuh liku dan onak duri. Pendedahan
kepada mereka berkenaan perkara yang sebegini adalah mustahak
memandangkan krisis masalah sosial yang semakin parah melanda golongan
remaja zaman ini. Selain itu, pengawalan emosi juga penting terutamanya dalam

15
menghadapi kegagalan. Pelajar juga diberi tips-tips pengawalan emosi yang
berkesan.

Kedua, mengadakan ceramah atau kem jati diri. Pada masa inilah pelajar
mula menghadapi konflik kendiri yakni keliru dalam memahami diri sendiri.
Dorongan dan bimbingan dari ceramah tersebut mudah-mudahan dapat
menjawab kekeliruan mereka. Biasanya pelajar pada peringkat ini mula keliru
berkenaan tubuh dan jati diri mereka. Penerapan dengan cara yang islamik
dapat mengatasi masalah ini.

Ketiga, mengadakan rehlah atau lawatan ke tempat-tempat peranginan yang


indah dan permai. Mengikut kajian-kajian yang telah dijalankan, pergolakan
emosi boleh dipengaruhi oleh persekitaran. Bagi murid-murid yang akan
menduduki peperiksaan, lawatan ke tempat-tempat yang mendamaikan
merupakan terapi yang sangat sesuai bagi menenangkan pemikiran.

Keempat, seni juga boleh mengurangkan pergolakan emosi. Oleh itu, guru
boleh mengadakan aktiviti melukis pemandangan berdasarkan alam sekitar.
Aktiviti ini boleh dijalankan semasa membawa murid ke aktiviti rehlah.

3.4 Jasmani

Bagi memupuk semangat kesukanan, pencapaian peringkat jasmani amat dititik


beratkan. Pihak sekolah harus menganjurkan pelbagai aktiviti berkenaan aspek
ini. FPK amat menitik beratkan aspek ini kerana mahu menjana insan yang sihat
dari segi kognitif dan fizikal bagi menjana motor kepimpinan pada masa
hadapan.

Antara aktiviti yang terbaik yang boleh dijalankan ialah yang pertama;
penerapan kokurikulum. Setiap sekolah mempuyai badan kokurikulum mereka
sendiri. Contohnya di Sekolah Kebangsaan Sepri Tengah, mereka hanya
mempunyai dua badan sahaja iaitu Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Puteri

16
Islam; memandangkan bilangan mereka yang tidak ramai. Contoh unit
beruniform yang ada ialah, Pengakap, Tunas Puteri, Kadet Bomba, Persatuan
Bulan Sabit Merah dan sebagainya adalah bagi mendedahkan pelajar dengan
aktiviti perkhemahan dan dari itu, mereka boleh mempelajari teknik survival.
Selain itu, mereka boleh mempelajari kemahiran menggunakan kompas dan
alat-alat pertukangan yang lain.

Kedua, pihak sekolah harus menganjurkan pertandingan sukan tradisional.


Melalui ini,penglibatan murid akan lebih menyeluruh. Hal ini kerana, pelajar yang
lemah dalam pelajaran mungkin sekali berpotensi dalam bidang sukan. Sukan
seperti ini merupakan sukan yang tidak menggunakan banyak tenaga dan
semua murid boleh melakukannya. Disamping menguatkan jasmani, murid-
murid juga boleh menambah pengetahuan mengenai sukan tradisional.

Ketiga, dalam aspek jasmani stamina perlu diambil berat. Guru pendidikan
jasmani khasnya hendaklah mewajibkan murid-murid memanaskan badan
dengan berlari sekeliling padang terlebih dahulu. Selain itu, guru juga perlu
membuat ujian kecergasan supaya semua murid melepasi piawai kecergasan.

Keempat, dari segi pemakanan juga perlu diambil berat. Bagi menjaga
jasmani yang sihat, pemakanan sihat perlu diberi perhatian. Pihak kantin perlu
menyediakan makanan yang berkhasiat kepada murid-murid dan premis
makanan hendaklah sentiasa bersih supaya murid tidak terkena keracunan
makanan. Pemantauan secara bulanan daripada jabatan kesihatan berdekatan
akan menjadikan pengurusan kantin lebih efisyen dalam menjaga pemakanan
murid.

17

You might also like