You are on page 1of 8

Kompilasi Nasihat Luqman Al Hakim

NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA.

 "Wahai anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka


akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu
akan menjadi malas untuk melakukan ibadah dan akan hilanglah kebersihan
hati dan kehalusannya, di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai
dengan kelazatan bermunajat (mngadap Allah) dan manfaat berxikir (ingat
kepada Allah)"

 "Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun
menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak kamu
akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya."

 "Wahai anakku! Kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah
kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat
mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini.
Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini
akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia."

 "Wahai anakku! aku sudah memikul batu-batu yang besar, aku juga sudah
mengangkat besi-besi berat. Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu
yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."
 "Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit,
tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan
dan kehinaan."

 "Wahai anakku! Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-


macam kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami
penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menanggung hutang."
Kompilasi Nasihat Luqman Al Hakim

"Wahai anakku! Sepanjang hidupku, aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari
pusaka para nabi yang lalu, sabda mereka :

 Apabila engkau mengerjakan sembahyang dan beribadah kepada Allah, maka


jagalah baik-baik fikiranmu.
 Apabila engkau berada di rumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu
(pandangan matamu).
 Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, hendaklah kamu menjaga
lidahmu (perkataanmu).
 Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga
perangaimu.
 Ingatlah kepada Allah s.w.t.
 Ingatlah akan mati.
 Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.
 Lupakanlah semua kesalahan orang terhadap dirimu.

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DAN BAGHALNYA.


Kompilasi Nasihat Luqman Al Hakim
 Alkisah dalam satu riwayat menceritakan bagaimana pada suatu hari Luqman
Hakim telah memasuki sebuah pasar dengan menaiki seekor baghal, manakala
anaknya pula mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu,
sesetengah orang yang berdiri di pinggir jalan pun berkata, 'Lihat orang tua itu
yang tidak bertimbang rasa. Dia sedap-sedap duduk menaiki baghalnya
sedangkan anaknya pula dibiarkan berjalan kaki."

 Setelah mendengarkan kata-kata yang kurang sedap dari orang ramai maka
Luqman pun turun dari baghalnya itu lalu diletakkan anaknya di atas baghal itu
dan kembali berjalan. Melihat yang demikian, maka sesetengah orang di pasar
itu berkata pula, "Sungguh biadap budak itu. Orang tuanya dibiarkan berjalan
kaki sedangkan anaknya sedap menaiki baghal itu."

 Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas
belakang baghal itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian sesetengah
orang ramai pula berkata lagi, "Lihat dua orang itu menunggang seekor baghal,
alangkah siksanya baghal itu membawa beban yang berganda."

 Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan
anaknya turun dari baghal itu dan menyambungkan perjalanannya, kemudian
terdengar lagi suara orang berkata, "Ada baghal tetapi tuannya berjalan kaki.
Alangkah bodohnya!"

 Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim
telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,
"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka
orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada
Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi
pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

 Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku,


tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya
tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis
Kompilasi Nasihat Luqman Al Hakim
keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan
diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih
celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-
rendahkan dan meringan-ringankannya."

25 PESANAN LUQMAN AL HAKIM


01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,
banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan
karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN
dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
02 - Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka
dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah
menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
Kompilasi Nasihat Luqman Al Hakim
03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan
taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada
ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang
dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh
menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk
tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut
( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak
dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak
melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari
tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang
tidak mahu mengerti.
08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar
dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana
engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan.
Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi
utusan.
10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan
daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang
berbahaya.
11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir
majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan
mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan
hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana
sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu
diberikan kepada anjing sahaja.
13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang
dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis
belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan
kesengsaraan.
Kompilasi Nasihat Luqman Al Hakim
14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan
musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat
dari mereka.
15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari
ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang
yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal
ia masih mahu menambahkannya.
16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih
dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia
masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai
kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
17 - Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan
demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain
yang pernah memberikan barang yang berharga.
18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang
yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang
mengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin
menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~
yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu
disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia
sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya
dengan dunianya.
21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang
busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau
berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang
menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau
bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam
akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak
dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah
kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya,
hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah
yang subur lalu disirami air hujan.
Kompilasi Nasihat Luqman Al Hakim
25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah
yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke
keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang
membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta
meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah
tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua
muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Nasihat Luqman Hakim sebelum meninggal dunia

LUQMAN al-Hakim r.a mengingatkan anaknya ketika beliau berada di ambang


kewafatan: "Wahai anakku! Sehingga setakat ini banyak yang sudah aku wasiatkan
untukmu dan aku ingin mewasiatkan dirimu sekarang dengan enam perkara lagi,
terdapat padanya segala ilmu orang yang terdahulu dan terkemudian:

1. Janganlah engkau sibukkan dirimu dengan urusan dunia kecuali dengan sekadar
usia yang engkau miliki.

2. Sembahlah Tuhanmu, sekadar keperluanmu kepada-Nya.

3. Beramallah untuk hari akhirat, sekadar engkau ingin tinggal di sana.

4. Hendaklah engkau menyibukkan dirimu untuk melepaskan lututmu (dirimu) dari api
neraka, selagi mana engkau masih belum mampu berjaya melepaskannya.

5. Beranilah engkau melakukan maksiat (kepada Allah), setakat mana engkau dapat
bersabar dengan azab Allah.

6. Sekiranya engkau ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang lain di
mana Allah dan malaikat-Nya tidak dapat melihat dirimu.
Kompilasi Nasihat Luqman Al Hakim

Semoga Kita Bersama-sama Mendapat


Manfaat dan Dapat Mengamalkan Apa
Yang Dinasihatkan Oleh Luqman Al Hakim-
Amin

Allyiana
20 January 2009

You might also like