You are on page 1of 8

KERTAS KERJA

PROGRAM HARI KERJAYA SMSAH 2009

PENGENALAN & JUSTIFIKASI

Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) telah mula ditubihkan pada awal tahun 70.
Sehingga kini, ribuan alumni yang berjaya telah dilahirkan, dengan asas pendidikan yang berkesan,
bermula dari sekolah menengah. Dengan memegang motto sekolah, ‘Belajar dan Berbakti’, adalah
selayaknya, pihak alumni memberikan bakti dalam menganjurkan aktiviti yang boleh membantu
pelajar secara knususnya serta pihak pengurusan sekolah.
Hari Kerjaya SMSAH 2009, adalah program yang julung kali diadakan oleh pihak alumni, bernaung
dibawah kumpulan alumni kawasan tengah yang telah diaktifkan semula pada Jun 2009. Program ini
diharapkan akan meningkatkan kemampuan bakal alumni yang akan mengakhiri pengajian di SMSAH
kelak. Dua perkara yang akan ditekankan dalam program ini adalah mengenai pengalaman kerjaya
dalam 4 bidang kerjaya utama serta persediaan untuk bakal graduan dalam menempuhi proses
temuduga terutamanya untuk permohonan biasiswa dan juga kursus yang akan dipilih kelak.

OBJEKTIF
1. Memberikan pendedahan awal kepada bakal graduan mengenai pilihan-pilihan kerjaya yang
sedia ada dengan memberikan penekanan terhadap 4 bidang kerjaya utama.
2. Memberikan pengetahuan mengenai perjalan proses temuduga serta tip yang boleh
membantu kejayaan temuduga.

METODOLOGI

1. Tarikh dan Tempat

a. Tarikh: XX September 2009 (Sabtu)


b. Tempat: Dewan Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim

2. Kumpulan Sasar

Pelajar Tingkatan 5 yang akan menghadapi SPM pada tahun 2009

3. Tentatif Acara

8.00 - 9.00 am Pendaftaran peserta dan Fasilitator


9.00 - 9.15 am Ucapan Aluan Oleh Pengetua Sekolah
9.15 - 9.30 am Ucapan Pembukaan oleh Pengerusi Alumni Kawasan Tengah
9.30 - 9.45 am Minum pagi
9.45 - 10.15 am Ceramah 1: Pilihan Kerjaya; Kehendak atau Keperluan
Penceramah: TBC
10.15 - 11.15 am Aktiviti Kumpulan 1: Pengalaman Kerjaya
Fasilitator ( 10 pelajar/kumpulan)
11.15 – 12.15 pm Pameran Pengajian Tinggi
Alumni yang menjalankan pengajian di Pusat Pengajian Tempatan
12.15 - 1.15 pm Makan Tengahari
1.15 - 2.00 pm Solat Zuhur
2.15 - 2.45 pm Ceramah 2: Temuduga; Persiapan dan Proses
Penceramah: TBC
2.45 - 3.45 pm Aktiviti Kumpulan 2: Menghadapi Temuduga
Fasilitator ( 10 pelajar/kumpulan)
3.45 – 4.00 pm Ucapan penutup
Wakil Pelajar
Pengerusi
4.00 pm Bersurai

* Perincian untuk setiap acara didalam Lampiran 1

4. Tenaga Kerja
a. Penceramah
i. Penceramah akan dipilih dikalangan ahli alumni yang mempunya
pengalaman luas dalam bidang penceramahan serta berpengetahuan
mengenai tajuk yang telah ditetapkan.
ii. Penceramah akan diberikan makluman mengenai, perjalan acara serta
kumpulan fokus yang akan mendengar ceramah untuk memastikan tajuk
yang dipilih dapat dihuraikan dengan baik serta kreatif.
iii. Penceramah akan diberikan cenderahati penghargaan, atas kerjasama serta
bakti yang amat berharga.
b. Fasilitator
i. Fasilitator juga dipilih dikalangan ahli alumni yang mempunyai latarbelakang
kerjaya yang mampu dicontohi oleh pelajar.
ii. Fasilitator akan diberikan latihan pra-aktiviti untuk memastikan perjalan
acara berlansung dengan lancar serta memaksimakan masa dengan
perbincangan yang berinteraktif.
iii. Fasiltator juga akan diberikan cenderahati penghargaan, atas sumbangan
mereka.
c. Pengendali Pameran
i. Ahli alumni yang pada masa ini menjalankan pengajian di universiti
tempatan adalah dijemput untuk mewakili universiti masing-masing dalam
mempromosikan serta menjalankan penerangan mengenai kursus-kursus
yang sedia ada di universiti tempatan.
ii. Bantuan dari pihak Hal Ehwal Pelajar, universiti tempatan akan diunjurkan
melalui Kumpulan Alumni Kawasan Tengah untuk mendapatkan bahan-
bahan seperti poster, risalah serta buku panduan mengenai kursus-kursus
yang ditawarkan.
iii. Pengendali Pameran akan bertindak sebagai pengurus pameran masing-
masing dan akan diberikan makluman mengenai kumpulan sasar yang sedia
ada.
d. Pengurusan Sekolah
i. Pihak pengurusan sekolah berfungsi sebagai pemilik premis serta diharapkan
boleh menyediakan beberapa perkara serta peralatan yang diperlukan
semasa berlansungnya acara.
ii. Pengurusan sekolah juga berfungsi dalam menyediakan senarai peserta
serta kumpulan yang akan ditetapkan.
5. Keperluan untuk Acara
a. Tempat Acara
i. Untuk hampir keseluruhan acara, dewan sekolah adalah diperlukan untuk
digunakan sepanjang hari acara tersebut
ii. Semua kemudahan asas seperti tandas, kawasan persediaan penceramah
serta alatan-alatan tambahan haruslah dipastikan berfungsi dalam keadaan
yang baik.
iii. Untuk aktiviti kumpulan, bilik kelas yang berdekatan dengan dewan akan
digunakan.
iv. Untuk makan pagi dan tengahari, dewan makan akan digunakan

b. Alatan
i. Dewan( mengikut pelan dalam lampiran)
1. Kerusi dan meja yang mencukupi
(peserta,fasiltator,urusetia,penceramah,jemputankehormat)
2. Peralatan alat pandang dengar ( Microfon, speaker, layar putih,
projektor LCD, Papan putih mudah alih )
3. Rostrum untuk penceramah
4. Kawasan persediaan untuk penceramah
5. Kawasan urusetia
6. Kawasan Pameran Pengajian tinggi ( kerusi, meja, papan poster
mudah alih)
ii. Bilik perbincangan (Bilik darjah yang berdekatan dengan dewan)
1. Kerusi dan meja yang mencukupi ( 10 pelajar, 2 fasilitator )
2. Alat tulis dalam bilik darjah
iii. Dewan makan
1. Tempat makan untuk peserta, fasilitator, jemputan kehormat serta
penceramah mengikut kesesuaian

AHLI JAWATANKUASA DAN SENARAI TUGAS

Penaung: YB Dato' Paduka Hj Abdul Rahman bin Ibrahim


Presiden, Persatuan Bekas Pelajar,
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim

Penasihat: Tuan Haji Ahmad Din


Pengetua,
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim

Hj Razali bin Dato' Hj Rahmat


Timbalan Presiden dan
Pengerusi Komiti Kawasan Tengah,
PBPSMSAH

Pengerusi: En. Izwan Megat Radzi


Ahli Alumni, Komiti Kawasan Tengah
PBPSMSAH
Setiausaha: Dr. Norizal Mohd Noor
Ahli Komiti Kawasan Tengah
PBPSMSAH

Cikgu Jamaida Abdullah


Guru Penasihat Kaunseling
Unit Kaunseling dan Kerjaya
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim

Urusetia:

Tugas dan portfolio

Program dan Modul 1. Memastikan kelancaran program


Cikgu Zainab Yaman terutamanya dari segi masa,
En. penceramah dan peserta.
2. Menyediakan buku program ringkas dan
tag nama untuk fasilitator dan
penceramah

Teknikal 1. Memastikan semua kelengkapan asas


Cikgu untuk setiap acara disediakan dalam
En. keadaan baik dan boleh digunapakai
2. Menyediakan alatan-alatan yang
diperlukan di semua acara serta
memantau penggunaan alatan tersebut.

Cenderahati dan Makanan 1. Mengurus tempat dan makanan yang


Cikgu Zaleha akan disediakan untuk tetamu,
En. penceramah, fasilitator dan peserta
2. Menyediakan cenderahati untuk tetamu,
panceramah dan fasilitator.

Pameran 1. Mengendalikan kemudahan untuk


En. Muhammad Zaki pamerah yang akan disediakan untuk
Cik pengendali pameran.
2. Memberikan makluman untuk
pengendalian pameran yang
berinformasi dan mampu menarik minat
pelajar.
BELANJAWAN

Perkara Kos

Cenderahati penceramah RM 100.00


( RM 50 x2 )

Cenderahati tetamu RM 100.00

Cenderahati fasilitator dan pengendali pameran RM 100.00

Alat tulis RM 100.00

Makanan RM 500.00

JUMLAH RM 800.00

PENUTUP

Adalah diharapkan, program ini dapat dijayakan untuk memberikan kelebihan kepada pelajar dalam
menghadapi peperiksaan serta pemilihan kerjaya yang akan dilakukan kelak. Program ini juga
diharapkan untuk diadakan sebagai program tahunan, sebagai sumbangan utama alumni kepada
pihak sekolah. Segala kerjasama dari pihak alumni serta pengurusan sekolah amatlah dihargai.

BELAJAR DAN BERBAKTI

Disediakan oleh; Disemak oleh;

Dr. Norizal Mohd Noor Tuan Haji Ahmad Din


Ahli Alumni Komiti Kawasan Tengah Pengetua,
Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah Darul Aman.

Puan Jamaida Jamaludin Hj Razali bin Dato' Hj Rahmat


Guru Kaunseling Timbalan Presiden dan
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Pengerusi Komiti Kawasan Tengah,
Jitra, Kedah Darul Aman Persatuan Bekas Pelajar, SMSAH
LAMPIRAN 1 – Perincian Acara

1. Pendaftaran Perserta ( 1 jam )


a. Tindakan
i. Setiausaha
ii. Urusetia Program dan Modul
b. Aktiviti
i. Mendaftarkan semua peserta, fasilitator serta pengendali pameran
ii. Memberikan tag nama, buku program ringkas serta kertas panduan untuk
fasilitator dan pemgendali pameran.
iii. Mengedarkan borang evaluasi untuk semua peserta dan mengumpulkan
kembali sebelum upacara penutup.
iv. Memastikan semua peserta, fasilitator dan pengendali pameran untuk
mengambil tempat sebelum bermulanya acara pembukaan

2. Ucapan pembukaan (30 minit)


a. Tindakan
i. Pengerusi
ii. Urusetia Program dan Modul
iii. Urusetia Cenderahati dan Makanan
b. Aktiviti
i. Menyambut ketibaan tetamu serta membawa tetamu ke tempat upacara
pembukaan
ii. Menyediakan teks pembukaan untuk tetamu serta menasihatkan mengenai
had masa yang diberikan.
iii. Memberikan buku program kepada tetamu dan menyediakan cenderahati
kepada tetamu
3. Ceramah
a. Tindakan
i. Setiausaha
ii. Urusetia Program dan Modul
iii. Urusetia Teknikal
iv. Penceramah
b. Aktiviti
i. Ceramah 1 (30 minit)
1. Pengisian ceramah adalah untuk memberikan pengetahuan kepada
pelajar mengenai bidang-bidang kerjaya yang sedia ada serta
mengenai pilihan peribadi berbanding keperluan pasaran kerjaya
masakini.
ii. Ceramah 2 (30minit)
1. Pengisian ceramah adalah untuk memberikan teknik-teknik untuk
menghadapi temuduga, sebelum semasa dan selepas.
2. Penceramah juga akan memberikan pengetahuan mengenai senario
tekini serta yang bakal dihadapi oleh pelajar yang akan menghadapi
pelbagai jenis temuduga kelak.
4. Aktiviti Kumpulan
a. Tindakan
i. Urusetia Program dan Modul
ii. Fasilitator
b. Aktiviti
i. Aktiviti Kumpulan 1 ( 1 jam )
1. Ice breaking (5 minit)
2. Perbincangan semula mengenai ceramah (5minit)
3. Perbincangan mengenai kerjaya yang ingin dipilih oleh peserta
(30minit)
4. Perbincangan mengenai kerjaya fasilitator (20minit)
ii. Aktiviti Kumpulan 2 ( 1jam )
1. Perbincangan semula mengenai ceramah (10minit)
2. Sessi role-playing (30 minit )
3. Perbincangan mengenai role-playing (10 minit)
4. Perbincangan mengenai pengalaman fasilitator dalam temuduga
(10minit)
5. Upacara Penutup (15 minit)
a. Tindakan
i. Urusetia Program dan Modul
ii. Pengerusi
b. Aktiviti
i. Wakil pelajar akan diminta untuk memberikan komen dan ulasan mengenai
acara yang telah berlansung
ii. Pengerusi akan memberikan ulasan program serta kata penutup untuk
majlis.

You might also like