You are on page 1of 18

P 3117 / Unit 5 / 1

UNIT 5 : PEMILIHAN IDEA DAN PELUANG PERNIAGAAN: PEMILIHAN IDEA

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM : Membolehkan pelajar memilih idea perniagaan


yang paling sesuai dengan diri

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :

 Menyenarai dan memilih keserasian idea perniagaan dengan


diri

 Mengenal pasti daya kemungkinan idea di peringkat awal

 Memilih idea perniagaan yang paling sesuai

Keusahawanan 1/18
P 3117 / Unit 5 / 2

INPUT

5.0 Pengenalan

Dalam memilih peluang-peluang perniagaan, anda harus membuat satu penilaian


kendiri sebelum membuat komitmen. Penilaian kendiri ini perlulah berdasarkan
kepada pengalaman, pengetahuan, kemahiran, kemampuan kewangan dan minat.

5.1 Memilih idea perniagaan

5.1.1 Menilai keserasian idea dengan diri: pengalaman, pengetahuan dan


kemahiran, modal dan minat

a) Pengalaman yang dimiliki

Biasanya, seseorang usahawan itu menjalankan perniagaan yang sesuai


dengan pengalaman yang dimiliki terutamanya berkaitan dengan
pengalaman kerjaya. Sebagai contoh seorang guru sekolah rendah yang
mempunyai pengalaman luas mengenai pendidikan awal kanak-kanak
meletakkan jawatan dan menceburi dalam bidang yang hampir sama
dengan kerjayanya yang sebelum ini, iaitu membuka sebuah taman asuhan
kanak-kanak. Begitu juga dengan seorang tukang masak yang mempunyai
kemahiran dalam masak memasak, boleh membuka sebuah kedai makan.

b) Pengetahuan

Selalunya pengalaman yang dimiliki seseorang tidak mencukupi untuk


menjalankan perniagaan. Usahawan perlu melengkapkan dirinya dengan
pengetahuan terutama dalam apa yang perlu dilakukan untuk perniagaan
yang diceburi. Misalnya seorang pakar masakan, apabila membuka sebuah
restoran, ia bukan sahaja perlu mengetahui tentang cara penyediaan
makanan, tetapi juga cara menguruskan perniagaan,
menyediakan akaun, mengatur jadual pekerja serta
mengendali pelanggan. Walaupun diketahui ia boleh
mengupah pekerja lain melakukan kerja untuk ia tetapi
adalah lebih baik jika usahawan itu melakukan sendiri
supaya ia dapat mengetahui segala perjalanan
perniagaannya dan dengan itu tidak mudah ditipu.

Keusahawanan 2/18
P 3117 / Unit 5 / 3

c) Kemahiran

Selain dari pengalaman dan pengetahuan diri, ia mestilah kemahiran atau


cekapan melakukan kerja dalam bidang yang dipilih. Kemahiran ini
selalunya lahir dari pengalaman dan pengetahuan. Kelebihan ini adalah
sesuatu yang sukar dimiliki. Contohnya, tukang ukir yang mahir dapat
menghasilkan ciptaannya dalam tempoh yang singkat dan bermutu tinggi.
Kemahiran merupakan aset yang sangat penting kerana tidak semua orang
memiliki kelebihan ini.

d) Kemampuan modal

Kemampuan modal seseorang usahawan menentukan sebesar mana


perniagaan itu boleh dijalankan. Dalam erti kata lain,
perniagaan yang hendak dibuka
perlulah sesuai dengan kemampuan
kewangan yang ada. Sekiranya
seseorang itu mempunyai impian
untuk membuka perniagaan besar
dan memerlukan modal yang
berjumlah jutaan ringgit, mungkin
keinginan itu terpaksa dipendamkan dahulu
sekiranya ketiadaan modal yang mencukupi. Oleh itu
modal adalah perkara-perkara asas yang perlu
difikirkan sebelum meneruskan idea untuk membuka
sesebuah perniagaan. Walau bagaimanapun sekiranya
kemampuan modal itu terhad, seseorang bolehlah membuka perniagaan
secara kecil-kecilan dengan menggunakan sumber modal yang sedia ada.
Dia mestilah bersabar dan terus berusaha dengan lebih lagi demi cita-
citanya. Ramai usahawan yang berjaya bermula dari usaha secara kecil-
kecilan. Usaha yang begini selalunya lebih berhasil kerana berpeluang
melihat kelemahan dan kelebihan yang dihadapi semasa menjalankan
perniagaan tersebut. Ketiadaan modal yang mencukupi bukanlah
penghalang untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Keusahawanan 3/18
P 3117 / Unit 5 / 4

e) Minat

Ramai usahawan terutamanya golongan muda, mula menceburi dalam


dunia perniagaan disebabkan oleh minat. Minat adalah sesuatu perkara
yang harus diambil kira secara serius kerana minat dapat memberi
keyakinan dan rasa tanggungjawab yang lebih ke atas perniagaan
yang akan dimajukan. Oleh kerana minat,
seseorang itu akan menumpukan perhatian
sepenuhnya di dalam kerjanya. Ia akan berkerja
lebih masa semata-mata kerana minat.

5.1.2 Menilai penerimaan masyarakat

Keserasian idea dengan nilai masyarakat setempat perlu diberi perhatian yang
serius sebelum memulakan operasi perniagaan. Peluang perniagaan perlu
diselaraskan supaya tidak bertentangan dengan nilai masyarakat setempat.
Contohnya, disko dan tempat perjudian yang dibuka di kampung Melayu adalah
bertentangan dengan nilai masyarakat Melayu yang beragama Islam. Idea ini
tidak sesuai dijalankan walupun ia sah dari segi undang-undang.

Keusahawanan 4/18
P 3117 / Unit 5 / 5

AKTIVITI 5a.

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

5.a.1 Anda perlu memilih perniagaan yang dicadangkan berdasarkan keserasian idea
perniagaan dengan diri anda. Anda perlu menjawab ‘ya’ atau ‘tidak’.

KEMAMPUAN
JENIS PENGALAMAN PENGETAHUAN KEMAHIRAN MODAL MINAT JUMLAH
PERNIAGAAN RM_________ KELEBIHAN

YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK


A)

B)

C)

Keusahawanan 5/18
P 3117 / Unit 5 / 6

MAKLUM BALAS 5a

5.a.1 Latihan yang mudah ini bertujuan untuk membantu anda menentukan perniagaan
yang akan anda ceburi. Sekiranya jawapan anda lebih banyak ‘tidak’ maka anda
perlulah menimbang semula idea perniagaan anda dan jika anda menjawab lebih
banyak ‘ya’, anda boleh meneruskan kajian tentang perniagaan anda.

Keusahawanan 6/18
P 3117 / Unit 5 / 7

INPUT

5.2. Menilai daya Kemungkinan idea di peringkat di peringkat awal: aspek


undang-undang, pesaing, keperluan modal dan risiko.

Selepas penilaian idea bersesuaian dengan diri, maka perlulah anda melihat dari sudut
lain pula. Sudut yang perlu dibincangkan kali ini ialah dari aspek undang-undang,
pesaing, keperluan modal dan risiko.

5.2.1 Undang-undang

Idea-idea yang dicadangkan perlulah sah di sisi undang-undang.


Adakalanya sesebuah perniagaan itu dapat menghasilkan keuntungan
yang tinggi, tetapi ianya tidak sah di sisi undang-undang. Contohnya
dalam penjualan CD cetak rompak. Walaupun perniagaan ini boleh
mengaut untung dengan cepat dan banyak tetapi ianya salah di sisi
undang-undang. Pemilik kedai sentiasa tidak tenang semasa membuka
perniagaan tersebut kerana khuatir Penguatkuasa Kementerian Dalam
Negeri akan datang ke kedai mereka dan merampas aset-aset syarikat
tersebut. Sekiranya rampasan dilakukan, pemilik akan mengalami
kerugian maka perniagaan terpaksa ditutup. Bukan itu
sahaja, pemilik kedai akan didenda dan dikenakan
hukuman. Implikasi dari perniagaan yang tidak sah ini
ialah ianya tidak dapat didaftarkan dan seterusnya tidak
layak memohon bantuan
kewangan dari mana-mana
institusi kewangan. Perniagaan
yang begini sememangnya tidak ada jalan
penyelesaian. Oleh itu anda perlu
memastikan perniagaan anda sah disisi undang-undang sekiranya ingin
melihat kejayaan.

5.2.2 Pesaing

Faktor pesaing perlulah difikirkan juga oleh usahawan dalam


menentukan jenis perniagaan yang hendak diceburi.

Sekiranya anda memilih idea perniagaan yang masih belum


dimonopolikan oleh orang lain, ini akan menyebabkan perniagaan boleh
dikawal dan dimajukan oleh pengusaha. Contohnya sistem televisyen

Keusahawanan 7/18
P 3117 / Unit 5 / 8

seperti Astro adalah perniagaan permonopolian yang mana tiada


peniaga lain boleh membuat perniagaan begini sewenang-wenangnya
sebelum mendapat kelulusan. Selain dari sistem televisyen, sistem
pengangkutan seperti LRT, komuter dan lain-lain dimonopolikan oleh
syarikat-syarikat yang besar.

Jika anda memilih untuk membuka perniagaan yang berdaya saing,


anda perlulah membuat kajian yang lebih lagi, dengan mencari
kelebihan perniagaan yang anda boleh berikan supaya anda dapat
bersaing di pasaran bebas.

5.2.3 Risiko

Usaha yang seterusnya adalah untuk mengenalpasti risiko yang bakal


dihadapi dengan mengambil kira peratusan kejayaan dan kegagalan
daripada kajian–kajian
terperinci yang dilakukan.
Berdasarkan kepada kajian ini,
usahawan boleh
mempertimbangkan atau
membuat keputusan samada
untuk meneruskan perniagaan tersebut atau sebaliknya.
Risiko yang bakal dihadapi oleh seorang usahawan biasanya
berdasarkan kepada beberapa faktor utama di antaranya adalah:

 Susah atau senang untuk memasuki sesuatu bidang perniagaan

 Besar atau kecil modal yang akan dilaburkan

 Banyak atau sidikit kadar keuntungan yang akan diperolehi

 Mampukah melakukanya dengan sumber tenaga yang ada

 Adakah produk ini berpotensi untuk menembusi pasaran

Pada amnya terdapat dua jenis risiko yang besar dan perlu diberikan
perhatian sebelum dan semasa menjalankan perniagaan.

a) Risiko perniagaan

 Risiko yang boleh dipindahkan kepada pihak lain seperti


pihak insurans. Contohnya kerugian akibat daripada
kebakaran dan kecederaan pekerja.

Keusahawanan 8/18
P 3117 / Unit 5 / 9

 Risiko yang boleh dikawal oleh usahawan tetapi tidak


100% seperti kualiti barang dan kerosakan jentera.

 Risiko yang tidak boleh dikawal oleh usahawan seperti


kemelesetan ekonomi, bencana alam dan kejatuhan nilai
matawang.

b) Risiko kewangan

 Tahap kecairan wang tunai. Jika tahap kecairan wang tunai


tinggi, ini bermakna peluang untuk membuat keuntungan
adalah rendah. Sebaliknya, perniagaan akan menghadapi
masalah dalam pembayaran hutang jangka pendek jika
tahap kecairan wang tunai rendah.

 Pinjaman. Kadangkala pinjaman adalah


perlu untuk meningkatkan saiz perniagaan
dengan cepat. Jika usahawan ingin
membuat pinjaman maka ia perlu sanggup
dan mampu untuk membayar hutang beserta
faedahnya sekali.

 Kredit. Sekiranya pelanggan atau penghutang


tidak membayar kredit yang telah diberikan
maka ia merupakan satu belanja hutang
lapuk kepada perniagaan. Oleh itu berhati-hati dalam
memberikan hutang.

 Tukaran wang asing . Risikonya tinggi kerana nilai mata


wang tidak tetap dan boleh berubah-ubah pada bila-bila
masa. Risiko ini akan dihadapi lebih-lebih lagi kepada
usahawan yang menjalankan perniagaan import dan
eksport.

Keusahawanan 9/18
P 3117 / Unit 5 / 10

5.2.4 Keperluan Modal

Dalam usaha mencari modal untuk melancarkan sesebuah perniagaan,


seseorang usahawan akan menghadapi banyak masalah sepertimana
pemilik-pemilik kedai kecil. Modal yang diperlukan untuk memulakan
sesuatu urusniaga merupakan modal yang berisiko tinggi kerana para
pelabur dalam urusniaga tidak pasti keadaan yang akan dihadapi. Banyak
urusniaga gagal kerana menghadapi masalah kekurangan modal. Pelabur
mungkin akan mengalami kerugian atau kehilangan modal jika
perniagaan ini mengalami kegagalan. Tetapi sekiranya perniagaan ini
berjaya, mereka akan menerima ganjaran yang besar.

Terdapat tiga jenis modal asal yang diperlukan dalam urusniaga iaitu
modal tetap, modal kerja, dan modal tumbuh.

a) Modal tetap

Modal tetap ialah modal yang digunakan untuk membeli aset-aset


tetap. Aset ini digunakan untuk pengeluaran barang dan
perkhidmatan. Misalnya bangunan, tanah, peralatan yang tidak
ditukarkan ke dalam wang tunai pada operasi perniagaan biasa.

b) Modal kerja

Modal kerja merupakan tabung sementara urusniaga. Ia adalah


modal yang akan digunakan untuk menbiayai operasi normal
jangka pendek. Modal kerja biasanya digunakan untuk membeli
inventori, membayar bil-bil dan juga digunakan semasa
kecemasan.

c) Modal tumbuhan

Modal tumbuhan adalah berbeza dari modal kerja. Ia tidak


berkaitan dengan keadaan turun naik urusniaga. Modal ini
diperlukan apabila sesuatu urusniaga yang berkembang atau
mengubah arah tujunya

Keusahawanan 10/18
P 3117 / Unit 5 / 11

AKTIVITI 5b.

Uji Kefahaman Anda sebelum meneruskan input selanjutnya.


Sila Semak Jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

5.b.1 Menilai ciri-ciri keusahawan pada diri anda

Perwatakan anda

Soalan Ya Tidak

1) Adakah anda suka menjadi ketua? ____ ____


2) Adakah anda membuat keputusan sendiri? ____ ____
3) Adakah anda suka kepada persaingan? ____ ____

4) Adakah anda mempunyai kekuatan untuk mengurus kerja ____ ____


dengan sendiri dan berdisiplin? ____ ____
5) Adakah anda seorang perancang yang baik? ____ ____
6) Adakah anda mempunyai hubungan komunikasi yang baik
dengan semua orang? ____ ____

Keadaan diri anda

Soalan

7) Adakah anda sanggup berkerja 10-15 jam sehari? ____ ____


8) Adakah anda sanggup meninggalkan perkerjaan anda yang
lebih terjamin? ____ ____
9) Adakah keluarga anda memberi sokongan yang
padu kepada anda? ____ ____
10) Adakah anda bersedia untuk menanggung kerugian? ____ ____

Keusahawanan 11/18
P 3117 / Unit 5 / 12

Kemahiran dan pengalaman

Soalan

11) Adakah anda mempunyai kemahiran yang diperlukan


dalam mengendalikan perniagaan tersebut? ____ ____
12) Adakah anda boleh menilai keupayaan dan kemahiran
pekerja-pekerja anda? ____ ____
13) Adakah anda mempunyai pengalaman sebagai seorang
pengurus atau penyelia? ____ ____
14) Adakah anda pernah berkerja dalam bidang yang sama
dengan perniagan yang bakal anda buka?
15) Adakah anda pernah memasuki mana-mana sekolah
pengurusan perniagaan? ____ ____
16) Bolehkah anda menangguhkan cadangan membuka
perniagaan sehingga anda mempunyai kemahiran,
pengalaman dan pengetahuan yang cukup ? ____ ____

Kajian Anda

Soalan

17) Adakah perniagaan anda sah di sisi undang-undang? ____ ____


18) Adakah masyarakat di sekitar perniagaan anda
bersetuju dengan pembukaan perniagaan anda? ____ ____
19) Sanggupkah anda mengalami kerugian? ____ ____
20) Adakah anda mempunyai modal yang mencukupi? ____ ____
21) Sekiranya anda tidak mempunyai modal yang mencukupi,
Ada atau tidak pelabur-pelabur yang berminat untuk
melabur dalam perniagaan anda? ____ ____
22) Sudahkah pelabur-pelabur dalam perniagaan anda
mengetahui risiko yang akan ditanggung oleh mereka? ____ ____

5b.2 Kemukakan idea perniagaan anda di dalam kelas dan bincangkan idea anda
bersama-sama rakan yang memilih bidang perniagaan yang sama. Anda diminta
merujuk kepada kaedah-kaedah yang telah dipelajari dalam bab ini. Antara
perkara-perkara yang perlu dilihat adalah berdasarkan pengalaman, pengetahuan,
kemahiran, kemampuan modal, dan minat. Selain dari itu anda juga diminta
menilai penerimaan masyarakat dan daya kemungkinan idea di peringkat awal dari
aspek undang-undang, pesaingan, keperluan modal dan risiko.

Keusahawanan 12/18
P 3117 / Unit 5 / 13

Keusahawanan 13/18
P 3117 / Unit 5 / 14

MAKLUM BALAS 5b

5b.1 Sekiranya jawapan ‘ya’anda melebihi dari 12 soalan, anda seharusnya meneruskan
kajian anda terhadap perniagaan yang telah dipilih. Sekiranya jawapan ‘tidak’ anda
melebihi dari separuh anda mungkin perlu memikirkan semula idea tersebut.

Walau bagaimanapun pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran boleh diperolehi dari


masa ke semasa. Penilaian ini hanyalah sebagai panduan dalam usaha untuk menjadi
seorang usahawan.

Keusahawanan 14/18
P 3117 / Unit 5 / 15

PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan.
Sila cuba semua soalan dalam Penilaian kendiri ini dan semak
jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika ada
masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

SEMOGA BERJAYA
Kajian Kes

Sofiah sukakan kerjanya di sebuah kolej tempatan, tetapi ia menghadapi dua masalah.
Pertama, memegang jawatan sebagai pengurus pemasaran adalah sesuatu yang menarik
tetapi gaji yang diterima tidak mencukupi. Kedua ia berkerja dengan Irfan, seorang
usahawan yang berjaya di mana boleh melakukan dua kerja serentak dengan jayanya

Suatu hari ketika membaca suratkhabar, Sofiah tertarik dengan satu iklan
berkenaan perniagaan francais berkaitan dengan mendidik kanak-kanak
yang berumur 4 hingga 5 tahun untuk mengeja dan menulis dengan
menggunakan komputer. Iklan itu menyatakan ia hanya perlu
membawa sebuah komputer ke tadika atau pusat jagaan kanan-
kanak sebagai alat bantuan mengajar. Sistem ini memerlukan beliau
mencari ibubapa yang berminat menghantar anak mereka untuk
belajar selama 30 minit dua kali seminggu. Sofiah percaya sistem ini
dapat membantu anaknya Karina untuk belajar. Oleh itu ia menghubungi
syarikat berkenaan.

Dalam beberapa hari, Sofiah menerima jawapan daripada syarikat. Semakin dibaca
semakin menarik. Beliau cuba mententeramkan diri supaya ia dapat berfikir secara
rasional. Sebagai pelaburan awal ia memerlukan RM12 000 dan beliau mempunyai
jumlah mencukupi. Sekiranya dipersetujui, Sofiah akan diberi maklumat tambahan untuk
mengendalikan perniagaan.

Selepas beberapa perbincangan, Sofiah diberi dua kawasan yang strategik untuk
menjalankan perniagaannya. Ia juga akan menerima bahan mengajar dan maklumat
mengenai cara pengajaran. Beliau diberikan latihan mengenai untuk cara mengajar,
bagaimana untuk menarik ibubapa menerima program ini. Oleh kerana Sofiah
memerlukan modal tambahan, ia bercadang meminjam daripada syarikat francais
tersebut. Walau bagaimanapun bapa saudaranya, bersetuju untuk meminjamkan RM25
000 dengan 9 % faedah dan perlu dibayar dalam masa lima tahun.

Keusahawanan 15/18
P 3117 / Unit 5 / 16

Soalan:

1. Adakah Sofiah menunjukkan ciri-ciri seorang usahawan? Apakah


alasan anda?

2. Bagaimanakah cara untuk menasihati Sofiah berkenaan dengan


peluang perniagaan ini?

3. Adakah anda fikir ia akan berjaya?

Keusahawanan 16/18
P 3117 / Unit 5 / 17

MAKLUM BALAS
Adakah anda telah cuba menjawab soalan penilaian kendiri ?
Jika ‘Ya’, sila semak jawapan anda.

1. Ya. Sofiah seorang yang berpandangan jauh, mempunyai keyakinan diri, rajin,
berani mengambil risiko, bertanggungjawab dan suka besaing.

2 Anda boleh menasihati Sofiah untuk membuat penilaian kendiri dengan merujuk
kepada: pengalaman, pengetahuan kemahiran, kemampuan modal dan minat yang ia ada.
Anda boleh juga menerangkan tapisan awal seperti merujuk kepada faktor perundangan,
pesaing, keperluan modal dan risiko yang akan dihadapi olehnya.

3. Memandangkan kepada sifat-sifat yang telah ditunjukkan oleh Sofiah, saya


berkeyakinan penuh beliau boleh menjadi seorang usahawan

Keusahawanan 17/18
P 3117 / Unit 5 / 18

FAKTA PENTING :-

Idea perniagaan perlu sesuai dengan diri dan nilai masyarakat


Usahawan perlu menilai idea dari aspek undang-undang,
pesaing, keperluan modal dan risiko.

TAHNIAH !
Anda telah tamat mempelajari Unit 5. Sekarang anda boleh pergi ke unit 6 pula.

Keusahawanan 18/18

You might also like