You are on page 1of 16

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 /

PENGENALAN

OBJEKTIF:

OBJEKTIF AM :

Memahami definisi, kepentingan perakaunan kos

serta perbezaan perakaunan kos dan perakaunan
kewangan.

OBJEKTIF KHUSUS :

Diakhir unit ini anda sepatutnya dapat:

1. Mendefinisikan perakaunan kos dengan

betul.

2. Menyenaraikan kepentingan perakaunan kos

kepada pihak pengurusan.

3. Menyatakan perbezaan perakaunan kos

dengan perakaunan kewangan.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 /
2

PENGENALAN

INPUT

1.0 PENGENALAN

Dalam topik ini anda akan mempelajari dan memahami definisi, kepentingan
perakaunan kos serta perbezaan perakaunan kos dan perakaunan kewangan. Topik
ini akan membantu anda melihat penggunaan perakaunan kos dalam unit-unit yang
seterusnya.

1.1 DEFINISI PERAKAUNAN KOS

Perakaunan kos di takrifkan dengan pelbagai takrifan oleh beberapa pihak dan di
bawah ini disediakan beberapa takrifan yang dipetik daripada buku-buku rujukan:

1. Perakaunan kos merupakan sebahagian daripada perakaunan pengurusan yang

menyediakan kos yang dibelanjawankan serta kos piawai dan kos sebenar bagi
operasi, proses jabatan atau keluaran serta analisis varian, keboleh untungan dan
kegunaan kewangan kepada sosial (Costing T. Lucey, m/s 1).

2. Perakaunan kos adalah pemprosesan dan penilaian data kos operasi untuk
mengeluarkan maklumat bagi pelaporan kewangan, perancangan dan kawalan
dalaman dan bagi keputusan-keputusan tertentu. (Perakauan pengurusan,
Daeng Mohd. Nasir, m/s 10)

3. Perakaunan kos ditakrifkan oleh CIMA (Chartered Institute of Management

Accountants) sebagai ‘penggunaan prinsip, kaedah dan teknik perakaunan dan
pengekosan di dalam penentuan kos dan penganalisaan simpanan @ lebih
berbanding dengan pengalaman 2 standard yang lepas.

Oh!…Ini bermakna perakaunan kos

mengeluarkan maklumat untuk
tujuan perancangan, kawalan dan
pembuatan keputusan.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 /
3

PENGENALAN
AKTIVITI 1A

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT

SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM
BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

1.1 Dengan menggunakan perkataan anda sendiri, jelaskan apakah perakaunan

kos mengikut kefahaman anda?

Jawapan:

__________________________________________________________________

_________________________________________________________________

PENGENALAN
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 /
4

MAKLUMBALAS 1A

Perhatian!
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya
jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti
1A

1.2 Cadangan jawapan :

Perakaunan kos merupakan proses penilaian dan pemprosesan data daripada

aktiviti yang berlaku dalam industri tertentu seperti industri pengilangan dan
maklumat daripada data yang telah diproses digunakan dalam proses
perancangan, pembuatan keputusan dan kawalan.

Anda memang pandai, kerana dapat

mendefinisikan perakaunan kos dengan tepat.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 /
5

PENGENALAN

INPUT

1.2 KEPENTINGAN PERAKAUNAN KOS KEPADA PIHAK PENGURUSAN.

Terdapat 4 kepentingan perakaunan kos yang utama:

1. Sebagai kawalan kos

 Kawalan penting kepada pihak pengurusan untuk menentukan operasi
jabatan, proses dan kos dalam keadaan terkawal.
 Dengan adanya kawalan, ia membolehkan setiap bahagian dalam
organisasi bekerja dengan cekap untuk mencapai objektif syarikat yang
telah ditetapkan.
 Data-data yang diperolehi dari perakaunan kos boleh digunakan untuk
mendedahkan segala pembaziran dan kerugian yang telah berlaku
disebabkan oleh kurang kecekapan supaya tindakan yang cepat dapat
diambil.

2 Untuk membuat keputusan.

 Maklumat kos yang dipersembahkan dengan betul dan tepat amat
berguna kepada pihak pengurusan dalam membuat keputusan yang
boleh memberi kesan terhadap prestasi dan kedudukan kewangan
perniagaan sama ada dalam jangka masa pendek atau pun panjang.
 Contohnya perakaunan kos membolehkan pihak pengurusan menentukan
kos pelbagai kerja dan proses , ia juga dapat menentukan pelbagai
kerugian dan pembaziran sebelum kerja disiapkan, dengan ini keputusan
yang cepat dapat diambil untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar
berlaku.

3 Untuk membuat perancangan.

 Dengan menganalisis maklumat dan aktiviti kos yang lepas serta
membandingkan dengan maklumat kos yang terkini ia akan membantu
di dalam membuat perancangan yang lebih baik seterusnya dapat
mempertingkatkan perfoman pada masa hadapan.
 Perakaunan kos dapat menyampaikan maklumat-maklumat untuk
membolehkan sesuatu perniagaan merancang aktivitinya untuk mencapai
sesuatu objektif, seperti mempertingkatkan untung atau
memperkukuhkan kedudukan kewangannya.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 /
6
 Contohnya perakaunan kos menyediakan analisis terhadap ketidak
cekapan yang telah berlaku dalam pebagai bentuk seperti pembaziran
bahan mentah, masa, perbelanjaan, kegunaan mesin, alatan dan pelbagai
lagi, dengan ini pihak pengurusan dapat membuat perancangan yang
lebih rapi untuk mengurangkan ketidak cekapan ini di masa hadapan.

4 Penentuan dan anggaran harga.

 Dalam penentuan harga faktor kos merupakan faktor yang penting di
samping beberapa faktor yang lain seperti pasaran, persaingan dan lain-
lain.
 Data-data kos dari perakaunan kos membolehkan kos sesuatu item
dikira untuk tujuan menetapkan harga sebelum item tersebut dijual.

Apakah 4 kepentingan
perakaunan kos utama?

Sebagai kawalan kos

Untuk membuat keputusan

Untuk membuat perancangan.

Penentuan dan anggaran harga.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 /
7

PENGENALAN
AKTIVITI 1B

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT

SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI
HALAMAN BERIKUT.

1.2 Apakah kelemahan sesuatu syarikat yang tidak menyediakan perakaunan kos?

PENGENALAN
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 /
8

MAKLUMBALAS 1B
1B

Perhatian!
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya
jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti
1B

1.2 Terdapat beberapa kelemahan sekiranya syarikat tidak menyediakan

parakaunan kos . Sekiranya jabatan perakaunan kos tidak ada di sesebuah
syarikat maka:

1. Syarikat tersebut tidak akan mempunyai sistem kawalan kos dengan itu
sukar bagi pihak pengurusan untuk menentukan operasi di setiap jabatan
dalam keadaan terkawal dan ini menyukarkan sesuatu objektif tercapai.

2. Menyukarkan pihak pengurusan membuat keputusan bagi meningkatkan

prestasi dan keputusan berkaitan kewangan syarikat dalam jangka masa
pendek dan panjang.

3. Proses perancangan agak kurang tepat tanpa mengetahui maklumat-

maklumat daripada perakaunan kos.

4. Sukar untuk membuat penentuan dan anggaran kos produk yang

dikeluarkan.

PENGENALAN
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 /
9

INPUT

1.3 Perbezaan perakaunan kos dengan perakaunan kewangan.

Perakaunan kos dan perakaunan kewangan merupakan suatu bidang yang

berbeza, perbezaan ini boleh dilihat daripada pelbagai sudut seperti yang
diterangkan dari jadual 1.1.

PERAKAUNAN KOS PERAKAUNAN

KEWANGAN

1. DEFINISI Perakaunan kos adalah Perakaunan kewangan

proses menyediakan kos adalah proses mengumpul,
yang dibelanjawankan mengelas, merekod dan
dan piawai serta kos mengintepretasi urusniaga
sebenar bagi operasi, mengikut standard yang
proses, jabatan atau telah ditetapkan.
keluaran serta analisis
varian.
2. PENGGUNA Untuk pengguna dalaman Untuk pengguna dalam dan
Contoh: iaitu pihak luaran.
pengurusan dalaman. Contoh: Pemegang saham,
bakal pelabur, pihak
pengurusan dalaman,
pemiutang dan pihak
berkuasa.
3. PRINSIP Tidak ditetapkan apa-apa Tertakluk kepada prinsip
prinsip yang khusus. yang diterima
umum(GAAPs)
Contoh; IAS, MASB dan
tertakluk kepada akta
syarikat 1965.

4. UNIT Selain daripada nilai Semua maklumat berkaitan

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 /
10

PENGUKURAN wang sebagai alat perakaunan kewangan adalah

pengukuran perakaunan dalam ukuran nilai wang.
kos juga menggunakan
unit pengukuran dalam
jam buruh, jam mesin
dan unit keluaran untuk
tujuan analisa dan
pembuatan keputusan.

5. MASA YANG Laporan perakauan kos Penyata perakaunan

DIGUNAKAN disediakan apabila perlu. kewangan disediakan
Contoh; mungkin setiap mengikut masa yang telah
hari, mingguan, bulanan ditetapkan biasanya setahun
dan lain-lain. sekali dan mengikut jangka
masa yang sama setiap
tahun.
Contoh; mungkin setahun
sekali, setengah tahun dan
lain-lain.
6. PENUMPUAN Tumpuan lebih kepada Tumpuan lebih kepada masa
MASA masa hadapan. lepas.
Contoh: Menggunakan Contoh: Mencatatkan
maklumat lepas untuk urusniaga yang telah berlaku
membuat keputusan, di dalam rekod perakaunan.
mengawal dan
merancang untuk masa
hadapan.
7. PENUMPUAN Penumpuan kepada Penumpuan kepada
KEPADA bahagian tertentu di keseluruhan organisasi.
BAHAGIAN. dalam sesuatu organisasi.
Contohnya: Bahagian
pengeluaran.
8. TANGGUNG- Menyediakan ramalan Menyediakan akaun – akaun
JAWAP kewangan, belanjawan, dan penyata kewangan untuk
analisis varian, maklumat dilaporkan kepada pemilik
kewangan dan dan kepada pihak tertentu
pengkosan, penentuan untuk maklumat terhadap
harga yang mana ia kedudukan kewangan
menyumbangkan organisasi.
maklumat untuk proses
pembuatan keputusan,
perancangan dan
kawalan.
Jadual 1.1: Perbezaan perakaunan kos dengan perakaunan kewangan.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 /
11

PENGENALAN
AKTIVITI 1C

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT

SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI
HALAMAN BERIKUT.

1.3 Apakah perbezaan perakaunan kos berbanding perakaunan kewangan?.

Perakaunan kos Perakaunan kewangan

PENGENALAN
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 /
12

MAKLUMBALAS 1C

Perhatian!
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya
jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti
1C

1.3 Lihat input 1.3 untuk menyemak jawapan anda.

PENGENALAN
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 /
13

PENILAIAN
KENDIRI

S ila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak
jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Jika ada

Selamat mencuba dan selamat berjaya!!!

Soalan 1-1

Apakah definisi perakaunan kos ?

Jawapan:

Soalan 1-2

Senaraikan 4 kepentingan perakaunan kos kepada pihak pengurusan.

Jawapan:

1. ________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________

2. ________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 /
14
3. ________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________

4. ________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________

Soalan 1-3

Perakaunan kewangan adalah proses:

1.__________________________________

2.__________________________________

3.__________________________________

4.__________________________________

PENGENALAN
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 /
15

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu?

Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.

Jawapan 1-1

Perakaunan kos boleh didefinisikan sebagai sebahagian daripada perakaunan pengurusan

yang akan menyediakan kos yang dibelanjawankan dan piawai dan kos sebenar bagi
operasi, proses, jabatan @ keluaran serta analisis varian, keboleh untungan dan tanggung
jawab kewangan social.

Jawapan 1-2

Kepentingan perakaunan kos kepada pihak pengurusan.

a. Sebagai kawalan kos

b. Untuk membuat keputusan
c. Sebagai perancangan
d. Sebagai penentuan dan anggaran harga.

(Sila semak nota untuk huraiannya.)

Jawapan 1-3

Perakaunan kewangan adalah proses

1. mengumpul
2. Mengelas
3. Merekod
4. Mengintepretasi urusniaga mengikut piawai yang telah ditetapkan.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 1 /
16

You might also like