P. 1
Analisis Varian 1

Analisis Varian 1

|Views: 1,660|Likes:
Published by Chris

More info:

Published by: Chris on Sep 11, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/05/2013

pdf

text

original

1

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 16 /

ANALISIS VARIAN

OBJEKTIF:

OBJEKTIF AM :
Mempelajari dan memahami varian

OBJEKTIF KHUSUS :
Di akhir unit ini, anda akan dapat : 1. Menerangkan maksud varian. 2. Mengira varian bagi bahan langsung, buruh langsung dan overhed.

2

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 16 /

ANALISIS VARIAN

INPUT
16.0 PENGENALAN Apabila anda menetapkan satu standard sedangkan pencapaian anda tidak sebagai mana standard yang ditetapkan. Maka telah berlaku penyimpangan daripada standard yang ditetapkan. Penyimpangan daripada standard yang ditetapkan di dalam perakaunan adalah dikatakan sebagai varian. Anda akan mendapat gambaran yang lebih jelas apabila anda mengikuti pembelajaran seterusnya tentang varian. 16.1 DEFINISI VARIAN Varian adalah perbezaaan antara kos sebenar dengan kos standard yang dilibatkan dalam sesuatu jangka masa tertentu. Contoh 16-1 : Andaikan kos yang dilibatkan untuk menghasilkan 1 000 unit keluaran bagi bulan Jun adalah seperti berikut : RM Bahan Langsung 13 020 Buruh Langsung 20 580 Overhed Berubah 6 500 Overhed Tetap 4 400 --------44 500 ===== Manakala jumlah kos standard ialah RM 42,000 ( ditentukan dengan mendarabkan jumlah unit yang dihasilkan dengan kos standard seunit, iaitu 1,000 unit x RM 42.00) Maka jumlah varian adalah : Kos Sebenar Kos Standard Jumlah Varian RM 44 500 RM 42 000 -------------RM 2 500 ========

3

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 16 /

Jika kos sebenar melebihi daripada kos standard. Anda akan mengalami varian tidak baik (Unfavorable - akan ditandakan dengan huruf U) Jika kos sebenar kurang daripada kos standard. Anda akan mengalami varian baik (Favorable – akan ditandakan dengan huruf F)

ANALISIS VARIAN

4

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 16 /

AKTIVITI 16A

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

16.1 Berikan definisi varian Jawapan: _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _____

5

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 16 /

ANALISIS VARIAN Maklumbalas 16A

Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 16A

Perhatian!

16.1 Varian adalah perbezaaan antara kos sebenar dengan kos standard yang dilibatkan dalam sesuatu jangka masa tertentu.

6

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 16 /

ANALISIS VARIAN

INPUT

16.2 PENGIRAAN VARIAN Terdapat beberapa jenis varian yang anda perlu mengetahui cara mengiranya : 16.2.1 VARIAN BAHAN LANGSUNG Varian bahan langsung terdiri daripada ; 16.2.1.1 Varian Harga Bahan Langsung Varian ini disebabkan oleh pembayaran yang dibuat melebihi atau kurang daripada harga standard bahan yang ditetapkan. Anda dapat mengiranya dengan menggunakan formula 16-1 :

Varian Harga = Bahan Langsung

Kuantiti Sebenar X Harga Sebenar

-

Kuantiti Sebenar X Harga Standard

Formula 16-1: varian Harga Bahan Langsung. Atau anda boleh menggunakan juga formula 16-2 berikut :

Varian Harga Langsung = Kuantiti Sebenar X (Harga Sebenar – Harga Standard)

Formula 16-2: varian Harga Bahan Langsung.

7

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 16 /

Contoh 6-2 : Kos standard per unit Bahan Langsung 50 kg. @ RM 2.50/kg Buruh Langsung 14 jam @ RM 2.75/jam RM

125.00 38.00 -------------RM 163.00 ======== Maklumat sebenar bagi bulan Jun adalah seperti berikut : Pengeluaran 150 unit Belian Bahan Langsung 7,000 kg dengan kos berjumlah RM 18,200 Stok Awal Bahan Langsung 1,300 kg Stok Akhir Bahan Langsung 850 kg Upah dibayar (2,020 jam) RM 5,858 Varian Harga = Bahan Langsung Kuantiti Sebenar X Harga Sebenar Kuantiti Sebenar X Harga Standard

= 18,200 - ( 7,000 kg x RM 2.50) = 18,200 – 17,500 = RM 700 (F) 16.2.1.2 Varian Kuantiti Bahan Langsung Varian ini berlaku apabila terdapat perbezaan antara kuantiti bahan langsung yang digunakan berbanding dengan kuantiti standard yang ditetapkan. Anda boleh mengira varian ini dengan menggunkan formula 6-3:
Varian Kuantiti Bahan Langsung = Kuantiti Sebenar X Harga Sebenar Kuantiti Standard X Harga Standard

Formula 16-3:Varian kuantiti Bahan Langsung Atau dengan menggunakan formula
Varian kuantiti Bahan Langsung = Harga standard X ( Kuantiti Sebenar - Kuantiti Standard )

8

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 16 /

Formula 16-4:Varian kuantiti Bahan Langsung Daripada contoh 16-2: Varian kuantiti Bahan Langsung = ( 7,450 kg X RM 2.50 ) – ((150 unit X 50 kg) X RM 2.50) = 18,625 – 18,750 = RM 125 (F) 16.2.1.3 Jumlah Varian Bahan Langsung Ia itu perbezaan antara jumlah kos standard bahan langsung dengan jumlah kos sebenar bahan langsung bagi pengeluaran sebenar. Anda juga dapat mengira varian ini dengan cara menjumlahkan varian penggunaan bahan langsung dan varian harga bahan langsung. Anda boleh mengira varian ini dengan menggunkan formula 16-5:

Jumlah Varian Bahan Langsung

=

Kuantiti Sebenar X Harga Sebenar

-

Kuantiti Standard X Harga Standard

Formula 16-5:Jumlah Varian Bahan Langsung. Maka jumlah varian bahan langsung adalah : Varian Harga Bahan Langsung RM 700 (U) Varian Kuantiti Bahan Langsung RM 125 (F) ---------------Jumlah Varian Bahan Langsung RM 575 (U) =========

9

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 16 /

ANALISIS VARIAN

AKTIVITI 16B

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

16.2

Berikut adalah maklumat berkaitan standard bagi bahan langsung untuk Syarikat Anda Sdn Bhd: Kuantiti Standard Seunit Kos Seunit Bahan RM 3.50 semeter RM 4.50 seliter

Bahan A Bahan B

1 meter 1 liter

Bagi tempoh berkenaan sebanyak 10,000 unit dapat dihasilkan, 10,500 meter dan 9,500 liter bahan telah digunakan. Bagi bahan A, 12,000 meter dan bagi bahan B, 11,000 liter telah dibeli masing-masing pada harga RM 3.75 semeter dan RM 4.75 seliter. Anda dikehendaki mengira varian harga dan kuantiti bagi bahan A dan bahan B.

10

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 16 /

ANALISIS VARIAN
Maklumbalas 16B

Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 16B
16.2 Varian harga dan kuantiti bagi bahan A dan bahan B.

Perhatian!

Bahan A : Varian Harga Bahan = (RM 3.75 – RM 3.50) X 12,000 meter. = RM 3,000 (U) Varian Kuantiti Bahan = { 10,500 m – ( 10,000 unit X 1 m)} X RM 3.50 = RM 1,750 (U) Bahan B : Varian Harga Bahan = (RM 4.75 – RM 4.50) X 11,000 liter. = RM 2,750 (U)

11

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 16 /

Varian Kuantiti Bahan = { 10,500 liter – ( 10,000 unit X 1 liter)} X RM 4.50 = RM 2,250 (U)

ANALISIS VARIAN

INPUT
16.2.2 VARIAN BURUH LANGSUNG Bahagian ini membicarakan tentang varian kadar buruh langsung, varian kecekapan buruh langsung dan jumlah varian buruh langsung. 16.2.2.1 Varian Kadar Buruh Langsung Varian ini ujud kerana perbezaan upah yang dibayar sama ada lebih atau kurang daripada kadar standard yang ditetapkan bagi jumlah jam kerja yang dilaksanakan. Ia boleh dikira dengan menggunakan formula 16-6 :
Varian Kadar Buruh Langsung = Jam Sebenar X Kadar Sebenar Jam Sebenar X Kadar Standard

Formula 16-6: Varian kadar buruh Langsung. Daripada contoh 6.2: = 5,858 – (2,020 jam X RM 2.75) = 5,858 - 5,555 = RM 83 (U) 16.2.2.2 Varian Kecekapan Buruh Langsung Varian ini ujud apabila kerja yang dilaksanakan mengambil masa yang lebih atau kurang daripada masa standard yang ditetapkan. Ia boleh dikira dengan menggunakan formula 16-7 :

12

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS Varian Kecekapan Buruh Langsung = Jam Sebenar X Kadar Standard

P 3202 / UNIT 16 /
Jam Standard X Kadar Standard

Formula 16-7: Varian kecekapanr buruh Langsung. Daripada contoh 6.2: = (2.020 jam x RM 2.75) – ((150 unit x 4 jam) x RM 2.75) = 5,555 – 5,775 =RM 220 (F) 16.2.2.3 Jumlah Varian Buruh Langsung Ia itu perbezaan antara kos standard buruh langsung dengan kos sebenar buruh langsung yang dilibatkan bagi pengeluaran yang dilaksanakan . Ia juga boleh diperolehi dengan menjumlahkan varian kadar buruh langsung dengan varian kecekapan buruh langsung. Maka Jumlah Varian Buruh Langsung adalah : Varian Kadar Buruh Langsung Varian Kecekapan Buruh Langsung Jumlah Varian Buruh Langsung RM 303 (U) RM 220 (F) ---------------RM 83 (U) =========

13

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 16 /

ANALISIS VARIAN

AKTIVITI 16C

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

16.3

Kita kembali semula kepada Syarikat Anda Sdn Bhd. Andaikan bahawa jam standard buruh untuk setiap unit ialah 1.5 jam dan kadar standard ialah RM 3.50 sejam. Sebanyak 10,000 unit telah dihasilkan. Bagi tempoh berkenaan, jam buruh sebenar ialah 14,500 dan dibayar pada kadar RM 3.75 sejam. Anda dikehendaki mengira varian kadar buruh dan varian kecekapan buruh.

14

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 16 /

ANALISIS VARIAN
Maklumbalas 16C

Perhatian!
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 16C
16.3 Varian Kadar Buruh = (RM3.75 – RM 3.50) X 14,500 jam = RM 3,625 (U)

Varian Kecekapan Buruh = {14,500 – (10,000 unit X 1.5 jam)} X RM 3.50 = RM 1 ,750 (F)

15

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 16 /

ANALISIS VARIAN

INPUT
16.2.3 VARIAN OVERHED KILANG BERUBAH Penetapan standard bagi overhed kilang adalah sukar jika dibandingkan dengan bahan langsung dan buruh langsung . Ini kerana overhed kilang merupakan sekumpulan item yang bersifat kecil nilainya ke atas barang siap. Hubungan antara input dan output bagi overhed kilang adalah tidak jelas, maka penetapan asas kos standard overhed berubah menjadi masalah. Asas yang sering digunakan ialah jam mesin atau jam buruh langsung untuk mengenakan overhed kilang kepada keluaran. Terdapat dua jenis varian overhed kilang berubah : 1. Varian Perbelanjaan Overhed Berubah Ia itu perbezaan antara kos overhed berubah sebenar dengan kos overhed berubah standard pada tingkat aktiviti sebenar. Ia boleh dikira dengan menggunakan formula berikut :
Varian Perbelanjaan = ( Kadar Sebenar – Kadar Staandard ) X Input Sebenar Overhed Berubah Digunakan = Overhed Berubah Sebenar – (Kadar Standard X Input Sebenar )

Formula 16-8:Varian Perbelanjaan Overhed Berubah 2. Varian Kecekapan Overhed Berubah Ia itu perbezaan antara kos overhed berubah standard pada tingkat sebenar aktiviti dengan kos belanjawan fleksibel bagi overhed berubah Ia boleh dikira dengan menggunakan formula berikut :

16

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 16 /

Varian Kecekapan = (Input Sebenar Digunakan – Input Dibenar Pada Output Sebenar ) Overhed Berubah X Kadar Standard Overhed Berubah

Formula 16-9:Varian Kecekapan Overhed Berubah

ANALISIS VARIAN

AKTIVITI 16D

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT. 16.4 Kita kembali semula kepada Syarikat Anda Sdn Bhd. Overhed berubah dibelanjawankan ialah RM 25,000. Kapasiti pengeluaran normal ialah 10,500 unit dan pengeluaran sebenar ialah 10,000 unit. Jam buruh langsung digunakan sebagai asas dalam mengenakan kos overhed berubah kepada keluaran. Overhed berubah sebenar ialah RM 27,000 dan jam standard ialah 1.5 jam seunit. Anda dikehendaki mengira varian pebelanjaan overhed berubah dan varian kecekapan overhed berubah.

17

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 16 /

ANALISIS VARIAN
Maklumbalas 16D

Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 16D
16.4 Kadar overhed berubah sejam buruh = RM 25,000/(10,500 unit X 1.5 jam) = RM 25,000 / 15,750 jam = RM 1.59 sejam buruh. Varian Perbelanjaan overhed berubah = RM 27,000 – (RM 1.59 X 14,500 jam) = RM 27,000 – RM 23,035 = RM 3,945 (U) Varian kecekapan overhed berubah = { 14,500 jam – (10,000 unit X 1.5 jam)} X RM 1.59 = RM 795 (F)

Perhatian!

18

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 16 /

ANALISIS VARIAN

INPUT

16.4.2

VARIAN OVERHED KILANG TETAP Sebagaimana dengan kos-kos pengeluaran lain, overhed kilang tetap juga mengalami varian. Terdapat dua jenis varian bagi overhed kilang tetap. 1. Varian Belanjawan Overhed. Varian ini timbul kerana terdapat perbezaan antara jumlah overhed kilang tetap sebenar yang tidak sama dengan jumlah overhed kilang tetap yang dibelanjawankan. Ia boleh dikira dengan menggunakan formula 16-10;
Varian Belanjawan = Overhed Tetap Sebenar – Overhed Tetap Dibelanjawankan Overhed

Formula 16-10: Varian Belanjawan Overhed. 2. Varian Volum Overhed Varian ini wujud kerana perbezaan antara jumlah overhed yang dibelanjawankan dengan overhed kilang tetap yang diserapkan. Ia boleh dikira dengan menggunakan formula 16-11:
Varian Volum Pengeluaran = Overhed Tetap Dibelanjawankan – Overhed Tetap Diserapkan

19

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 16 /

= Overhed Tetap Dibelanjawankan – (Kadar Overhed Tetap Standard X Asas Standard X Output Sebenar) = Kadar Pratentu X (Input Diramal – Input Standard)

Formula 16-10: Varian Volum Overhed

ANALISIS VARIAN

AKTIVITI 16E

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT. 16.5 Syarikat Anda Sdn Bhd menganggarkan overhed tetap adalah sebanyak RM 15,000 dan overhed diserap kepada keluaran berasaskan kepada jam buruh langsung. Overhed tetap sebenar ialah RM 17,500. Kapasiti normal pengeluaran ialah 10,500 unit. Pengeluaran sebenar pula ialah 10,000 unit. (Jam standard ialah 1.5 jam) Anda dikehendaki mengira varian belanjawan overhed tetap dan varian volum pengeluaran.

20

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 16 /

ANALISIS VARIAN
Maklumbalas 16E

Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 16E
16.5 Kadar Overhed tetap = RM 15,000 / 10,500 unit X 1.5 jam = RM 0.952

Perhatian!

Varian belanjawan overhed tetap = RM 17,500 – RM 15,000 = RM 2,500 (U) Varian volum pengeluaran = RM 15,000 – (RM0.952 X 10,000 unit X 1.5 jam) = RM 720 (F)

21

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 16 /

ANALISIS VARIAN

INPUT

16.6

LAPORAN VARIAN

Setelah anda dapat mengira pelbagai varian, maka semua varian tersebut hendaklah dilaporkan kepada pihak pengurusan secepat mungkin. Ini akan dapat membantu pihak pengurusan mengenalpasti masalah ketidakcekapan yang berlaku dan mengambil tindakan pembetulan dengan segera. Bentuk, kandungan dan kekerapan laporan varian adalah berbeza antara satu organisasi dengan organisasi yang lain. Salah satu pendekatan ialah menyediakan laporaan mingguan bagi setiap jabatan yang bertanggungjawab bagi kawalan kos. Contoh laporan varian adalah seperti berikut : Syarikat Indah Sdn Bhd Laporan Varian Jabantan Pembelian bagi minggu berakhir Januari 8 Kuantiti Dibeli AB 4,200 kg CD 1.200 unit EF 600 dz Jumlah Varian Harga Jenis Bahan Harga Sebenar RM 3.10 RM 2.75 RM 5.20 Harga Standard RM 3.00 RM 2.80 RM 5.10 Varian Penerangan Harga RM420 (U) Pesanan segera RM 60 (F) Diskaun Kuantiti RM 60 (U) Pesanan Segera RM 420 (U)

22

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 16 /

ANALISIS VARIAN
PENILAIAN KENDIRI

S
Jika

ila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan

pensyarah anda. Selamat mencuba dan selamat berjaya!!! Soalan 16-1. Syarikat Ikbar adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan baju berjenama Iktibar. Sepanjang bulan Januari 2002, syarikat telah mengeluarkan sebanyak 500 unit. Berikut adalah maklumat berkaitan dengan pengeluaran sepanjang bulan Januari. Belian bahan langsung : 18,000 meter pada harga RM 1.38 semeter Penggunaan bahan langsung : 9,500 meter pada RM 1.38 semeter Buruh langsung : 2,100 jam pada kadar RM 9.15 sejam Kos prima standard bagi seunit baju Iktibar adalah seperti berikut : Bahan langsung : 20 meter pada RM 1.35 semeter Buruh langsung : 4 jam pada RM 9.00 sejam RM 27 RM 36 RM 24,480 RM 13,110 RM 19,215

23

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 16 / RM 63

Jumlah kos prima standard seunit keluaran

Anda dikehendaki mengira varian-varian berikut bagi bulan Januari dan menyatakan sama ada varian tersebut memuaskan (F) atau tidak memuaskan (U) 1. 2. 3. 4. Varian harga bahan langsung Varian kuantiti bahan langsung Varian kadar buruh langsung Varian kecekapan buruh langsung

ANALISIS VARIAN
MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda. Jawapan 16-1. 1. Varian harga bahan langsung = (AP – SP) AQ = (RM 1.38 – RM 1.35) X 18,000 meter = RM 540 (U) 2. Varian kuantiti bahan langsung = (AQ – SQ) SP = (9,500 – 10,000 *) X RM 1.35 = RM 675 (F) * 500 unit X 20 meter/unit 3. Varian kadar buruh langsung = (AR – SH) AH = (RM9.15 – RM9.00) 2,100 jam = RM 315 (U) 4. Varian kecekapan buruh langsung = (AH – SH) SR = (2,100 – 2,000 *) X RM9.00

24

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 16 /

= RM 900 (U) * 500 unit X 4 jam/unit.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->