P. 1
Buruh & Analisis Upah 2

Buruh & Analisis Upah 2

|Views: 1,526|Likes:
Published by Chris

More info:

Published by: Chris on Sep 11, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/12/2013

pdf

text

original

P 3202

-

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 1

BURUH DAN ANALISIS UPAH

OBJEKTIF:

OBJEKTIF AM:
Memahami cara-cara pengiraan upah dan menganalisis upah untuk tujuan pengkosan dan perakaunan.

OBJEKTIF KHUSUS:
Di akhir ini anda sepatutnya dapat: 1. Mengira ganjaran upah pokok 2. Mengira ganjaran upah lebih masa 3. Mengira bonus. 4. Menerangkan kandungan penyata gaji.

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 2

BURUH DAN ANALISIS UPAH

INPUT

6.1 PENGIRAAN GANJARAN UPAH Mengapa anda semua perlu bekerja ? Ganjaran upah merupakan sebab utama mengapa orang bekerja. Skim ganjaran upah yang menarik juga menjadi dorongan kuat mengapa seseorang berminat untuk bekerja di sesebuah organisasi. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi penentuan upah kepada pekerja ialah:        Iklim ekonomi sesuatu industri Polisi kerajaan Keteguhan kesatuan sekerja Keuntungan syarikat/ firma Keadaan pengangguran setempat dan seluruh negara Pekerja yang berkemahiran sama ada senang diperolehi datau tidak Keadaan bekerja yang membahayakan dan tidak selesa Keadaan upah semasa

6.1.1

KAEDAH IMBUHAN

Pada asasnya ada tiga (3) kaedah imbuhan yang telah direka untuk meningkatkan atau memperbaiki daya pengeluaran iaitu:a. Masa kedatangan b. Bayaran ikut kerja c. Skim premium ( akan dibincangkan di input yang berikutnya)

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 3

6.1.1.1

Masa kedatangan / kadar biasa jam bekerja (time based)

Seorang pekerja dibayar mengikut kadar masa bekerja. Premium dibayar untuk kerja lebih masa. Contoh 6-1 Kassim bekerja selama 40 jam dalam minggu pertama bulan Januari. Kadar sejam ialah RM1. Apakah upah kasarnya ? Upah kasar = 40 x RM1 = RM40

Fahamkan betul-betul

K

aedah ini sangat mudah dan kelemahannya ia tidak membezakan antara pekerja cekap dan tidak cekap. Terdapat banyak jenis( variasi) dibawah kaedah ini contohnya kadar harian yang tinggi (high day rate system) dan berikut adalah maksudnya:i. Kadar upah harian yang tinggi diberikan kepada pekerja-pekerja yang menjalankan kerja yang memerlukan penelitian bagi penghasilan kualiti yang tinggi. Contohnya dalam industri pembuatan pengangkutan. ii. Bonus ialah bayaran lebih yang diberikan selain daripada upah. Contohnya bonus kerja sift, bonus kedatangan dan bonus kecekapan pengeluaran.

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 4

6.1.1.2

Bayaran ikut hasil kerja atau kerja ikut butir (piece work)

Di sini seorang pekerja memperolehi lebih banyak pendapatan jika hasil keluarannya lebih dan pendapatan yang sedikit jika hasil keluarannya kecil. Seorang pekerja dibayar berasaskan output. Contoh 6-2 Amer mengeluarkan 100 unit. Dia dibayar sebanyak RM1 seunit. Apakah upah kasarnya ? Upah kasar = 100 unit x RM1 = RM100

Kaedah ini meberi insentif kepada pekerja untuk meningkatkan output. Terdapat beberapa variasi kepada kaedah ini, antaranya:i. Kerja ikut butir dengan kadar harian terjamin Jika perolehan ikut butir kurang daripada kadar perolehan harian, pekerja akan dibayar gaji yang minimum mengikut kadar perolehan harian. Bayaran minimum yang terjamin ini boleh merupakan satu insentif kepada usaha memperbaiki kadar pengeluaran yang rendah. Contoh 6-3 Kadir mengeluarkan 38 unit sehari . Dia dibayar suatu kadar minimum yang terjaamin sebanyak RM40 sehari jika output kurang daripada 40 unit sehari. Kadar seunit ialah RM1. Apakah upah yang akan diperolehi jika pengeluarannya kurang daripada 40 unit? Apakah upah yang akan diperolehi jika ia mengeluarkan 45 unit sehari ? Jawapan

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 5

Upah kasar jika ia mengeluarkan kurang daripada 40 unit ialah RM40. Upah kasar jika ia mengeluarakan 45 unit ialah 45 x RM1 = RM45.

ii.

Kadar butiran pembezaan

Di bawah kaedah ini kadar ikut butir berbeza mengikut tingkat kecekapan. Tujuan ialah untuk menyediakan insentif bagi meningkat output agar pengeluaran yang maksimum dicapai. Contoh 6-4 Kelli mengeluarkan 200 unit output. Kadar yang dibayar adalah seperti berikut: Sehingga 100 unit sehari pada kadar 50 sen seunit 101 – 150 unit sehari pada kadar 60 sen seunit 151 – 200 unit sehari pada kadar 70 sen seunit Apakah upah kasar yang akan diperolehinya? Jawapan 100 unit pertama = 100 x 0.50 = RM50 50 unit kedua = 50 x 0.60 = RM30 50 unit ketiga = 50 x 0.70 = RM35 -------RM 115

Bayaran ikut hasil kerja… seronok juga . Rajin kerja dapat gaji banyak

NNak pilih kaedah mana?

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 6

FAKTA KUNCI

Masa Kedatangan KAEDAH IMBUHAN

Bayaran Ikut Kerja
Kerja Ikut Butir Dengan Kadar Harian Terjamin

Skim Premium

Kadar Butir Pembezaan

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 7

BURUH DAN ANALISIS UPAH

AKTIVITI 6A

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT. Soalan 6a-1 Anda telah diberi data-data berkaitan dengan 2 orang pekerja syarikat XYZ iaitu Mira dan Miza. Mira Miza Unit disiapkan seminggu 292 276 Jam kerja seminggu 48 52 Kadar upah sejam ialah RM6.00 dan masa standard untuk menyiapkan satu unit ialah 15 minit. Jam kerja biasa yang ditetapkan ialah 42 jam seminggu. Kirakan gaji pokok untuk mereka. Berdasarkan data di bawah, kirakan jumlah ganjaran yang diperolehi oleh setiap pekerja berdasarkan kaedah berikut:a. kadar per jam b. kadar asas seunit Soalan 6a -2 Nama pekerja Unit dikeluarkan Masa diambil (jam) Kadar per jam (RM) Kadar per unit (RM) Masa dibenar per unit Dalam seminit Azira 300 26 1.15 0.15 7 Shariza 280 32 1.20 0.20 9 240 30 1.25 0.30 12 Zariza

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 8

Soalan 6a -3 Puan Sara merupakan peniaga tunggal yang mempunyai dua orang pembantu iaitu, Hadija dan Hazira. Berikut adalah maklumat berkaitan dengan aktiviti pekerja tersebut untuk seminggu. Masa kerja seminggu ialah 40 jam. Kadar upah sejam Unit bungkusan disiapkan Hadija RM3.20 180 Hazira RM2.75 150

Anda dikehendaki mengira jumlah upah seminggu yang diterima oleh setiap pekerja menggunakan kaedah-kaedah berikut:i. ii. iii. kaedah jam kerja kaedah ikut butir pada kadar 75 sen seunit kaedah butiran pembezaan berasaskan kadar berikut:sehingga 100 unit = 60 sen seunit 101- 150 unit = 90 sen seunit 151 dan keatas = RM1.20 sen seunit.

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 9

BURUH DAN ANALISIS UPAH
MAKLUMBALAS 6A

Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.

Jawapan 6a-1 Gaji pokok Mira Gaji pokok Miza = 42 jam x RM6 = 42 jam x RM6 = RM252 = RM252

Jawapan 6a-2 i. kadar perjam masa diambil ii. kadar per unit masa diambil Azira 1.15 x 26 29.90 Ariza 0.15 x 300 45.00 Shariza 1.20 x 32 38.40 Shariza 0.20 x 280 56.00 Zariza 1.25 x 30 37.50 Zariza 0.30 x 240 72.00

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 10

Jawapan 6a-3 HADIJA i. kaedah jam kerja ii. kaedah ikut butir iii.kaedah butiran sehingga 100 unit 101 – 150 151 ke atas 40jam RM3.20 180 unit RM0.75 100 x 0.60 50 x 0.90 30 x 1.20 RM x 128.00 x 136.00 HAZIRA 40jam x RM2.75 150 unit x RM0.75 RM 110.00 112.50

60.00 45.00 36.00

100 x 0.60 50 x 0.90

60.00 45.00

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 11

BURUH DAN ANALISIS UPAH

INPUT
6.1.1.3 Skim Premium ( Incentive schemes) Apa istimewanya kaedah ini ? Di bawah skim ini elaun masa ditetapkan untuk sesuatu kerja. Bonus dibayar berdasarkan masa yang dijimatkan. Masa dijimatkan diperuntukan = Masa yang diambil < Masa yang

Terdapat banyak variasi skim premium antaranya skim bonus individu, skim bonus kumpulan dan skim perkongsian keuntungan. Sebelum sesuatu skim atau rancangan galakan itu dibuat, keperluan-keperluan berikut perlulah diambil perhatian.  Rancangan mestilah diterima oleh pihak pekerja  Penghargaan mestilah diberikan kepada pekerja yang melebihi standard, ia mestilah fleksible  Standard dari segi kuantiti dan kualiti  Rangcangan tidak terlalu mahal untuk dilaksanakan. Apakah ciri-ciri skim insentif yang baik ? Skim tersebut mesti:Ω Patut mencerminkan usaha dan pencapaian pekerja . Ω Dibayar tanpa lengah, seelok-eloknya sebaik sahaja tamat tugas/ kerja Ω Skim perlu mudah untuk dilaksanakan / diuruskan dan membolehkan pekerja mengira bonus mereka sendiri Ω Tidak menghadkan pendapatan dan menjaga pendapatan daripada jatuh jika keadaan berada di luar kawalan pekerja. Ω Skim hanya perlu diperkenalkan dengan persetujuan dan rundingan terlebih dahulu daripada pekerja.

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 12

SKIM INSENTIF KEBAIKAN KEBURUKAN

a. meningkatkan pengeluaran b. mengurangkan kadar pusing ganti pekerja dalam keadaan inflasi c. memperbaiki mutu kerja pekerja kerana setiap komitmen pekerja dihargai d. pekerja akan bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh kerana berpeluang mendapat ganjaran upah yang lebih tinggi

a. kesukaran untuk menentukan tahap prestasi dan gred pekerja-pekerja dengan ganjaran upah yang akan dibayar b. sesetengah skim insentif terlalu kompleks dan mahal dilaksanakan c. sesetengah pekerja yang separa mahir dalam skim bonos berkumpulan mendapat ganjaran upah yang sama dengan pekerja mahir

Rajah 6.1: Kebaikan dan keburukan Skim Insentif Apakah Variasi skim premium yang biasa diamalkan ? i. Skim Bonus Individu

Pekerja masih dibayar untuk jam asas yang dikerjakannya. Seorang pekerja hanya dibayar bonus untuk sebahagian daripada masa yang dijimatkannya. Jenis skim bonus biasa ialah: a. Halsey : 50% daripada masa yang dijimatkan x kadar sejam b. Halsey Weir: 33 1/3 % daripada masa yang dijimatkan x kadar sejam c. Rowan: [ masa yang diambil / masa yang dibenarkan ] x masa yang dijimatkan x kadar sejam

P 3202 Contoh 6-5

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 13

Berikut ialah butir-butir mengenai kerja no.2550 Encik Kamil. Kadar upah langsung ialah RM1 sejam. Masa yang dibenarkan ialah 50 jam. Masa yang diambil ialah 40 jam. Kirakan upah pokok, upah bonus dan jumlah upah berdasarkan : a. skim 50% Halsey b. skim 33 1/3 % Halsey Weir c. skim Rowan

Jawapan Masa yang dijimatkan = 50-40 = 10 jam Skim 50% Halsey Upah pokok Upah bonus Jumlah upah 40 jam x RM1 RM40 50% x 10 x RM1 RM5 RM45 Skim 33 Halsey 1/3% Skim Rowan

RM40 RM40 33 1/3% x 10 x RM1 [40jam/ 50jam] x RM3.33 10 x RM1 RM8 RM43.33 RM48

Contoh 6-6 Berikut adalah data pengeluaran seorang pekerja dalam jangkamasa seminggu. Unit dikeluarkan Jam bekerja Masa dibenarkan seunit(seminit) Kadar upah sejam 320 32 6 minit

Kirakan jumlah upah yang diterima berdasarkan:a. skim 50% Halsey b. skim 33 1/3% Halsey Weir c. skim Rowan

P 3202 Jawapan Upah asas bonus Jumlah upah

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 14

Skim a 32jam x RM3 RM96 50% (38-32) RM3 RM9 RM105

Skim b

Skim c

RM96 RM96 x 33 1/3 % x 6 x [32/38] x 6 x RM3 RM3 RM15.16 RM6 RM102 RM111.16

ii.

Skim Bonus Berkumpulan

Bagi kilang-kilang yang terdapat pekerja yang bekerja secara berkumpulan, misalnya di barisan pemasangan , bonus dibahagikan bersama di antara pekerja. Tujuan skim bonus kumpulan ini ialah untuk menggalakkan semangat kerja kumpulan di kalangan mereka. Diantara kebaikan dan keburukan ialah:Kebaikan  dapat membina kerjasama dalam kumpulan  tidak perlu penyeliaan yang ketat dan kos overhed dapat dikurangkan  operator pengeluaran terutama di bahagian pemasangan amat sesuai menggunakan skim ini.

Keburukan  pekerja yang cekap terpaksa menanggung beban pekerja yang tidak cekap  pembahagian bonus sukar dijelaskan terutamanya jika masa dijadikan asas ukuran.  Jika jenis kerja memerlukan kemahiran, masalah akan timbul mengenai asas digunakan untuk upah mereka yang mahir.

P 3202 Contoh 6-7

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 15

Pengeluaran standard ialah 24 unit basikal kanak-kanak seminggu. Sekumpulan 10 pekerja bekerja di bahagian pemasangan tersebut. Setiap kali pengeluaran meningkat 20%, bonus RM60 akan dibahagikan sama rata oleh kumpulan tersebut. Pada hari kesepuluh, 30 unit telah dapat dikeluarkan. Berapa banyakkah yang akan diterima oleh setiap ahli dalam kumpulan tersebut? Jawapan Peratusan peningkatan Bonus kumpulan Syer bonus setiap ahli ialah Contoh 6-8 Bahagian pemasangan A mempunyai 5 orang pekerja. Pengeluaran standard untuk perabot kayu ialah 5 unit sehari. Jika kumpulan tersebut berjaya mengeluarkan 8 unit sehari, bonus akan diberikan sebanyak RM90 kepada kumpulan tersebut. Pada hari ke dua dan ketiga, kumpulan tersebut telah mengeluarkan 12 unit dan 15 unit perabot kayu. Berapakah bonus yang akan diterima pada hari kedua dan ketiga ? Jawapan Peratusan peningkatan Bonus kumpulan Syer setiap ahli ii. Hari ke dua [12-5]/5 x 100% = 140 % [2.4 x RM90] = RM216 RM216/5 = RM43.20 Hari Ketiga [15-5]/5 x 100% = 200% [3 x RM90] = RM270 RM270 / 5 = RM54.00 = 6/24 x 100% = 1.25 x RM60 = RM75/10 ahli = 25% = RM75 = RM7.50

Skim Perkongsian Untung

Di bawah skim pengongsian untung satu perjanjian di antara majikan dan pekerja dibuat yang menyatakan sebagai tambahan upah, mereka akan dibayar suatu kadar untung perniagaan yang dipersetujui. Jumlah yang akan diterima oleh individu selalunya berkaitan dengan upah atau gajinya.

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 16

Contoh 6-9 Sebuah syarikat menjalankan skim pengongsian untung di bawah perjanjian kesatuan sekerja. Perjanjian tersebut menetapkan bahawa 10% daripada baki untung selepas cukai dan bayaran dividen akan diperuntukkan untuk skim ini. Modal saham diterbitkan pada 31 Disember 2000 ialah 50,000 unit saham biasa pada harga RM1 seunit. Untung selepas cukai pada 31 Disember 2000 ialah RM50,000. Kadar cukai ialah 50%. Berapakah untung yang boleh diperuntukkan bagi skim tersebut ? Dividen setiap saham ialah 10 sen. Jawapan Untung selepas cukai (-) dividen 5,000 cukai 50% 2,500 untung belum diasingkan Untung untuk skim pergongsian ialah RM50,000 7,500 RM42,500 = 10% x RM42,500 = RM4,250.

FAKTA KUNCI

1. 2.

Skim premium ialah bonos yang dibayar akibat daripada penjimatan masa kerja. Skim premium yang biasa diamalkan ialah skim bonos individu, skim bonos berkumpulan dan skim perkongsian untung.

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 17

BURUH DAN ANALISIS UPAH

AKTIVITI 6B

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT. Soalan 6b-1 a) Huraikan 3 ciri-ciri skim insentif yang baik. b) Berikut adalah data pengeluaran yang diperolehi berkenaan 2 orang pekerja di kilang Baru dalam jangkamasa seminggu. Unit dikeluarkan Jam bekerja Masa dibenarkan seunit Kadar upah sejam (RM) Armin 320 32 38j 3.00 Badul 360 42 48j 2.90

Anda dikehendaki mengira jumlah upah yang diterima oleh setiap pekerja berdasarkan: i) skim 50% Hasley ii) skim 33 1/3% Halsey-Weir iii) skim Rowan Soalan 6b-2 a) Salim dan Sally merupakan dua orang pekerja pengeluaran di dalam sebuah syarikat perkilangan mesin jahit. Mereka telah bersetuju menerima upah sebanyak RM10.00 sejam untuk jangkamasa kerja selam 8 jam sehari dan 5 hari seminggu. Syarikat telah menetapkan masa piawai untuk menyiapkan 10 unit mesin jahit adalah 5 jam.

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 18

Dalam seminggu pertama direkodkan seperti berikut:Hari 1 2 3 4 5

bulan Januari maklumat kerja Salim dan Sally telah Jam masa kerja 10 7 8 7 8 40 == Unit siap 25 15 20 15 15 90 ===

Kirakan upah kasar yang diterima oleh Salim untuk minggu yang pertama bulan tersebut dengan menggunakan kaedah: i) ii) iii) b) hasil kerja dengan upah mingguan yang dijanjikan bonus dengan skim premium Hasley bonus dengan skim premium Hasley -Weir

Apakah keperluan-keperluan yang perlu ada dalam rancangan galakan yang baik.

Soalan 6b-3 Dalam sebuah kilang membuat perabot, pekerja dikumpulan mengikut kemahiran masing-masing untuk menyiapkan satu-satu tempahan. Upah seorang pekerja ialah RM4.00 sejam. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang pekerja. Terdapat 4 kumpulan semuanya iaitu K1, K2, K3 dan K4 Setiap pekerja bekerja selama 8 jam sehari dan 5 hari seminggu. Dijangkakan setiap kumpulan mampu menyiapkan satu tempahan biasa dalam masa 65 minit, 70 minit, 70 minit dan 75 minit. Syarikat menetapkan masa standard untuk menyiapkan satu-satu tempahan biasa adalah 10% lebih dari purata jangkaan masa yang diambil oleh setiap kumpulan. Dalam satu minggu, K2 telah menyiapkan 40 tempahan tersebut. Kirakan upah kasar yang akan diterima seorang pekerja dalam kumpulan K2 mengikut skim: a) hasil kerja dan upah mingguan yang dijanjikan dan insentif kadar RM5.50 sejam untuk masa dijimatkan. b) Skim bonus Rowan c) Skim bonus Hasley

P 3202 Soalan 6b-4

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 19

Sebuah kilang mengeluarkan 3 komponen D1, D2 dan D3. Terdapat 4 jenis buruh yang digredkan sebagai gred A,B,C dan D. Gred buruh A B C D Bil. Buruh 6 18 4 1 Kadar upah sejam(RM) 4.00 3.20 2.80 1.60 Jam kerja 40 42 40 44

Hasil keluaran dan masa piawai seminggu ialah: Komponen D1 D2 D3 Unit dihasilkan 444 900 480 Masa piawai seunit(min) 30 54 66

Waktu kerja biasa seminggu ialah 48 jam dan kerja lebih masa dibayar pada premium 50% atas kadar upah biasa. Pihak kilang maengamalkan skim insentif berkumpulan di mana masa yang dijimatkan dikira sebagai peratus jam kerja dan dikongsi dalam kumpulan sebagai sebahagian dari jam bekerja bagi setiap gred. Kadar yang dibayar ialah 75% dari kadar jam biasa. a) kirakan jumlah gaji dibayar dengan menunjukkan gaji pokok. b) Berikan dua kebaikan dan dua kelemahan skim insentif berkumpulan.

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 20

BURUH DAN ANALISIS UPAH
MAKLUMBALAS 6B

Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda. Jawapan 6b-1 a) Ciri-ciri skim insentif yang baik:- patut mencerminkan usaha dan pencapaian pekerja - dibayar tanpa lengah, seeloknya sebaik sahaja tamat tugas/kerja - skim perlu mudah dilaksanakan /diuruskan dan membolehkan pekerja mengira sendiri bonus mereka - tidak menghadkan pendapatan dan menjaga pendapatan daripada jatuh jika keadaan di luar kawalan pekerja - skim hanya perlu diperkenalkan dengan persetujuan dan rundingan terlbih dahulu b) ARMIN RM BADUL RM Upah asas 32 x RM3.00 96 42 x RM2.90 121.80 Bonus 50% x (38-32) 9.00 50% (48-42) 8.70 Halsey 130.50 jumlah 106 Upah asas 32 x RM3.00 96 42x RM2.90 121.80 Bonus H.W 1/3(38-32) 6.00 1/3(48-42) 5.80 jumlah 102 127.60 Upah asas 32 x RM3.00 96 42X RM2.90 121.80 Bonus 32/38(6)(3) 15.16 42/48(6)2.90 15.23 Rowan jumlah 111.16 137.03

P 3202 Jawapan 6b-2 a) i.

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 21

Unit yang dikeluarkan 90 unit masa diambil 40 jam masa piawai untuk menghasilkan 90 unit keluaran 90/10 (5 jam) masa yang dapat dijimatkan = = 45 jam 5 jam

kaedah kerja dengan upah mingguan yang dijanjikan: upah asas 6.2 kaedah Halsey upah asas bonus = 45jam x RM10.00 = RM450.00

= =

40jam x RM10.00 = RM400.00 50% x 5 jam x RM10 = 25.00 RM425.00

6.3

kaedah Halsey-Weir upah asas bonus

= =

40jam x RM10.00 =RM400.00 1/3 x 5jam x RM10 = 16.67 RM416.67

c) –rancangan mestilah diterima oleh pihak pekerja -penghargaan mestilah diberikan kepada pekerja yang melebihi standard, ia mestilah fleksibel -standard dari segi kuantiti dan kualiti -rancangan tidak terlalu mahal untuk dilaksanakan.

P 3202 Jawapan 6b-3

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 22

masa yang dijimatkan = masa standard – masa sebenar masa standard untuk menyiapkan 1 unit tempahan. Purata jangkaan masa: (70+65+70+75)/4 = 70 minit tambahan 10% = 7 minit 77 minit masa standard menyiapkan 40 tempahan 40 unit x 77 minit = masa dalam jam = 3080/60 = masa dijimatkan = 51.33 – 40 =

3080 minit 51.33 jam 11.33 jam

) upah asas insentif upah kasar upah asas bonus upah kasar upah asas bonus upah kasar

skim hasil kerja dan upah yang dijanjikan =RM4.00 x 40 jam = RM160.00 =RM5.50 x 11.33 jam = 62.32 RM222.32 skim bonus Rowan =RM4.00 x 40 jam = RM160.00 = (40/ 51.33)11.33 x RM4= 35.32 RM195.33 skim bonus Halsey = RM4.00 x 40 jam = RM160.00 = 50% x 11.33 jam x RM4= 22.66 RM182.66

)

)

P 3202 Jawapan 6b-4 a) Buruh A B

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 23

Gaji pokok 6x40x4 = 960 18x24x3.2 =2419.20 C 4x40x2.8 =448 D 1x44x1.6= 70.40 jumlah 3,897.60 b)kebaikan -

Premium ot Bonus Gaji kasar 6x2x2 =24 6x12x3 =216 1200.00 18x4x1.60=115.20 18x12.6x2.4=544.32 3078.72 4x2x1.4 = 11.20 1x6x80 = 4.80 155.20 4x12x2.1 = 100.80 1x13.2x1.2 =15.84 876.96 560.00 91.04 4,929.76

dapat membina kerjasama dalam kumpulan tidak perlu penyeliaan yang ketat, dengan kos overhed dapat dikurangkan operator pengeluaran terutama bahagian pemasangan amat sesuai

Kelemahan - pekerja yang baik dan cekap terpaksa menanggung beban pekrja yang tidak cekap - pembahagian bonus sukar dijelaskan terutamanya jika masa dijadikan asas ukuran - jika jenis kerja memerlukan kemahiran – masalah akan timbul mengenai asas digunakan untuk upah mereka yang mahir.

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 24

BURUH DAN ANALISIS UPAH

INPUT

6.4

KANDUNGAN PENYATA GAJI

Apakah butiran yang terkandung dalam penyata gaji ? Mari kita lihat Rajah 6.2, dalam satu penyata/lembaran gaji atau upah ia mesti mengandungi nama, nombor pekerja, nombor gaji, nombor cukai pendapatan , nombor KWSP, gaji kasar, potongan dan gaji bersih. Gaji kasar dikira dengan merujuk kepada:a. b. c. d. kad jam: untuk mengira bayaran kadar masa dan lebih masa. Kad kerja: untuk mengira kadar ikut butir dan bonus Lembaran masa; untuk mengira bayaran kadar masa, bonus dan lebih masa Kad pekerja: untuk mengira kadar upah, cuti yang diambil dan caruman KWSP.

Daripada upah kasar pekerja, potongan cukai pendapatan , caruman KWSP dan potongan lain seperti pinjaman perumahan dan pinjaman kereta akan dibuat untuk memperolehi upah bersih. Slip gaji akan disediakan dengan menunjukkan nama pekerja, nombor pekerja, nombor cukai pendapatan, nombor KWSP, gaji kasar, potongan dan gaji bersih.
Pastikan kita semua mesti

sentiasa
dapat gaji dan slip gaji

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 25

PENYATA GAJI BULAN: NAMA: NO. K/PENGENALAN: NO.PEKREJA : PENDAPATAN JAM GAJI POKOK LEBIH MASA ELAUN PERKHIDMATAN ELAUN PERUMAHAN BONUS KADAR RM

JABATAN: NO.GAJI: NO..CUKAI: NO. KWSP NO. PERKESO: POTONGAN RM CUKAI PENDAPATAN KWSP PINJAMAN

JUMLAH POTONGAN JUMLAH PENDAPATAN GAJI BERSIH

Rajah 6.2: Lembaran Gaji

6.3 ANALISIS UPAH DAN TATACARA MENGAKAUNKANNYA Apakah yang dimaksudkan analisis upah ? Ia melibatkan penyelarasan jumlah upah kasar dengan upah yang diperuntukkan kepada kerja atau pusat kos. Lembaran analisis upah menunjukkan perincian semua upah mengikut kerja, pusat kos, proses, gred pekerja dan jantina. Jumlah yang ditunjukkan oleh lembaran analisis tersebut haruslah sama dengan jumlah upah pada senarai gaji. Sumber maklumat yang digunakan untuk menganalisis upah termasuk lembaran masa, kad kerja, kad masa terbiar dan senarai gaji. Analisis upah memudahkan maklumat diperolehi dengan tepat tanpa banyak menggunakan tenaga perkeranian. Maklumat daripada lembaran analisis upah digunakan untuk tujuan kawalan, untuk menyediakan penyata pengendalian, untuk menyediakan laporan dan untuk menghitung jumlah yang boleh dikenakan kepada kerja atau proses. Rajah 6.3 di bawah merupakan satu contoh lembaran analisis upah yang mudah untuk pelajar sekelian memahaminya.

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 26

LEMBARAN ANALISIS UPAH Jabatan Minggu Berakhir…………….. No. Jam No. kerja No. Kerja No. kerja Masa hilang Jumlah Folio upah kerja kos

Jumlah Rajah 6.3: Lembaran Analisis upah

6.3.1

Lapuran Lebih Masa

Lapuran ini menerangkan kerja lebih masa, bayaran premium dan sebab-sebab kerja lebih masa. Apa itu kerja lebih masa ?  Lebih masa ialah masa bekerja yang lebih daripada masa kerja normal.  Premium lebih masa ialah jumlah tambahan yang dibayar kepada pekerja untuk kerja lebih masa.  Premium lebih masa dikira sebagai peratusan daripada masa tambahan kerja oleh seseorang pekerja.  Kebenaran kerja lebih masa perlu diperolehi terdahulu sebagai langkah kawalan. Contoh 6 –10 Seorang operator bekerja 4 jam lebih masa dan mendapat ` masa dan setengah’. Berapakah yang akan dibayar mengikut jam? Jawapan = 4 jam + ( 50% + 4 jam) = 6 jam

P 3202 Contoh 6 –11

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 27

Seorang operator mesin dikilang H&H Bhd bekerja sebanyak 4 jam lebih masa. Masa bekerja biasa untuk minggu tersebut ialah 40 jam . Kadar sejam ialah RM1. Ia dibayar jam & setengah untuk kerja lebih masa. Tunjukkan :1. premium lebih masa 2. gaji kasar Jawapan:1. premium lebih masa = (50% x 4 jam ) x RM 1 = RM2 2. gaji kasar : upah masa biasa + lebih masa 40jam x RM 1 4 + (50% x 4 jam ) x RM1 = RM40 = 6 RM46

Bagaimanakah tatacara perakaunan untuk premium lebih masa ? Ada tiga kaedah asas digunakan untuk premium lebih masa. 1. Apabila kerja adalah punca lebih masa Contoh 6-12 Sara Fateha mengambil masa biasa 800 jam dan tambahan 160 jam lagi untuk menyelesaikan kerja No.212. Kadar sejam ialah RM3.20. Kadar lebih masa ialah masa dan setengah .

Jawapan Bayaran masa normal Lebih masa ialah 800jam x RM3.20 = RM2,560 160 jam x (3.20 x 1.5)= 768 RM3,328 3,328 3,328

Catatan perakaunan; Dt Akaun Kawalan Kerja dalam proses Kt Akaun Kawalan Upah

P 3202 2.

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 28

Premium dianggap sebagai butiran overhed pengeluaran Digunakan apabila aktiviti perniagaan merupakan punca lebih masa. Contoh 6-13 Sebuah perniagaan mempunyai kapasiti pengeluaran normal sebanyak 8000 unit memerlukan 800 jam. Ia menerima pesanan khas untuk membuat 1600 unit lagi yang akan memerlukan 160 jam lebih masa. Kadar sejam ialah RM3.20 dan kadar premium lebih masa ialah masa dan setengah.

Jawapan Bayaran masa biasa Premium lebih masa 960 x 3.20 160 x 1.60 RM 3,072 256 RM 3,328 3,072 256 3,328

Catatan perakaunan; DT. Akaun kwalan kerja dalam proses DT. Akaun kawalan overhed pengeluaran KT. Akaun kawalan upah

3.

Lebih masa terjadi kerana kecuaian atau mutu hasil kerja yang kurang baik. Jika ini berlaku, premium lebih masa dianggap sebagai kerugian. Dengan menggunakan contoh seperti di atas. Catatan perakaunan; DT. Akaun kawalan kerja dalam proses Dt. Akaun kerugian/kehilangan premium Lebih masa KT. Akaun kawalan upah 3,072 256 3,328

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 29

Bagaimana pula tatacara perakaunan bagi premium kerja syif ? Ada dua kaedah digunakan:1. bayaran premium syif dianggap sebagai overhed pengeluaran sekiranya kerja syif tersebut untuk tujuan peningkatan output. 2. bayaran premium syif dianggap sebagai kos buruh langsung sekiranya kerja syif tersebut untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Saya suka kerja syif malam sebab dapat elaun lebih.

6.3.2

Laporan Masa Terbiar

Masa terbiar boleh disebabkan oleh beberapa perkara . Ini termasuk:1. 2. 3. 4. kerosakan mesin penungguan untuk kerja ketidakcekapan kekurangan bahan Masa terbiar selalunya dicatat di dalam kad masa terbiar yang juga menunjukkan sebab masa terbiar berlaku. Upah yang dibayar untuk masa yang tidak produktif dikira sebagai overhed pengeluaran.

P 3202 Contoh 6-14

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 30

Mesin yang digunakan oleh seorang operator mesin telah rosak selama jam. Jumlah masa bekerja ialah 44 jam termasuk 4 jam masa terbiar. Kadarnya ialah RM1 sejam. Berapakah pendapatan kasar ? Jawapan Upah langsung 40jam x RM1 Masa terbiar (overhed pengeluaran) =RM40 4jam x RM 1 = 4 RM44

Catatan perakaunan: DT. DT. KT. Akaun Kawalan kerja dalam proses Akaun kawalan overhed pengeluaran Akaun kawalan upah 40 4 44

6.3.3

Kos Sampingan

Apa itu kos sampingan ? Kos sampingan ialah faedah yang diberikan kepada pekerja oleh majikan seperti caruman majikan kepada pekerja oleh majikan seperti KWSP, skim perubatan, pencen dan lain-lain

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 31

Bagaimana tatacara perakaunannya? Ada dua pendekatan mengenai kos sampingan , iaitu:1. sebagai overhed pengeluaran Contoh 6-14 Upah langsung pada masa terbiar ialah RM7 sejam Faedah sampingan ialah RM3 sejam Jawapan RM7 dianggap sebagai buruh langsung RM3 sebagai overhed pengeluaran.

2.

kos sampingan sebagai kos buruh langsung. Kaedah ini lebih sesuai kerana faedah sampingan dalam memperolehi perkhidmatan buruh merupakan bahagian penting . Merujuk kepada contoh 4-17, RM10 dianggap kos buruh langsung.

6.3.4

Upah Rehat Dan Upah Cuti

Upah rehat dan upah cuti tidak boleh dikenakan kepada kerja dalam proses kerana seorang pekerja menyumbang kepada pengeluaran semasa ia bekerja. Upah rehat harus dimasukkan ke dalam overhed pengeluaran.

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 32

6.3.5

Kos Penyediaan

Masa penyediaan ialah masa yang diambil untuk menyediakan mesin dan alat bantuan sebelum operasi bermula. Masa penyediaan seterusnya berkaitan dengan kos penyediaan. Kos penyediaan diangganp sebagai overhed pengeluaran jika terdapat ketidaktentuan dalam operasi pengeluaran.

Contoh 6-15 Berikut adalah senarai gaji asas untuk minggu kedua Jabatan Y . Jabatan ini mengendalikan sistem pengkosan berkelompok. Pekerja langsung: kadar pokok sejam Jumlah masa hadir Lebih masa yang dikerjakan Premuim syif Bonus kumpulan Caruman KWSP majikan Potongan pekerja – cukai pendapatan KWSP kadar pokok sejam Jumlah masa hadir Lebih masa yang dikerjakan Premuim syif Bonus kumpulan Caruman KWSP majikan Potongan pekerja:Cukai pendapatan KWSP RM1.80 960 jam 120 jam RM180 RM192 RM150 RM300 RM90 RM1.20 420 jam 48 jam RM60 RM84 RM66 RM120 RM42

Pekerja tidak langsung:

Lebih masa dibayar pada kadar masa dan setengah. Lebih masa digunakan sebagai langkah meningkatkan keluaran. Bagaimanapun, 20% daripada lebih masa untuk pekerja langsung dan tidak langsung berpunca daripada permintaan pelanggan untuk menyiapkan pesanannya dengan segera. Berikut ialah pecahan masa pekerja langsung yang diperolehi daripada tiket yang telah dipulangkan.

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 33

Masa produktif: Masa tidak produktif : kerosakan mesin Menunggu ketibaan bahan Menuggu arahan daripada penyelia Masa terbiar

708 jam 60 jam 48 jam 54 jam 90 jam

Kirakan upah kasar dan upah bersih untuk pekerja langsung dan tidak langsung. Nyatakan sebab tindakan anda terhadap: 1. caruman KWSP majikan 2. pendapatan lebih masa 3. premium syif dan bonus

Jawapan Pekerja langsung RM RM 1,728 108 180 192 2,208 Pekerja langsung 420 x 1.20 48 x 0.60 Upah kasar 120 42 1,818 Upah bersih 514.80 tidak RM RM 504 28.80 60 84 676.80

Masa kehadiran 960 x 1.80 Premuim lebih masa 120 x 0.9 Premuim syif Bonus Upah kasar Potongan cukai 300 KWSP 90 Upah bersih

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 34

FAKTA KUNCI

1. Kandungan penyata gaji menunjukkan gaji pokok, lain-lain elaun yang diterima dan pemotongan seperti KWSP, SOCSO, Cukai pendapatan dan lain-lain. 2. Lapuran lebih masa menunjukkan kerja lebih masa, bayaran lebih masa dan sebab-sebab kerja lebih masa. 3. Upah rehat/cuti dianggap sebagai overhed pengeluaran.

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 35

BURUH DAN ANALISIS UPAH

AKTIVITI 6C

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT. Soalan 6C- 1 Apakah butiran yang terkandung dalam penyata gaji ? Soalan 6C-2 Apakah yang dimaksudkan dengan kerja lebih masa dan bagaimana pengiraan premium lebih masa(bayaran) ? Soalan 6C-3 Bagaimanakah catatan perakaunan bagi merekodkan kerja lebih masa yang dibuat untuk menyelesaiakan sesuatu kerja ?

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 36

BURUH DAN ANALISIS UPAH MAKLUMBALAS 6C

Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.

Jawapan 6C-1 Penyata gaji harus mengandungi butiran-butiran berikut:Nama pekerja Gaji pokok Nombor pekerja elaun Nombor gaji pontongan KWSP,SOCSO, CUKAI Nombor cukai pendapatan dan lain-lain pemotongan Nombor KWSP,SOCSO Gaji bersih. Jawapan 6C-2 Kerja lebih masa ialah masa bekerja yang lebih daripada masa kerja normal. Premium lebih masa dikira berdasarkan peratusan daripada masa tambahan kerja oleh seseorang pekerja. Contohnya 60% daripada masa tambahan. Jawapan 6C-3 Apabila kerja lebih masa berpunca daripada kerja, bayaran lebih masa itu akan dicampurkan dengan gaji masa normal dan dikreditkan ke Akaun Kawalan Upah. Dt. Akaun Kawalan Kerja dalam proses Kt. Akaun Kawalan upah xxx xxx

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 37

BURUH DAN ANALISIS UPAH
PENILAIAN KENDIRI

S ila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba dan selamat berjaya!!!

Soalan 6-1 a) Kilang Mewah menetapkan masa dibenarkan untuk seorang pekerja menyiapkan kerja-kerja membuat kotak kunci ialah 8 jam. Kamal telah berjaya mengambil masa 5 jam sahaja untuk menyiapkan kerja tersebut. Kadar upah yang dibayar ialah 65 sen sejam manakala kos bahan mentah yang terlibat dalam menghasilkan seunit kotak ialah RM4. Overhed kilang ialah 150% daripada jumlah upah langsung. Kirakan kos pengeluaran seunit bagi kotak tersebut di bawah skim berikut:i. Rowan ii. Halsey b) Upah harian yang diterima oleh seorang operator mesin bagi 8 jam bekerja sehari ialah RM15. Standard output dikeluarkan ditetapkan kepada 50 komponen sejam. Sekiranya output yang dikeluarkan oleh seorang operator ialah 500 komponen, kirakan kos upah yang sepatutnya diterima oleh operator tersebut serta kos buruh bagi setiap 100 komponen di bawah keadaan berikut:i. ii. skim Halsey skim bonus sebanyak 30 sen dibayar bagi setiap tambahan 100 komponen.

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 38

Soalan 6-2 a) Kilang Modern Sdn Bhd telah mengamalkan skim bonus kumpulan kepada 20 orang pekerjanya di bahagian pemasangan. Gaji asas setiap pekerja ialah RM750. Daripada pengalaman lepas, bagi setiap kenaikan 30% dalam pengeluaran, bonus yang diberikan bagi kumpulan tersebut ialah RM2,000. Pengeluaran standard ialah 2000 unit sebulan. Skim yang telah diperkenalkan ini telah menjadikan pekerja lebih bermotivasi. Jumlah unit pengeluaran pada pada bulan ini ialah 3500 unit. Anda dikehendaki mengira perolehan setiap pekerja dalam bulan tersebut. b) Jabatan Kawalan kualiti mempunyai tiga orang pekerja yang mempunyai kemahiran kerja yang berbeza. Pekerja Ali Ah chong Mutu Bil. Produk siap Diperiksa (unit) 150 90 60 Masa dibenarkan (jam) 70 60 80 Masa diambil (jam) 50 40 45

Kadar upah bagi setiap pekerja ialah RM3.50/sejam. Kadar upah lama bagi sejam kerja ialah: Ali RM5 Ah Chong RM6 Mutu RM7 ANDA DIKEHENDAKI: i. Kirakan jumlah pendapatan serta kadar upah efektif bagi setiap pekerja di bawah skim Halsey. ii. Skim manakah yang lebih baik di antara skim baru dan lama.

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 39

Soalan 6-3 a) Bagi meanyiapkan seunit barangan ABC, Baba mengambil masa 9 jam. Kadar upah adalah RM15 sejam. Selepas memperkenalkan skim insentif, Baba berjaya mengeluarkan barangan dalam tempoh 7 jam sahaja. Jika kos bahan langsung adalah RM30 dan kos overhed diserapkan pada kadar 175% atas jumlah kos prima bagi setiap unit barangan ABC, kirakan: Perolehan yang diterima oleh Baba di bawah skim Halsey & Rowan Kos seunit barangan ABC di bawah kedua-dua skim di atas. Berikut adalah rekod pusingganti pekerja dan maklumat mengenai 3 orang pekerja di Syarikat F&F. Jab. A Jab.B Jab.C Bil. Pekrja pada awal 144 68 212 tempoh perakaunan Tambahan pekerja dalam tempoh perakauan 28 18 46 Bil. Pekerja berhenti dalam tempoh perakaunan 22 14 36 b)

i. ii.

Nama pekerja Unit disiapkan Masa dibenarkan bagi seunit disiapkan(minit) Masa yang diambil(jam) Kadar perjam(RM) Kadar per unit(RM)

Hawa 270 10 40 1.25 0.20 200 15 38 1.05 0.25

Esah 200 12 36 1.20 0.24

Noi

Anda dikehendaki mengirakan upah yang akan diperolehi oleh 3 pekerja di atas di bawah kaedah:i. Berdasarkan jam kerja ii. Berdasarkan output yang dikeluarkan

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 40

Soalan 6-4 a) Samad merupakan seorang pekerja pengeluaran di dalam sebuah syarikat yang mengeluarkan cip komputer. Beliau telah bersetuju untuk menerima upah sebanyak RM5 sejam untuk jangkamasa kerja selama 8 jam sehari dan 5 hari seminggu. Syarikat telah menetapkan masa piawai bagi menyiapkan 10 unit cip komputer adalah 5 jam. Dalam minggu kedua bulan Februari 2000, maklumat kerja bagi Samad telah direkodkan seperti di bawah:HARI 1 2 3 4 5 JAM KERJA(JAM) 10 7 8 7 8 UNIT SIAP 25 15 20 15 15

Kirakan upah kasar yang diterima oleh Samad untuk minggu kedua dengan menggunakan kaedah :a. hasil kerja dengan upah mingguan yang dijanjikan b. bonus dengan skim premium Halsey c. bonus dengan skim premium Halsey – Weir d. bonus dengan skim premium Rowan Soalan 6-5 Syarikat Perkilangan H&H mengeluarkan 200 unit produk X setiap minggu di mana kilang beroperasi selama 42 jam seminggu. Semua overhed pengeluaran sebanyak RM3,200 adalah kos tetap. Permintaan daripada pelanggan telah bertambah tetapi pihak pengurusan tetap tidak mahu menambahkan waktu bekerja lebih daripada 42 jam seminggu. Walaubagaimanapun pihak pengurusan bercadang untuk meningkatkan pengeluaran dengan memberikan satu skim insentif kepada 4 orang operator yang sebelum ini mereka dibayar dengan kadr-kadar berikut:Nama operator Ahmad Badli Hisham Chong kadar per jam(RM) 2.60 2.60 3.20 3.50

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 41

Pihak pengurusan bercadang untuk menurunkan kadar upah yang dibayar dan memberikan bonus sebanyak RM1.00 bagi setiap unit yang dikeluarkan. Tempoh percubaan selama 4 minggu telah ditetapkan. Kadar upah yang baru ialah seperti berikut:Nama operator Ahmad Badli Hisham Chong kadar per jam(RM) 1.80 1.80 2.50 2.50

Dalam tempoh seminggu pertama pengeluaran berjumlah 236 unit. Pihak pengurusan percaya bahawa pembayaran bonus adalah terlalu tinggi dan membebankan kerana kenaikan dalam pengeluaran sebanyak 10% dalam pengeluaran meningkatkan kos buruh sebanyak 22%. Anda dikehendaki:a) Mengira bagaimana kenaikan dalam kos buruh sebanyak 22% itu diperolehi. b) Menasihatkan pihak pengurusan sama ada skim insentif tesebut sebenarnya meningkatkan kos atau tidak. Tunjukkan pengiraan untuk menyokong pendapat anda.

Soalan 6-6 Syarikat Haqkeem merupakan sebuah kilang pengeluaran komponen bas. Jabatan ini mempunyai 30 orang pekerja operasi. Bayaran upah adalah RM3 sejam untuk jam kerja asas 40 jam seminggu; dengan upah terjamin RM120 seminggu bagi setiap pekerja. Apabila perlu, kerja lebih masa akan dibuat sehingga masa maksimum 15 jam seminggu bagi setiap pekerja dan dibayar dengan bayaran dua dan satu perdua (2 ½) dari kadar biasa. Kajian semasa yang dibuat menunjukkan masa piawai untuk menyiapkan 6 unit keluaran adalah sejam bagi seorang pekerja. Penyelidikan yang dibuat menunjukkan bahawa seorang pekerja masih boleh meningkatkan keluarannya kepada 8 unit sejam. Sehubungan dengan ini skim baru butiran kerja diperkenalkan dengan bayaran RM0.55 bagi setiap unit keluaran.

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 42

Belanjawan pengeluaran tahun depan adalah berbeza-beza dari minimum 7000 unit dan maksimum 9900 unit seminggu. Harga jualan dijangka RM10 seunit. Kos bahan mentah ialah RM8 seunit dan jumlah kos overhed tetap adalah RM9000 seminggu. Anda diminta untuk memberi nasihat bagi cadangan skim insentif untuk pekerja operasi di Jabatan Pengeluaran.

Anda dikehendaki: a. b. c. Mengira kos buruh yang akan dialami pada keluaran minimum 7000 unit dan maksimum 9900 unit di bawah kedua-dua skim baru dan skim lama. Menentukan untung yang diperolehi di bawah kedua-dua skim Memberi nasihat bagi cadangan skim insentif untuk pekerja operasi di Jabatan Pengeluaran.

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 43

BURUH DAN ANALISIS UPAH MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.

Jawapan 6-1 a) Rowan masa yang dijimatkan = = = = = = = = = Halsey RM 4.00 4.225 6.3375 RM14.5625 masa dibenarkan – masa diambil 8-5 3 jam RM3.25 1.129 RM4.269 RM3.25 0.975 RM4.225 Rowan RM4.00 4.269 6.4035 RM14.6725

upah untuk 5 jam x 0.65 bonus = 3/8 (5)(0.65) jumlah upah langsung Halsey Upah untuk 5 jam x 0.65 Bonus = 0.5(3)(0.65) Jumlah upah langsung Kos pengeluaran seunit: Bahan mentah Upah Overhed

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 44

b) i)

standard output sehari

= 50 komponen x 8 jam = 400 komponen

upah untuk 400 komponen = RM15.00 bonus untuk output tambahan (500-400)/100 x 30 sen = 0.30 upah sehari = RM15.30

kos buruh bagi setiap 100 komponen = RM15.30/8 = RM 1.912 ii) upah untuk 400 komponen = RM15.00 bonus 50% dari 100 komponen 0.5 x 100 x (RM15/400) = 1.875 kos buruh sehari = RM16.875

Jawapan 6-2 a) X% kenaikan X Bonus setiap pekerja perolehan setiap pekerja = (1500/2000) 100 = 75% = 7500/20 = 375 = RM750 + 375 = RM1,125

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 45

c) Ali

i. Kirakan jumlah pendapatan

Bonus = 0.50 (70 – 50) RM3.50 = RM35 Jumlah perolehan = (50 x RM3.50) + 35= RM210 Kadar upah efektif = 210/50 jam = RM4.20 sejam

Ah Chong Bonus = 0.50 (60 – 40) RM3.50 = RM17.50 Jumlah perolehan = (40 x RM3.50) +17.50 = RM157.50 Kadar upah efektif = 157.50/40 jam = RM3.9375 sejam

Muthu Bonus = 0.50 (80 – 45) RM3.50 = RM61.25 Jumlah perolehan = (45 x RM3.50) + 61.25= RM218.75 Kadar upah efektif = 218.75/ 45jam = RM4.86 sejam

Ali Ah Chong Muthu

Perbandingan: Skim bonus 210.00 157.50 218.75

Skim lama 50 x5 = 250.00 40 x 6 = 240.00 45 x 7 = 315.00

Di bawah skim bonus , kos buruh langsung adalah lebih rendah.

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 46

Jawapan 6-3 Bahagian A a) Perolehan di bawah skim Halsey = RM120.00 Perolehan di bawah skim Rowan = RM128.33 b) kos seunit Halsey = 30+120+262.50 =RM412.50 Rowan = 30+120+128.33 =RM435.41 Bahagian B Upah 3 orang pekerja Berdasarkan Hawa a. jam kerja 50.00 b. o/p dikeluarkan 54.00

Esah 39.90 50.00

Noi 43.20 48.00

Jumlah 133.10 152.00

Jawapan 6-4 Bahagian A Masa untuk siap 90 unit TA TT TS a. E = NU.RU dimana RU = 90/10 x 5 = 45 jam = 8 x 5 = 40 =5jam

= 90 x 2.50 = 225 = upah sejam/unit piawai sejam = 5/ (10/5) = 2.50

b. Halsey

upah asas bonus jumlah

= (8x5) x 5 = 200 = 0.50 x 5 x 5 = 12.50 = RM212.50 = 200 = 0.30 x 5 x 5 = 7.50 = RM207.50 = 200 = 5/45 x 40 x 5 = 22.22

c. Halsey – Weir

upah asas bonus jumlah upah asas bonus

d. Rowan

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 47 =RM222.22

jumlah Jawapan 6-5 a) upah sebelum percubaan:

Nama operator Ahmad Badli Hisham Chong

Kadar per jam(RM) 2.60 2.60 3.20 3.50 11.50 perjam x 42 jam

=RM499.80

upah dan bonus semasa tempoh percubaan: Nama operator Ahmad Badli Hisham Chong bonus JUMLAH Kadar per jam(RM) 1.80 1.80 2.50 2.60 8.90 sejam x 42 1.00 seunit x 236

=RM373.80 =RM236.00 =RM609.80

Tambahan dalam kos buruh = RM609.80 – 499.80 = RM110.00 Tambahan dalam % = [110/499.80] x 100% = 22%

Bandingkan kos pengeluaran seunit antara skim lama dan baru: Skim lama Skim baru Upah dan bonus 499.80 609.80 Overhed pengeluaran 3200.00 3200.00 Jumlah kos pengeluaran 3699.80 3809.80 Jumlah keluaran (unit) 200 236 Kos penegluaran/unit RM18.50 RM16.14 Kesimpulan: walaupun kos buruh bertambah tetapi sebenarnya skim baru itu mengurangkan kos pengeluaran seunit.

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 48

Jawapan 6-6 Skim lama upah pokok Premium o/time Kos buruh kos bahan overhed jualan untung Skim baru kos buruh bahan overhed jualan untung 7000 unit RM120 x 30 orang RM3600 RM3600 7000 unit 56000 9000 68600 70000 1400 9900 unit [9900/6]55jam x 30 orang RM4950 15jam x 4.5 x 30 orang RM2025 RM6975 9900 unit 79200 9000 95175 99000 3825

3850 56000 9000 68850 70000 1150

5445 79200 9000 93645 99000 5355

c. skim baru adalah baik diamalkan jika target pengeluaran adalah 9900 unit ke atas.

P 3202 -

PERAKAUNAN KOS

P 3202 / UNIT 6/ 49

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->