You are on page 1of 21

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 7 / 1

OVERHED

OBJEKTIF:

OBJEKTIF AM :

Memahami definisi dan pengkelasan overhed


serta perbezan overhed diuntukkan dan
overhed diagihkan serta pengiraannya.

OBJEKTIF KHUSUS :

Diakhir unit ini anda sepatutnya dapat:

1. Mendefinisikan dan mengkelaskan


overhed..
2. Membezakan overhed yang diuntukkan
dan overhed yang diagihkan.
3. Menyatakan asas-asas yang digunakan di
dalam pengagihan overhed.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 7 / 2

OVERHED

INPUT

7.0 PENGENALAN

Sebelum ini di dalam unit 1 dan 2 anda telah belajar dan fahami secara am berkaitan overhed
jadi untuk memastikan anda semua lebih jelas berkaitan overhed mari kita meneliti dan cuba
fahami input-input di dalam unit 7 ini.

Di dalam syarikat perkilangan buruh langsung, bahan langsung dan belanja langsung boleh
dikenal pasti di dalam kos keluaran yang dikeluarkan manakala overhed pula tidak dapat
dikenalpasti di dalam kos keluaran yang dikeluarkan walaupun ia juga terlibat dalam proses
pengeluaran keluaran.

7.1 DEFINISI DAN PENGKELASAN OVERHED

1. Definisi Overhed
 Overhed merupakan jumlah kos bahan tidak langsung, buruh tidak langsung
langsung dan belanja tidak langsung. Disebabkan sifatnya tidak langsung ia sukar
dikesan dan tidak menjadi sifat semulajadi kepada keluaran yang dikeluarankan.

2. Pengkelasan Overhed.
i. Overhed Pengeluaran.
- merupakan kos yang terlibat secara tidak langsung dengan pengeluaran.
- Contohnya, bahan tidak langsung, upah tidak langsung, insuran loji, sewa kilang
dan lain-lain.

ii. Overhed pentadbiran.


- Merupakan kos tidak langsung yang wujud daripada pentadbiran organisasi
seperti penubuhan, pengawalan dan pengurusan organisasi.
- Contohnya, gaji pekerja pentadbiran, yuran audit, belanja alat tulis dan lain-lain.

iii. Overhed jualan dan pengagihan barangan keluaran.


- Merupakan kos yang terlibat dalam memperolehi pesanan barangan sehinggalah
pengagihan barangan.
- Contohnya, kos pengiklanan, gaji dan komisen jurujual, pengangkitan,
pembungkusan dan lain-lain.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 7 / 3

OVERHED

AKTIVITI 7A

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.


SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

7.1 Belanja-belanja di bawah boleh dikelaskan kepada overhed pengeluaran, overhed jualan
dan overhed pentadbiran.

Belanja-belanja Overhed-overhed
1. Kos minyak pelincir yang digunakan untuk
mesin pengeluaran.
Overhed
2. lessen kenderaan untuk lori. Pengeluaran

3. Susutnilai kilang dan peralatan.

4. Komisyen yang dibayar kepada jurujual.

5. Gaji pengawal keselamatan dalam gudang


Overhed
bahan mentah Pentadbiran
6. Yuran kepada agensi pengiklanan.
7. Gaji penyelia kilang.
8. Kos dakwat pencetak computer di pejabat
9. Gaji akauntan syarikat,

10. Sewa kilang.


Overhed Jualan
& pengagihan

Anda dikehendaki memadankan belanja-belanja di atas kepada overhed-overhed tertentu.

OVERHED
MAKLUMBALAS 7A
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 7 / 4

Perhatian!

Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya


jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 7A
7.1
Belanja-belanja Overhed-overhed
1. Kos minyak pelincir yang digunakan untuk
mesin pengeluaran.
Overhed
2. lessen kenderaan untuk lori. Pengeluaran

3. Susutnilai kilang dan peralatan.

4. Komisyen yang dibayar kepada jurujual.

5. Gaji pengawal keselamatan dalam gudang


Overhed
bahan mentah Pentadbiran
6. Yuran kepada agensi pengiklanan.
7. Gaji penyelia kilang.
8. Kos dakwat pencetak computer di pejabat
9. Gaji akauntan syarikat,

10. Sewa kilang.


Overhed Jualan
& pengagihan
OVERHED

INPUT
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 7 / 5

7.2 PERBEZAAN OVERHED YANG DIUNTUKKAN DENGAN YANG DIAGIHKAN.

Overhed diuntukkan dan diagihkan merupakan terma yang digunakan dalam perakaunan kos dan
ia merupakan suatu terma yang membawa maksud yang berbeza, ini dapat kita rujuk dalam
jadual 7.1.

Overhed diuntukkan Overhed diagihkan

 Definisi: Perumpukan butiran kos yang  Definisi; pembahagian kos –


menyeluruh kepada pusat kos atau unit perumpukan sebahagian daripada
kos (CIMA). butiran kos umum kepada 2 atau lebih
pusat kos/ jabatan berdasarkan suatu
 Sesetengah kos overhed boleh anggaran faedah yang diterima.
diperuntukkan secara langsung dengan (CIMA).
jabatan tertentu/pusat kos. Item-item
overhed ini tidak boleh dikaitkan secara  Kos yang tidak boleh diperuntukkan
langsung dengan keluaran tertentu tetapi terus kepada sesuatu jabatan/pusat kos
boleh diperuntukkan secara langsung harus dibahagikan secara adil diantara
dengan jabatan tertentu. pusat-pusat kos/jabatan-jabatan yang
terlibat.
 Contohnya Supervisor, buruh tak
langsung, overtime, bahan tak langsung  Contohnya, elektrik kilang, sewa
dan lain-lain. kilang, susutnilai kilang dan pelbagai
lagi.
 Apabila overhed telah dikumpulkan kos
boleh diperuntukkan kepada jabatan
tertentu/pusat kos berdasarkan syarat-
syarat yang berikut:
a. jika ianya hanya disebabkan oleh jabatan
/pusat kos tertentu.
b. Jika jumlah overhed yang tepat dapat
diketahui.

Jadual 7.1 Perbezaan overhed diuntukkan dan overhed diagihkan.

Untuk lebih memahami perbezaan overhed diuntukkan dan diagihkan mari kita lihat rajah 7.1

Pusat kos pengeluaran Pusat kos perkhidmatan

Kilang Kertas
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 7 / 6

Jab. Jab. Jab.


Jab. Jab.
X Y
A B C

Tenaga elektrik dibekalkan keseluruh kilang.

Belanja gaji Ali perlu Elektrik kilang perlu diagihkan ke


diuntukkan ke Pusat kos kedua-dua pusat kos mengikut asas-
pengeluaran di jabatan A asas pengagihan tertentu, ini kerana
kesemua pusat kos menggunakan
tenaga elektrik

Rajah 7.1 : Perbezaan overhed diuntukkan dan diagihkan

OVERHED

AKTIVITI 7B
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 7 / 7

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.


SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

7.2 Terangkan apa yang anda faham berkaitan overhed diuntukkan dan overhed diagihkan
Bersama-sama dengan contohnya sekali.

OVERHED
MAKLUMBALAS 7B
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 7 / 8

Perhatian!

Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya


jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 7B

7.2
1. Overhed diuntukkan
 Definisi: Perumpukan butiran kos yang menyeluruh kepada pusat kos atau unit kos
(CIMA).
 Sesetengah kos overhed boleh diperuntukkan secara langsung dengan jabatan
tertentu/pusat kos. Item-item overhed ini tidak boleh dikaitkan secara langsung
dengan keluaran tertentu tetapi boleh diperuntukkan secara langsung dengan jabatan
tertentu.
 Contohnya: Supervisor, buruh tak langsung, overtime, bahan tak langsung dan lain-
lain.
 Apabila overhed telah dikumpulkan kos boleh diperuntukkan kepada jabatan
tertentu/pusat kos berdasarkan syarat-syarat yang berikut:
c. jika ianya hanya disebabkan oleh jabatan /pusat kos tertentu.
d. Jika jumlah overhed yang tepat dapat diketahui.

2. Overhed diagihkan
 Kos yang tidak boleh diperuntukkan terus kepada sesuatu jabatan/pusat kos harus
dibahagikan secara adil diantara pusat-pusat kos/jabatan-jabatan yang terlibat.
 Definisi; pembahagian kos – perumpukan sebahagian daripada butiran kos umum
kepada 2 atau lebih pusat kos/ jabatan berdasarkan suatu anggaran faedah yang
diterima. (CIMA).
 Contohnya, elektrik kilang, sewa kilang, susutnilai kilang dan pelbagai lagi.

OVERHED

INPUT

7.3 Asas yang digunakan di dalam pengagihan overhed.


P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 7 / 9

Pemilihan asas yang sesuai adalah tidak ditetapkan oleh mana-mana badan
perakaunan tetapi ia berdasarkan pertimbangan dan budi bicara pihak-pihak yang terlibat.

Asas-asas yang umumnya digunakan adalah seperti berikut:

ASAS KOS OVERHED YANG BERKENAAN DENGAN ASAS


a) Kawasan yang Sewa, api dan air, susutnilai bangunan, pembaikian
digunakan oleh bangunan, insuran kebakaran dan lain-lain.
setiap pusat kos
b) Nilai modal Susutnilai jentera, kelengkapan, bangunan,
kenderaan, insuran bangunan, insuran jentera dan
lain-lain.
c) Jam buruh langsung/ Kuasa, upah kerja pengurusan, pembaikian dan lain-
jam mesin. lain.
d) Bilangan pekerja Penyelia, perbelanjaan kantin, kebajikan, upah,
perbelanjaan pejabat, kos pentadbiran dan lain- lain.
e) Nilai stok Insuran kebakaran.

Tahukah anda!
Apakah ia pusat kos?
- Kos boleh berkait dengan sesuatu
bahagian atau sebahagian daripada
perniagaan. Oleh itu perniagaan perlu
dibahagikan mengikut bahagian yang
dikenali sebagai pusat kos

Contoh 2:

ABCD s/d dibahagikan kepada 4 jabatan A , B, C dan D yang mana A dan B merupakan
jabatan pengeluaran dan C dan D merupakan jabatan perkhidmatan.

RM
Pembaikan loji 1 000
Susutnilai loji 2 000
Sewa 3 500
Penyeliaan 1 500
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 7 / 10

Insuran loji 1 000


Elektrik 1 500
Kantin 1 500
Nota;
Jab A Jab B Jab C Jab D
Kawasan (Meter) 2 500 1 000 500 1 000
Bilangan pekerja 50 50 30 20
Nilai loji(RM) 40 000 20 000 20 000 20 000

Bagaimanakah kos overhed harus dibahagikan.

Jawapan

Pengagihan Overhed Jabatan perkhidmatan.


Jab. Jab.
Pengeluaran Perkhidmatan.

Overhed Amaun Asas A B C D


RM RM RM RM RM
Pembaikan loji 1 000 Nilai Loji 400 200 200 200
Susutnilai loji 2 000 Nilai Loji 800 400 400 400
Sewa 3 500 Keluasan 1 750 700 350 700
Penyeliaan 1 500 Bil. Pekerja 500 500 300 200
Insuran loji 1 000 Nilai Loji 400 200 200 200
Elektrik 1 500 Keluasan 750 300 150 300
Kantin 1 500 Bil. Pekerja 500 500 300 200.

12 000 5 100 2 800 1 900 2 200

OVERHED

AKTIVITI
7C
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 7 / 11

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.


SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

7.3 Kos overhed tahunan bagi sebuah syarikat pengilangan yang mempunyai 3 jabatan
pengeluaran dan 2 jabatan perkhidmatan adalah seperti berikut:
(Dipetik dari management and cost accounting; Colin Drury)

RM RM
Buruh tak langsung dan pengawasan:
Jabatan pengeluaran A 100 000
B 99 500
C 92 500
Jabatan perkhidmatan X 10 000
Y 60 000
________ 362 000
Bahan tak langsung:
Jabatan pengeluaran A 100 000
B 100 000
C 40 000
Jabatan perkhidmatan X 4 000
Y 9 000
________ 253 000

Api dan air 50 000


Sewa 100 000
Insuran mesin 15 000
Susutnilai mesin 150 000
Insuran bangunan 25 000
Gaji pihak pengurusan 80 000
________ 420 000
_______
1035 000
======

Maklumat di bawah juga disediakan:

Nilai Keluasan Bilangan Jam


buku kawasan pekerja buruh Jam
mesin langsung mesin

Jabatan A 800 000 10 000 30 200 000 100 000

Jabatan B 500 000 5 000 20 150 000 50 000

Jabatan C 100 000 15 000 30 200 000


P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 7 / 12

Jabatan X 50 000 15 000 10

Jabatan Y 50 000 5 000 10

Jumlah 1500 000 50 000 100

Jabatan Y yang merupakan jabatan pembaikian mencatatkan masa yang digunakan untuk
membaiki lain-lain jabatan iaitu seperti yang ditunjukkan dibawah ini:

Jabatan A 12 000 jam


B 8 000 jam
C 5 000 jam
_________
25 000 jam
========
Butiran berkaitan penerbitan bahan ( bahan tak langsung dan langsung) adalah seperti berikut:

Jabatan A 400 000


B 300 000
C 100 000
_________
800 000
=========
Anda dikehendaki menyediakan penyata analisis overhed.

OVERHED
MAKLUMBALAS 7C

Perhatian!
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 7 / 13

Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya


jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 7C
7.3 Penyata analisis overhed

Jabatan pengeluran Jabatan


perkhidmatan
Item Asas
perbelanjaan pengagihan Jumlah A B C X Y
Buruh tak Sebenar 362 000 100 000 99 500 92 500 10 000 60 000
langsung
Bahan Tak Sebenar 253 000 100 000 100 000 40 000 4 000 9 000
Langsung
Api dan Air Kawasan 50 000 10 000 5 000 15 000 15 000 5 000
Sewa Kawasan 100 000 20 000 10 000 30 000 30 000 10 000
Insuran Nilai Buku 15 000 8 000 5 000 1 000 500 500
mesin Mesin
Susutnilai Nilai Buku 150 000 80 000 50 000 10 000 5 000 5 000
mesin Mesin
Insuran Kawasan 25 000 5 000 2 500 7 500 7 500 2 500
Bangunan
Gaji pihak Bilangan 80 000 24 000 16 000 24 000 8 000 8 000
pengurusan Pekerja
(1) 1035 000 347 000 288 000 220 000 80 000 100 000

Jumlah A B C X Y
Pengagihan
daripada
jabatan
perkhidmatan;
Nilai bahan
Jabatan X diterbitkan
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 7 / 14

(a) - 40 000 30 000 10 000 (80 000)

Anggaran
Jabatan Y teknikal (b) - 48 000 32 000 20 000 (100 000)
1035 000 435 000 350 000 250 000 - -
Jam mesin & jam buruh langsung 100 000 50 000 200 000

Nota:

(a) Nilai bahan diterbitkan: A = 400 000 X 80 000 = 40 000


800 000

B = 300 000 X 80 000 = 30 000


800 000

C = 100 000 X 80 000 = 10 000


800 000

(b) Anggaran teknikal: A = 12 000 X 100 000 = 48 000


25 000

B = 8 000 X 100 000 = 32 000


25 000

C = 5 000 X 100 000 = 20 000


25 000

Syabas !

Fak
ta
kun
ci
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 7 / 15

Overhed terdiri daripada:


1. Overhed Pengeluaran Ia tidak
boleh
2. Overhed jualan dan pengagihan menjadi sifat
3. Overhed pentadbiran. semulajadi
keluaran

Overhed diuntukkan – jika ia disebabkan oleh pusat kos tertentu.

Overhed diagihkan – Ia tidak boleh diperuntukkan terus kepada


pusat kos tertentu dan perlu diagihkan
mengikut asas-asas tertentu.

ASAS KOS OVERHED YANG BERKENAAN DENGAN ASAS


a) Kawasan yang Sewa, api dan air, susutnilai bangunan, pembaikian
digunakan oleh bangunan, insuran kebakaran dan lain-lain.
setiap pusat kos
b) Nilai modal Susutnilai jentera, kelengkapan, bangunan,
kenderaan, insuran bangunan, insuran jentera dan
lain-lain.
c) Jam buruh langsung/ Kuasa, upah kerja pengurusan, pembaikian dan lain-
jam mesin. lain.
d) Bilangan pekerja Penyelia, perbelanjaan kantin, kebajikan, upah,
perbelanjaan pejabat, kos pentadbiran dan lain- lain.
e) Nilai stok Insuran kebakaran.

OVERHED

PENILAIAN
KENDIRI
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 7 / 16

S ila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan
anda pada maklumbalas yang disediakan.
timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Jika ada masalah yang

Selamat mencuba dan selamat berjaya!!!

Soalan 7-1

Sepertimana yang telah anda belajar dalam unit 7 ini berkaitan overhed dan untuk mempastikan
anda faham berkaitan belanja-belanja yang boleh kita kelaskan sebagai overhed, cuba anda
senaraikan setiap satu overhed dengan 5 belanja-belanjanya.

Overhed pengeluran Overhed pentadbiran Overhed jualan & Pengagihan

1._________________________ ____________________ ____________________

2._________________________ ____________________ _____________________

3._________________________ ____________________ _____________________

4._________________________ ____________________ _____________________

5._________________________ ____________________ _____________________

Soalan 7-2

Tanda betul atau salah bagi fakta di bawah.


Betul Salah

1. Ali telah membayar sewa kilang kepada pemberi sewa


dan beliau telah mengagihkan kepada beberapa pusat
kos yang terlibat secara langsung dengan kilang tersebut.

2. gaji penyelia kilang diagihkan kepada beberapa pusat kos


pengeluaran dan perkhidmatan sedangkan ia bekerja untuk
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 7 / 17

pusat kos pengeluaran sahaja.

3. Insuran kebakaran kilang telah diuntukkan kepusat


pengeluaran sahaja.

4. Tenaga elektrik diagihkan kepada pusat kos tertentu


berdasarkan keluasan kawasan yang dimiliki.

5. Belanja kantin diagihkan berasaskan bilangan mesin.

Soalan 7-3

Sediakan analisis overhed dengan menggunakan maklumat yang disediakan.

Pusat kos pengeluran Pusat kos perkhidmatan


A B C X Y Jumlah

Bil. Pekerja 30 75 25 6 14 150


Jam buruh 1510 3320 950 252 595 6627
Nilai mesin RM225 000 75000 45000 17000 85000 447000
Kawasan(M2) 7500 10000 3500 500 1000 22500
Bahan diterbitkan 1400 300 250 - 550 2500
Jam Maintenance 750 300 450 - - 1500
Jam buruh
Kuasa(KWH’000) 8400 1100 300 - - 9800
300 70 50 10 170 600

Di dalam tempoh tersebut maklumat-maklumat di bawah direkod

A B C X Y Jumlah
Bahan tak langsung 2500 1000 1500 300 1700 7000
Buruh Tak langsung 5250 2500 2250 4250 11750 26000

Maklumat di bawah adalah merupakan maklumat dari akaun-akaun dalam tempoh tersebut:

Insuran kebakaran 2100


Kuasa 4500
Api dan air 2000
Kadar 1800
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 7 / 18

Susutnilai mesin 8400


Insuran mesin 850
Kanten 4250
Baki daripada kos maintenance 17 500.

OVERHED

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 7 / 19

Jawapan 7-1

Overhed Pengeluaran

1. Kos minyak pelincir mesin.


2. Susutnilai kilang.
3. Susutnilai mesin
4. Sewa mesin
5. Gaji penyelia kilang

Overhed Pentadbiran

1. Gaji Setiausaha pengarah kewangan


2. Kos dakwat komputer.
3. Insuran premis pejabat syarikat.
4. Gaji akauntan.
5. Api dan air pejabat.

Overhed Jualan dan pengagihan.

1. Cukai jalan kenderaan


2. Komisyen jurujual
3. Petrol pengangkutan.
4. Yuran kepada agensi pengiklanan
5. Insuran kenderaan.

Jawapan 7-2

Tanda betul atau salah bagi fakta di bawah.


Betul Salah
1. Ali telah membayar sewa kilang kepada pemberi sewa
dan beliau telah mengagihkan kepada beberapa pusat /
kos yang terlibat secara langsung dengan kilang tersebut.

2. Gaji penyelia kilang diagihkan kepada beberapa pusat kos


pengeluaran dan perkhidmatan sedangkan ia bekerja untuk /
pusat kos pengeluaran sahaja.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 7 / 20

3. Insuran kebakaran kilang telah diuntukkan kepusat


pengeluaran sahaja. /
4. Tenaga elektrik diagihkan kepada pusat kos tertentu
berdasarkan keluasan kawasan yang dimiliki. /
5. Belanja kantin diagihkan berasaskan bilangan mesin.
/

Jawapan 7-3

Penyata analisis overhed

Pusat pengeluaran Pusat


perkhidmatan
Item overhed Asas
pengagihan Jumlah A B C X Y
Item yang
diuntukkan:
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 7 / 21

Bahan tak langsung - 7000 2500 1000 1500 300 1700


Buruh tak langsung - 26000 5250 2500 2250 4250 11750

Item diagihkan:
Insuran kebakaran Nilai mesin 2100 1057 352 211 80 400
Kuasa KWH 4500 2250 525 375 75 1275
Api dan air Kawasan 2000 667 889 311 44 89
Kadar Kawasan 1800 600 800 280 40 80
Susutnilai mesin Nilai mesin 8400 4228 1409 846 320 1597
Kantin Bil. Pekerja 4250 850 2125 708 170 397
Maintenance Nilai mesin 17500 8809 2936 1762 665 3328

Jumlah 104050 44711 20036 12743 5944 20616

Pengagihan dari
pusat
perkhidmatan:
Stor Bahan 3329 713 594 -5944 1308
diterbitkan
Maintenance Jam Mesin 10962 4385 6577 - -21924

Jumlah overhed
jabatan 104050 59002 25134 19914 - -
pengeluaran

You might also like