P. 1
KAEDAH PANDANG SEBUT

KAEDAH PANDANG SEBUT

|Views: 2,475|Likes:
Published by azirah90

More info:

Published by: azirah90 on Sep 11, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/14/2013

pdf

text

original

KAEDAH PANDANG SEBUT 1.

Kad gambar, kad huruf, kad suku kata dan kad perkataan boleh digunakan di peringkat awal pengajaran untuk memperkembangkan kemahiran membaca. 2. Murid sendiri akan memegang kad-kad tersebut dan menyusunnya supaya menjadi perkataan yang bermakna. 3. Sentuhan secara fizikal mendorong murid mengingati pelajaran dengan mudah dan berkesan. 4. Kaedah ini memnetingkan dua perkara iaitu: (a) Membunyikan perkataan rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar; dan (b) Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita. 5. Manakala kad perkataan pula boleh digunakan bagi melatih murid untuk menyebut perkataan yang dipaparkan oleh guru (secara flashcard) secara cepat dan pantas tanpa perlu mengeja terlebih dahulu. Ini bagi mempertingkatkan keupayaan murid untuk membaca.

dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan.1.1.2 Mencerakinkan perkataan Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai.al. (1994) perkataan diperkenalkan kepada muridmurid dengan menggunakan kad-kad perkataan.1.1. murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali.3 . 4. Menurut Juriah Long et. Kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. anda dikehendaki: š mencerakinkan perkataan menjadi suku kata 4. Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar. Semasa kad diimbaskan.KAEDAH PANDANG DAN SEBUT Untuk memahaminya. sila teliti nota berikut iaitu tentang kaedah pandang dan sebut.1 Menyebut Perkataan Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki melaksanakan langkah-langkah berikut: š menyebut perkataan 4. Membina dan membaca ayat Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki: š membina ayat Teruskan aktiviti membaca dengan š membaca ayat yang lengkap. Menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah pandang dan sebut . Untuk memahami kaedah ini kita perlu melaksanakan aktiviti berikut: 4.4.

š Anda kini boleh menggunakan bahan bantu tersebut untuk melaksanakan kaedah pandang dan sebut seperti yang telah anda pelajari.Pastinya kini anda telah mahir melaksanakan langkah demi langkah dalam kaedah pandang dan sebut. Kini anda dikehendaki menggunakan kreativiti anda untuk : š Membina bahan bantu belajar bagi melaksanakan langkah-langkah tersebut. Setelah itu. anda dikehendaki menilai strategi pengajaran yang digunakan. Latihan Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan elektronik yang anda bina sendiri. . anda dikehendaki melaksanakan kaedah pandang dan sebut secara simulasi.

Murid diajar dengan huruf kecil dahulu dan diikuti dengan huruf besar. Kanak-kanak didedahkan dengan bunyi-bunyi vokal dan konsonan seperti:A = aaaa E = e¶h E = eh I = iiiii O = oooo U = uuuu B = beh C = ceh D = deh F = feh G = geh H = heh J = jeh . Setelah murid menghafal nama abjad. Jika mereka telah mengenali vokal dan sebahagian konsonan yang kerap digunakan mereka telah boleh membaca 2.1 PENGABUNGAN BUNYI VOKAL DAN KONSONAN Setelah murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara bunyi huruf dan perkataan. 2. Manakala kelemahannya pula ialah sebenarnya kanak-kanak tidak perlu mengenali semua abjad untuk diajar membaca. Kemudian latihan menulis huruf kecil dan huruf besar serta latihan memadankan huruf kecil dan huruf besar Murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan sesuatu bunyi huruf vokal seperti ayam.0 PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MEMBACA 2. Seterusnya murid pula diajar permulaan perkataan dengan huruf konsonan seperti bola. buku. hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Seterusnya murid akan diajar kemahiran mengeja perkataan-perkataan mudah seperti baju. Rancangan pelajaran harian bermula dengan a hingga z.1 PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN MEMBACA AWALAN Terdapat dua paradigma utama dalam disiplin linguistik iaitu mentalis dan behaviourist. kaedah pandang dan sebut. Ini adalah sebagai usaha untuk memperkenalkan kepada murid hubungan antara bunyi huruf dan perkataan. ca ce ci co cu hingga za ze ze zi zo zu. Setiap abjad mempunyai bunyibunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. murid diajar membentuk dan membaca suku kata contohnya (ba be bi bo bu . Di antara kaedah-kaedah yang menggunakan pendekatan ini ialah kaedah abjad. ba ba. Kemudian murid diajar membentuk perkataan mudah dan murid diajar mencantumkan suku kata dengan sukukata seperti bu bu. 2. Untuk pengenalan abjad guru akan memperkenalkan kesemua 26 huruf dan murid diajar nama huruf secara teratur dalam abjad a sehinggalah z . bola.2 KAEDAH ABJAD Kaedah ini merupakan kaedah klasik dan digemari oleh ramai guru yang mengajar membaca di peringkat permulaan. adik. Dua paradigma ini telah menghasilkan pendekatan pengajaran yang berlainan samada dari segi prinsip mahupun perkaedahan. kemudian latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan dan murid perlu menghafal setiap lambang abjad. Kaedah fonik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Golongan behavioris menggunakan pendekatan pengajaran yang berasaskan prinsip pembelajaran sintesis atau membina. kaedah fonik.3 KAEDAH FONETIK Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang). api dan awan. Kebaikan kaedah ini ialah memberi peneguhan kepada pengenalan abjad. batu dan besi.2. saya. bunyi-bunyi huruf akan diajar kepada murid.PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MEMBACA 2.

2. biasanya di tadika-tadika.4 KAEDAH PANDANG DAN SEBUT Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak boleh membaca dengan menggunakan kaedah abjad . kaedah ini meminta kanakkanak menghafal pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa Malaysia. Bagi kaedah fonik juga kanak-kanak tidak akan tersangkut di peringkat sukukata tertutup kerana bagi membaca sesuatu ayat mereka harus terus membunyikan perkataan sehingga selesai satu perkataan. Banyak manalah yang mampu dihafal oleh kanak-anak apatah lagi untuk mengingat maksudnya pula. mereka tidak dapat membaca dalam bahasa Inggeris langsung. hanya mereka tidak diajar nama huruf tersebut tetapi hanya bunyi yang dikaitkan dengan simbol tersebut. Setiap perkataan ditulis di atas kad-kad manila . atau berdasarkan kaedah pandang dan sebut . Diantara kebaikan kaedah fonik ialah jika kanak-kanak telah menguasai kesemua bunyi abjad. kh. dan sy. Uniknya bahasa Malaysia adalah kerana pola-pola sukukatanya jelas dan pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa malaysia ada lebih daripada 1000 pola-pola untuk dihafal. kaedah pandang dan sebut juga tidak termasuk antara kaedahkaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca bahasa Inggeris. tiga atau empat huruf lalu menyebut terus contohnya:‡ ba bi bu be bo (untuk 2 huruf ) ‡ ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf) ‡ bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf) Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak menggunakan kad-kad imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman. mereka akan boleh membaca dalam apa jua bahasa. Mulakan dengan perkataan yang pendek dan mudah dahulu serta mulakan dengan huruf vokal. Nama huruf hanya diajar setelah mereka pandai membaca sahaja.pertengahan perkataan dan baru dimasukkan ng. abang.K = keh L = el M = em N = en P = peh Q = qeh R = rer S = sss T = the V = vev W = weh Y = yeh Z = zez Sambil mengajar bunyi abjad boleh juga diajar secara permulaan bunyi perkataan seperti huruf ³a´ adik. Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua. Mengikut kajian. Walaupun menggunakan huruf-huruf roman yang sama. jumlah 2000 ke 3000 adalah satu jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita. mereka tidak dapat menggunakan kemahiran membaca dalam bahasa malaysia untuk membaca dalam bahasa Inggeris hanya kerana kaedah mengeja atau suku kata tidak serasi langsung untuk bahasa Inggeris. Kanak-kanak memang mengenal huruf cuma bukan nama huruf tersebut.akhiran perkataan. Kaedah pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau membatangkan ejaan. Apa yang dapat dilihat di sekolah-sekolah. mereka terpaksa menghafal-hafal perkataan inggeris dari segi ejaan dan sebutannya. Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai sukukata yang jelas. Pola-pola sukukata ditulis di atas kad-kad imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak. terutamanya di sekolah-sekolah. Dalam kaedah ini kanak-kanak diajar mengenal symbol iaitu huruf. Seterusnya permulaan perkataan. api dan lain-lain. Sebaliknya. Cara pengajaran Fonik menggunakan ialah dengan mencantumkan vokal dengan konsonan untuk membentuk perkataan. ny. Sama dengan kaedah mengeja. Berpadanan dengan namanya. kanak-kanak yang diajar membaca berdasarkan kaedah abjad.

yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak-kanak dengan cepat.kanakkanak dikatakan mempunyai ingatan foto ³photographic memory ³. ia hanya perlu diimbas dan setiap perkataan yang diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila masanya tiba. Rasionalnya. . Sebab itulah.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->