You are on page 1of 22

Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN.................................................................................................................1
Konsep Perpaduan dan Integrasi Nasional.......................................................................1
2. USAHA DAN STRATEGI YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN BAGI
MEMANTAPKAN USAHA MENCAPAI PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
2.1 Rukunegara….……………………………………………………………………………… 3
2.2 Wawasan 2020. ..………………… ……………………………………………………….. 4
2.3 Dasar Ekonomi Baru…….…………………………………………………………………. 6
2.4 Dasar Pembangunan Nasional….………………………………………………………… 7
2.5 Dasar Kebudayaan Kebangsaan.…………………………………………………………. 8
2.6 Dasar Pendidikan Kebangsaan…….……………………………………………………... 9
3. USAHA-USAHA YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI PERINGKAT SEKOLAH
3.1 Kurikulum…………….…………………………………………………………………….. 12
3.2 Kokurikulum………….…………………………………………………………………….. 13
3.3 Lawatan sambil belajar …………………………………………………………………... 13
3.4 Program anak angkat …………………………………………………………………….. 14
3.5 Sukan…………………………………………………………………………………….…. 14
3.6 Perkhemahan….…………………………………………………………………………... 15
4. BENTUK-BENTUK HALANGAN YANG WUJUD DAN CARA MENGATASINYA
4.1 Halangan-halangan Yang Wujud…………………………………………………………16
4.1.1 Dasar Pecah Perintah …………….……………………………………………. 16
4.1.2 Pengasingan Sistem Pendidikan …………………...…………......…………...16
4.1.3 Politik Perkauman .……………….…...………………………………………… 17
4.1.4 Kemiskinan……………..………………………………………..........................17
4.2 Cara Mengatasinya…………………………………………………………………………18
4.2.1 Kerajaan…………...……………………………………………………………… 18
4.2.2 Sekolah……………………………………………………………………………. 18
4.2.3 Masyarakat…………………………………………………………………………19
5. LAMPIRAN……………..……………………………....………………………………………..20
6. BIBLIOGRAFI…………………..……………………………………………………………….21

Pengajian Malaysia -1- -


Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

1. PENGENALAN

Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang


bangsa dan majmuk yang terunggul di mata dunia. Disebabkan masyarakat
berbilang bangsa, masalah perpaduan dan integrasi merupakan satu masalah
besar. Perubahan yang wujud di antara kaum dari segi pemikiran, tingkahlaku
telah menimbulkan pertelingkahan atau ketegangan dalam negara. Ini dapat
dilihat melalui peristiwa 13 Mei 1969 yang mengugat keselamatan dan
keharmonian negara. Selepas tragedi ini, kerajaan sedar bahawa perpaduan
tidak dapat dicapai secara semulajadi dan telah mengatur pelbagai langkah
untuk mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat.

Perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep yang berkait rapat dan
digunakan bersilih-ganti. Namun demikian, perpaduan dan integrasi merujuk
kepada dua proses yang berbeza. Perpaduan negara ialah satu keadaan dimana
rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman
sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh
kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan
dan Rukun Negara. Manakala integrasi nasional merupakan satu proses dinamik
yang merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam masyarakat bagi membentuk
satu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Pada masa kini ramai yang prihatin terhadap perpaduan dan integrasi
nasional. Dalam buku ‘Malaysia Kita’ integrasi nasional bermaksud proses
penyatupadukan berbagai-bagai kumpulan yang mempunyai perbezaan
kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identiti
nasional. Disamping itu, terdapat juga pendapat lain yang mengatakan integrasi

Pengajian Malaysia -1- -


Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

nasional sebagai satu bentuk integrasi sosial bersama dengan mengetepikan


perbezaan-perbezaan besar tetapi dalam masa yang sama tidak menhilangkan
identiti asas masing-masing. Sarjana tempatan Haji Ishak bin Saat dalam
bukunya Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia menjelaskan integrasi lebih
merupakan penerapan ciri-ciri luar atau ciri-ciri budaya kaum lain ke dalam
sesuatu budaya hingga ciri-ciri itu dapat disebatikan dengan budaya yang
menerimanya.

Pengajian Malaysia -2- -


Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

2. USAHA DAN STRATEGI KERAJAAN

Ekoran dari peristiwa 13 Mei 1969 iaitu rusuhan kaum yang menjadi titik
hitam negara, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah atau dasar sosial,
ekonomi dan politik ke arah pewujudan dan pengukuhan perpaduan dan
integrasi nasional. Usaha yang diambil oleh kerajaan telah memberi kesedaran
di antara masyarakat tentang kepentingan perpaduan dan integrasi nasional.
Proses pemantapan perpaduan serta integrasi nasional yang dilaksanakan oleh
kerajaan meliputi pelbagai bidang, di antaranya ialah:

2.1 RUKUNEGARA

Rukunegara merupakan dokumen awal yang menanamkan semangat


kesetiaan, kesopanan dan kesusilaan bagi mewujudkan pelbagai kaum. Menurut
Tengku Anuar dalam bukunya Pengetahuan Kenegaraan Malaysia mengatakan
rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang bertujuan untuk menyatukan
fikiran, pendapat dan perasaan rakyat tanpa mengira perbezaan yang
berdasarkan asal keturunan, bahasa, agama dan budaya. Tercetusnya masalah
perpaduan pada 13 Mei 1969 telah mendesak kerajaan menjalankan dasar yang
lebih tegas. Rukunegara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 dan digubal oleh
Majlis Perundangan Negara untuk memupuk integrasi nasional.

Secara terperinci, objektif rukunegara diperkenalkan adalah untuk


mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat iaitu
menghapuskan perasaan kedaerahan dan perkauman. Seterusnya ialah
membentuk sebuah negara yang adil dan saksama tanpa mengira kaum dan
agama, memelihara dan mengekalkan prinsip demokrasi, membentuk sebuah
masyarakat Malaysia yang liberal dan membina masyarakat progresif yang akan

Pengajian Malaysia -3- -


Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

menggunakan sains dan teknologi moden. Rukunegara melaksanakan dasar dan


garis panduan supaya proses perpaduan dapat dipercepatkan. Ia juga
menggariskan prinsip-prinsip yang harus diikuti dan diamalkan oleh rakyat. Tidak
dilupakan ia menyedarkan rakyat tentang kesan buruk yang menimpa negara
akibat rusuhan kaum. Rukunegara membolehkan rakyat mengamalkan toleransi
dan tatasusila yang mulia.

2.2 WAWASAN 2020

Wawasan 2020 satu pandangan jauh yang diasaskan oleh bekas Perdana
Menteri kita, Datuk Sri Dr. Mahathir bin Mohamad. Wawasan 2020 termaktub
dalam cabaran pertama bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang
bersatupadu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama.
Sebenarnya wawasan 2020 bukan satu dasar tetapi satu tindak balas kepada
perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional
dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan
2020 berobjektif untuk membentuk sebuah negara yang benar-benar maju
menjelang tahun 2020 bukan sahaja dalam bidang ekonomi tetapi merangkumi
segala aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan
dan kebudayaan.

Terdapat sembilan cabaran yang perlu ditangani oleh semua pihak untuk
mencapai wawasan 2020. Antaranya ialah,

i. Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu


Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatupadu yang mempunyai
matlamat yang serupa dan dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat
Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan.

Pengajian Malaysia -4- -


Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

ii. Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh


dan mempunyai keyakinan diri
Melahirkan masyarakat yang berjiwa bebas, berkeyakinan terhadap
diri sendiri, berbangga dengan apa yang dicapai serta cekap
menghadapi pelbagai rintangan, sentiasa mengejar kecemerlangan
dan dihormati oleh rakyat negara lain.

iii. Membangunkan masyarakat demokratis yang matang


Membentuk dan membangunkan masyarakat demokratik yang
matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman dan demokrasi
yang unggul berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh
kepada negara membangun.

iv. Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan


etikanya, dan utuh nilai keagamannya
Membentuk masyarakat yang bermoral dan beretika, dengan
warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh.

v. Mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleran


Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat
pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan
kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama,
meletakkan kesetiaan mereka kepada negara.

vi. Membentuk masyarakat yang bersifat sains dan progresif


Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya cipta
tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun sains
dan teknologi masa depan.

vii. Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang

Pengajian Malaysia -5- -


Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya menyayang, iaitu


sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri
sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu.

viii. Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil


ekonominya
Menjamin pembentukan masyarakat yang adil dalam bidang
ekonomi,yang mampu mengagihkan kekayaan negara secara adil dan
saksama tanpa mengira kaum.

ix. Mewujudkan masyarakat yang makmur


Mewujudkan masyarakat makmur  yang tinggi daya saing dan
ketahanan dinamik, serta tangkas menghadapi perubahan.

Jika segala cabaran-cabaran ini diatasi, ini akan menghala kepada


kesejahteraan masyarakat. Penyertaan mereka untuk memajukan negara
menjelang tahun 2020, akan melahirkan perpaduan dan integrasi di antara
mereka.

2.3 DASAR EKONOMI BARU

Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1970 hingga 1990


sebagai tindak balas kepada peristiwa 13 Mei 1969, rusuhan kaum yang
dikatakan terjadi kerana jurang perbezaan dari segi ekonomi. Dasar ini digubal
untuk mencapai perpaduan negara melalui penghapusan kemiskinan dan
struktur sosiopolitik dan ekonomi masyarakat yang tidak seimbang. Dasar ini
menjadikan empat rancangan Malaysia sebagai saluran untuk mencapai
matlamat iaitu yang utamanya mencapai integrasi nasional.

Strategi ‘serampang dua mata’ diperkenalkan iaitu membasmi kemiskinan


di kalangan rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat bagi

Pengajian Malaysia -6- -


Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Beberapa langkah


dijalankan untuk membasmi kemiskinan. Antaranya ialah,
 Banyak peluang pekerjaan diwujudkan melalui pembangunan sektor
industri dan pembukaan tanah-tanah baru.
 Pendapatan golongan miskin dan daya pengeluaran ditingkatkan
menerusi pembukaan tanah baru dan pembangunan setempat.
 Menggalakkan penglibatan tenaga buruh daripada sektor ekonomi
yang mundur dan rendah daya pengeluarannya kepada sektor
ekonomi yang lebih maju dan produktif.

Untuk membasmi kemiskinan penyusunan semula masyarakat sangat


penting. Antara strategi yang digariskan ialah,
 Mendekatkan jurang perbezaan dalam ekonomi iaitu bumiputera
menguasai 40% manakala bukan bumiputera 40% dan pemodal-
pemodal asing 30%.
 Memodenkan kawasan-kawasan luar Bandar bagi meninggikan daya
pengeluaran dan taraf hidup.

Struktur gunatenaga dan penglibatan semua kaum dalam sektor-sektor


ekonomi negara disusun semula agar pengenalan kaum mengikut kegiatan
ekonomi dihapuskan. Dasar Ekonomi Baru telah mencapai kejayaan dalam
usaha untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
disamping mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat.

2.4 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

Selepas Dasar Ekonomi Baru berakhir, Dasar Pembangunan Nasional


telah dilancarkan pada 17 Jun 1991 hingga 2000 oleh Yang Amat Berhormat
Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dasar Pembangunan Nasional juga berfokus
kepada perpaduan negara seperti Dasar Ekonomi Baru kerana masyarakat yang
bersatupadu penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik

Pengajian Malaysia -7- -


Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. Salah satu daripada


Dasar Pembangunan Nasional adalah menggalak dan memperkukuhkan
integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan ekonomi
berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama
untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

2.5 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Pengaruh kebudayaan amat penting dalam memupuk dan mewujudkan


perpaduan negara. Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan sebagai satu
langkah untuk mencapai integrasi nasional. Terdapat tiga ciri utama dalam Dasar
Kebudayaan Kebangsaan iaitu,
i. Kebudayaan kebangsaan negara mestilah berasaskan kepada
kebudayaan penduduk asal atau asli atau peribumi negara ini.
ii. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai, wajar dan munusabah
diterima dan digabungkan dalam kebudayaan kebangsaan.
iii. Islam akan menjadi unsur penting dalam pembentukkan
kebudayaan kebangsaan.

Pada awalnya, komponen kebudayaan kebangsaan merujuk kepada


aspek-aspek kesenian dan pakaian. Malah kebudayaan kebangsaan tidak hanya
penyataan-penyataan artistik dan simbolik (kesenian dan pakaian) tetapi bahasa
serta norma dan nilai. Dari segi bahasa, dalam kebudayaan kebangsaan Bahasa
Melayu / Malaysia dijadikan bahasa pengantar dan digunakan secara meluas.
Norma dan nilai pelbagai etnik seperti Cina dan India diterapkan ke dalam
kebudayaan kebangsaan dan ini telah menjadi nilai sejagat yang positif yang
boleh mewujudkan kesatuan dan kesetiaan kepada negara. Penerimaan unsur-
unsur kebudayaan lain telah membolehkan wujudnya perpaduan serta integrasi
nasional.

Pengajian Malaysia -8- -


Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

2.6 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pada zaman penjajahan, Tanah Melayu tidak mempunyai satu dasar


pendidikan yang berkesan. British telah membiarkan sistem pendidikan
berkembang mengekalkan identiti negara asal mereka. Dalam tahun-tahun
menuju kemerdekaan, pemimpin dan rakyat sedar akan betapa mustahaknya
satu sistem pendidikan kebangsaan yang seragam diperlukan bagi melahirkan
sebuah masyarakat yang bersatupadu dan bersemangat kebangsaan. Ke arah
mewujudkan Sistem Pendidikan Kebangsaan beberapa jawatankuasa telah
ditubuhkan. Antaranya, British telah cuba menyatukan sistem-sistem pendidikan
yang sedia ada bagi mewujudkan perpaduan di antara kaum.
Pada tahun1945, Rancangan Cheeseman mengeluarkan beberapa
cadangan iaitu pemberian tempat percuma kepada kanak-kanak yang
menghadiri sekolah vernakular di sekolah rendah, Bahasa Inggeris dijadikan
bahasa pengantar di semua sekolah rendah, dua jenis sekolah menengah
ditubuhkan dan cadangan Laporan Pelajaran 1983 mengenai pelajaran
vokasional dilaksanakan sepenuhnya. Rancangan ini ditolak oleh Majlis
Perundangan Persekutuan kerana tidak menampakkan dasar yang mewujudkan
integrasi nasional.
Pada tahun 1950, satu jawatankuasa yang diketuai oleh LJ Barnes
ditubuhkan atas desakan daripada pemimpin Melayu. Laporan Barnes
mencadangkan sekolah rendah dijadikan asas penyatuan kaum, sekolah
kebangsaan sahaja perlu diwujudkan, Bahasa Melayu menjadi bahasa
pengantar di sekolah-sekolah, Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar
kedua di sekolah, umur persekolahan kanak-kanak ialah 6-12 tahun, pelajar
sekolah rendah akan memasuki sekolah menengah Inggeris, pelajaran akan
diberi percuma dan kerajaan tempatan mesti menanggung sebahagian
perbelanjaan sekolah. Walaupun Laporan Barnes menunjukkan idea ke arah
perpaduan tetapi ia ditentang oleh orang bukan melayu terutamanya orang Cina.
Laporan yang dikenali sebagai Laporan Fenn-Wu mencadangkan bahasa Cina
mesti dijadikan bahasa ketiga dalam sistem persekolahan, Sekolah Jenis

Pengajian Malaysia -9- -


Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

Kebangsaan hendaklah diteruskan dan pendidikan di sekolah Cina hendaklah


berteraskan Tanah Melayu.

Perbezaan yang dilihat di antara Laporan Barnes dan Fenn-Wu


menyebabkan British mewujudkan satu jawatankuasa khas untuk mengkaji
kedua-dua laporan. Laporan yang dikenali sebagai Ordinan Pelajaran 1952 telah
mengandungi beberapa butir seperti dua jenis sekolah diwujudkan iaitu
berpengantar bahasa Melayu dan Inggeris, kemudahan disediakan untuk
mempelajari bahasa Cina dan Tamil, sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk
dalam Sistem Pelajaran Kebangsaan, bahasa Inggeris diajar dari darjah 1 di
sekolah yang berpengantarkan bahasa Melayu dan bahasa Melayu mulai diajar
dari darjah 3 di sekolah yang berpengantarkan bahasa Inggeris. Ordinan
Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana masalah kewangan.

Selepas memenangi pilihanraya pada tahun 1955, British menubuhkan


satu jawatankuasa untuk mengkaji sistem pendidikan negara yang diketuai oleh
Dato Abdul Razak Hussein. Antara cadangan-cadangan dalam Penyata Razak
1956 ialah setiap kanak-kanak diberi peluang mendapatkan pelajaran,
diwujudkan 1 sistem pendidikan sahaja iaitu Sistem Pelajaran Kebangsaan, 2
jenis sekolah diwujudkan iaitu sekolah umum yang menggunakan bahasa
Melayu dan sekolah jenis umum yang menggunakan bahasa
Inggeris/Cina/Tamil, bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan di semua sekolah,
bahasa Cina dan Tamil boleh diajar jika ada 15 pelajar dan permohonan
ibubapa, bantuan diberi kepada semua sekolah dan akhirnya peringkat sekolah
menengah ditubuhkan iaitu sekolah menengah kebangsaan yang
berpengantarkan bahasa Melayu manakala bahasa Inggeris diwajibkan dan
sebaliknya.
Pada tahun 1960, Penyata Razak 1956 dikaji semula dan Penyata
Rahman Talib dikeluarkan. Segala syor-syor Penyata Rahman Talib dimasukkan
ke dalam Akta Pelajaran 1961. Butir-butir yang terdapat dalam Akta Pelajaran
1961 ialah kanak-kanak sekolah rendah diberi peluang melanjutkan pelajaran ke

Pengajian Malaysia - 10 - -
Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

sekolah menengah, pelajaran percuma di sekolah rendah kebangsaan dan


sekolah menengah kebangsaan, umur persekolahan adalah antara 6-15 tahun,
kanak-kanak yang gagal memasuki sekolah akademik ditawarkan ke sekolah
kemahiran, 2 jenis sekolah diwujudkan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis
Kebangsaan, kurikulum dan peperiksaan diselaraskan di semua Sekolah
Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan, bahasa Melayu digunakan sebagai
bahasa pengantar di sekolah, bahasa Cina, Tamil dan Pengetahuan Islam boleh
diajar jika terdapat 15 pelajar.
Pada tahun 1976, Akta Pelajaran 1961 diperluaskan ke Sabah dan
Sarawak dan dengan ini wujud satu sistem pendidikan kebangsaan. Selepas
tahun 1961, sistem pendidikan dibahagikan kepada 2 tempoh iaitu tempoh 1961-
1970 yang memberi tumpuan kepada peningkatan pendidikan di luar bandar
melalui meluaskan peluang dan meningkatkan penyertaan pelajar untuk
melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Dengan ini, sekolah asrama penuh
didirikan bagi menanggung pelajar. Selepas tahun 1970, tumpuan diberikan
untuk meningkatkan mutu pelajaran dan perpaduan melalui pembaharuan
kurikulum dan mempelbagaikan mata pelajaran selaras dengan perkembangan
sains dan teknologi.
Pada tahun 1974, Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran Kebangsaan ditubuhkan dan ini dipengerusikan oleh Dr. Mahathir
Mohamad. Laporan ini mencadangkan pendidikan hendaklah memenuhi
keperluan tenaga kerja terutama dalam bidang sains dan teknologi dan
keperluan pembentukan akhlak mulia. Hasil daripada itu, Kurikulum Baharu
Sekolah Rendah (KBSR) dilancarkan pada tahun 1983 dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988. Dengan
melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan, dapat dilihat sistem pendidikan
negara telah dapat melahirkan rakyat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.

3. USAHA DI PERINGKAT SEKOLAH

Pengajian Malaysia - 11 - -
Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia


bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk
perpaduan di kalangan pelajar. Menurut Dr Chandra Muzaffar, aktivis sosial
‘integrasi di peringkat sekolah rendah adalah penting untuk perpaduan’. Jadi
pendidikan menjadi alat penting untuk memupuk integrasi dan mewujudkan
perpaduan di antara masyarakat terutamanya kanak-kanak di bangku sekolah.
Untuk itu, pihak sekolah telah mengambil pelbagai langkah agar perpaduan serta
integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin masa
hadapan. Antara usaha yang dilaksanakan di peringkat sekolah adalah;

3.1 KURIKULUM
Perpaduan di peringkat sekolah dapat dicapai melalui mengadakan
kurikulum yang seragam untuk semua sekolah. Kurikulum boleh dikatakan
sebagai bidang pelajaran di sekolah. Menurut Mok Soon Sang, kurikulum
merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih,
diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan
secara teliti dan profesional, demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti
pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik
darjah, dalam dan luar sekolah, untuk semua peringkat persekolahan.
Terdapat 2 jenis kurikulum iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Matlamat utama
pendidikan Malaysia ialah menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai
perpaduan masyarakat menerusi perkembangan individu secara menyeluruh.
Rancangan pendidikan KBSM merupakan kesinambungan kepada KBSR.
Konsep bersepadu bererti penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa
dan pemupukan nilai-nilai murni menerusi pendekatan integrasi dan penyerapan
dalam semua mata pelajaran di sekolah.

3.2 KO-KURIKULUM

Pengajian Malaysia - 12 - -
Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan


gerak kerja yang terancang (Mok Soon Sang, 2006, p.128). Kegiatan ko-
kurikulum sekolah merangkumi aktiviti pasukan unit beruniform, persatuan/kelab
akademik dan sukan/permainan dan ia juga merupakan aktiviti luar bilik darjah.
Aktiviti sukan dan permainan sekolah meliputi olahraga, hoki, tenis dan lain-lain
lagi. Manakala pasukan beruniform sekolah adalah seperti Pasukan St. John
Ambulans, Pengakap Kanak-Kanak, dan Kadet Remaja Sekolah. Kelab dan
persatuan sekolah ialah Kelab Kebudayaan, Matematik dan Sains, dan Kelab
Tae Kwan Do dan sebagainya.

Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan  kepentingan


pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi
penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu
pelajar untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran
dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama
kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan
pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat. Dengan ini perpaduan mula
berpucuk di kalangan pelajar dan secara langsung menuju ke arah integrasi
nasional.

3.3 LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Pada masa kini, lawatan sambil belajar banyak dianjurkan di sekolah-


sekolah. Lawatan-lawatan seumpama ini terutamanya lawatan integrasi banyak
memberi manfaat kepada pelajar serta menyumbang kepada perpaduan.
Sesebuah sekolah akan mengadakan lawatan sambil belajar, ke tempat-tempat
yang bersejarah atau tempat yang memberi pengetahuan dan sesuai dengan
pelajaran mereka. Lawatan-lawatan integrasi seperti lawatan sempena

Pengajian Malaysia - 13 - -
Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

Persidangan Parlimen, Hari Kebangsaan, Tilawah Al-Quran dan sebagainya


akan menyebabkan interaksi di antara masyarakat di sana. Interaksi dengan
mereka akan menghala ke arah perpaduan serta integrasi di antara semua
pihak.

3.4 PROGRAM ANAK ANGKAT

Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar


untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada
pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau
dengan kata lain menuju perpaduan. Program anak angkat dijalankan oleh pihak
sekolah contohnya ke Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang pelajar dapat
mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan ini,
wujudlah persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu
tempat. Ia juga menjurus kepada tercapainya integrasi nasional.
Program anak angkat tidak hanya tertumpu kepada pertukaran pelajar ke
kawasan lain tetapi ia juga boleh dijalankan berdasarkan ke pelajaran. Institusi-
institusi atau universiti boleh menjalankan program ini untuk memberikan
banutan dan perhatian kepada sesuatu sekolah terutamanya sekolah-sekolah di
kawasan pedalaman. Dengan ini akan membina motivasi kepada pelajar untuk
berjaya dalam hidup dan memupuk perpaduan di kalangan mahasiswa dan
pelajar yang akan menjurus kepada perpaduan negara.

3.5 SUKAN
Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat
sekolah. Sukan dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk
perpaduan di kalangan masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah
mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-
pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu
aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa

Pengajian Malaysia - 14 - -
Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke
arah perpaduan di antara palajar-pelajar.

3.6 PERKHEMAHAN

Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan


beruniform seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan sebagainya.
Selalunya perkhemahan seumpama ini akan dianjurkan di peringkat daerah atau
negeri yang akan dihadiri oleh semua sekolah yang berhampiran. Tujuan utama
aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan
dan membentuk integrasi di kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat
kekitaan akan mula berbunga apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara
kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi segala cabaran semasa aktiviti.
Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-menolong akan membentuk sikap
bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta
perkhemahan yang datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang
berbeza dan kebudayaan berbeza.

Pengajian Malaysia - 15 - -
Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

4. BENTUK HALANGAN DAN CARA


MENGATASINYA

4.1 Halangan Yang Wujud

4.1.1 DASAR PECAH DAN PERINTAH


Sejak zaman penjajahan, masalah integrasi telah wujud terutamanya
pada penjajahan British. British menjalankan dasar “divide and rule” iaitu dasar
pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi
negara. Dasar ini juga telah memisahkan kaum-kaum utama di negara ini
mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat Melayu yang
mengendalikan pertanian tradisional ditempatkan di kawasan luar bandar iaitu di
kampung-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan di lombong-lombong bijih
timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang
dijalankan oleh mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di ladang-
ladang getah. Perubahaan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini
terpisah dan mempunyai hubungan yang terhad.

4.1.2 PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN


Pada zaman penjajahan, Tanah Melayu tidak mempunyai dasar
pendidikan yang jelas. Semasa pemerintahan British, sistem pendidikan yang
dilaksanakan oleh pihak British tidak menunjukkan keseimbangan. Sistem
pendidikan British telah bersifat perkauman. British mewujudkan empat jenis
persekolahan iaitu aliran Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil. Keempat-empat
aliran ini mempunyai perbezaan yang ketara dari segi matlamat, sukatan
pelajaran, bahasa pengantar dan pendidikan guru. Sekolah Inggeris
menyediakan pelajarnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi di

Pengajian Malaysia - 16 - -
Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

seberang laut. Sekolah Melayu pula untuk menjadikan pelajar sebagai petani
dan nelayan yang baik. Sekolah Cina menyediakan pelajarnya untuk
melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah dan ke negara China. Manakala,
sekolah Tamil untuk menarik lebih ramai buruh India berhijrah ke Tanah Melayu.
Setiap sekolah mempunyai sukatan masing-masing iaitu sekolah Inggeris
menggunakan sukatan dari England, sekolah Cina dan Tamil sukatan dari
negara asal masing-masing dan sekolah Melayu mementingkan asas 3M
(menulis, membaca, mengira) dan pelajaran agama. Setiap aliran menggunakan
bahasa ibunda masing-masing. Ini telah menyebabkan perpaduan di antara
rakyat tidak berlaku.

4.1.3 POLITIK PERKAUMAN


Perkauman merupakan satu isu sensitif jika diungkitkan dimana jua kita
berada. Jika disiasat perkauman inilah yang menghalang perpaduan negara
dicapai terutamanya parti politik. Majoriti parti politik di negara ini ditubuhkan
berasaskan kaum masing-masing. Contohnya, UMNO ditubuhkan untuk
menyatupadukan orang-orang Melayu, MIC untuk menjaga kepentingan politik,
ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu dan MCA pula untuk melindungi
hak dan kepentingan ekonomi, politik dan sosial kaum Cina di Tanah Melayu.
Sikap ingin memperjuangkan kaum masing-masing tanpa semangat kekitaan
telah melambatkan proses perpaduan di negara ini. Kita dapat melihat semangat
perkauman ini dalam isu Sekolah Wawasan. Masyarakat Cina yang diwakili oleh
parti politik Cina telah menentang penubuhan sekolah ini mengatakan identiti
rakyat Cina akan hilang. Malah mereka tidak sedar akan kepentingan sekolah itu
untuk mewujudkan perpaduan antara masyarakat.

4.1.4 KEMISKINAN
Kemiskinan merupakan salah satu halangan untuk mencapai perpaduan.
Kadar kemiskinan di kalangan penduduk pada zaman penjajahan adalah tinggi
kerana fungsi ekonomi yang berbeza. Terdapat jurang perbezaan pendapatan

Pengajian Malaysia - 17 - -
Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

yang ketara di antara penduduk di bandar dan di luar bandar. Kemiskinan ini
telah menyebabkan berlakunya masalah sosial di kalangan rakyat. Keadaan ini
telah menjadi salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya masalah
perpaduan dan seterusnya gagal mencapai integrasi nasional. Akhirnya masalah
kemiskinan ini telah menyebabkan berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

4.2 CARA MENGATASINYA

4.2.1 KERAJAAN

Kerajaan yang amat prihatin terhadap perpaduan harus berusaha terus


untuk mencapainya terutamanya melalui sistem pendidikan agar semangat
kekitaan dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah dan juga cuba untuk
menerapkan pendidikan yang berkaitan dengan perpaduan. Kerajaan boleh
mengadakan program-program berdasarkan kebudayaan semua bangsa secara
meluas di seluruh negara agar semua masyarakat di Malaysia mengenali
kebudayan semua kaum. Kerajaan juga boleh mengadakan kempen perpaduan
untuk menyedarkan kepentingan perpaduan kepada masyarakat. Usaha
sebegini akan menghala kepada wujudnya persefahaman antara mereka dan
menjurus kepada perpaduan serta integrasi nasional.

4.2.2 SEKOLAH

Sekolah juga harus berfungsi sebagai pusat mewujudkan perpaduan.


Sekolah boleh menganjurkan sukan, perkhemahan, program motivasi dan
sebagainya agar pelajar dari aliran lain dapat turut menyertainya. Sikap
bekerjasama dan berganding bahu untuk menyempurnakan sesuatu dapat
memupuk hubungan yang baik di antara mereka. Lama-kelamaan hubungan
baik ini akan melahirkan satu semangat kekitaan dan perpaduan. Sesebuah
sekolah harus berusaha untuk mengajar 4 bahasa dalam sekolah iaitu bahasa
Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil. Pendedahan bahasa-

Pengajian Malaysia - 18 - -
Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

bahasa ini akan memudahkan seorang pelajar memahami cara hidup dan
kebudayaan lain.

4.2.3 MASYARAKAT
Masyarakat harus sedar akan kepentingan perpaduan dan integrasi
nasional pada masa kini. Ramai di kalangan rakyat masih berpegang kepada
sifat perkauman yang kuat. Walaupun itu bukannya salah tetapi sikap ini akan
menghalang mereka untuk bergaul mesra dan menyertai sebarang aktiviti yang
melibatkan semua. Perkahwinan campur adalah digalakkan di kalangan
masyarakat seperti masyarakat Bugis iaitu campuran orang Melayu dan
Belanda. Ini sebagai satu langkah ke arah perpaduan.

Pengajian Malaysia - 19 - -
Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

5. LAMPIRAN

Pengajian Malaysia - 20 - -
Shogi A/L Arumugam 860206-02-5191

6. BIBLIOGRAFI

Institut Tadbiran Awam Negara, 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur:


Institut Tadbiran Awam Negara.
Institut Tadbiran Awam Negara, 1994. Dasar-dasar Pembangunan Malaysia.
Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.
Ishak bin Saat, 2005. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn Bhd.
Tengku Anuar, 1990. Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.

Bahan dari Internet

Bunn Nagara (2005). Melihat Wawasan 2020 dengan Jelas. (Online).


http://www.malaysia-today.net-0404
Sekolah Wawasan Lurah Bilut Berkesan. (Online).
http://www.cikgu.net.my
My Wawasan 2020. (Online). http://www.groups.msn.com.htm
Sekolah Wawasan. (Online). http://www.emoe.edu.my

Pengajian Malaysia - 21 - -

You might also like