You are on page 1of 10

KESAN-KESAN DAN CARA-CARA UNTUK MENGATASI

MASALAH PENGGUNAAN BAHASA ROJAK


SOALAN
Penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan yang berleluasa
dikatakan telah mencemari martabat bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan negara kita. Bincangkan kesan- kesan dan
cara-cara untuk mengatasi masalah ini daripada terus berleluasa.

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di


segenap empat penjuru dunia tentang penggunaan bahasa rojak.
Amalan bahasa rojak bermakna tabiat suka mencampur-adukkan
perkataan bahasa Inggeris semasa menggunakan bahasa Melayu.
Gejala ini semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat sehingga
mencemari martabat bahasa Melayu. Lebih memberatkan lagi ialah
gejala ini menular dengan begitu meluas dalam kalangan golongan
berpendidikan tinggi yang menjadi pemimpin masyarakat.
Tuntasnya, kesan–kesan yang timbul akibat daripada penggunaan
bahasa rojak perlu dikenal pasti supaya langkah–langkah yang
pragmatik dapat diambil untuk mengatasinya.

Seperti yang telah dikatakan penggunaan bahasa rojak akan


mencemari martabat bahasa Melayu. Penggunaan bahasa rojak
telah memberi gambaran wujud keadaan kebahasaan yang tidak
stabil dalam masyarakat. Keadaan ini berlaku akibat daripada
kemerosotan dan kehilangan kualiti, nilai serta ciri unggul bahasa
Melayu selaku bahasa kebangsaan. Lama-kelamaan beberapa ciri
bahasa Melayu akan pupus dan digantikan dengan beberapa ciri
bahasa Inggeris. Lantaran itu, bahasa rojak akan menjadi bahasa
ibunda orang Melayu sekiranya gejala ini terus terjadi. Secara
perlahan-lahan kita mungkin akan melucutkan keupayaannya
sebagai bahasa rasmi dan melunturkan fungsinya sebagai bahasa
kebangsaan. Natijahnya, penggunaan bahasa rojak merupakan
tamparan kepada identiti dan kewibawaan bahasa Melayu.

Semetelahan itu, penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan


boleh menjejaskan pembelajaran di peringkat sekolah. Kini,
kebanyakkan pelajar sering menggunakan bahasa rojak untuk
berkomunikasi dan menggunakan bahasa singkatan dalam
penghataran sistem pesanan ringkas (SMS). Apabila gejala ini
dijadikan sebagai amalan seharian mereka, keadaan ini akan
menjejaskan keputusan peperiksaan bagi seseorang pelajar,
sekolah mahupun negeri. Hal ini demikian kerana, mereka tiada
kemahiran dalam menulis karangan dengan menggunakan bahasa
yang betul. Mereka telah biasa menggunakan bahasa rojak dalam
kehidupan seharian mereka. Sehubungan itu, mereka akan
menghadapi kesukaran untuk menulis tanpa menggunakan bahasa
rojak. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa perbelajaran di
peringkat sekolah akan terjejas disebabkan oleh bahasa rojak.

Tambahan pula, penggunaan bahasa rojak akan menyebabkan


pengguna kelihatan tidak serius. Pengguna tidak menyusun perkara
yang mahu diungkapkan dengan matang dan mereka bercakap
dengan tidak berfikir secara mendalam. Biar kita ambil contoh,
apabila seseorang pelayan menggunakan kata ganti nama “you”
kepada pelanggannya, dia merasakan dia sama taraf dengan
pelanggan. Oleh itu, dia akan berlagak bahawa dia wajar menjawab
kata-kata pelanggan. Pelanggan adalah penting kerana tanpa
pelanggan perniagaan tidak dapat dijalankan. Keadaan ini mungkin
akan menimbulkan kemarahan dan perasaan tidak puas hati dalam
kalangan pelanggan kerana mereka merasa dirinya tidak dihormati.
Sememangnya, pengguna akan kelihatan tidak serius ketika
menggunakan bahasa rojak.

Cara2
Setiap penyakit mesti ada penawarnya, begitu juga dengan gejala
penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan. Gejala ini dapat
ditangani dengan menyarankan kesedaran terhadap penggunaan
bahasa yang betul di semua peringkat rasmi dalam masyarakat.
Selaku pemimpin masyarakat, mereka seharusnya menunjukkan
teladan yang baik kepada rakyat. Mereka harus mengawal diri
dalam menggunakan bahasa dalam sesuatu majlis supaya mereka
sentiasa menggunakan bahasa yang betul, baik semasa
menggunakan bahasa Melayu, mahupun Inggeris. Jika mereka
menggunakan bahasa Melayu, biarlah sepenuhnya digunakan
perkataan-perkataan Melayu begitu juga apabila berbahasa
Inggeris. Keadaan ini akan menjadi ikutan kepada rakyat dan lama–
kelamaan seluruh masyarakat dapat menggunakan bahasa dengan
betul. Jelaslah bahawa penggunaan bahasa yang betul oleh
pemimpin masyarakat adalah penting dalam mengatasi gejala
bahasa rojak.

Selain itu, bagi mengelakkan bahasa rojak terus digunakan sikap


pengguna sendiri perlu berubah. Sikap menganggap bahasa Melayu
kolot dan tidak standard harus dihapuskan. Alasan yang
menyatakan bahasa Melayu tidak mempunyai perbendaharaan kata
yang cukup untuk mengungkapkan sesuatu idea tidak boleh
diterima. Hai ini demikaian kerana bahasa Melayu bersifat
terbuka dan sanggup menerima perkataan-perkataan Inggeris bagi
menambahkan perbendaharaan katanya. Masyarakat seharusnya
menyanjung tinggi terhadap bahasa kebangsaan iaitu bahasa
Melayu dan mengelakkan dirinya daripada menggunakan bahasa
rojak. Sesungguhnya bagi mengelakkan menggunakan bahasa rojak
memerlukan disiplin, komitmen dan latihan diri yang bersungguh-
sungguh. Tuntasnya, sikap masyarakat perlu berubah supaya gejala
ini dapat diatasi.
Peranan media massa juga penting bagi mengelakkan bahasa rojak
dan bahasa singkatan digunakan secara berleluasa. Kini,
masyarakat amat dipengaruhi oleh media massa terutamanya bagi
golongan remaja. Program television, filem dan drama yang
menggunakan bahasa rojak akan dipelajari oleh remaja. Keadaan
ini disebabkan mereka mempunyai naluri yang tinggi untuk
mencuba sesuatu. Seharusnya, program-program television yang
mengandungi penggunaan bahasa rojak tidak boleh ditayang keluar.
Sebagai contohnya, program “Gengstarz”, “One In A Million” dan
“Akademi Fantasia” yang menggunakan bahasa rojak harus ditapis
terlebih dahulu sebelum disiarkan. Natijahnya, gejala ini dapat
diatasi melalui peranan yang dimainkan oleh pihak media massa.

kesimpulan

Kesimpulannya, penggunaan bahasa rojak yang berleluasa telah


mencemari martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
negara kita. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang melambangkan
identiti dan kewibawaan bahasa kita. Oleh itu, semua pihak harus
mengambil berat terhadap gejala ini. Semua pihak harus
bekerjasama bak kata “berat sama dipikut, ringan sama dijinjing”
untuk menangani gejala ini sampai ke akar umbinya. Diharapkan
selepas usaha meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dijalankan,
martabat bahasa Melayu dapat dinaikkan sampai ke peringkat
global.

punca2 penggunaan bahasa rojak & cara membendungnya…=D

    Punca utamanya ialah sikap kurang yakin masyarakat negara


kita terhadap Bahasa Melayu.Kebanyakan daripada mereka
berpandangan bahawa tiada gunanya mempelajari dan menguasai
Bahasa Melayu kerana bahasa tersebut akan lenyap ditelan
zaman.Sebenarnya pandangan tersebut tidak benar sama
sekali.Buktinya, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang
diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, terdapat sebanyak
enam ribu patah perkataan yang baharu.Malah, Kamus Dewan yang
baharu akan diterbitkan pada setiap dua tahun sekali.Hal ini
adalah kerana penemuan-penemuan perkataan baharu yang
disebabkan oleh Bahasa Melayu adalah merupakan satu bahasa
yang dinamik.Maksudnya di sini ialah Bahasa Melayu boleh
menerima kemasukan bahasa asing.Sebagai contoh, perkataan
‘posisi’ yang berasal dari perkataan Bahasa Inggeris iaitu ‘position’
telah disesuaikan ke dalam Bahasa Melayu Moden.Kita harus
berasa yakin bahawa Bahasa Melayu ini tidak akan pupus
memandangkan Bahasa Melayu adalah merangkumi semua bidang
sains dan teknologi.Bukti lain ialah Bahasa Melayu turut digunakan
dalam perbicaraan di mahkamah.Hal ini jelas menggambarkan
bahawa Bahasa Melayu mempunyai satu masa depan yang cerah.

     Disamping itu, sikap rakyat Malaysia yang mengagung-agungkan


Bahasa Inggeris turut menyebabkan peningkatan terhadap
penggunaan bahasa rojak jelas ketara.Kebanyakan penduduk
negara kita berpendapat bahawa Bahasa Inggeris merupakan
bahasa yang terulung di dunia.Walau bagaimanapun, mereka harus
sedar bahawa bukannya Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang
mempunyai paling ramai penutur di dunia ini.Bahasa Inggeris
hanyalah merupakan ‘Lingua Franca’, iaitu bahasa pertuturan yang
paling utama dan meluas.Hal ini adalah kerana pengguanaannya
hanyalah sebagai ‘penyambung lidah’ antara bangsa-bangsa yang
berlainan.Perkara ini masih belum boleh melayakkan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa yang terulung di dunia.Sebenarnya,
penggunaan bahasa rojak ini adalah tinggi dalam kalangan
masyarakat yang berpendidikan sederhana.Hal ini kerana golongan
ini menganggap mereka adalah termasuk dalam golongan yang
bersifat intelek.Sebenarnya, mereka inilah yang merupakan
parasit bahasa yang utama.Oleh hal yang demikian, kelakuan
mereka yang mengagung-agungkan Bahasa Inggeris hanyalah
umpama mencurahkan air ke daun keladi.

     Selain itu, kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan


masyarakat negara kita turut menjadi faktor penggunaan bahasa
rojak.Hal ini kerana masyarakat kurang menjiwai dan sayang akan
Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda.Contoh yang baik di sini
ialah sikap panduduk di Perancis.Mereka tidak akan melayan
bangsa asing yang bertutur dalam Bahasa Inggeris.Sebaliknya, jika
kita sendiri bertutur dalam Bahasa Melayu misalnya, mereka akan
melayan kita dengan sebaik mungkin.Sifat sayang akan bahasa
sendiri inilah yang perlu wujud dalam diri setiap masyarakat di
negara ini.Seseorang rakyat yang mencintai negaranya pasti tidak
akan mengabaikan bahasa kebangsaannya.

     Cara yang paling efektif untuk membanteras masalah ini dari


akar umbinya adalah melalui penguatkuasaan Akta Bahasa
Kebangsaan.Kerajaan seharusnya mengarahkan semua pihak untuk
mematuhi Akta Bahasa Kebangsaan.Penguatkuasaan ini juga harus
dikenakan ke atas semua pihak media cetak dan media
elektronik.Hal ini kerana media cetak dan media elektroniklak
yang banyak mempengaruhi masyarakat di negara kita.

     Antara lain, kerajaan juga harus memberi insentif kepada


penulis yang menghasilkan buku atau sebarang aksara dalam
Bahasa Melayu yang berbentuk ilmiah.Sebagai contoh, kerajaan
memberikan wang atau kemudahan pemasaran kepada penulis-
penulis seperti ini.Buku-buku seperti ini dapat dijadikan rujukan
kepada umum dan terutamanya kepada para penuntut ilmu.Sebagai
galakan, kerajaan diminta memberikan ganjaran kepada penulis
yang berjaya menghasilkan karya-karya dalam Bahasa
Melayu.Anugerah Penulis Terbaik, misalnya.Hal ini dapat
memberikan motivasi kepada para penulis untuk menghasilkan
lebih banyak lagi hasil penulisan yang bermutu tinggi.

     Sebagai nahtijah yang boleh saya buat di sini, pihak kerajaan


dan masyarakat sendiri haruskan sama-sama bergerak untuk
manangani masalah penggunaan bahasa rojak yang makin meruncing
ini.Semua pihak harus ada rasa tanggungjawab untuk memelihara
dan melindungi kesucian Bahasa Kebangsaan kita, Bahasa
Melayu.Janganlah kita menjadi sebagai gunting dalam lipatan
dengan menjadi perosak bahasa sendiri.Ingatlah bahawa, ‘Bahasa
Menunjukkan Bangsa’.

NEGARA TELAH melangkah ke alaf baru empat tahun lalu. Dan


pada tahun 2020 Malaysia dijangka menjadi sebuah negara maju,
meninggalkan tarafnya sebagai negara membangun. Perhitungan ini
banyak disandarkan kepada pembangunan fizikal dan terlalu
sedikit kepada asas-asas jiwa dan penjiwaan, kualiti hidup dan jati
diri bangsa.

ii. Masalah bahasa rojak Kini kita sudah diserang penyakit campur-
aduk. Penyakit campur-aduk inilah yang menyebabkan
berkembangnya bahasa rojak. Bahasa rojak wujud dalam sesuatu
ayat yang diselang-selikan dengan bahasa asing sehingga
campurannya itu semacam hidangan rojak. Hanya yang berbeza
ialah rojak lebih sedap dimakan tetapi bahasa rojak menyebabkan
kita sakit telinga mendengarnya dan paling parah, bangsa Melayu
malu dipalunya.

Awal-awal lagi boleh diperakukan, mencedok perkataan asing untuk


dimuatkan ke dalam sesuatu ayat bahasa Melayu memang tidak
dihalang, malah memang benar seperti kata-kata Pendeta Za’ba
dalam buku klasiknya Ilmu Mengarang Melayu bahawa dalam
bahasa Melayu sedia terdapat sekian banyak perkataan yang
asalnya adalah dari pelbagai punca: Sanskrit, Inggeris,
Portugis, Belanda, Parsi, Arab, Cina dan sebagainya.

Asas pendidikan kita harus kuat. Pendekatan kita demi BM zaman


depan mesti bersandar kepada situasi menang. Untuk itu
pembudayaan bahasa harus nyata.Di plaza tol lebuh raya kini
terdapat bahasa tanda yang berbunyi, “Lorong Touch ‘n Go”.
Bahasa apa ini? Inilah dia bahasa rojak rasmi. Inilah yang
dikatakan pandai meniru tetapi tidak menuras. Inilah juga kerja
yang memalukan bangsa. Kenapa tidak dipakai saja istilah “Lorong
pacu segera” atau “Lorong tekan & pacu” Sudahkah kita betul-
betul menggeledah kamus bahasa ibunda sebelum sewenang-
wenang menggunakan “touch ‘n go” Jika tiada azam perjuangan
yang kental untuk menggunakan bahasa sendiri lantaran istilahnya
cukup dalam bahasa sendiri, kita juga nanti akan dipanggil bangsa
touch ‘n go. Tepuk dada, tanya selera.
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), A. Aziz
Deraman berkata, ia perlu dilakukan secara menyeluruh dan
bersungguh-sungguh bagi memastikan keberkesanannya.

''Penggunaan bahasa Melayu yang betul sebenarnya tidak perlu


dipaksa jika semua pihak memiliki kesedaran tinggi,'' kata A. Aziz.

Sementara itu, Presiden Persatuan Gabungan Pelajar Melayu


Semenanjung (GPMS), Datuk Suhaimi Ibrahim berkata, sikap
pemimpin dan pegawai kerajaan perlu diubah bagi meletakkan
bahasa Melayu di martabat yang tinggi.

Tambahnya, penguatkuasaan undang-undang bukan jalan


penyelesaian jika konsep 'Kepimpinan Melalui Teladan' tidak
diamalkan oleh barisan kepimpinan di sektor kerajaan, swasta dan
institusi kewangan.

''Kementerian perlu tegas dan teliti dalam menangani perkara ini


demi kepentingan bahasa Melayu,'' katanya.

Suhaimi menambah, DBP perlu memainkan peranannya memantau


penggunaan bahasa Melayu Rojak di media elektronik.

You might also like