You are on page 1of 3

Peranan dan kepentingan Pusat Sumber Sekolah

Pusat Sumber Sekolah ialah tempat berlakunya segala kegiatan memperoleh sesuatu
maklumat atau pengetahuan yang bertujuan untuk mempertingkat taraf profesionalisme
keguruan. Sehubungan itu, ia merupakan suatu unit bersepadu yang bertugas untuk
mengumpul, memilih, menyusun dan menyebarkan alat atau bahan pengajaran dan
pembelajaran sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak dengan aktif dan
bermakna bagi memenuhi kehendak kedua-dua pihak, iaitu guru dan murid.

Di pihak sekolah, pusat sumber memainkan peranan penting bagi mempertingkat taraf
pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik. Pusat Sumber
Sekolah hendaklah berkhidmat sebagai tempat untuk memperoleh, menghasilkan,
mengorganisasi dan mengedarkan bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran
yang diperlukan oleh guru dan murid-murid.

Selain itu, Pusat Sumber Sekolah berkhidmat sebagai pusat penempatan bahan-bahan
sumber dan dapat pula digunakan secara individu atau berkumpulan. Ini bermaksud
bahan-bahan itu boleh dicari dan digunakan dengan mencukupi dan mudah. Para guru
dan murid-murid boleh mendapatkan sumber-sumber yang dimiliki oleh sekolah dan
yang ada kena-mengena dengan pelajaran. Bahan-bahan rujukan seperti buku,
pelbagai alat bantu mengajar seperti radio, televisyen dan pelbagai bahan rekreasi
sekolah seperti buku cerita, majalah, surat khabar dan sebagainya ada di sini.

Pusat Sumber Sekolah dapat bertindak sebagai bank atau gedung ilmu penngetahuan,
iaitu bahan pelajaran dapat dipilih untuk penggunaan di dalam kelas atau di rumah.
Selain itu, pusat sumber ini juga memberi panduan kepada guru dan murid-murid untuk
mencari, memiliki, menghasilkan dan menggunakan bahan selaras dengan keperluan
dan tujuan masing-masing. Contohnya, seorang guru yang inginkan bahan dari pusat
sumber untuk mengajar sesuatu kemahiran atau mata pelajaran tertentu akan mencari
bahan-bahan atau alat-alat bantu mengajar yang tepat dan sesuai dengan mata
pelajaran itu di sini.

Dengan adanya Pusat Sumber Sekolah, proses pengajaran dan pembelajaran akan.
berjalan dengan lebih sistematik dan berkesan. Penggunaan alatan dan bahan di pusat
sumber dapat membantu seseorang guru menerangkan sesuatu hukum, konsep dan
hujah dengan lebih berkesan. Ini dapat memperkaya pengalaman murid-murid dan juga
guru. Memandangkan murid-murid di negara ini tidak pernah melihat salji, sebuah filem
yang menunjukkan tentang salji dan persekitarannya akan menambahkan pengalaman
murid-murid tersebut. Hal ini menggambarkan murid-murid itu sendiri yang mengalami
persekitaran itu setelah mendapat gambaran yang jelas, penerangan yang baik dan
spontan yang dapat dilihat oleh murid-murid.

Dengan menggunakan sumber, pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan


menjadi lebih dekat, lebih `detail dan spesialis’ (detail and specialise) serta menjjadi
lebih menarik dan bermakna. Sesuatu perkara yang berlaku atau terdapat di luar bilik
darjah dapat disampaikan dengan menggunakan sumber yang ada. Hal ini menjadikan
perkara di luar bilik darjah lebih hampir kepada murid-murid kerana perkara tersebut
boleh dipindahkan ke dalam bentuk media dan dibawa masuk ke dalam bilik darjah.
Contohnya, jika kita ingin memberitahu tentang kenderaan kepada murid-murid yang
belum pernah melihat kenderaan tersebut, terutamanya murid-murid di kawasan
pedalaman, penggunaan sumber dapat membantu guru. Ini akan menggalakkan
perubahan tingkah laku yang diingini. Pembelajaran yang berdasarkan penggunaan
sumber ini sebenarnya boleh menyeronokkan murid-murid kerana persekitaran di
dalam bilik darjah adalah stabil dan selesa, di samping adanya pelbagai media
perangsang.
Keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa Pusat Sumber Sekolah memainkan
peranan yang penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa
Pusat Sumber Sekolah, pengajaran mungkin tidak mencapai matlamatnya dengan
menyeluruh.

You might also like