You are on page 1of 22

KANDUNGAN

Senarai Kandungan 1

Pengakuan Keaslian 2

BAB 1: ILMU PENGETAHUAN BERLANDASKAN ISLAM 3

1.1 Pengenalan 4

1.2 Pembahagian Ilmu Pengetahuan 6

1.3 Kesimpulan 11

BAB 2: KEPENTINGAN ILMU DALAM PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM 12

2.1 Pengenalan 13

2.2 Budaya Ilmu 14

2.3 Kepentingan Budaya Ilmu dalam Negara Islam 15

2.4 Kesimpulan 20

Bibliografi 21

Lampiran 22

1
PENGAKUAN KEASLIAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan Pelajar :

Nama Pelajar : Wan Ahmad Asyraf bin Wan Ahmad Hasbi

Tarikh : 20 September 2010

2
BAB 1:

ILMU PENGETAHUAN
BERLANDASKAN ISLAM

3
1.1 PENGENALAN

Tidak ada satu agama atau ajaran di dunia ini sejak dahulu hingga hari ini yang
dapat menandingi Islam dari segi pengutamaan ilmu pengetahuan. Hal ini dapat
dibuktikan apabila wahyu yang pertama diturunkan kepada Rasulullah yang
menitikberatkan ilmu pengetahuan:

           
           


(Surah al-‘Alaq: 96: 1-5)

Mereka yang berilmu pengetahuan dimuliakan oleh Allah, Malaikat dan manusia
di mana sahaja mereka berada. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam Surah Ali ‘Imran
ayat 18:

          
        

(Surah Ali ‘Imran: 3: 18)

4
Dalam ayat lain Allah telah berfirman:

        


          
         
  

(Surah al-Mujadalah: 58: 11)

Ayat di atas telah ditafsirkan oleh Ibn Abbas r.a. Beliau menjelaskan kedudukan
mereka yang berilmu pengetahuan dan beriman ialah 700 tingkat tingginya daripada
manusia biasa. Setiap satu tingkat itu pula jaraknya ialah 500 tahun perjalanan.

Justeru itulah setiap umat Islam telah diwajibkan menuntut ilmu. Hal ini
dijelaskan oleh Rasulullah di dalam hadis:

.‫طلب العلم فريضة على كل مسلم‬

Maksudnya: Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim.

5
1.2 PEMBAHAGIAN ILMU PENGETAHUAN

:Pelbagai pembahagian ilmu yang telah dikemukakan oleh ‘ulama Islam. Contohnya

1. Al-Kindi (786-873H) membahagikan ilmu seperti dalam rajah berikut:

ILMU

TEOTRIKAL PRAKTIKAL
TABII AKHLAK
MATEMATIK SAINS RUMAHTANGGA
METAFIZIK PERANCANGAN BANDAR

6
2. Al-Farabi (878-950M) membuat pembahagian yang sama dengan yang
dilakukan oleh al-Kindi. Cuma terdapat sedikit penambahan apabila beliau
memasukkan ilmu Fiqh dan ilmu Kalam.

ILMU

TEORITIKAL PRAKTIKAL
TABII AKHLAK
MATEMATIK SAINS RUMAHTANGGA
METAFIZIK PERANCANGAN BANDAR
ILMU KALAM ILMU FIQH

3. Ibnu Sina membuat pembahagian ilmu seperti berikut:

SEBAGAI TUJUAN
TEORITIKAL
ILMU SAINS
MATEMATIK
ILMU KALAM
ABADI
SEBAGAI ALAT
ILMU PRAKTIKAL
AKHLAK
SEMENTARA RUMAH TANGGA
ILMU FIQH

7
4. Imam al-Ghazali pula membahagikan ilmu seperti berikut:

Bahagian Pertama:

ILMU

MUKASYAFAH MANKULAH

ZAHIR BATIN

IBADAH ADAT MUHLIKAH MUNJIYYAH

8
Bahagian Kedua:

AL-ALQURAN

AS-SUNNAH
ASAL
IJMAK

SIRAH

FEKAH
CABANG
SYARIAH
HATI

BAHASA
PENDAHULUAN
NAHU

ILMU
PENUTUP AL-QURAN

AKHIRAT
SIFAT ALLAH

DIPEROLEHI DUNIA
AKIDAH PERUBATAN
MATEMATIK
DARURI
KEJURUTERAAN

9
5. Ibnu Khaldun menggunakan pembahagian seperti berikut:

ILMU

NAQLI 'AQLI
AL-QURAN MATEMATIK
TAFSIR ALGEBRA
HADIS MU'AMALAH
NASIKH DAN MANSUKH FARAIDH
SANAD KEJURUTERAAN
ILMU KALAM SAINS GUNAAN
TASAWWUF DLL PERUBATAN DLL

10
1.3 KESIMPULAN

Walaupun pelbagai istilah yang digunakan oleh ulama’ Islam dalam


pembahagian ilmu, ia sebenarnya dibahagikan kepada dua sahaja, iaitu fardhu ain dan
fardhu kifayah. Ilmu fardhu ain ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap umat Islam,
lelaki dan wanita, iaitu ilmu yang berkaitan dengan akidah, syarak dan akhlak. Ilmu
fardhu kifayah pula ialah ilmu yang kewajipan penuntutnya kepada golongan tertentu
sahaja. Jika ada segolongan umat yang mempelajarinya, maka terlepaslah
tanggungjawab itu daripada umat Islam keseluruhannya.

Ilmu fardhu ain berkembang semata-mata berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.


Sedangkan ilmu fardhu kifayah pula juga berdasarkan kepada kedua-dua sumber
tersebut ditambah dengan akal manusia. Sehingga kini terdapat lebih daripada 300 ilmu
yang diperkembangkan oleh manusia daripada al-Quran dan as-Sunnah serta akal
manusia, sama ada ilmu fardhu ain atau ilmu fardhu kifayah.

11
BAB 2:

KEPENTINGAN ILMU DALAM


PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM

12
2.1 PENGENALAN

Sejarah telah mengajar kita melalui berbagai peristiwa penting yang sekali gus
membuktikan bahawa golongan manusia yang tamadunnya tinggi adalah bersendikan
kepada budaya intelektual yang tinggi dalam zaman mereka. Golongan manusia yang
hanya mempunyai kekuatan bersifat fizikal seperti tenaga manusia atau kekuatan
ketenteraan sebenarnya bukanlah menonjolkan sebuah kekuatan hakiki tetapi
berpandukan dari sejarah tamadun manusia, sering kali kita saksikan bahawa
sesebuah bangsa yang kuat tetapi tidak diasaskan oleh budaya ilmu yang baik , akan
memeluk dan menganut nilai dan ciri tamadun lain yang ditaklukinya itu.

Antara contoh bersejarah yang dapat diambil ialah seperti golongan Mongol yang
telah menyerang Baghdad, menjatuhkan Dinasti Abbasiyah dan seterusnya
merosakkan sumber-sumber keilmuan dan tamadun Islam yang sekali gus paling
menyedihkan dalam sejarah kemudiannya telah memeluk Islam dan melahirkan
generasi Islam baharu di Turki , China dan Rusia pada hari ini. Kejayaan intelektual dan
peradaban tinggi yang dicapai oleh kaum-kaum Yunani, Yahudi, China, India dan umat
Islam di zaman silam serta betapa canggihnya pencapaian sains dan teknologi negara-
negara Barat pada hari ini juga adalah bukti nyata di mana sesebuah golongan manusia
itu jika ilmu dan budaya ke arahnya dimartabatkan di kedudukan yang tinggi di dalam
masyarakat mereka .

13
2.2 BUDAYA ILMU

Perkataan ‘ilmu’ memiliki definisi yang sangat luas dan susah untuk didefinisikan.
Syed Muhammad Naquib al-Attas berpendapat bahawa ilmu itu sendiri sebenarnya
tidak bersifat neutral, budaya yang berbeza memiliki konsep yang juga berbeza
mengenai ilmu walaupun ada persamaan mengenainya. Imam al-Ghazali di dalam
kitabnya Ihya ’Ulum al-Din mendefinisikan ‘ilmu’ itu kepada daya membuat generalisasi,
konsepsi terhadap idea-idea yang abstrak dan keupayaan memperoleh kebenaran
intelektual. Maka ‘budaya ilmu’ yakni apabila kedua-dua konsep budaya dan ilmu
digabungkan boleh diertikan sebagai segala aktiviti keilmuan yang dilaksanakan oleh
setiap anggota masyarakat dan diterima sebagai nilai utama dalam amalan mereka.

Manakala Ibnu Khaldun, seorang pemikir Islam di abad ke-14 pernah


menyatakan bahawa bangsa yang mempunyai kekuatan tenaga manusia serta
kekuatan tentera, walaupun berperanan untuk menjadikan bangsa itu kuat, tetapi ianya
tidak menjadi faktor utama bagi memberi kekuatan hakiki. Malah telah berlaku
beberapa peristiwa dalam sejarah bagaimana sesuatu bangsa yang kuat tetapi tidak
ditunjangi oleh budaya ilmu dan kemahiran yang baik, lambat-laun akan memeluk dan
menganuti ciri-ciri tamadun bangsa yang ditaklukinya.

Budaya ilmu dan kemahiran bagi sesebuah masyarakat memberi maksud


bahawa keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara
langsung, mahupun tidak langsung dengan teratur dalam kegiatan keilmuan dan
kemahiran bagi setiap kesempatan. Ia juga merujuk kepada kewujudan satu keadaan di
mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, organisasi, mahupun masyarakat
diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Di dalam
budaya ilmu dan kemahiran, ilmu dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi dalam
sistem nilai peribadi dan masyarakat, sementara kemahiran pula mampu menjadikan
sesuatu ilmu itu lebih bermanfaat kepada semua golongan masyarakat.

14
2.3 KEPENTINGAN BUDAYA ILMU DALAM NEGARA ISLAM

2.3.1 Masyarakat Berilmu

Sesebuah masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu sudah tentunya akan memiliki
beberapa ciri-ciri tertentu yang membezakan mereka dengan masyarakat yang tiada
berkecenderungan terhadap aktiviti keilmuan. Antara ciri-ciri masyarakat berilmu adalah
seperti:

 Penglibatan setiap ahli masyarakat di dalam kegiatan keilmuan


 Tindakan manusia baik secara individu mahu pun di peringkat masyarakat,
diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui
pengkajian mahu pun syura.
 Ilmu dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan
masyarakat di setiap peringkat.
 Individu dan institusi berpengaruh dalam masyarakat akan memberi keutamaan,
bantuan, kemudahan dan pengiktirafan yang tinggi kepada mana-mana pihak
yang melibatkan diri di dalam usaha mencari dan menyebarkan ilmu
pengetahuan
 Dalam diri dan masyarakat, tidak akan mengiktiraf sifat jahil, bebal dan anti ilmu.
 Dalam diri dan masyarakat yang berbudaya ilmu, akan menolak dan membenci
pandangan, pernyataan, serta amalan yang tidak berasaskan ilmu dan
kebenaran.
 Budaya ilmu bukan sekadar kesungguhan memahami, mendalami dan
menghayati sesuatu bidang ilmu tetapi lebih penting juga mampu menjelmakan
sifat keilmuan dalam pelbagai bidang dan merentas bidang agar pemaduan ilmu
dapat mewujudkan kepaduan diri dan masyarakat.

15
Oleh itu, masyarakat yang berbudaya ilmu seharusnya memiliki beberapa nilai tertentu
iaitu:

 Kepentingan Ilmu

Masyarakat yang berbudaya ilmu akan menjadikan ilmu sebagai asas segala
kebaikan. Ilmu yang dipelajari bukanlah tiket untuk mendapatkan kemewahan
material, melahirkan pekerja yang cekap atau peluang untuk pekerjaan lumayan
tetapi lebih kepada penanaman sikap untuk memuliakan ilmu dengan cara
menuntutnya dan seterusnya menghayatinya seumur hidup. Pendidikan menurut
Ibnu Khaldun dapat membantu individu dan masyarakat menuju kemajuan dan
kecemerlangan.

 Hasil Ilmiah Yang Berkekalan

Berkekalan di sini bermaksud bahawa sebarang usaha dan hasil yang berteraskan
ilmiah itu seharusnya merupakan sumbangan dan amal kebajikan penting bagi diri
sendiri dan juga manusia, dan sumbangan tersebut akan diberi ganjaran yang
bersifat kekal. Ilmuwan Muslim berpegang kepada ganjaran pahala amal jariah di
akhirat.

 Usaha Keilmuan Yang Berkekalan

Di dalam masyarakat yang berbudaya ilmu, anggota masyarakatnya perlu maklum


bahawa pendidikan itu adalah proses pembelajaran sepanjang hayat yakni dari
buaian hingga ke liang lahad.

16
 Hormat-Kritis Terhadap Ilmu

Masyarakat berbudaya ilmu juga mesti berani mencari kebenaran dan memperbaiki
hasil pemikiran tokoh ilmuwan terdahulu. Perkara ini dapat disaksikan melalui
rentetan sejarah di mana Imam Syafi’i serta Imam Abu Hanifah pernah berguru
dengan Imam Malik. Contoh lain pula Imam al-Ghazali mengkritik kekeliruan ahli
falsafah Islam yang terpengaruh dengan unsur dan pemikir Yunani tetapi tetap
mengakui sumbangan dan keagungan para pemikir Yunani tersebut.

 Kesinambungan Tradisi Keilmuan

Peka dan sedar betapa pentingnya kesinambungan atau sejarah ilmu atau keilmuan
juga sebuah nilai yang amat mustahak di mana ilmu itu sendiri tidak terbatas
kadarnya serta manusia itu sendiri tidak akan dapat memikirkannya bermula dari titik
kosong. Khazanah keilmuan generasi terdahulu dan juga semasa seharusnya
diketahui dan seterusnya direkodkan.

 Kepimpinan

Masyarakat yang mahu memilih barisan para pemimpin mereka setentunya terlebih
dahulu mesti memahami dan menghayati budaya ilmu itu sendiri sebelum menilai ,
memilih dan mengukuhkan pemimpin yang berilmu , adil , bijaksana , berwawasan
jauh dan tegas . Ini juga bermakna , mana-mana individu atau kumpulan pemimpin
yang mahu memimpin masyarakat , semestinya melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu
dasar dan kepakaran yang sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa
bersesuaian dengan keperluan zamannya .

17
 Pengiktirafan Peranan Wanita

Wanita memang berperanan besar di dalam menentukan dan membina budaya ilmu
dan ketinggian tamadun manusia. Islam yang bersumberkan dari wahyu atau hadis,
memerintahkan kepada kaum Muslimin, lelaki dan juga perempuan untuk sama-
sama menuntut ilmu pengetahuan dan menjalankan tanggungjawab sebagai
khalifah dan hamba Allah SWT di muka bumi ini. Isteri-isteri Rasulullah sendiri
terutamanya Siti Aisyah adalah sumber rujukan para sahabat khususnya mengenai
al-Quran, hadis, feqah selain syair, sejarah Arab, nasab keturunan (salasilah) dan
juga perubatan. Jelas di sini bahawa, kaum wanita memberi kesan kepada
sesebuah institusi keluarga.

2.3.2 Pembudayaan Ilmu Dalam Masyarakat

Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan


kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda
ke arah daya fikir tinggi dan daya kreatif di kalangan individu dan bangsa. Semua
agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan
sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.

Budaya ilmu ialah kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat
melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-
kegiatan keilmuan di setiap kesempatan dan keadaan di mana segala tindakan
manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan
dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan. Bahkan, budaya ilmu ialah satu budaya
yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci
segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

18
2.3.3 Cabaran Budaya Ilmu

Terdapat banyak cabaran yang perlu ditangani agar hasrat untuk mewujudkan sebuah
masyarakat yang berbudaya ilmu pada zaman sekarang. Antaranya ialah:

1. Salah tanggapan masyarakat terhadap ilmu.

2. Pengaruh berlebihan budaya korporat dan penswastaan terhadap ilmu dan sistem
pendidikan.

3. Tiada wujudnya kesinambungan usaha intelektual di alam karier.

4. Institusi informal dan non-formal dalam masyarakat yang pincang.

5. Kurangnya imbalan atau insentif pihak kerajaan kepada para ilmuwan dan kegiatan
intelektual.

6. Khazanah karya intelektual yang dilupakan.

Persoalannya apakah yang akan terjadi sekiranya masyarakat kita tidak berbudaya
ilmu? Masyarakat yang tidak berbudaya ilmu pastinya akan berbudaya jahil atau bebal,
bukan kerana ketiadaan maklumat atau fakta yang betul tetapi kerana rendahnya sifat
rohaniah dan degil walaupun mempunyai maklumat yang betul dan cukup.

19
2.4 KESIMPULAN

Untuk memupuk kesedaran berbudaya ilmu di dalam masyarakat bukanlah satu


impian yang terlalu ideal atau mustahil untuk dicapai. Ini kerana melalui pengalaman
sejarah silam, generasi manusia terdahulu seperti masyarakat Yunani, China, India dan
Islam itu sendiri pernah mencapainya di dalam pelbagai bidang keilmuan. Kecanggihan
sains dan teknologi yang didominasi oleh negara-negara Barat dan negara Jepun
moden sekarang ini adalah manifestasi dari budaya ilmu yang disemai di dalam
masyarakat mereka. Ibn Khaldun sendiri ada menyatakan bahawa ilmu pengetahuan
dan pengajaran (ta’lim) merupakan hal semula jadi di dalam peradaban manusia. Jadi,
tidak hairanlah bilamana tokoh itu tersebut pernah menyatakan bahawa sejarah jatuh
bangun sesuatu bangsa berkaitan dengan budaya ilmu yang dihayatinya.

Imam Shafie menegaskan bahawa: “Sesiapa yang berkehendakkan kepada


keduniaan, maka hendaklah dia mencari ilmu dan sesiapa yang berkehendakkan
kepada akhirat juga hendaklah dia mencari ilmu.”

20
BIBLIOGRAFI

Mustafa Haji Daud (1991). Bab Lima: Ilmu Pengetahuan. Tamadun Islam. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., hlm 195-198.

Tiada Nama Pengarang (2009). Kepentingan Budaya Ilmu dalam Pembentukan


Masyarakat Bertamadun. Dilayari pada 6 September 2010 dari laman web
http://drmindailmu.blogspot.com/2009/07/kepentingan-budaya-ilmu-dalam.html

21
LAMPIRAN

22

You might also like