You are on page 1of 13

PENGENALAN

Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum
yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara
kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan
mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang
diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan
masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti
juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu
maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.

KELAHIRAN

Sewaktu Mengandung

Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil
menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan
sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud
`kandungan ibu� dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai
bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa
bersalin. Adat Valaikaappu diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar
India. Upacara ini akan diadakan di rumah suami atau ibu bapa dan disertai oleh kaum
wanita yang telah bersuami dan mempunyai anak yang dipanggil cumanggali. Gelang
tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang
kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak
dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi
bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.

Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita


hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke
dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil.
Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang
  tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih
pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan.
Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang
tamu dan seterusnya upacara memandikan wanita
hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali
Ibu memakaikan gelang emas   sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil
tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan
dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa
muda, air mawar dan bunga-bungaan. Setelah mandi, wanita hamil tersebut akan dihias
seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh
suaminya. Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru
yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu minyak
kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan
upacara. Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti
pelbagai jenis nasi, kuih muih, buah-buahan dan bunga-bungaan.
Adat ini dimulakan dengan upacara sembahyang.
Para cumanggali akan memulakan upacara dengan
menyapu krim cendana pada kedua belah tangan
dan pipi wanita hamil, kumkum diletak di dahi dan
gelang tangan dipakaikan. Makanan yang
disediakan juga disuapkan kepada wanita hamil
tersebut. Sebagai tanda terima kasih, wanita hamil
Menyapu kunyit pada
akan menghadiahkan sirih pinang, kunyit, bunga tangan dan pipi
dan beberapa gelang kepada cumanggali yang
menjalankan upacara ini.

Seterusnya upacara aalatti dijalankan iaitu


dengan menyediakan air kunyit yang
dicampurkan kapur sirih dan diisi dalam
sebuah dulang khas dan sirih diletakkan di
tengah-tengahnya. Kapur barus dihidupkan di
atas sirih tadi. Dulang diangkat oleh tiga
orang cumanggali dan diputar mengikut arah
jam dan dilambai sebanyak tiga kali di
hadapan wanita hamil tersebut. Salah
seorang cumanggali akan mencelup ibu
jarinya ke dalam air aalatti dan menyapunya
ke dahi wanita hamil itu. Setelah itu, isi
dulang aalatti dibuang di hadapan pintu
rumah.
Ibu mengelilingkan beras di atas
kepala sebanyak tiga kali
Seterusnya wanita yang hamil itu akan
memakan salah satu nasi yang disediakan.
Nasi-nasi tersebut diletak di atas daun pisang
berasingan dan seterusnya dibungkus dengan
kain putih dan disimpul. Wanita hamil itu
diminta membuka salah satu bungkusan yang
diingini. Jika bungkusan yang dibuka adalah
nasi manis, dipercayai anak yang bakal lahir
adalah perempuan, sebaliknya pula adalah
lelaki.

Selesai upacara valaikaapu dijalankan, wanita


hamil tersebut akan tinggal di rumah ibu
bapanya selama sebulan selepas bersalin.
Upacara valaikaappu ini masih diterima dan
Suami menyuapkan manisan
diamalkan masyarakat India tetapi
ke dalam mulut isteri disesuaikan mengikut faktor ekonomi,
pendidikan dan struktur lapisan masyarakat.

Semasa Bersalin

Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat dengan
tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan
menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa. Sebaik sahaja bayi
dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu
akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga bayi sebelum
tali pusat dipotong. Namun begitu adat ini disesuaikan dengan hanya membisikkannya
sebaik sahaja melihat bayi tersebut kerana perubatan moden tidak membenarkan
sesiapa memasuki bilik bersalin. Bisikan nama Tuhan pada telinga bayi adalah untuk
membolehkan bayi tadi mendengar nama Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain.
Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi tersebut.

Potong Tali Pusat

Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan
rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini
dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan
oleh ahli sihir.

Menyapu Madu

Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya.
Di samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang merupakan
campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan.
Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak
diserang sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan
memudahkan bayi bertutur.

Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi
akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran
bayi tersebut.

Selepas Kelahiran

Adat-adat berikut dijalankan selepas kelahiran bayi.

Membawa Bayi Pulang Ke Rumah

Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima,
ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke
rumah upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang
malapetaka dariapada berlaku.

Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang
dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali
mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali.
Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan
mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi
dulang aalati dibuang.

Mandi Selepas Bersalin

Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang lain di
sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu pertama, orang
luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan.

Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi
selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana
pembedahan dan kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin normal, si ibu akan mandi
selang sehari selepas bersalin. Beberapa herba dan dedaun seperti aadatoodai dididihkan
bersama air. Air tersebut digunakan untuk mandi. Rambut ibu akan dikeringkan dengan
segera dengan asap kemenyan bagi mengelakkan sakit kepala, selsema dan juga untuk
menyegarkan tubuh badan selepas bersalin.

Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu petang oleh seorang wanita yang
berpengalaman. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan
menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Ia
bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai
bahan utama untuk melembutkan kulit bayi.

Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang belakang
bayi supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turut
diurut. Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan kacang hijau
yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk mengelakkan
penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan
mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan
kahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak
yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akan
dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi.

Mendodoi Bayi

Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India.
Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah.
Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia
bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun amalan ini semakin
berkurangan dilakukan dan hanya diamalkan oleh generasi tua sahaja.

Berendoi

Memberi Nama

Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia
dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga
yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa.

Upacara dimulakan dengan mengadakan upacara sembahyang sebagai tanda


kesyukuran. Terdapat juga upacara memuja Dewi Pecciyamman dan Dewi Kaatteeri
dilakukan oleh segelintir masyarakat India. Upacara pemujaan dilakukan dengan
membersihkan sekeliling rumah dan memasang lampu minyak di keliling rumah. Bahan-
bahan persembahan juga disediakan seperti kari ayam betina, telur rebus, ikan kering
dan sebagainya. Bayi kemudiannya dimasukkan ke dalam buaian dan namanya
diumumkan pada orang ramai. Saudara mara yang hadir akan memberi pelbagai hadiah
dan upacara diakhiri dengan jamuan dan upacara sembahyang bagi mendoakan
kesejahteraan bayi.

Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh


kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan
dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan
mempengaruhi perwatakannya kelak.
Merisik

Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub
etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status
sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan
moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya
maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga
secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang
tengah yang dipanggil tirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik.
Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang
berdaftar.

Kunjungan Ke Rumah Pengantin

Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan
mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan
perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa
Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang
dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai.

Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta
serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan
mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak
perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka
hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-
barang tersebut.

Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang


air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin
perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani
para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas
oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat
India, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin
lelaki.

Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal


dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian.
Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal
pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh
masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira
poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati
poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam.

PERKHAWINAN
Ikat Janji

Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah
pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang
ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-
bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.

Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah
pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang
bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-
mara. Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat
janji.

Bertunang dan Adat menyuap kanl Sami memberikan


sembahyang kande ku'gumem

Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan
persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan
tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua
pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Kemudian
mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk
pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya. Kemudian upacara niccayam akan
dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga.

Parisam

Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa
adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan,
manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di
sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam
umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari
yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan
menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan
oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali.

Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin
lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat
muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan
menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang
tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan
puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan.

Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu.
Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari
dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis
sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu
barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih
dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan
dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang
saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan.
Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad
jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin.

Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat ikat janji
(niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh
masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan
upacara tersebut untuk mengelakkan pembaziran.
Sebelum Majlis Perkahwinan

Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu
dijalankan terlebih dahulu, antaranya :

Kad Jemputan

Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India.
Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan,
bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah
dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.

Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk
dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang
ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini
dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin
perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa
yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara
rasmi.

Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)

Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan


pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang
disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat
India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya. Ini disebabkan
terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini
dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan
membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat
thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk
membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di
tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk
menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali.

Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal.
Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari
untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada
emas. Ini kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat
dan tidak dicuri orang.

Mukuurtta Kaal

Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta
kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk
menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang
untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter
dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter.

Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan


dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum,
kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada
Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambil
dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin
akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal
hingga hujung. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga
menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan
bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang
kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta lima orang
perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan
lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam
sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat
mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki.

Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara


pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan
dalam masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya
Thairumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku
kaum.

Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi
hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke
kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara
Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit
tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan
keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan.

Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan


berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua.
Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah
selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan
mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang
yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan
seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras
dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa
atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan
dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.
Pengantin Bersanding

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan


mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian
atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa
(membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua)
dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak
tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara
ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.

Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan
untuk mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk
melangsungkan perkahwinan, pengertian thaali, valatu kal, pemberian manisan, hadiah,
penghormatan kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan perkahwinan dan
meroboh khemah perkahwinan.

Kolem dan Khumbem Alipu (Mengarak Lampu) Minji (Sarung Cincin Lelaki)
Paal (Menyapu Susu Lelaki) Minji (sarung Cincin Wanita) Paal (Menyapu Susu Wanita)

Paal Abisygem
Upacara Akad Nikah Memohon Doa Restu
(Cuci Kaki Ibu Bapa)

Paal Abisygem Malei Mathel Ayeer Mantherem


(Cuci Kaki Ibu Bapa) (Bertukar Bunga Malei) (Juru Nikah)

Otthianem (Aksesori) Perkakasan Upacara Perkahwinan Perkakasan Upacara Perkahwinan

Phavitirem - Theperpul
Poree (Membakar Ramuan) Samenthi Phutu
(Memakai Cincin Daun)
Thali Vaalem Varuthel Tallapha
(Rantai Daripada Benang) (Membuat Tiga Pusingan) (Perhiasan Kepala)

 Selepas Majlis Perkahwinan

Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu
perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah
pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri.
Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari.
Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan
jamuan.

Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum khemah
dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan.
Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja yang
diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan.

Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya
perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya
jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali daging kerana
daging amat dilarang dalam agama Hindu. Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara
serta sahabat handai.

kematian

Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian
adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga
menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur,
tetapi kembali ke alam barzakh . Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau
dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan.

Semasa Kematian

Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu.
Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci
amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih
pinang diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai
simbol ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati
sebelum disembahyang. Sepanjang mayat berada di dalam rumah, si mati perlu dijaga
dengan sebaiknya. Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki
diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada. Mata dan mulut mayat juga perlu
ditutup rapat. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain. kunyit
disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas
dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan
disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan
kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau. Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-
gambar yang tergantung diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari
ruang tamu. Lagu-lagu suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan seumpamanya
dinyanyikan serta diimainkan sehingga ke tanah perkuburan. Tujuannya agar roh si mati
sentisa tenang dan aman.

Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau
halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati
sahaja boleh membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai,
perigi atau sumber-sumber air yang lain, kecuali air paip. Buyung yang berisi air akan
ditutup dengan menggunakan kain dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air
tersebut. Kaum wanita pula akan menyambut air tersebut yang digunakan untuk
memandikan mayat. Sebelum dimandikan, minyak dan araippu digunakan untuk
disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir. Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli
keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat. Belakang tapak tangan digunakan
untuk menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan sebagaimana
lazimnya. Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah berumur. Selepas
dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat
perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki. Mayat yang sudah dibersihkan itu akan
diletakkan di ruang tamu sebagai langkah menghormati tetamu.

Upacara Menanggalkan Thaali

Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah


kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh
ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia. Dalam upacara tersebut,
si isteri hendaklah duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan sebuyung air semasa
mayat suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu dan
kemudian bunga tersebut dikalungkan pada si mati. seterusnya seorang wanita yang
sudah berusia dan mempunyai hubungan kekeluargaan akan memegang tangan si mati
sambil mengalungkan kalungan bunga ke leher balu dan proses ini dilakukan sebanyak
tiga kali. Balu tersebut dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang
berisi minyak, bunga dan susu yang dibawa oleh seorang perempuan lain. Ini dilakukan
seolah-olah menunjukkan si suami membuangkan thaali dari leher balu. Thaali itu
seterusnya akan dimasukkan ke dalam dulang dan disimpan dalam rumah.

Upacara Vaaikkarisi

Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda.
Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut
mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan
inilah yang dinamakan vaaikkarisi. Makanan yang akan dimasukkan ke dalam mulut
mayat berupa beras yang diletakkan di dalam sebuah dulang dan diletakkan berhampiran
kepala mayat. Sebelum dimasukkan ke dalam mulut mayat, beras akan diarak dari kiri
ke kanan. Duit syiling yang diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan kain
putih. Ini dilakukan oleh kaum perempuan sahaja. Upacara vaaikkarisi akan dilakukan
oleh kaum lelaki di tanah perkuburan pula, justeru itu kaum perempuan amat dilarang
turut serta ke tanah perkuburan. Sekiranya si mati mempunyai cucu atau cicit, mereka
dikehendaki memegang neippantam. Neip bermaksud minyak sapi dan pantam adalah
obor. Beberapa batang kayu kecil akan dibalut di bahagian hujung dengan menggunakan
kain yang disapu dengan minyak sapi dan dinyalakan. Cucu atau cicit tersebut
dikehendaki mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali. Pada masa yang
sama lagu-lagu suci dimainkan. Saudara mara yang terdekat akan memberi sari atau
dhoti kepada si mati sebagai hadiah terakhir. Keranda akan ditutup dan diangkat untuk
dibawa ke tanah perkuburan, pada masa yang sama ucapan tenna adudaiya shinanee
pottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh
tuhan. Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali
sebagai tanda penghormatan.

Kollic Catti

Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat
dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat
pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa.
Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk
ibu. Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa
kollic catti dikehendaki mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup
lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh. Ada juga yang mencukur janggut atau
misai sebagai menggantikan rambut. Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan
dengan bahan-bahan seperti padi goreng, biji sawi dan bijan. Sepanjang perjalanan,
bahan-bahan tersebut ditabur dan setiap bahan-bahan tadi mempunyai perlambangan
yang tersendiri.

Pengebumian

Mayat orang India akan diusung ke tanah perkuburan dengan menggunakan pengusung.
Apabila tiba di tanah perkuburan, pengusung perlu membayar duit kepada
penyelenggara sebagai upah mengorek liang lahad. Keranda akan digerakkan beberapa
kali sebelum menghampiri liang lahad. Pergerakan dimulakan dengan dengan mengubah
bahagaian kaki ke kubur dan kemudian bahagian kepala. Ini adalah seperti pergerakan
bayi yang berada di dalam kandungan. Oleh itu si mati dipercayai berada di dalam perut
Dewi Bumi. Kemudian keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi mayat yang
dikebumikan atau diletakkan di atas kayu api unyuk dibakar. Duit syiling dimasukkan ke
dalam dhoti dan diletakkan di antara kaki mayat, lalu diambil oleh pengurus kubur
sebagai tanda keizinan mayat dikebumikan. Setelah itu upacara sembahyang dilakukan
oleh semua yang berada di situ.

Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga kali
menurut arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic catti
dengan menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali. pada pusingan ketiga,
pembawa kollic catti berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak
menghadap mayat. Kemudian tiga batang kayu yang menyala dibakar dan disusun ke
tanah satu persatu. Upacara ini dilakukan untuk mengurangkan kesedihan keluarga si
mati. Setelah mayat dikebumikan, satu bentuk manusia akan dilukis di atas kubur. Satu
lubang akan dibuat di bahagian kepala dan susu akan dicurahkan pada lubang tersebut.
Ada juga yang memasukkan bijirin ke lubang tersebut. Selesai upacara tersebut, semua
yang hadir perlu ke rumah si mati untuk upacara penyempurnaan adat pengebumian
sebelum balik ke rumah.

Selepas Kematian

Selepas selesai upacara pengebumian, beberapa adat seperti berikut akan dilakukan.
Membersihkan Rumah

Rumah perlu dibersihkan sebaik sahaja mayat dibawa ke kubur. lampu minyak
dinyalakan dibekas tempat pembaringan mayat dan selepas itu ahli-ahli keluarga
dikehendaki mandi untuk membersihkan diri selepas upacara pengebumian dijalankan.
Makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran atau haiwan yang tidak berdarah akan
dihidangkan untuk ahli-ahli keluarga si mati. Sebaldi air akan diletakkan di hadapan
rumah dan lampu minyak sentiasa dinyalakan. selain itu debu suci dan garam
disertakan. Kemudian ahli-ahli keluarga dikehendaki menyentuh garam dan menyapu
pada dahi sebelum masuk ke dalam rumah. Air yang berada di dalam baldi digunakan
untuk mencuci kaki dan selepas itu berakhirlah sudah upacara pengkebumi. Bagi mereka
yang membawa kollic catti akan pulang ke rumah untuk melakukan upacara kollic catti.
Pembawa kollic catti hendaklah mandi di sungai atau kolam dan kemudian barulah boleh
masuk ke rumah. Ini adalah menunjukkan tamatnya upacara kollic catti.

Mengumpul Abu Mayat

Bagi mayat yang dibakar, abu mayat akan dikumpulkan keesokan harinya. Susu terlebih
dahulu disiram pada abu mayat untuk menyejukkan bara api. Kemudian abu bahagian
kepala dimasukkan ke dalam sebuah periuk , manakala abu yang lain dimasukkan ke
dalam periuk yang berasingan. Abu yang telah dimasukkan ke dalam periuk akan
disembahyangkan oleh ahli keluarga. Terdapat dua cara dalam pengurusan abu mayat di
kalangan masyarakat India, iaitu samada abu mayat ditanam atau dimasukkan ke dalam
kain kuning dan dilepaskan ke laut.

Berkabung

Masyarakat India seperti juga masyarakat lain akan berkabung selepas berlakunya
sesebuah kematian. Tempoh mula berkabung samada lapan atau enam belas hari
selepas kematian. sekiranya mereka berkabung selepas lapan hari kematian, saudara-
mara dan sahabat-handai akan berkumpul di rumah si mati dengan membawa pelbagai
jenis juadah tradisional termasuklah sayur-sayuran dan buah-buahan. Semua ini dibawa
untuk dipersembahkan kepada si mati. Gambar atau potret si mati diletakkan di atas
almari atau dinding dan kemudian dikalungkan dengan bunga yang menarik. Di sisi
gambar tersebut pula dinyalakan lampu minyak dan bunga ditabur. Kemudian upacara
sembahyang dimulakan dengan meminta Tuhan supaya melindungi si mati. pada masa
yang sama nyanyian lagu-lagu suci dimainkan. setelah itu makanan dihidangkan kepada
para tetamu. Berkabung pada hari keenam belas pula dipanggil sebagai karumaati iaitu
hari bersembahyang. Sebuah khemah yang lengkap dengan kerusi didirikan. Potret si
mati dihias dengan cantik dan seorang pedanda dijemput untuk upacara sembahyang.
Batu-bata diikat dengan benang dan dibalut dengan kain merah dan dimasukkan ke
dalam periuk. Kemudian batu tersebut dibasahkan dengan air, susu, air kelapa muda dan
air mawar. Upacara basahan batu-bata itu dinamakan sebagai kal niruttutal atau upacara
mendirikan batu. Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Upacara sembahyang
dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali sembahyang, makanan dihidangkan kepada
para tetamu. Sembahyang yang pertama dilakukan pada pukul sebelas malam.
Sembahyang yang kedua dilakukan pada pukul dua belas malam dan yang ketiga pada
awal pagi. Hari berikutnya pedanda mengambil rumput dan membuat bentuk seperti
keranda. Rumput akan dibakar dan mentera serta doa dibaca, bertujuan agar roh si mati
sentiasa dalam keadaan tenang dan aman. Selesai upacara bersembahyang, pedanda
akan dibayar dengan upah berbentuk wang ringgit, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Dengan ini, berakhirlah upacara karumaati.

You might also like