You are on page 1of 9

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Pengumpulan data akan dijalankan menerusi

satu soal selidik berkenaan aplikasi ICT sebagai satu daripada alat bahan bantu mengajar

oleh guru pelatih PISMP bagi tiga opsyen utama semasa menjalani praktikum. Huraian

dalam bab ini akan menjurus kepada reka bentuk kajian, populasi dan persampelan,

instrumen kajian, kebolehpercayaan dan kesahan instrumen , kajian rintis, prosedur

pengumpulan data dan prosedur analisis data.

Reka bentuk kajian

Menurut Kerlinger (1973) reka bentuk kajian adalah bertujuan untuk mencari

maklumat dan mengawal pembolehubah. Oleh itu satu reka bentuk kajian yang teguh

adalah diperlukan dalam membuat kajian agar maklumat yang didapati boleh digunakan

untuk menjawab persoalan kajian.

Borang soal selidik berstruktur akan digunakan sebagai instrumen utama kajian

ini. Sampel kajian terdiri daripada 61 orang daripada 101 jumlah keseluruhan guru

pelatih yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PISMP ) melibatkan

opsyen Sains, Matematik dan Bahasa Arab. Rekabentuk kajian yang digunakan adalah

berbentuk deskriptif dan kualitatif.

Pembolehubah bersandar ialah Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Ini kerana

berdasarkan aktiviti yang dicatatkan pada buku RPH akan menjadi rujukan tentang

pemilihan kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Guru-guru
pelatih PISMP ini akan diberi penerangan terlebih dahulu sebelum mereka menjalani

praktikum tentang cara menjawab inventori.

Populasi dan Persampelan

Lokasi kajian ialah di 21 buah sekolah di Daerah Kota Setar dan Daerah Kubang

Pasu di mana guru-guru pelatih PISMP ini ditempatkan. Populasi kajian ini terdiri

daripada 101 orang pelajar PISMP IPG Kampus Darulaman meliputi opsyen Matematik,

Sains dan Bahasa Arab. Bilangan sampel yang akan dipilih adalah seramai 61 orang yang

terdiri dari pelajar ketiga-tiga opsyen. Pelajar yang menjalani praktikum ini dipilih

sebagai sampel kerana mereka adalah kohot pertama Program Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan yang berada di Semester 7.

Instrumen

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik yang

digubal sendiri oleh pengkaji berdasarkan sumber yang dikenal pasti daripada kajian Abu

Bakar (2009). Soal selidik tentang kajian ini digunakan untuk mengumpul data mengenai

cara guru pelatih mengaplikasi ICT dalam membina bahan bantu mengajar dan

persediaan untuk dapat dilaksanakan dalam pengajaran.

Bagi memenuhi keperluan kajian, soal selidik ini dibahagikan kepada lima

bahagian utama, iaitu Bahagian A (latar belakang responden), Bahagian B ( Maklumat

tentang pengetahuan tentang kandungan sukatan pelajaran sebelum praktikum), Bahagian

C (Maklumat tentang pengetahuan tentang kandungan sukatan pelajaran semasa

praktikum), Bahagian D ( maklumat cara penggunaan perisian dan bahan bantu


mengajar) dan Bahagian E ( maklumat cara pengajaran dan pembelajaran ). Dan dua

soalan terbuka untuk dijawab oleh responden.

Bahagian A : Latar Belakang Responden mengandungi 4 item utama. Bahagian

ini mengandungi soalan-soalan berkenaan latar belakang responden seperti gender,

pengkhususan major dan minor dan jumlah waktu mengajar semasa menjalani praktikum.

Bahagian B : Menilai tahap kesediaan dan pengalaman pelajar terhadap teknologi

ICT. Dalam bahagian ini , sebanyak 15 item dikemukakan adalah berbentuk skala Likert

5 poin di mana nilai 1 = Sangat Tidak Bersetuju, 2 = Tidak Bersetuju, 3 = Sederhana

Bersetuju, 4 = Bersetuju dan 5 = Sangat Bersetuju. Bahagian ini digubal untuk menjawab

persoalan kajian 1.

Bahagian C : Aplikasi ICT pelajar semasa menjalankan pelbagai aktiviti

pengajaran mengandungi 10 item adalah berbentuk skala Likert 5 poin di mana nilai 1 =

Sangat Tidak Bersetuju, 2 = Tidak Bersetuju, 3 = Sederhana Bersetuju, 4 = Bersetuju dan

5 = Sangat Bersetuju. Bahagian ini digubal untuk menjawab persoalan kajian 2.

Bahagian D : Keyakinan dan motivasi pelajar mengaplikasikan ICT adalah untuk

menjawab persoalan kajian 3. 10 item digubal adalah berbentuk skala Likert 5 poin di

mana nilai 1 = Sangat Tidak Bersetuju, 2 = Tidak Bersetuju, 3 = Sederhana Bersetuju, 4 =

Bersetuju dan 5 = Sangat Bersetuju.

Bahagian E : Masalah atau kekangan yang wujud dalam pengajaran dan

pembelajaran menggunakan ICT mengandungi 10 item adalah berbentuk skala Likert 5

poin di mana nilai 1 = Sangat Tidak Bersetuju, 2 = Tidak Bersetuju, 3 = Sederhana

Bersetuju, 4 = Bersetuju dan 5 = Sangat Bersetuju. Bahagian ini digubal untuk menjawab

persoalan kajian 4.
Pemilihan skala Likert 5 poin kerana ia membolehkan pengumpulan maklumat

tentang darjah persetujuan responden terhadap tiap-tiap item yang digunakan. Selain

daripada itu, skala Likert dikatakan mempunyai darjah kebolehpercayaan yang lebih

tinggi.

Selain itu terdapat 2 soalan terbuka untuk dijawab oleh responden di mana ianya

adalah untuk member ruang kepada responden menyatakan dengan lebih bebas dua

perkara utama iaitu sama ada mereka telah benar-benar bersedia dan juga masalah-

masalah sebenar yang dihadapi oleh mereka sebelum, semasa dan selepas mengendalikan

pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT.

Kebolehpercayaan dan Kesahan

Kebolehpercayaan adalah merujuk kepada ketekalan sesuatu instrument

penyelidikan dalam melahirkan skor yang setara. Dapatan-dapatan penyelidikan akan

menjadi tidak bermakna sekiranya instrumen penyelidikan yang digunakan tidak dapat

mengukur apa yang instrumen tersebut sepatutnya hendak ukur. Instrumen penyelidikan

yang hendak digunakan untuk mengumpul data, perlu mencapai tahap piawaian

kebolehpercayaan dan kesahan yang telah ditentukan.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada satu set soal selidik

yang dibentuk untuk mengumpul data mengenai kesediaan pelajar PISMP

mengaplikasikan ICT sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran

semasa menjalani praktikum. Semua item soal selidik yang digubal oleh penyelidik
adalah berdasarkan karya-karya berkaitan yang disesuaikan dengan kajian ini. Oleh

kerana itu, instrumen yang dihasilkan mempunyai kesahan muka.

Manakala kesahan kandungan instrumen diperolehi dengan bantuan ‘pakar’ dalam

bidang penyelidikan iaitu dua orang pensyarah dari Jabatan Penyelidikan &

Pembangunan Profesional IPG Kampus Darulaman.

Kajian Rintis

Satu kajian rintis telah dijalankan terlebih dahulu untuk menguji soal selidik. Ia

dilaksanakan pada awal bulan Mac 2010 dengan melibatkan seramai 10 guru pelatih

PISMP di IPGM Kampus Darulaman yang telah menjalani latihan praktikum fasa 2.

Dalam hal ini, Hashim Othman (1989) menjelaskan bahawa secara khusus kajian

rintis bertujuan untuk memastikan setiap perkataan yang digunakan dalam soal selidik

mempunyai maksud yang jelas dan mempunyai maklumat-maklumat lengkap untuk

dijadikan alat kajian.

Hasil daripada kajian rintis, penyelidik mendapati bahawa soal selidik yang

dikemukakan boleh difahami memandangkan setiap item dalam soal selidik telah dijawab

dengan sempurna sebagaimana yang dikehendaki. Berdasarkan maklum balas tersebut,

penyelidik berkeyakinan bahawa soal selidik ini boleh ditadbir kepada para responden

yang sebenar untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan.

Cronbach Alpha digunakan untuk menguji ketekalan dalaman terhadap soalan-

soalan yang dibina. Untuk mendapat ketekalan dalaman, penyelidik menggunakan

perisian “Statistical Package For Social Science” (SPSS).


Hasil ujian ini menunjukkan nilai Cronbach Alpha berjulat 0.635. Nilai ini

menunjukkan bahawa soal selidik tersebut sesuai digunakan untuk tujuan kajian. Ini

kerana pekali kebolehpercayaan yang bernilai sekurang-kurangnya 0.60 sering digunakan

sebagai asas menentukan kebolehpercayaan soal selidik yang digunakan dalam kajian

(Mohd Majid Konting, 1990).


Prosedur Kajian /Analisis Data

Proses mentadbirkan soal selidik ini adalah seperti berikut :

Langkah pertama : Selepas prosposal cadangan diluluskan oleh penyelia, pengkaji

telah memohon melalui Ketua Penyelaras Penyelidikan dan Inovasi, Bidang Pengajian

Pendidikan, Universiti Utara Malaysia untuk mendapatkan kebenaran menjalankan kajian

dari Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran

Malaysia. Surat kebenaran ini telah dipanjangkan kepada pihak-pihak lain yang

berkenaan.

Langkah kedua : Permohonan untuk menjalankan kajian ke atas sampel yang

dipilih di sekolah adalah berpandukan kepada surat permohonan Unit Praktikum IPG

Kampus Darulaman kepada Jabatan Pelajaran Negeri yang akan menempatkan pelajar ke

sekolah-sekolah terpilih untuk menjalani praktikum.

Langkah ketiga : Mengenal pasti senarai pelajar Program Ijazah Sarjana Muda

Perguruan Semester 7 Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang akan digunakan

sebagai responden dalam kajian. Taklimat kepada pelajar-pelajar PISMP yang akan

menjalani praktikum diadakan untuk menjelaskan objektif dan matlamat praktikum

dijalankan.

Pengiriman dan pengumpulan soal selidik ke sekolah-sekolah di mana pelajar

PISMP menjalani praktikum ini dilakukan sendiri oleh penyelidik. Pengumpulan soal

selidik dilakukan selepas seminggu pengiriman dibuat. Sebanyak 70 soal selidik yang

disampaikan (diedarkan) kepada responden melalui serahan tangan. Daripada jumlah

tersebut, semua 100% soal selidik telah dikembalikan semula. Mengikut Borg (1981)
untuk mendapatkan keyakinan terhadap sesuatu soal selidik yang ditadbirkan ia

memerlukan sekurang-kurangnya 70 peratus pulangan dari jumlah yang telah diedarkan.

Berpandukan pandangan pakar di atas, boleh dianggap bahawa 100% pulangan untuk

soal selidik yang ditadbirkan berada ditahap yang amat memuaskan.

Prosedur Penganalisisan Data

Berdasarkan maklumat-maklumat dari soal selidik yang telah ditadbirkan, data itu

dikumpul dan dikodkan. Selepas itu, data soal selidik ini telah dipindahkan ke dalam

komputer menggunakan perisian “Statistical Package For Social Science” (SPSS).

Data jenis statistik iaitu statistik deskriptif yang menghasilkan kekerapan, peratus

dan min adalah untuk menjawab soalan-soalan kajian 1,2,3,4 dan 5.

Kesimpulan

Bab ini menghuraikan metodologi kajian yang telah dijalankan. Aspek yang

dibincangkan ialah reka bentuk kajian, populasi dan persampelan, instrumen kajian,

kajian rintis, kebolehpercayaan dan kesahan, prosedur kajian dan prosedur analisis data.

Kajian ini adalah suatu kajian deskriptif yang menggunakan satu set soal selidik

sebagai instrumen kajian. Kajian ini tertumpu pada sampel daripada populasi guru

pelatih PISMP yang menjalani praktikum fasa 3.

Item-item yang digunakan dalam kajian adalah digubal oleh penyelidik

berdasarkan tinjuan bacaan dan penyelidikan sumber maklumat. Satu kajian rintis telah

dijalankan bagi memastikan soal selidik yang digunakan mempunyai maksud dan

maklumat-maklumat lengkap untuk dijadikan alat kajian.


Maklum balas responden yang diperolehi melalui jawapan soal selidik dianalisis

dengan menggunakan statistik deskriptif yang bertujuan mendapatkan maklumat

berkaitan kesediaan pelajar PISMP mengaplikasikan ICT sebagai bahan bantu mengajar

semasa menjalani praktikum.

MANA KESIMPULAN

You might also like