You are on page 1of 6

JURUTERA

mekatronik
Kejuruteraan mekatronik ialah hasil daripada gabungan sinergi tiga cabang utama
bidang kejuruteraan iaitu kejuruteraan mekanik, elektronik dan perisian. Tujuan
bidang kejuruteraan antara disiplin ini ialah kajian tentang automaton dari perspektif
kejuruteraan dan bertujuan pengawalan sistem hibrid termaju.

Mekatronik berpusat pada mekanik, elektronik dan pengkomputeran yang apabila


digabungkan, membolehkan penjanaan sistem yang lebih mudah, ekonomi, boleh
diharap dan serba guna. Kata lakur "mekatronik" dicipta oleh En. Tetsuro Mori, seorang
jurutera kanan di sebuah syarikat Jepun, Yaskawa pada 1969. Mekatronik boleh juga
dirujuk sebagai "sistem elektromekanik" atau kadang kala "kejuruteraan kawalan dan
automasi".

Sinergi gabungan dalam bidang mekanikal, elektronik dan komputer serta kawalan ini
menghasilkan ciptaan seperti robot, teleskop 'Hubble', pengesan pintar dalam sistem
kawalan anti-brek mati dan pemain cakera padat. Bukan itu sahaja, malahan perkakas
elektronik di rumah seperti mesin basuh, perakam video dan kamera digital.

Apabila diperhatikan dengan lebih lanjut didapati gabungan daripada tiga bidang iaitu
mekanik, elektronik dan perisian menghasilkan model sistem, manakala simulasi
adalah hasil daripada gabungan mekanik, perisian dan kawalan. Mikropengawal adalah
hasil daripada gabungan elektronik, kawalan dan perisian. Penderia pula adalah hasil
daripada gabungan elektronik, mekanik dan kawalan. Gabungan dua bidang pula
seperti mekanikal dan elektronik menghasilkan bidang elektromekanik. Manakala
gabungan mekanikal dan perisian menghasilkan reka bentuk berbantukan
komputer/pembuatan berbantukan komputer (CAD/CAM). Litar kawalan adalah hasil
daripada gabungan elektronik dan kawalan, sementara kawalan digital adalah hasil
daripada gabungan perisian dan kawalan. Mekatronik merangkumi semua ini.

Sibernetik kejuruteraan menangani soalan kejuruteraan kawalan sistem mekatronik. Ia


digunakan untuk mengawal atau melaraskan sistem seperti ini; lihat teori kawalan.
Paradigma berasaskan-komponen merupakan sejenis sistem pengeluaran kawalan
teragih yang menggunakan CAN atau LAN untuk menghubungkan modul mekatronik
berautonomi. Dengan berkerjasama, modul mekatronik menjalankan matlamat
pengeluaran dan mewarisi ciri pembuatan fleksibel dan tangkas dalam rancangan
pengeluaran. Kelengkapan pengeluaran moden terdiri dari model mekatronik yang
disepadukan mengikut satu seni bina kawalan. Seni bina yang paling terkenal
melibatkan hierarki, poliarki, heterarki dan hibrid. Kaedah yang digunakan untuk
mecapai kesan teknik dierangkan oleh algoritma kawalan, yang mungkin menggunakan
kaedah formal dalam reka bentuknya.

Ijazah kejuruteraan mekatronik biasa akan mengandungi kelas dalam matematik


kejuruteraan, mekanik, reka bentuk komponen mesin, reka bentuk mekanik,
termodinamik, litar dan sistem, elektronik dan komunikasi, teori kawalan,
pemprosesan isyarat digital, kejuruteraan kuasa dan robotik.

Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik (IEEE) mengkategorikan bidang mekatronik


untuk merangkumi produk dan proses dari segi [1]:
sistem pemodelan dan rekaan
penyatupaduan atau integrasi sistem
penderia (sensor) dan penggerak (actuator)
sistem kawalan pintar
robotik
sistem pengeluaran
sistem kawalan gerakan
sistem kawalan bunyi dan getaran
sistem peralatan mikro dan opto-elektronik
sistem automotif

Satu kelainan terbaru dalam bidang ini ialah biomekatronik, yang bertujuan
menggabungkan mesin dan manusia, biasanya dalam bentuk alat boleh tanggal seperti
rangka luar (exoskeleton). Ini merupakan versi nyata untuk peralatan siber
(cyberware).

Adalah dijangkakan sektor industri di Malaysia akan terus berkembang dengan pesat
disebabkan permintaan yang meningkat dari pasaran-pasaran yang kian bertambah
seperti pasaran peralatan elektronik dan telekomunikasi serta hasil pelaburan yang
dibuat oleh pelabur-pelabur asing. Sehubungan dengan itu, ramai tenaga kerja yang
terlatih dalam semua bidang kejuruteraan, merangkumi bidang kejuruteraan kawalan
dan instrumentasi diperingkat ikhtisas diperlukan.
Para graduan secara amnya boleh mendapat pekerjaan sebagai jurutera di industri-
industri berikut :

 Firma-firma pembuatan dan pemasangan kenderaan;


 Firma-firma pembuatan peralatan rumah seperti mesin basuh, TV, radio, periuk
elektrik, dll;
 Firma-firma pembuatan barangan elektronik seperti kamera, mesin pendua dll;
 Kilang-kilang pemproses makanan;
 Syarikat-syarikat minyak & gas;
 Firma-firma teknologi tinggi seperti industri angkasa lepas;
 Firma-firma perunding;
 Firma-firma kejuruteraan & pembangunan produk;
 Firma-firma pembuatan sistem automatan;
 Firma-firma kejuruteraan bioperubatan;
 Firma-firma pembangunan perisian;
 Badan-badan penyelidikan & pembangunan seperti institusi pengajian tinggi,
SIRIM, dll.

Mengikut jawatan pula, para graduan kursus ini boleh mengisi jawatan seperti
berikut :
* Jurutera Mekatronik * Jurutera E & M (Elektro-Mekanik)
* Jurutera Elektrik * Jurutera Penyelenggaraan
* Jurutera Elektronik * Jurutera Pemasangan
* Jurutera Pengeluaran * Jurutera Pemasaran
* Jurutera Rekabentuk * Pegawai Perancang
* Jurutera Proses * Pegawai Penyelidik
* Ahli Akademik * Pegawai Pemasaran
FOLIO
FIZIK
CHAPTER 3

Nama: Mohammad Amirul Ariff B. Mohammad

Tarmizi

Tingkatan: 4 Hambali

No Maktab: 10223
Nama Guru: Cikgu Azmi

FOLIO
KERJAYA

Nama: Mohammad Amirul Ariff B. Mohammad

Tarmizi

Tingkatan: 4 Hambali

No Maktab: 10223

You might also like