You are on page 1of 17

ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

ISI KANDUNGAN

SEKAPUR SIREH………………………………………………………….M/S 1

JENIS PERNIAGAAN……………………………………………………...M/S 2

LATAR BELAKANG KEHIDUPAN………………………………………..M/S 3

CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI………………………………..M/S 6

VISI/MISI DALAM PERNIAGAAN…………………………………………M/S 7

PRINSIP HIDUP…………………………………………………………….M/S 8

CIRI-CIRI/KOMPETENSI USAHAWAN YANG DIMILIKI……………….M/S 9

KEBAJIKAN/SUMBANGAN………………………………………………..M/S 11

KESIMPULAN……………………………………………………………….M/S 12

LAMPIRAN…………………………………………………………………..M/S 13

0
ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

SEKAPUR SIREH

Alhamdulillah syukur saya kehadrat ilahi kerana telah berjaya menyiapkan


tugasan bagi subjek Entrepreneurship untuk semester 4 bagi sesi Julai –
Disember 2010. dengan limpah dan rahmat-Nya, saya dapat menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya walaupun mengalami serba sedikit masalah.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Puan Wan Zaiti Hastuti iaitu pensyarah subjek ini kerana telah banyak memberi
tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada keluarga saya yang juga
memberi semangat dan dorongan. Ribuan terima kasih saya juga kepada
kawan-kawan yang telah memberi sokongan dan sedikit tunjuk ajar kepada saya
sepanjang tugasan ini dijalankan.

Di sini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tn. Haji Nordin b
Mohamad yang merupakan tokoh pilihan saya untuk tugasan Usahawan Idola
serta semua staff Nordin Batik Sdn Bhd walaupun saya tidak sempat bersua
muka dengan Tn Hj Nordin Bin Mohamad kerana beliau mempunyai hal yang
tidak dapat di elakkan, hasil daripada maklumat semua ahli keluarga beliau, staff
beliau akhirnya tugasan ini berjaya di siapkan. Semua jasa baik yang terlibat
dalam proses menyiapkan tugasan ini adalah amat saya hargai.

Sekian, Terima Kasih.

1
ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

TUAN HAJI NORDIN BIN MAHMOOD


PENGURUS NORDIN BATIK SDN BHD

JENIS PERNIAGAAN

Nordin Batik Sdn Bhd adalah sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan
perusahaan batik di negeri Kelantan. Syarikat ini adalah hak milik Tn Haji Nordin
dengan berasaskan nama Syarikat Sendirian Berhad. Syarikat ini beroperasi di
bawah naungan Tn Haji Nordin b. Mahmood yang menubuhkannya pada tahun
1993 iaitu tambahan kepada perniagaan yang dahulunya didaftarkan di bawah
Ordinan Perniagaan 1956 sebagai pemilik tunggal pada 1hb September 1981.
Dewasa ini, Nordin Batik telah menjadi syarikat yang terulung di negeri Kelantan
apabila wujudnya Wisma Nordin yang terletak pada di Lot 74, Kampung Paloh
Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan yang mana bernilai lebih kurang 2 juta. Di
samping mengusahakan perusahaan batik, Tn Haji Nordin juga telah
membangunkan hotel bajet Paloh Inn yang terletak pada bangunan yang sama,
di mana sekarang ini di uruskan oleh puteri Tn Haji Nordin, Pn. Azlizan bt Nordin.
Di bangunan wisma nordin juga terletaknya Showroom Nordin Batik iaitu
merupakan sebuah pusat jualan kraftangan yang pertama seumpamanya di
Bandar Kota Bharu yang di uruskan oleh puteri Tn Haji Nordin iaitu Pn Azlinda bt
Nordin.

2
ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

LATAR BELAKANG KEHIDUPAN TN HAJI NORDIN B MAHMOOD

N
ama Tn. Hj Nordin b. Mahmood tidak asing lagi dalam kalangan
pengusaha batik di negeri Kelantan malahan telah menempa nama
sebagai pengusaha batik negara. Beliau merupakan hasil
perkahwinan Mahmood b Mohamad bersama isterinya dimana kedua-duanya
adalah merupakan peengusaha batik tradisional. Beliau di lahirkan pada tanggal
24 September 1949 di negeri Cik Siti Wan Kembang di daerah Kubang Kerian.
Beliau telah menamatkan zaman bujangnya, berkahwin dan telah di kurniakan
dengan 6 orang cahaya mata iaitu 2 orang putera serta 4 orang puteri.

Anak jati negeri Kelantan ini menerima pendidikan pertamanya di Sekolah


Kebangsaan Padang Garong, Kota Bharu. Seterusnya telah melanjutkan
pelajaran untuk mendapatkan MCE di Sultan Ismail College (SIC), Kota Bharu.
Perumpamaan “ mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi “, cukup sinonim
dengan Tn Haji Nordin kerana beliau telah mewarisi bakat serta kepakaran
membuat batik dari ayah beliau iaitu Mahmood b. Mohamad.

Kehidupan zaman kanak-kanak beliau mungkin berbeza dengan kanak-kanak


lain, tatkala kanak-kanak lain cukup sibuk dengan permainan masing-masing,
mandi sungai dan sebagainya, beliau hanya bermain dengan warna dan kain
sahaja. Masakan tidak, apabila bangun pada waktu pagi, bapa beliau sudah
membuat batik. Di sebabkan itu beliau banyak menghabiskan masa di bangsal
batik bapa beliau.

Beliau telah memulakan perusahaan batik ini dari peringkat bawahan iaitu
dengan mengusahakan batik tradisional (batik blok) pada tahun 1972 dengan
menyewa premis di Jalan Gajah Mati, Kota Bharu.Perusahaan batik blok
tradisional adalah langkah bagi melangsungkan usaha bapa beliau dan di sinila
bermulanya era Nordin Batik.

3
ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

Beliau telah mendaftarkan perniagaan di bawah Ordinan Perniagaan 1956 iaitu


sebagi pemilik tunggal pada 1hb September 1981. Seterusnya beliau telah maju
setapak dan masuk ke arena batik ‘ canting ‘ pada tahun 1985 dan telah
berpindah ke Kg Sireh, Kota Bharu. Setelah menempuh pelbagai ranjau dalam
perniagaan beliau telah berjaya menubuhkan sebuah syarikat yang berasaskan
Syarikat Sendirian Berhad iaitu Nordin Batik Sdn. Bhd pada tahun 1993 dan
berpindah sekali lagi ke Kampung Paloh Pintu Geng.
Pada tahun 1993 juga merupakan tahun yang amat mendukacitakan bagi beliau,
kerana sekitar tahun itu zaman perniagaan batik merudum menyebabkan
permintaan terhadap batik menurun dan kemuncaknya kemelesetan ekonomi
negara setahun dua selepas itu. Situasi ini telah memaksa tiga perempat
pembuat batik di Kelantan gulung tikar akibat terpaksa menanggung kerugian.
Keadaan ini mengambil masa tujuh tahun untuk di pulihkan dan perusahaan
pada masa itu boleh di ibaratkan “ hidup segan mati tak mahu”, sehingga ada
orang bertanya masih adakah orang membuat batik ketika itu.

Berkat kesabaran beliau, setahun dua selepas itu perusahaan beliau mulai
bernafas kembali, batik mula laris seperti goreng pisang panas kerana kain
sutera dan penggunaan teknik lukis tangan di perkenalkan. Cara ini telah
membuka era baru dalam perusahaan batik.

Dengan perkembangan yang positif itu, ramai pengusaha batik dan penggemar
batik telah membuat tempahan kepada beliau untuk menjual batik di seluruh
negara. Setelah sekian lama beliau mengambil tempahan, beliau telah
mengambil langkah drastik iaitu dengan membuat keputusan untuk
menjenamakan batik buatan beliau sendiri pada tahun 2003 kepada Nordin
Batik. Dengan kegigihan dan ketabahan yang di miliki oleh beliau, syarikat ini
telah berkembang maju tahun demi tahu di dalam perusahaan batik seterusnya
menjadi syarikat yang terulung di Kelantan. Pada masa yang sama beliau telah
mewujudkan sebuah bangunan di atas tanah yang berkeluasan 11,200 kaki
persegi iaitu Wisma Nordin, Kota Bharu di Lot 74, Kampung Paloh Pintu Geng,
Kota Bharu, Kelantan.

4
ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

Sebagai seorang usahawan, usaha beliau tidak terhenti situ sahaja malah beliau
telah mempelbagaikan cabang dalam perusahaan beliau, antaranya adalah
Nordin Batik Showroom yang terletak di Wisma Nordin, di mana showroom
tersebut merupakan pusat pameran dan jualan kraftangan yang pertama di
Kelantan selain itu tidak melupakan misi asal beliau iaitu memasarkan batik.

Selain itu juga, beliau turut menceburi bidang perhotelan iaitu dengan
penubuhan Paloh Inn Hotel yang terletak di Wisma Nordin juga. Ini sangat
bertepatan dengan perumpamaan “sambil menyelam minum air”, kerana beliau
cukup bijak dalam merebut peluang yang berada di hadapan beliau. Sekarang
Showroom Nordin Batik dan Paloh Inn Hotel kini adalah di bawah pengurusan
kedua puteri beliau iaitu Pn Azlinda bt Nordin merangkap Pengurus Showroom
Nordin Batik dan Pn Azlizan bt Nordin merangkap Pengurus Paloh Inn Hotel.

Selain menguruskan perusahaan beliau, Tn Hj Nordin b Mahmood juga tidak


memandang enteng tentang kesihatan, oleh itu beliau bergiat aktif dalam
Persatuan Hexiang Zhuang Qigong Kelantan dan telah mendapat pengiktirafan
Yang Di Pertuan Agong.Bakat kepimpinan beliau kian terserlah apabila beliau di
pilih sebagai Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Batik Negeri Kelantan sehingga
sekarang.

5
ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI.

Setiap insan di dunia ini tidak boleh lari dari cabaran dan dugaan dalam hidup,
begitu juga dengan Tn Hj Nordin b Mohammad sendiri. Pelbagai asam garam
dalam selok belok perniagaan telah beliau lalui. Beliau juga telah merasa
bermula dari bawah, kemerosotan ekonomi, karenah pelanggan dan banyak lagi.

Antara cabaran yang terpaksa dihadapi oleh beliau adalah masalah untuk
bertapak dalam industri batik. Untuk menjadikan batik beliau di kenali orang
ramai, beliau pernah menjual kain batik dari rumah ke rumah dengan
menggunakan basikal dan beliau berjalan kaki sambil memikul kain batik
sekiranya basikal beliau rosak. Setelah orang ramai mula mengenali akan kain
batik tersebut, beliau mula mendapat tempahan dari pelusuk Kota Bharu.

Di samping itu juga, kehidupan keluarga beliau yang serba kekurangan telah
menaikkan lagi motivasi beliau untuk berdikari sendiri. Betapa susahnya hidup
beliau sehingga beliau mengambil langkah untuk meneruskan usaha bapa beliau
dalam mengusahakan batik tradisional. Sehinggalah beliau berjaya menjadikan
syarikat beliau antara yang elit di Kelantan pada masa ini. Apa yang menarik
perhatian saya adalah beliau tidak langsung meninggi diri malah selalu
mengingati asal usul beliau. Sampai begitu sekali beliau merendahkan diri
namun beliau percaya pasti ada hikmah di sebalik apa yang di lakukannya.
Cabaran yang paling besar yang pernah di tempuhi dan tidak mungkin di lupakan
adalah kegawatan ekonomi Malaysia pada sekitar tahun 1993 sehingga hujung
1998. Di antara tahun itu, perniagaan beliau mula jatuh dan permintaan terhadap
batik merudum secara mendadak sehinggakan tiga perempat dari pengusaha
batik di negeri Kelantan telah kerugian teruk dan ada yang telah lingkup.
Pelbagai inisiatif telah di lakukan oleh beliau untuk mengukuhkan kembali
perniagaan beliau hinggalah diperkenalkan kain sutera dan penggunaan teknik
lukis tangan. Sejak dari itu bermulalah evolusi dalam batik sehingga ke hari ini.

Beliau telah menanam sikap sentiasa maniskan muka apabila berdepan


pelanggan walaupun mereka silap dan cerewet. Tapi masih tidak terlepas dari
pelanggan yang menipu, tidak membayar batik yang sudah di ambil, dan lain-
lain. Inilah asam garam perniagaan yang beliau pernah lalui.

6
ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

VISI/MISI TN HJ NORDIN DALAM PERNIAGAAN

VISI

Menjadikan syarikatnya salah sebuah syarikat yang menjadi contoh kepada


kaum Bumiputera, selain itu juga beliau ingin memperkembangkan lagi empayar
batik beliau ke peringkat antarabangsa. Beliau juga ingin memastikan bahawa
batik ini tidak dilupakan oleh generasi akan datang. Malah semakin berkembang
pesat sampai bila-bila.

MISI

Membantu keluarga menjadi misi utama beliau dalam perniagaan. Nasib


keluarganya yang serba kekurangan dan susah menjadi titik tolak kepada
penubuhan syarikat beliau ini. Beliau berazam untuk membantu keluarganya
dengan kepakaran yang ada padanya.

Penubuhan syarikatnya juga telah banyak memberi peluang pekerjan kepada


masyarakat setempat. Ini juga merupakan salah satu misi beliau dalam
perniagaannya. Beliau dengan sikap yang terbuka menerima pekerja sama ada
dari golongan muda dan ibu- ibu tunggal. Status pekerja tidak penting baginya
asalkan dapat mengeluarkan mutu pekerjaan yang baik kepada syarikat.

Beliau juga mempunyai misi untuk memastikan syarikatnya berkembang


pesat serta menjadi contoh kepada usahawan lain. Beliau ingin memastikan
bahawa syarikatnya berjaya mengeluarkan mutu yang dapat memuaskan
kehendak pelanggan.

7
ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

PRINSIP HIDUP.

Manusia sememangnya hidup dimuka bumi ini berpegangkan kepada


kepercayaan atau pegangan masing-masing tidak kira lain agama atau adatnya.
Pegangan kepada sesuatu adalah penting kerana ianya akan mencorak
kehidupan kita nanti. Oleh sebab itu, prinsip hidup adalah satu kunci untuk
seseorang itu berjaya dalam hidup.

Bagi Tn. Hj Nordin beliau berpegang pada prinsip “tiada kejayaan tanpa
usaha”. Prinsip inilah yang dipegang olehnya sejak dari bangku sekolah lagi
sehinggalah beliau berjaya dalam kerjayanya. Beliau juaga menggunakan slogan
“pelanggan sentiasa betul”, sebagai platform atau kata-kata semangat bagi
dirinya sama ada dalam pengurusan syarikat dan sebagainya. Ini semua jelas
terbukti apabila beliau telah berjaya menubuhkan syarikat yang kini teguh dalam
perniagaan, di samping khidmat mesra pelanggan yang boleh dikata antara yang
terbaik.

8
ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

CIRI-CIRI / KOMPETENSI KEUSAHAWANAN YANG DIMILIKI.

Seperti yang diketahui umum, untuk seseorang itu bergelar usahawan yang
berjaya mestilah berasaskan ciri-ciri keusahawanan yang dimilikinya. Dalam
konteks usahawan, seseorang usahawan itu mempunyai ciri-ciri yang boleh
mendorong mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya. Ciri-ciri
keusahawanan begitu penting bagi usahawan kerana ianya akan membentuk
atau mencorak diri kita kearah usahawan yang berjaya.

Begitu juga dengan Tn Hj Nordin beliau telah mempunyai bakat atau ciri-ciri
untuk menjadi usahawan sejak dari kecil lagi. Ini jelas terbukti apabila beliau
sanggup mengorbankan masa mudanya dengan melakukan pekerjaan
bersama bapanya di kilang batik. Pengorbanan ini sememangnya berat baginya
namun atas tekad dan usahanya untuk membantu keluarga, beliau sanggup
berkorban masa demi keselesaan keluarga. Pada usia muda juga, beliau begitu
tekun belajar dan menimba pengalaman tentang serba sedikit ilmu
pengetahuan. Beliau belajar daripada bawah lagi sehingga ilmu yang
diperolehinya itu dapat dipergunakan untuk menjalankan perniagaan sendiri.

Beliau juga berfikiran kreatif dalam melakukan perniagaan dengan berjaya


mengabungkan syarikat batik yang diwarisi olehnya itu dengan hotel bajet serta
showroom Nordin Batik. Di sini dapat dilihat betapa tajamnya pemikiran beliau
dalam merebut peluang perniagaan mengikut permintaan ramai. Sikap
kompetensi ini harus ada pada usahawan untuk berjaya dalam kerjayanya.

Nordin Batik Sdn.Bhd, adalah merupakan hasil titik peluh Tn. Hj Nordin
yang selama ini berusaha bersungguh-sungguh dalam meneruskan
perniagaannya. Seperti kata pepatah, “alang-alang celup perkasam, biarlah dari
rebungnya”. Mungkin ini menjadi kata-kata semangat untuk menjadikan
syarikatnya sebuah syarikat yang mampu bersaing dengan syarikat-syarikat
maju yang lain.

9
ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

Beliau begitu bersungguh-sungguh memajukan syarikatnya tanpa erti jemu.


Beliau juga merupakan anak yang tidak mudah mengenal erti putus asa dalam
apa jua perkara yang dilakukannya. Ini jelas dapat digambarkan berdasarkan
pengalamannya ketika usia remaja lagi yang terpaksa menempuhi kegawatan
ekonomi sekitar tahun dan hujung tahun 1997, hinggakan perniagaan beliau
jatuh selama tujuh tahun. Namun begitu, beliau tetap juga tidak berputus asa dan
sedikit demi sedikit beliau dapat menyesuaikan dirinya. Sikapnya inilah yang
dibawa dalam perniagaannya biarpun banyak cabaran yang dihadapinya dalam
dunia keusahawanan namun beliau tidak pernah mengenal erti putus asa.

Dalam sesuatu organisasi syarikat, pekerja merupakan tenaga penting


untuk melaksanakan atau menjalankan operasi syarikat. Tanpa pekerja maka
tempanglah sesebuah syarikat tersebut. Oleh itu pekerja amat penting untuk
syarikat. Mungkin inilah yang diterapkan dalam diri Tn Hj Nordin yang sentiasa
menjaga kebajikan pekerjanya. Beliau tidak mengambil mudah segala masalah
berkaitan pekerjanya, malah sentiasa memandang serius walaupun
kebanyakkan pekerjanya terdiri daripada golongan remaja dan ibu-ibu tunggal.
Ciri inilah yang patut ada pada usahawan yang berjaya.

Selain daripada itu, beliau juga mempunyai keyakinan yang tinggi dalam
menguruskan syarikatnya. Biarpun beliau tidak berpendidikan tinggi dan tidak
pernah masuk belajar di university namun status itu tidak diambil peduli olehnya
malah beliau yakin akan berjaya di masa akan datang. Keyakinan pada dirinya
ini terserlah pada apabila beliau telah berjaya menubuhkan empayar Nordin
Batik Sdn Bhd, dan ini adalah hasil usaha beliau yang yakin pada dirinya. Beliau
berharap ciri ini akan terus kekal dalam dirinya untuk berjaya di masa akan
datang.

10
ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

Beliau juga berpandangan jauh ke depan dan sentiasa memikirkan


kemajuan dirinya dan syarikat. Setelah tertubuhnya Nordin Batik Sdn Bhd,
beliau memikirkan bahawa tidak cukup baginya untuk bergelar usahawan.
Dengan itu, beliau mengambil inisiatif untuk mengembangkan perniagaannya
dengan menubuhkan sebuah lagi kilang. Kali ini beliau menubuhkan gabungan
bilik pameran Nordin Batik, bengkel batik dan hotel bajet Paloh Inn yang terletak
di bangunan yang sama iaitu Wisma Nordin.

KEBAJIKAN / SUMBANGAN

Sebagai manusia yang hidup dimuka bumi ciptaan Allah S.W.T ini, kita tidak
pernah lari daripada amal-amal jariah dan kebajikan. Susah senang kehidupan
didunia ini adalah mengikut kehendak-Nya. Oleh itu, tidak hairanlah terdapat
golongan yang susah dan senang cuma kita sahaja yang dapat
membezakannya. Oleh itu, soal kebajikan adalah penting dalam kehidupan
seharian manusia.

Usahawan seperti Tn. Hj Nordin sememangnya susah untuk dicari di kalangan


masyarakat sekarang ini. Beliau bagaikan satu dalam seribu kerana
kegigihannya selama ini telah menunjukkan hasil yang menguntungkan dirinya
sendiri. Tidak lengkap bagi seseorang usahawan jika tiada sumbangan atau
kebajikan. Beliau juga sering menyumbangkan kebajikan kepada rumah-rumah
kebajikan yang ada di Kelantan. Walaupun sumbangannya tidak seberapa,
namun keikhlasan dan kejujurannya menjadi satu sifat yang semulajadi kekal
ada dalam dirinya.

Sumbangannya kepada ekonomi setempat juga tidak kurang banyaknya.


Setelah beliau berjaya menubuhkan syarikatnya, ekonomi setempat menjadi
meningkat kearah positif. Ekonomi masyarakat setempat meningkat apabila
terdapatnya peluang-peluang pekerjaan di syarikatnya. Ini merupakan
sumbangannya kepada ekonomi biarpun sumbangan ini secara tidak langsung.

11
ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

KESIMPULAN

Keistimewaan pada seseorang insan yang bernama manusia adalah


merupakan pemberian Tuhan. Kita sebagai makhluk-Nya patut merasa bertuah
dan bersyukur kerana setiap manusia yang dicipta di atas muka bumi ini
mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Cuma kita sahaja yang
dapat menggunakannya dengan cara kita sendiri. Sebagai contoh yang terbaik,
Tn. Hj Nordin Bin Mohamad. Namun sifat keperibadiannya yang begitu menarik
telah berjaya membawa nama beliau sebagai usahawan berjaya dan pernah
mendapat Tokoh Usahawan Negeri Kelantan Kategori Batik 3 tahun berturut,
Tokoh Usahawan Berdikari Kelantan selama 3 tahun berturut-turut juga.
Walaupun beliau istimewa, beliau sangat meminati bidang usahawan ini
sehinggakan sanggup mengorbankan masa dan tenaganya untuk mencapai apa
yang diimpikannya selama ini. Ketabahan dan kecekalan beliau dalam
menghadapi segala cabaran-cabaran dalam perniagaan telah mengajar beliau
erti dunia usahawan yang sebenarnya. Biarpun kadang kala beliau merasakan
susahnya untuk berjaya, namun beliau tetap dengan pendiriannya. Semua
kejayaan yang telah dikecapainya selama ini adalah hasil daripada berkat
usahanya dan dorongan daripada keluarganya sendiri. Walaupun beliau adalah
seorang yang berpendidikan setakat sekolah menengah, ilmu yang diperolehinya
itu tidak dapat membataskannya untuk berjaya dalam kerjayanya. Beliau
merupakan seorang tokoh yang patut dijadikan contoh kepada masyarakat serta
usahawan-usahawan lain untuk berjaya. Beliau bagaikan titik tolak perjuangan
kepada golongan Bumiputera. Sebagai masyarakat yang cukup sempurna kita
seharusnya mencontohi beliau sebagai model untuk kita berjaya dalam kerjaya
masing-masing.

12
ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

LAMPIRAN

Temuramah bersama En. Ruhi Mukhlis Muhammad


(Pengarah Showroom Nordin Batik)

Di Bengkel Batik Nordin Batik Sdn Bhd

13
ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

Antara pencapaian Nordin Batik Sdn. Bhd.

Di Nordin Batik Sdn. Bhd Showroom di Wisma Nordin

14
ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

##TAMAT##

15
ENTREPRENEURSHIP/DUK4012

16

You might also like