You are on page 1of 2

Muhammad Rizam Bin Bakri

Ketua Guru Penasihat Unit Beruniform,


Sekolah Kebangsaan Gaal,
Pasir Puteh Kelantan.
16800 Kelantan.

Ahli Jawatankuasa Unit-unit Beruniform,


Pasukan Unit Beruniform,
Sekolah Kebangsaan Gaal,
Pasir Puteh Kelantan.
16800 Kelantan. 20 JANUARI 2010

Tuan / Puan,

Panggilan Mesyuarat Untuk Membincangkan Tentang Perkhemahan Bersepadu

Dengan segala hormatnya, saya sebagai Setiausaha Persatuan Bulan Sabit Merah,
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Pendidikan Teknik ingin menjemput
untuk hadir ke mesyuarat bagi membincangkan tentang perkhemahan bersepadu
yang dirancang untuk diadakan pada cuti penggal nanti.

2. Mesyuarat untuk membincangkan tentang perkhemahan bersepadu ini akan


diadakan seperti butir berikut:
Masa : 2.30 petang
Tarikh : 26 Januari 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Gaal

3. Semua ahli jawatankuasa hendaklah hadir untuk membincangkan pelaksanaan


perkhemahan yang hendak dilaksanakan. Perkara yang akan dibincangkan tentang
perkhemahan tersebut ialah :
3.1 Tarikh dan masa yang sesuai
3.2 Lokasi perkhemahan yang strategik
3.3 Kos perbelanjaan
3.4 Pelantikan jawatankuasa pelaksanaan projek
4. Sehubung dengan perkara tersebut, kehadiran tuan / puan diwajibkan untuk
melancarkan majlis mesyuarat nanti. Sebarang masalah atau kerumitan boleh
hubungi saya di talian 019-8011437 atau faks di 03-20041990.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

............................................
(MUHAMMAD RIZAM BIN BAKRI)
Ketua Guru Penasihat Unit Beruniform,
Sekolah Kebangsaan Gaal,
Pasir Puteh Kelantan.
16800 Kelantan.

You might also like