You are on page 1of 2

Khasiat Asam Jawa

Tahukah anda bahawa asam jawa yang digunakan dalam menu masakan sehari-hari
dapat membantu menjaga kulit wajah? Caranya, ambil kuantiti asam jawa secukupnya
dan bancuh dengan air masak. Oleskan pada wajah sehingga kering iaitu kira-kira 20-30
minit. Setelah kering, bolehlah dicuci. Sekiranya ada jerawat, letakkan asam jawa tebal
sedikit. Insya-Allah jika diamalkan, kulit akan licin dan tidak berjerawat. Walau
bagaimanapun, petua ini tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering.

Kiriman:Radiah Abdul Ghani

Menghilangkan White Head Di Muka


Ambil sebiji telur, asingkan putihnya. Ambil beberapa helai tisu muka dan celupkan ke
dalam putih telur tersebut. Selepas itu, tekapkan ke seluruh muka. Apabila telah kering,
tarik tisu yang telah melekat di muka tadi. Insya-Allah, white head dan black head akan
melekat pada tisu yang telah kering. Jika diamalkan berterusan kulit anda akan menjadi
putih berseri.

Kiriman:Asilawati Ismail

Elakkan bibir kering dan mengelupas


Anda menghadapi masalah bibir kering dan mengelupas? Sudah tentu anda idamkan
bibir yang merah merekah agar tidak berasa sakit ketika menguntum senyuman.
Caranya dengan menggunakan madu asli. Sapukan madu pada bibir anda setiap malam
sebelum tidur. Insya-Allah bibir anda tidak akan kering dan menggelupas lagi. Bibir yang
pucat tidak bermaya akan bertukar kepada merah merekah. Anda tidak perlu risau
tentang kehadiran semut kerana semut tidak akan menghurungi madu asli. Oleh itu
sebelum anda sapukan madu pada bibir, pastikan ianya madu asli. Selamat mencuba.

Petua menguatkan gigi


Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Oleh itu terdapat petua untuk menguatkan
gigi serta mencegah gigi cepat gugur. Semasa anda membuang air besar, hendaklah
mengetap atau mengancing gigi ketika meneran. Selain itu elakkan meludah ketika
membuang air besar atau kecil. Insya-Allah gigi akan bertambah kuat serta lambat
gugur.

Kiriman:Ahmad Suhaimy bin Suli

Menghilangkan kotoran yang degil


Pakaian anda terkena kotoran-kotoran degil seperti minyak, darah dan dakwat?
Sekiranya kotoran degil itu masih baru lagi, masih ada harapan untuk menghilangkan
kotoran degil itu dengan menggunakan sabun mandi.
Caranya dengan gosokkan sabun mandi pada kotoran-kotoran degil tersebut sebelum
anda membasuhnya. Ingat… jangan basahkan pakaian yang kotor tadi ketika sabun
mandi disapu pada kotoran. Biarkanlah semalaman. Selepas itu, basuh pakaian anda
seperti biasa dengan memberus pada bahagian yang kotor tadi. Insya-Allah, kotoran
degil tersebut akan hilang. Selamat mencuba.

Kiriman:Yushida binti Abdul Rahim

Petua Kecergasan Minda


a)Mengelakkan perbualan kosong
b)Gosok gigi selalu sebaiknya menggunakan kayu sugi
c)Bergaul dengan orang soleh dan alim
d)Memperbanyakan membaca al-Quran
e)Makan makanan yang halal dan berkhasiat
f)Berusaha untuk mendapatkan khusyuk dalam solat dan amalkan solat tahajud
g)Selalulah berpuasa
h)Menjaga mata daripada memandang perkara-perkara yang maksiat.

You might also like