You are on page 1of 18

KESAN INTERAKSI

TAMADUN INDIA
TERHADAP MALAYSIA.

Disediakan oleh
Muhammad Asmawi Isa
Muhammad Aizat Fadil
Ahmad Ilmi Abu Bakar
Syafiqul Asraf Safaruddin
Mohd Bakri Nasiruddin
PENGENALAN
 Interaksi antara tamadun berlaku kerana
wujudnya sifat toleransi yang tinggi serta sikap
saling menghormati antara sesebuah tamadun
dengan tamadun yang lain.

 Sifat terbuka sesebuah tamadun memberi


peluang berlakunya percambahan pemikiran dan
budaya serta memperkayakan lagi tamadun
tersebut kepada pelbagai aspek.
 Penerimaanpengaruh asing dalam sejarah
Malaysia bukanlah suatu yang asing.

 Malaysia mengamalkan sikap terbuka


tetapi tidak pula menghilangkan identiti
teras yang menjadi latar belakang Bangsa
Malaysia
INTERAKSI TAMADUN MELAYU
DENGAN TAMADUN INDIA.

1. Bermula sejak zaman sebelum Masehi.

2. Bahan bertulis dari India ada menyebut tentang


Asia Tenggara. Contohnya,“Survarnadvipa”
(Semenanjung emas) dan “Suvarnabhumi “
(bumi emas).

3. Tujuan utama kedatangan para pedagang dari


India ke Tanah Melayu - bagi dapatkan rempah
ratus, kayu-kayan, damar, emas dan lain-lain.
INTERAKSI TAMADUN MELAYU –
INDIA
ZAMAN PRA PENJAJAH
 Kedatangan para pedagang asing khususnya India ke
Melaka menjalankan aktiviti perdagangan secara
tidak langsung memberi peluang untuk mereka
berinteraksi.

 Sejarah Melayu mencatatkan Mani Purindam telah


menjadi menantu Sri Nara Diraja – Tun Ali.

 Cucu Tun Ali raja Kassim menjadi sultan Melaka –


Sultan Muzaffar Shah
 Perkahwinan campur antara pedagang India dgn
penduduk tempatan membentuk komuniti Chetti di
Melaka.

 Di Pulau Pinang perkahwinan campur antara India


Muslim dengan wanita Melayu muncul Peranakan
Jawi.
INTERAKSI TAMADUN MELAYU –
INDIA
ZAMAN PENJAJAH BARAT.

 Masyarakat India di Malaysia yang telah dibawa


masuk ke Tanah Melayu pada zaman penjajah British
untuk memenuhi keperluan buruh di ladang-ladang
kopi,tebu & getah.

 Tenaga buruh India menjadi pilihan kerana India turut


dijajah selain buruh India murah dan senang diurus.

 Dasar ‘pecah & perintah’ British menyebabkan mereka


kurang berinteraksi dengan masyarakat tempatan yang
lain.
KESAN POSITIF DAN NEGATIF TAMADUN INDIA
TERHADAP MALAYSIA.
Penyebaran Agama

 Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi


pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang
kepada kepercayaan animisme.

 Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan


tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika
menguasai Kedah.

 Menyerap unsur-unsur kesesatan dan bidaah dalam kehidupan


masyarakat yang bertentangan dengan ajaran Islam.(Ajaran
Qadiani dll).
Sistem Pemerintahan

 Konsep “Devaraja” (dalam bahasa Sanskrit yang bermakna Raja


Tuhan).

 Upacara pertabalan diadakan bagi membezakan rakyat dengan


raja serta berperanan untuk mengekalkan status tinggi seorang
pemerintah.

 Konsep ketuhanan agama Hindu yang membesarkan keagungan


dewa-dewi & dikaitkan dengan kedudukan serta status Raja
sebagai jelmaan Tuhan.

 Raja berkuasa mutlak terhadap rakyatnya kerana mereka takut


dikenakan bencana kerana melanggar titah Raja walaupun
dizalimi.
Bahasa dan Kesusasteraan

 Pengaruh bahasa Sanskit.

 Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu


Bersurat Talang Tuwo (684M), Batu Bersurat Kota Kapur
(686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M).

 Buktikan pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu


kuno yang digunakan ketika itu.

 Peminjaman besar-besaran kata dalam bahasa Sanskrit yang


diserap dalam bahasa Melayu dan diguna pakai sehingga ke
hari ini.
Pengaruh Dari Bahasa Sanskrit
(Perbandingan Bahasa Melayu Lama dan Baru)

 Bhakti = bakti
 Bhumi = bumi
 Dosa = dosa
 Drohaka = derhaka
 Maharddhika = merdeka
 Prakara = perkara
 Rupa = rupa
 Samicra = mesra
 Tathapi = tetapi
 Vela = bila
 Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana &
Mahabharata.

 Hikayat Seri Rama dapat inspirasi daripada Epik


Ramayana.

 Epik Mahabharata diberi wajah tempatan Hikayat Pendawa


Lima, H.Pandawa,H.Panda Delima & H.Sang Boma.

 Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek


kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja & menyelitkan
unsur epik & mitos.

 Turut diadaptasikan dalam wayang kulit.


Adat resam dan Budaya

 Kedatangan agama Hindu mempengaruhi kehidupan seharian


dan adat resam.

 Masyarakat Melayu masih ada yang mengamalkan amalan


jampi serapah dan mentera yang diwariskan secara turun-
temurun kepada setiap generasi.

 Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti


melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai,
mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi.

 Kebanyakan adat resam yang bertentangan dengan ajaran


Islam sudah tidak dipraktikkan setelah kedatangan Islam
kerana membawa kerosakan akidah.
Struktur Masyarakat

 Wujudnya sistem lapisan masyarakat yang berbeza status


dalam kehidupan.

 Terdapat pemisahan jelas golongan atasan/ bangsawan


akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam
masyarakat) yang dianggap lebih mulia dgn golongan
rakyat biasa.

 Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya


masyarakat ‘feudal’ dalam kehidupan masyarakat
Melayu.
 Menggalakkan perpecahan kerana perbezaan status
menyebabkan rasa iri hati dan penindasan terhadap
mereka yang lemah.

 Bertentangan dengan konsep persaudaraan Islam yang


menekankan hubungan dan persamaan status disisi Allah
SWT melainkan takwa.Firman Allah SWT.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di
antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

(Surah Al Hujurat ayat 13)


KESIMPULAN
 Interaksi antara tamadun berlaku apabila sesebuah
tamadun bersikap terbuka dan bersedia menerima
pembaharuan di samping menapis & menilai agar tidak
melanggar nilai-nilai sosial masyarakat.

 Kita haruslah menerima segala bentuk perubahan untuk


diri sendiri selagi ia tidak bertentangan dengan agama
dan norma masyarakat.

 Setiap tamadun harus belajar daripada pengalaman


lampau bagi mewujudkan hubungan yang baik antara
tamadun dalam usaha menghadapi cabaran-cabaran
yang melanda dunia masa kini.
 Dalam Perlembagaan Malaysia memberi jaminan
bahawa setiap warganegara berhak mengamalkan budaya
dan agama masing-masing.

 Bertanggungjawab memupuk sebuah budaya Bangsa


Malaysia.

 Bangsa Malaysia bukan sekadar memerlukan


‘perpaduan’ bahkan menjadi bangsa bertamadun yang
mempunyai identiti peradabannya sendiri.
SEKIAN TERIMA
KASIH

You might also like