You are on page 1of 6

BM 012 UPSR : SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C)

NILAI PERBUATAN / AKTIVITI / TINDAKAN / FRASA

RAJIN Mengulang kaji pelajaran/mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual


waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan

TOLONG- MEMBANTU ibu pergI ke kedai/membasuh pinggan/mengajar


MENOLONG rakan/memberi derma/ tolong guru di sekolah/

BEKERJASAMA bergotong-royong / bermain dgn. bersungguh-sungguh/


bermuafakat/berbincang/berganding bahu bahu/berpadu tenaga/bersama-
sama/bergilir-gilir/bersepakat

BAIK HATI Memaafkan kesalahan/menolong orang/menghulurkan derma/belanja


kawan makan/tidak berdendam

PEMURAH/ Memberi hadiah/menghulurkan derma/belanja kawan


MURAH HATI makan/menolong/membantu/berkongsi…

JUJUR bercakap benar/mengakui kesalahan/tidak mengambil harta benda


orang/memulangkan/menyerahkan/mengembalikan

AMANAH melakukan tugas yang diberi oleh guru/ ibu bapa/menyimpan rahsia/wang
yang diamanahkan.

RELA/SANGGUP Menawarkan diri untuk melakukan sesuatu perkara/


BERKORBAN secara sukarela

MENGHARGAI Bangun awal/ membaca buku/mengulang kaji pelajaran /mengemas


MASA rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja
sekolah/buat latihan

MENGHARGAI / Mengucapkan terima kasih/memuji kebaikan/


MEMBALAS JASA memberikan hadiah/memberikan ganjaran/duit

PRIHATIN Menolong orang/menghulurkan bantuan/menderma


/menyumbang/mengutip sampah di atas lantai/menegur

BERDISIPLIN Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi peraturan dan undang-
undang.

GURU CEMERLANG BM SKPHT


BM 012 UPSR : SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C)

1
MENJAGA KEBERSIHAN Menjaga kebersihan diri/rumah/sekolah/alam sekitar/menebas
rumput/membakar sampah

MENJAGA KESIHATAN Makan makanan berkhasiat/ makanan


seimbang/bersukan/berjoging/
bermain badminton

MENJAGA KESELAMATAN Berhati-hati/memeriksa kenderaan/memandang ke kiri dan


kanan/memakai topi keledar

SEMANGAT PATRIOTIK Berdiri apabila mendengar lagu Negaraku/


melawat Tugu Negara/tempat bersejarah

TABAH/SABAR/ Tidak kecewa dengan kematian/kesusahan/


CEKAL dugaan/diejek/dihina/dibuli

PERAMAH/MUDAH MESRA Bertanya khabar/menyapa kawan

IKHLAS Menolak ganjaran/pemberian/melakukan sesuatu tanpa


mengharapkan balasan

KASIH SAYANG/ SIMPATI Memeluk anak/cucu kerana lama tak jumpa/ menghulurkan
derma kepada orang miskin

RASIONAL Melakukan sesuatu setelah memikirkan kebaikannya

TAAT / PATUH Mengikut arahan/nasihat ibu bapa/guru


Mengikut peraturan

SEMANGAT Gotong-royong kenduri / ziarah jiran sakit


BERMASYARAKAT Ziarah kematian – ucap takziah
/ KEJIRANAN Beri makanan kepada jiran / tolong jiran

BERTANGGUNGJAWAB Memulangkan harta benda orang / melaksanakan tugas /


menegur perbuatan negatif

BERDIKARI Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang


lain/gosok baju/basuh kasut

GURU CEMERLANG BM SKPHT


BM 012 UPSR : SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C)

KEBEBASAN Mengeluarkan pendapat dalam perbincangan, mencadangkan


sesuatu…

2
BERSIKAP SEDERHANA Merendah diri/tidak sombong/tidak bermegah-
megah/berkongsi kejayaan dengan ibu bapa/guru

BIJAKSANA / Bertindak dengan bijak / melakukan sesuatu setelah berfikir.


BIJAK BERFIKIR /
BIJAK MEMBUAT
KEPUTUSAN

BERWAWASAN / BERCITA- Ingin berjaya dalam hidup / ingin mengubah nasib keluarga /
CITA TINGGI / BERJIWA melanjutkan pelajaran ke menara gading/ ingin menjadi doctor
BESAR

DEDIKASI Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam


melakukan sesuatu yang berfaedah / bekerja dengan
bersunggguh-sungguh

BERDIKARI Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang


lain/gosok baju/basuh kasut

BERTOLERANSI / Memaafkan kesalahan orang / bagi pinjam pensel kepada


BERTOLAK ANSUR kawan/ tidak berasa marah atas tindakan rakan / tidak
mengambil hati

MEMPUNYAI JATI DIRI Tahan lasak / cekal hati / tabah menghadapi


cubaan/rintangan/kesusahan

BERANI Menyatakan kebenaran / tolong orang lemas / berlawan


dengan penjahat / penjenayah
/ mempertahankan diri

HORMAT / MENGHORMATI Memberi salam / ucapan selamat/ menyapa seseorang dengan


baik / bangun apabila guru masuk ke dalam kelas.

GURU CEMERLANG BM SKPHT

3
KEBAIKAN MEMBAWA BEKAL KE SEKOLAH

Setiap hari kita diberikan wang saku oleh ibu bapa untuk membeli makanan dan minuman
di kantin sekolah. Namun begitu, kita juga boleh membawa bekal ke sekolah. Membawa bekal
ke sekolah sebenarnya membawa banyak kebaikan kepada kita.

Apabila kita membawa makanan sendiri ke sekolah, kita akan dapat menjimatkan wang
kita. Wang saku yang diberikan oleh ibu bapa kita boleh disimpan di dalam tabung atau di bank.
Lama-kelamaan wang tabungan kita akan bertambah, seperti kata pepatah, “sedikit-sedikit lama-
lama menjadi bukit”.

Selain itu, makanan yang dibekalkan oleh ibu kita semestinya sedap dan berkhasiat. Ini
dapat mengelakkan kita daripada terkena keracunan makanan. Kita juga akan lebih berselera
untuk menikmati makanan yang dimasak oleh ibu pada waktu rehat.

4
Di samping itu, kita tidak perlu lagi berebut-rebut atau beratur untuk membeli makanan di
kantin. Kita dapat menjamah terus makanan yang dibawa dari rumah. Masa rehat kita dapat
dijimatkan. Oleh itu, kita masih ada masa untuk membaca buku atau akhbar di perpustakaan.

Kita juga boleh bertukar-bertukar atau berkongsi bekal dengan kawan-kawan kita. Dengan
ini, perhubungan kita dengan kawan-kawan akan menjadi lebih erat. Selain itu, hubungan kasih
sayang antara kita dan ibu juga akan bertambah erat.

Kesimpulannya, membawa bekal ke sekolah memang mendatangkan banyak manfaat


kepada kita. Oleh, itu ada baiknya amalan tersebut kita lakukan untuk kebaikan diri kita sendiri.

KEBAIKAN BELAJAR BERKUMPULAN

Terdapat banyak cara untuk belajar. Sebagai pelajar kita boleh belajar sendiri atau belajar
secara berkumpulan. Belajar berkumpulan sebenarnya mendatangkan banyak kebaikan kepada
kita.

Apabila kita belajar secara berkumpulan, kita dapat bertanya tentang pelajaran yang tidak
kita fahami. Kata pepatah, “malu bertanya, sesat jalan”. Oleh itu, segala masalah kita dalam
pelajaran akan dapat diatasi serta-merta dengan bantuan kawan-kawan kita.

Kita juga akan lebih memahami sesuatu perkara jika kita belajar secara berkumpulan.
Kawan-kawan kita yang lebih pandai akan memberikan penerangan yang jelas. Sebaliknya,
apabila kawan kita pula yang tidak memahami sesuatu perkara, kita boleh membantunya dengan
memberikan penerangan yang dimintanya.

Di samping itu, kita juga tidak akan berasa jemu atau mengantuk. Pembelajaran secara
berkumpulan yang diselang-selikan dengan perbualan dan gurauan tentunya akan menjadi lebih
menarik. Oleh itu,
Kita akan menjadi lebih bermotivasi untuk belajar.

Kita juga boleh bertukar-bertukar atau berkongsi pendapat dengan kawan-kawan kita.
Dengan cara ini, ilmu pengetahuan kita akan bertambah dari semasa ke semasa. Perhubungan
kita dengan kawan-kawan juga akan menjadi lebih erat.

Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan memang mendatangkan banyak manfaat


kepada kita. Oleh, itu amalkanlah belajar secara berkumpulan untuk kebaikan kita bersama.

5
6

You might also like