P. 1
Nota Sejarah Tingkatan 4

Nota Sejarah Tingkatan 4

4.33

|Views: 83,916|Likes:
Published by aafham
SALAM, ini nota sejarah tingkatan 4.......insyaAllah FULL........x pasti.......lengkap ka x.......korang lebih menilai.....enjoi la ngan nota nih.....he3......
SALAM, ini nota sejarah tingkatan 4.......insyaAllah FULL........x pasti.......lengkap ka x.......korang lebih menilai.....enjoi la ngan nota nih.....he3......

More info:

Published by: aafham on Sep 14, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/05/2015

pdf

text

original

Sistem tanah di Britain

1. Tanah awam

2. Tanah milikan persendirian

Kesan Akta Pemagaran Tanah terhadap tuan tanah yang kaya.

Meluas

Tuan tanah memiliki tanah yang luas.

Bentuk ladang

Membentuk ladang pertanian.

Beli tanh

Golongan tuan tanah dapat membeli tanah awam.

Tanah dipagar

Semua tanah milik tuan tanah dapat dipagar.

Kesan Akta Pemagaran tanah terhadap petani-petani kecil

Kemampuan

Petani kecil tidak mampu memagari tanah.

Kos tinggi

Kos untuk memagar tanah tinggi.

Jual tanah

Petani terpaksa menjual tanah.

Kerja ladang

Terpksa bekerja di ladang milik tun tanah yang kaya.

Buruh kilang - bandar

Berhijrah ke bandar untuk menjadi buruh kilang.

Hilang rezeki

Petani kecil yang bergantung kepada tanah awam hilang punca rezeki.

Sebab berlaku Revolusi Pertanian di Britain.

Milik tanah dapat kelulusan

pagar

Perubahan dalam penggunaan dan pemilikan tanah persendirian

setelah tuan tanah mendapat kelulusan Parlimen untuk

memagar tanah awam bagi membolehkan penanaman secara

ladang.

Pertambahan penduduk

Britain menghadapi pertambahan penduduk,menyebabkan

permintaan hasil pertanian meningkat dan menyebabkan harga

gandum meningkat.

Tanaman bergilir

Kaedah penanaman secara bergilir diperkenalkan oleh Lord

Townshend dengan menanam pelbagai jenis tanaman secara

berterusan sepanjang tahun.

Kesuburan tanah dijaga.

Melalui kaedah ini kesuburan tanah dapat dikekalkan kerana

tanaman berbeza memerlukan nutrien yang berbeza serta tanah

tidak dibiarkan kosong.

Tanaman baru.

Tanaman baru diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang.

Jentera pertanian

Terdapat alat yang dicipta olh Jethro Tull untuk kegunaan

menggali dan menugal serta penanaman biji benih dapat

dilakukan dengan pantas.

Baja asli

Penggunaan baja asli secara meluas telah menjadikan tanaman

lebih subur dan hasil pertanian meningkat.

Pemasaran produk

didagangkan.

Lebihan produk dapat diperdagangkan melalui kaedah

pemasaran yang meluas.

Kesan Revolusi Pertanian di Britain pada abad ke-18.

Punca ekonomi

Pertanian menjadi punca ekonomi negara.

Lebihan dieksport

Lebihan produk dieksport.

Peladang jadi pedagang

Para peladang besar menjadi pedagang antarabangsa.

Makanan mencukupi

Menyedikan makanan yang cukup kepada tenaga buruh industri

di bandar.

Tuang tanah - tokoh

Kedudukan tuan tanah sebagai tokoh pentig dalam masyarakat.

Pertanian skala besar

Muncul sistem ekonomi skala besar dengan pembukaan ladang

pertanian membolehkan rakyat bekerja sebagai buruh ladang

mewujudkan golongan buruh dan majikan.

Ciptaan baru dan kegunaannya dalam Revolusi Perindustrian.

Water Frame

Cipta

Dicipta oleh Richard Arkwright pada tahun 1769.

Pintal

Alat pemintal benang.

Wap

Menggunakan kuasa wap

Spinning Jenny

Cipta

Dicipta oleh John Hargreaves pada tahun 1770.

Pintal

Alat pemintal benang.

Tangan

Menggunakan tangan dapat memintal lapan jurai benang serentak.

Enjin Berkuasa Wap James Watt

Cipta

Dicipta oleh James Watt.

Enjin

Memperbaiki enjin rekaan Nercomen.

Lombong

Untuk melombong arang batu.

Eksport

Untuk dieksport.

Faktor mempengaruhi berlaku Revolusi Perindustrian di Britain.

Lebihan modal dilabur

semula

Para peladang yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian

telah melaburkan lebihan modal dalam sektor perindustrian.

Sikap sanggup risiko

Perubahan sikap sanggup mengambil risiko untuk melaburkan modal

dalam bidang perindustrian.

Dana diselamatkan tidak

gantung impot.

Dana dapat diselamatkan kerana Britain tidak perlu bergantung

pada pengimportan bahan makanan dari luar seterusnya membantu

pertumbuhan dan perkembangan industri.

Rekaan baru dlm industri.

Rekaan dalam bidang sains dan teknologi dengan mencipta mesin

baru dalam kegiatan perindustrian.

Arang batu - tenaga

Penggunaan arang batu sebagai sumber tenaga perusahaan.

Semangat usahawan.

Semangat dan kegiatan keusahawanan telah mencetuskan daya

kreativiti dan inovatif tokoh-tokoh perindustria Britain.

Perubahan daripada Revolusi Perindustrian di Britain

Pengeluaran secara besar

Pengeluaran barangan dihasilkan secara besar-besaran melalui kaedah

dan ciptaan mesin bagi menggantikan tenaga manusia.

Pengkususan pengeluaran.

Pemoda hanya mengkhusus kepada satu bidang industri untuk

mengawal kos yang dapat mendatangkan faedah dan kemahiran dalam

bidang tersebut.

Prestasi ditingkatkan.

Prestasi barangan dari segi kuantiti dan kualiti dapat dipertingkatkan.

Pasaran dlm dan luar negeri

Produk tersebut dapat dipasarkan secara meluas di dalam negeri dan

diluar negeri.

Teknologi moden cepat,

murah, cekap luaskan

pasaran

Penggunaan teknologi enjin berkuasa wap dapat menjimatkan kos

pengeluaran menyebabkan setiap barang menjadi murah dan mampu

dibeli masyarakat dan dipasarkan secara meluas di pasaran

antarabangsa.

Rekaan dan penemuan

Pelbagai mesin direka untuk mempertingkatkan pengeluaran telah

dihasilkan melalui kajian dan kreativiti para ahli teknologi dan saintis

seperti tenaga wap melalui pembakaran arang batu.

Pengangkutan - bantu

kembang industri

Penggunaan kuasa wap membantu perkembangan sistem pengangkutan

kereta api dan kapal laut untuk mengangkut hasil industri.

Sumbangan enjin berkuasa wap terhadap sistem pengangkutan?

Pacu bot

Digunakan untuk memacu bot.

Kenderaan darat

Memacu kenderaan di darat.

Lokomatif

Lokomatif dipacu dengan enjin berkuasa wap.

Roket

Lokomatif roket dapat bergerak selaju 16 batu sejam di atas rel.

Kereta api

Kereta api menggunakan enjin berkuasa wap digunakan di Eropah

dan Amerika Syarikat.

Bantu kembang industri

1875 kereta api berkuasa wap membantu perkembangan sistem

pengangkutan kereta api dan kapal laut untuk mengangkut hasil

industri Dan perkembangannya.

Kesan Revolusi Perindusrian di Britain.

Industri Ganti pertanian.

Kegiatan pembuatan dan pengilangan telah mula menggantikan

kegiatan pertanian sebagai bidang utama ekonomi negara.

Buruh upah industri

Semakin ramai rakyat Britain terlibat sebagai pekerja atau buruh

industri berbanding sebagai buruh pertanian.

Tuan tanah diganti

pengusaha kilang.

Kedudukan tuan-tuan tanah sebagai tokoh utama dalam masyarakat

telah diganti oleh para pengusaha dan pemilik kilang.

Dagangan Antarabangsa

Lebihan produk hasil daripada Revolusi Perindustrian

diperdagangkan pada peringkat antarabangsa dan keuntungan

dapat dimaksimumkan.

Rekaan dan penemuan

Kemajuan rekaan dan penggunaan kereta api berkuasa

wap,menyebabkan gerabak boleh dipacu dengan lebih laju.

Gerabak keretapi wap

Enjin berkuasa wap boleh menarik lebih banyak gerabak bagi

mengangkut barangan dan pekerja kilang.

Pengangkutan moden -

Kapal wap

Kemunculan sistem pengangkutan laut dengan penggunaan kapal

laut yang dikemudikan oleh jentera berkuasa wap.

Sistem Kilang

Revolusi Perindustrian telah memperkenalkan sistem perkilangan

terutamanya kilang tekstil.

Tiada Layanan

Peringkat awal golongan buruh tidak mendapat layanan atau

pembelaan yang sewajarnya.

Pengunnaan Mesin

Kemahiran para penenun dan tukang jahit tidak diperlukan selepas

mesin membuat stoking,renda dan bahan pakaian lain tercipta.

Protes pekerja

Pekerja mahir memprotes dan memusnahkan mesin-mesin

pemidang membuat stoking dan renda dikenali sebagai Pergerakan

Luddite.

Larangan pekerja

bergabung.

Terdapat Akta Anti penggabungan yang melarang para pekerja

daripada bergabung dan bermuafakat atau menjalankan sebarang

tindakan bagi mendapatkan gaji atau layanan yang lebih baik

daripada majikan mereka.

Hukuman berat

Sekiranya pekerja didapati melanggar peraturan tersebut,mereka

boleh dikenakan hukuman berat oleh pemerintah.

Buruh Kanak-kanak

Kanak-kanak dipaksa bekerja di lombong arang batu.

Masa kerja 10 jam

Masa bekerja panjang melebihi 10 jam sehari.

Tindakan kerajaan mengatasi penindasan pekerja kilang.

Wujud Kesatuan dan

pindaan undang-undang.

Pada tahun 1824,Akta Anti Penggabungan telah dimansuhkan

dan penubuhan Kesatuan Sekerja buat pertama kalinya telah

diizinkan.

Larangan kanak-kanak

bekerja.

Pada tahun 1833,Akta Kilang digubal di Parlimen yang melarang

kanak-kanak dibawah umur sembilan tahun bekerja sebaliknya

diwajibkan ke sekolah.

Masa kerja 9 jam.

Had masa bekerja bagi kanak-kanak yang layak tidak melebihi

sembilan jam sehari.

Keselamatn terjamin

Majikan perlu memastikan keselamatan para pekerja mereka

terjamin.

Buruh kanak-kanak

Pada tahun 1842,Akta Lombong diperkenalkan untuk melarang

perempuan/wanita dilarang.

penglibatan kanak-kanak perempuan dan wanita dalam

perusahaan arang batu.

Pekerja wanita -sepuluh jam

Pada tahun 1847,memperkenalkan Akta Sepuluh Jam

menetapkan agar pekerja wanita dalam perusahaan tekstil tidak

bekerja lebih sepuluh jam sehari.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->