You are on page 1of 2

Penerapan Unsur Patriotisme

Antara cara-cara saya memelihara dan memulihara imej sekolah saya ialah berusaha

dalam memelihara dan memulihara budaya serta tradisi sekolah kita yang baik supaya dapat

diteruskan untuk melangsungkan lagi kecemerlangan sekolah. Dengan ini, murid dapat membina

semangat untuk terus memelihara dan memulihara imej sekolah dan juga dapat melahirkan rasa

bangga dengan sejarah negara. Murid juga sehendaknya berbangga sebagai rakyat Malaysia

dalam usaha yang akan dilakukan untuk mengekalkan keharmonian dan kemerdekaan negara

yang tercinta.

Seterusnya, pelajar hendaklah selalu menggembleng tenaga dalam mengekalkan

pencapaian dan imej baik sekolah di mata semua pihak. Hal ini dapat diamalkan dengan tidak

melakukan salah laku disiplin dan terus memasuki pertandingan-pertandingan luar sekolah serta

memenanginya dengan harapan untuk mengharumkan nama sekolah. Dengan ini, kita dapat

membakar semangat di dalam diri murid untuk sedia berkorban untuk sekolah dan seterusnya,

untuk bangsa dan negara. Hal ini juga dapat menjadikan murid bersemangat setia kepada negara

dan tidak akan mengkhianati negara sendiri.

Di samping itu, persefahaman dan muafakat yang erat haruslah diamalkan dalam

memelihara dan memulihara imej baik sekolah. Dalam membina suatu persefahaman dan

muafakat yang kuat, murid juga dapat menyedari bahawa betapa pentingnya persefahaman dan

muafakat yang kukuh untuk negara yang sedang membangun dinihari supaya kemerdekaan
negara dapat diteruskan dan dinikmati sehingga generasi akan datang. Semangat kekitaan juga

akan terbina sekiranya murid terus melakukan perkara tersebut.

Selain itu, murid sepatutnya selalu memerah keringat dan bermati-matian untuk

mempertahankan dan menjunjung peraturan sekolah. Perkara ini dapat membina suatu mentaliti

kepada pelajar agar sentiasa bermati-matian dan berjuang habis-habis dalam mempertahankan

dan menjunjung perlembagaan negara supaya negara kita tidak dijajah semula oleh kuasa-kuasa

gergasi asing yang suatu ketika pernah menakluki negara kita ini. Insan yang berdisiplin amatlah

diperlukan dalam membina sebuah negara yang aman dan damai sentiasa.

Akhirul kalam, dalam usaha memelihara dan memulihara imej baik sekolah, murid

sepatutnya tabah menghadapi cabaran-cabaran yang datang semasa sedang memelihara dan

memulihara imej baik sekolah. Semangat sentiasa tabah menghadapi cabaran ini juga akan

disematkan di dalam diri pelajar dengan sendirinya untuk menjadikan para pelajar insan yang

berusah dan produktif yang dapat menyumbangkan sesuatu kepada negara.

You might also like