You are on page 1of 10

PIDATO

Tajuk: 1 Malaysia

Slogan: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Budaya kecemerlangan ketabahan

kesetiaan
penerimaan

8 nilai

1 Malaysia

Integriti pendidikan

Rendah hati meritokrasi

1
Pendapat tokoh-tokoh dan penganalisis politik tentang 1 Malaysia.

Mursyidul Am PAS,  UMNO mula meminggirkan perjuangan untuk membela


Datuk Nik Aziz Nik nasib orang Melayu kerana ia seakan-akan menyamai
Mat konsep Malaysian Malaysia yang pernah dicadangkan
oleh DAP.

Timbalan Perdana
 1 Malaysia mewujudkan sebuah negara bersepadu dan
Menteri, Tan Sri
kepimpinan yang bersikap lebih terbuka.
Muhyiddin Yassin
 Bukan Melayu menjadi penentu yang merubah landskap
politik negara dan jika ini berterusan ia tidak
menguntungkan orang Melayu.

Penganalisis politik,  Satu penjenamaan semula terhadap pendekatan


Prof Datuk Dr. pemimpin-pemimpin terdahulu.
Ramlah Adam  Yakin bahawa orang Melayu boleh berkompromi
terhadap perkara yang membabaitkan kepentingan
bersama asalkan hak dan keistimewaan orang Melayu
terpelihara.
 Hanya berseteju Dasar Meritokrasi dilaksanakan di
Kementerian Pendidikan Tinggi sahaja mengikut
kesesuaian.
 Orang Melayu lebih selesa diberi bantuan dan sokongan
terutamanya dari sector ekonomi dan pendidikan.

2
Prof Emeritus  Walaupun idea itu dilihat sangat positif.perlaksanaanya
Tan Sri Dr Khoo boleh menimbulkan masalah.
Kay Kim  Kerajaan perlu membuat kajian terlebih dahulu dan kerajaan
perlu menggunakan sistem pendidikan untuk mengubah
sikap golongan muda terhadap konsep 1 Malaysia yang
membolehkan semua warga negara mempunyai status dan
keistimewaan yang sama demi mewujudkan perpaduan
nasional.
 Sistem persekolahan mestilah lebih banyak menumpukan
soal perpaduan

Presiden
 Konsep 1 Malaysia masih kurang jelas dan menimbulkan
Pertubuhan Pribumi
persepsi rambang oleh pelbagai pihak.
Perkasa Malaysia,
 Menjadi trend, apabila bertukar pucuk pimpinan akan
Dato’ Ibrahim Ali
bertukar juga slogan.slogan yang lama masih belum selesai.
 Jika konsep 1 Malaysia tidak dilaksanakan dengan baik,ia
akan menjerat UMNO.

Fellow utama,Institut Kajian  1 Malaysia member gambaran mengenai perlunya


Etnik,Universiti Kebangsaan penyatuan semua kaum melalui integrasi.
Malaysia,Datuk Dr Denison  Wujudkan satu kod etika untuk setiap ucapan dan
Jayasooria kebyataan ahli politik, yang berasaskan prinsip
fundamental yang tidak lari daripada Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara.
 Sekiranya 1 Malaysia direalisasikan,semua ahli
politik akn bercakap soal komuniti dari segala sudut
sebagai seorang manusia, bukan lagi
berlatarbelakangkan mana-mana kaum dan agama.

3
1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Tuan pengerusi majis yang saya muliakan lagi saya hormati, Pensyarah Bmk
yang saya hormati, En. Abdullah B Chik dan kawan-kawan seperjuangan saya sekalian,
dan hadirin dan hadirat sekalian. Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi kepada
semua.Berdirinya saya pada hari ini untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk
1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Para hadirin sekalian,

Seperti yang kita tahu 1 Malaysia adalah satu lagi slogan atau gagasan baru
yang diur-uarkan dan diketengahkan oleh pucuk pempinan kita yang baru iaitu, Dato’
Sri Mohd Najib Tun Razak pertama kali pada 5 Mei 2009 di Padang Merdeka, Kota
Kinabalu, Sabah. 1 Malaysia amat menekankan kesaksamaan dan keadilan bagi
semua kaum di Malaysia.

Ramai yang berpendapat bahawa gagasan 1 Malaysia adalah lebih mirip kepada
Malayan Malaysia yang pernah dicadangkan oleh DAP yang akhirnya mendapat
tentangan dalam kalangan pemimpin UMNO dan Orang Melayu.Namun 1 Malaysia
sangatlah berlainan dengan Malayan Malaysia, Ianya menekankan 8 nilai sebagai teras
bagi mendukung matlamat berkenaan iaitu, budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah
hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, integreti, dan pendidikan.

Hadirin sekalian

Pada pendapat saya,1 Malaysia dapat menyatupadukan masyarakat tanapa


mengira kaum dan membolehkan masyarakat Malaysia menikmati kemajuan dan
kemakmuran negara adil dan saksama. Disebabkan gagasan ini masih
baru,masyarakat masih belum mengetahui kepentingan dan kelebihannya. Masyarakat
Malaysia masih lagi ragu-ragu tentang gagasan ini kerana kurang pendedahan tentang
konsep dan rasionalnya.

4
Penerimaan konsep 1 Malaysia bermakna rakyat tidak lagi bersikap prejudis
terhadap mana-mana kaum sebaliknya merapatkan hubungan setia kawan,
bertoleransi, beretika, dan sedia berkerjasama tanpa mengira warna kulit dan fahaman
agama. Apa yang penting sekarang, kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk
meyakinkan orang Melayu bahawa gagasan 1 Malaysia ini tidak akan merugikan
mereka. Ini disebabkan oleh Orang Melayu melihat 1 Malaysia lebih merugikan dan
menggugat hak-hak keistimewaan mereka berbanding membawa keuntungan.Orang
Melayu juga beranggapan gagasan ini lebih menguntungkan kaum lain.

Para hadirin dan hadirat sekalian

Namun dengan segala spekulasi dan anggapan yang melulu, 1 Malaysia


hanyalah satu penjenamaan semula terhadap pendekatan yang dilakukan pemimpin-
pemimpin terdahulu seperti yang disuarakan oleh penganalisis politik, Prof Datuk Dr
Ramlah Adam. Ia berbeza hanya dari segi istilah, bukan dari segi konsep dan
pengertiannya. Pengisian gagasan 1 Malaysia tetap sama dan serupa dengan gagasan
yang lain yang diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.

Jika gagasan 1 Malaysia ini berjaya dan disambut baik,saya yakin semua kaum
di Malaysia akan hidup lebih bersatu padu dan bertoleransi antara sesama kaum.
Namun jika ianya gagal dan tidak dilaksanakan dengan bijak,ianya akan menjerat
UMNO,ini baru dikatakan ‘Keris Makan Tuan’.

Hadirin hadirat yang saya hormati,

Jika didalami tentang 8 nilai 1 Malaysia, meritokrasi adalah salah satu


daripadanya. Saya tertarik untuk mengulas tentang nilai ini kerana Orang Melayu
sangat tidak bersedia untuk 1 Malaysia terutamanya bila ianya mengenai meritokrasi.
Orang Melayu memang suka ditolong lebih-lebih lagi dari sector ekonomi dan
pendidikan. Jika meritokrasi dilaksanakan di institusi-institusi pendidikan dan
sebagainya tanpa mengambil kira hak keistimewaan Orang Melayu, dikhuatiri ketidak
puasan hati berlaku terhadap Orang Melayu. Ini disebabkan dari zaman berzaman hak
keistimewaan Orang Melayu dilindung oleh Perlembagaan Negara Perkara 153. Orang

5
Melayu masih belum bersedia untuk bersaing dengan kaum-kaum lain dan berdikari.
Orang Melayu lebih suka ditolong dan dilindungi.

Para hadirin sekalian,

Selepas peristiwa 13 Mei 1969,penduduk Malaysia tidak mahu lagi peristiwa


berdarah itu kembali menghantui mereka. Kenangan itu sangat perit untuk diingat.
Diharapkan agar Malaysia akan kekal aman damai dan perpaduan kaum di negara ini
akan kekal terjalin hingga keakhirnya. Dengan wujudnya gagasan seperti 1 Malaysia ini
saya yakin Malaysia akan kekal aman damai. Diharapkan anak cucu saya nanti akan
dapat merasai kebahagiaan hidup dalam perpaduan seperti yang saya lalui sekarang.

Satu cita, satu impian, satu perpaduan, SATU MALAYSIA! Hidup Satu Malaysia,
Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.

Refleksi

6
Konsep 1 Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Ia sebenarnya adalah
kesinambungan kepada apa yang diperjuangkan semenjak Allahyarham Tunku Abdul
Rahman. Selama ini pun, Malaysia berjaya kerana kita menjadikan kemajmukan rakyat
yang ada sebagai sumber kekuatan walaupun kita telah menyaksikan banyak negara
didunia telah hancur dek faktor kemajmukan. Malah kita juga telah merasai sedikit
sebanyak bagaimana kemajmukan yang tidak diurus dengan betul telah hampir
meranapkan negara seperti mana yang telah dialami semasa tragedi 13 Mei.

Maka yang demikian, suka atau tidak suka, kita mesti mengakui kemajmukan
yang wujud adalah realiti yang harus di terima. Inilah merupakan teras kepada konsep
Satu Malaysia, mengakui realiti yang ada dan menjadikannya sebagai platform untuk
mencapai kejayaan demi kejayaan. Konsep ini tidak sekali-kali lari daripada apa yang
telah dimaktub dan dimuafakatkan melalui undang-undang tertinggi negara iaitu
Perlembagaan Persekutuan dan prinsip prinsip Rukun Negara.

Di bawah Konsep Satu Malaysia ini setiap rakyat Malaysia yang berkelayakan
dan memerlukan bantuan serta pertolongan akan kita bantu. Tidak akan ada mana-
mana pihak yang akan dicicirkan. Sesungguhnya lagi janganlah mana-mana pihak
menganggap mereka adalah warganegara kelas dua di negara tercinta ini, kerana
setiap anak Malaysia adalah potensi modal insan yang penting kepada negara, setiap
mereka perlu dimanfaatkan sebaiknya.

Setiap warganegara mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing


sepertimana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan. Kewarganegaraan
bukan sahaja menggariskan hak tetapi juga menuntut tanggungjawab. Janganlah
mana-mana pihak terlalu taksub terhadap tuntutan hak dan melupakan tanggungjawab
mereka sebagai warganegara.

Di bawah Konsep Satu Malaysia kita perlu memastikan tiada rakyat Malaysia
yang terpinggir daripada mendapat perhatian kerajaan. Bagi kerajaan, meritokrasi

7
bukan bermakna kesaksamaan yang membuta. Malah kesaksamaan bermaksud
meletakkan sesuatu pada tempatnya yang hak. Dari itu, seorang anak yang datang dari
keluarga miskin tidak kira dari bandar atau luar bandar walau dari etnik manapun, tetapi
ternyata mempunyai potensi sememangnya berhak mendapat bantuan kerajaan
berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang
pendidikan yang terbaik.

Maknanya, kita sebagai rakyat haruslah menyokong dasar kerajaan kerana apa
yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk kebaikan kita bersama khususnya,
seperti gagasan 1 Malaysia ini. Saya berharap agar 1 Malaysia diterima ramai dan
kerajaan akan melaksanakan banyak lagi dasar agar perpaduan antara kaum di negara
kita akan terpelihara.

8
Bibliografi

Milinea. (Jun 2009). m/s 7-11

Abd Bashid Harun, Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


http://gurubashid.com/blog/politik-semasa/satu-malaysia-rakyat-didahulukan-
pencapaian-diutamakan.htm . Accessed on 22 Julai 2009.

Tok Su Ru Sila, 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.(2009)


http://toksu.wordpress.com/2009/07/11/1-malaysia-rakyat-didahulukan-pencapaian-
diutamakan/ . Accessed on 8 Ogos 2009

9
LAMPIRAN

10

You might also like