You are on page 1of 106

Globalisasi & Modenasasi : Punca Gejala Sosial

Punca – puncautama yang mendatangkan gejala sosial adalah globalisasi dan


modenasasi. Perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana perubahan
pada arus global yang digelar globalisasi. Globalisasi tidak saja ditandai dengan
dominasi ekonomi tetapi ia merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan
kota (city culture) menuruti landasan Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif
dengan adanya teknologi maklumat dan multi media sebagai kenderaan yang amat
berkesan untuk melakukan agenda globalisasi.

Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara baru
dan trendy,  yakni bukan dari budaya ketimuran. Tidak mustahil kita akan jatuh
terpengaruh dan mengikut arah aliran kebaratan, terutama sekali golongan belia.
Contohnya seperti mewarnakan rambut, memakai anting-anting atautattoo bahkan
sampai kepada hal-hal yang sangat teruk seperti pengambilan minuman keras dan
pergaulan bebas yang boleh menjurus kepada masalah – masalah gejala sosial yang
lebih serius. Mungkin sesetengah orang menganggap ini merupakan satu fenomena
yang biasa namun di negara yang masih berpegang teguh pada falsafah Melayu
Islam Beraja (MIB) seperti Brunei Darussalam, ia merupakan satu perkara yang
keterlaluan dan perlu dielakkan.

Globalisasi bergerak seiringan dengan modenasasi. Dalam dunia serba moden ini,
masyarakat mementingkan prestij dan kemewahan; oleh sebab itu, mereka menjadi
semakin individualistik dan materialistik. Bandingkan denganmasyarakat
tradisional, masyarakat moden mempunyai cita-cita tinggi, kompetitif dan tidak
lagi menganggap saudara-mara atau jiran-jiran sebagai kelompok rujukan, bahkan
adat tradisional seperti memuncang-muncang juga sudah ditinggalkan. Bukan saja
ini berpaling daripada budaya kita sebagai orang Melayu tetapi juga
daripada tuntutan agama Islam.Ukhuwah atau persaudaraan adalah sesuatu yang
amat dituntut dalam Islam memandangkan ianya akan dapat mengukuhkan
perpaduan sesama manusia, khususnya sesama muslim.

Firman Allah SWT :


” Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
danperempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak,
supayakamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah
ialah orangyang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi MahaMendalam Pengetahuan-Nya.” Surah Al Hujuraat : Ayat
13
Semua orang mukmin adalah bersaudara, dan oleh yang demikian, ishlah (atau
perhubungan baik) perlukan diwujudkan. Sekiranya terjadi ketidaksefahaman
antara dua
kelompok orang Islam, maka al-Quran telah memberikan contoh penyebab yang
menyebabkan keretakan hubungan, sekaligus melarang setiap Muslim dari
melakukannya.

Bentuk - Bentuk Manifestasi Globalisasi & ModenasasiYang


Membawa Kepada Gejala Sosial Dalam Masyarakat

Media Massa
Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan
berbagai alat media-massa yang serba canggih. Media massa merupakan sumber
maklumat yg cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui
teknologi yang semakin canggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada
banyak maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai
untuk kesemua peringkat umur.Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan
belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan
adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin
cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.

Internet
Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada pe
Maparan gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi
kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui internet umpamanya, masyarakat
yang berfikiran kurang sehat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat-
maklumat yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif.

Institusi Kekeluargaan Yang Goyah
Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial. Ibu
bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya,
ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidi kan agama anak-anak mereka, ini
akan menjadi satu faktor punca gejala sosial.Dan lagi, dengan bertambahnya
komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu
terhad. Ini akan membuat anak - anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak
mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih
sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang bermasalah juga, seperti perceraian
dan pergaduhan turut mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti
yang tidak sihat.

Cara Berpakaian
Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa ini cukup
memalukan.Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya
melayu sekali gusbertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam,
agama rasmi negara kita.Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang
dianggap moden dan maju.Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan
ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiransempit.

Sayangnya, tidak semua dapat menerima pendapat bahawa mereka ada


memainkan peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol dan seks bebas.
Walaupun Brunei Darussalam sebuah negara MIB, kita tidak dilarang berfesyen,
akan tetapi berpadalah dengan aturan dan garis panduan syarak dan budaya yang
telah ditetapkan.
Firman Allah s.w.t:
"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman,supaya mereka melabuhkan pakaiannya
bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar),cara itu lebih sesuai
untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik),dengan itu mereka
tidak diganggu, daningatlah Allah amat pengampun lagi amat mengasihani".Al-
Ahzab : Ayat 59

Dunia Cinta Remaja
Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan
Mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang
lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memang
lumrah, perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam
remaja. Tetapi sekiranya perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan
menimbulkan gejala - gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina
dan sebagainya.
Bercinta tidak pernah dianggap salah malahan orang yang tidak percaya akan cinta
kepada insan lain dan pencipta-Nya merupakan golongan manusia yang rugi. Islam
sendiri menggalakkan umatnya saling kenal mengenali antara satu sama lain tanpa
mengira jantina, bangsa dan agama. Mungkin ada cara untuk menangani masalah
percintaan. Remaja diingatkan supaya berkawan atau bercinta dengan cara yang
telah digariskan oleh Islam yang diantaranya adalah mengelakkan pergaulan tanpa
batas, berdua-duaan di tempat sunyi dan sebagainya.

Terlalu Banyak Masa Lapang
Sekiranya masa lapang golongan belia terbatas,mereka akan rasa kurang
berminatpada kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Pengisian masa lapang yang
kurangterarah, akan mendesak remaja untuk melakukan aktiviti yang tidak
bermanfaatseperti perbuatan negatif.
KESAN – KESAN GEJALA SOSIAL TERHADAP MASYARAKAT
Semua ini membawakan kesan – kesan negatif pada budaya dan cara hidup kita.
Kebudayaan secara umum merupakan identiti keperibadian bangsa. Kebudayaan
merupakan manifestasi konkrit norma-norma dan nilai-nilai sebuah masyarakat
yang membezakannya daripada masyarakat masyarakat yang lain yang mempunyai
sistem-sistem nilai yang berlainan. Struktur kehidupan sosial masyarakat banyak
berubah.
Budaya moden telah mempengaruhi 'keolahan dan tingkah laku', cara berfikir
termasuk penghayatan terhadap ajaran agama.
Muda-mudi bergaul bebas, tidak menghiraukan batas-batas ajaran agama,
tatasusila dan nilai-nilai murni ketimuran. Begitu juga dari segi pakaian.
Gaya hidup moden juga menjadikan sebilangan masyarakat bersikap
individualistik, mengabaikan sikap kekeluargaan, kejiranan dan bermasyarakat.
Tradisi memuncang-muncang semakin pupus disebabkan urusan kenduri kendara
dikendalikan menggunakan catering, manakala peralatan sama ada disewa atau
dibeli. Kebanyakan masyarakat ketika ini juga bersikap 'materialistik' untuk
mengejar kemewahan dan kesenangan hidup.

TAMAT.
7 Nov 2007 - 09:04:15 am
Budaya Hedonisme
Budaya Hedonisme – Wabak yang mengancam kemajuan
negara 
      
        Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang digagaskan oleh Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi baru-baru ini telah menggariskan modul
pembangunan insan sebagai teras utama. Hal ini jelas membuktikan peri pentingnya golongan
muda sebagai tangan yang turut sama membangunkan negara. Bak kata pepatah, pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara. Kenyataan ini haruslah disedari setiap belia di negara kita.
Ironinya, generasi muda masa kini bukan sahaja bersikap ‘acuh tak acuh’, malahan terjangkit
dengan budaya hedonisme yang kian merebak dengan meningkatnya pengaruh pihak media. 
        Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, budaya didefinisikan sebagai cara berfikir dan
berkelakuan manakala hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan
keseronokan atau kesenangan hidup. Secara kontekstualnya pula, budaya hedonisme membawa
maksud gaya hidup yang hanya mengejar keseronokan semata-mata. Budaya yang berasal dari
negara Barat ini sebenarnya merupakan barah yang makin mengancam jiwa remaja masa kini,
dan seterusnya merapuhkan adat berbudi bahasa yang merupakan pegangan hidup masyarakat
Malaysia pada suatu masa dahulu.  
       ‘Budi bahasa budaya kita’. Rangkaian kata yang merupakan slogan Kempen Berbudi Bahasa
yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan  ( KEKKWA) ini
sebenarnya mendukung seribu satu makna. Budaya hedonisme telah dikenal pasti sebagai agen
penghakis amalan berbudi bahasa dalam kalangan anak muda. Melalui media hiburan yang
dibawa dari Barat, anak-anak muda telah didedahkan dengan adat pertuturan yang kasar, gaya
pemakaian yang mencolok mata dan cara pergaulan yang bebas. Pada masa kini, kita boleh
melihat album-album lagu Barat yang berlambak di pasaran tempatan. Perhatikan gaya
pemakaian golongan penyanyi ini. Dengarkanlah jenis bahasa yang digunakan. Adakah budaya
ini sesuai dengan norma hidup masyarakat Timur? Bukankah budaya sebegini akan meracuni
pemikiran anak muda yang belum lagi berfikiran matang? Minda para pemuda, sekiranya
dibiarkan untuk diracuni bisa budaya Barat, nescaya akan mengubah adat hidup dan budi bicara
mereka kelak.        Budaya hedonisme telah melahirkan generasi muda yang tidak mementingkan
masa depan. Apa tidaknya, golongan remaja ini hanyalah hendak bersuka ria tanpa matlamat
hidup yang tinggi. Pada pendapat mereka, mereka hanyalah hidup untuk bersuka ria dan berfoya-
foya. Mereka tidak merancang untuk masa depan yang lebih cerah, sebaliknya semakin mundur
apabila masa ditelan zaman. Orang lain semakin jauh ke depan, manakala anak muda kita masih
lagi terkial-kial di belakang. Usaha tokoh pejuang tanah air memperjuangkan kemerdekaan
akhirnya tersia apabila negara kita tidak dapat dibangunkan oleh warganegara Malaysia,
sebaliknya hanya bergantung harap kepada negara lain. Hendakkah kita balik ke cengkaman
kuku besi penjajah? Sanggupkah kita hidup di bawah telunjuk orang lain? Sewajarnya, golongan
pemuda yang merupakan generasi pelapis pemimpin masa kini haruslah sedar daripada dibuai
mimpi-mimpi kosong dan seterusnya, memegang tanggungjawab mereka dengan berusaha ke
arah yang lebih baik. 
       Namun demikian, harapan ini tampaknya susah untuk direalisasikan memandangkan budaya
hedonisme telah menerbitkan satu lagi budaya dalam kalangan remaja, iaitu budaya malas.
Budaya hedonisme telah melekakan pemikiran remaja, justeru mereka tidak lagi suka berusaha
untuk mendapatkan sesuatu. Mereka hanyalah bersikap sambil lewa untuk memperoleh sesuatu,
biarpun mereka betul-betul berkeinginan untuk mendapatkannya. Siapakah yang tidak
menginginkan kejayaan? Malangnya, para remaja telah biasa mendapat apa-apa sahaja yang
mereka hendak, termasuklah keseronokan melalui budaya suka bermain-main. Mereka percaya
bahawa usaha yang dilakukan untuk memperoleh kejayaan hanya sia-sia semata-mata. Antara
sedar atau tidak, mereka mula menyemaikan budaya ‘tak apa’ dalam pemikiran mereka. Oleh
yang demikian, mereka mulalah bersikap bagai melepaskan batuk di tangga apabila
bekerja.           
         Bukan itu sahaja, gejala sosial turut dilahirkan melalui budaya hedonisme ini. Hal ini dapat
dilihat apabila para remaja berkumpul di tempat-tempat yang tidak senonoh seperti di pub, kelab
malam dan sebagainya untuk bersuka ria. Di sinilah pelbagai penyakit sosial tersebar, misalnya
minum arak, menari-nari dan sebagainya. Kita boleh lihat banyak anak muda yang datang ke
tempat-tempat sebegini terkinja-kinja di bawah pengaruh dadah sambil bergelak tawa dengan
kuatnya, biar perempuan sekalipun. Mereka mendengar lagu-lagu rancak sambil menggoyang-
goyangkan kepala mereka tanpa mengendahkan masyarakat yang memandang. Ke manakah
hilangnya adab bersopan-santun ini? Bahkan, tabiat bergelumang dengan alkohol lambat-laun
akan menarik golongan remaja untuk berkecimpung dalam dunia dadah pula. Maka, lahirlah
makin banyak sampah masyarakat yang menggugat keamanan negara.  
          Selain itu, budaya hedonisme juga menggalakkan para remaja untuk mengagung-agungkan
penyanyi barat. Amalan ini bukan sahaja mambazirkan wang ringgit, malahan juga masa yang
tidak ternilai. Akibat amalan ini, para remaja mula mengidolakan penyanyi yang membawa imej
budaya kuning ini. Mereka mulalah terikut-ikut dengan pengaruh yang dibawa oleh penyanyi
Barat. Masa yang ada dihabiskan begitu sahaja dengan mendengar lagu-lagu yang tidak
memanfaatkan ini. Wang yang diperoleh pula digunakan untuk membeli album yang tidak
berfaedah. Wang ringgit dan masa ini, sewajar-wajarnya digunakan untuk menimba ilmu
pengetahuan untuk dijadikan jaminan masa depan, bukannya untuk memenuhi kehendak nafsu.
Kita hendaklah berpandangan jauh dan mestilah merancang untuk masa akan datang. Apalah
maknanya kehidupan tanpa hala tuju yang jelas? Apakah gunanya kita bersenang-senang
sekarang, tetapi susah di kemudian hari? 
          Budaya hedonisme merupakan gaya hidup yang bercanggah dengan norma hidup
masyarakat yang menghendakkan kejayaan. Jadikanlah diri cemerlang, gemilang dan terbilang
dengan mengetepikan budaya hidup yang memakan minda, diri, masyarakat dan negara ini.
Jadikanlah diri seorang yang berguna untuk keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Sebagai
generasi muda, kita haruslah mempersiapkan diri untuk memajukan negara. Malaysia Boleh!      
Admin · 6399 views · 4 comments 
Categories: Isu semasa di Malaysia
Permanent link to full entry
http://thoughtsforlife.blogminister.net/Welcome-b1/Budaya-Hedonisme-b1-p6.htm

TAMAT.
Budaya Hedonistik Kian Merebak
Oleh Kiai Siswadi 

Jumat, 17 Februari 2006


Akhir-akhir ini fenomena budaya hedonistik tampak makin merebak dalam masyarakat
Indonesia. Budaya ini menunjuk pada sikap hidup dan tindakan-tindakan yang lebih
mengutamakan kesenangan (pleasure) dan kemewahan. Ini agak ironis dalam kehidupan
bangsa kita yang sedang mengalami krisis ekonomi sangat parah.
Bagi sebagian orang, berfoya-foya tampak sudah menjadi bagian kehidupan
sehari-hari. Makan enak, tidur nyenyak, pakaian serba wah macam-macam,
perabotan rumah tangga serba lux (mewah), dan kendaraan yang sebentar-
sebentar diganti dengan model terbaru dan termahal, telah menjadi bagian
kehidupan masyarakat perkotaan, khususnya kaum the have.
Begitu pula fenomena "manusia salon". Bentuk hidung yang dianggap kurang
serasi, diperbaiki melalui bedah plastik. Bentuk dagu yang dianggap belum seperti
lebah tergantung, lalu dioperasi agar ia tampak mempesona; kendati bila salah
dalam proses bedah, bisa berakibat fatal. Rambut orang Indonesia yang sudah
kodratnya berwarna hitam, kini banyak dicat dengan berbagai warna.
Tidak salah bila sebuah majalah religius baru-baru ini menyebut negeri Indonesia
memang tergolong aneh. Dibilang krisis, tetapi mal-mal dan pusat perbelanjaan
tetap ramai dikunjungi, dan para pengunjungnya berbelanja sebanyak-
banyaknya. Tempat-tempat hiburan tampak dipadati orang. Itu terlihat di
sejumlah kafe dan diskotek di kota-kota besar seperti Jakarta, Bandung, dan
Surabaya. Di sejumlah tempat hiburan, area parkir dipenuhi mobil hingga ke
jalan-jalan, khususnya pada saat week end. Hotel-hotel dari berbagai kelas pun
terpaksa menolak tamu yang memesan kamar dadakan.
Di Bandung, khusus hari Jumat dan Sabtu, betapa susahnya mencari penginapan.
Sepanjang kawasan Dago Atas sampai Dago Bawah hingga ke Jalan Merdeka dan
sekitarnya, bahkan ke tengah sampai ke selatan atau timur Bandung, umumnya
hotel-hotel dari bintang I sampai V menolak tamu dadakan, karena kamar-
kamarnya sudah habis dipesan. Padahal, seperti kita ketahui, masyarakat, bangsa
dan negara ini sedang mengalami krisis ekonomi. Itulah kenyataan agak ironis
yang kita temui.
Dengan mencermati fenomena di atas, tidaklah salah bila dikatakan bahwa arus
budaya hedonistik telah datang dan subur di Indonesia. Arus budaya hedonistik
itu dulunya berasal dari gaya hidup kaum borjuis di Eropa, lalu menjalar secara
spektakuler ke Amerika Serikat (AS). Dan, sampai batas tertentu, budaya
hedonistik sudah menggerayangi keluarga-keluarga Indonesia yang kaya secara
mendadak, entah karena korupsi atau karena kegiatan lainnya.
Memang, intensitas hedonisme dapat bervariasi, tergantung pada tingkat
kekayaan dan keterikatan dengan prinsip transendental. Bilamana keterikatan itu
kian melemah, dominasi hedonisme dapat menjadi makin kokoh.
Dominasi hedonisme juga biasa muncul dalam masyarakat yang mengalami
ketidakseimbangan psikologis dan sosial. Dalam masyarakat seperti itu, menurut
JA Camilleri (1976: 33), akan lahir keadaan berupa "lenyapnya perbedaan antara
kemajuan dan kemerosotan, nalar dan tidak nalar, normalitas dan abnormalitas".
Di situ, batas-batas nilai menjadi kabur, norma-norma berantakan.
Ketidak-amanan ontologis ini meremukkan pilar-pilar toleransi, moral dan etika
yang sebelumnya merupakan penyangga kehidupan kolektif umat manusia.
Karena itulah, menurut Herbert Marcuse (1972: 11), pada dataran yang bersifat
intelektual, budaya hedonistik mendorong hati nurani manusia menjadi tumpul.
Bila dikaji secara mendalam, dengan mengaitkannya pada paham hedonisme,
fenomena tersebut bisa dipahami. Dalam budaya hedonistik, kegiatan ekonomi
bukan lagi menjadi alat, namun sudah menjadi tujuan. Segala aktivitas hidup
terfokus pada kepentingan yang bersifat kesenangan saat ini dan di dunia ini
semata. Nilai-nilai moral transendental yang mungkin membawa manusia
berdialog dengan Realitas Tertinggi (istilah AJ Toynbee), sudah disingkirkan dari
wilayah pertimbangan hidup sehari-hari. Manusia muncul sebagai budak yang
setia pada kesenangan lahiriah.
Dari budaya hedonisme, jangan diharap akan lahir karya-karya seni yang bernilai
tinggi. Yang tampil adalah budaya iklan yang merangsang perut dan seks. Dalam
masyarakat yang dihinggapi budaya hedonistik, apa yang dikenal sebagai jati-diri
seorang manusia telah lebur ditelan lingkungan elektronik yang serba canggih
atau oleh produk-produk pabrik dan industri yang menyenangkan.
Daniel Bell (1978) pernah menelusuri asal mula lahirnya budaya hedonisme itu.
Pembenaran dan pembelaan kultural terhadap kapitalisme, ternyata telah
menghidupkan paham hedonisme, yakni gagasan kesenangan sebagai cara hidup.
Dalam hubungannya dengan masyarakat AS, majalah Playboy yang pada tahun
1970 mencapai oplah sekitar 6 juta, menurut Bell, mesti dilihat dari realitas
bahwa majalah ini sukses merangsang fantasi kehebatan seks kaum pria. Sebagai
tandingannya, di AS terbit majalah Playgirl, yang mencoba merangsang
kehebatan seks kaum wanita. Gejala hadir dan suburnya budaya hedonistik itu
saat ini mulai tampak dalam kehidupan masyarakat Indonesia yang dikenal
sebagai negeri berpenduduk muslim terbesar. Setidaknya hal itu dibuktikan oleh
fenomena yang digambarkan pada awal tulisan ini. Bahkan majalah Playboy edisi
Indonesia direncanakan akan diterbitkan.
Pertanyaannya, secara mental-spiritual, sudah siapkah masyarakat Indonesia ini
berhadapan dengan arus budaya hedonistik yang memang telah, sedang dan akan
terus menggerayangi permukaan bumi Nusantara? Apakah filter budaya bangsa
Indonesia saat ini bisa diandalkan untuk mengalahkan daya tarik hedonisme itu?
Agaknya, kemampuan kita menjawab tantangan itu banyak tergantung pada
kemampuan kita dalam menyiapkan generasi penerus melalui jalur-jalur dan
pusat-pusat pendidikan yang dikelola secara berencana, anggun, bertujuan jelas
dan bertanggung jawab. Tanpa nilai-nilai itu semua, institusi-institusi pendidikan
akan berfungsi lebih banyak sebagai pabrik mencerdaskan bangsa namun dengan
pijakan moral yang rapuh.
Hal itu bisa dianggap sebagai tantangan besar bangsa Indonesia. Diharapkan, kita
sanggup mencermati realitas itu dengan pikiran dan hati yang jernih, sehingga
bisa merumuskan strategi pendidikan untuk jangka panjang, guna menyiapkan
generasi penerus bangsa yang berakhlak dan bermoral mulia. Semoga tercapai!
***
Penulis adalah pengamat sosial, Pemimpin
Pengajian Malam Rebopahing Trasan (Pemret) Bandongan, Magelang, Jateng.

Politik |  Hukum |  Ekonomi |  Metropolitan |  Nusantara |  Internasional |  Hiburan | Humor |  Opini |  A
bout Us

Copy Right ©2000 Suara Karya Online


Powered by Hanoman-i

TAMAT.
Offline with Hedonism!' di KLCC
JUMAAT, 19 MAC 2010 11:52 TM LIM

KUALA LUMPUR, 18 Mac - Seramai 83 orang remaja yang sedang menghabiskan cuti sekolah minggu ini berjaya
dikumpulkan dalam program sehari di Masjid As-Syakirin, KLCC di sini. Program yang diberi nama 'Offline with
Hedonism!' (OWH) itu bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Ia merupakan satu daripada
pelbagai program kesedaran dan motivasi yang disasarkan kepada remaja belasan tahun dalam usaha membentuk
mereka menjadi Muslim yang kental menghadapi cabaran.

Menurut Penasihat Program, Mohd Hafiz Abd Hamid (gambar), OWH yang dianjurkan
oleh Kelab Remaja Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Kuala Lumpur atau
ringkasnya KRJ KL ingin berkongsi dengan peserta tentang kesan-kesan budaya
hedonisme terhadap remaja di negara ini. OWH dikendalikan oleh remaja lepasan SPM
yang merupakan 'graduan' program 'Madrasah Hayyah al- Islah' (MHI) anjuran JIM,
manakala para peserta OWH terbuka kepada pelajar-pelajar berumur 12-17 tahun di
sekitar lembah kelang.

"Kita sasarkan peserta di peringkat awal remaja supaya mereka dapat dicegah dahulu
sebelum terjebak dengan budaya hedonisme ini," jelas Hafiz.

Apakah 'hedonisme'? Ia adalah satu fahaman yang menjadikan hiburan yang melampau
sebagai matlamat utama kehidupan.

"Orang yang terjebak dengan budaya buruk ini melihat hidupnya hanyalah untuk berhibur dan berseronok sahaja.
Sebab itu dalam program ini, kita menekankan tema bahawa 'Hedonisme Bukan Fitrah Kami'. Isi program pula lebih
menjurus kepada kebejatan 7S (sex, smoke, sport, SMS, social network, screen, song) iaitu antara budaya
hedonisme yg melanda remaja hari ini," ujar Hafiz lagi dengan penuh semangat.

"Sebenarnya remaja sekarang banyak terikut-ikut dengan peredaran semasa. Sebab itu program ini menekankan
bahawa persekitaran semasa itulah yang banyak mencorakkan kehidupan mereka. Mereka juga sebenarnya kurang
kasih sayang, jadi kita kena mengisi kekurangan ini dengan betul," katanya lagi.

Para peserta telah didedahkan dengan aktiviti latihan dalam kumpulan, permainan berciri pengurusan, persembahan
berkumpulan dan yang paling mengujakan, 'explorace' di dalam bangunan KLCC. Program yang mendapat
kerjasama baik daripada pengurusan Masjid As-Syakirin ini dianggap berjaya dan maklumat setiap peserta akan
disimpan dalam pangkalan data KRJ KL untuk program-program susulan seterusnya.
Sementara itu, Setiausaha JIM Kuala Lumpur, Zulkifli Ahmad (gambar) berpendapat zaman ini adalah era yang
cukup mencabar bagi remaja kerana cabaran datang dari pelbagai penjuru.

"Cabaran bukan setakat hiburan sahaja, malah pemikiran juga. Hari ini gejala seperti
membuang bayi, hiburan dan meminum arak sudah dianggap biasa oleh remaja. Mereka
bukan lagi melihatnya sebagai dosa, bahkan beranggapan, 'kalau aku tak buat perkara ni,
maka aku tak macho'. Inilah fenomena yang kita risaukan, dan kita bertanggungjawab
membina jiwa remaja seperti ini supaya mereka bersedia menghadapi cabaran," katanya.

Program remaja, menurutnya lagi, perlu ditumpukan kepada pembentukan jati diri dan
akhlak, pendedahan kepada kesedaran dan motivasi, dan paling penting menyediakan
alternatif hingga mereka dapat membezakan sendiri antara perkara yang boleh dengan yang
tidak boleh dilakukan, antara yang halal dengan yang haram dan sebagainya.

JIM Kuala Lumpur melalui jawatankuasa remajanya banyak menjalankan aktiviti di sekolah-sekolah seperti program
popular 'Keindahan Bersama-Mu', program 'BEST' untuk pelajar-pelajar sekolah menengah rendah, selain aktiviti
fizikal seperti futsal dan lawatan sambil belajar ke Petrosains dan lain-lain.

"Sudah tentu program JIM sahaja tidak cukup untuk menampung keperluan remaja yang ramai. Kerjasama antara
NGO dan agensi kerajaan mesti diwujudkan bagi menangani gejala negatif dalam kalangan remaja ini. Kita kena
tengok dari dua aspek, antara cabaran hedonisme dengan cabaran untuk menanganinya. JIM banyak membuat
program-program berbentuk 'membaiki' dan memberi kekuatan jiwa, tetapi dalam masa yang sama, ada pihak lain
yang sengaja menyuburkan aktiviti- aktiviti hedonisme supaya para remaja terjebak. Aspek ini yang sukar untuk kita
tangani," ujar Zulkifli lagi.

"Kalau satu aspek sahaja dibuat, insya-Allah ia boleh selesai juga tetapi akan memakan masa yang lama dan kos
yang banyak. Jadi, kerjasama semua pihak termasuk pihak berkuasa, bahagian agama polis amat diperlukan untuk
menutup lubang-lubang maksiat ini."

Menurutnya lagi, usaha-usaha yang telah dijalankan oleh


pelbagai pihak selama ini ternyata masih tidak mencukupi
kerana hanya mencapai golongan sasaran tertentu, sedangkan
masih ramai lagi remaja yang terbiar dan tidak disantuni.
Justeru, pihak yang terbabit harus pandai memainkan peranan
di bidang-bidang yang berlainan (tidak bertindan dengan usaha
pihak lain) kerana masing- masing ada kekangan dari segi
tenaga dan kewangan. "Contohnya JIM banyak menumpukan
bidang sahsiah. Bidang-bidang lain seperti memacu akademik
remaja kita harap dapat dilakukan oleh NGO lain.
Alhamdulillah, setakat ini kita banyak bekerjasama dengan
pihak-pihak seperti JAWI (Jabatan Agama Isam Wilayah
Persekutuan), pejabat mufti, Dewan Bandaraya Kuaa Lumpur,
masjid-masjid dan surau-surau di sekitar Kuala Lumpur," tambahnya.

Ku Muhammad Azim Ku Aizuddin, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang yang
ditemui berkata, beliau mendapat pengalaman berharga dan dapat mengenali dengan lebih mendalam apa itu
budaya hedonisme dalam program ini.

"Para peserta yang mengikuti program hari ini sudah mengetahuinya, Jadi, sebarkanlah pengetahuan ini kepada
remaja lain di luar sana kerana budaya hedonisme ini mesti dihindari oleh semua," ujarnya.
Pengalaman yang sama dikongsi oleh Farah Ilyana Huzaimi, 16, pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku
Ampuan Jemaah, Shah Alam yang melihat trend buruk remaja sekarang berlaku di hadapan matanya.

"Semasa kami melakukan 'explorace' tadi pun kami nampak perangai remaja yang tidak senonoh, membuktikan
bahawa peranan memberi nasihat dan menunjukkan contoh yang baik mesti dilakukan oleh remaja yang mempunyai
kesedaran seperti kami," katanya.
Browse > Home / Artikel Ilmiah, Pengetahuan Am / HEDONISME Dan Belia Di Malaysia: Satu Renungan, Seribu Tindakan.

HEDONISME Dan Belia Di Malaysia: Satu Renungan, Seribu


Tindakan.
January 2, 2010 by ummu wafa   
Filed under Artikel Ilmiah, Pengetahuan Am
Leave a Comment

Walaupun diselangi dengan maklumat dan program yang bermanfaat seperti program-program agama, pendidikan,
dan pengetahuan, tetapi peratusan program-program sebegini adalah sangat kecil berbanding program-program
hiburan yang berlawanan dengan norma-norma agama.
Di Amerika Syarikat, televisyen dianggap punca nombor satu segala masalah sosial yang dihadapi hari ini. Laporan
yang dikeluarkan oleh The American Academy of Child and Adolescent Psychiatry mengatakan punca keganasan
kanak-kanak dan belia remaja adalah disebabkan oleh pengaruh televisyen. Golongan ini mempunyai
kecenderungan untuk menjadi kebal atau immune dengan ketakutan terhadap keganasan, mengambil keganasan
secara beransur-ansur sebagai cara penyelesaian masalah, mengikut jejak langkah keganasan yang dilihat melalui
televisyen dan beridentitikan sesetengah watak seperti mangsa atau pemangsa.
Nielson Media melalui penyelidikan yang melibatkan 52 negara termasuk Malaysia melalui peratusan frekuansi
mengakses permainan dan muat turun hiburan melalui internet merumuskan bahawa rakyat Malaysia sebagai
kecanduan hiburan dan teknologi. Justeru tanpa adanya acuan yang benar dalam membentuk pola fikir Islamik, umat
Islam dikhuatiri senang terpengaruh dengan media massa sehingga disalah tanggapi sebagai pegangan hidup.
Usaha serangan pemikiran (ghozwul fikr) yang tersebar luas telahpun diberi amaran dalam firman Allah yang
menerangkan tujuan utama serangan pemikiran ini dengan ayat yang bermaksud:  “Mereka ingin supaya kamu
menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)” (Surah An-Nisa’,
4:89). Rasulullah SAW juga mengingatkan umat Islam mengenai serangan pemikiran ini apabila baginda melarang
umatnya daripada meniru budaya orang kafir bagi menjaga keperibadian dan karekteristik seseorang muslim.
Diantara jenis-jenis serangan pemikiran yang dapat dikenal pasti ialah pemikiran hedonism, tahyul, khurafat, bidaah,
kristianisasi, terrorism, seks dan sebagainya. Kesemua serangan pemikiran ini berpunca untuk menjauhkan umat
Islam daripada keterikatan dengan para ulamak
Melihat kepada pemikiran budaya hedonisme dengan lebih jauh lagi. Hedonisme  berasal daripada perkataan Greek
yang bermaksud kesenangan (pleasure) ialah suatu pola pemikiran dan budaya hidup yang terlalu sukakan kepada
aktiviti hiburan dan keseronokan semata (Encyclopedia of Philosophy, 2006;254-258). Menurut kamus dewan pula,
hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Sedar
atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme ini telah mula menular masuk sekian lama
dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya dikalangan muda mudi. Salah satu faktor penting yang
menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa sama ada media cetak atau media
elektronik yang memberikan peruntukan yang sangat banyak kepada aspek hiburan.
Kebarangkalian yang boleh difikirkan adalah mengapa berita artis, rencana hiburan dan skandal seks diberikan
ruang yang begitu meluas, dengan gambar-gambar yang besar dan menggunakan banyak ruang, tajuk-tajuknya
yang besar, adakah kerana ianya lebih ’selamat’ ? berbanding berita berunsurkan politik, sosial atau jenayah
misalnya.
Selain konsert-konsert yang diselitkan semasa karnival Jom Heboh ini, ada juga konsert-konsert lain yang terus
dijamukan kepada masyarakat kita di atas pelbagai nama dan tema, dianjurkan oleh pelbagai pihak dan syarikat.
Konsert sempena sambutan tahun baru, konsert sambutan hari kebangsaaan dan bermacam lagi. Contoh lain ialah
Konsert Inspirasi TV3 yang berlangsung di Dataran Merdeka, Pesta Malam Indonesia 3, Rockaway ’09 dan terdapat
6 konsert lain yang dianjurkan sempena Festival Muzik KL 2009 yang bermula dari 1-10 Julai 2009.

Gambar: Konsert dipenuhi belia Islam. Program agama bagaimana?


Apabila program-program hiburan sebegini dilambakkan, kesannya minda masyarakat akan banyak dibentuk dengan
hiburan. Generasi muda yang diharapkan menjadi barisan pelapis untuk menerajui dan mencorak pembangunan
ummah dan negara, disibukkan dengan hiburan yang melampau-lampau. Mereka lebih ghairah dan bersemangat
untuk berbicara tentang gosip sensasi para artis, filem-filem terbaru di pawagam, lagu-lagu yang sedang popular dan
pelbagai topik lain yang semuanya berkaitan dengan hiburan. Penyakit ini bukan sahaja menimpa golongan muda
mudi kurang berpendidikan, malah dukacita apabila ianya turut berjangkit kepada golongan mahasiswa mahasiswi di
institut pengajian tinggi. Fenomena ini dapat dibuktikan melalui pengaruh penampilan fizikal, tutur kata, tindakan dan
amalan majoriti para remaja zaman ini.
Dalam hal ini, mereka yang waras pasti bersependapat dengan pandangan dan teguran yang diberikan oleh Mohd
Ridhuan Tee (2006) berkaitan hal ini. Katanya:  ‘Lebih malang lagi program-program sebegini mendapat tajaan
daripada syarikatsyarikat korporat, termasuk syarikat korporat yang diterajui oleh orang Islam. Rancangan-rancangan
yang bersifat ilmiah dan bersandarkan ilmu tidak mendapat sambutan dan penajaan serta di anggap merugikan.
Misalnya, rancangan Malaysian Idol, Akademi Fantasia dan lain-lain diciplak dari barat hampir seratus peratus dan
tidak banyak mencerminkan nilai-nilai ketimuran atau budaya hidup Malaysia. Tidak memasukkan nilai-nilai
keMalaysiaan atau keIslaman. Ada pengkritik vokal, seni pentas, seni lagu, persembahan dan sebagainya, tetapi
tidak ada pengkritik yang memberikan input soal budaya dan adat sopan agama.”

Gambar : Rancangan realiti hiburan TV mendapat sambutan hangat di Malaysia.


Program realiti hiburan seperti Akademi Fantasia, Mentor, My Starz, Malaysian Idol, One in a Million dan sebagainya
ditiru daripada Barat bagi menambah program hiburan di Malaysia, tujuannya adalah untuk melahirkan penyanyi-
penyanyi  ‘pasang siap”.  Persoalan timbul apabila produk media keluaran orang Islam di Malaysia yang tidak jauh
bezanya dengan produk media acuan Barat yang berteraskan budaya hedonisme. Hal ini adalah akibat pemikiran
yang membentuk tanggapan bahawa media hanyalah alat hiburan dan medium menjual produk semata (Syuhada,
2009). Peningkatan jumlah peserta yang menghadiri sesi ujibakat realiti televisyen ini dari tahun ke tahun merupakan
kejayaan pola pemikiran hedonisme sehingga mengagungkan populariti dan kemewahan. Jelas pemikiran
hedonisme yang menular ini mampu menyeleweng tujuan hidup seorang muslim sehingga berkiblatkan hiburan dan
keseronokan semata.
Amat mendukacitakan apabila generasi muda hari ini lebih mengenali keperibadian artis pujaan mereka daripada
keperibadian para nabi. Kehidupan para artis yang mengikut kayu ukur barat dijadikan garis panduan dan ikutan,
hatta tingkah laku para artis itu sendiri menentang budaya ketimuran apatah lagi syariat Islam. Semua budaya
hedonisme ini dilihat normal atas nama kemodenan dan kecenderungan masa kini. Hiburan yang melampaui batas
dan nilai murni ini turut dipromosikan oleh media sehingga menjadi rujukan masyarakat.

Gambar : Hiburan alternatif dan Ulamak kurang ditonjolkan.


Tokoh-tokoh akademik, para ulamak, negarawan kurang ditonjolkan pencapaian dan sumbangan yang telah mereka
lakukan untuk pembangunan umat, agama, bangsa dan negara. Sebaliknya, artis-artis lebih diberi pelbagai anugerah
dan dijulang nama mereka atas kecemerlangan mereka di dalam industri. Pencapaian para artis lebih mendapat
liputan pihak media, berbanding kecemerlangan para cerdik pandai negara.
Memetik kata-kata Ketua Pengarah FINAS, Mohd Mahyidin Mustakim ketika majlis pelancaran Pameran Filem
Seram 2009 di Galeri Perfileman Finas, katanya: ”Selama 35 tahun industri perfileman kita tidak menerbitkan filem
seram, inilah masanya kita kembalikan kegemilangan filem seram seperti yang pernah kita capai pada 1950-an
keluaran Cathay Keris dan Malay Film Production dulu.” Sebab itu kita dapati, ramai pengusaha filem yang kembali
rancak menghasilkan filem – filem seram ini. Antara yang terbaru ialah seperti filem Tujuh Perhentian, Makar, Di
Ambang Misteri, Anak, Maut, Rasukan Ablasa, Jin Hutan, Jangan Tegur, Congkak, Jangan Pandang Belakang
Congkak dan pelbagai lagi. Senarai ini belum ditambah dengan siri-siri drama seram yang disiarkan melalui kaca
televisyen seperti Saka, Puaka Niang Rapik, Keliwon dan lain-lain lagi.
Entah berapa banyak lagi filem-filem seram ini akan dihasilkan? Sama-samalah kita tunggu dan jangan terkejut jika
generasi masa depan adalah generasi yang penakut akan hantu melebihi takut akan Tuhan ataupun mengenali
jenis-jenis hantu dari Tuhan.
Kebanyakkan filem-filem seram yang ditayangkan ini mendapat sambutan yang memberansangkan daripada
masyarakat. Misalnya, filem Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM) yang ditayangkan pada tahun 2004 berjaya
meraih kutipan sebanyak RM 3.2 juta. Angka kutipan ini menjadi peransang kepada penerbit lain untuk terus
menerbitkan filem seram. Manakala, filem Jangan Pandang Belakang (JPB), terbitan MMP pula merupakan filem
yang mencatat kutipan tertinggi menurut rekod Finas iaitu sebanyak RM 5.7 juta. Manakala filem seram terbaru
Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC), arahan Ahmad Idham berjaya meraih kutipan RM5.3 juta dalam
tempoh 12 hari ditayangkan. Jumlah penontonnya yang dilaporkan pula ialah melebihi 400, 000 orang. Dijangkakan
filem JPBC ini akan berjaya memecahkan rekod JPB.
Dalam hal ini, pandangan salah seorang tokoh ulamak Malaysia iaitu Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, mantan Mufti
Negeri Perlis harus diambil perhatian. Pandangan beliau yang disiarkan oleh Utusan Malaysia menyatakan: ‘Lebih
membahayakan apabila sesebuah filem seram itu ditonton oleh kanak-kanak yang sedang membesar kerana ia
boleh mempengaruhi pemikiran mereka. Filem-filem seram yang keterlaluan adalah berbahaya kerana ia boleh
menyumbang kepada penyelewengan akidah. Kepercayaan bukan-bukan seperti ada kuasa ghaib yang divisualkan
dan hantu itu boleh mengetahui sesuatu perkara, boleh menyebabkan masyarakat terpengaruh dan
mempercayainya. Filem seperti ini boleh merosakkan akal disebabkan unsur serta gambaran yang diperlihatkan
mengenai makhluk halus itu adalah tidak benar.”
Semoga kerisauan yang ditimbulkan menyuntik kesedaran belia agar tidak meningkatkan lagi statistik penghidap
candu hedonism di negara Malaysia tercinta ini. Lakukanlah perubahan. A thousand miles journey begins with a
single step.  Sertailah pogram dan rakan-rakan yang mampu membawa kita ke arah kebaikan. Semoga belia
Malaysia akan bangkit dengan wajah baru. Jangan berputus asa. Masih ada sinar di hujung jalan. Usaha dan
mohonlah kekuatan dari Allah s.w.t. Semoga kita semua mampu mengubahnya!
Disediakan oleh,
Saudara Razak
AJK PEMBINA Melaka

TAMAT.
Budaya hedonisme binasakan masa
depan
Oleh ZUARIDA MOHYIN
Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN

MUDA hanya sekali... Itulah yang selalu dipegang oleh


Iman menjadi benteng kepada anasir yang meruntuhkan
segelintir daripada kita, waima lelaki, perempuan, tua akhlak.
mahupun muda.

Lantas yang berfikiran pendek, mereka sanggup mencuba


apa sahaja, waima
membelakangkansyariatullah dan sunnatullah. Yang pasti, matlamat mesti dikota.

Pun begitu, masih ramai juga yang tidak melupakan kehidupan kekal selepas kematian. Lalu berusaha memperoleh
kedua-duanya sekali.

Maka, mereka inilah orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat. Sebagaimana firman Allah SWT yang
bermaksud: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan
beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta nasihat-menasihati dengan kesabaran. (al-'Asr: 1-3)

Ayat ini secara tidak langsung menjelaskan bahawa menghargai zaman muda bererti menghargai masa. Di samping
itu, pesanan Allah SWT tentang keberuntungan bagi mereka yang menjaga masanya dan memanfaatkan masa
hidupnya dengan perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan.

Lantaran itu, tidak hairanlah kalau kita terbaca atau diberitahu tentang kisah Imam Syafie yang telah menghafal al-
Quran pada usia sembilan tahun. Setahun kemudian pula berjaya menghafal isi kitab Al Muwatha' karangan Imam
Malik yang berisi 1,720 hadis dengan sempurna.

Malah bukan itu sahaja, kehebatan generasi muda Islam terdahulu juga terbukti menerusi pencapaian Usamah bin
Zaid menjadi panglima perang seawal usia 18 tahun.

Muhammad bin Qasim pula memperoleh kedudukan serupa pada usia beliau 17 tahun. Sementara Tharafah bin Al
Abdu Syahid pada usia 26 tahun.

Persoalan besar timbul ialah ke manakah hilangnya wawasan belia hari ini? Kes-kes salah laku jenayah sivil, jenayah
syariah, masalah disiplin dan adab sering dikaitkan dengan belia. Hal ini tentunya mengundang rasa bimbang dan
gusar di kalangan ibu bapa, masyarakat serta pemimpin negara.
Justeru Rasulullah SAW berpesan kepada semua golongan belia agar dapat memanfaatkan umur dan masa muda
dengan sebaik-baiknya. Diriwayatkan oleh imam at-Tirmidzi yang bermaksud: Rasulullah SAW bersabda kepada
seorang lelaki yang dinasihati baginda. "Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara. Mudamu sebelum tua, sihatmu
sebelum sakit, kayamu sebelum miskin, senangmu sebelum susah dan hidupmu sebelum mati."

Berdasarkan hadis ini, belia yang cemerlang adalah yang memanfaatkan masa dengan betul seperti berusaha
menuntut ilmu, berbuat kebaikan dan paling penting memantapkan diri dengan iman dan takwa.

Dengan iman dan takwa, jati diri belia dapat dipertingkatkan dan menjadi mantap. Sekali gus, tidak mudah goyah
oleh anasir-anasir dan gejala-gejala yang merosakkan jiwa, minda, akidah dan akhlak seperti penyalahgunaan
dadah, minum arak, zina, merempit, ajaran sesat, bersekedudukkan dan sebagainya.

Menurut Jabatan Perangkaan, jumlah golongan belia di negara ini pada tahun 2008 mencecah seramai 16 juta
orang.

Belia adalah harta yang amat berharga serta tonggak dan kekuatan masa depan negara. Mereka juga adalah
pewaris kepimpinan negara dan kesinambungan umat di masa hadapan.

Justeru, adalah perlu golongan belia ini diasuh, dididik dan dibimbing ke jalan yang benar dan diredai Allah SWT
sehingga mampu menjadi generasi yang boleh diharap dan dibanggakan iaitu belia yang beriman, berilmu, beramal
dan berakhlak mulia.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohammad Nidzam Abdul Kadirmenegaskan,


fenomena runtuh akhlak ini seandainya tidak dibendung secara berhikmah, sudah pastinya menjadi barah dan
seterusnya memusnahkan bangsa dan agama.

Katanya, perkara paling asas ialah membetulkan kefahaman akidah dan memantapkannya.

Abdullah ibnu Umar diriwayatkan berkata, bahawa generasi mereka diberikan iman sebelum menerima al-Quran.
Namun hari ini, generasi kita sarat dengan maklumat dan ilmu, namun jiwanya hampir kosong daripada iman. Al-
Quran adalah kitab hidayah kepada golongan beriman dan bertakwa.

"Dalam wasiat Nabi SAW kepada Muaz ketika diutus ke Yaman, pesanan nabi ialah agar seruan kepada iman dan
kemantapan akidah. Apabila sudah mantap, barulah diberitahu tentang kewajipan solat. Ini satu pedoman Nabi SAW
dalam berdakwah dan mendidik.

"Terdapat pemikiran segelintir Muslim yang tidak cuba menghalang gejala negatif ini, sebaliknya mencadangkan
alternatif kononnya lebih selamat. Pemikiran ini seolah-olah menghalalkan zina dan seks bebas dengan syarat mesti
selamat. Ini suatu pemikiran yang jauh daripada Islam," ujar beliau kepada Mega, baru-baru ini.

Tambah Mohammad Nidzam, meskipun telah banyak penjelasan diberi berkaitan peranan dan harapan yang
diletakkan kepada golongan muda, remaja masih tidak sedar kepentingan menghargai usia emas mereka.
"Mereka sibuk berseronok-seronok, muda hanya sekali dan sebagainya. Bila mereka sedar? Mungkin ketika
terkandas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mungkin ketika usia sudah hampir 30 tahun dan sebagainya.
Maknanya peluangnya untuk membaiki dan meningkat kualiti diri sudah kurang atau terhad," tegas beliau.

Menurut Mohammad Nidzam, jika pemikiran remaja hari ini rosak, maka anak mereka akan lebih teruk. Jika remaja
hari ini melihat menutup aurat bukan kewajipan, generasi anak mereka tidak akan malu lagi untuk memakai bikini.

"Oleh itu, remaja perlu bijak menghargai dan memanfaatkan usia remaja. Islam tidak melarang kita untuk berseronok
tetapi hendaklah ada tahapnya. Ikut syarak," katanya yang teringat satu syair Arab, "Jika kekal akhlak mulia, maka
kekallah bangsa atau negara tersebut. Jika akhlak rosak, maka hancurlah negara".

Hakikatnya, jelas Mohammad Nidzam, Islam menghargai semua lapisan umur. Ada hadis menyatakan agar pemuda
menghormati insan yang lebih tua.

Dengan berbuat demikian, apabila dia tua nanti akan ada para pemuda yang menghormatinya pula. Itulah putaran
hidup.

Katanya lagi, Nabi SAW menggunakan kekuatan dan semangat para pemuda dalam usaha dakwah. Ali ibnu Abi
Talib adalah pemuda yang sanggup mengorbankan nyawa demi Islam.

Begitu juga, Musa'b ibnu U'mair, A'mmar ibnu Yasir, Bilal ibnu Rabah dan banyak lagi watak di zaman Nabi SAW
adalah pemuda. Mereka dididik dalam madrasah nabawi.

"Para pemuda pada zaman nabi ada yang tergelincir. Namun ia diperbetulkan dengan baik dan berhikmah. Ada
pemuda yang ingin berzina dan meminta izin Nabi untuk berzina. Kalau kita hari ini, mungkin kita akan mengumpat
dan mengata macam-macam. Namun Nabi SAW dengan sabar mendidik agar ia benci kepada zina.

"Sebab itulah saya melihat usaha menyeluruh bagi menangani masalah ini adalah perlu. Antaranya, memantapkan
lagi undang-undang Islam termasuk hukum hudud. Allah menjanjikan pencegahan jika ia dilaksanakan.

"Di samping itu, segala tindakan umat Islam semestinya dipandu dengan syariat Islam. Islam bukan sekadar untuk
dibacakan doa sahaja, tetapi Islam mestilah diangkat, dimartabatkan dan didaulatkan," tegasnya.

Pun begitu, pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan
manusia.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud: "Sesungguhnya Abu
Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi
dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu'ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini
bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini
adalah hari raya Aidilfitri. Rasulullah bersabda: Wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan
ini adalah hari raya kita". (riwayat Ibnu Majah)
Namun, kecenderungan yang berlebihan kepada kesenangan dan hiburan menjadikan manusia alpa dan lalai
dengan tipu daya dunia.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Pembangunan Remaja & Belau, Kelab Remaja Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM), Mohd. Hafiz Abd. Hamid mengakui, dunia Islam menghadapi pelbagai cabaran yang
boleh menghancurkan nilai-nilai rohaniah.

Apatah lagi, tanpa benteng akidah yang konkrit dan akhlak sebagai pendinding, nescaya umat Islam tidak mampu
menghadapi serangan musuh dari pelbagai sudut.

"Dalam membincangkan kerangka hedonisme, sudah pastilah unsur keseronokan dan kegembiraan merupakan
intisari penting dalam aliran tersebut.

"Manusia dikatakan hidup bahagia apabila mereka mencapai klimaks keseronokan dan kegembiraan di tahap yang
paling tinggi dan cuba mengelakkan elemen-elemen yang mendatangkan kesedihan dan kesukaran," katanya.

Menurut Mohd. Hafiz, yang sebenarnya, budaya hedonisme jauh menyimpang dengan ajaran agama Islam yang
kaya dengan nilai-nilai luhur yang terpuji.

Apa yang jelas budaya tersebut bertentangan dengan akidah Islam kerana ia bertuhankan nafsu.

"Ali Syariati, seorang ulama terkemuka Timur Tengah pernah berkata, tentangan terbesar bagi remaja Muslim masa
ini adalah budaya hedonisme (kesenangan adalah hal yang paling penting dalam hidup) yang seolah sudah
mengurat nadi," jelasnya.

Oleh itu, tegas Mohd. Hafiz, petunjuk dan garis panduan yang ditetapkan oleh Islam perlu dijadikan pedoman dan
sempadan untuk dipatuhi oleh manusia.

Sesungguhnya iblis dan syaitan sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan manusia. Firman Allah SWT yang
bermaksud: Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang
melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu
mahu berfikir. (al-An'am: 32)

Atas kesedaran itulah, Kelab Remaja JIM dengan kerjasama Masjid As-Syakirin KLCC menganjurkan
program Offline with Hedonism di dewan masjid tersebut, baru-baru ini.

Alhamdulillah, program yang terbuka kepada remaja antara usia 13 hingga 17 tahun itu mendapat sambutan kira-kira
70 peserta.

"Para peserta kebanyakannya ditemani ahli keluarga berada di perkarangan masjid seawal 8 pagi. Mereka disajikan
sarapan pagi sebelum memulakan program.
"Dalam segmen Say No To Hedonism, kami cuba menjelaskan dan memahamkan para peserta tentang maksud
sebenar budaya hedonisme dengan cara bersahaja dan diselang seli dengan komunikasi dua hala," katanya.

Program sehari itu turut dimuatkan dengan pelbagai segmen agar tidak membosankan peserta.

TAMAT.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Lafaz kesyukuran Anjang rafa'kan kepada Ilahi di atas segala rahmat dan nikmat kasih sayang-
Nya, dapat lagi Anjang menulis untuk meneruskan rasa cintakan ilmu dan iman. Demi menjaga
aqidah diri Anjang dan umat supaya hidup dengan aman, tenteram dan bahagia menurut
kehendak dan redha Allah S.W.T..

Khutbah Jumaat kali ini khatib di Masjid Tanjong Pauh Jitra telah membangkitkan masalah


mengenai Budaya Hedonisme yang semakin serius menular di kalangan masyarakat
terutamanya di Malaysia.

Buktinya, aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu di setiap negeri
ternyata lebih cenderung kepada hiburan yang melalaikan seperti Battle of the Band,
Kugiran, Joget Lambak, Dansa, konsert-konsert dan sebagainya.

Kesan daripada wujudnya Budaya Hedonisme ini, masyarakat tidak lagi berminat untuk


menghadiri kuliah-kuliah ilmu keagamaan di masjid-masjid, forum-forum keagamaan dan lain-
lain lagi program yang berfaedah sebaliknya mereka lebih cenderung kepada hiburan yang
melalaikan dan mengasyikkan. Akibatnya, prestasi akhlak muda-mudi yang terdiri daripada
golongan belia remaja Malaysia semakin menurun. Maka lihatlah kesannya telah
mengakibatkan maksiat terus berleluasa dan bermaharajalela. Lihatlah sendiri
dengan "membuka mata hati" tentang keruntuhan akhlak dikalangan muda-mudi semakin
parah dan benar-benar serius.

Akibat faktor sedemikian terjadi di Malaysia, Anjang sebagai seorang masyarakat yang
prihatin dan mempunyai sifat kasih sayang terhadap apa yang berlaku... Anjang menyeru
kepada semua masyarakat agar membuka mata seluas-luasnya dengan mengambil iktibar dan
pengajaran. Ya, kita seharusnya menghindari gejala yang tidak berfaedah ini. Gelaja ini bukan
sahaja salah di sisi agama Islam malah gejala ini juga akan menyebabkan masyarakat yang
terdiri daripada golongan belia remaja kita terjerumus ke lembah maksiat dan kemungkaran
malah mereka akan lalai daripada mengejar ilmu pengetahuan, yang dimaksudkan Anjang di
sini ialah"buta ilmu agama". Sebagai masyarakat yang prihatin dan punyai sikap
tanggungjawab yang tinggi seharusnya semua pihak sama-sama berganding bahu
menggembeling tenaga dalam memperbanyakkan lagi program-program yang berbentuk ilmiah
boleh kita hadiri seperti program wacana ilmu, forum perdana, diskusi ilmu, kuliah-kuliah
keagamaan dan sebagainya.

Akhir kata daripada Anjang : Anjang ingin mengajak semua masyarakat agar dapat melihat
fenomena yang kian melanda dan disedut sendiri oleh umat Islam terutamanya golongan
pemuda-pemudi kita di Malaysia pada hari ini. Maka marilah kita berazam dan berjanji kepada
diri kita, agar kita menjauhi dan tidak menyokong segala aktiviti atau mana-mana program
yang berunsurkan hedonisme yang kini telah banyak di anjurkan oleh sesetengah pihak yang
ingin meruntuhkan moral dan akhlak remaja Islam di Malaysia. Sedar atau tidak, anda semua
lebih tahu tentang diri anda sendiri. Semoga perjanjian kita ini sedikit sebanyak boleh
mencegah gelaja ini daripada berleluasa di Malaysia yang kita cintai ini. Semoga segala usaha
kita ini mendapat keberkatan serta mendapat pertolongan daripada Allah S.W.T. Amien...

Hapuskan Budaya Hedonisme kerana budaya ini telah membawa satu pandangan hidup yang
menganggap bahawa kesenangan dan kenikmatan harta-benda atau material adalah tujuan
utama hidup. Bagi para penganut kefaahaman ini, mereka lebih berminat dengan kehidupan
yang bersenang-lenang, pergi ke pesta-pesta atau konsert-konsert dan berpelesiran
merupakan tujuan utama hidup. Mereka tidak juga akan menghiraukan dan mengendahkan
sama ada menyenangkan bagi orang lain atau tidak kerana mereka beranggapan hidup ini
hanya sekali sehingga mereka merasa ingin untuk menikmati hidup senikmat-nikmatnya.

Di dalam lingkungan pembawa kefahaman ini, mereka hidup sebebas-bebasnya demi


memenuhi dan memuaskan hawa nafsu yang tanpa batasan. Daripada golongan pembawa
kefahaman ini telah muncul"nudisme" (gaya hidup bertelanjang). Pandangan mereka
terangkum dalam pandangan Epikuris yang menyatakan,"Bergembiralah engkau hari ini,
puaskanlah nafsumu, kerana esok engkau akan mati."

Biarlah kita berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah seerat-eratnya, agar kita tidak akan
tersesat oleh pembawaan golongan ini dan mampu menyelamatkan masyarakat Islam di
Malaysia.
“MASYARAKAT BERAKHLAK, TERAS KEHARMONIAN NEGARA"

TAMAT.
Budaya Hedonisme Sebagai Satu Ancaman Baru Kepada
Masyarakat
Contributed by mohd murtadha
Wednesday, 02 January 2008
Last Updated Monday, 04 February 2008

Pendahuluan
Kemunculan aliran pemikiran dalam Islam berkembang pesat dengan
kemasukan falsafah Greek pada zaman pemerintahan kerajaan
Abbasiyyah. Kemasukan aliran ini bukan sahaja meresap masuk dalam
pemikiran tokoh-tokoh Islam malah turut mewujudkan beberapa disiplin
ilmu khususnya dengan kelahiran ilmu kalam. [1] Kesan dari kelahiran
ilmu ini, maka terbentuklah dua aliran aqidah yang bententangan
antara satu sama lain. Aliran tersebut merangkumi aliran al-
Mu’tazilah dan al-Asyairah[2]. 

Walaupun pengaruh
falsafah Greek atau lebih tepat lagi pemikiran barat dapat dimurnikan
tokoh-tokoh Islam seperti Imam al-Ghazali, namun aliran pemikiran ini
kemudiannya menular masuk dalam pelbagai bentuk selepas jatuhnya
kerajaan Turki Uthmaniah.[3] Aliran pemikiran barat ini bukan sahaja
menjadikan akal sebagai tunjang utama malah cubamemisahkan agama
dari kehidupan manusia. Hal ini dapat dilihat denganrosaknya agama
Yahudi dan Nasrani apabila diresapi fahaman falsafahyang pelbagai
sehingga menolak peranan wahyu. [4]

Pada masa kini, Kemunculan aliran sekularisme yang secara jelas
bersifat anti agama dan berasaskan budaya hawa
nafsu [5]sedikit banyak menghancurkan pemikiran umat Islam. Menurut
MuhammadNaquib al-Attas Sekularisme bermaksud pembebasan
manusia dari segiagama dan metafizik[6].Ia juga dapat didefinisikaan
sebagai satu ideologi atau ajaran yangmembina seluruh pengarahan
hidup manusia dalam setiap aspeknya selaindari ibadah keagamaan di
atas asas kepentingan, keperluan, ukuran, dannilaian duniawi semata-
mata. Dalam erti kata lain ajaran ini menolakukuran agama sebagai asas
bermasyarakat dan bernegara disampingmenjadikan pemenuhan
tuntutan duniawi sebagai matlamat tertinggi dansebenar manusia.[7]
Akibat dari menjadikan akal sebagai tunjang utama kehidupan, timbul
pelbagai aliran pemikiran dalam masyarakat mengikut acuan yang
tersendiri seperti Komunisme, Kapitalisme, Libelisme, Pluralisme dan
Hedonisme.

2. Budaya Hedonisme
Hedonisme menurut
pengertian kamus dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang
mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.[8]
Manakala Drs Sudarsono dalam bukunya Etika Islam Tentang Kenakalan
Remaja terbitan Bina Aksara pula mengatakan Hedonisme sebagai
doktrinyang memandang kesenangan sebagai kebaikan yang paling
utama dankewajipan seseorang untuk mencari kesenangan bagi tujuan
kehidupan. Iaberanggapan bahawa sesuatu perbuatan yang baik adalah
mendatangkankelazatan atau nikmat.[9] Dalam Erti kata lain mereka
beranggapan bahawa kesenangan dan kenikmatan adalah
merupakan tujuan akhir hidup[10]

Menyoroti sejarah, fahaman Hedonisme didokong Aristipus (433-355
B.C), salah seorang murid Socrates. Halini merujuk kepada pertanyaan
Socrates kepada beliau tentang tujuanterakhir bagi kehidupan manusia
atau apa yang terbaik untuk manusia.

Usrah Wave Corporation


http://usrahwave.com/site
Powered by Joomla!
Generated: 11 June, 2010, 06:56

Aristipus kemudiannya mengatakan yang terbaik untuk manusia adalah


kesenangan, hal ini terbukti kerana sudah sejak masa kecil manusia
berasa tertarik akan kesenangan dan apabila telah menikmatinya, ia
tidak mencari sesuatu yang lain dan menajauhkan diri dari
ketidaksenangan.[11].

Idea ini kemudiannya dikembangkan oleh Epicurus (341-270 B.C)
dengan mengatakan tujuan hidup untuk kesenangan
dan kedamaian[12].Dalamfahaman ini, Epicurus menekankan bahawa
‘kebaikan’ tidak mungkin akandifahami andainya kita
menolak unsur kelazatan dalam hidup kitatermasuk kelazatan indera
rasa, cinta serta kelazatan lain yang dapatdilihat dan didengar oleh
penglihatan dan pendengaran. Bahkan asaskepada segala kabaikan
adalah kelazatan yang dirasai perut sehinggakanilmu, kebijaksanaan,
budaya, dan tamadun umat manusia mesti merujukkepadanya. Manakala
kelazatan minda pula dikatakan sinonim denganproses berfikir tentang
kelazatan-kelazatan yang dicapai oleh unsurfizikal tersebut[13] 

Dalam pemikiran terkiniberkaitan Hedonisme, G.E Moore (1873) dilihat
sebagai tokohkontemporari hedonisme. Beliau dilihat masih berpegang
kepada konsep‘baik’ yang bertitik tolak kepada
keseronokan dan menegaskan tidak adayang baik kecuali keseronokan
dan keseronokan sahaja yang menjadikankebaikan sebagai satu
matlamat.[14]

Sekiranya diteliti hedonisme merupakan salah satu cabang fahaman
Sekularisme. Ajaran Sekularisme telah meletakkan lima prinsip utama
sebagai neraca dalam alirannya.[15] 

Prinsip Vetalisme menekankan apa-apa yang berbentuk kuat dan
menguntungkan dari segi kebenaran akan dianggap baik.
Prinsip Kreativiti meletakkan sesuatu yang boleh mencetuskan daya
kreativiti dan menghasilkan ciptaan baru akan dianggap sabagai baik dan
bermutu.
Prinsip Relative
pula menekankan tidak ada sesuatu konsep dan pemahaman terhadap
sesuatufakta atau teori yang bersifat mutlak dan kekal. Sebaliknya
semuanyaboleh berubah mengikut perubahan zaman dan perkembagan
ilmupengetahuan. 
Prinsip Hedonisme
pula menggariskan apa-apa sahaja yang boleh memuaskan hawa nafsu
manusia akan dianggap baik , manakala apa-apa sahaja yang boleh
membawapenderitaan nafsu akan dianggap buruk
Prinsip terakhir pula menganggap majoriti masyarakat sebagai pemutus.
Aliran ini menganggap pilihan majoriti adalah baik.

Secarakesimpulannya, Hedonisme menggariskan keseronokan sebagai
tunjang utamakehidupan. Keseronokan ini diputuskan sendiri oleh akal
manusia. Halini sedikit sebanyak bertepatan dengan matlamat
sekularisme yang mahumemastikan manusia bebas dari unsur
ketuhanan. Selain itu, keseronokanyang diputuskan oleh individu boleh
menyebabkan penentangan antarasatu-sama lain. Sebagai contoh
seorang individu menganggap membunuh
adalah perkara yang menyeronokkan manakala seorang individu lain
menganggap ia sesuatu perkara yang menakutkan. Jadi, secara jelas
konsep pemikiran hedonisme tidak relevan digunakan dalam hal ini
keranaboleh mewujudkan pertentangan pemikiran. 

Akan tetapi, amat malang sekali remaja Malaysia
sekarang banyak terdedah dengan pemikiran ini samada sedar atau
tidak.
Sekiranya tidak dibendung, pemikiran ini akan menghancurkan masyarakat
Malaysia suatu hari nanti.



Islam Dan Hedonisme



Islam sangat memandang berat pemikiran-pemikiran yang cuba

menganggu umat Islam. Hal ini kerana sekiranya pemikiran-pemikiran ini


tidak dikawal, ia mampu merosakkan aqidah umat Islam. Sedangkan
Aqidahberfungsi sebagai tonggak seluruh perancangan hidup manusia
khususnyayang menyentuh aspek perancangan ummah.[16]

Lazimnya, perbincangan
mengenai akidah akan turut melibatkan persoalan Iman.Konsep
Keimananadalah mengenai individu yang mempunyai akidah yang benar
dan mempunyaitiga elemen penting merangkumi pegangan kuat
berasaskan keyakinan,wujudnya unsure ketundukan yang tulus dalam
sanubari manusia terhadapapa yang diimaninya dan yang terakhir
adanya unsur cetusan atauransangan dalaman dalam diri individu
tersebut untuk menterjemahkanseluruh prinsip keimanannya di dalam diri
individu tersebut untukmenterjemahkan seluruh prinsip keimanannya di
alam kenyataan denganberusaha untuk menyelaraskan seluruh aktiviti
hidup hariannyaberasaskan nilai-nilai keimanan tersebut. Ini kerana
individu tersebuttidak boleh bersabar melihat segala aktiviti hidup
dilangsungkanberasaskan bentuk dan kaedah yang bertentangan dengan
asas-asaskeimanan yang terpendam jauh dan kental dalam hati
sanubarinya.[17] 

Merujuk kepada defenisidiatas, jelas sekali budaya hedonisme amat
bertentangan dengan akidahumat Islam. Hal ini kerana budaya
hedonisme mementingkan kebebasanfikiran sedangkan Aqidah Islam
meletakkan al-Quran dan al-Sunnahsebagai paksi pemikiran. 

Selain itu dalampengertian ‘kebaikan’ terhadap individu,
Pandangan Islam amatbertentangan dengan konsep
‘kebaikan’ dalam Hedonisme. Islam melihatkonsep
‘kebaikan’ adalah melibatkan pembangunan ummah yang
memberifokus kepada aspek pembangunan berteraskan ketuhanan atau
kerohanianberbanding dengan kemajuan yang berbentuk kebendaan
agar manusia bukansahaja mendapat ‘Kebaikan’ di dunia
tertapi juga mendapat ‘kebaikan diakhirat’. Manakala
‘Kebaikan’ yang dibawa hedonisme adalah apa-apa yang
berbentuk keseronokan.[18]

Pengenalan Majalah Mastika

Usrah Wave Corporation
http://usrahwave.com/site
Powered by Joomla!
Generated: 11 June, 2010, 06:56

Majalah Mastika
merupakan salah satu majalah terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. Majalah
ini diterbitkan bermula 1 Jun 66 tahun yang lepas[19].
Majalah ini kemudiannya diterbitkan secara bulanan. Sepanjang
penerbitannya, Majalah Mastika telah dikemudi dan diperkemaskan oleh
beberapa orang tokoh. Tokoh-tokoh tersebut merangkumi Abd Rahim
Kajaisebagai pengarang pertama, kemudian diikuti oleh Tan Sri Abdul
SamadIsmail, Munir Ghazali, A. Samad Said dan Zainol Fakir.[20] 

Melihat kepada sambutanmasyarakat, sehingga tahun 2007 majalah ini
telah memegang rekod jualantertinggi selama sepuluh tahun berturut-
turut.[21]Hal ini mungkin kerana majalah ini memaparkan isu-isu yang
dekat denganmasyarakat. Sebagai contoh negara pernah dikejutkan
dengan bahaya BlackMetal. Menyedari kepentingan isu ini, Mastika telah
membahaskan secarapanjang lebar dalam keluarannya pada bulan Jun
2006. 
Apayang ditumpukan dalam pendedahan Black Metal keluaran ini
adalah respondari semua pihak yang tahu tentang isu ini samada.
Respon pertama yangdipaparkan adalah melalui sms pembaca. Mastika
membentangkan sms daripembaca yang berbentuk sokongan dan
kritikan 
Responkedua di bawah tajuk adalah berkenaan surat-surat yang dihantar
pembacaberupa sokongan dan kritikan dari mereka yang pernah terlibat
dengangejala ini.
Respon yang ketiga adalah berkenaan teks ucapan khutbahJumaat dari
sebuah masjid di Kuala Lumpur yang memberi penekananterhadap
keberhayaan Balck Metal kepada Umat Islam. [22]

Selain itu, Mastika turut memaparkan pengalaman seorang lelaki yang


terlibat secara langsung membanteras gejala ini. Lelaki inimenceritakan
pengalamannya menyelamatkan aqidah seorang yang pernahterlibat
dalam gejala ini. Isu ini diakhiri dengan pendedahanfakta-fakta mengenai
keburukan Black Metal dengan memberi penumpuan kepada kewujudan
gereja syaitan di Malaysia?[23] Dan pengembangan ajaran Black Metal di
Malaysia[24]. Pendedahan inikemudiannya berjaya membuka mata
banyak pihak sehingga Ang Wang Sengselaku jawatankuasa persatuan
saudar-saudara baru Islam menghasilkansebuah buku Rahsia Black

Metal yang diterbitkan pada September 2006. 


Karya ini telah membincangkan secara terperinci ajaran Black Metal.[25]
Isu Hedonisme yang diketengahkan Mastika Keluaran Jun-Ogos 2007
 Mastika Jun2007
Isu yang diketengahkanMastika pada bulan Jun 2007 tidak banyak
melibatkan perbincangan yangjelas budaya hedonisme dikalangan
remaja. Akan tetapi beberapa isu yangdiketengahkan mempunyai sedikit
sebanyak pengaruh keseronokan yangmelampau yang melanda
masyarakat.
Antara isu yang diketengahkan adalahSkim Cepat Kaya. Salah satu
kisah yang dipaparkan mastika adalahpengalaman pengurus skim cepat
kaya yang mengaku berjayamenipu ramai masyarakat. Disebabkan
terlalu inginkan ‘keseronokan’bersifat kebendaan, ramai
dikalangan masyarakat terpengaruh sehinggamembelakangkan agama.
Pengurus itu juga mengakui bahawa dia juga sangatinginkan kekayaan
dengan jalan mudah sehingga sanggup menjalankanperniagaan secara
menipu.
Isu kedua yang disiarkan mastika adalah kespembunuhan seorang gadis
berusia 16 tahun, Gadis ini dipercayai dirogoldan dibunuh oleh dua
remaja berusia 16 dan 17 tahun .


Isu ketiga yang


diketengahkan Mastika adalah budaya bertatu dikalangan remaja.
Budayabertatu pada fikiran remaja adalah salah satu bentuk
‘seni’. Didalamtemubual Mastika dengan remaja yang
bertatu, walaupun menyedari amalanbertatu adalah haram remaja
tersebut secara jelas mengatakan punca diamelakukan perkara tersebut
disebabkan mencari keseronokan. Hal inisecara tidak langsung
mencerminkan pemikiran hedonisme sangatmempengaruhi remaja ini. 
§
 Mastika Julai 2007
Dalam edisi Julai 2007,
mastika memaparkan isu seksualiti sebagai isu utama. Antara kes yang
terlibat dalam isu ini adalah berkaitan pelacuran. Dalam kes pelacuran.
Mastika memparkan kisah mengenai detik seorang yang terjebak dalam
kancah pelacuran. Didapati wanita ini terjebak dalam kancah pelacuran
disebabkan inginseronoh dan hidup senang[26].
Isu kedua adalah melibatkan ‘Bohsia’ yang tenggelam dalam
duniakeseronokan sehingga sanggup menggadai badan. Mereka
menganggap apayang terbaik untuk mereka adalah dapat menikmati
keseronokan tanpasempadan.[27] 

Selain itu, Mastika jugaturut memaparkan keseronokan remaja
terhadap hiburan. Dalam keluaranini, Mastika mengambil contoh kejadian
yang berlaku di dalam konsert Gang Starz diAuditorium Majlis Bandaraya
Shah Alam (MBSA). Dalam artikel ini,Mastika telah memfokuskan
beberapa perkara dalam konsert tersebut.Perkara pertama yang menjadi
sasaran mestika adalah personalitipenonton. Kebanyakan
penonton yang datang mewarnakan rambut merekadengan pelbagai
fesyen dan warna, manakala sebahagian besar penontonwanita
berpakaian seksi.[28]
Fokus kedua yang menjadi pilihan mastika adalah sikap penonton
semasapersembahan. Mastika mendapati hampir keseluruhan penonton
bertempikdan menari semasa persembahan sedang berlangsung. [29]

Mastika Ogos 2007


Mastika Edisi Ogos 2007
telah mencetuskan satu perbincangan baru mengenai gelaja penagihan
dadah yang berlaku dalam masyarakat. Gejala ini bukan sahaja
merosakkandiri penagih malah turut menambah beban Kerajaan
membasmi jenayahpengedaran dadah. Dalam isu kali ini, Mastika
memaparkan tiga artikelberkaitan penyalahgunaan dadah. Artikel-ertikel
ini melibatkanpenagihan Syabu,[30] Gam[31] dan kesan penagihan
terhadap tubuh badan[32].

Berdasarkan artikel-artikel ini, dapat disimpulakan bahawa penagihan


dadah banyak melibatkan remaja. Selain itu, faktor utama yang
mempengaruhinya adalah ingin mencari keseronokan dan tekanan yang
melampau. 


Sebagai kesimpulannya isu-isu yang diketengahkan Mastika diantara

Keluaran Jun-Ogos adalah 

1. Sukakan Kebendaan dalam Skim Cepat Kaya

2. Pemerkosaan
3. Budaya Bertatu
4. Wanita dan Seks
5. Remaja dan Hiburan
6. Penagihan dadah
Cadangan dan Saranan

Melihat kepada ancaman hedonisme yang semakin menular di kalangan

masyarakat Malaysia,beberapa tindakan seharusnya diambil pelbagai

pihak. Masyarakat harussedar bahawa sekiranya budaya ini tidak

dibendung bakal menjadikannegara ini musnah. Penekanan Rancangan

Malaysia Kesembilan (RMK-9)terhadap pembangunan minda kelas

pertama[33]seharusnya dimanfaatkan semua pihak. Dalam melahirkan

minda kelaspertama, penekanan terhadap modal insan harus dititik

beratkan. 

Modalinsan melibatkan pengabungan dua perkataan iaitu modal dan

insan.‘Modal’ dari sudut bahsa boleh diistilakan sebagai

sesuatu yangdigunakan untuk mendapat atau mencapai sesuatu yang

lain. [34]Manakala ‘Insan’ dapat difahami sebagai manusia

sempurna, baik, bersihdaripada noda yang menyumbang kepada

pembentukan keinssanan ataukemanusiaan. Islam sendiri meletakkan

‘insan’ pada tahap tinggi. Maknadan pengisian

‘insan’ itu sendiri sudah melambangkan kelas pertama

sepertimana firman Allah dalam (surah al-Tin 95 : 4 yang ) yang

membawamaksud “Sesungguhnya kami(Allah) telah

menciptakan (jenis), manusia itu dalam bentuk sebaik-baiknya”.

[35] 


Apabila digandingkanbersama menjadi modal insan, ia membawa kepada

pengertian yang memberi

penumpuan kepada modal individu, intelktual dan Sosial. Modal individu

memberi fokus kepada perkara yang berhubungan dengan sifat-sifat

seseorang itu seperti kemahiran, kerativiti, daya usaha, keberanian,

dan keupayaan untuk menjadi manusia yang bermoral. Modal intelektual

puala merujuk kepada satu himpunan kolektif seseorang insan yang

berhubung dengan semua jaringan di dalam satu kumpulan. Nilai yang

bersifat kolektif ini akan menghasilkan kerjasama diantara seseorang

insan dengan ahli dalam kelompok tersebut. Diantara nilai-nilai yang

dikenal pasti adalah didikan keluarga, nilai budaya yang tinggi, budaya

kerja cemerlang, Visi dan misi pemimpin , Keprihatinan, gaya kepimpinan

dan integriti[36].

Manakalan modal sosila memberi maksud modal yang terhasil dari

gabunganmodal individu dan modal intelektual dimana hasilnya akan

mengarahkepada pembentukan sebuah negara yang baik.


Selain dari pemupukanminda kelas pertama, pendekatan yang
digariskan dalam Islam Hadharijuga dilihat mampu membendung
pengaruh Hedonisme. Islam Hadhari adalah
sepuluh gagasan yang dibuat kerajaan Malaysia yang berkonsepkan satu
usaha yanh lebih menyeluruh dan bersepadu
dengan berlatar belakangkan kepada usaha-usaha murni yang telah
dilaksanakan oleh para ulama dan reformer Islam
untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam masa kini .[37]
Dengan mengambil kira prinsip yang pertama iaitu keimanan dan
ketakwankepada Allah dan prinsip kelapan Keutuhan Budaya dan Moral.,
Kehidupanmasyarakat akan menjadi terarah dan tepat dengan landasan
Islam.


Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, Budaya Hedonisme yang melanda masyarakat
Malaysiaadalah disebabkan oleh wujudnya sikap individualistic dalam
dirumasyarakat. Dengan pendekatan baru Kerajaan membangunkan
minda rakyatkearah minda kelas pertama dilihat mampu membina jatidiri
masyarakatdari seterusnya dapat mengelakkan diri dari bahana
Hedonisme.

BIBLIOGRAFI1. Ann Wang Seng (2007) Rahsia Black Metal,


Selangor : Angkatan Edaran
2. Azhar Hj Mad Aros,
Azharudin Mohd. Dali, Arba’iyah Mohd Nor, Saliha Hj. Zainol (2000)
Perte
mbungan Tamadun Islam dengan
Kolonialisme Barat dalam TITAS Kertas 1 Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn
Bhd.
3. Faisal
@ Ahmad Faisal bin Abdul Halim, Wan Adli bin Wan Ramli (2006) Islam
Hadhari Dari Perspektif Intelektual Muslim Kuala Lumpur : Universiti
Malaya
4. Kementerian Pendidikan Malaysia (1994) Kamus Dewan Edisi
ketiga, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka
5. Majalah Mastika edisi Mac 2006 Kuala Lumpur : Utusan
Karya Sdn. Bhd
6. Majalah Mastika edisi Jun 2007
Kuala Lumpur : Utusan Karya Sdn. Bhd.
7. Majalah Mastika edisi Julai 2007 Kuala Lumpur : Utusan Karya
Sdn. Bhd
8.
Majalah Mastika edisi Ogos 2007 Kuala Lumpur : Utusan Karya Sdn. Bhd
9. Mohd Fauzi Bin Hamat (1997) Pendekatan
Falsafah Dalam Perbincangan ‘Ilm Al-Kalam Menurut Al-
Mutakallimun dalam Jurnal Usuluddin Bil 7 Kuala Lumpur
: Universiti Malaya
10. Mohd
Fauzi bin Hamat (2002) Peranan akidah dalam perancangan
pembangunan
ummah : Satu analisis dalam konteks masyarakat kini dalam jurnal
Usuluddin Bil 16 Kuala Lumpur : Universiti Malaya
11. Mohd Ghazali Md Nor (2007) Israiliyyat Moden :Tumpuan
Terhadap Hedonisme (Latihan Ilmiah, Jabatan al-Quran dan al-Hadith,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)
12.
Muhammad Raqi Bin Mohd Shapien (2006) Budaya Hedonisme Di
Kalangan Remaja Islam : Kajian Di Kalangan
Penghuni Vista Angkasa, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur (Latihan
Ilmiah, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya)
13. Rahimin Afandi Abd. Rahim (2004) Menangani Cabaran Globalisasi :
Satu
Analisis terhadap pemikiran reformis semasa dalam pemikiran Islam dan
Cabaran Semasa, Kuala Lumpur : Universiti
Malaya
14. Ramli Omar (1999) Islam dan Falsafah Barat dalam Pemikir edisi
Oktober-Disember 1999 Kuala Lumpur :
Harian Sdn Bhd
15. Siti Hajar Che Man (2007) Dilihat Dari Perspektif Kesusasteraan
Melahirkan Modal Insan Kelas
Pertama Dalam Pemikir edisi Julai-September 2007 Kuala Lumpur :
Utusan Karya Sdn Bhd
16. Zulkifli Haji Ismail (2002)
Ancaman Bahaya sekularisme, Selangor : Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd.

[1] Mohd Fauzi Bin Hamat (1997) Pendekatan Falsafah Dalam
Perbincangan ‘Ilm Al-Kalam Menurut Al-Mutakallimun dalam Jurnal
Usuluddin Bil 7 Kuala Lumpur : Universiti Malaya h.175
[2] Ibid h.176
[3] Ramli Omar (1999) Islam dan Falsafah Barat dalam Pemikir edisi
Oktober-Disember 1999 Kuala Lumpur : Harian Sdn
Bhd h.139
[4] Zulkifli Haji Ismail (2002) Ancaman Bahaya sekularisme, Selangor :
Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd. h.159
[5] Rahimin Afandi Abd. Rahim (2004) Menangani Cabaran Globalisasi :
Satu Analisis terhadap pemikiran reformis
semasa dalam pemikiran Islam dan Cabaran Semasa, Kuala Lumpur :
Universiti Malaya h.213

[6] Azhar Hj Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Arba’iyah Mohd Nor,
Saliha Hj. Zainol (2000) Pertembungan
Tamadun Islam dengan Kolonialisme Barat dalam TITAS Kertas 1 Kuala
Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd. h.216
[7] Zulkifli Haji Ismail Op.cit h.257
[8] Kementerian Pendidikan Malaysia (1994) Kamus Dewan Edisi ketiga,
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
h.448
[9] Mohd Ghazali Md Nor (2007) Israiliyyat Moden :Tumpuan Terhadap
Hedonisme (Latihan Ilmiah, Jabatan al-Quran
dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya) h. 41
[10] Ibid h.41
11] Muhammad Raqi Bin Mohd Shapien (2006) Budaya Hedonisme Di
Kalangan Remaja
Islam : Kajian Di Kalangan
Penghuni Vista Angkasa, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur (Latihan
Ilmiah, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya) h.50
[12]Mohd Ghazali Md Nor Op.cit h.42
[13] Muhammad Raqi Bin Mohd Shapien Op.cit h. 44
[14] Ibid h.53
[15] Mohd Ghazali Md Nor Op.cit h.57
[16]
Mohd Fauzi bin Hamat (2002) Peranan akidah dalam perancangan
pembangunan ummah : Satu analisis dalam konteks masyarakat kini
dalam
jurnal Usuluddin Bil 16 Kuala Lumpur : Universiti Malaya h.13 


[17] Ibid h.16


[18] Muhammad Raqi Bin Mohd Shapien Op.cit h. 53

[19] Zulkarnain Zakaria (2007) Sudah 66 Tahun Usia Mastika dalam
Mastika edisi Jun 2007 Kuala Lumpur : UtusanKarya Sdn. Bhd. h.8
[20] Ibid h.9
[21] Ibid h. 9
[22] Sahidan Jaafar, Zulkarnain Zakaria (2006) “Mimbar Jumaat 6
Januari 2006 Berwaspada Terhadap Bahaya
Black Metal” dalam Mastika edisi, Mac 2006. Kuala Lumpur :
Utusan Karya Sdn. Bhd. h 80
[23] Sahidan Jaafar (2006), “Benarkah Wujud Gereja Syaitan
di Malaysia ?” dalam Mastika edisi Mac
2006. Kuala Lumpur : Utusan Karya Sdn. Bhd. h.106
[24] Sahidan Jaafar (2006), “Bermula Daripada Fatwa
Euronymous Ajaran Gereja Syaitan Membiak Di
Malaysia”dalam Mastika,edisi Mac 2006. Kuala Lumpur : Utusan
Karya Sdn. Bhd.h. 112
[25] Ann Wang Seng (2007) Rahsia Black Metal, Selangor :
Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd.
[26] Zulkarnain Zakaria (2007) ‘Dia Oranglah Yang Rosakkan
Industri Pelacuran Kita’ dalam Mastika edisi
Julai 2007, Kuala Lumpur : Utusan Karya Sdn. Bhd h. 36
[27] Zulkarnain Zakaria (2007) ‘Wei…Kami Tak Pernah
Ganggu Periuk Nasi Pelacur Tu!’ dalam
Mastika edisi Julai 2007, Kuala Lumpur : Utusan Karya Sdn. Bhd h. 45


Usrah Wave Corporation
http://usrahwave.com/site

TAMAT.

Oleh Khalid Yasin


am@hmetro.com.my
DALAM era globalisasi dan kepesatan teknologi
maklumat, nilai Barat yang negatif dan bertentangan
dengan Islam dengan senang menular dan
mempengaruhi masyarakat Malaysia.
Ditambah pula dengan lemahnya iman dan kekuatan
jati diri, seseorang individu itu akan mudah terpikat
dan terikut-ikut dengan godaan dan hawa nafsu.
Sikap memandang remeh kepada masalah besar
seperti gejala sosial boleh mengundang padah.
Budaya berhibur yang keterlaluan (entertainment
culture) dan budaya hedonisme (berseronok) yang
merupakan antara faktor kejatuhan tamadun Greek
boleh turut meruntuhkan tamadun Melayu Islam.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
ketika bercakap kepada pemberita selepas memberi
ceramah di sebuah sekolah di Seremban baru-baru ini
berkata, jika kita belajar agama, kita akan menjadi
manusia yang berjaya apabila menggunakan al-Quran
dalam kehidupan seharian kerana Islam itu adalah
cara hidup.
“Pelajaran agama penting kerana Islam adalah cara
hidup dan kalau mengikut cara hidup Islam, kita tidak
akan gagal, kalau tidak ikut, kita akan gagal,”
katanya,
Menjawab soalan mengenai masalah sosial dan
jenayah membabitkan pelajar sekolah yang
meningkat, Dr Mahathir berkata, sebahagian adalah
disebabkan kelemahan sistem pendidikan dan
sebahagian lagi adalah disebabkan persekitaran.
Beliau berkata, penggunaan internet adalah untuk
mendapatkan ilmu dan informasi tetapi internet juga
boleh diakses untuk pornografi.
“Kita boleh sekat, boleh tapis seperti di negara China
dan Jerman. Kita boleh buat kerana pada masa ini
remaja berusia 15 dan 16 tahun pun tengok, mereka
jadi macam gila apabila nampak perempuan.
“Keadaan persekitaran pada masa ini juga adalah
sangat teruk dan kita perlu mengenakan tindakan
terhadap mereka yang melakukan jenayah dengan
mengenakan hukuman berat. Moral kita pada masa ini
sudah teruk, sudah runtuh, tak ada moral langsung.
“Kalau ada undang-undang tak kuatkuasa pun tak
guna. Perkara utama dalam hal ini bukan undang-
undang sahaja tetapi peranan yang perlu kita
mainkan
seperti ibu bapa dan masyarakat keseluruhannya,”
katanya.
Berpegang kepada kata-kata bekas perdana menteri
itu, pembanterasan gejala sosial itu adalah
tanggungjawab bersama semua pihak dan bukan
sahaja diserahkan bulat-bulat kepada kerajaan.
Komitmen semua pihak diperlukan bagi mewujudkansatu
tindakan bersepadu sesama agensi kerajaan danmasyarakat
keseluruhannya.
Pengarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia (UPM),
Dr Amini Amir Abdullah ketika membentangkan kertas
kerja berkaitan menangani gejala sosial menurut
perspektif Islam di Melaka, baru-baru ini berkata,
semua pihak mesti berasa ris
au dengn gejala sosial
kerana takut Allah akan menghancurkan binasakan
semua kita.
Seperti firman Allah s.w.t yang katanya bermaksud:
“Dan apabila sampai tempoh kami hendak
membinasakan penduduk sesebuah negeri, kami
perintahkan (lebih dahulu) orang yang melampau
dengan kemewahan antara mereka (supaya taat) lalu
mereka menderhaka dan melakukan maksiat
padanya, maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu
kami menghancurkan sehancur-hancurnya.”
Sehubungan itu, dalam menghadapi gejala sosial yang
melanda negara kita ketika ini, semua pihak perlu
bekerjasama kerana semua pihak akan terpalit jika
ditimpa musibah.
Dalam menangani gejala sosial, satu pelan bertindak
yang rapi serta tindakan yang berterusan perlu
diambil dalam usaha untuk menangani feneomena
gejala sosial di kalangan masyarakat kita.
Kerajaan, pihak berwajib, pemimpin, masyarakat, guru
dan pensyarah, ibu bapa dan setiap individu perlu
memainkan peranan dalam menangani permasalah
berkenaan.
Ibu bapa yang tidak memantau dan mengambil berat
perkembangan sosial anak-anak adalah antara punca
mengapa remaja kita mudah terjebak dalam gejala
sosial.
Dr Amini Amir berkata, ibu bapa yang terlalu mengikut
kehendak anak hingga dibiarkan bebas boleh
menyebabkan anak berada di luar kawalan dan
bertindak di luar daripada batasan agama.
Banyak gejala sosial yang berkait rapat dengankurangnya
pengawasan dan kawalan terhadapkehendak dan perbuatan
anak.
Sehubungan itu, katanya, selepas ibu bapa berusaha
untuk kecemerlangan akademik dan sahsiah anak, ibu
bapa perlu berdoa dan bertawakal serta berserah diri
kepada Allah.
Persoalannya sekarang, sikap anak kita banyak
berpunca daripada didikan keagamaan dan
kerohanian yang tidak seimbang antara tuntutan
duniawi dan ukhrawi.
Dalam hal ini, Dr Amini Amir berkata, gambaran yangdiperolehi
daripada persekitaran dan masyarakat kitahari ini ialah salah
faham terhadap konsep kebebasandi kalangan anak dan ibu bapa
banyak mempengaruhifaktor kepada meruncingknya gejala sosial
ini.
Menurutnya, konsep kebebasan Bbarat perlu
digantikan dengan konsep kebebasan Islam kerana
ibu bapa yang sayang kepada anak adalah mereka
yang menjaga, mendidik, mengasuh dan memberi
pendidikan yang sewajarnya kepada anak.
Pada masa ini apa yang kita lihat ialah ramai ibu bapa
dan anak yang tidak memahami tanggungjawab
masing-masing sehingga menjadi antara faktor
berlaku gejala sosial.
Fenomena ini adalah kerana tuntutan kehidupan
masyarakat pada hari ini yang lebih banyak berkisar
kepada mengejar kebendaan sehingga melupakan
kepada keperluan kehidupan itu sendiri yang perlu
diisi supaya tidak lari daripada tuntutan kehidupan
sebenarnya.
Pihak berwajib perlu melihat keseimbangan
kemajuandan pembangunan insan dalam aspek
pembangunanrohani, jasmani, emosi, fizikal, mental dan
spiritual.
Kebebasan yang keterlaluan yang diberikan kepada
generasi pasca merdeka banyak dikesan
disalahgunakan dan semakin dilihat melalaikan
sehingga menjadi duri dalam daging kepada
kehidupan anak muda pada masa ini yang menyumbang kepada
banyak kes gejala sosial di

Malaysia.
Hiburan terlalu dipentingkan dan dibudayakan hingga
masyarakat hilang budaya untuk mengagungkan
budaya ilmu dan pembelajaran serta lari daripada
tujuan kehidupan sebenar dan hanya suka kepada
keseronokan yang sementara.

Tamat.

budaya hedonisme
Tarikh:11/21/2004
assalamualaikum.
hari ini kita dikejutkan dengan budaya hedonisme yang boleh
dianggap sebagai melampau yang
dianjurkan oleh pihak2 yang hanya mementingkan keuntungan
daripada memikirkan kesan yang
akan diperolehi terutamanya terhadap golongan muda-
mudi(melayu-islam).soalan saya,sejauh
manakah peranan ulama' dalam menanggani permasalahan ini?
Jawapan:
Ulama memang berperanan dalam isu ini. Bahkan mereka
dituntut untuk menanganinya. Antara
usaha yang boleh dilakukan ialah dengan memberi nasihat yang
berguna kepada masyarakat
melalui pelbagai saluran yang ada. Samada melalui ceramah,
penulisan dan sebagainya.
Kecenderungan untuk bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan
diistilahkan sebagai budaya
hedonisme. Budaya yang mengutamakan aspek keseronokan diri
ini seperti memiliki barangan yang
berjenama, minum arak, berjudi, bermain muzik, berhibur di
kelab-kelab malam dan sebagainya itu
sememangnya mempesonakan dan menggiurkan golongan
remaja. Gejala sosial yang kian
membimbangkan pelbagai pihak ini dikesan dirangsang oleh
pengaruh iklan, rakan-rakan serta
keadaan persekitaran.
Sungguhpun keinginan untuk hidup senang dan mewah adalah
sebahagian daripada naluri semula
jadi manusia, namun bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan
secara berlebih-lebihan itu tidak
boleh dibiarkan terus menular dan membudaya dalam
masyarakat kita. Ini kerana budaya
hedonisme boleh mengakibatkan pelbagai gejala negatif. Di
samping ia boleh menjerumuskan
masyarakat ke dalam kancah jenayah, amalan berhutang dan
fitnah menfitnah, budaya hedonisme
juga berpotensi membuat manusia leka dan lalai daripada
melaksanakan kewajipan hakikinya
sebagai hamba Allah dan sebagai anggota keluarga ataupun
anggota masyarakat.
Sejarah telah memperlihatkan kepada kita bahawa bangsa yang
lena dibuai dengan pelbagai
kesenangan dan kemewahan hidup serta didodoikan dengan
pelbagai jenis hiburan akan menjadi
lalai dan alpa terhadap kewajipannya hatta menyebabkan
mereka menjadi lemah dan terjajah.
Pengajaran ini terungkap pada sejarah keruntuhan kerajaan
Abbasiah, kerajaan Uthmaniah,
kesultanan Melaka dan lain-lain lagi, di mana pemerintah dan
rakyat lena dibuai kemakmuran
negara sehingga lalai mengantisipasi ancaman musuh.
Demikianlah juga dengan budaya hedonisme
yang sedang menular dalam masyarakat kita hari ini turut
mengakibatkan penyakit lalai di ka-
langan masyarakat. Sebagai contoh, seseorang yang asyik
berhibur dengan berkaraoke dan bersuka
ria bersama rakan-rakan di kelab-kelab malam tertentu akan
dilalaikan oleh perbuatannya daripada
melaksanakan kewajipannya terhadap Allah seperti
bersembahyang, berpuasa dan sebagainya di
samping lalai terhadap kewajipannnya terhadap sesama manusia
seperti memberi perhatian yang
sepenuhnya sama ada kepada ibu bapa mahupun kepada isteri
dan anak-anak.
Sesungguhnya syaitan telahpun berjanji akan melalaikan dan
menyesatkan manusia daripada jalan
Allah dengan apa cara sekalipun. Pelbagai kemewahan dan
hiburan di dunia ini adalah di antara
senjata syaitan dan konco-konconya untuk menjerumuskan
manusia kepada kelalaian dan
kesesatan. Justeru, Allah menganjurkan kita semua supaya
memikirkan hal ini dan berusaha
menghindari diri daripada terpedaya dengan tipu daya syaitan
seperti keseronokan hidup di dunia
yang bersifat sementara ini. Firman Allah:--
Maksudnya:
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan
yang sia-sia dan hiburan yang
melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik
bagi orang yang bertakwa. Oleh
itu, tidakah kamu mahu berfikir?”
(Q.s. Al-An’am: 32).
Firman-Nya lagi:
“...Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala
kemewahan dan pangkat
kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang
terpedaya.”
(Q.s. Ali Imran: 185).
Memang tidak dapat dinafikan bahawa budaya hedonisme atau
budaya berhibur ini turut dikesansemakin menjadi kegemaran di
kalangan kaum remaja di negara ini. Masalah ini sangat berat
danmembimbangkan kerana ia membabitkan golongan muda
yang bakal mewarisi dan memimpinnegara ini pada masa depan.
Justeru, pembabitan semua pihak perlu dalam mengatasi budaya
ini tanpa diletakkan di atas bahu kerajaan semata-mata. Ia boleh
dibendung jika semua pihak berganding bahu kerana kerajaan
atau remaja tidak dapat mengatasi semua masalah berkenaan

secara bersendirian.
Dalam hubungan ini, kita harus sedar bahawa masalah sosial
remaja berkait rapat dengan
pembentukan budaya yang tentunya bermula dari rumah.
Sehubungan itu, para ibu bapa harus
memainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak tidak
terpengaruh dengan budaya hidup
yang tidak sihat seperti budaya bersuka-sukaan dan bermewah-
mewahan secara berlebih-lebihan
yang mengundang banyak risiko kepada anak-anak itu sendiri di
samping menimbulkan banyak
masalah kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sungguhpun
ada di kalangan saudara-saudara
yang barangkali berkemampuan untuk memberikan apa saja
kepada anak-anak, namun perbuatan
menyogokkan mereka dengan wang Ringgit serta pelbagai
kemewahan bukanlah cara yang terbaik
untuk mendidik dan menyayangi mereka kerana ia boleh
menjadikan mereka materialistik dan lalai.
Sebaliknya, suburkanlah anak-anak ataupun golongan remaja
kita dengan iman dan takwa melalui
didikan yang sempurna serta pemberian kasih sayang yang
secukupnya.
Selain tugas ibu bapa, pertubuhan atau badan-badan bukan
kerajaan (NGO) yang berkaitan perlu
digerakkan bagi membentuk generasi remaja yang bersifat
terbuka dan berlandaskan ajaran agama,
budaya dan jati diri yang kukuh. Pengetahuan serta pemahaman
terhadap nilai budaya dan moral
serta kupasan masalah sosial daripada kaca mata saintifik,
tingkah laku dan sosial perlu diterapkan
kepada remaja secara berterusan. Ini penting kerana tanda
keruntuhan nilai budaya dan moral di
kalangan remaja semakin terasa di negara ini sejak kebelakangan
ini.
Justeru itu, cara terbaik dan mustajab bagi menangani gejala
sosial yang melanda masyarakat ini
ialah dengan mentarbiah diri sendiri, anggota keluarga dan
masyarakat supaya kembali kepada
ajaran Islam. Segala petunjuk serta peringatan Allah dan
Rasul-Nya harus kita ambil perhatian dan
hayati sungguh-sungguh ke arah membentuk diri lebih beriman
dan bertakwa. firman Allah:
Maksudnya:
“Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak
ingatkan kesudahan kamu) bahkan
kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia)
yang cepat habisnya. Dan kamu tidak
menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi
kehidupannya).”
(Q.s. Al-Qiamah: 20-21).
Wallahu a'alam.
Tamat.
BUDAYA HEDONISME MELALAIKAN MASYARAKAT

Firman Allah dalam kitab suci-Nya Yang Maha Agung: yang bermaksud:

“...Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala


kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi
orang yang terpedaya.”
(Q.s. Ali Imran: 185).

Seperti yang kita sedia maklum, masalah lepak di kalangan remaja bukan
lagi fenomena baru, malah seolah-olah sudah menjadi budaya yang boleh
disifatkan sebagai berkesinambungan dari satu generasi ke generasi baru.
Cuma bezanya dengan generasi terdahulu, remaja yang melepak sekarang
kelihatan lebih mewah kerana ramai daripada mereka kelihatan bergaya
dengan telefon bimbit, selain berpakaian berjenama, malah ada yang
berkenderaan sama ada motorsikal ataupun kereta. Senario ini
mencerminkan kehidupan generasi hari ini lebih senang dan mewah berkat
hasil kemajuan yang dicapai sejak merdeka. Dan sudah sewajarnyalah
kemakmuran hidup yang dinikmati ini kita hargai dan syukuri bersama,
dengan mengabdikan diri kepada Khalikul-alam, iaitu mengerjakan segala
suruhan Allah dan menghindari diri dari segala tegahan-Nya. Insya Allah,
dengan cara ini keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah akan lebih teguh
dan mantap hatta membolehkan kita terus menikmati rezeki yang banyak
yang melimpah ruah dari langit dan bumi.

Sejak akhir-akhir ini terlihat seolah-olah ada kecenderungan masyarakat


untuk hidup mewah, bergaya dan berhibur secara berlebih-lebihan. Di
rumah misalnya, segala kelengkapannya seperti perabot dan perlatan
elektriknya mestilah yang serba moden dan canggih; kalau kenderaan pula,
bukan sahaja dari jenama yang terkenal, tetapi juga ia harus dilengkapi
dengan pelbagai aksesori mutakhir yang memperlihatkan kehebatan
pemiliknya; begitu juga dengan pakaian, harus dari jenis yang berjenama
dan bergaya; dan kalau bersantai ataupun berhibur, harus pula di tempat-
tempat yang ada kelas. Dan pengaruh budaya hidup serupa inilah yang
menyebabkan masyarakat terus dibebani hutang. Keinginan untuk hidup
mewah dan bergaya inilah juga yang dipercayai menyumbang kepada
peningkatan kadar jenayah sejak kebelakangan ini.

Maka tidak menghairankan kita bilamana berita rompakan bank dan kedai
emas, kehilangan kenderaan, rasuah, peras ugut, pengedaran dadah dan
lain-lain lagi hampir setiap hari menghiasi dada-dada akhbar. Kesemua
jenayah yang dilakukan itu lebih bermotifkan untuk mendapatkan wang,
justeru wang adalah umpama kuasa yang dapat menjana segala keperluan
manusia seperti harta, hiburan dan sebagainya. Pendekata, demi
mendapatkan wang yang disifatkan sebagai sumber kesenangan dan
kemewahan hidup di dunia, ada manusia yang sanggup melakukan apa saja
pekerjaan meskipun barangkali terpaksa menjatuhkan orang lain dengan
pelbagai tipu muslihat ataupun barangkali terpaksa menggadai nyawa dan
maruah diri serta mengorbankan nyawa orang lain. Dan sesuatu hal yang
amat membimbangkan kita ialah jenayah-jenayah ini turut membabitkan
golongan remaja.

Kecenderungan untuk bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan diistilahkan


sebagai budaya hedonisme. Budaya yang mengutamakan aspek
keseronokan diri ini seperti memiliki barangan yang berjenama, minum
arak, berjudi, bermain muzik, berhibur di kelab-kelab malam dan
sebagainya itu sememangnya mempesonakan dan menggiurkan golongan
remaja. Gejala sosial yang kian membimbangkan pelbagai pihak ini dikesan
dirangsang oleh pengaruh iklan, rakan-rakan serta keadaan persekitaran.

Sungguhpun keinginan untuk hidup senang dan mewah adalah sebahagian


daripada naluri semula jadi manusia, namun bersuka-sukaan dan
bermewah-mewahan secara berlebih-lebihan itu tidak boleh dibiarkan terus
menular dan membudaya dalam masyarakat kita. Ini kerana budaya
hedonisme boleh mengakibatkan pelbagai gejala negatif. Di samping ia
boleh menjerumuskan masyarakat ke dalam kancah jenayah, amalan
berhutang dan fitnah menfitnah, budaya hedonisme juga berpotensi
membuat manusia leka dan lalai daripada melaksanakan kewajipan
hakikinya sebagai hamba Allah dan sebagai anggota keluarga ataupun
anggota masyarakat.

Sejarah telah memperlihatkan kepada kita bahawa bangsa yang lena dibuai
dengan pelbagai kesenangan dan kemewahan hidup serta didodoikan
dengan pelbagai jenis hiburan akan menjadi lalai dan alpa terhadap
kewajipannya hatta menyebabkan mereka menjadi lemah dan terjajah.
Pengajaran ini terungkap pada sejarah keruntuhan kerajaan Abbasiah,
kerajaan Uthmaniah, kesultanan Melaka dan lain-lain lagi, di mana
pemerintah dan rakyat lena dibuai kemakmuran negara sehingga lalai
mengantisipasi ancaman musuh. Demikianlah juga dengan budaya
hedonisme yang sedang menular dalam masyarakat kita hari ini turut
mengakibatkan penyakit lalai di ka-langan masyarakat. Sebagai contoh,
seseorang yang asyik berhibur dengan berkaraoke dan bersuka ria bersama
rakan-rakan di kelab-kelab malam tertentu akan dilalaikan oleh
perbuatannya daripada melaksanakan kewajipannya terhadap Allah seperti
bersembahyang, berpuasa dan sebagainya di samping lalai terhadap
kewajipannnya terhadap sesama manusia seperti memberi perhatian yang
sepenuhnya sama ada kepada ibu bapa mahupun kepada isteri dan anak-
anak.

Sesungguhnya syaitan telahpun berjanji akan melalaikan dan menyesatkan


manusia daripada jalan Allah dengan apa cara sekalipun. Pelbagai
kemewahan dan hiburan di dunia ini adalah di antara senjata syaitan dan
konco-konconya untuk menjerumuskan manusia kepada kelalaian dan
kesesatan. Justeru, Allah menganjurkan kita semua supaya memikirkan hal
ini dan berusaha menghindari diri daripada terpedaya dengan tipu daya
syaitan seperti keseronokan hidup di dunia yang bersifat sementara ini.
Firman Allah:--

Maksudnya:

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia


dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu
lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?”
(Q.s. Al-An’am: 32).

Melalui ayat yang baru dibacakan itu, Allah menjelaskan kepada kita bahawa
kehidupan di dunia ini jika tidak dibajai dengan iman dan takwa akan
bertukar menjadi permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan.
Rasulullah s.a.w. menyifatkan yang kehidupan di dunia ini laksana penjara
bagi orang-orang mukmin tetapi syurga bagi orang-orang kafir. Ini kerana
orang-orang kafir yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian
mengutamakan kehidupan dunia lantas berusaha sedaya upaya
memperolehi harta kekayaan sebanyak mungkin dengan harapan untuk
hidup senang dan mewah. Namun, kita sebagai muslim tidak seharusnya
terikut-ikut budaya orang-orang yang kufur tersebut bagi menjamin diri
tidak terjebak dengan kese-nangan dan kemewahan dunia yang
memperdayakan dan merugikan itu.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa budaya hedonisme atau budaya


berhibur ini turut dikesan semakin menjadi kegemaran di kalangan kaum
remaja di negara ini. Masalah ini sangat berat dan membimbangkan kerana
ia membabitkan golongan muda yang bakal mewarisi dan memimpin negara
ini pada masa depan. Justeru, pembabitan semua pihak perlu dalam
mengatasi budaya ini tanpa diletakkan di atas bahu kerajaan semata-mata.
Ia boleh dibendung jika semua pihak berganding bahu kerana kerajaan atau
remaja tidak dapat mengatasi semua masalah berkenaan secara
bersendirian.

Dalam hubungan ini, kita harus sedar bahawa masalah sosial remaja berkait
rapat dengan pembentukan budaya yang tentunya bermula dari rumah.
Sehubungan itu, para ibu bapa harus memainkan peranan utama dalam
memastikan anak-anak tidak terpengaruh dengan budaya hidup yang tidak
sihat seperti budaya bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan secara
berlebih-lebihan yang mengundang banyak risiko kepada anak-anak itu
sendiri di samping menimbulkan banyak masalah kepada keluarga,
masyarakat dan negara. Sungguhpun ada di kalangan saudara-saudara yang
barangkali berkemampuan untuk memberikan apa saja kepada anak-anak,
namun perbuatan menyogokkan mereka dengan wang Ringgit serta pelbagai
kemewahan bukanlah cara yang terbaik untuk mendidik dan menyayangi
mereka kerana ia boleh menjadikan mereka materialistik dan lalai.
Sebaliknya, suburkanlah anak-anak ataupun golongan remaja kita dengan
iman dan takwa melalui didikan yang sempurna serta pemberian kasih
sayang yang secukupnya.

Selain tugas ibu bapa, pertubuhan atau badan-badan bukan kerajaan (NGO)
yang berkaitan perlu digerakkan bagi membentuk generasi remaja yang
bersifat terbuka dan berlandaskan ajaran agama, budaya dan jati diri yang
kukuh. Pengetahuan serta pemahaman terhadap nilai budaya dan moral
serta kupasan masalah sosial daripada kaca mata saintifik, tingkah laku dan
sosial perlu diterapkan kepada remaja secara berterusan. Ini penting kerana
tanda keruntuhan nilai budaya dan moral di kalangan remaja semakin terasa
di negara ini sejak kebelakangan ini.

Justeru itu saudara-saudara kaum muslimin sekalian, cara terbaik dan


mustajab bagi menangani gejala sosial yang melanda masyarakat ini ialah
dengan mentarbiah diri sendiri, anggota keluarga dan masyarakat supaya
kembali kepada ajaran Islam. Segala petunjuk serta peringatan Allah dan
Rasul-Nya harus kita ambil perhatian dan hayati sungguh-sungguh ke arah
membentuk diri lebih beriman dan bertakwa. firman Allah:

Maksudnya:

“Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan


kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan
kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan
(bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).”
(Q.s. Al-Qiamah: 20-21).Posted by Anak Perantauan at 1/07/2009 11:22:00
AM 
BLACKMETAL: 
KEMBALILAH KEPADA ISLAM
 
 
Negara tiba-tiba digemparkan dengan satu gejala baru – gejala yang kurang sihat melanda
pelajar belasan tahun.
 
Isu BLACK METAL tiba-tiba muncul di persada beberapa minggu setelah berlaku satu kejadian
pembunuhan  yang amat ngeri yang melibatkan golongan remaja (kes Nurul Hanis di
Merlimau).
 
Aktiviti kumpulan BLACK METAL ini bersendikan kepada pemujaan syaitan
dan Black Metal ini diasaskan di Barat yang terkenal dengan muzik berentak
keras, bingit serta liriknya kasar, menjerit dan tidak jelas sebutannya. Mesej
yang dibawa dalam setiap lagu ialah menolak kewujudan Tuhan,
menggalakkan seks rambang dan keganasan. Kumpulan ini juga
menggalakkan bunuh diri dan berfahaman bebas.
 
Lagu-lagu bawah tanah ini biasanya pelik. Kadangkala hanya berbunyi garau
dan tidak jelas, bahkan ada yang tidak merdu langsung mengikut definisi
muzik. Lirik lagu pula seperti yang dinyatakan tadi, kebanyakannya liar dan
lucah. Sebab itu ada mengatakan inilah `bunyi syaitan' tetapi ia indah kepada pengikutnya.
Inilah dikatakan kontemporer, lain dari yang lain. Mereka mahu bebas dan benci peraturan.
 
Kumpulan tersebut menggunakan pusat membeli-belah seperti Centre Square di Sungai Petani,
Kedah; The Summit, di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Pasar Budaya di Kuala Lumpur.

Beberapa buah akhbar perdana negara mendedahkan tentang wujudnya beberapa sekolah di
ibu negara turut diresapi oleh pengaruh muzik Black Metal apabila ramai muridnya
mempunyai tatu salib terbalik yang dibuat dengan gurisan duit syiling.

Mereka yang bersetuju untuk menyertai kumpulan itu dikenakan beberapa syarat antaranya
memakai pakaian serba hitam, membakar duit syiling 50 sen lalu digariskan di dagu dan
mengenakan tatu bintang berbucu lima.

Setiap bucu bintang itu mempunyai maksud seperti dewa, syaitan, manusia, tuhan serta alam
ghaib dan alam nyata. Bucu bintang itu juga bermaksud api, air, angin, tanah dan udara.

Kumpulan ini juga diwajibkan menjalani upacara pemujaan syaitan, meminum darah kambing
dan memakai salib yang diterbalikkan sepertimana yang dinyatakan awal tadi.
 
Logo yang menunjukkan pelbagai aksi syaitan dan tengkorak juga sudah menjadi
barang perhiasan yang dipakai oleh pengikut Black Metal. Pengikut akan dianggap
hebat jika mempamerkan unsur-unsur ini.
 
Kira-kira 40 murid Islam tahun empat, lima dan enam sebuah sekolah di Bangsar, turut dikesan
mempunyai tanda salib, yang dikatakan dilakukan sekumpulan pengawas sekolah itu. 
 
Kegiatan-kegiatan mereka sudah sampai ke tahap menghina Al-Quran, Nabi Mohd malah
ugama Islam sendiri bilamana mereka dikatakan tidak segan-silu dan tidak takut untuk memijak-
mijak Al-Quran.
 
PERSOALAN KINI, apakah sebenarnya yang mendorong kewujudan serta perluasan pengaruh
BLACK METAL di kalangan remaja kita? Di manakah silapnya sehingga gejala kemurtadan ini
dianggap sebagai satu fenomena biasa sehingga para remaja ini tidak lagi memandang akidah
sebagai satu perkara penting di dalam hidup, malah agama menjadi bahan yang boleh
dipermain-mainkan?
 
Terlepas daripada hasrat untuk memburukkan mana-mana pihak, kami merasa
bertanggungjawab untuk mendedahkan semula serta mengkaji fenomena ini agar akidah
remaja kita dapat diselamatkan sebelum kelak mereka menjadi parasit yang menular.
 
Kita harus mengakui secara jujur, bahawa ada sesuatu yang pincang di dalam sistem
pendidikan negara  kini yang menyebabkan para remaja sudah tidak lagi takut untuk
menempelak dan mencerca agama, malah Tuhannya.
 
Syaitan bukan lagi dipandang sebagai musuh yang sepatutnya “direjam” sebaliknya telah
bertukar menjadi “tuhan” yang “disembah” (astaghfirullah..)
 
Pasti ada sesuatu yang tidak kena kepada sistem pendidikan negara kita hari ini.
 
Sistem pendidikan negara yang menjurus kepada penekanan “lulus peperiksaan” sebenarnya
telah lama gagal memainkan peranan di dalam membentuk generasi muttaqin yang berilmu
sebaliknya telah melahirkan insan-insan sesat yang terpesong akidah.
 
Soal-soal akhlak, disiplin, maruah diri lansung tersisih dari arus kurikulum sehingga kedapatan
pelajar dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke institusi pengajian tinggi tidak mengenal
perbezaan cara hidup Islam dan jahiliah.
 
Ini diperburukkan dengan anjuran gaya hidup bebas yang terlepas dari nilai-nilai Islamiah dan
disebarluas melalui media massa terutama majalah dan akhbar perdana negara.
 
Ia pula seriringan dengan pengaruh muzik dan filem-filem ganas dan lucah atau separa-lucah
yang VCDnya dijual bebas di kakilima dan bebas pula ditayangkan di stesyen TV perdana.
 
Majalah hiburan dengan pemujaan kepada “artis” dengan berpakaian yang tidak senonoh
dibiarkan berleluasa sehingga para remaja menghabiskan wang kepada perkara-perkara yang
tidak bermenafaat ini.
 
Lantas para remaja (lelaki dan perempuan) menjadikan para artis (dalam negeri dan luar
negeri) sebagai idola mereka – tanpa segan silu menayangkan wajah-wajah idola mereka
tersebut di fail-fail dan kulit-kulit buku-buku persekolahan mereka.
 
Di saat kita berhadapan dengan gejala serius ini, wujud pula suara-suara sumbang yang
menyalahkan guru-guru ugama kononnya tidak mengajar ugama dengan betul yang
menyebabkan para remaja ini menjadi liar.
 
Tuduhan sedemikian lahir dari jiwa yang prejudis terhadap golongan ugamawan dan dilihat
sabagai usaha merendahkan martabat mereka.
 
Tidak cukup sekadar itu, wujud juga tuduhan yang mengatakan bahawa gejala tersebut
kononnya banyak berlaku di negeri-negeri yang kuat sentimen keislamannya!
 
Dan aneh, akhbar perdana menjadi “gendang nafiri” yang selamanya mempersendakan
golongan ugamawan, cuba menutup hakikat sebenar punca masalah yang menyebabkan gejala
tersebut.
 
Mahu atau tidak mahu, kita perlu ikhlas untuk akur kepada kenyataan bahawa budaya yang
dicanangkan sebagai budaya bebas dan demokrasi ini sebenarnya menyalahi nilai-nilai fitrah
insaniah dan terlepas dari ikatan nlai-nilai luhur yang direstui oleh penghuni samawi.
 
Dan budaya bebas inilah sebenarnya yang mewarnai kehidupan seharian kita selama ini yang
lebih menjurus kepada pemuasan nafsu sepertimana yang dianjurkan oleh ahli-ahli falsafah
seperti Kant, Freud dan sebagainya.
 
Mereka (akhbar-akhbar) cuba melakukan pembedahan kecil di pinggiran sedangkan mereka
tidak menyedari mereka juga sebahagian dari parasit yang menyerang dan yang
mengakibatkan penyakit berkenaan terus melata.
 
Mengapa kita malu untuk kembali kepada cara hidup Islam, serta menghentikan prejudis kita
kepada mereka yang membawa obor Islam dan menerima tanpa “reservation” anjuran agar
Islam diterima sebagai “a way of life”  demi kesejahteraan ummah disamping mencipta sebuah
negara bangsa yang mendapat rahmat dan keampunan Allah?

TAMAT.
BUDAYA BLACK METAL

12/5/05
Pesta Black Metal , pijak Quran di Seremban
Harap masyarakat Islam di Malaysia ini lebih prihatin masalah ini, dan sentiasa menyalurkan maklumat
kepada pihak berkuasa. Tahu-tahu tempat kita jadi tempat tumpuan ajaran sesat.

Pesta Black Metal , pijak Quran di Seremban

Harian Metro 5 Dis 

SEREMBAN: Perhimpunan sekumpulan 105 pengikut Black Metal, di sebuah dewan di bandar ini,
kelmarin, termasuk dari Kuala Lumpur, dikatakan menggunakan nama Persatuan Silat Cekak untuk
memohon permit polis.

Kegiatan mereka terbongkar apabila serbuan polis mendapati mereka sebenarnya bersuka-ria dalam
pesta Black Metal.

Kumpulan itu, termasuk empat remaja perempuan, rata-rata berusia belasan tahun hingga 30-an itu
berada di Dewan Persatuan Masyarakat Ceylon, sejak jam 2 petang hingga diserbu polis pada 8.20
malam.

Perhimpunan itu mendapat permit polis dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), kerana penganjur
pesta itu memohon mengadakan persembahan menggunakan nama Persatuan Silat Cekak.

Pesta itu bukan saja dihadiri remaja tempatan, malah turut disertai peminat Black Metal, termasuk
dari utara tanah air, Kuala Lumpur dan Singapura yang dikatakan hanya perlu membayar RM18 untuk
menyertainya.

Ketika serbuan, kebanyakan pengikut Black Metal itu asyik menari dan menyanyikan lagu Black Metal
yang dipasang di dewan berkenaan.

Kebanyakan pesta itu berpakaian serba hitam atau berbaju T putih dan berseluar gelap yang
memaparkan corak dan gambar ganas, menakutkan serta memakai aksesori seperti rantai salib terbalik
dan pentagram, sesuai dengan ketaksuban mereka dalam aliran muzik hitam itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Hasanuddin Hasan, berkata polis menerima maklumat mengenai
kegiatan kumpulan Black Metal itu kira-kira jam 2 petang kelmarin, selepas orang ramai mengesyaki
perhimpunan yang mencurigakan.

“Kami membuat serbuan kira-kira jam 8.20 malam apabila kami mendapat tahu tindakan mereka ada
cubaan unsur ganas dan menyimpang daripada ajaran Islam termasuk dikatakan berhasrat untuk
memijak al-Quran.

“Bagi memastikan perkara seperti itu tidak berlaku, polis menahan mereka bagi menghalang aktiviti
yang bertentangan dengan agama itu,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, daripada yang ditangkap itu, 30 daripada mereka, termasuk tiga warga Singapura,
didapati positif dadah dalam ujian air kencing.

Polis turut merujuk tiga daripada remaja terbabit kepada Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan
(Jains) untuk tindakan lanjut kerana bersabit masalah akidah.

“Baki remaja lain dibebaskan selepas keterangan masing-masing diambil,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan berkenaan sebelum ini dikatakan pernah menganjurkan aktiviti sama di Port
Dickson dan dipercayai berusaha mengembangkan budaya Black Metal di beberapa daerah lain.

“Polis tidak akan berkompromi dengan kumpulan berkenaan yang cuba mengembangkan sayap mereka
di negeri ini.

“Kami harap ibu bapa mengawasi anak masing-masing daripada terjebak aktiviti tidak sihat ini,”
katanya.

Budaya Black Metal pernah menggemparkan negara apabila Harian Metro membuat liputan secara
besar-besaran berhubung gerakan muzik underground yang menyesatkan itu di seluruh negara pada
2001 dan 2002.

Pengikut budaya songsang itu pernah mencuri tumpuan kerana dikatakan bertindak di luar batasan,
termasuk membakar, memijak surah al-Quran dan berzina di depan kitab suci itu.

Baru-baru ini, kerajaan membatalkan konsert Mayhem iaitu kumpulan Black Metal dari Norway, yang
sepatutnya membuat persembahan di disko Backroom, Kuala Lumpur, yang dijadualkan pada 4 Februari
depan.

Tamat.
Isu Semasa Pemuda: Sekat Penularan Songsang
Muzik Black Metal
Posted on Friday, December 09 @ 16:34:24 MYT 
Topic: Berita / Isu Semasa

Oleh Kazman Kamal

Kuala Lumpur -- Biro Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan, Pergerakan


Pemuda UMNO Malaysia memandang serius penularan genre muzik black
metal di negara ini yang dilihat lebih menjurus kepada ideologi songsang
yang boleh merosakkan akidah rakyat terutama generasi muda. 

Justeru Pengerusinya, Azizul Nizam Bidin berkata pihaknya berharap agensi


atau pihak berkuasa terutama yang terletak di bawah Kementerian Dalam
Negeri memperketatkan pemantauan dan pemeriksaan terhadap apa jua
bentuk bahan genre muzik ini dari terus menular ke dalam negara.

Jelas beliau walaupun genre black metal adalah salah satu cabang muzik
dan hiburan namun ideologi serta tingkah laku penggemar muzik ini yang
berakar umbi di barat kebanyakannya bertentangan bukan sahaja dengan
adat budaya kita malah dari sudut agama.

"Genre black metal ini lebih banyak berunsurkan keganasan,


pemberontakan dan adakalanya jauh menyimpang dari kehendak Islam
baik dari segi tingkah laku, lirik, ideologi mahu pun cara berpakaian.

"Malah dalam banyak kes yang berlaku di negara ini, penggemar muzik ini
sering berkelakuan songsang yang terpesong dari akidah Islam seperti
membuat pemujaan syaitan, bertindak ganas, berada dalam keadaan
khayal dan sebagainya", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Di barat kata beliau lagi perkara seumpama itu sudah sebati dengan genre
muzik ini dan ia menjadi ikutan anak-anak muda atas alasan minat dalam
bentuk muzik yang dipersembahkan.

"Ini cukup membahayakan apatah lagi apabila kita difahamkan lebih 500
kumpulan black metal terdapat di negara ini.

"Justeru, kita mahu kerajaan bertindak tegas tanpa kompromi bukan sahaja
terhadap bahan-bahan terbitan genre muzik ini bahkan penganjuran
konsert hiburan biarpun pihak penganjur memberikan jaminan kawalan
atau kononnya menyelitkan mesej-mesej positif kepada para
pengunjungnya.

"Sebenarnya banyak lagi jenis atau genre muzik hiburan yang lebih positif
yang boleh diketengahkan berbanding black metal yang jelas jauh
menyimpang dari nilai budaya dan agama Islam", ujarnya.

Pada masa yang sama, tambah beliau lagi persatuan atau pertubuhan
hiburan yang ada di negara ini seperti Karyawan, Papita dan sebagainya
turut boleh memainkan peranan bagi memastikan aliran muzik yang
menyimpang jauh dari nilai budaya dan seni hiburan serta pegangan agama
disekat dari terus subur di negara ini.

TAMAT.
FREEMASON
Freemason

Lambang Freemason.

Freemason ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur antara pada akhir abad
ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia,
dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang
di England, Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat.[1][2] Pertubuhan
Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang
sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu Makhluk Agung (Supreme Being).[3]

Isi kandungan
 [sorok]

1 Asal-usul

o 1.1 Kultus kuno

o 1.2 Kesatria Templar

o 1.3 Persatuan tukang batu

2 Sejarah

3 Etika Freemason

o 3.1 Persaudaraan
o 3.2 Menderma dan beramal

kebajikan

o 3.3 Kebenaran

4 Struktur organisasi

5 Prinsip dan aktiviti utama

6 Gerakan Freemason

o 6.1 Freemason di Amerika

Syarikat

o 6.2 Freemason di Iraq

o 6.3 Freemason di Malaysia

7 Tentangan dan kritikan terhadap

Freemason

o 7.1 Islam dan Freemason

o 7.2 Kristian dan Freemason

8 Rujukan

[sunting]Asal-usul

[sunting]Kultus kuno
Terdapat pelbagai legenda dan teori mengenai asal-usul kewujudan Freemason. Ada yang mengaitkannya
dengan kultus Iris-Osiris pada zaman Mesir kuno. Ada pula yang mengatakan bahawa ia ditubuhkan
pada abad ke-2 SM oleh ahli kitab atau pendeta Yahudidaripada mazhab Essene.

Sesetengah ilmuan Freemason berpendapat bahawa bahawa Freemason menjejak akar umbi mereka kepada
pembinaan Haikal Sulaiman (King Solomon’s Temple) di Jerusalem pada 967 S.M. Asas cerita itu tertumpu
kepada seseorang yang bernama Hiram Abiff yang mendakwa mengetahui rahsia Haikal Sulaiman. [4] [5]

[sunting]Kesatria Templar
Freemason juga dikaitkan dengan ahli Kesatria Templar (Knight's Templar). Mengikut legenda, pada abad ke-
11, Kesatria Templar telah menjumpai harta karun di tinggalan bangunan Haikal Sulaiman. Ini menyebabkan
kebanyakan mereka menjadi tersangat kaya sehinggalah harta itu dirampas oleh Raja Perancis Philip IV.
Kesatria Templar dipenjarakan tetapi ada yang melarikan diri. Pergerakan ini menjadi sulit dan muncul kembali
pada abad ke-17 di bawah nama Freemason.

Albert Pike (1872) pula dalam bukunya Morals and Dogma of the Ancient and Accepted Scottish Rite of
Massonry, berpendapat bahawa pada kurun ke-11, Kesatria Templar telah berpakat bersama Ketua Gereja
di Constantinople. Pada masa itu Ketua Gereja Constantinople (daripada Gereja Ortodoks Timur) bersaing
dengan Gereja Katolik Rom. Ahli Kesatria Templar bersumpah setia untuk melindungi umat Kristian yang
melawat tempat suci; manakala matlamat rahsia mereka adalah untuk membina semula Haikal Sulaiman.
Binaan ini akan menjadi tempat paling suci untuk orang Kristian dan akan dapat menandingi kediaman suci
Gereja Katolik di Roma. Ahli Templar berselindung di bawah nama Brethren-Masons. Nama ini Frères Maçons
dalam bahasa Perancis dieja menjadi Free-Masons dalam bahasa Inggeris. [6]

[sunting]Persatuan tukang batu


Penjelasan yang lebih berasas mengenai gerakan Freemason ialah ia berkembang daripada persatuan
pemahat dan tukang batu (dalam bahasa Inggeris, pemahat atau tukang batu dipanggil mason atau stone
mason) pada Zaman Pertengahan di Eropah. Pada masa itu, mereka diambil untuk bekerja oleh raja dan pihak
gereja. Terdapat dua jenis tukang batu. Satu ialah tukang batu yang memahat batu-batu biasa yang
dinamakan rough mason. Freestone mason pula adalah tukang batu yang memahat batu-batu yang lebih
terperinci dan dengan kesenian. Mereka ini adalah golongan bebas (free) dan bukan hamba kepada mana-
mana tuan yang kaya. Nama "Freestone mason" kemudian disingkatkan menjadi Freemason. Oleh sebab
keistimewaan dan kebolehan mereka, golongan ini menubuhkan kelab atau persatuan sendiri untuk
membincangkan pertukangan, kesenian dan kadar upah mereka. Salam tangan rahsia, kata-kata rahsia dan
tanda-tanda lain direka untuk membezakan mereka dengan tukang batu yang lain.

[sunting]Sejarah

Terdapat beberapa bukti Freemason mula tersebar di benua Eropah seawal akhir kurun ke-16 Masehi. Salah
satu bukti bertulis awal yang menunjukkan cabang Freemason telah ada di England pada tahun 1641 ialah
rekod inisiasi Robert Moray, salah seorang keluarga raja. Moray menjadi anggota Freemason
di Edinburgh pada 20 Mei 1641.[7] Selain itu, Elias Ashmole, yang juga berdarah keluarga Raja England,
menulis dalam buku diarinya bahawa dia telah menjadi anggota Freemason di Lancashire, pada 16
Oktober1646.[8]

Peristiwa penting dalam perkembangan Freemason adalah pada 24 Jun 1717 dengan terdirinya Loji Besar
England (Grand Lodge of England). Dengan terdirinya pusat bagi persatuan itu di England, Freemason kini
menjadi organisasi nasional yang tidak lagi bergerak secara rahsia. Loji Besar England merupakan gabungan
daripada empat cabang Freemason dan mereka mempercayai falsafah yang sama iaitu "Agama yang mana
semua manusia bersetuju... adalah menjadi Manusia yang Baik dan Benar" (Religion is which all men agree…
that is, to be Good Men and True).

Dengan terbentuknya Loji Besar England, gerakan Freemason semakin merebak sehingga berkembang
melintasi benua Eropah sehingga ke benua Amerika.

[sunting]Etika Freemason
Freemason mengamalkan tiga etika-etika yang diikuti demi mengaburi pergerakan mereka

[sunting]Persaudaraan

Setiap pengikut-pengikut Freemason diwajibkan untuk bertoleransi, dan berfikiran positif sesama sendiri agar
pendirian mereka mudah diterima.

[sunting]Menderma dan beramal kebajikan


Pengikut Freemason melakukan pelbagai perkara kebajikan demi untuk menarik lebih ramai pengikut mereka.

[sunting]Kebenaran

Mereka berpegang teguh terhadap kepercayaan mereka. Mereka percaya bahawa prinsip yang mereka bawa
membawa lebih kepada kemajuan dan mendapat kehidupan yang lebih baik. [9]

[sunting]Struktur organisasi

Loji Besar (Grand Lodge) adalah badan bebas dan berdaulat yang mentadbir Freemason di sesebuah negara,
negeri atau kawasan. Tiada satu badan teratas yang mengawal Freemason di peringkat global. Perhubungan
antara loji-loji yang berlainan bergantung kepada kehendak atau pengiktirafan bersama.

Loji merupakan unit asas Freemason. Setiap loji baru mesti mempunyai waran atau piagam yang diberi oleh
Loji Besar yang membenarkannya untuk membuat perjumpaan dan beroperasi. Loji mesti mengadakan
perjumpaan pada tempat yang tetap dan tarikh yang telah ditentukan. Ia akan memilih, menerima ahli baru dan
mempromosikan ahli dan pegawainya. Ia juga akan membina dan mengurus aset dan hartanahnya termasuk
rekod perjumpaan. Seperti organisasi lain, ia mempunyai perjumpaan rasmi, perjumpaan tahunan, dana amal,
surat menyurat dan laporan, yuran keahlian, akaun, acara istimewa dan pelbagai lagi. Setiap loji mempunyai
tradisi unik tersendiri.

[sunting]Prinsip dan aktiviti utama


Freemason seringkala dipanggil sebagai "persatuan rahsia". Bagaimanapun bagi ahli Freemason, persatuan
mereka lebih tepat sebagai persatuan yang hanya boleh difahami oleh orang tertentu kerana sesetengah
aspeknya adalah sulit. Pada kurun ke-21, persatuan ini menjadi tidak lagi rahsia (lebih terbuka) dan lebih
kepada "persatuan yang mempunyai rahsia". Aspek sulit dalam persatuan moden ini adalah pengiktirafan
sesama ahli dan sesetengah elemen ritual. Walaupun ia sebuah organisasi yang pelbagai, kerja amal
masyarakat dan memelihara persaudaraan sesama ahli masih menjadi perkara pokok.

[sunting]Gerakan Freemason
[sunting]Freemason di Amerika Syarikat
George Washington, yang menjadi Presiden pertama Amerika Syarikat pada 30 April 1789 adalah seorang
anggota Freemason. Selain itu, para penandatangan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang
ditandatangani pada 4 Julai 1778 oleh William Hoper, Benjamin Franklin, Matthew Thornton, William
Whipple, John Hancock, Phillip Livinston dan Thomas Nelson, juga dipercayai pengikut Freemason.[10]

Selain Washington, 13 lagi presiden, lapan naib presiden dan 35 Hakim Mahkamah Agung Amerika
Syarikat pernah dikenalpasti sebagai ahli Freemason. Washington adalah ahli Freemason yang berpusat
di New York City. Ahli Freemason yang dikenal pasti di Amerika Syarikat dianggarkan berjumlah tiga juta dan
di New York sahaja terdapat lebih kurang 136,000 ahli. [11]

[sunting]Freemason di Iraq
Sebilangan cawangan Freemason di Iraq telah wujud seawal tahun 1903, dan bertambah bilangannya apabila
negara itu diperintah di bawah Mandat British sejurus selepas Perang Dunia I. Bagaimanapun, keadaan itu
berubah pada bulan Julai 1958 selepas Revolusi, dengan pembubaran pemerintahan beraja dan
pengisytiharan Iraq sebagai sebuah republik di bawah Jeneral Qasim. Lesen yang membenarkan cawangan
Freemason ditarik balik dan undang-undang diperkenalkan untuk mengharamkan sebarang perjumpaan
Freemason. Pendirian itu kemudian diperkukuh oleh Saddam Hussein, yang menetapkan hukuman mati bagi
mereka yang "mempromosikan atau menyanjung prinsip-prinsip Zionisme, termasuk Freemason, dan mereka
yang melibatkan diri dalam pertubuhan Zionisme". Dengan kejatuhan pemerintahan Saddam Hussein
selepas serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq, pengharaman ke atas Freemason dimansuhkan dan pada
tahun 2007, Land Air and Sea Lodge, No. 1 dianugerahi dengan piagamoleh Loji Besar New York (Grand
Lodge of New York).

[sunting]Freemason di Malaysia
Freemason pernah menjadi isu di Malaysia apabila Haji Sulaiman Palestin bertanding jawatan dalam UMNO.
Ada dakwaan pemimpin tertentu ditaja atau menjadi ahli Freemason untuk melonjak naik dalam hierarki
negara. Awal 1980-an isu ini kembali senyap dalam persidangan UMNO[perlu rujukan].

Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand
Lodges of Middle East atau DGLME).[12] DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20
Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara
timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya
pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini bagaimanapun
tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.

DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:
 Singapura: 3 loji

 Kuala Lumpur: 3 loji

 Pulau Pinang: 1 loji

 lpoh: 1 loji

 Kuantan: 1 loji

 Kuching: 2 loji

 Port Dickson: 1 loji

 Port Klang: 1 loji

 Taiping : 1 loji

 Kota Kinabalu: 1 loji

 Bangkok: 3 loji

 Pattaya: 1 loji
[sunting]Tentangan dan kritikan terhadap Freemason
[sunting]Islam dan Freemason
Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali
tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman [13] [14] [15] [16]di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa[17],
kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria,Iraq, Jordan, Mesir[18] dan terus menuju ke Al
Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara
bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.

Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal
Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini
dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan
amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun


1940an dan 1970-an.[19]Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada
yang mengaitkan Freemason dengan Dajjalyang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free
Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata
satu. [20][21]

[sunting]Kristian dan Freemason


Beberapa mazhab Kristian mempunyai sikap negatif terhadap Freemason termasuk mengharamkan atau tidak
menggalakkan penganutnya daripada menjadi ahli Freemason.
Kristian Katolik mempunyai sejarah panjang dalam penolakannya. Penolakan Gereja Katolik berdasarkan
dakwaan bahawa Freemason mengajar bahawa semua agama adalah sama yang bertentangan dengan
doktrin Gereja Katolik. Terdapat banyak arahanpaus yang melarang terlibat dengan Freemason. Pertama
adalah daripada Paus Clemant XII pada 28 April 1738 dan yang terbaru daripada Paus Leo XIII pada 15
Oktober 1890. Kanun Hukum Gereja tahun 1917 juga mengharamkan buka yang mesra dengan Freemason.

Pada tahun 1983, Gereja mengeluarkan Kanun Hukum Gereja yang baru tetapi berlainan daripada
sebelumnya, ia tidak secara jelas menyebut persatuan rahsia mana yang dikutuk. Ini menyebabkan ramai
daripada kalangan penganut Katolik mahu pun daripada Freemason yang percaya larangan ke atas
Freemason sudah ditarik balik. Bagaimana pun perkara ini dijelaskan oleh Kardinal Joseph Ratzinger (yang
kini Paus Benedict XVI) bahawa pihak Gereja Katolik masih menganggap doktrin Katolik dan Freemason tidak
selari dan keanggotaan penganut Katolik dalam Freemason masih dilarang.

Bagi Gereja Protestan pula, penentangan lebih kepada dakwaan Freemason mengamalkan mistik, percaya
kepada benda ghaib dan pengikut syaitan (satanisme). Seorang ahli Freemason yang kontroversi, Albert Pike,
sentiasa dijadikan contoh rujukan oleh Gereja Protestan. Pike adalah tokoh kontroversi yang terkenal sebagai
penganut ajaran syaitan dan juga ahli Freemason. Menurut Pike, tiga perang dunia harus terjadi dengan
perang dunia ketiga sebagai yang terakhir untuk memberi jalan kepada mekarnya agama dunia yang baru
yang menjadikan Lucifer sebagai tuhan.[22]

[sunting]Rujukan

TAMAT.
BUDAYA PUNK

Remaja punk menunjukkan pemberontakan politik melalui muzik

Budaya punk adalah sub-budaya yang berkembang daripada muzik rock punk. Pemberontakan dan “anti-
establishment” berkait rapat dengan budaya ini, yang bermula di New York, London dan kemudiannya tersebar
dan menjadi popular pada tahun 1977 di kalangan remaja. Pengaruh punk telah tersebar ke seluruh dunia
sejak itu dan berkembang menjadi beberapa sub-budaya lain seperti hardcore punk, Oi!,
psychobilly, goth, emo, pop punk dan sebagainya.

Isi kandungan
 [sorok]

1 Sejarah
2 Fesyen Dan

Stereotaip

3 Muzik

4 Seni Visual Dan

Kelakuan

5 Gaya Hidup Dan

Komuniti

[sunting]Sejarah

Budaya ini pada awalnya berunsurkan politik berhaluan kiri dan anarki. Kebanyakannya diikuti oleh belia kelas
bawah (terutamanya punk di London). Kemudian ianya berkembang menjadi budaya yang didefinisikan melalui
fesyen, muzik, seni, media dan kelakuannya tersendiri, yang selalunya mengejutkan, gelap dan berunsur
pemberontakan.

Rock punk berpengaruh besar dalam mempopularkan budaya punk; muzik seakan-akan punk bermula di
Amerika Syarikat pada lewat 1960-an, dan dipanggil proto-punk, namun rock punk secara amnya bermula di
New York dengan kugiran punk seperti The Ramonesdan Blondie pada tahun 1976, dan mula mendapat
perhatian dari media apabila band seperti the Sex Pistols dan The Clash di London meledak pada tahun 1977.

Liputan media di kebanyakan konsert dan “scene” punk mendedahkan fesyen, muzik dan budaya pengikut-
pengikut punk kepada remaja pada masa itu dan menjadi ikutan kepada generasi baru golongan belia yang
mula bosan terhadap rock n roll “mainstream”, muzik disko dan budaya hippie 1960-an. Di samping
memberontak terhadap masyarakat, remaja punk juga memberontak terhadap kepercayaan hippie yang
optimistik dan idealistik, seperti cinta dan keamanan, dan pengambilah dadah (walaupun sebilangan besar
golongan punk di-stereotaipkan sebagai penghisap gam). Muzik punk yang pantas, bingit, dan kasar menjadi
igauan ngeri ibu bapa dan mencerminkan keadaan remaja pada tahun 1977 dan tahun-tahun berikutnya.
Ramai yang beranggapan budaya punk yang ganas merosakkan akhlak remaja, dan menggalakkan kegiatan
jenayah.

Pada awal 1980-an, budaya punk mula terpecah menjadi beberapa sub-budaya lain seperti Hardcore Punk di
Amerika yang lebih kasar dan berunsurkan politikal, New-wave, goth, dan sebagainya. Meskipun tidak lagi
popular pada dekad seterusnya di dalam media, punk bertanggungjawab dalam mengembangkan budaya lain
seperti kegilaan rock alternatif dan grunge pada awal 1990-an, pop punk, emo dan juga Budaya Indie yang
popular pada tahun-tahun kebelakangan ini.

[sunting]

Fesyen Dan Stereotaip


Fesyen punk

Fesyen punk merangkumi pelbagai aspek, dan dipopularkan oleh kebanyakan band punk seperti Sex Pistols,
Dead Kennedys dan Blondie, dan juga oleh pereka fesyen punk terkenal Vivienne Westwood dan Malcolm
McLaren. Pengikut punk mempunyai penampilan yang berbeza-beza namun kebanyakannya sengaja
berpakaian untuk menunjukkan keberanian dan mesej punk mereka yang mengundang kontroversi.

Budaya punk yang meledak pada tahun 1977 memperkenalkan jeans dan pakaian yang telah dikoyak, boot
Doc Martens, pakaian serba hitam, seluar ketat (skinny pants), rambut fesyen Mohawk, stail terpacak, dan juga
rambut yang diwarnakan dengan pelbagai warna (menentang rambut panjang hippie). Jaket rockers, tali
pinggang studded, T-shirt tanpa lengan, pop art sinonim dengan fesyen punk. Pengikut punk juga membuat
tatu dan menindik bahagian badan mereka. Aksesori seperti rantai besi, gelang tangan spikes, pins, lencana,
simbol Nazi, salib terbalik dan Anarki, juga popular. T-shirt punk selalunya mempunyai slogan politik,
mengejutkan dan offensif. Selain itu, sebilangan punk juga mengenakan fesyen S&M, memakai solekan tebal,
dan cross-dressing. Jenama seperti Chuck Taylors,Doc Martens, Nike dan Adidas popular di kalangan
pengikut punk.

Pada tahun 1990-an dan 2000-an fesyen Skate-punk popular di kalangan remaja, dipopularkan oleh band
seperti Blink 182, Nofx dan Green Day. Fesyen Skate-punk yang lebih sederhana lebih kepada hoodies,
beanie hat, seluar pendek dan baggy, aksesori skating, T-shirt band, dan stail rambut mohawk dan terpacak
yang tipikal. Pada tahun 2004, Green Day dan band band emo yang lain memperkenalkan imej punk yang
baru, seperti pakaian serba hitam, tali leher, seluar ketat, eyeliners, dan stail emo.

Pada awal 1980-an, walaupun medapat imej negatif, golongan punk menjadi tarikan pelancong dan juru
gambar di London disebabkan fesyen dan kelakuan mereka. Di awal mereka mula mendapat perhatian, punk
mendapat serangan hebat oleh golongan masyarakat dan juga pengikut sub-budaya lain
seperti skinheads, mods, bikers, dan metalhead. Di samping itu pengikut punk juga sering menyerang pengikut
muzik disko dan sesiapa saja yang dianggap "hippie".

[sunting]

Muzik

Artikel Utama: rock punk

[sunting]Seni Visual Dan Kelakuan


Punk mempunyai seni dan stail artistik tersendiri. Seperti muzik dan fesyen punk, Seni Visual mereka sarat
dengan mesej yang politikal, mengejutkan dan bersifat anti-seni. Pada awalnya Seni Visual punk digunakan
dalam muka album punk, majalah (zines) dan T-shirt. Seni Visual punk diinspirasikan oleh montaj dan kolaj
Pop Art yang dipopularkan oleh Andy Warhol, dan pada awal 1980-an mula digunakan di dalam majalah,
album artis dan poster mainstream yang bukan punk.

Antara filem-filem yang berkaitan dengan budaya ini adalah filem Rock & Roll High School, The Great Rock &
Roll Swindle, Another State Of Mind, Sid & Nancy, dan juga dokumentari Filth & the Fury.

Konsert-konsert punk mula mempopularkan tarian Pogo dan "slam-dancing" di kebanyakan konsert rock di-
samping "moshing", "stage-diving", "crowd surfing" dan kebanyakan kelakuan lain di dalam konsert rock.

[sunting]Gaya Hidup Dan Komuniti

Kebanyakan punk mempunyai "scene" (komuniti) mereka tersendiri terutamanya di bandar besar. Scene di
New York, London dan kemudiannya di San Francisco Bay Area adalah antara komuniti punk yang terawal
menjadi terkenal. Kebanyakannya bersifat underground, di mana kebanyakan pengikut muzik punk adalah anti-
komersial dan berusaha untuk mengekalkan keaslian (authenticity) budaya mereka supaya tidak menjadi
terlalu mainstream dan komersial, dan faktor inilah yang meneyebabkan kebanyakan band punk kurang
mendapat perhatian daripada peminat muzik rock umum. Band -band seperti Sex Pistols dan The Ramones
kurand dikomersialkan dan hanya mencapai "cult status". Populariti band seperti Green Day menyebabkan
mereka dilabel sebagai "poser" dan ditentang oleh pengikut punk yang fanatik.

Tamat.
BUDAYA BLACK METAL
Muzik heavy metal

Asal stilistik: Psychedelic rock, Muzik klasik


Eropah dan British blues

Asal budaya: Akhir 1960-an United Kingdom

Alat muziktipikal: Gitar - Bes - Dram -Keyboard

Kepopularan arus Diikuti secara meluas oleh peminat di seluruh


dunia.
perdana:

Subgenre-subgenre

Avant garde metal - Black metal - Celtic metal -Classic metal - Death


metal - Doom metal - Folk metal - Glam metal - Gothic metal - Groove
metal -Melodic death metal - Neo-classical metal - NSBM -Oriental
metal - Power metal - Progressive metal -Speed metal - Thrash metal - Viking
metal

Genre-genre gabungan

Alternative metal - Blackened death metal -Christian metal - Funk


metal - Grindcore - Industrial metal - Metalcore - Nu metal - Rapcore - Sludge
metal - Stoner metal - Symphonic metal -Thrashcore

Senario serantau

Gothenburg metal - New Wave of British Heavy Metal - Bay Area thrash


metal

Topik-topik lain

Fesyen - Sejarah - Pancaragam - Pemain muzik -Umlaut
Black Metal merujuk kepada muzik yang mempunyai ciri-ciri khusus. Diantaranya adalah ia mencemuh semua
ugama kecuali pagan. Oleh itu Black Metal boleh dianggap sebagai muzik keugamaan pagan.

Dengan itu sebarang dakwaan bahawa muzik Black Metal tidak mencemuh ugama meletakkan kelompok yang
sedemikian terkeluar daripada Black Metal. Sementara yang mendakwa mereka merupakan pengikut Black
Metal meletakkan diri mereka terkeluar daripada semua jenis ugama.

Pada 23 Januari 2006, Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan bahawa
aliran muzik Black Metal dikategorikan sebagai ajaran sesat dan boleh menjejaskan akidah mereka yang
mengamalkannya.

[sunting]Sejarah Black Metal

Pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, satu daripada tokok terkenal di Norwegian adalah Øystein Aarseth,
lebih dikenali sebagai Euronymous, pemain gitar Mayhem.

Keadaan itu amat anti-Kristian: ia menegaskan bahawa matlamatnya adalah menghilangkan pengaruh Kristian
dan semua ugama bukan Scandinavian daripada kebudayaan Norwegian dan mengembalikan negara tersebut
kepada asas Norse. Salah satu daripadanya, mempunyai kaitan dengan NSBM), termasuk unsur anti-Semitism
berterang-terangan. Pergerakan ini dipengaruhi oleh 'Inner Circle', yang dianggotai oleh Aarseth dan beberapa
sahabatnya, daripada bilik bawah tanah kedai rekod Aarseth, Helvete (Hell). Lokasi tersebut turut mempunyai
studio rakaman, di mana rekod yang dihasilkan oleh Mayhem dan beberapa kumpulan muzik lain yang terikat
dengan label bebas Aarseth, Deathlike Silence Productions. Matlamat yang dinyatakan bagiDeathlike
Silence merupakan "menerbitkan rekod oleh kumpulan pemuzik yang merupakan kebangkitan kejahatan
dalam bentuk paling sempurna.."

Sekitar masa ini, terdapat beberapa kes pembakaran yang ditujukan kepada gereja Kristian yang
kebanyakannya berusia beratus-ratus tahun, dan secara umum dianggap sebagai mercu tanda penting—yang
kelompok Aarseth didakwa menggalakkannya, jika pun tidak melakukannya. Sasaran Gereja yang paling
terkenal merupakan gereja Fantoft Stave, Norway, yang dibakar oleh seorang ahli kelompok dalaman
Euronymous; yang merupakan ahli kumpulan tunggal Burzum, Varg Vikernes, atau "Count Grishnackh", yang
juga bermain gitar bass bagi Mayhem. Peminat Black metal turut menggempur kumpulan "death metal"
terkenal lain yang melawati negara mereka atau dalam negara berjiran, berasaskan mereka tidak cukup
"setan". Ramai yang mengingati persaingan hebat antara death metal Sweden dan Norwegian black metal.

[sunting]Ciri-ciri Black Metal

Ciri-ciri Black Metal termasuk yang berikut:

 Gitar kencang dengan petikan tremolo.


 Lirik yang berbentuk memuja setan, Pagan, atau bertema okkult yang blaspheme Christianity.
Kumpulan muzik seperti Kumpulan Slayer, Landser, Deicide, Death's Head, dan Immolation bertindan lirik
seperti black metal tetapi ditakrifkan dari segi muzik kepadadeath metal (Immolation, Deicide), thrash
metal (Death's Head, Slayer), atau Rock Against Communism (RAC) (Landser, Intimidation One).

 Bunyi gitar agak lemah atau bunyi gitar yang agak kuat, biasanya tidak berbunyi sederhana.

 Keluaran terhad dengan sengaja sebagai kenyataan terhadap muzik utama dan/atau menunjukkan
mood muzik, untuk mencipta suasana. Kesan 'kurang pengeluaran' sering kali dicapai dengan
menghilangkan frekuensi tinggi dan rendah, meninggalkan jalur bunyi pertengahan.

 Pukulan dram yang laju, garang, seringkali dengan hentaman kuat. Di waktu lain pula, dram dipukul
perlahan dan diiringi dengan nada kosong dan kering — terutamanya bagi kesan suasana muzik.

 Keyboard eletronik digunakan sekali-sekala. Setting violin, organ, dan choir biasa digunakan, bagi
menghasilkan muzik seperti okestra atau seperti kathedral. Sesetengah kumpulan pula cenderung
menggunakan keyboard secara kerap, samada sebagai peralatan malah asas keseluruhan bunyi mereka.
Ia biasanya diletakkan di bawah label simfoni black metal.

 Suara yang nyaring dengan herotan.

 Peralatan muzik perkussion yang laju.

 Suasana sejuk, gelap, sedih, muram dan samar.


[sunting]Pautan luar

 (Melayu) Black Metal di Jabatan Penerangan Malaysia.

Tamat.
Grunge
Grunge

Asal stilistik: Punk hardcore


Heavy metal
Rock alternatf
Rock indie

Asal budaya: Early 1980s, Amerika Syarikat Barat


Laut Pasifik

Alat muziktipikal: Gitar - Bes - Dram -Penyanyi

Kepopularan arus Kemuncak pada awal dan pertengahan-1990-


an merosot tetapi bertahan pada 2000-an
perdana:

Subgenre-subgenre

Post-grunge

Topik-topik lain

Garis masa rock alternatif

Grunge (kadang kala dkenali sebagai Bunyi Seattle) merupakan genre muzik rock alternatif yang diilhamkan


dari punk hardcore, muzik heavy metal, dan rock indie. Grunge dicipta pada pertengahan-1980s oleh
kumpulan dari negeri Washington, terutamanya dari kawasan Seattle.

Ia berjaya dari segi perdagangan pada pertengahan tahun 1990-an, disebabkan tertubuhnya kumpulan
Nirvana Nevermind dan Pearl Jam Ten -Pearl Jam album. Genre ini dberkait rapat dengan Generation X di
Amerika Syarikat, kerana kepopularan genre dan penggunaan istilah generasi timbul serentak. [1] Grunge
adalah definasi awal fenomena muzik 1990-an, yang membezakan muzik rock 1990-an dari 1980-an.
Isi kandungan
 [sorok]

1 Ciri-ciri

2 Kejatuhan popular

umum

3 Garis masa kumpulan

4 Band terkenal

o 4.1 Dalam

Seattle

o 4.2 Luar

Seattle

5 Di Malaysia

6 Nota dan Rujukan

7 Pautan luar

[sunting]Ciri-ciri

Muzik Grunge bercirikan muzik gitar elektrik "kotor-dirty", strong riffs, dan dram yang kuat. Bunyi kotor
disebabkan pengunaan meluas pengherot gitar yang kuat (heavy guitar distortion), kotak fuzz dan bunyi sua
balas (Audio feedback). Ia juga terhasil dari pertukaran stail dalam kaedah piwaian memainkan rock punk.
Grunge menggabung unsur pung keras dan heavy metal menjadi satu bunyi, sungguhpun kadang-kala ia
dimainkan dengan penekanan pada salah satu darinya. Kumpulan Grunge terkenal kerana mentaliti dan atitud
punk, dan muzik ini berkongsi dengan muzik punk dari segi bunyi kasar, tempo kencang, dan penyampaian
vokal. Bagaimanapun, grunge turut membabitkan tempo lebih perlahan, (dissonant harmonies), dan peralatan
rumit menyamai heavy metal.

Lirik Grunge biasanya berkenaan tema yang sama seperti terasing dari sosial, tidak kisah (apathy),
terperangkap dan keinginan untuk bebas. Ia biasanya dipenuhi kemarahan, kekecewaan, (ennui), takut,
tertekan dan penagihan dadah sering kali diterokai dalam lagu grunge. Liriknya menyamai punk dan apa yang
dianggap Generasi X. Beberapa faktor mungkin mempengaruhi lirik ini. Kebanyakan peminat dan pemuzik
grunge menunjukkan kekecewaan umum (general disenchantment) dengan keadaan masyarakat dan tidak
selesa dengan prejudis masyarakat. Mereka sering kali dianggap golongan tercicir dan penagihan dadah
adalah biasa dikalangan mereka. Juga, ramai pemuzik grunge memulakan kerjaya mereka sebagai remaja
atau pemuda, apabila perasan (angst) adalah biasa. Sungguhpun begitu bukan semua lagu grunge berkenaan
tema sedemikian: Satirical Kumpulan Nirvana dalam "In Bloom" adalah contoh terkenal bagi penulisan lagu
lebih melucukan. Malah, beberapa lagu grunge dipenuhi dengan samaada rasa muram atau riang atau lucu
juga (sebagai contoh, Kumpulan Mudhoney "Touch Me I'm Sick" atau Kumpulan Tad "Stumblin' Man"),
sungguhpun ini biasanya tidak disedari oleh umum. Lucuan dalam grunge seringkali berbentuk (parody glam
metal) (sebagai contoh, Soundgarden "Big Dumb Sex") dan bentuk lain muzik rock yang popular semasa 1980-
an.[2]

[sunting]Kejatuhan popular umum

Minat terhadap muzik grunge bagaimanapun pendek sahaja. Terdapat beberapa faktor penting yang
menyumbang kepadanya. Sungguhpun sebahagian darinya mampu secara sendiri menamatkan kepopularan
genre ini, ia dipercayai bahawa lebih dari satu faktor menyebabkan kemerosotan.

Kebanyakan peminat dan sejarahwan muzik percaya bahawa kebanyakan kumpulan grunge terlalu menentang
kepada populariti umum (stardom) bagi mencapai sokongan berkekalan dari label syarikat rakaman utama.
kebanyakan kumpulan grunge enggan bekerjasama dengan syarikat rakaman utama bagi menghasilkan ikatan
ramah radio, dan syarikat rakaman berpaling kepada kumpulan baru yang sanggup melakukannya,
sungguhpun dengan irama yang dikurangkan yang tidak begitu disambut baik oleh peminat lama genere itu.
Kemerosotan jualan muzik pada 1996 turut mempengaruhi syarikat rakaman bagi melihat genre muzik
berlainan dari mempromosi genre seperti grunge yang popular setakat itu. Bagaimanapun kemerosotan ini
mungkin juga disebabkan penggunaan kumpulan yang lebih jinak iramanya oleh industri muzik itu sendiri.

Antara faktor yang mungkin mendorong kemerosotan popular umum grunge adalah kebangkitan sub-genre
grunge yang dikenali sebagai post-grunge. Post-grunge merupakan variasi grunge ramah radio yang tidak
mempunyai bunyi "kotor" yang biasa didengari peminat grunge. Sub-genre ini dipercayai didorong oleh esekutif
syarikat rakaman yang mahu menjual variasi genre grunge kepada pasaran lebih meluas dengan menyerupai
bunyi muzik pop. Pada pertengahan 1990-an, syarikat rakaman mulai mengambil beberapa kumpulan yang
menghasilkan muzik seperti itu dan memberikan mereka lebih dedahan. Sementara sesetengah kumpulan
tersebut berjaya seperti Silverchair dan Bush, kebanyakan peminat grunge mebgutuk kumpulan post-grunge
sebagai pembelot. Ini jelas dalam kes Candlebox dan Collective Soul, yang dihila oleh kebanyakan peminat
grunge. Malah kumpulan post-grunge yang berjaya turut dituduh sedemikian oleh peminat grunge,
menyebabkan banyak dari mereka mempunyai kepopularaan yang lebih singkat berbanding kumpulan grunge
awal.

Penggunaan dadah heroin dikalangan pemuzik grunge turut merupakan masaalah utama bagi penerusan
sesetengah kumpulan grunge. Kematian Andrew Wood akibat terlebih dos pada 1990 merupakan tragedi
utama pertama bagi lapangan grunge, menamatkan karea kumpulan Mother Love Bone. Penggunaan heroin
oleh Kurt Cobain dipercayai menyumbang kepada kematiannya pada 1994 (sungguhpun ia tidak pernah
disahkan).[3] Kematian Kristen Pfaff dari kumpulan Hole pada 1994, dan Layne Staley dari Alice in Chains pada
2002, turut disebabkan terlebih dos heroin. Ia dipercayai ramai bahawa grunge mulai merosot dengan
kematian Cobain pada April 1994. Yang menariknya, Cobain seringkali dirakamkan gambarnya dengan
mengenakan t-shirt menyatakan "Grunge dah Mati."

Tahun 1996 terbukti tahun terakhir pemuzik grunge dianggap aktif. Pada tahun ini, banyak "terakhir" berlaku.
Pearl Jam membebaskan album terakhir yang memenangi senarai (charts), No Code. Alice in Chains
memberikan persembahan terakhir dengan penyanyi utama , Layne Staley yang sering sakit-sakit.
Soundgarden dan The Screaming Trees membebaskan album studio terakhir mereka, Down on the
Upside dan Dust (Screaming Trees album). Dan Nirvana membebaskan album lansung From the Muddy
Banks of the Wishkah.

[sunting]Garis masa kumpulan

Note: Kumpulan dalam hijau telah pupus. Kumpulan kuning bata masih aktif sehingga 2007 (dengan kelabu
menunjukkan penerusan masa hadapan).

[sunting]Band terkenal
[sunting]Dalam Seattle

 Kumpulan Alice in Chains

 Kumpulan Blood Circus


 Kumpulan Green River

 Kumpulan Gruntruck

 Kumpulan Gumball

 Kumpulan Hammerbox

 Kumpulan Love Battery

 Kumpulan Mad Season

 Kumpulan Malfunkshun

 Kumpulan Melvins

 Kumpulan Mono Men

 Kumpulan Mother Love Bone

 Kumpulan Mudhoney

 Kumpulan My Sister's Machine

 Kumpulan Nirvana

 Kumpulan Pearl Jam

 Kumpulan Screaming Trees

 Kumpulan Skin Yard

 Kumpulan Soundgarden

 Kumpulan Tad

 Kumpulan Temple of the Dog


[sunting]Luar Seattle

 Kumpulan Babes in Toyland (Minneapolis, MN)

 Kumpulan The Fluid (Denver, CO)

 Kumpulan Hole (Los Angeles, CA)

 Kumpulan L7 (Los Angeles, CA)

 Kumpulan The Nymphs (Los Angeles, CA)

 Kumpulan Paw (Lawrence, KS)

 Kumpulan Pond (Portland, OR)

 Kumpulan Stone Temple Pilots (San Diego, CA)


[sunting]Di Malaysia

 Kumpulan Butterfingers

 Kumpulan Dead Mushroom

 Kumpulan Juxtaposed
TAMAT.

Mat Rempit
From Wikipedia, the free encyclopedia

One of Mat Rempit's favourite 'Aerodynamic Pose' a.k.a. 'Superman' seen on the streets of Malaysia.

A Mat Rempit is a Malaysian term for "an individual who participates inillegal street racing", usually
involving underbone motorcycles (colloquially known as Kapcai) or scooters. Not all Mat Rempits are involved
in street racing; some of them perform crazy stunts for fun, such as the wheelie, superman (lying flat on the
seat), wikang, and scorpion (standing on the seat with one leg during a wheelie).

Mat Rempits usually travel in groups and race in bustling city centres on weekend nights. In recent times, Mat
Rempits have been linked togangsterism, gang robbery[1][2], street fighting, assault[3], vandalism, theft and
bullying. Most motorcycles used by the Mat Rempits do not meet standard specifications, or have been
modified extensively for greater speed, or just to make the exhaust noisier.
Additionally, some Mat Rempits do not have valid motorcycle licenses, do not pay road taxes, and ride
stolen motorcycles[4][5]. A growing number of housing estates have also been turned into racing tracks [6]. It is
estimated that there are about 200,000 Mat Rempits in Malaysia [7].

In some other countries, the term Mat Rempit is also used, but more to refer to one as a motorcycle lover or
rider (Mat Motor), as opposed to an illegal motorcycle racer. Sometime the terms of Mat Rempit misused to
refer any individual who rides an underbonemotorcycle. Related to this is the Mat Konvoi, which claim to be the
non-racing version of Mat Rempit.

Contents
 [hide]

1 Violence

2 Etymology

3 Political influence

o 3.1 Mat Cemerlang

o 3.2 Adopt Mat Rempit

o 3.3 Kelantan to build track for Mat

Rempit

o 3.4 Kedah considering circuit for Mat

Rempit to race

4 Notable massive operations

5 Pop culture

o 5.1 Songs aiming Mat Rempits

6 See also

7 References

8 External links

[edit]Violence

In April 2009, Malaysia's Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said that the Mat Rempit had
become violent and brazen instead of just being a public nuisance. He said “We have to come down hard on
the Mat Rempit who have started to become involved in robberies, snatch thefts and are even attacking
innocent road users." He also added that "Parents must be more responsible and should not allow their
underage children to drive cars or ride motorcycles"

[edit]Etymology
The word "Rempit" comes from "ramp it" (ramp the throttle). According to Kamus Dewan, the definition of
"Rempit" is "the act of whipping with a cane".[8] An alternative source of the word is derived from the noise
made by a 2-stroke motorcycle. "Mat" is a Malay slang term used to address or to refer to a person who is
usually of Malay descent but is generally used derogatorily.

[edit]Political influence

There are numbers of political influence in helping Mat Rempit.

[edit]Mat Cemerlang
Khairy Jamaluddin and Abdul Azeez Abdul Rahim from Putera UMNO attempt to rebrand "Mat Rempits" as
"Mat Cemerlang". The suggestion by Khairy that "Mat Rempits" should become the "Eyes and Ears" for the
Malaysian Police Force.

[edit]Adopt Mat Rempit


Datuk Mohamed Jaafar from UMNO suggested that Mat Rempit been adopted to guide and save them from
indulging in dangerous activities.[2]

[edit]Kelantan to build track for Mat Rempit


Kosmo! reported that Mat Rempit in the state of Kelantan will be allowed to show off their skills at a special
track [3] to be built by the state government soon. The government of Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat said the track in Tanah Merah was not a waste of money.

They (Mat Rempit) always make their mothers and wives worry. With the track they will have a
“ proper place to express their feelings and show their bravery and heroics ”
[edit]Kedah considering circuit for Mat Rempit to race
The Government of Kedah state is looking into the possibility of building a circuit [4] for Mat Rempit to race and
overcome the menace, saying another option was to create more job opportunities for them as most of them
were jobless. Azizan said:

We will first study if the circuit in Kelantan has effectively curbed the menace
“ ”
[edit]Notable massive operations

On 3 May 2009, the Bukit Aman Traffic Division of the Royal Malaysian Police, together with the Road
Transport Department, have lanched a major integrated operation to crack down on both car and Mat Rempit
motorcycle illegal racing. More than 115 motorcycles were impounded in the major operation which was held
simultaneously in Kuala Lumpur, Selangor, Penang and Negeri Sembilan.[9]
[edit]Pop culture

MASALAH REMPIT MAMPU DIATASI DENGAN CARA ISLAM


Posted on Mei 27, 2008 by imbalo
 Disaat manusia lain asyik dibuai mimpi dalam lena dimalam hari, terdapat sekumpulan anak muda yang asyik
menunggang motosikal sambil menunjukkan aksi-aksi yang berbahaya. Kedengaran deruman motosikal sehingga
mengganggu orang lain yang sedang tidur dan yang berada dijalanan. Anak muda ini juga melakukan aksi-aksi ngeri
yang membahayakan mereka sendiri dan orang lain, perlakuan mereka hanya kerana ingin mendapat kepuasan dan
kemegahan.
            Kalau duhulu istilah bohjan dan bohsia pernah kita dengar, sekarang pula kita dengar istilah Mat Rempit dan
Minah Rempit. Isu rempit bukanlah isu yang baru di dalam masyarakat kita. Apabila disebut perkataan rempit rata-
rata masyarakat sudah lali dan memandang negatif mat rempit ini. Apabila ditanya apa pandangan masyarakat
tentang isu rempit ini? Pastinya kedengaran perkara-perkara negatif sahaja. Antara perkara yang akan dikaitkan
dengan mat rempit adalah menunggang motosikal dengan laju sehingga membahayakan keselamatan diri dan juga
pengguna jalanraya yang lain. Selain itu juga rempit ini dipandang sebagai egen perosak imej masyarakat Malaysia
yang mana mereka sering dikaitkan dengan kes-kes kecurian, penzinaan atau free sex yang menjadi gaya hidup
mereka, pembuangan bayi dan juga isu dadah apatah lagi isu rokok yang menjadi trend kehidupan mereka.
            Persoalan yang sering dibincangkan didada akhbar, corong-corong radio dan paparan televisyen adalah
berkenaan kenapa isu rempit ini masih lagi tidak selesai. Perlu kita menelusuri punca kenapa masalah rempit ini
makin menjadi-jadi dari akar umbi permasalahan.
            Menurut Wakil Pergerakan Puteri UMNO Pulau Pinang, Arbaayah Termizi yang mana telah menyalahkan
media elektronik dan media bercetak terhadap isu rempit ini. Perkara ini dilihat kerana publisiti yang melampau
menyebabkan mat rempit merasakan sentiasa diberi perhatian, malah menganggap diri sendiri sebagai idola kepada
orang lain. Perkara ini dianggap berasas kerana terlalu banyak filem dan drama remaja yang berbau rempit
sehinggakan masyarakat memandang media kita ketandusan idea untuk menonjolkan imej baik dan positif. Dua
kajian besar yang dijalankan di Amerika Syarikat (AS), Surgeon Generals Reports (1972) dan laporan dari Institut
Kebangsaan Kesihatan Mental (1982) sepakat menyatakan bahawa keganasan yang dipaparkan dalam televisyen
sememangnya mengakibatkan perubahan tingkah laku menjadi lebih agresif di kalangan remaja yang menonton
program-program tersebut. Ini termasuk juga kajian ke atas 391 orang remaja di Carolina Utara , AS mendapati
mereka yang lebih banyak menonton adegan seks di televisyen berkemungkinan mengadakan hubungan seks lebih
awal daripada mereka yang kurang berpeluang menonton adegan tersebut. Menyingkap kajian ini dapatlah kita
fahami media memainkan peranan dalam proses perubahan tingkah laku remaja. Seharusnya media memandang
serius isu ini agar mesyarakat memandang media sebagai agen perubahan tingkahlaku remaja kearah yang positif. 
            Sikap tidak endah atau pandang enteng oleh ibu bapa, sekolah, komuniti masyarakat terhadap isu rempit ini
juga menjadikan budaya rempit semakin berleluasa. Kita tidak salahkan ibu bapa sepenuhnya, tetapi merekalah yang
memainkan peranan besar dalam soal ini. Dilihat sikap ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka menunggang
motosikal tanpa lesen adalah perkara yang biadap. Ini kerana didikan anak-anak perlulah dengan keprihatinan dan
pemantauan bukan dengan membiarkan anak-anak melakukan sesuka hati sehingga melanggar undang-undang dan
batasan syariat.
            Rakan sebaya juga faktor besar yang menyumbang kepada masalah rempit ini. Si rempit ini hanya mahukan
keseronokan  dan kepuasan, yang mana jika dalam perlumbaan haram habuan yang akan diterima pemenang
adalah wang taruhan dan juga perempuan yang boleh untuk disetubuhi secara bergilir-gilir. Wang taruhan tersebut
juga akan digunakan untuk ‘enjoy’ di karaoke dan kelab malam. Perkara sedemikian juga berlaku kepada mat dan
minah rempit sehingga membolehkan mereka terjebak dalam kancah ini.
            Apabila diteliti dan dikaji pastinya hanya kesan negatif sahaja yang timbul dalam
masalah rempit ini. Antara kesan rempit adalah ianya membahayakan diri dan juga pengguna
jalanraya yang lain. Selain itu kesan dalaman adalah seperti pergaulan bebas yang membawa
kepada penzinaan dan terus kepada pembuangan bayi yang tidak berdoasa. Ada juga yang telah
menghidap HIV AIDS gara-gara berjinak dengan  dunia rempit ini. Selain itu kes pergaduhan
juga timbul antara kumpulan rempit yang tidak berpuas hati antara satu sama lain.
            Diseluruh negara pasti ada sekumpulan rempit yang melanggar undang-undang. Cukup
banyak operasi untuk membendung masalah rempit ini dari menjadi-jaidi tetapi operasi ini
dianggap kurang berkesan jika pihak lain tidak mainkan peranan yang sama. Ada juga tragedi
yang tidak sepatutnya berlaku seperti pada 10 Februari 2008 di Ipoh, dua konstabel polis cedera
dirempuh mat rempit. Tragedi sebelumnya juga pada 29 Januari 2008 di Kangar Perlis, yang
mana seorang anggota polis bantuan telah patah kaki akibat dilanggar oleh mat rempit. Perkara
ini seharuslah diambil serius kerana ia berhubung dengan nyawa.
 
CARA MENGATASI
           
            Banyak langkah yang telah diambil untuk memulihkan budaya rempit ini tetapi tidak
menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada
Wazi Abdul Hami, bekas pelumba motosikal profesional yang mengajak mat dan minah rempit
menyertai Persatuan Penunggang Motosikal Profesional (ProRider) untuk menjalani latihan
sekiranya mereka ingin berubah.
            Langkah yang diambil oleh putera Umno haruslah dipuji, cuma pelaksannannya yang harus diperbaiki kerana
masyarakat jelas objektifnya tetapi persoalannya sejauhmana keberkesanan program yang dijalankan.
            Pembinaan litar bagi mat rempit juga haruslah dipuji bagi menangani masalah ini, tetapi sejauh mana
keberkesanan seharusnya dikaji dengan teliti. Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak juga menyatakan litar ini
akan diselia oleh tenaga pengajar profesional yang akan mengawal aktiviti di samping mengatur program untuk
pengguna litar. Kenyataan ini berasas kerana dengan adanya penyeliaan maka aktiviti mat rempit ini akan dikawal.
            Penguatkuasaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 juga memainkan peranan penting. Dicadangkan oleh
Presiden Jaringan Nasional Belia Mapan agar Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini diperkasa dan diperketatkan lagi
seperti diajar secara terperinci sewaktu kelas memandu di sekolah-sekolah memandu, ini adalah kerana penunggang
baru akan mengetahui kesan dan akibat jika melanggarnya. Bagi penunggang yang berbahaya sehingga
membahayakan penjawat awam haruslah didakwa di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan.
            Dasar Sosial Negara (DSN) bermatlamatkan untuk memacu pembangunan sosial yang
berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan,
kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju
dan mantap. Bagi merealisasikan pelaksanaan strategi-strategi di bawah Dasar Sosial Negara,
maka Majlis Sosial Negara ditubuhkan di peringkat Persekutuan sebagai jentera penyelarasan
pelaksanaan. Namun kini, Majlis Sosial Negara kelihatan seolah-olah sudah terkubur begitu
sahaja. Dasar Sosial Negara mestilah berperanan untuk membantu mengurang seterusnya
membasmikan masalah rempit ini. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna Pulau
Pinang dalam Akhabar Pengguna.
            Seharusnya banyak pihak perlu tampil untuk mengatasi masalah ini. Perancangan dan
strategi yang teliti perlulah dikaji. Konsep serampang dua mata seperti dalam Dasar Ekonomi
Baru juga boleh diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah ini iaitu dengan cara mengurang dan
membasmi rempit di Malaysia serta menjana generasi muda bencikan perlakuan rempit.
            Ibu bapa seharusnya memainkan peranan besar dalam soal ini. Didikan dari kecil
seharusnya berteraskan agama dititik beratkan dalam keluarga. Anak-anak sering menyalahkan
ibu bapa yang hanya sibuk mencari wang sedangkan masa bersama anak-anak diabaikan. Ibu
bapa seharusnya meluangkan masa bersama anak-anak dalam pelbagai aktiviti seperti beriadah,
menonton dokumentari, membaca bersama dan sebagainya. Pendidikan yang diberikan oleh ibu
bapa kepada anak-anak ini mampu membasmi rempit pada masa hadapan. kita fikirkan sepotong
ayat dari surah Al-Nisa’ ayat 9:
“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan
dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan)
mereka. oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka
mengucapkan perkataan yang benar.”Jelaslah dari ayat ini bahawa ibu bapa seharusnya jangan
membiarkan generasi anak-anak berada dalam keadaan tidak sejahtera.
            Media yang dikatakan sebagai penyumbang besar dalam isu rempit ini seharusnya
memandang serius isu ini agar imej media dipulihkan. Propaganda hendaklah selalu dipaparkan
oleh media agar masyarakat dalam semua peringkat memandang rempit sebagai perlakauan jijik
dan tidak patut dilakukan. Propaganda ini akan membantu menangani masalah ini. Ini kerana
perkara yang berulang kali dipaparkan kelak akan memjadi perkara yang tersemat dalam minda.
Iklan-iklan minyak pelincir atau minyak petrol yang ditayangkan dan dipaparkan hendaklah jauh
dari bentuk yang negatif seperti pemanduan laju. Pihak pengiklanan perlu mencari alternatif lain
bagi meningkatkan publisiti tetapi tidak perlulah mengambil idea negatif untuk diserapkan.
            Kementerian pelajaran Malaysia perlulah tegas dalam soal rempit ini. Subjek-subjek
tertentu memainkan peranan untuk memastikan tahap kesedaran terhadap isu rempit ini. Sebagai
contoh subjek Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral menyatakan masalah rempit ini mestilah
dijauhi kerana mempunyai implikasi yang besar. Pihak sekolah seharusnya bekerjasama dengan
pihak Polis Trafik atau Jabatan Pengangkutan Jalan untuk menangani masalah ini diperingkat
sekolah lagi. Ini kerana kebanyakan pelajar yang ke sekolah menunggang motosikal
kebanyakannya tidak mempunyai lesen yang sah disisi undang-undang. Pihak sekolah harus
tegas dengan permaslaahn ini kerana dikhuatiri dilabelkan sebagai pihak yang tidak
bertanggungjawab dalam menangani isu ini.
            Pendakwah-pendakwah juga hendaklah memainkan peranan yang jelas dan bukan hanya
pandai berceramah dalam masjid dan surau sahaja. Medan dakwah ini perlu diluaskan skopnya
kerana ramai remaja diluar sana yang tercicir agamanya dan perlu dididik. Pengarah Pusat Islam
Universiti Putra Malaysia, Dr. Amini Amir Abdullah mencadangkan dalam temubualnya
bersama wartawan Mohd. Radzi Mohd. Zin supaya pendakwah Muslim perlu bersama-sama
dengan kumpulan rempit ini dan perlahan-lahan menggunakan ‘jarum suntikan’ secara halus
untuk menarik mereka kembali ke pangkal jalan. Ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah
mereka dengan cara yang baik. (An-Nahl: 125).
            Terakhirnya peranan komuniti rakyat Malaysia dan juga badan NGO. Kita seharusnya
membantu generasi rempit ini dengan cara menghampiri mereka dan menjelaskan kedudukan
sebenar rempit inu dari sudut agama dan undang-undang. Nasihat dengan cara yang berhemat
mungkin diterima oleh mat rempit ini. Pelan panduan menangani masalah ini dari pihak yang
berautoriti seharusnya disediakan agar menjadi pedoman kepada komuniti masyarakat.
 
            Islam sendiri mempunyai kaedah sendiri untuk berlumba. Kaedah ini juga sewajibnya
digunakan oleh mat dan minah rempit agar menjadi perempit yang bertakwa. Perlumbaan ini
seharunya berlandaskan dan bergagaskan al-quran dan sunnah dalam perjalanan ini. Memetik
artikel Ummu Abbas dari Majalah KONSEP yang mana sememang fitrah manusia suka
berlumba-luma. Fitrah berlumba-lumba ini kali pertama dapat dikesan adalah di alam rahim ibu.
Berjuta-juga sperma berlumba-lumba mengejar satu ovum dalam perlumbaan untuk menjadi
insan. Berjuta-juta sperma ini Allah jadikan dititip ke dalam sel lelaki. Fitrah manusia juga, tidak
kira mat rempit atau siapa sahaja adalah keinginan untuk berlumba-lumba. Jika orang kaya,
pastinya akan berlumba-lumba untuk semakin kaya, kalu mat rempit pula, berlumba-lumba
untuk mendapatkan kepuasan yang tidak tahu apa dimana nilainya. Islam sendiri menyuruh
ummatnya berlumba-lumba tetapi dengan istilah mengejar kebaikan. Ini bertepatan dalam surah
Al-Baqarah ayat 148:
 
9e@ä3Ï9ur îpygô_Ír uqèd $pkÏj9uqãB ( (#qà)Î7tFó$$sù ÏNºuöyø9$# 4 tûøïr& $tB (#qçRqä3s?
   ÏNù‘t ãNä3Î/ ª!$# $·èÏJy_ 4 ¨bÎ) ©!$# 4n?tã Èe@ä. &äóÓx« ÖÏs% ÇÊÍÑÈ
 
“Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka
berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. di mana saja kamu berada pasti Allah akan
mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala
sesuatu.”
 
            Dalam ayat diatas Allah menghendaki makhluknya supaya berkejar-kejar dan berlumba-
lumba dalam kebaikan. Mat dan minah rempit perlu menggunakan landasan ayat ini untuk
melakukan kebaikan seperti perilaku mulia, tidak derhaka kepada ibu bapa, menghormati
masyarakat dan sebagainya.
            Manusia masih lagi tidak mahu memahami perlumbaan yang Allah tetapkan. Mat rempit
juga hanya memilih jalanraya untuk medan beradu kepuasan, sedangkan Allah telah tetapkan
jalan yang lurus bertepatan dengan surah Al-Fatihah ayat 6:
 
tRÏ÷d$# xÞºuÅ_Ç9$# tLìÉ)tGó¡ßJø9$# ÇÏÈ xÞºuÅÀ tûïÏ%©!$# |MôJyè÷Rr& öNÎgøn=tã Î$
öxîÅUqàÒøóyJø9$# óOÎgøn=tæ wur tûüÏj9!$Ò9$# ÇÐÈ
 
“Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) jalan orang-orang yang Telah Engkau beri nikmat
kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang
sesat.”
 
            Daripada surah yang kita baca setiap rakaat dalam solat, seharusnya kita meminta pada
Allah supaya kita berada pada jalan yang lurus. Jalanraya yang Allah sediakan hendaklah dilalui
dengan amal yang baik seperti jalan Para Nabi dan ulama. Menyingkap surah Al-Maidah ayat
48:
 
uZø9tRr&ur y7øs9Î) |=»tGÅ3ø9$# Èd,ysø9$$Î/ $]%Ïd|ÁãB $yJÏj9 ú÷üt/ Ïm÷yt $!
z`ÏBÉ=»tGÅ6ø9$# $·YÏJøygãBur Ïmøn=tã ( Nà6÷n$$sù OßgoY÷t/ !$yJÎ/ tAtRr& ª!$# ( 
wurôìÎ6®Ks? öNèduä!#uq÷dr& $£Jtã x8uä!%y` z`ÏB Èd,ysø9$# 4 9e@ä3Ï9 $oYù=yèy_ 
öNä3ZÏBZptã÷Å° %[`$yg÷YÏBur 4 öqs9ur uä!$x© ª!$# öNà6n=yèyfs9 Zp¨Bé& ZoyÏnºur 
`Å3»s9uröNä.uqè=ö7uÏj9 Îû !$tB öNä38s?#uä ( (#qà)Î7tFó$$sù ÏNºuöyø9$# 4 n<Î) «!$# 
öNà6ãèÅ_ötB$YèÏJy_ Nä3ã¥Îm6t^ãsù $yJÎ/ óOçGYä. ÏmÏù tbqàÿÎ=tFørB ÇÍÑÈ
 
 
“…….Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah
kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang Telah datang
kepadamu. untuk tiap-tiap umat diantara kamu, kami berikan aturan dan jalan yang terang.
sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah
hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, Maka berlomba-lombalah berbuat
kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu
apa yang Telah kamu perselisihkan itu”.
 
            Mat rempit selalunya dikaitkan dengan perkara negatif yang berlandaskan hawa nafsu.
Hawa nafsu dalam bentuk cara menunggang yang merbahaya pada diri dan orang lain, perlakuan
aksi-aksi ngeri yang jauh dari fitrah manusia. Mat rempit dan juga manusia lain, perlulah sedar
bahawa jalan yang Allah aturkan memang nyata terang. Seharusnya kita mengambil jalan terang
ini untuk medan perlumbaan dalam berlumba-lumba melakukan kebaikan yang disuruh oleh
Allah.
            Jika mat rempit berbangga dengan hadiah wang ringgit dan perempuan murahan sebagai
habuan perlumbaan motosikal. Tawaran Allah bagi juara dan pemenang perlumbaan kebaikan
lebih mengagumkan. Tawaran ini telah dinukilkan dalam surah Fatir ayat 33:
 
àM»¨Zy_ 5bôtã $pktXqè=äzôt tböq¯=ptä $pkÏù ô`ÏB uÍr$yr& `ÏB 5=yds #Zsä9÷sä9ur (öNåkÞ$t7
Ï9ur $pkÏù ÖÌym ÇÌÌÈ
 
“ (bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan
dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan Pakaian mereka didalamnya adalah
sutera.”
 
            Habuan yang Allah berikan kepada manusia dalam perlumbaan ini adalah benda-benda
yang berharga. Mana mungkin untuk mendapat syurga jika tidak berlumba-lumba mengejar
melakukan kebaikan. Allah dengan sifat kasih sayangnya memberi emas, perhiasan dan
sebagainya untuk pemenang dalam perlumbaan kebaikan ini, habuan-habuan ini dapat dinikmati
dengan nikmatnya di syurga kelak selepas penat berlumba di medan dunia.
            Allah Yang Maha Tahu telah menyediakan sesuatu yang memenuhi fitrah lelaki. Dalam
surah Al-Baqarah ini Allah sedia merealisasikannya di dalam ayat 25:
 
ÎÅe³o0ur úïÏ%©!$# (#qãYtB#uä (#qè=ÏJtãur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# ¨br& öNçlm; ;M»¨Yy_ ÌøgrB 
`ÏB$ygÏFøtrB ã»yg÷RF{$# ( $yJ¯=à2 (#qè%Îâ $pk÷]ÏB `ÏB ;otyJrO $]%øÍh   (#qä9$s% #x»ydÏ
%©!$# $oYø%Îâ `ÏB ã@ö6s% ( (#qè?é&ur ¾ÏmÎ/ $YgÎ7»t±tFãB ( óOßgs9ur !$ygÏù 
Ólºurør&×ot£gsÜB ( öNèdur $ygÏù crà$Î#»yz ÇËÎÈ
 
“Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa
bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. setiap mereka
diberi rezki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan : “Inilah yang pernah
diberikan kepada kami dahulu.” mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di
dalamnya ada isteri-isteri yang Suci dan mereka kekal di dalamnya.”
 
            Lihat sahaja tawaran Allah ini, tidak hanya emas dan perhiasan malah disediakan juga
permaisuri syurga untuk melayani para pemenang perlumbaan kebaikan ini. Berita gembira ini
seharusnya diketahui oleh setiap manusia agar mereka lebih laju mengorak langkah dalam
perlumbaan melakukan amal soleh ini. Jika mat rempit menikmati minah rempit dengan landasan
yang bersalahan hukum Allah, hukumannya adalah hukuman bagi zina didunia dan neraka
diakhirat. Jadi perlumbaan yang digariskan Allah memenuhi fitrah lelaki lebih-lebih lagi mat
rempit. Mereka yang menjadi juara dirakamkan oleh Allah dalam surah fatir ayat 34 dan 35:
 
 
qä9$s%ur ßôJptø:$# ¬! üÏ%©!$# |=ydør& $¨Ytã tbtptø:$# ( cÎ) $uZ/u Öqàÿtós9 îqä3x© ÇÌÍ#(
ßJø9$# `ÏB ¾Ï&Î#ôÒsù w $uZ¡yJt $pkÏù Ò=|ÁtR )ÈüÏ%©!$# $oY¯=ymr& u#y ÏptB$s
wur$uZ¡yJt $pkÏù Ò>qäóä9 ÇÌÎÈ
 
“Dan mereka berkata: “Segala puji bagi Allah yang Telah menghilangkan duka cita dari kami.
Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampum lagi Maha Mensyukuri.”
“Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (surga) dari karunia-Nya; didalamnya kami
tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu.”
 
            Allah telah jelaskan tempat bagi pemenang-pemenang perlumbaan kebaikan adalah
syurga. Pelumba ini juga di dalam syurga dapat rehat selepas penat bertarung atas medan yang
Allah gariskan.
 
            Kesimpulan daripada penerangan di atas maka semua pihak haruslah memainkan peranan
bersama. Ibu bapa, sekolah, komuniti masyarakat, badan kerajaan dan badan NGO mestilah
berganding bahu untuk menangani masalah ini. Masalah rempit ini mampu ditangani dengan
jayanya jika manusia melihat kepada objektif kehidupan manusia iaitu beribadat kepada yang
Esa. Kita mampu mengubah kehidupan kita dari yang gelap kepada yang terang. Sejarah telah
membuktikan bagaimana pada zaman jahiliah manusia berada dalam keadaan yang tidak
bermoral seperti pembunuhan bayi dan menganggap wanita adalah mahkluk yang hina dan boleh
dibuat sesuka hati. Tetapi dengan datangnya kebenaran yang menyeru kepada kebaikan maka
zaman berubah. Zaman yang dahulunya gelap gelita sudah disinari cahaya kebenaran. Kita
fikirkan sepotong ayat Al-Quran dari surah Ali-‘Imran :
 
ä3tFø9ur öNä3YÏiB ×p¨Bé& tbqããôt n<Î) Îösø:$# tbrããBù‘tur Å$rã÷èpRùQ$$Î/ `
tböqyg÷ZturÇ`tã Ìs3YßJø9$# 4 y7Í´¯»s9‘ré&ur ãNèd cqßsÎ=øÿßJø9$# ÇÊÉÍÈ
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang
beruntung.”
 
            Ma’ruf di sini bermaksud segala perbuatan yang mendekatkan kita kepada Allah;
sedangkan munkar ialah segala perbuatan yang menjauhkan kita dari pada-Nya. Kita fikirlah
dengan mendalam ayat ini agar ianya tersemat didalam hati sanubari setiap insan untuk
menyelesaikan masalah ini secara bersama.
 
 
ZULZAIDI BIN MAHMOD
(KOORDINATOR PENDIDIKAN PENGGUNA DAN MASYARAKAT),
TERAS PENGUPAYAAN MELAYU
 
 
 
HP : 012-5002954/016-2201456
 
BUDAYA LEPAK

WEDNESDAY, FEBRUARY 3, 2010


Budaya lepak di kalangan remaja
PERBINCANGAN

Mula-mula kami ingin bincangkan definisi belia atau golongan orang muda. Secara umumnya, golongan
remaja dan belia merupakan sebahagian daripada tenaga kerja produktif, menjadi golongan yang
berpotensi untuk membuat sesuatu pekerjaan atau tugas yang diberikan kepada mereka. Namun
mereka juga ialah golongan yang belum mantap, banyak resah gelisah, suka memberontak,suka
menyanggah, mencuba-cuba dan berminat untuk menanggung risiko. Sebab itulah golongan ini sering
dikaitkan dengan perbuatan-perbuatan “hedonism”,”vandalism” dan “rebel without cause” iaitu
perbuatan-perbuatan yang melibatkan sekali gus “pleasures”.

Sekarang akan dilihat pula pada definisi budaya lepak. Secara mudahnya maksud “lepak” ialah tidak
lebih hanya berupa perbuatan bersiar-siar, bersantai-santai,. Kadang kala kita berlepak-lepak di
beranda rumah misalnya. Ini semua perbuatan biasa tetapi ia menjadi gejala negatif bila ia melibatkan
ramai orang, berterusan hari demi hari, tanpa mengira waktu yang khusus. Ia juga dilakukan di tempat
awam di tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti di pasar raya, perhentian bas,kompleks beli
belah dan lain lain.. Ia bukan sahaja merosakkan pandangan tetapi juga menganggu orang lain.
Lazimnya bila sudah ramai berkumpul itu, ada perbuatan nakal misalnya bersiul kearah anak gadis dan
membuat bising.

Budaya lepak ini melibatkan sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau perempuan ia bersifat kolektif tetapi
yang penting diperhatikan di sini ialah bila kita sebut “budaya lepak” maka maksudnya perbuatan itu
melibatkan ramai orang dan berlaku secara berterusan. Ini seterusnya membawa kepada masalah baru
iaitu gejala-gajala buruk. Malahan keprihatinan masyarakat terhadap isu lepak ini adalah dari
perspektif negatif. Pertama, perbuatan melepak itu melibatkan sesuatu golongan yang tidak
sepatutnya bertindak demikian. Mereka seharusnya terlibat dalam kegiatan yang produktif yang
menguntungkan. Kebimbangan betapa perbuatan itu boleh merangsangkan dan menjerumuskan anak-
anak muda ini dengan perbuatan-perbuatan buruk yang lain. Di samping membazirkan waktu, ia
berjangkit pula pada usik-mengusik orang-orang yang lalu lalang seperti yang dibayangkan. Sebilangan
daripada mereka terjebak dengan perbuatan-perbuatan buruk yang lain mungkin ia bermula dengan
merokok, kemudian menghisap dadah dan langsung menjadi penagih. Selain itu, terlibat juga dengan
perbuatan lain seperti mencuri, menipu dan seumpamanya. Ada juga yang terlibat dengan kegiatan
maksiat dan pelacuran. Jika remaja-remaja ini dididik, mereka ada peluang tetapi kebanyakan mereka
sudah lupa pada tuhan yang maha besar dan maha prihatin. Mereka lupa pada Allah SWT. Namun tidak
boleh diabaikan bahawa terdapat pola umum yang menunjukkan bahawa dengan semakin banyaknya
gejala membuang waktu dan melepak dengan peningkatan kes-kes ketagihan dadah,jenayah kecil-
kecilan,pelanggaran had umur ke pusat hiburan dan permainan snuker misalnya maka korelasi sebab
dan akibat beginilah yang pada hemat kami cukup membimbangkan masa depan golongan belia kita.

Kami juga telah dapat mengetahui bahawa daripada kajian yang dilakukan oleh KBS baru-baru ini,jelas
menunjukkan bahawa kalangan orang muda yang bekerja pun turut terlibat .Melepak ini semakin
melekakan dan melenakan mereka menjadikan mereka akhirnya hanyut di negara sendiri. Dan jika ini
berlaku maka jelasnya bahawa generasi masa depan belia kita adalah malap dan cukup
membimbangkan.

Sekarang akan dilihat pula kepada sebab-sebab ini berlaku. Apakah yang sebenarnya mendorong
perbuatan sebegini. Sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang baru. Namun pada hemat kami, gejala lepak
yang kita cukup prihatin adalah berpunca daripada berbagai-bagai faktor penolak dan penarik yang ada
dalam hidup yang kita nikmati sendiri. 
Dalam menghadapi perkembangan masa transisi, remaja sentiasa menghadapi masalah penyesuaian.
Penyesuaian ini seringkali menyebabkan remaja melakukan anti sosial yang menyebabkan masalah
kenakalan remaja seperti melepak. Tidak dapat dinafikan bahawa, pengaruh kumpulan sebaya
memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkahlaku seseorang. Mengikut seseorang ahli
psikologi Robert J.Harigust, salah satu tugas daripada tugas penting remaja yang perlu diberi perhatian
ialah membentuk perhubungan baru yang lebih matang dengan kawan-kawan yang sama umur, tidak
kira lelaki atau perempuan. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak begitu suka melepak secara
perseorangan tetapi mereka melepak secara berkumpulan. Selain itu, cara interaksi seseorang remaja
dengan rakan sebaya adalah lebih terbuka kerana ahli kumpulan tersebut mempunyai minat serta
kegemaraan yang sama. Sementara itu, mengikut Manja (1990), apabila seseorang remaja sudah
pemikiran rakan-rakan sebaya yang sama minat, maka Hubungan mereka menjadi erat. Apa yang
dilakukan maka ia juga akan turut melakukanya, sehubungan denga itu, sabda nabi s.a.w sepertimana
yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Al-Muslim:
“ Perumpamaan teman yang soleh dan teman yang jahat ialah laksana wangiwangian
dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, samada dia memberinya
sedikit, ataupun anda dapat mencium daripadanya bau-bauan yang wangi. Adapun
tukang besi, samada dia memakai bajumu, ataupun anda akan mencium daripada baubauannya yang
busuk ”.

Sementara itu, pengaruh media masssa turut menjadi faktor pembentukan tingkahlaku lepak di
kalangan remaja. Menurut, Mohd Salleh (1999), pengaruh media khasnya televisyen kadang-kadang
bolah memberi kesan buruk kepada pembentukan peribadi remaja, khasnya aktiviti lepak. Cerita-cerita
tv siri jenayah, persembahan drama keluarga dan rancangan-rancangan lain kian menjiwai budaya
barat. Siaran tv yang berunsurkan budaya barat lebih menekankan pemikiran-pemikiran sekular yang
memberi kesan negatif di kalangan remaja. Pemikiran sekular yang memisahkan agama dari kehidupan
seharian mempengaruhi remaja kearah aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak. Di samping itu,
siaran televisyen yang berunsurkan sekular menghapuskan budaya pemikiran tinggi dan nilai-nilai murni
dimana individu menghadapi kesukaran dalam pencarian dan pembinaan makna bagi setiap aspek dan
aktiviti kehidupan.

Selain itu, kegiatan lepak umunya berpunca daripada kemerosotan dari segi asuhan, didikan serta
kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan
dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan
untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka
antara satu sama lain. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan
dan pengawasan ibu bapa. Selain itu, keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya menyebabkan
pembentukan tingkahlaku lepak. Contohnya, ibu bapa yang terlalu memanjakkan anak-anak
memberikan wang saku yang terlalu banyak. Keadaan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh
remaja yang lain dan melepak di tempat awam, kompleks membeli belah, siber cafe dan sebagainya.
Dalam pada itu, remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat mempunyai sikap
kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa yang merupakan salah satu faktor kegiatan
melepak.

Selain kemerosotan dari segi asuhan dan didikan ibu bapa, golongan remaja juga suka melepak kerana
berasa bosan tinggal di rumah tanpa mempunyai sumber-sumber hiburan dan kemudahan untuk
memenuhi masa mereka secara berfaedah. Hal ini kerana ketidakwujudan suasana harmoni di rumah
dimana setiap ahli keluarga sibuk dengan hal masing-masing dan sering wujud pertelingkahan antara
ahli keluarga. Keadaan ini menyebabkan anak-anak berasa tertekan dan lalu keluar untuk mencari
hiburan dan melepak untuk memenuhi masa lapang mereka. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kebudayaan Dan Pelancongan, terdapat ramai pelancong yang kurang senang dengan
gelagat golongan remeja yang melepak di kawasan membeli belah dan terdapat juga pelancong yang
mengadu mereka diganggu dan sering menerima kata-kata kesat daripada golongan remaja yang sedang
melepak. Keadaan in agak keterlaluan dan ia berupaya memburukan imej negara di persada dunia.

Budaya lepak dikalangan remaja boleh meninggalkan impak negatif kepada diri, keluarga, masyarakat
dan negara. Pembaziran masa dan wang merupakan implikasi yang tercetus daripada budaya lepak.
Remaja yang melepak di tempat awam, kedai kopi, siber cafe merupakan golongan yang tidak
menghargai kepentingan masa. Pepatah masa itu emas tidak bermakna bagi golongan melepak.
Sebenarnya masa yang diluangkan untuk aktiviti ini boleh digunakan untuk aktiviti berfaedah seperti
aktiviti sukan dan akademik. Contohnya, remaja cenderung membeli makanan ringan ketika melepak di
pasaraya atau tempat awam. Wang yang dibazirkan sebenarnya boleh digunakan untuk perkara-
perkara lain. Keadaan ini jelas menunjukkan budaya lepak meninggalkan impak yang amat negatif
terhadap diri remaja dan orang lain.
Remaja yang terlibat dalam budaya lepak mudah terjebak dalam kegiatan anti sosial. Kegiatan anti
sosial boleh didefinisikan sebagai kegiatan yang membawa mudarat kepada sosial. Antara kegiatan anti
sosial adalah pencurian, pengambilan dadah, gengsterisme dan sebagainya. Kegiatan anti sosial
sebegini berlawanan dengan aksiologi seseorang dimana ia berlawanan dengan konsep insan dan
pembinaan ummah berdasarkan ilmu wahyu. Dalam pada itu, penglibatan dalam budaya lepak menjadi
teras atau langkah awal kepada kegiatan anti sosial. Contohnya, remaja-remaja yang bergerak bebas
lebih cenderung dipengaruhi oleh anasir jahat. Ketandusan aqidah serta pengaruh rakan sebaya
membawa remaja ke kegiatan yang kurang sihat. Selain itu, ketandusan harmoni iaitu ketandusan
punca-punca akhlak turut menjadi pemangkin remaja terlibat dalam kegiatan anti sosial. Maka keadaan
ini jelas menunjukkan bahawa remaja yang terlibat dalam budaya lepak mempunyai pelung penglibatan
dalam kegiatan anti sosial.

Selain itu, budaya lepak sering dikaitkan dengan kemerosotan akademik. Remaja yang masih di bangku
sekolah atau instiusi pendidikan sering melepak tanpa mengira masa dan waktu. Keadaan ini
menyebabkan remaja tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk mengulangkaji pelajaran. Justeru
remaja-remaja sering mengalami kebuntuan dalam akademik. Selain itu, remaja yang suka melepak
sering terlibat dalam masalah ponteng sekolah. Dalam hal ini, sesetengah remaja lebih rela ponteng
kelas semata-mata untuk bersiar di pusat beli-belah atau kedai komputer. Justeru, remaja tidak
menerima sebarang output pembelajaran. Maka, keadaan ini jelas mendorong kepada kemerosotan
dalam akademik. Selain itu, remaja melepak atau suka ponteng kelas tidak dapat menghayati akhlak
ilmu dimana ilmu akal yang benar dapat manangani dan menghapuskan krisis nilai, krisis minda dan
krisis kehidupan insyallah. 

Budaya lepak berupaya mewujudkan streotaip mengenai golongan remaja kalangan oran lain.
Tingkahlaku sekumpulan remaja memberi kesan negatif kepada keseluruhan remaja iaitu semua remaja
dilebal sebagai kaki lepak. Selain itu, mereka juga dilabelkan sebagai golongan naif agama yang
berpengetahuan cetek tentang aqidah dan agama. Maka , ketandusan dari segi pegangan agama dan
aqidah berupaya melahirkan masyarakt yang tidak harmoni dan ini sekaligus merobohkan matlamat
individu dan masyarakat madani.

Sekarang akan dibincang pula pada langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.
Pada pendapat kami, langkah pertama yang harus diambil adalah melalui didikan agama. Agama Islam
umpamanya cukup prihatin terhadap kerukunan hidup umatnya, seperti dalam soal penjagaan waktu,
pemupukan akhlak yang baik serta pola perhubungan ibubapa dan anak-anak dan apa sahaja isu kolektif
manusia bagi menjamin kesejahteraan manusia seluruhnya. Islam mempunyai panduan tertentu untuk
menghadapinya. Setiap guru juga harus memainkan peranan mereka dalam menerapkan agama dalam
pelajar masing-masing.Peranan guru hendaklah berpaksikan prinsip-prinsip agama yang terkandung
dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip-prinsip tersebut ialah tersebut ialah ibadah, aqidah, harmoni,
akhlak, fitrah, adil, berilmu dan berfikir. Berasaskan prinsip-prinsip ini guru akan memahami,
menghayati dan dapat mengamalkan peranan mendidik yang hakiki. Apabila guru-guru melaksanakan
peranan yang hakiki maka kesannya pelajar akan mencapai ke tahap dapat merasai kalazatan ilmu dan
rahmat Allah SWT. Dengan sendiri mereka akan menjauhkan diri daripada perkara-perkara tidak
bermoral dan berakhlak.

Selain itu, peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap
anak-anak mereka .Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak
mereka. Ibubapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak
mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya
mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan bahawa mereka berkawan dan bergaul
dengan mereka yang mempunyai kedudukan moral. Selain itu, tingkatkan penghayatan terhadap nilai-
nilai murni, motivasi, melatih anak cara.Selain itu, tingkatkan penghayatan terhadap nilai-nilai murni,
motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan
menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka
potensi anak. Ibu bapa hndaklah menjadi "role model" kepada anak.

Langkah seterusnya yang boleh diambil ialah melalui pendekatan akademik ,ini boleh dilakukan dengan
menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-
kurikulum di sekolah.Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti
pengunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

Selain itu, sistem perundangan di sekolah amat penting kerana peruntukan undang-undang yang lebih
ketat di peringkat sekolah boleh mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu
bapa dalam pengawasan disiplin. Penguatkuasaan undang-undang di peringkat sekolah ini adalah
melalui pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak
pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil
kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Pengetua tidak harus cuba
menyembunyikan kes-kes salah laku dikaalngan pelajar semata-mata kerana tidak mahu pihak polis
datang ke sekolah. Pihak pentadbir perlu sedar bahawa pihak polis sedia menghulur bantuan sekiranya
diminta. Kehadiran polis di perkarangan sekolah tidak harus dilihat sebagai “mencemar “ nama baik
sekolah. Sebaliknya, ia dapat membuktikan komitmen pihak sekolah dalam mengawal masalah disiplin
pelajar.

Kaunseling juga sangat penting kerana kaunseling merupakan sebuah langkah pencegahan yang sesuai.
Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah
mereka.Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang bekelayakan dan
berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesenan kaunseling tersebut. PIBG
juga harus memainkan peranan dengan mengadakan pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa,
penjaga dan guru khasnya bagi pelajar-pelajar bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran
daripada guru dengan sikap terbuka.

Barangkali degan segala langkah ini,berbagai-bagai masalah yang dihadapi oleh belia kita ,baik soal
dadah ,soal akhlak,keciciran ,budaya lepak dan malahan masalah kepimpinan dalam badan-badan belia
juga dapat diatasi.

Posted by jagenmohenat 6:12 AM

0 comments:

Tamat
BUDAYA LEPAK
FRIDAY, 22. JANUARY 2010, 01:41:31

LEPAK

TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS

Budaya lepak ialah amalan berkumpul tanpa arah tujuan,


matlamat, objektif, hala tuju, misi dan visi, biasanya oleh golongan remaja. Mereka memerhati orang
ramai yang lalu-lalang di situ, kadang-kadang sambil bermain lagu atau menghisap rokok. Adakalanya
mereka mengusik gadis-gadis yang lalu dengan bersiul atau gelak ketawa yang berlebihan dengan
keadaan yang tidak menentu.

Budaya lepak juga sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah.

Punca wujudnya budaya lepak

Sikap ibu bapa 

Ada ibu bapa yang terlalu mengharap anak-anak dididik sepenuhnya oleh guru-guru di sekolah dan tidak
mengambil perhatian yang berat dalam pendidikan anak-anak. 
Keadaan di rumah 
Sikap ibu bapa yang mementingkan diri sendiri, sering bertengkar, dan berselisih faham menimbulkan
ketakutan dan kebosanan di kalangan anak-anak. 

Pengaruh rakan sebaya 

Remaja mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan untuk mencuba sesuatu perkara yang baru. 
Pengaruh media massa dan eletronik 
Rancangan-rancangan televisyen yang dihasilkan dari negara Barat sudah mendominasi hampir separuh
daripada slot-slot rancangan televisyen yang disiarkan. 

Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya_lepak

Faktor-Faktor Lepak dan hubungan Keibubapaan di kalangan Pelajar Remaja


oleh Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya

Masalah sosial memberikan gambaran umum mengenai pelbagai gejala yang tidak
baik berlaku di seluruh dunia dengan memberikan penumpuan kepada beberapa
gejala sosial yang berlaku di Malaysia. Masalah sosial dan psikologikal di kalangan
remaja telah banyak menarik perhatian ramai orang. Masalah sosial bersifat
subjektif dan boleh berubah mengikut keadaan, tempat dan masa. Laporan yang
disiarkan di dada akhbar, majalah dan media massa telah membuktikan kepada
umum bahawa gejala tidak sihat telah melanda kaum remaja di Malaysia.
Kegiatan melepak merupakan suatu masalah sosial yang dipandang serius oleh
masyarakat Malaysia. Ia telah menjadi tema perbincangan forum, seminar, bengkel
dan ceramah mengenai remaja. Gejala membuang masa dengan melepak pastinya
merupakan suatu penyakit di dalam masyarakat. Kegiatan ini bukan sahaja
dilakukan oleh remaja lelaki tetapi juga remaja perempuan. Tingkah laku ini
dilakukan oleh golongan remaja yang menjadi golongan terbesar penduduk negara.
Golongan remaja yang dianggap oleh Hall (1904) sebagai kumpulan individu yang
sedang berada di dalam zaman yang penuh dengan keributan dan tekanan perasaan.
Kedudukannya di dalam tahap yang sedang memikirkan tujuan kehidupan. Menurut
Harre dan Lamb (1983) remaja mula melakukan penyesuaian diri yang lebih
kompleks dengan keluarga, teman sebaya dan guru, melalui aktiviti seharian dan
kehidupan sosial sesuai dengan perasaannya.

Datuk Dr.Abdul Hamid Othman dalam akhbar tempatan (Berita Harian: 15hb
Febuari 1994) menegaskan bahawa remaja yang melepak berasal daripada
masyarakat yang mendiami perkampungan baru di sekitar bandar. Suasana dalam
keluarga dan masyarakat tersebut tidak wujud sifat tegur menegur atau nasihat
menasihati antara satu dengan yang lain kerana mereka mempunyai sikap hidup yang
tidak mahu mencampuri hal-hal urusan orang lain.
Papalia dan Olds (1978) berpendapat hubungan sosial dengan teman sebaya akan
membina budaya tertentu dalam kehidupan remaja. Hubungan sosial yang sihat dan
baik boleh menghasilkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran sosial, kemahiran
penyesuaian diri, sikap bekerjasama dan hormat menghormati. Sebaliknya,
kumpulan teman sebaya yang tidak sihat akan meruntuhkan sifat dan perwatakan
yang positif.

Tingkah laku mengunjungi pusat membeli belah dan tempat hiburan di kalangan
remaja bandar yang pernah diselidiki oleh Anthony (dalam Iran Herman, 1995)
adalah hasil jalinan remaja dengan teman sebaya mereka. Di kompleks membeli
belah di New England menggelarkan diri remaja perempuan sebagai remaja arnab
dan remaja lelaki sebagai remaja tikus serta tujuan mereka adalah untuk berinteraksi
dengan teman sebaya mereka. Fenomena ini hanya berlaku di bandar sahaja kerana
di kawasan bandar terdapat berbagai tempat yang menarik untuk remaja melakukan
tingkah laku lepak. Namun satu penelitian sistematik wajar dilakukan untuk melihat
tingkah laku lepak.

Kita dapat memperhatikan ramai remaja suka berlepak di kawasan-kawasan seperti


pusat membeli-belah, pusat permainan atau lebih popular dengan nama Kafe Siber
merupakan tempat berkumpulnya kebanyakan remaja. Isu lepak ini sangat hangat
dan popular pada tahun 1994 hingga 1995 dan pelbagai pendapat, cadangan dan
perbincangan telah dipaparkan dalam media cetak sehingga perlakuan remaja
menjadi sebagai budaya lepak.

Menurut Bowlby (dalam Shahizan, Tsai Chen Chien dan Saw Hooi Chin, 2004),
hubungan yang rapat di antara ibu bapa dan anak memudahkan perkembangan
dalaman atau ‘internal working model’ iaitu struktur pemikiran tentang diri dan
orang lain. Apabila hubungan yang erat terjalin, individu akan menganggap dirinya
sebagai baik, bernilai, dikasihi serta menganggap orang lain boleh dipercayai dan
bertanggungjawab seterusnya memperkukuhkan keyakinan personal dan
interpersonal dalam menghadapi cabaran hidup berbanding dengan individu yang
rasa kurang selamat dalam hubungan keibubapaan.
Tugas ibu bapa dalam memantau perkembangan sahsiah dan tingkah laku anak-anak
remaja akan memberi impak positif terhadap tingkah laku dan penampilan remaja
dalam masyarakat serta hubungan yang erat di antara anak dan ibu bapa mereka.
Rice dan Kobak (dalam Shahizan Hassan, Tsai Chen Chien dan Saw Hooi Chin,
2004), berpendapat walaupun remaja dikatakan menghabiskan lebih banyak masa
bersama rakan-rakan berbanding ibu bapa, namun hubungan yang mesra di antara
ibu bapa dengan anak dianggap penting dalam proses perkembangan remaja.
Mereka memerlukan sokongan daripada ibu bapa supaya menjadi lebih berdikari dan
cekal.

Corak didikan ibu bapa adalah aspek utama yang memberi kesan mendalam terhadap
perkembangan fizikal, mental dan sosial seseorang individu. Secara tidak langsung
ia membentuk personaliti seseorang individu. Ini bermakna ibu bapa mempunyai
tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa perlu
melengkapkan diri dalam bidang keibubapaan untuk membentuk diri dan jiwa anakanak
ke arah kebaikan. Tingkah laku ibu bapa akan dapat mempengaruhi jiwa anakanak.
Robiah et.al (2001) berpendapat kepercayaan agama adalah tenaga paling unggul
bagi menentang semua unsur negatif yang menyerang emosi dan mental. Pegangan
prinsip dan pendirian yang kukuh berlandaskan ajaran agama dapat mencegah remaja
daripada dipengaruhi oleh unsur-unsur pergaulan bebas yang melampaui batasan.
Sarina Othman (1995) mengatakan pendidikan agama yang disemai sejak zaman
kanak-kanak dapat membentuk remaja yang mempunyai nilai-nilai murni dalam jiwa
serta dapat menolak unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran agama.
Anak-anak remaja khasnya pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin di sekolah
akan mengakibatkan penurunan prestasi dalam pelajaran. Sememangnya secara
logik dapat dilihat perkaitan yang ketara antara disiplin dengan pencapaian
akademik. Sebagaimana kajian Othman (dalam Oskasmazila, 2000) yang dijalankan
kepada 723 sampel dari sepuluh buah sekolah di daerah Johor Bahru. Dapatan beliau
menunjukkan bahawa suasana keluarga murid-murid tidak mempunyai kesan
langsung yang signifikan terhadap tingkah laku akademik mereka.
Walaupun remaja sedang menuju ke arah berdikari, mereka memerlukan ibu bapa
yang dapat memberi sokongan kepada mereka. Menurut Small (1990) menyatakan
remaja inginkan ibu bapa yang menghormati mereka, memberi kasih sayang,
mempunyai minat yang sama, mengakui dan menerima perkembangan kognitif dan
sosioekonomi mereka.

LEPAK DI KALANGAN REMAJA

Menurut Idris (2000) telah membuat kajian tentang fenomena budaya lepak di
kalangan pelajar remaja di bandaraya Johor Bahru. Fenomena budaya lepak
disebabkan oleh faktor kerenggangan hubungan kekeluargaan, faktor persekitaran
sebagai pemangkin dan kurang pendidikan agama. Daripada kajian ini didapati
institusi kekeluargaan adalah permulaan untuk membendung segala masalah sosial
dalam masyarakat dapat dibendung. Sememangnya terbukti hanya ibu bapa sajalah
individu paling hampir yang dapat menangani masalah anak-anak mereka. Remaja
lebih terpengaruh kepada media massa berbanding didikan ibu bapa atau pendidikan
di sekolah. Dengan itu remaja lebih terpengaruh pada faktor luar.

HUBUNGAN KEIBUBAPAAN DI KALANGAN REMAJA

Keibubapaan yang merupakan corak asuhan dan peranan ibu bapa pasti berfungsi
dalam menunjukkan arah, membimbing, mendidik dan menggerakkan individu yang
berada dalam institusi tersebut.

Ibu bapa mempunyai tanggungjawab memberi didikan agama kepada anak-anak.


Kewajipan ini mesti dilaksanakan dengan contoh dan amalan seharian. Solat
berjemaah adalah cara yang terbaik mengumpulkan semua ahli keluarga.
Perbincangan, teguran dan ajaran boleh dilakukan selepas solat. Hukum-hakam dan
peraturan agama mengenai hidup perlu diajar kepada anak sebelum mereka mencapai
baligh, khususnya perkara-perkara yang seksualiti.

Menurut Kaplan (1975) budaya lepak adalah berkaitan dengan psikopatologi iaitu
mengalami masalah personaliti, gangguan mental, gangguan emosi, selalu anxieti
atau depresi. Didapati juga kebanyakan golongan remaja yang terlibat dalam budaya
lepak mempunyai masalah keluarga, sukar membina hubungan rapat dengan ahli
keluarga dan sebagainya.

PELAJAR REMAJA

Masa remaja merupakan satu penggal dalam kehidupan manusia yang batasan usia
mahupun peranannya sering kali tidak terlalu jelas. Segala gerak laku yang dahulu
dianggap sebagai tanda awal keremajaan ternyata tidak lagi bernilai sebagai batasan
untuk dikategorikan remaja sebab usia yang dahulu terjadi pada akhir usia belasan 15
hingga 18, kini terjadi pada awal belasan bahkan sebelum usia sebelas tahun.
Teori remaja secara tradisional telah menekankan kepentingan keluarga dalam proses
perundingan dimana remaja melalui pelbagai transisi pada fasa tersebut, termasuk
pembentukan identiti seksual sepertimana yang diperkatakan oleh Freud (1958) dan
juga naluri kendiri mengikut Erickson (1968) serta dalam pembentukan peluangpeluang
kehidupan masa depan dan juga dalam pembentukan nilai hidup.

Kesimpulan

Aktiviti melepak bukanlah perkara baru, ianya sudah lama wujud di Malaysia. Ibu
bapa sewajarnya turut memberi perhatian kepada corak asuhan dan peranan ibu bapa
yang dilakukan di rumah kerana ianya memberi kesan yang tersendiri kepada
keterlibatan aktiviti lepak di kalangan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu
melengkapkan diri anak-anak mereka dengan ilmu agama yang cukup.

Dipetik daripada 
http://eprints.utm.my/3864/1/Azizi_lepak.pdf

BUDAYA LEPAK
Zaman remaja adalah suatu jangkamasa yang sangat berharga bagi setiap daripada
kita. Pelbagai cabaran dan keghairahan yang menanti kita sewaktu kita melalui
proses evolusi umur antara zaman kanak-kanak dan dewasa.. Jesteru itu,usia
remaja bukanlah suatu tiket untuk  kita mengabaikan tanggungjawab samada
terhadap diri,keluarga,lebih-lebih lagi agama.

Banyak kejanggalan perilaku yang dikaitkan dengan kehidupan remaja kita. Antara
penyakit sosial yang sering diperkatakan sejak sekian lama ialah budaya lepak.
Gejala ini seolah-olah telah menjadi lumrah,dan kita dapat melihat remaja kita
berpeleseran dipusat-pusat membeli belah, pusat-pusat hiburan, panggung wayang
dan sebagainya.Secara purata remaja di negara kita membazirkan masa mereka
kira-kira 16.3 jam seminggu atai  kira-kira 847.6 jam sebulan.Biar apapun yang
diperkatakan oleh semua pihak berkaitan dengan soal ini, namun yang pasti gejala
ini terus berlarutan.

Dalam hal ini, tindakan kita menuding jari terhadap golongan remaja dengan
menyalahkan mereka adalah suatu tindakan yang tidak resional. Sebenarnya jika
diperhalusi banyak faktor yang membantu kepada berkembang suburnya budaya
lepak ini. Faktor persekitaran contohnya keadaan   fizikal rumah yang sempit serta
hubungan kekeluargaan yang rapuh mendorong remaja kita keluar rumah dengan
alasan  mencari ketenangan. Ditambah dengan pengaruh rakan-rakan serta pelbagai
bentuk hiburan yang sedia menunggu di luar rumah, jesteru itu tidak 
menghairankan jika ia mendorong remaja kita terlibat dalam aktiviti tersebut.

Disamping itu faktor ketandusan ilmu agama di kalangan  remaja juga dilihat
sebagai elemen yang bertanggungjawab  menyuburkan budaya ini. Hal sedemikian
tidak menghairankan kerana ramai di kalangan ibubapa hari ini yang gagal
memberikan didikan agama yang terbaik buat anak-anak mereka. Kegagalan
ibubapa memainkan  peranan mereka menjadikan golongan remaja kehilangan arah
dalam menentukan hala tuju hidup mereka. Mereka merasa jiwa mereka kosong
dan terbiar, lalu  mereka memilih jalan  mudah untuk melarikan diri dari kemelut
yang dihadapi.

Masalah lepak juga menjadi pemangkin kepada penyuburan pelbagai penyakit


sosial yang sedang kita hadapi sekarang. Statistik memperlihatkan peningkatan
jumlah golongan muda yang terjebak dalam kebejatan sosial dari tahun ke tahun.
Gejala-gejala ini tidak sekadar menyerang mereka yang tinggal di bandar-bandar,
malah turut merebak ke kawasan kampung dan juga kawasan Felda. Rujuk statistik
di bawah:

 1.13%  -      kes buang bayi 


 40%  - menonton bahan lucah 
 16%  - judi 
 70%  - merokok 
 14%  - Penyalahgunaan dadah 
 25%  - minuman   keras 
 18 %  - seks bebas

 Berdasarkan kajian yang dilakukan, umumnya mereka yang terlibat dalam  gejala
melepak ini terdiri daripada golongan yang lemah pelajaran dan kerjaya. Mereka
ini mempunyai ikatan yang kukuh dengan rakan sebaya yang terlibat dalam aktiviti
ini. Golongan ini memandang mudah soal tanggungjawad terhadap diri,keluarga,
agama dan masyarakat.  Apa yag malang,mereka seolah-olah tiada cita-cita yang
keinginan merancang kejayaan hidup mereka pada masa mendatang.Hiburan
adalah menifestasi mereka untuk melepaskan diri dan fikiran dari soal-soal
kehidupan. Tekanan yang diberikan oleh masyarakat ke atas mereka
memungkinkan golongan ini memberontak kerana enggan menerima sesuatu yang
berbentuk paksaan. 
  
Sebenarnya apa yang berlaku menuntut penyertaan semua masyarakat  tanpa
mengira status sosial mereka.Sebagai aset remaja untuk meneruskan kelangsungan
pembangunan negara,perlu bagi kita memastikan golongan berada pada landasan
yang sebenar dalam hidup mereka.Menjelang 2020,  42.7 peratus rakyat Malaysia
adalah terdiri daripada mereka yang berumur 13 hingga 39 tahun. Golongan   ini
dilihat sebagai berpotensi untuk terlibat dalam pelbagai kebejatan sosial. Pada 
1995,kira-kira 7300 orang disahkan positif dengan HIV.Pada 1994 pula,kira-kira
325 remaja perempuan dilapurkan terlibat denga maksiat dan jumlah ini meningkat
secara mendadak kepada 8509  pada 1995 yang lalu.Sekiranya perkara  ini
berterusan,pastinya ia melumpuhkan institusi  keluarga dan masyarakat pada masa
akan datang.

 Program pencegahan dan pemulihan perlu dilakukan secara terancang dan


digerakkan dengan lebih efektif lagi. Semua pihak harus memainkan peranan
mereka  samada secara individu,lebih-lebih lagi secara
individu,keluarga,masyarakat bahkan institusi yang ditubuhkan khusus persepakat
dalam menangani masalah ini. Sekarang bukanlah masa untuk menghasilkan
slogan yang muluk-muluk atau menuding jari mencari kesalahan orang lain.
Sebaliknya sekarang adalah masa untuk bekerja mencari penyelesaian terhadp  soal
ini. Ada baiknya mencegah sebelum penyakit ini menjadi barah masyarakat yang
sukar untuk disembuhkan.

Namun semua usaha yang dijalankan ini tidak akan lengkap dan berjaya sekiranya
individu itu sendiri tidak mahu berubah. Tidak dinafikan zaman remaja adalah
suatu zaman yang serba indah dan menarik. Namun adalah tidak wajar untuk kita 
meracuni zaman yang seketika itu dengan aktiviti-aktiviti yang menjerumuskan
kita ke lembah yang menghancurkan. Dalam hal ini,apa yang penting perlunya kita
bermuhasabah diri dan menginsafi diki dengan keterlanjuran yang berlaku.

Rujukan 
Majalah Siti Bil 4 
Ogos 2001/Jamidulawal 1422 
BUDAYA SAMSENG

MENANGANI BUDAYA SAMSENG DI KALANGAN REMAJA


Written by pemudabbendera   
Aug 26, 2005 at 03:50 PM

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH


PERATURAN MESYUARAT 18(1)
MENANGANI BUDAYA SAMSENG DI KALANGAN REMAJA
11.10 pg.28 JUN 2005

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Tuan Yang di-Pertua, usul di
bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) dengan ini diberi notis bahawa saya TuanSalahuddin bin Ayub [Kubang Kerian] akan
mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan usul yang melibatkan perkara tertentu,berkepentingan
ramai dan perlu disegerakan.

Bahawa mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan Dewan yang


mulia merundingkan isu kecederaan serius adik Asrin bin Mokhsin dari Tanjong Tokong,Pulau Pinang yang dibelasah oleh belia-
belia samseng.
Tuan Yang di-Pertua, isu ini adalah perkara tertentu kerana ia merupakan isu
budaya samseng yang sedang mengancam keselamatan pelajar sekolah di negara ini menjadi semakin serius dan kritikal. Hari ini
giliran adik Asrin bin Mokhsin menjadi mangsa kumpulan samseng yang terdiri daripada belia-belia Pulau Pinang.

Isu ini perlu disegerakan kerana budaya samseng memukul dan membelasah
pelajar sekolah secara berkumpulan telah menjadi trend dan amalan di kalangan belia dan remaja yang menuntut tindakan segera
dan drastik daripada pihak yang berwajib.Beliau sekarang ini dirawat di Hospital Pulau Pinang dalam keadaan kritikal, mengalami
kecederaan serius otak dan jantung dan disahkan oleh doktor kemungkinan koma seumur hidup.

Isu ini juga adalah berkepentingan ramai kerana pendedahan dan penularan
budaya samseng ini akan mengakibatkan dan menjejaskan masa depan belia dan remaja. Tanpa tindakan tegas dan langkah-
langkah yang proaktif akan memberikan impak yang sangat besar terhadap generasi belia dan remaja di negara ini.

Berdasarkan hujah-hujah di atas, saya merasakan usul ini amat penting untuk
diperbahaskan di dalam Dewan yang mulia. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat saya telah menerima satu
pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dari Ahli Yang Berhormat
DR.28.06.2005 25
kawasan Kubang Kerian pada 27 Jun 2005. Text untuk itu adalah seperti yang
dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat itu sebentar tadi.

Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat hari ini, saya
sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang
dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat.

Syarat pertama ialah bahawa perkara itu adalah perkara tertentu,


Syarat yang kedua adalah bagi kepentingan orang ramai, dan
Syarat yang ketiga ialah hendak disegerakan.
Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa perkara ini adalah
perkara tertentu dan (b) kepentingan orang ramai, ia adalah bagi kepentingan orang ramai dan (c) berkehendakkan disegerakan.

Pada fikiran saya perkara ini tidak perlu disegerakan. Mengikut siasatan awal
polis, kes ini merupakan satu kes pergaduhan sekumpulan remaja dari Jelutong, Pulau Pinang yang marah ke atas tindak tingkah
laku kurang sopan sekumpulan remaja dari Tanjong Tokong yang mengganggu dua orang wanita dari Jelutong yang mana
mempunyai hubungan persaudaraan dengan salah seorang rakan mangsa.

Dalam siasatan yang dijalankan oleh pihak polis, beberapa suspek telah pun dikenal pasti dan kini sedang memburu mereka yang
terlibat untuk siasatan lanjut.Sebahagian daripada mereka yang disyaki telah pun di dalam siasatan polis.

Pihak polis juga sedang mengambil keterangan saksi dalam kejadian ini dan berkeyakinan bahawa kes ini dapat diselesaikan
dalam masa yang terdekat.
Oleh yang demikian, saya menolak usul ini dan di bawah Peraturan Mesyuarat
18(2).
Sekian.
BUDAYA SAMSENG: Manja berlebihan antara punca remaja makin liar

Jika sebelum ini samseng jalanan hanya membahayakan pengguna jalan raya dengan perlumbaan haram, tetapi
sejak akhir-akhir ini mereka bertindak lebih ganas hingga berani meragut, memukul, mencederakan dan tergamak
membunuh sesiapa yang cuba menghalang kegiatan mereka.

Petanda itu jelas menunjukkan gejala samseng jalanan tidak boleh dibiarkan begitu saja, malah menuntut
perhatian serius dan tindakan drastik untuk menghapuskan gejala yang merosakkan remaja itu.

Jika ditinjau secara halus, ada banyak sebab mendorong remaja terbabit dalam gejala samseng jalanan antaranya
sebagai satu cara untuk mencari keseronokan dan kepuasan dalam hidup kerana mereka tidak memperoleh
ketenangan dan keseronokan bersama keluarga.

Oleh itu, mereka mula mencari alternatif lain untuk berseronok dan akhirnya terjebak dalam gejala samseng jalan
raya. Akibatnya, masa muda dihabiskan bukan saja dengan perkara sia-sia, malah boleh membahayakan diri serta
orang ramai. Mereka seolah-olah tidak mempunyai matlamat hidup.

Dalam hal ini, ibu bapalah yang sepatutnya dipertanggungjawabkan atas pembabitan remaja dalam gejala
samseng jalanan. Ini kerana ibu bapa sudah mengabaikan tanggungjawab untuk mengasuh dan mendidik anak
sebagai insan bertakwa serta bermanfaat kepada masyarakat dan negara.

Barangkali ibu bapa begitu sibuk dengan pekerjaan sehingga anak di rumah terbiar tanpa belaian kasih ibu bapa.
Pendidikan Islam sepatutnya berupaya membentuk anak yang salih tetapi tidak pula diberikan penekanan ketika
membesarkan mereka.

Pendidikan akidah berfungsi sebagai perisai yang memelihara diri anak daripada gejala merosakkan diabaikan.
Mereka juga tidak diajar untuk mengenal erti kehidupan dan matlamat sebenar kehidupan mereka di dunia ini.

Tanpa pendidikan agama dan perisai akhlak Islam, muda mudi sudah tentu tidak mampu menepis ancaman
budaya luar yang mendominasi masyarakat masa kini seperti pergaulan bebas, dadah, video lucah dan pelbagai
perkara negatif lain.

Apa yang berlaku mutakhir ini, anak begitu dimanjakan oleh ibu bapa sehingga sanggup memberikan apa saja
yang diminta mereka tanpa sebarang persoalan. Ibu bapa juga tidak lagi menghiraukan keadaan anak,
membiarkan ke mana saja mereka pergi dan tidak mengambil tahu dengan siapa mereka berkawan.

Yang penting anak memperoleh apa yang mereka hajatkan. Itulah bentuk kasih sayang material dicurahkan oleh
ibu bapa dengan harapan dapat mengisi masa terluang anak akhirnya menjerumuskan anak mereka ke kancah
gejala sosial memudaratkan.

Perlu ditegaskan kebanyakan kegiatan dilakukan biasanya pada waktu malam, maka ibu bapa yang berada di
rumah pada waktu itu sepatutnya mengawasi dan mengawal segala pergerakan anak supaya tidak terbabit gejala
negatif.

Namun tanpa kawalan ketat daripada ibu bapa, sudah tentu anak begitu bebas dan berani melakukan sesuatu
bertentangan dengan undang-undang.

Ringkasnya, pengisian yang salah semasa remaja, kecetekan ilmu agama, kekurangan perhatian ibu bapa,
pengaruh budaya luar yang mendominasi kehidupan masa kini adalah antara punca masalah dan gejala sosial
membabitkan muda mudi di negara ini.

Faktor itu menyebabkan muda mudi kekosongan jiwa yang akhirnya mendorong mereka mencari keseronokan di
luar seperti berlumba haram, meragut, merompak, membunuh, bergaul bebas dengan pasangan masing-masing,
malahan berzina dengan perempuan taruhan jika menang perlumbaan.

Sehubungan itu, Islam dari awal lagi menggariskan corak pendidikan yang sesuai kepada muda mudi supaya lahir
sebagai generasi berkualiti serta bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Dengan mempunyai jati diri seumpama itu, anak muda tidak mudah terpengaruh dengan lambakan budaya asing
yang jelas bercanggah ajaran Islam kerana mereka memiliki kekebalan diri dengan perisai Islam dan tahu memilih
antara yang hak dan batil.

Perlu diinsafi bahawa mendidik dan mengasuh anak termasuk dalam pengertian ibadah kepada Allah. Setiap ibu
bapa akan dipertanggungjawabkan terhadap apa dilakukan terhadap anak mereka.

Lebih-lebih lagi anak itu seumpama helaian kertas putih melepak yang belum lagi diwarnai dan dicorakkan. Maka
ibu bapalah yang mewarnai dan mencorakkannya berdasarkan kepada cita rasanya masing-masing.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan
kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah
pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota
keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin
di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan khadam
adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di
bawah amanahnya.” – (Hadis riwayat Bukhari)

Islam membentuk disiplin umatnya melalui pelaksanaan ibadat yang diwajibkan kepada mereka. Ibadat solat
adalah perisai yang kukuh daripada sebarang amalan keji. Puasa pula bertindak sebagai bengkel kerohanian
menyucikan jiwa dan raga daripada penyakit hati.

Sementara zakat menyuburkan harta di samping memintal kemas jalinan ukhuwah sesama Muslim dan begitulah
seterusnya. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kamu suruh anak kamu
mengerjakan solat apabila sampai usia tujuh tahun dan pukullah mereka apabila sampai usia sepuluh tahun (jika
masih belum mengerjakan solat).” – (Hadis riwayat Abu Daud)

Selanjutnya, pendidikan akhlak memainkan peranan penting membentuk peribadi dan sahsiah muda mudi sebagai
generasi berkualiti. Pendidikan akhlak perkara pertama diajar Rasulullah SAW kepada Asma’ binti Abu Bakar.

Ketika anak gadis itu akil baligh, Baginda SAW berpesan kepada Asma’ supaya menutup aurat dan memelihara
batas pergaulan dengan orang lelaki.

Selain itu, ibu bapa hendaklah membimbing anak cara menguruskan masa dengan baik. Zaman remaja
seharusnya dimanfaatkan dengan aktiviti, program dan amalan berfaedah. Anak perlu diinsafkan bahawa zaman
remaja adalah antara soalan akan ditanya kepada setiap Muslim apabila menghadap Allah pada hari akhirat kelak.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan tergelincir kedua kaki anak Adam pada hari kiamat nanti
melainkan dia akan ditanya dengan lima soalan; mengenai umurnya ke mana dihabiskan; masa mudanya
bagaimana dipergunakan; hartanya dari mana diperoleh dan ke mana pula dibelanjakannya; dan ilmunya apakah
ia diamalkan.” – (Hadis riwayat Tirmizi, Tabrani dan Ibnu Asakir)

Oleh Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

TAMAT.

VANDALISME
Laku musnah
Laku musnah atau Vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan
juga harta benda orang lain. Perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di Eropah, Vandal,
yang telah membinasakan kota Rome pada tahun 445. Pada lazimnya, laku musnah ditanggap sebagai satu
bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh
golongan manusia yang tidak puas hati terhadap kondisi mayarakat.

Isi kandungan
 [sorok]

1 Laku musnah sebagai

Ritual

2 Laku musnah sebagai


Jenayah

3 Laku musnah di Wikipedia

4 Pautan Luar

[sunting]Laku musnah sebagai Ritual

Gambar menunjukkan ahli komunis sedang membakar papan penghargaan

Semasa suatu masyarakat sedang mengalami revolusi, ataupun sedang mengalami transisi kuasa secara
keras, golongan yang mencabar autoriti lama mungkin akan membinasakan sebarang harta benda yang
dianggap sebagai simbol rejim lama, seperti tugu. Perbuatan mereka itu adalah untuk menyampaikan suatu
mesej "mencabar". Dalam keadaan pengalihan kuasa telah berjaya, pemusnahan harta benda yang dianggap
simbol rejim lama akan dilakukan untuk menandai tamatnya rejim lama.

Vandalisme yang paling besar dalam sejarah dekat adalah vandalisme yang dilaksanakan dalam kempen
"memecahkan adat lama" (bahasa Cina: 破四旧) semasa revoulsi kebudayaan(1966-1976) di negeri Cina.
Dalam kempen ini, para pengganas telah memusnahkan bangunan bersejarah, harta benda artifak dengan
alasan benda-benda ini menandai feudalisme lama[1] . Di negara Malaysia, vandalisme secara ritual juga
pernah dilakukan oleh parti komunis malaya. Dalam hal ini pihak komunis telah membinasakan tugu negara.

[sunting]Laku musnah sebagai Jenayah

Jenayah laku musnah biasanya merujuk kepada perbuatan merosakan harta benda awam seperti papan
tanda, kerusi awam, perhentian bus, telefon awam dan juga tandas awam. Kelakuan ini biasanya
diasiosiasikan remaja yang terlibat dalam budaya lepak.

Motif untuk vandalisime adalah terletak pada aspek emosi. Vandalisme biasanya dianggap sebagai suatu cara
untuk melepaskan rasa geram, ataupun satu cara untuk menghilangkan kebosanan semata-mata. Walaupun
motif mereka adalah begitu ringan, tetapi masyarakat awam terpaksa menanggung kerugian yang besar untuk
memenuhi nafsu mereka yang hina.
[sunting]Laku musnah di Wikipedia

Rencana utama:  Wikipedia:Laku musnah

Vandalisme di wikipedia adalah satu bentuk jenayah di sisi moral. Sebarang tindakan mencoteng,
mengubah, ataupun memadamkan isi kandungan dalam wikipedia, dengan niat membinasakan wikipedia
dianggap sebagai vandalisme. Tindakan terkutuk ini adalah hinaan terhadap sahsiah diri pelakunya.

[sunting]Pautan Luar

You might also like