You are on page 1of 2

i) Imam Hafs

Sumbangan Imam Hafs dalam bacaan al-Quran adalah begitu besar.


Kebanyakan umat Islam di dunia pada hari ni membaca al-Quran dan
mencetaknya adalah mengikut riwayat Hafs.
Beliau ialah Abu Umar Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah bin Abi Daud al-
Asadi al-Kufi al-Bazzaz.

Riwayat Hidup dan Menuntut Ilmu

Hafs dilahirkan pada tahun 90H. Beliau mengambil ilmu Qiraat daripada Asim
yang merupakan ayah tirinya secara talaqqi.
Berkata al-Dani: Hafs mengambil Qiraat daripada Asim secara tilawah (bacaan).
Beliau pergi ke Baghdad dan mengajar serta membacakannya kepada manusia.
Kemudian menetap beberapa waktu di Mekah turut mengajar dan membacakan
kepada manusia.

Kelebihan-kelebihannya

Berkata Yahya bin Ma’in: Riwayat yang sahih daripada bacaan Asim adalah
riwayat Abi Umar Hafs bin Sulaiman. Berkata Abu Hisham al-Rifa’i: Hafs merupakan murid Asim yang
paling alim dengan qiraat Asim, Beliau lebih rajih dan sahih daripada Syu’bah pada Dabt al- Huruf
(meletakkan baris huruf-huruf al-Quran)

Sumbangan-sumbangannya

Hafs merupakan seorang ulama yang masyhur di dalam bidang Qiraat al-Quran.
Ulama-ulama terdahulu berperanan besar di dalam menyebarkan ilmu agama
Allah s.w.t. Begitu juga Hafs turut mempunyai ramai muridnya sebagai bukti
ketinggian ilmu dan sumbangannya kepada masyarakat Islam. Sumbangannya
melalui majlis-majlis ilmu, muzakarah, pengajaran dan sebagainya. Sehinggalah
ilmu Qiraat ini berkembang sampai ke hari ini.

Pada hari ini kebanyakan umat Islam menggunakan bacaan al-Quran mengikut
riwayat Hafs. Ini menunjukkan terdapat keistemewaan dalam riwayat ini
berbanding dengan riwayat-ruwayat lain. Antara keistemewaan riwayat ini ialah:

1. Sanad Imam Hafs bersambung dengan gurunya sehingga kepada


Rasulullah s.a.w.
2. Perawi-perawi sanad Imam Hafs adalah di kalangan ulama yang muktabar
dan dihormati pada zaman mereka.
3. Khilaf yang terdapat pada bacaan Imam Hafs adalah sedikit jika
dibandingkan dengan riwayat-riwayat lain seperti terdapat hanya satu
Imalah, satu Tashil, satu al-Raum atau al-Isymam, empat tempat Saktah
dan lain-lain.

You might also like