You are on page 1of 28

SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Pendahuluan
Sistem Pendidikan Pondok
Pendidikan dan Semangat Kebangsaan
Pendidikan Melayu
Sikap British Terhadap Pendidikan Melayu
Kesan Pendidikan Melayu

Ciri-ciri Am Pendidikan Sebelum Merdeka


Pendidikan Tahap Awal

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KE ARAH ABAD 21


Cabaran Pendidikan Masa Kini dan Akan Datang
Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara
Falsafah Pendidikan Negara dan Pendidikan Bersepadu
Falsafah Pendidikan Negara Sebagai Teras Perancangan

STRUKTUR PENDIDIKAN
Peringkat Rendah
Peringkat Menengah Rendah
Peringkat Menengah Atas
Pendidikan Vokasional dan Teknik
Pendidikan Selepas SPM
Pendidikan Tinggi
Wujudnya Universiti Kebangsaan Malaysia

Penutup

SEJARAH PENDIDIKAN DI Malaysia

Pendahuluan

Menurut Sejarah Melayu, dari abad ke-15 sehingga abad ke-17, orang Melayu
terutamanya golongan istana telah mempelajari pendidikan agama Islam melalui guru-
guru al-Quran yang terdapat di kampung-kampung atau melalui mereka yang
berketurunan Sayid. Kebanyakan mereka mengajar di surau-surau ataupun di masjid-
masjid. Pada masa yang sama, guru-guru itu menjadi imam kepada penduduk kampung
tersebut. Antara yang diajarkan oleh mereka termasuklah membilang, menulis huruf-
huruf Al-Quran (tulisan Jawi), tajwid, perkara yang berkaitan dengan fardu ain, rukun
Islam, dan rukun iman. Para pelajar pada ketika itu tidak dikenakan sebarang bayaran.
Sumbangan daripada pelajar sekadar berbentuk khidmat membantu guru membersihkan
kawasan persekitaran tempat belajar, mengambil air, membantu kerja-kerja di sawah,
mengambil kayu api dan sebagainya.

Pada abad ke-18, pelajaran agama Islam berkembang maju dengan berlakunya
penghijrahan beberapa orang alim ulama dari Timur Tengah ke Tanah Melayu. Di
antaranya ialah Syarif Muhammad yang berasal dari Baghdad yang kemudiannya
bermastautin di Terengganu dan keturunan beliau yang bergelar 'Tok Pulau Manis'
kemudiannya telah menjadi seorang ulama yang masyhur (Khoo Kay Kim, 1990: 3). 'Tok
Pulau Manis' pernah belajar di Aceh dan di Mekah. Beliau seterusnya telah mengasaskan
sekolah agama di Pulau Manis, Kuala Terengganu. Apabila berlakunya kekacauan di
antara orang Islam dengan kerajaan Siam di Patani lebih ramai lagi alim ulama yang
berhijrah ke Kelantan dan Terengganu. Di antara mereka ini termasuklah Syeikh Daud
bin Abdullah yang bermastautin di Pulau Duyung, Kuala Terengganu dan Syeikh Abdul
Kadir yang kemudiannya mengajar di Bukit Bayas dan di Kuala Terengganu. Juga
terdapat guru-guru agama daripada keturunan al-Idrus yang telah berhijrah ke
Terengganu.

Dengan adanya tokoh-tokoh agama yang disanjung oleh masyarakat tempatan,


pendidikan agama Islam telah tersebar dengan lebih luas terutamanya di negeri-negeri
Melayu di sebelah utara.

Bagi anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi, berkemampuan dan ingin melanjutkan
pelajaran, mereka terpaksa menyambung persekolahan di sekolah Inggeris yang terdapat
di bandar-bandar. Jika nasib mereka lebih bertuah lagi, mereka akan berpeluang untuk
memasuki Kolej Melayu di Kuala Kangsar. Kolej ini berasaskan 'English Grammar
School' dan telah didirikan pada tahun 1905. Walau bagaimanapun, kolej ini hanya
dikhaskan untuk anak-anak dari golongan Diraja dan bangsawan sahaja.

Sekolah-sekolah lain yang menampung pendidikan anak-anak Melayu dan yang telah
memainkan peranan penting dalam menghasilkan pemuda-pemuda Melayu yang
memiliki pandangan hidup yang tersendiri ialah sekolah-sekolah Arab dan agama.

Mulai penghujung abad ke-19, terutamanya selepas Perang Dunia Kedua, sekolah-
sekolah pondok atau sekolah Arab dan sekolah-sekolah agama telah muncul di merata
tempat di seluruh Semenanjung terutamanya di Kelantan, Kedah, Perak dan Pulau
Pinang. Dengan berilhamkan ajaran-ajaran reformis dari Asia Barat seperti Muhammad
Abduh sekolah agama (madrasah) telah menjadi satu alternatif yang sesuai untuk
mendapatkan pendidikan bagi masyarakat ketika itu. Alternatif ini membekalkan
kekuatan. bimbingan dan semangat kepada muridnya untuk menghadapi segala cabaran
dan dugaan akibat daripada proses sekularisasi yang dianjurkan oleh institusi Bara!. Taraf
pendidikan di sesetengah madrasah ini mempunyai mutu yang tinggi. Banyak di an tara
Ie pas an madrasah umpamanya daripada Madrasah AI-Masyhur Pulau Pinang, Madrasah
Muhammadiah di Kota Bharu dan Maahad AI-Ihya' asy-Syarif Gunung Semanggol, dapat
melanjutkan pelajaran mereka ke Asia Barat, terutamanya di Masjidil-Haram, Makkah
dan Universiti AI-Azhar, Mesir.
Penghijrahan tokoh-tokoh agama dari Patani dan Timur Tengah telah memberi manfaat
yang besar kepada masyarakat Melayu Islam ketika itu. Banyak buku bahasa Arab yang
telah diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi, terutamanya
pada sekitar abad ke-19. Adalah dipercayai bahawa orang yang paling awal
menyampaikan pendidikan Islam di Kelantan ialah Syeikh Haji Abdul Halim (Abdul
Hatim Ahmad, 1984: 39). Beliau mengajarkan anak-anak para pembesar dan juga orang
kebanyakan. Kehadiran beliau kemudiannya menyebabkan negeri Kelantan terkenal
sebagai pusat perkembangan pengajian agama Islam.

Sistem Pendidikan Pondok

Sistem pendidikan pondok dapat dikatakan sebagai lebih kemas daripada sistem
pendidikan agama di rumah-rumah atau di surau-surau. Kelantan, Kedah dan Terengganu
merupakan tiga buah negeri yang ban yak mendirikan sekolah-sekolah pondok. Di
Kelantan, sekolah pondok mula diperkenalkan pada awal abad ke-19. Dalam pada itu,
telah dipastikan bahawa pada tahun 1970-an, sudah ada sekurang-kurangnya lapan buah
sekolah pondok di negeri Kedah (Ahmad Abd. Ghani bin Haji Said, 1977: 13). Makna
perkataan 'pondok' dijelaskan oleh Nik Mohamad (1985: 104) sebagai:

Adapun perkataan 'pondok' itu berasal daripada perkataan Arab yang bererti rumah-
rumah kecil tempat tinggal pelajar-pelajar, tiga atau empat orang bagi tiap-tiap sebuah
rumah. Dalam bahasa Arab sekolah 'pondok' juga bererti rumah tumpangan atau hotel
dalam bahasa Inggeris. Tetapi di Malaysia dan juga di Thailand Selatan (khususnya di
wilayah Patani, Narathiwat, Yala, Songkla dan Santun), 'pondok' juga bererti satu institusi
pendidikan agama Islam yang bersendirian dan berasrama.

Sistem pendidikan pondok lazimnya bermula apabila datangnya tuan guru atau alim
ulama dari luar untuk mengajar ilmu agama kepada orang kampung terutamanya kepada
masyarakat petani yang tinggal di kawasan penanaman padi. Kebanyakan guru pondok
mempunyai pengaruh yang kuat dalam sesebuah kawasan dan mereka memberi khidmat
secara sukarela. Dengan pertolongan orang kampung, rumah untuk tuan guru dan pondok
untuk murid-murid didirikan dalam satu kawasan yang berdekatan. Tempat ataupun tanah
untuk mendirikan pondok biasanya kepunyaan tuan guru atau diwakafkan oleh orang-
orang yang ingin mewakafkan tanah mereka.

Semasa belajar, murid-murid duduk bersila di atas lantai. Kemudahan seperti kerusi tidak
disediakan. Sukatan pelajaran yang khusus juga tidak disusun. Antara mata pelajaran
yang disampaikan ialah Tauhid, Tafsir, Fiqh, Hadis, Nahu Saraf, Tasawuf dan doa-doa
yang ada hubungan dengan kehidupan seharian dan amalan hidup bermasyarakat. Di
sekolah pondok juga tulisan Jawi dan bahasa Arab diajarkan. Bahasa pengantar utamanya
ialah bahasa Melayu oleh sebab pada masa itu banyak kitab dalam bahasa Arab telah
diterjemahkan ke bahasa Melayu. Jangka masa belajarnya tidak terhad, ada kalanya
sehingga sepuluh tahun. Awang Had Salleh (1977: 36) berpendapat bahawa terdapat dua
jenis cara pengajaran di pondok. Pertama, pengajaran secara tetap untuk murid-murid
sepenuh masa dan kedua, pengajaran pad a hujung minggu untuk orang dewasa. Tujuan
umum pelajaran pondok ialah untuk melahirkan pelajar yang tahu hukum-hukum agama,
berakhlak tinggi dan dapat beribadat dengan betul.

Pada awal abad ke-20, lahir pula institusi yang lebih kemas dan tersusun serta mencakup
ilmu keduniaan dan ilmu akhirat yang dipelopori oleh golongan muda. Institusi yang
dimaksudkan itu ialah madrasah atau lebih dikenali sebagai sekolah agama moden.
Dengan lahirnya pengajian berbentuk madrasah, terutamanya di Kedah, Kelantan dan
Terengganu, maka sekolah-sekolah Melayu yang didirikan oleh pihak British pada akhir
abad ke-19 telah dapat disaingi.

Pendidikan dan Semangat Kebangsaan

Pendidikan telah memberi kesedaran dan dorongan kepada orang Melayu untuk berjuang
menentang penjajahan di tanah air sendiri. Ini terjadi kepada beberapa buah sekolah
pondok seperti Maahad Ihya' Asy-Syarif, Gunung Semanggol di Perak.

Perkembangan para pelajar dan pembelajaran di pusat pengajian ini sangat unik
berbanding dengan sekolah-sekolah pondok yang lain sezaman dengannya. Madrasah ini
telah ditubuhkan pad a tahun 1934 oleh seorang tokoh ulama yang tidak asing lagi
bernama Abu Bakar Said (lebih dikenali sebagai Ustaz Abu Bakar al-Baqir). Beliau telah
menerima pendidikan awal sehingga ke darjah lima sekolah Melayu. Beliau kemudiannya
meneruskan pengajian di Sekolah al-Rahmaniah dan kemudiannya ke Madrasatu'I-
Dairatu'I-Maarifu'I-Wataniah di Kepala Batas pad a tahun 1924. Di sini Ustaz Abu Bakar
telah berguru dengan seorang tokoh ulama yang akhirnya menjadi sahabat baik beliau
iaitu Ustaz Haji Abdullah Haji Ibrahim (Abdullah Pak Ahim).

Mereka berdua kemudiannya telah menubuhkan sebuah madrasah bernama Qauzil-


Maarif dan selepas itulah Maahad Ihya' Asy-Syarif ditubuhkan oleh Ustaz Abu Bakar
pada 15 April 1934 (Nabir Abdullah, 1976). Sekolah ini diberi kebebasan untuk bergerak
cergas dalam kegiatan kokurikulum yang kemudiannya memberi tapak kepada
penubuhan Kesatuan Muda Melayu menjelang Perang Dunia Kedua. Ustaz Abu Bakar
juga telah merapatkan diri dengan tokoh-tokoh politik Masjumi dan tokoh pemimpin
seperti Dr. Burhanuddin aI-Helmy dan Ibrahim Yaacob.

Akhirnya pusat pengajian ini menjadi pusat perjuangan agama Islam. Antara badan-badan
yang pernah ditubuhkan di sini ialah:

(a) Pusat Perekonomian Melayu Se-Malaya (PEPERMAS)


(b) Majlis Agama Tertinggi (MATA)
(c) Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR)
(d) Hizbul Muslimin

Di luar perhitungan Inggeris, perkembangan sekolah ini telah membantu meluaskan


network-audience pembaca sehingga dapat menyumbang ke arah pembukaan madrasah
yang lebih baik daripada sistem pondok yang sedia ada. Di Maktab Perguruan Sultan
Idris (Sultan ldris Training College), Tanjung Malim umpamanya, murid-murid Melayu
mula terdedah kepada tulisan dari Indonesia. Di kalangan mereka itu ada yang
menyumbangkan tulisan-tulisan dalam Majalah Guru, seperti Mohamed bin Dato' Muda
Linggi, Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) dan Mohd. Noor Ahmad.

Pendidikan Melayu

Di zaman pemerintahan British, terdapat empat aliran persekolahan di Tanah Melayu,


iaitu sekolah 'vernakular' Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Wujudnya berbagai-bagai
aliran persekolahan pada masa itu berpunca daripada sikap penjajah Inggeris sendiri yang
cuba memecahkan perpaduan kaum. Selain itu keadaan itu disebabkan oleh tiadanya satu
dasar pelajaran kebangsaan dan ketebalan sikap kedaerahan yang dipusakai oleh setiap
kaum.

Sejarah persekolahan anak Melayu di Semenanjung Tanah Melayu bermula pada tahun
1821, apabila Penang Free School membuka cawangannya di Gelugor, Pulau Pinang.
Dengan pertolongan pengembang-pengembang agama Kristian, sekolah-sekolah
'vernakular' Melayu dibuka pula di Permatang Pauh dan Penaga, Seberang Perai. Walau
bagaimanapun, sekolah-sekolah itu ditutup akhirnya kerana kurangnya sambutan dan
masalah kekurangan guru-guru Melayu. Pada tahun 1856, dua buah sekolah Melayu telah
dibuka di Singapura iaitu di Teluk Belanga dan di Kampung Gelam. Guru-guru pula
dilatih di maktab perguruan yang dibuka pada tahun 1878 yang akhirnya ditutup pada
tahun 1894. Akibat daripada campur tangan Inggeris di negeri-negeri Melayu, beberapa
buah sekolah Melayu telah dibuka bagi menggantikan sistem pengajian agama Islam.

Sekolah Melayu yang pertama dibuka di Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah di


Kelang, pada bulan September 1875 (Report of Superintendent of Police and Treasurer to
Resident). Dua tahun kemudian, sekolah-sekolah Melayu mula dibuka di negeri Perak.
Sekolah Melayu yang pertama di negeri itu ialah di Sayong yang dibuka oleh Hugh Low,
Residen Inggeris yang ketiga. Perkembangan penubuhan sekolah-sekolah Melayu agak
lewat di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Ini adalah akibat daripada pengaruh
sistem pengajian agama Islam yang telah sebati dengan orang Melayu di negeri-negeri
tersebut. Di Kedah pula, sekolah Melayu yang pertama didirikan pada tahun 1897 alas
inisiatif Tuan Haji Abdullah, Menteri Besar Kedah ketika itu. Beliau telah mengarahkan
pihak Perbendaharaan Negeri supaya menjaga sekolah yang mempunyai guru bernama
Ahmad bin Kerani Maidin (Awang Had Salleh, 1974:5). Manakala di Kelantan pula
sekolah Melayu yang pertama telah dibuka di Padang Garung pada tahun 1903. Pada
tahun 1913, negeri Perlis telah mempunyai lima buah sekolah Melayu. Hanya pada tahun
1915 barulah sekolah Melayu dapat didirikan di Terengganu iaitu di Kampung Keling
oleh Engku Abu Bakar bin Long. Kelewatan' negeri Terengganu menerima sistem
pendidikan sekolah Melayu adalah kerana sikap Sultannya dan pembesar Melayu ketika
itu yang amat berpegang teguh kepada sistem pendidikan pondok.

Untuk memudahkan pentadbiran pendidikan, lnggeris telah mewujudkan jawatan 'Nazir


Sekolah' di Negeri-negeri Selat pada tahun 1872, dan pada tahun 1897 untuk Negeri-
negeri Melayu Bersekutu pula. Bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu,
'pentadbirannya diletakkan di bawah kerajaan negeri masing-masing sehinggalah tamat
Perang Dunia Kedua. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa kemajuan sekolah-sekolah
Melayu di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu agak ketinggalan jika dibandingkan
dengan negeri-negeri yang lain. Sementara itu, Inggeris telah melantik 'Nazir Sekolah
Persekutuan'. Salah satu daripada tugas-tugas pertama nazir ini ialah menyusun sebuah
Kanun Pelajaran (Education Code) bagi semua negeri. Sebelum itu tiap-tiap negeri
mempunyai kanun-kanun mereka sendiri bagi sekolah lnggeris dan sekolah Melayu (The
System of Education in the Federated Malay States, Special Reports on Educational
Subjects, /905: 6). Setemsnya pada tahun 1906, seorang Pengarah Pelajaran telah dilantik
bagi Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Dengan berkembangnya
sekolah-sekolah Melayu, maka pada tahun 1916 jawatan Penolong Pengarah Pelajaran
diwujudkan bagi melicinkan pentadbiran pendidikan di Negeri-negeri Selat dan
Negerinegeri Melayu Bersekutu.

Sikap British Terhadap Pendidikan Melayu

Pendidikan Melayu yang disediakan oleh British khasnya dalam membina sekolah,
adalah untuk memenuhkan selera politik penjajah sahaja. Asas utama mereka adalah
untuk membina pengaruh dan politik British tanpa melihat keperluan masyarakat
tempatan yang kebanyakannya terdiri daripada kaum tani. Matlamat utama mereka
adalah sekadar memberi pendidikan kepada orang Melayu untuk melengkapkan
keperluan tenaga manusia di peringkat rendah, iaitu di peringkat buruh. Tegasnya sekadar
untuk menjadi petani yang lebih baik daripada ibu bapa mereka dan dapat hidup gembira
dalam masyarakat kampung.

Bagi British, tindakan membenarkan para pelajar Melayu menyambung pelajaran mereka
hingga ke darjah enam adalah satu kesalahan sebab ini bertentangan dengan dasar
pelajaran penjajah. Golongan ini berpendapat bahawa tujuan utama mereka adalah
sekadar menghapuskan buta huruf pada tahap yang minimum sahaja (Cheeseman, 194
. Kenyataan itu memang munasabah oleh sebab dengan hanya pencapaian setakat darjah
empat, anak-anak Melayu sudah dapat membaca, membuat kiraan yang mudah dan
seterusnya dapat digunakan dalam urusan seharian supaya tidak ditipu oleh pekedai-
pekedai.

Seperkara lagi ialah pihak British tidak menggalakkan orang Melayu menghantar anak
mereka ke sekolah-sekolah Inggeris. R.O.Winstedt sendiri tidak setuju supaya bahasa
Inggeris diajarkan di sekolah Melayu sebab sudah adanya anak-anak Melayu yang berani
mendesak pihak British menubuhkan sekolah Inggeris di Lenggong dan Krian, Perak.
Walau bagaimanapun, desakan ini telah ditolak oleh pihak British dengan alasan bahawa
anak-anak Melayu di kampung hanya layak bersekolah Melayu sahaja. Akan tetapi pada
hakikatnya pihak British khuatir bahawa jika pelajaran Inggeris diberi kepada masyarakat
Melayu, kesedaran politik serta daya pemikiran mereka akan berkembang dan seterusnya
akan menggugat kedudukan British di Tanah Melayu. Dalam Perak Government Gazette,
6 Julai 1884, telah tercatat:

Mengajar kanak-kanak membaca dan menulis dalam bahasa ibunda mereka atau
dalam bahasa Melayu kita akan terselamat.
Juga sebenarnya British telah menanamkan sikap memuliakan pekerjaan buruh dan
mengajar orang Melayu untuk terus tinggal di kampung-kampung. Maksud mereka
sebenarnya dinyatakan sebagai 'British mahu supaya masyarakat Melayu tidak akan
berubah nasibnya dan kekal dengan pekerjaan tradisi. Walau bagaimanapun, bagi tujuan
melahirkan pemimpin Melayu yang boleh membantu birokrasi penjajah serta mengambil
dan menjaga hati golongan bangsawan dan pembesar-pembesar Melayu ketika itu,
Maktab Melayu (Malay College) Kuala Kangsar telah didirikan khas untuk anak-anak
golongan ini. Tanpa disedari British telah melalaikan orang Melayu dengan menggunakan
buku-buku dongeng Melayu.

Kesan Pendidikan Melayu

Secara umumnya cara pendidikan sekolah Melayu dikendalikan oleh pihak British telah
gagal untuk mendapat tempat di hati orang Melayu sendiri. Kehadiran anak-anak Melayu
di sekolah-sekolah Melayu ketika itu bukanlah atas dasar keikhlasan hati untuk menuntut
ilmu tetapi disebabkan oleh paksaan yang telah dikenakan oleh British dengan cara
penguatkuasaan peraturan tersebut. Pencerobohan British ke atas sistem pengajian
tradisional al-Quran sedikit sebanyak telah menyinggung hati orang Melayu.

Matlamat sebenar pendidikan Melayu yang inginkan kemajuan yang setanding dengan
orang-orang asing yang terdapat di Tanah Melayu ketika itu telah tidak tercapai. Anak-
anak Melayu lepasan sekolah rendah Melayu, akan terus pulang ke kampung halaman
mereka untuk bekerja sama ada sebagai petani, buruh, guru, polis atau peon. Dengan kata
lain, pelajar lepasan sekolah Melayu tidak mempunyai kerja yang mendatangkan nilai
ekonomi yang kukuh.

Pentadbir-pentadbir British seperti R.J. Wilkinson, A.M. Skinner dan juga R.O. Winstedt
yang kelihatannya berminat dalam perkembangan pendidikan orang Melayu, sebenarnya
bukanlah ahli-ahli pendidikan yang boleh menyelami dan memahami cita-cita orang
Melayu ketika itu. Keikhlasan mereka dalam menjalankan tugas adalah diragui dan
diakui sendiri oleh William R.Roff. Ibrahim Saad (1981: 20) telah menerangkan:

Banyak orang menyangka bahawa Laporan Winstedt itu satu pembaharuan tetapi
mengikut Roff, Winstedt telah tidak mempedulikan perkembangan intelek Melayu. Ini
disebabkan pada masa itu ia sedang membina kemasyhurannya (reputation) sendiri
dengan menulis sejarah dan kesusasteraan Melayu.

Sehingga Perang Dunia Kedua. masyarakat Melayu masih tidak berubah, iaitu masih
beku dan hidup dalam kemiskinan. Orang kampung yang pada mulanya tertarik dengan
sumbangan British terhadap pembinaan sekolah-sekolah Melayu, akhirnya sedar bahawa
anak-anak mereka tidak akan maju walaupun mereka dihantar ke sekolah atau tidak. Abu
Zahari (1980) telah merumuskan tentang kesan pendidikan Melayu ketika itu seperti yang
berikut:

Pendidikan Melayu sengaja disalurkan mengikut dasar mengekalkan kaum tani


sehingga kurikulum sekolah Melayu tidak berkembang lebih daripada setakat memberi
pendidikan dasar selama empat tahun kecuali latihan pengurusan sebagai peringkat
tertinggi pendidikan Melayu sesudah sekolah dasar (hlm. 17).

Kesimpulannya ialah pendidikan Melayu tidak dapat memberi hasil dan kesan yang
positif terhadap peningkatan taraf hidup dan keadaan sosial orang Melayu yang
kebanyakannya tinggal di kampung. Mereka semakin dihimpit dan kekal hanyut di dalam
kemiskinan, walaupun pada masa itu, peluang-peluang perniagaan dan perindustrian yang
berdasarkan kepada getah dan bijih timah terdapat di pekan-pekan. Kegagalan
pemerintah Inggeris dalam sistem pendidikan dan seterusnya memajukan orang Melayu
menerusi sistem tersebut telah menyebabkan timbulnya semangat kebangsaan Melayu
pada tahun 1930-an.

Ciri-ciri Am Pendidikan Sebelum Merdeka

Akibat daripada dasar terbuka dan tidak campur tangan Inggeris dalam pelajaran, maka
wujudlah lima jenis sistem persekolahan yang sama sekali terasing di antara satu dengan
yang lain. Jenis-jenis sekolah itu ialah sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah Agama,
sekolah Cina dan sekolah Tamil (lihat Rajah 28.1). Kelima-kelima jenis sekolah ini
mempunyai beberapa ciri pemisah yang besar:

Pertama:Tiap-tiap jenis sekolah adalah khusus untuk sesuatu kaum tertentu sahaja.
Dengan sendirinya anak-anak Melayu, Cina dan India sukar untuk bergaul di antara satu
dengan yang lain. Tanpa pergaulan dan persefahaman, perpaduan antara kaum tidak
mungkin dapat dihasilkan oleh sistem yang beraneka corak ini. Kesempatan untuk ketiga-
tiga kaum itu bergaul hanya terdapat di sekolah-sekolah lnggeris yang terletak di bandar-
bandar. Ini memberi kesempatan kepada anak-anak Cina dan India sahaja di samping
menepikan peluang anak-anak Melayu di desa.

RAJAH 28.1

PERKEMBANGAN PERSEKOLAHAN SEBELUM MERDEKA

Kedua:Tidak ada dasar mengenai bahasa pengantar yang tunggal. Sekolah lnggeris
menggunakan bahasa lnggeris, sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu, sekolah
agama menggunakan bahasa Arab dan bahasa Melayu, sekolah Cina pula menggunakan
bahasa Cina, dan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil.

Ketiga: Sekolah-sekolah itu terpisah di antara satu dengan yang lain menurut
kedudukan geografi dan taburan penduduknya. Kebanyakan sekolah Melayu telah
ditubuhkan di desa selaras dengan dasar mengekalkan orang Melayu di kampung-
kampung. Sekolah Cina pula terdapat di kawasan perlombongan, perniagaan dan
perindustrian kerana sebilangan besar orang Cina tinggal di kawasan-kawasan tersebut
dan sekolah Tamil pula terdapat di ladang-ladang getah.

Keempat:Kurikulum bagi kelima-lima jenis sekolah ini adalah berbeza dan tidak sehala.
Masing-masing mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah lnggeris mengikut
kurikulum dan sukatan pelajaran yang digunakan oleh sekolah-sekolah di England.
Begitu juga dengan buku-buku teksnya. Manakala sekolah Melayu pula menitikberatkan
kemahiran 3M (menulis, membaca, menghitung) selain daripada diajarkan pelajaran
pertukangan tangan secara tradisi. Bagi sekolah Cina dan Tamil pula, kurikulumnya
adalah mengikut corak yang diajarkan di negeri China dan India, bahkan guru-gurunya
juga didatangkan dari negeri asal mereka. Sekolah agama atau madrasah pula
menggunakan bahan bacaan dan buku teks serta sukatan pelajaran yang telah sedikit
diubahsuai daripada yang digunakan di sekolah-sekolah Asia Barat. Tenaga pengajarnya
pula adalah daripada guru-guru terlatih dari Tanah Arab.

Melihat latar belakang pendidikan di zaman lnggeris, dapat dibuatkan kesimpulan


bahawa pemerintah kolonial tidak berminat untuk membangunkan rakyat melalui
pendidikan. Persefahaman dan perpaduan dianggap tidak penting untuk dipupuk
menerusi pendidikan. Oleh sebab itu lnggeris telah mengabaikan soal penggunaan bahasa
pengantar dan kurikulum yang seragam serta pentadbiran yang terancang dan penubuhan
satu sistem sekolah yang tunggal yang dapat mendidik dan menyatukan anak-anak
daripada semua keturunan.

Pendidikan Tahap Awal

Rancangan Malayan Union telah ditentang dengan hebat dan dengan jayanya di
Semenanjung, sementara rancangan hendak menjadikan Sarawak sebagai 'Tanah Jajahan
Mahkota lnggeris' telah membawa kepada penubuhan institusi Gabenor. Parti-parti politik
menjadi popular serta menarik minat rakyat dan telah melibatkan semua kaum secara
menyeluruh. Selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, ternampaklah tanda-tanda
akan tertubuhnya kerajaan sendiri yang merdeka seperti yang telah dicapai oleh negara-
negara serantau yang lain. Akan tetapi ancaman daripada gerakan gerila Komunis dan
pengisytiharan darurat di Tanah Melayu telah menimbulkan kesedaran kepada penduduk
negara untuk mengkaji masalah penyatuan antara kaum.

Di antara perkara penting yang perlu disemak ialah sistem pendidikan yang diwarisi dari
zaman sebelum perang yang jelas menggalakkan pemisahan antara kaum. Kelemahan-
kelemahan sistem sebelum perang yang mengasingkan di antara satu kaum dengan kaum
yang lain amat dirasai. Inggeris sendiri sedar bahawa 'rancangan pembinaan semula'
sistem pendidikan dengan sekadar merawat sistem-sistem lama dan mengekalkannya
seperti yang sedia ada adalah tidak memadai. Yang perlu ialah mewujudkan satu sistem
tunggal yang dapat menyatukan semua sistem yang berlainan corak dan haluan itu.

Pada peringkat awal ini, terdapat dua penyata utama yang mengemukakan syor ke arah
satu sistem pelajaran kebangsaan yang disatukan iaitu: Penyata Barnes (1950) dan
Penyata Fenn-Wu (1951). Penyata Barnes dianggap sebagai penyata yang paling
komprehensif, revolusioner dan berpengaruh sekali yang pernah diterbitkan.

Barnes menyarankan supaya persekolahan peringkat rendah dijadikan alat dan tenaga
besar bagi perpaduan dan penyatuan masyarakat. Dengan itu amat wajarlah sekiranya hal
ini secara sedar dan bersungguh-sungguh dijadikan 'agen pembina bangsa Malaya' yang
tunggal. Atas tapak sistem persekolahan yang baru, yang dipandang sebagai 'sekolah
rakyat dan sekolah untuk membangun bangsa, akan terbentuk satu pelajaran yang betul-
betul bercorak kebangsaan.' Dengan berpandukan kepada idea ini, Barnes mencadangkan
cuma satu corak sekolah rendah sahaja ditubuhkan, iaitu Sekolah Kebangsaan yang
dibuka kepada kanak-kanak semua bangsa dan diajarkan oleh guru-guru daripada
berbagai-bagai bangsa dan keturunan dengan menggunakan dua bahasa pengantar, iaitu
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sekolah-sekolah bahasa ibunda semua kaum
dimansuhkan sementara di peringkat menengah dan selanjutnya, hanya pelajaran melalui
pengantar bahasa Inggeris sahaja yang akan disediakan.

Walaupun Penyata Barnes ini mempunyai matlamat kebangsaan, jelaslah bahawa ini
tidak dapat diterima oleh semua kaum di Tanah Melayu. Orang Melayu tidak bersetuju
dengan kedudukan anak-anak Melayu yang tidak diberi kedudukan yang wajar di
sekolah-sekolah Inggeris, iaitu sekadar seolah-olah menumpang di sekolah tersebut.
Sementara itu kaum Cina dan India pula merasa bahawa penyata itu seolah-olah akan
menghapuskan bahasa dan kebudayaan mereka. Untuk menghadapi tuntutan kaum Cina,
dalam tahun 1951 kerajaan Malaya telah melantik satu jawatankuasa untuk mengkaji
kedudukan pelajaran kaum tersebut. Sebagai hasilnya, pembentangan Laporan Fenn- Wu
telah mengemukakan cadangan-cadangan yang menyokong konsep penggunaan tiga
bahasa, iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Cina sebagai bahasa pengantar di sekolah-
sekolah. Nyata bahawa konsep tersebut sukar untuk dipraktikkan.

Akhirnya, penyata-penyata berkenaan telah disemak dengan mendalam dan Undang-


undang Pelajaran 1952 telah diluluskan oleh kerajaan. Dalam undang-undang ini konsep
sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris telah diterima.
Sekolah-sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam konsep sistem sekolah
kebangsaan. Tetapi, pembelajaran untuk kedua-dua bahasa tersebut diadakan. Ini
merupakan satu cadangan yang radikal dan berani tetapi ia tidak dapat dilaksanakan
secara serta-merta kerana masalah kewangan, politik dan keadaan darurat yang dialami
pada ketika itu.

Di Sabah pula, kesedaran tentang peri perlunya menggabungkan sistem pelajaran yang
bertujuan memupuk satu bentuk kerakyatan dalam lingkungan Komanwel British dapat
dilihat daripada cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Woodhead
(1955). Di Sarawak, McLellan (1960) telah menekankan peri mustahaknya mengawal
sekolah-sekolah Cina supaya mereka mengikuti sistem persekolahan kolonial yang
menggunakan bahasa pengantar lnggeris sebagai cara mencapai matlamat yang sama.

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Kemajuan dalam penggubalan perlembagaan sehingga menjelang tahun 1955


menunjukkan bahawa negara ini akan memiliki kerajaan sendiri dan selanjutnya akan
mencapai kemerdekaan daripada British dalam masa yang singkat. Oleh itu perpaduan
kaum merupakan satu keadaan yang mustahak untuk menjamin keteguhan dan keamanan
negara yang bakal merdeka ini. Masalah ini dapat dilihat dengan lebih jelas oleh sebab
berlakunya keadaan politik perkauman yang kritikal di saat itu.

Sesuai dengan janjinya dalam pilihan raya tahun 1955, Kerajaan Perikatan telah
menubuhkan satu jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat
Datuk (kemudian Tun) Abdul Razak bin Hussein yang menjadi Menteri Pelajaran ketika
itu. Pada tahun 1960 semua penyata telah disemak semula oleh jawatankuasa Abdul
Rahman Talib bagi memperteguh dan memperbaiki lagi konsep dan kelemahan-
kelemahan yang ada dalam Penyata Razak.

Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah
berasaskan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Kedua-dua
laporan ini menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan
penghasilan tenaga kerja rakyat. Daripada segi penyatuan kaum, Penyata Razak 1956
telah menyatakan:
Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan
budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan
pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta
merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. (Penyata Razak, perenggan
12).

Cara yang dicadangkan oleh Penyata Razak untuk menyatukan kaum-kaum di negara ini
adalah menerusi satu sistem pelajaran yang bercorak seperti berikut:

Satu daripada umbi kemahuan Dasar Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu ini ialah
mengubah corak semua sekolah-sekolah rendah dan sekolah menengah supaya bercorak
Tanah Melayu. Kami berpendapat bahawa caranya supaya sempurna perkara ini ialah
dengan jalan menyamakan sukatan pelajaran semua sekolah-sekolah. (Penyata Razak,
perenggan 115).

Jelas bahawa Penyata Razak telah mengutamakan perpaduan negara sebagai satu
matlamat yang perlu dicapai. Ini bermakna bahawa unsur-unsur dan nilai-nilai perpaduan
akan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk menjamin kesejahteraan dan
kepentingan masyarakat di Malaysia yang berbilang bangsa. Konsep perpaduan dalam
konteks negara ini perlu difahami sebagai satu proses yang mengutamakan perpaduan
rakyat berbilang kaum selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara. Perpaduan yang
diwujudkan mestilah berupaya menangkis semua gejala yang boleh memecahbelahkan
rakyat, umpamanya semangat perkauman yang tebal dan perasaan kedaerahan yang
melampau.

Untuk mencapai matlamat perpaduan negara melalui sistem pendidikan, Penyata Razak
dan Laporan Rahman. Talib telah menggariskan tiga asas utama:

Pertama:Sistem persekolahan yang sama bagi semua;

Kedua: Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat


persekolahan;

Ketiga:Kurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama kandungan dan bercorak


kebangsaan.

Corak sistem kebangsaan yang berdasarkan kepada sistem Penyata Razak dan Laporan
Rahman Talib ialah seperti rajah 28.2.

Dalam tahun 1960 Penyata Rahman Talib yang merupakan semakan semula Penyata
Razak 1956, juga telah menitikberatkan perlunya kurikulum sekolah disesuaikan dengan
keadaan dan keperluan negara. Usaha yang sungguh-sungguh telah dibuat untuk
menyemak dan memperbaharui sukatan-sukatan pelajaran supaya dapat membantu dan
memupuk kepentingan rakyat Malaysia. Di antara mata pelajaran baru diperkenalkan
yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat ialah mata pelajaran Tatarakyat,
Pendidikan Moral, Sejarah dan Ilmu Alam.

Mata pelajaran Tatarakyat diwajibkan di semua sekolah. Kementerian Pelajaran juga


sedang merancang untuk memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Moral. Di antara
perkara penting yang dititikberatkan dalam mewujudkan perpaduan kaum di negara ini
adalah pemahaman tentang keadaan masyarakat bagi membentuk sikap bertoleransi,
bekerjasama dan saling bersefahaman di antara kaum. Selain dari itu murid-murid juga
dididik supaya tahu, berbangga dan menghormati lambang-lambang kebangsaan. Di
sekolah-sekolah, pengibaran bendera kebangsaan yang disertai dengan nyanyian lagu
kebangsaan 'Negaraku' perlu diadakan setiap awal dan hujung minggu. Dengan adanya
tindakan seumpama ini akan timbullah rasa kekitaan dan cintakan negara.

Sejarah adalah satu mata pelajaran yang memainkan peranan penting ke arah pencapaian
matlamat pembangunan. Bagi negara yang masih lagi di dalam proses membangun ini,
murid-murid sekolah perlu ditanamkan dengan semangat patriotik, kebangsaan dan
kesetiaan kepada negara. Melalui pelajaran Sejarah juga, diharapkan semangat perpaduan
dan hormat menghormati di antara kaum yang berlainan kebudayaan dan anutan agama
dapat dibina.

Atas kesedaran ini juga maka sukatan pelajaran Sejarah yang baru telah digubal dengan
memberi penekanan kepada sejarah rakyat Malaysia dan perjuangannya, pembentukan
sikap melalui bidang pengetahuan, dan mempunyai pendekatan secara 'lingkungan
berpusat' (concentric circle).

Beberapa pembaharuan juga telah dibuat dalam sukatan pelajaran Ilmu Alam yang baru.
Tumpuan yang lebih telah diberi kepada hal-ehwal tempatan, khasnya bertujuan untuk
membolehkan murid-murid memahami latar belakang alam sekeliling, keadaan fizikal
dan sosial serta berbagai-bagai lagi. Dengan demikian, diharapkan mata pelajaran ini
dapat menanamkan perasaan bangga dan sayangkan negara sendiri.

CORAK SISTEM PENDIDIKAN MENURUT LAPORAN RAZAK


FALSAFAH PENDIDIKAN KE ARAH ABAD 21

Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan tahun 1960-an dan 1970-an adalah


berlandaskan kepada aspirasi-aspirasi dan perakuan-perakuan Penyata Razak 1956,
Penyata Rahman Talib 1960 serta Akta Pelajaran 1961. Juga, prinsip-prinsip dan nilai-
nilai yang terkandung di dalam Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru dipegang
sebagai panduan dasar. Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan telah memperakukan
berbagai cadangan bagi memperkemaskan dan memperkukuhkan lagi Dasar Pendidikan
Negara. (Lihat rajah 28.3).

Pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara melalui satu sistem pendidikan kebangsaan adalah
bertujuan untuk memajukan aspek-aspek pembangunan bangsa dan negara yang meliputi
kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik ke arah melahirkan masyarakat yang bersepadu,
berdisiplin dan terlatih. Malaysia kini berupaya membekalkan rakyatnya dengan
kemudahan-kemudahan pendidikan yang bermutu tinggi. Pendidikan juga telah terbukti
berjaya memberi sumbangan yang besar ke arah pembangunan dan kemajuan negara.

Cabaran Pendidikan Masa Kini dan Akan Datang

Selaras dengan perkembangan masyarakat dunia, rakyat Malaysia juga mengalami proses
perkembangan yang pesat dan mencabar. Oleh itu sistem pendidikan negara terpaksa
menerima cabaran ini sebab proses perkembangan sesuatu masyarakat sering kali
dikaitkan secara langsung dengan sistem pendidikannya. Laporan Jawatankuasa Kabinet
sebenarnya telah pun meneliti dan mengkaji seluruh sistem pendidikan daripada
peringkat rendah sehinggalah ke peringkat maktab, dengan meliputi kajian ke atas
kurikulum, disiplin, pengurusan, dan kemudahan serta perbekalan pelajaran. Sehubungan
ini Jawatankuasa Kabinet berprihatin terhadap kemerosotan disiplin yang berlaku di
sekolah-sekolah sekarang. Kerajaan telah menyatakan kebimbangannya terhadap
penyalahan penggunaan dadah yang semakin meningkat di kalangan para remaja dan
belia. Malah dadah telah dianggap musuh utama dan untuk membanteras wabak ini
Kementerian Pendidikan telah, diminta melaksanakan program Pendidikan Pencegahan
Dadah.

Keprihatinan kerajaan serta rakyat seluruhnya bertujuan memastikan perkembangan dan


kemajuan berjalan terus melalui sistem pendidikan. Dengan perkembangan ekonomi dan
peningkatan pembangunan negara, diharapkan akan lahirlah warganegara yang baik,
bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Negara telah berjaya menghasilkan rakyat yang
celik huruf. Penekanan dan penegasan semula perlu diberi agar mereka juga celik budaya,
celik akhlak, amanah dan memahami tujuan hidup serta tanggungjawab yang mesti
dilaksanakan oleh tiap-tiap warganegara.

Dalam konteks pendidikan yang luas, matlamat pendidikan bukan sahaja berorientasikan
masyarakat bahkan ditujukan ke arah pembinaan tradisi keilmuan, mencari kebenaran,
keadilan dan kebersihan dalam masyarakat. Inilah nilai-nilai hidup yang harus dibina
menerusi pendidikan, andainya kita benar-benar mahu membina manusia. Cabaran dan
pendidikan masa akan datang adalah ke arah melahirkan manusia yang yakin dan patuh
kepada agama, berilmu, berakhlak, bertanggungjawab dan dapat memberi sumbangan
kepada masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Negara

Pendidikan yang mampu menghadapi cabaran dan tuntutan ini seharusnya mempunyai
paksi atau teras yang kukuh. Satu-satunya paksi yang utuh dan mampu memenuhi
keperluan tersebut ialah pengetahuan keTuhanan. Pentingnya menjadikan unsur
keTuhanan sebagai paksi dalam sistem pendidikan bermatlamat menghasilkan implikasi-
implikasi seperti yang berikut:

a)Unsur-unsur nilai murni yang jika tidak dinyatakan secara jelas dan dengan penuh
kesedaran akan mengakibatkan pengetahuan yang diajarkan itu ketandusan ilmu. Jika ini
berlaku maka nilai-nilai yang tidak berunsur keTuhanan akan memenuhi ketandusan ini.
Akibatnya secara langsung atau tidak langsung nilai-nilai bebas dan nisbi (relatif) akan
berkembang.

b)Pendidikan yang terlalu menekankan kepada bidang 'kognitif', iaitu yang bertumpukan
kepada perkembangan akal dan fakulti rasional manusia akan menyebabkan unsur-unsur
lain terutama unsur rohani akan terbiar.

c)Matlamat pendidikan hanya akan tertumpu kepada utiliti dan faedah kebendaan sahaja.
Pendidikan yang diberi hanya akan sekadar menjadi 'ilmu itu ilmu sahaja'.

d)IImu yang disampaikan, yang tidak memiliki teras dan nilai-nilai murni yang dapat
diserapkan dalam diri pelajar, tidak akan berjaya untuk membawa kepada hakikat
kebenaran.

e)Para pelajar tidak dapat memperkembangkan watak dan sahsiah yang seimbang serta
mencapai kepada mat1amat hidup yang sebenarnya.

Pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang terlalu memberi penekanan kepada


kemajuan ekonomi dan pembangunan negara telah mengakibatkan wujudnya tanggapan
bahawa hanya sistem nilai yang berteraskan materialisme yang menjadi ukuran kejayaan.
Konflik antara sistem nilai yang cenderung ke arah materialisme dengan nilai-nilai
sahsiah ketimuran yang jelas dikuasai oleh tekanan untuk mendapatkan kejayaan
materialisme telah memberi kesan negatif kepada para pelajar. Beberapa perubahan dan
pengubahsuaian di dalam sistem pendidikan telah dilakukan agar pemantapannya dapat
menyelamatkan agama, ummah, bangsa dan negara.

Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara

Dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan sekarang, falsafah pendidikan


tidak dinyatakan secara 'tersurat'. Walau bagaimanapun, hasrat dan matlamat pendidikan
negara te1ah digambarkan dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran
1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Dalam konteks pembangunan negara,
sistem pendidikan kebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip-prinsip Rukun Negara
yang turut menegaskan prinsip 'kepercayaan kepada Tuhan'.

Keperluan untuk menyatakan falsafah pendidikan negara secara 'tersurat' telah lama
disedari. Langkah untuk menggubal falsafah pendidikan supaya menjadi cermin cita-cita
dan idealisme yang hendak diperjuangkan oleh rakyat negara ini melalui proses

pendidikan sememang dinanti-nantikan. Dalam penggubalannya. Pertimbangan-


pertimbangan yang teliti perlu dilakukan dengan merujuk kepada perkara-perkara
berikut:

a)Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960,

b)Akta Pelajaran 1961, (c) Laporan Jawatankuasa Mengkaji Semula Pelaksanaan Dasar
Pelajaran Kebangsaan 1979,

c)Rukun Negara,

d)Prinsip-prinsip Pendidikan, dan

e)Matlamat Pendidikan,

Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini, falsafah pendidikan negara dinyatakan seperti
yang berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah perkembangan potensi


individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan negara memberi penekanan kepada
perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan
insan yang baik, berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Ini
bermakna falsafah pendidikan negara berhasrat untuk melahirkan insan yang berpegang
teguh kepada agama. Falsafah pendidikan negara merupakan pemantapan pemikiran
mengenai pendidikan di Malaysia. Ini menetapkan arah haluan yang perlu ditujui.
Falsafah ini mempunyai keutuhan dan ketahanan yang berkekalan buat sepanjang masa
dalam konteks masyarakat Malaysia. Oleh itu, sudah sepatutnya ia dijadikan teras
keseluruhan pendidikan dari pra-sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi.
Falsafah pendidikan negara telah menggariskan tiga bidang utama bagi mencapai tujuan
pendidikan, yang mencakupi aspek-aspek keperluan individu, negara dan ekonomi, iaitu
perkembangan individu secara menyeluruh, perpaduan rakyat dan kemakmuran negara.
Usaha-usaha ke arah pencapaian faktor-faktor ini adalah merupakan matlamat pendidikan
negara. Dengan berpandukan falsafah ini perkembangan individu secara menyeluruh
akan menyumbang kepada wujudnya perpaduan rakyat dan kemakmuran negara. Insan
yang seimbang dan harmonis akan memiliki dan menghayati perkara-perkara berikut:

•percaya dan patuh kepada Tuhan,


•berilmu pengetahuan dan berketerampilan,
•berakhlak mulia,
•bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara,
•berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara, dan
•memiliki peribadi yang seimbang dan bersepadu.

Falsafah Pendidikan Negara dan Pendidikan Bersepadu

Untuk melahirkan seorang insan yang seimbang dan harmonis yang berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, beberapa pengubahsuaian kurikulum dalam
sistem pendidikan kebangsaan perlu dilakukan bagi semua peringkat. Strategi pendidikan
yang berteraskan kurikulum yang telah diolah itu juga perlu diperbaharui dan diubahsuai
agar hasrat yang dicitakan dalam falsafah pendidikan negara dapat dicapai. Perubahan
dan penyesuaian yang dilaksanakan ini adalah berasaskan kepada konsep pendidikan
bersepadu, yang mewujud pertalian nyata di antara bidang kognitif, efektif dan
psikomotor di dalam usaha meningkatkan lagi potensi individu secara menyeluruh
daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Sungguhpun Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan dan mula
dilaksanakan pada tabun 1983, iaitu sebelum falsafah pendidikan negara disuratkan,
namun beberapa ciri KBSR adalah memenuhi keperluan-keperluan ke arah perakuan
57(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, iaitu:

Kurikulum sekolah rendah itu hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-murid


mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia
dan alam sekelilingnya dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan,
minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid-murid itu.

Rajah 28,4 memberi gambaran yang jelas tentang aspek-aspek yang diberi penekanan
dalam KBSR. Sungguhpun KBSR terbentuk sebelum tersuratnya falsafah pendidikan
negara, kurikulum ini juga merupakan penghayatan konsep pendidikan bersepadu yang
amat sesuai dengan tujuan falsafah pendidikan negara. Di peringkat pendidikan
menengah pula, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) digubal dengan
berdasarkan falsafah pendidikan negara (rujuk Rajah 28.5). Kurikulum ini mula
dilaksanakan secara terhad pada tahun 1988 dan dilaksanakan sepenuhnya pada tabun
1989. Matlamat KBSM adalah selaras dengan matlamat pendidikan negara, iaitu ke arah
menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis berdasarkan kepada kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.

Dalam rancangan KBSM, pendidikan bersepadu merupakan satu strategi penting bagi
menjalin dan mengadun unsur-unsur ilmu dan kemahiran dan bahasa dan nilai-nilai
dalam semua mata pelajaran. Daripada segi konsepnya, pendidikan bersepadu ditakrifkan
sebagai proses pembentukan pelajar daripada segi penguasaan ilmu pengetahuan, pen era
pan nilai-nilai murni dan perkembangan jasmani yang sihat. Hal ini dilakukan secara
menyeluruh ke arah mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis. Proses ini berlaku
serentak, selaras dan sentiasa terikat kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Pendekatan yang digunakan untuk menjayakan matlamat pendidikan melalui sistem
pendidikan bersepadu, memberi penegasan ke atas perkara-perkara yang berikut:

Ilmu dan Kemahiran

Setiap disiplin dirujuk dan diselaraskan dengan falsafah dan matlamat pendidikan negara.
Falsafah dan matlamat ini diterjemahkan ke dalam objektif setiap mata pelajaran:

•kandungan kurikulum dapat mengembangkan lagi kemahiran-kemahiran asas yang


diperolehi di peringkat rendah;
•kandungan kurikulum dikaitkan dengan kehidupan seharian,
•kandungan kurikulum turut memperkembangkan kemahiran-kemahiran belajar,
psikomotor dan sosial yang telah pun diperolehi di peringkat rendah; dan
•kandungan kurikulum dapat membina intelek dan mengembangkan daya pemikiran
untuk menghuraikan, mencerakinkan, mencari, merumuskan dan menghasilkan idea-idea
bernas.

Nilai-Nilai Murni

Unsur nilai-nilai murni merupakan komponen bersepadu yang amat penting yang perlu
diserapkan ke dalam setiap mata pelajaran selain mata pelajaran Pendidikan Islam dam
Pendidikan Moral. Nilai-nilai murni merupakan nilai-nilai sejagat yang tidak bercanggah
dengan agama, budaya dan norma masyarakat Malaysia. Kategori nilai-nilai murni
tersebut adalah seperti yang berikut:

baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati, berkasih kebebasan, keberanian,
kebersihan fizikal dan mental, jujur, rajin, kesederhanaan, bersyukur, rasional, semangat
kemasyarakatan.

Nilai-nilai murni ini berteraskan kepada nilai-nilai kerohanian. Di samping itu, semua ini
merangkumi nilai-nilai kemanusiaan dan kewarganegaraan

Bahasa

Untuk meningkatkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam semua mata pelajaran, dengan
tumpuan diberikan kepada penggunaan aspek-aspek bahasa yang betul yang meliputi
sebutan, struktur ayat, tata bahasa dan laras bahasa. Sebagai bahasa ilmu pengetahuan,
tekanan ke atas penggunaannya juga diberi kepada ketepatan berkomunikasi, kecekapan
berbahasa, kemampuan berfikir, berkreatif dan menghasilkan . karya dalam bahasa
Malaysia. Penggunaan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Arab
sebagai alat menimba ilmu pengetahuan akan terus dikembangkan.

Ketiga-tiga unsur di atas adalah tertumpu kepada kurikulum yang bercorak formal yang
diamalkan di bilik darjah. Usaha untuk mencapai matlamat KBSM akan menjadi lebih
berkesan jika strategi ini disokong dengan strategi-strategi dalam bidang kokurikulum
dan juga budaya sekolah.

Kokurikulum

Kokurikulum merupakan satu bidang pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang
terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan
peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan yang telah dipelajari di bilik
darjah.

Aktiviti-aktiviti amali ini dapat membantu pelajar untuk mengukuhkan pengalaman


belajar dan keyakinan diri. Lazimnya gerak kerja kokurikulum dikelompokkan kepada
tiga kumpulan, iaitu pasukan pakaian seragam, persatuan atau kelab dan sukan.

Fungsi gerak kerja kokurikulum adalah seperti berikut:

(i)mengamal dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperolehi di bilik darjah,

(ii)memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga di an tara sekolah
dengan masyarakat,

(iii)mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah, di


samping memelihara kesihatan fizikal dan mental,

(iv)membantu pelajar melengkapkan bidang akademik dengan memupuk kesedaran


tentang pemilihan kerjaya, dan

(v)memberi pelajar peluang untuk melatih diri serta memupuk sifat yakin kepada diri
sendiri dan berdikari.

Budaya Sekolah

Budaya sekolah merangkumi seluruh persekitaran diri pelajar di sekolah, sama di


persekitaran yang bercorak fizikal mahupun yang bukan-fizikal. Persekitaran yang
memberi galakan dan bersifat menyokong dapat melahirkan kesan positif terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran serta penghayatan nilai-nilai murni. Dengan cara demikian
usaha untuk pembentukan akhlak dan sahsiah pelajar dapat dijalankan dengan lancar dan
berkesan.

Di antara perkara-perkara utama yang diberikan penekanan dalam pembentukan budaya


sekolah adalah:
(i)fizikal sekolah yang baik,
(ii)aspek sosial sekolah yang dapat merangsang pembinaan insan yang baik,
(iii)aspek budaya ilmu, dan
(iv)penggunaan bahasa yang baik.

Di samping aspek penting yang dinyatakan di atas, bahan-bahan pengajaran khasnya


buku teks mestilah mencerminkan hasrat falsafah dan memperlihatkan kesepaduan.
Dengan cara itu para guru dan murid mendapat panduan dan contoh yang sewajarnya.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diasaskan kepada konsep


pendidikan bersepadu bertujuan untuk mempertingkatkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan seimbang daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perakuan ini
adalah ke arah melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan berbudi serta
sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara.

Kesepaduan ini mempunyai hubung kait dan pertalian yang rapat di antara falsafah serta
matlamat pendidikan dengan matlamat KBSM dan objektif sukatan pelajaran. Pertalian
ini juga mengambil kira bidang kognitif, efektif dan psikomotor melalui isi kandungan
yang terdapat dalam mata pelajaran-mata pelajaran teras dan pilihan atau tambahan.
Rajah 28.6 memberi gambaran tentang pertalian di antara pendidikan bersepadu dengan
matlamat falsafah pendidikan negara.

Falsafah Pendidikan Negara Sebagai Teras Perancangan

Kementerian Pendidikan telah memperakui keutuhan dan keunggulan falsafah pendidikan


negara. Segala daya usaha Kementerian Pendidikan dalam melaksanakan sistem
Pendidikan Kebangsaan akan berteraskan kepada hasrat yang tersirat dalam falsafah
tersebut. Kewujudan KBSR dan KBSM yang berasaskan pendidikan bersepadu
merupakan langkah-langkah ke arah mencapai matlamat falsafah pendidikan negara.

Perubahan dan pengubahsuaian dalam sistem pendidikan diperlukan bagi menghindari


menularnya gejala-gejala yang tidak sihat yang mempengaruhi belia dan pelajar-pelajar
mas a kini. Pendidikan yang kurang menekankan teras keTuhanan dan lebih mirip kepada
kebendaan atau materialisme akibat daripada kecenderungan ke arah pembangunan
negara melalui pendidikan yang tertumpu kepada utiliti tidak lagi mampu menghadapi
cabaran dan tuntutan mas a kini. Oleh itu pendidikan yang berasaskan keTuhanan amat
perlu untuk mencegah menularnya gejala-gejala yang tidak diingini.

Penekanan kepada pendidikan yang berlandaskan keTuhanan seharusnya dijadikan


panduan dan teras kepada perancangan pembangunan pendidikan di Malaysia. Konsep
pendidikan yang berteraskan keTuhanan tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip atau
matlamat-matlamat pembangunan. Malah matlamat pendidikan yang berasaskan
keTuhanan akan menghasilkan rakyat yang baik dan sempurna daripada semua segi,
termasuk rakyat yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara dengan lebih
gigih dan penuh kejujuran.
Pendidikan yang dirancangkan berdasarkan falsafah pendidikan negara berhasrat untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang dapat memenuhi keperluan semasa serta mampu
menghadapi cabaran masa depan. Oleh yang demikian memang seharusnyalah falsafah
pendidikan negara dijadikan sebagai teras usaha-usaha perancangan pembangunan
pendidikan. Segala hasrat yang terkandung dalam falsafah tersebut perlu difahami dan
dihayati oleh semua pihak yang terlibat agar program dan projek yang dirancang benar-
benar menyokong hasrat mencapai matlamat falsafah pendidikan negara.

Rajah 28.7 menunjukkan satu rangka perancangan yang berasaskan falsafah pendidikan
negara melalui pelaksanaan pendidikan bersepadu. Rangka perancangan ini dapat
dibahagikan kepada tiga komponen utama:

(i)falsafah pendidikan negara,


(ii)operasi falsafah tersebut, dan
(iii)hasil yang hendak dicapai yang berteraskan pendidikan bersepadu.

Hasrat falsafah pendidikan menggambarkan empat aspek penting yang ditekankan


terhadap perkembangan seseorang individu iaitu daripada aspek intelek, emosi, rohani
dan jasmani. Perkembangan individu yang menyeluruh dan seimbang yang mencakupi
keempat-empat aspek ini adalah berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Pendidikan bersepadu merupakan mekanisme utama dalam sistem pendidikan.


Penekanan diberi terhadap ilmu dan kemahiran, nilai-nilai murni dan bahasa. Ketiga-tiga
aspek ini disepadukan melalui mata pelajaran-mata pelajaran teras, mata pelajaran pilihan
dan semua aktiviti kokurikulum. Kurikulum bersepadu ini akan melalui proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

STRUKTUR PENDIDIKAN

Persekolahan formal di Malaysia adalah bercorak 6-3-2-2. Struktur ini membahagikan


pendidikan itu kepada peringkat rendah, menengah rendah, menengah atas dan peringkat
selepas SPM. Kanak-kanak memasuki sekolah rendah apabila mencapai umur lebih
daripada enam tahun lebih. Sementara pendidikan peringkat tinggi dalam bidang
akademik dan profesional disediakan oleh universiti-universiti dan institusi-institusi
pengajian tinggi yang lain. Persekolahan hari ini telah bertukar corak dengan amalan
sistem semester berbanding dengan sebelum tahun 1990, yang mengamalkan bilangan
192 hari sebagai hari persekolahan dalam setahun dan dibahagikan kepada tiga penggal.

Peringkat Rendah

Hala tuju utama pendidikan rendah ialah untuk memberikan asas yang kukuh terutama
asas kemahiran menulis, membaca dan mengira. Pada peringkat ini, pendidikan adalah
percuma dan diwajibkan. Kemasukan mereka pada peringkat ini diterima semasa kanak-
kanak itu lebih daripada berumur enam tahun lebih.
Bahasa pengantar pendidikan rendah dibahagikan kepada iaitu bahasa Malaysia, Cina dan
Tamil. Bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah kebangsaan ialah bahasa Malaysia
sementara sekolah rendah jenis kebangsaan (Cina)/SRJK(C) dan sekolah rendah jenis
kebangsaan (Tamil)/SRJK(T), masing-masing menggunakan bahasa pengantar Cina dan
Tamil dengan bahasa Malaysia sebagai satu daripada mata pelajaran wajib. Bahasa
lnggeris pula diajarkan di semua sekolah rendah sebagai bahasa kedua. Persekolahan
pada peringkat ini mengalami pertambahan bilangan murid dari setahun ke setahun. Pada
tahun 1989, misalnya, seramai 2,390,920 orang kanak-kanak telah memulakan
persekolahan mereka di 6,795 buah sekolah rendah. Di Semenanjung Malaysia sahaja
peratus kemasukan ini adalah pada tahap 99.03%. Di Sabah dan Sarawak pula kadar
kemasukan ini pada amnya rendah dengan beberapa alasan seperti kawasan terpencil,
penduduk tidak ramai, sistem perhubungan yang serba kekurangan.

Sungguhpun sistem kenaikan darjah di peringkat rendah ini secara automatik. dari tahun
pertama ke tahun keenam, penilaian dalaman tetap dijalankan secara berterusan. Tujuan
utama penilaian ini adalah untuk mengenal pasti masalah yang timbul dalam proses
pengajaran dan pembelajaran supaya pemulihan dapat dibuat dengan segera. Pada akhir
tahun keenam kanak-kanak ini akan menduduki satu ujian yang dinamakan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Dalam ujian inilah murid-murid itu diuji untuk
melihat tingkat penguasaan terhadap asas pembelajaran 3M yang dicapai oleh mereka.

Peringkat Menengah Rendah

Persekolahan di peringkat menengah adalah kesinambungan persekolahan peringkat


rendah, dan menggambarkan sejauh manakah pembelajarannya berkesan. Pendidikannya
secara menyeluruh dan terbahagi kepada menengah rendah dan menengah atas.

Pendidikan menengah rendah bermula sebaik sahaja murid-murid menamatkan. pelajaran


di sekolah rendah. Mereka ditempatkan dalam tingkatan satu secara automatik. Manakala
murid-murid dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan (Tamil) dikehendaki menduduki kelas peralihan selama setahun sebelum
memasuki tingkatan satu. Peluang ini sebenarnya membolehkan mereka memenuhi dan
menguasai bahasa Malaysia yang menjadi bahasa pengantar utama di peringkat sekolah
menengah. Ini bermakna murid-murid Iepasan sekolah rendah kebangsaan akan
bersekolah selama tiga tahun. manakala murid daripada SRJK(C) dan SRJK(T) akan
belajar selama empat tahun.

Kemasukan para pelajar di peringkat ini bertambah dari tahun ke tahun. Aliran ini dapat
dilihat dengan jelas pada tahun 1988 dan 1989. Pada tahun 1988 jumlah murid ialah
931,797 orang dan tahun berikutnya menjadi 938.518 orang. Pada akhir tahun ketiga
pendidikan peringkat ini, para pelajar akan menduduki peperiksaan Sijil Rendah
Pelajaran (SRP). Peperiksaan ini akan menentukan kelayakan mereka untuk ditempatkan
ke sekolah menengah atas (tingkatan empat).

Peringkat Menengah Atas


Keupayaan dan kejayaan di peringkat peperiksaan SRP akan membolehkan para pelajar
meneruskan pelajaran mereka ke tingkatan empat dengan mengikut aliran yang sesuai
dengan kelayakan mereka. Dua aliran yang dikenal pasti ialah akademik dan vokasional.
Bagi murid yang mengambil aliran akademik, mereka akan disalurkan kepada tiga
jurusan: sains, sastera dan agama. Pelajar-pelajar yang terpilih untuk mengikuti aliran
vokasional akan mengikuti pelajaran di sekolah-sekolah vokasional dalam pelbagai
jurusan seperti pertukangan, ekonomi rumah tangga, pertanian dan perdagangan.

Pendidikan Vokasional dan Teknik

Objektif utama pendidikan vokasional dan teknik ialah untuk menyediakan para pelajar
dengan asas kemahiran vokasional dan pengetahuan teknik asas. Sekolah menengah
vokasional juga menawarkan latihan dalam kemahiran individu.

Pada akhir tempoh kursus dua tahun, para pelajar dalam aliran sastera, sains dan teknik
akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang setaraf dengan GCE '0'
level.

Pendidikan dalam jurusan vokasional dapat dilihat melalui dua program yang dinamakan
akademik dan latihan kemahiran. Pelajar yang memilih kursus latihan kemahiran akan
diberi latihan dua tahun selepas tingkatan empat (grade 10). Sementara itu di tingkatan
lima (grade 12) mereka dikehendaki mempelajari lebih banyak mata pelajaran akademik
bagi persediaan menghadapi peperiksaan SPM atau SPVM.

Selepas menduduki peperiksaan SPM/SPVM, para pelajar boleh memilih sama ada untuk
melanjutkan pelajaran atau memasuki pasaran tenaga man usia. Bagi yang ingin
melanjutkan pelajaran, peluang untuk mereka terbuka sama ada untuk ke maktab-maktab
perguruan, politeknik, institut-institut teknologi, kolej, institut kemahiran dan universiti
tempatan atau luar negeri. Institusi-institusi tersebut menawarkan kursus-kursus
profesional pada peringkat sijil, diploma dan ijazah.

Pendidikan Selepas SPM Pendidikan di peringkat ini menyediakan pelajar-pelajar untuk


menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dikelolakan
oleh Majlis Peperiksaan Malaysia, iaitu sama seperti peperiksaan Matrikulasi yang
dikelolakan oleh setengah-setengah universiti tempatan. Pada peringkat ini proses
pembelajaran berjalan selama dua tahun sama ada di kelas matrikulasi atau tingkatan
enam. Juga bidang pengajian terbahagi kepada dua jurusan, iaitu sastera dan sains. Kelas-
kelas matrikulasi pula lebih merupakan peringkat pendidikan pra-universiti. Begitu juga
halnya dengan pelajar tingkatan enam jika mereka lulus dengan cemerlang dalam
peperiksaan STPM.

Pendidikan Tinggi (Higher Education)

Kementerian Pengajian Tinggi mula ditubuhkan pada 27 Mac 2004. Pada 15 Julai 2004,
Kementerian Pengajian Tinggi telah mula beroperasi di Blok E3, Parcel E, Pusat
Perbadanan Kerajaan Persekutuan Putrajaya.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terdiri daripada tiga jabatan dan agensi. Jabatan-
jabatan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah Jabatan Pendidikan Tinggi, Jabatan
Pendidikan Swasta dan Jabatan Pendidikan Teknikal. Sementara agensi-agensi di bawah
Kementerian Pengajian Tinggi ialah LAN, PTPTN , Yayasan TAR dan 17 Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu :
• Universiti Malaya (UM)
• Universiti Sains Malaysia (USM)
• Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
• Universiti Putra Malaysia (UPM)
• Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
• Universiti Utara Malaysia (UUM)
• Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)
• Universiti Malaysia Sabah (UMS)
• Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
• Universiti Teknologi MARA (UiTM)
• Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
• Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM)
• Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)
• Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO))
• Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM)
• Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM)
• Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)

Pendidikan peringkat tinggi memberi peluang kepada setiap individu untuk


meningkatkan prestasi akademik dan pengetahuan mereka tanpa mengira had umur.
Matlamat utama di peringkat ini ialah untuk menjamin pengeluaran tenaga profesional
yang diperlukan di samping memberi kemudahan kepada penyelidikan dan perkhidmatan
runding cara yang rapi. Pendidikan peringkat tinggi selain dari IPTA terdapat juga
institusi-institusi lain yang dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti yang
berikut:

i)Institut Pengajian Tinggi Swasta


ii)Maktab Perguruan
iii)Politeknik
iv)Kolej Komuniti
v)Kolej Swasta
vi)Institut

a)Institut Pengajian Tinggi Swasta


Universiti Tunku Abdul Rahman
Universiti Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Petronas
Universiti Tenaga Nasional
Universiti Multimedia
Universiti Perubatan Antarabangsa
Universiti Terbuka Malaysia
Universiti Industri Selangor
Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
Universiti Kuala Lumpur

b)Institut Pengajian Tinggi Swasta Kolej Universiti)


i)Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia
ii)Kolej Universiti Kreatif Lim Kok Wing
iii)Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech
iv)Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya
v)Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur

c)Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (Kampus Malaysia)

i)University of Nottingham
ii)University of Monash
iii)Curtin University of Technology
iv)FTMS De Monfort University

d)Maktab Perguruan
1.Maktab Perguruan Perlis
2.Institut Perguruan Darul Aman
3.Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim
4.Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang
5.Maktab Perguruan Tuanku Bainun
6.Maktab Perguruan Ipoh
7.Institut Bahasa Melayu Malaysia
8.Institut Bahasa Antarabangsa
9.Maktab Perguruan Ilmu Khas
10.Maktab Perguruan Teknik
11.Maktab Perguruan Islam
12.Maktab Perguruan Raja Melewar
13.Maktab Perguruan Perempuan Melayu
14.Maktab Perguruan Batu Pahat
15.Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim
16.Maktab Perguruan tengku Ampuan Afzan
17.Maktab Perguruan Kuala Terengganu
18.Maktab Perguruan Besut
19.Maktab Perguruan Kota Bharu
20.Maktab Perguruan Gaya
21.Maktab Perguruan Kent
22.Maktab Perguruan Sandakan
23.Maktab Perguruan Keningau
24.Maktab Perguruan Batu Lintang
25.Maktab Perguruan Sarawak
26.Maktab Perguruan Rajang
27.Maktab Perguruan Samarahan

•Senarai Maktab Perguruan Malaysia.


(http://mcls.mampu.gov.my/bm/persekutuan/maktabline.htm)

e)Politeknik - 20 buah
1.Politeknik Dungun, Terengganu (PDT)
2.Politeknik Johor Bahru (PJB)
3.Politeknik Kota Baharu (PKB)
4.Politeknik Kota Kinabalu (PKK)
5.Politeknik Kota Melaka (PKM)
6.Politeknik Kota, Kuala Terengganu (PKKT)
7.Politeknik Kuching, Sarawak (PKS)
8.

Politeknik Kulim (PKU)


9.Politeknik Merlimau (PMM)
10.Politeknik Muadzam Shah (PMS)
11.Politeknik Mukah (PMS
12.Politeknik Perlis (PPP)
13.Politeknik Port Dickson (PPD)
14.Politeknik Sabak Bernam (PSB)
15.Politeknik Seberang Perai (PSP)
16.Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)
17.Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
18.Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
19.Politeknik Tanjung Malim (PTM)
20.Politeknik Ungku Omar (PUO)
g)Kolej Komuniti (34 buah)
1.Kolej Komuniti Alor Gajah
2.Kolej Komuniti Arau
3.Kolej Komuniti Bayan Baru
4.Kolej Komuniti Bentong
5.Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka
6.Kolej Komuniti Chenderoh
7.Kolej Komuniti Darulaman
8.Kolej Komuniti Grik
9.Kolej Komuniti Hulu Langat
10.Kolej Komuniti Hulu Selangor
11.Kolej Komuniti Jasin
12.Kolej Komuniti Jelebu
13.Kolej Komuniti Jempol
14.Kolej Komuniti Kepala Batas
15.Kolej Komuniti Kota Tinggi (Bandar Penawar)
16.Kolej Komuniti Kuala Langat
17.Kolej Komuniti Kuala Terengganu
18.Kolej Komuniti Kuantan
19.Kolej Komuniti Kuching
20.Kolej Komuniti Ledang
21.Kolej Komuniti Mas Gading
22.Kolej Komuniti Mentakab
23.Kolej Komuniti Pasir Salak
24.Kolej Komuniti paya Besar
25.Kolej Komuniti Rompin
26.Kolej Komuniti Sabak Bernam
27.Kolej Komuniti Segamat
28.Kolej Komuniti Segamat 2
29.Kolej Komuniti Selandar
30.Kolej Komuniti Selayang
31.Kolej Komuniti Sungai Petani
32.Kolej Komuniti Sungai Siput
33.Kolej Komuniti Tawau
34.Kolej Komuniti Teluk Intan

Pendaftaran pelajar di IPTA mengikut jantina dan peringkat Ijazah pengajian bagi sesi
akademik 2002/2003 adalah seperti berikut:

Diploma Lelaki-35,599 Perempuan-49700

Ijazah Lelaki-70,835 Perempuan-120,599

Diploma Lepasan Ijazah


Lelaki-207 Perempuan-226
Sarjana
Lelaki-12,841 Perempuan-12,688

Ph.D
Lelaki- 2,486 Perempuan-1,396

Bilangan Staf akademik di IPTA bagi sesi akademik 2002/2003

Tutor 1,985

Guru Bahasa 812

Pensyarah 10,241
Prof. Madya 3,203

Profesor 795

Wujudnya Universiti Kebangsaan Malaysia


Universiti ini telah ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Kampus utamanya terletak di Bangi,
Selangor dan bahasa pengantar utamanya ialah bahasa Malaysia. Sehingga kini universiti
tersebut telah membuka dua cawangan, pertama Fakulti Perubatan di Kuala Lumpur dan
satu lagi di Bukit Padang, Sabah.

Perjuangan untuk menubuhkan universiti ini telah bermula sejak tahun 1920-an apabila
A. Kadir Adabi membuat saranan kepada Sultan Kelantan supaya mendirikan sebuah
pusat pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utamanya. Pada sekitar tahun 1950, KPGMS juga telah membangkitkan perkara yang
sama. Berikutan dengan itu pada tahun 1965, Encik Abdul Rahman Talib telah
mengumumkan bahawa Universiti Malaya yang ada ketika itu boleh menggunakan
kedua-dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun,
selepas berlangsungnya Seminar Bahasa Kebangsaan pada tahun 1967, Universiti Malaya
telah mula berminat untuk menggunakan dasar bahasa Melayu salah satu bahasa
pengantar utama.

Menjelang tahun 1968, ura-ura penubuhan Universiti Kebangsaan telah menjadi


perbualan masyarakat dan beberapa orang tokoh cendekiawan ketika itu seperti Zainal
Abidin Abdul Wahid, Abu Bakar Hamid, Tunku Shamsul Bahrain, Zain Abdul Majid dan
Ghazali Abdul Rahman telah menggesa kerajaan supaya penubuhan universiti ini
disegerakan.

Bertempat di Universiti Malaya pada 15 Mac 1969, satu kongres mengenai penubuhan
universiti ini telah diadakan. Keputusan kongres kemudiannya diserahkan kepada Datuk
Patinggi Abdul Rahman Yaakob selaku Menteri Pendidikan ketika itu. Pada 18 Mei 1970
impian rakyat Malaysia menjadi kenyataan dengan pengambilan pelajar pertamanya
seramai 190 orang yang telah dibuat di Maktab Perguruan Persekutuan Kuala Lumpur.

Sekarang, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mempunyai sebanyak dua belas fakulti,
empat pusat dan satu institut. Dengan pengambilan pelajar sesi 88/89 seramai 4,136
orang, Universiti Kebangsaan sekarang telah menampung seramai 11,382 orang penuntut.

Penutup

Sejak awal-awal lagi, diakui bahawa proses pendidikan telah diterima sebagai faktor
terpenting dalam mencorak dan menggerakan kelompok manusia. Hal ini semakin ketara
terutama sekali apabila kerajaan menyatakan hasrat untuk menerapkan nilai-nilai dan
budaya yang sesuai kepada setiap rakyat negara ini sebagai persiapan diri dan negara ini
bagi menghadapi zaman 'Iedakan maklumat'.

Ramai di kalangan ahli masyarakat yang melihat pendidikan ini sebagai satu pelaburan
jangka panjang dalam menyediakan tenaga mahir untuk menyambut cabaran masa akan
datang. Pada hakikatnya pendidikan ialah merupakan satu usaha memberi arah kepada
kelangsungan kehidupan dan memperlengkapkan diri anak-anak bangsa untuk menjadi
manusia yang berketerampilan. Ini bererti bahawa pendidikan harus berkesan dalam
mencapai pengurusan dalam pelbagai bidang umpamanya bidang sains, teknologi,
informasi, matematik dan komputer.

Sistem pendidikan berubah mengikut masa dan reformasi pendidikan akan terus berlaku
mengikut perubahan zaman. Oleh yang demikian ini membolehkan individu yang lahir
ketika itu mempunyai daya tahan dan daya saing yang kuat dan teguh hingga
terbentuknya satu bangsa yang merdeka serta berani dan mampu melihat masa depan
negara berdasarkan perspektif dan nilai kita sendiri.

BIBLIOGRAFI

1. Awang Had Salleh (1974). Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman
British. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Ahmad Abd. Ghani b. Hj. Said (1977). Tuan Hussein Kedah, Kajian Ilmiah Jabatan
Sejarah. University Malaya.

3. Abdullah Sani Yahya dan rakan (1990). Perkembangan Pendidikan di Malaysia.


Petaling Jaya: Longmans.

4. Abu Zahari Abu Bakar (1980). Perkembangan Pendidikan di Semenanjung


Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kiriman berakhir

You might also like