You are on page 1of 23

http://galerisufie.blogspot.com/2007/08/pengenalan-ilmu-dhabtul-quran.

html

6.33 a.m 15 september 2010

Pengenalan Ilmu Dhabtul Quran

Ta’rif dan pengertian


Makna asal dalam bahasa ‘arab
sampai matlamat dalam memelihara sesuatu perkara
Istilah ilmu dhabt
suatu ilmu yang member i tanda kepada huruf-huruf Al-Quran dari segi harakah(baris),
sukun(tanda mati), syaddah(sabdu), mad(panjang) dan lain-lain lagi.
Tajuk yang dibincangkan
Tanda-tanda yang menunjukkan atas apa yang dipamerkan oleh huruf dari segi meletakkan baris
atau meninggalkannya, keudukan dan warnanya dan lainlain lagi.
Faedah
Menghilangkan keraguan dan kesamaran pada huruf-huruf al-Quran supaya tidak bertukar huruf
yang bersabdu atau tidak, yang mana mati dan berbaris
Alamat atau tanda-tanda yang terlibat dengan dhabt pada huruf-huruf al-Quran dari segi
bentuk, warna dan tempat meletakkannya ialah:

 Harakah
 Sukun
 Syaddah
 Mad
 Hamzah

Perbezaan ilmu Rasm dan ilm Dhabt


Ilmu rasm:

 dicipta untuk memberi perhatian pada permulaan dan waqf(berhenti) kalimah al-Quran.
 Contoh: kalimah Muhammadun ditulis dengan hruf mim, ha’, mim & dal. Dibuang huruf
nun yang bertanwin
 Berhubungkait dengan huruf pada kalimah-kalimah Al-Quran dari segi isbat dan hazaf
(ada dan buang)

Ilmu dhabt:

 Dicipta untuk memelihara bacaan ketika wasal(bersambung)


 Contoh: Huruf nun yang mati dibiarkan tanpa tanda mati bagi menunjukkan berlaku
hukum idgham pada nun tersebut apabila dibaca secara wasal.
 Berhubungkait dengan semua yang dipamerkan oleh huruf-hruf al-Quran dari segi baris,
mati, syaddah dan sebagainya
http://badrizam.blogspot.com/2010/02/rasm-uthmani.html

6.38 a.m

15 september 2010

Rasm Uthmani

PENGENALAN

Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh
Sayyidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya. Rasm
Uthmani juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para sahabat yang
bertanggungjawab untuk menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm tersebut. Di
samping itu, ia juga dinamakan dengan Rasm Tauqifi kerana kebanyakkan ulama berpendapat
bahawa rasm tersebut merupakan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W dan bagindalah
yang memerintahkan supaya ia digunakan dalam penulisan al-quran pada ketika itu.
Dalam Negara Malaysia terdapat berbagai jenis tulisan dan cetakan Al-Quran. Akhir-akhir ini
telah disedari bahawa keadaan tersebut boleh membawa kekeliruan dan kadang-kadang langsung
kepada penyelewengan terhadap kandungan Al-Quran itu sendiri. Terdapat banyak aduan dari
kalangan masyarakat Islam tentang salah baris, salah ejaan, bertambah huruf, perkataan tidak
terang dan lain-lain termasuk juga Al-Quran yang terlalu lusuh disimpan tanpa mengambil
faedah daripadanya sedikit pun.
Atas kesedaran ini, Kerajaan Malaysia telah berusaha mengesyorkan kepada Umat Islam supaya
menggunakan Al-Quran dengan tulisan Rasm Uthmani sahaja. Selain daripada dapat
menyelaraskan tulisan Al-Quran, Rasm Uthmani juga mempunyai kelebihan dan kesahihannya
mengikut sejarah.
Dalam tahap penulisan Al-Quran sehingga sepertimana yang terdapat sekarang, ianya melalui
empat peringkat. Pertama, penulisan Al-Quran masih belum diletakkan tanda-tanda sebagaimana
yang ada sekarang.Kedua, penulisan Al-Quran barulah ditandakan titik-titik yang mana telah
dipelopori oleh Abu al-Aswad al-Duali pada zaman Khalifah Marwan bin Hakam.Ketiga,
penulisan Al-Quran barulah ditandakan Syak(harkat) yang dipelopori oleh Hajjaj bin Yusuf.
Dalam tahap keempat barulah ditambahkan tanda-tanda wakaf Marka’ dan lain-lain. Al-Quran
tersebut ditulis tangan dengan Khat Kufi kemudian ditulis lagi dengan Khat Raihani kemudian
dengan Khat Thuluth dan yang terakhir dengan Khat Nasakh. Dengan Khat Nasakh inilah
pertama kali Al-Quran dicetak di Jerman (Hamburg), dan seterusnya dicetak di negara-negara
Islam lainnya hingga ke hari ini.

SEJARAH AL-QURAN

Nabi Muhammad s.a.w telah diutuskan kepada satu umat yang kebanyakannya buta huruf ( tidak
boleh membaca dan menulis ), tidak boleh mengira bahkan hampir tidak boleh mengenal sesuatu
bentuk tulisan.Antara yang boleh menulis sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w sebagai
rasul ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah,
Abu Sufyan bin Harb, Mu’awiyah bin Abi Sufian, Abban bin Said dan al-Ala’ bin al-
Hadrami.Semuanya dari kalangan penduduk Mekah manakala dari kalangan Madinah ialah
Amru bin Said, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan al-Munzir bin Amru.
Setelah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, Baginda telah menggalakkan penulisan dan
mendorong agar umat Islam belajar menulis sehingga mensyaratkan setiap orang tawanan Perang
Badar dari kalangan orang Quraisy Mekah yang ingin dibebaskan hendaklah terlebih dahulu
mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam di Madinah.Melalui usaha ini, Baginda
mengharapkan berlakunya pertambahan jumlah penulis di kalangan masyarakat Islam.Akhirnya
Rasulullah s.a.w mempunyai lebih daripada 40 orang penulis (kebanyakkanya penulis wahyu )
sebelum al-Quran sempurna diturunkan kepada Baginda.

PENGENALAN RASM UTHMANI

Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh
Sayyidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya.Ia juga
ditakrifkan sebagai satu ilmu untuk mengetahui perbezaan antara mashaf-mashaf Rasm Uthmani
dengan Rasm Qiyasi.Dr. Sya’ban Muhammad Ismail mendefinisikan dengan lebih terperinci
sebagai satu keterangan yang membicarakan mengenai mashaf-mashaf yang ditulis pada zaman
Sayyidina Uthman r.a dan diutus ke kota-kota Islam ketika itu.Kesimpulannya bahawa Rasm
Uthmani ialah tulisan asal al-Quran yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah s.a.w
dan rasm inilah yang digunakan oleh para sahabat untuk menulis ayat-ayat al-Quran dan
dinisbahkan kepada Sayyidina Uthman r.a kerana beliaulah yang mengarahkan supaya al-Quran
disalin semula kepada beberapa buah mashaf dengan menggunakan rasm tersebut.

RASM UTHMANI SERTA KEISTIMEWAANYA

Al-Quranul karim boleh ditakrifkan sebagai kalamullah yang diturunkan kepada junjungan mulia
Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat jibril as dan melalui Nabi Muhammad S.A.W
disampaikan kepada umat manusia. Al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan sebagai
pembimbing manusia ke jalan yang benar. Firman Allah Surah Al-Isra ayat 9

¨Maksudnya: “ Sesungguhnya Al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang paling lurus dan
memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi
mereka ganjaran yang besar”.

Selain daripada itu, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud:


“ Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Taala, maka baginya satu kebajikan,
dan satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda.Aku tidak mengatakan Alif, Lam,
Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.Riwayat Ibnu
Mas’ud.

Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai berbagai keistimewaan yang tiada terdapat pada rasm yang
lain.Di antaranya keistimewaan tersebut adalah seperti berikut :

1. Tauqifi daripada Rasulullah S.A.W.


Rasm Uthmani ini merupakan satu kaedah penulisan yang diajarkan oleh Rasulullah kepada para
sahabat. Rasm ini datangnya daripada Allah S.W.T Rasulullah tidak mengajar sesuatu kepada
para sahabat melainkan setelah mendapat perintah wahyu daripada Allah.Firman Allah S.W.T
dalam surah Al-Najm ayat 1-4 yang berbunyi:

Maksudnya: “Demi bintang semasa ia menjunam.Rakan kamu (Nabi Muhammad S.A.W yang
kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu ) tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar) dan
ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah ).Dan ia tidak memperkatakan ( sesuatu yang
berhubung dengan agama Islam ) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.Segala yang
diperkatakan itu (sama ada al-quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan
kepadanya”.

2. Salah satu dari rukun bacaan Al-Quran.


Membaca Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan pembacanya akan
mendapat ganjaran iaitu pembacaan yang menepati rukun. Para ulama Al-Quran bersepakat
mengatakan rukun bacaan yang betul ada tiga perkara.Salah satunya ialah menepati salah satu
mushaf-mushaf uthmani sama ada mushaf yang dihantar ke Madinah, Mekah, Kufah, Basrah,
Syam atau mushaf Imam yang disimpan oleh Saidina Uthman sendiri.Perkataan rukun
bermaksud yang perlu ada pada sesuatu, sekiranya tiada Allah tidak akan menerima perbuatan
dan amalan tersebut.Oleh yang demikian, amalan bacaan al-Quran hanya dianggap betul
sekiranya berpandukan salah satu mashaf-mashaf uthmani sahaja.

3. Merangkumi tujuh huruf Al-Quran


Salah satu keistimewaan rasm uthmani ialah kerana kaedah penulisannya berkaitan dengan tujuh
huruf Al-Quran dan ianya bertepatan dengan wajah-wajah qiraat yang pernah diajarkan oleh
Rasulullah S.A.W kepada para sahabat.Terdapat hadis yang menerangkan Al-Quran itu
diturunkan dalam tujuh huruf sebagaimana sabda baginda S.A.W yang bermaksud:

“ Telah menceritakan kepada kami Said bin Ufayr, ia telah berkata, telah menceritakan kepadaku
Uqayl bin Ibn Syihab, telah menceritakan kepadaku Ubayd Allah bin Abd Allah, bahawa Ibn
Abbas r.a telah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: Jibril a.s. telah
mengajarkan kepadaku satu huruf, maka aku sentiasa mengulanginya dan aku juga sentiasa
meminta ditambahkan, dan akhirnya ia menambah kepadaku sehingga selesai tujuh huruf”.

Salah satu pendapat disepakati oleh ulama ialah tujuh huruf itu bermaksud tujuh cara bacaan
yang merangkumi di dalamnya perselisihan nama sama ada mufrad, muthanna atau jama’ dan
sama ada mudhakkar atau muannath, samaada tebal, nipis, imalah, tashil, isymam dan
sebagainya.

4. Bertepatan dengan pembentangan bacaan Al-Quran terakhir.


Satu lagi faktor penting yang membuktikan bahawa rasm uthmani perlu diutamakan dalam
penulisan Al-Quran kerana ianya bertepatan dengan pembentangan terakhir Al-Quran oleh
Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril a.s.Semasa Rasulullah melakukan semakan terakhir
al-quran kepada malaikat Jibril a.s., Zayd bin Thabit turut bersama-sama baginda.Oleh itu Zayd
bin Thabit diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpulkan al-Quran oleh khalifah Abu
Bakar r.a dan khalifah Uthman r.a.Maka Zayd menulis berpandukan kepada apa yang telah
beliau dengar semasa pembentangan terakhir.
5. Salah satu dari mukjizat Al-Quran.
Setiap huruf-huruf Al-Quran mempunyai mukjizatnya tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah
S.W.T semata-mata.Sebarang penambahan atau pengurangan terhadap huruf-hurufnya bererti
seseorang itu telah menambah atau mengurangkan mukjizat Al-Quran dan sekiranya ia berlaku
sudah pasti orang yang melakukannya bertanggungjawab di akhirat kelak.Oleh itu, rasm uthmani
sangat perlu diberikan keutamaan dalam penulisan Al-Quran supaya kaedah penulisan tersebut
betul mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Selain itu, Al-Quran bukan sahaja
kerana membacanya, malah mendengarnya pun mendapat banyak manfaat.

6. Mengikut Sunnah Rasulullah


Tulisan yang mengikut rasm atau tulisan yang ditulis di zaman Rasulullah.

DEFINISI SETIAP KAEDAH SERTA CONTOH-CONTOHNYA

Terdapat tiga kaedah penulisan yang digunakan untuk menulis kalimah-kalimah Arab.Kaedah-
kaedah tersebut ialah Rasm Uthmani, Rasm Qiyasi dan Rasm Arudi.Daripada tiga kaedah ini,
hanya Rasm Uthmani dan Rasm Qiyasi digunakan dalam penulisan Al-Quran dan Rasm Arudi
digunakan dalam penulisan syair-syair Arab sahaja.Kaedah Rasm Uthmani jauh berbeza dengan
kaedah penulisan biasa.Terdapat beberapa kaedah. Antaranya ialah:

1. KAEDAH AL-HAZAF
Maksud Al-Hazaf ialah membuang atau mengurangkan sesuatu huruf pada kalimah-kalimah
tertentu.Dalam Rasm Uthmani, Al-Hazaf bermaksud huruf-huruf yang tidak boleh ditulis tetapi
wajib dibaca sama ada ketika wasal atau waqaf. Mengikut kaedah Rasm Uthmani terdapat enam
huruf yang dibuang iaitu Alif, Wau,Ya, Lam, Nun dan huruf-huruf di permulaan beberapa surah
tertentu.Hazaf berlaku dalam tiga bentuk iaitu hazaf isyarah, hazaf ikhtisor dan hazaf iktisor.

Hazaf Alif pada tempat-tempat dan keadaan-keadaan berikut.

(a) Hazaf Alif


1. Alif pada kalimah “basmalah “sama ada lengkap atau tidak.Contohnya surah An-Naml ayat
30:
Kecuali pada surah Al-Alaq ayat 1:
2. Alif “Al-Takrif “yang didahului huruf Lam untuk ta’kid atau “jar”.Contohnya surah
Al-Imran ayat 96:
¨3. Kalimah-kalimah di awalnya hamzah Qata’ yang berfungsi sebagai pertanyaan dan
disusuli selepasnya hamzah wasal atau Qata’.Contohnya surah Al-Baqarah ayat 35:
4. Alif fiel Amr yang didahului huruf wau atau fa.Contohnya surah Yusuf ayat 82:
5. Alif ya kata seruan ( ya al-nida ).Contohnya surah Az-Zumar ayat 53:
6. Alif kalimah aiyuha pada tiga tempat di tiga surah berlainan.Contohnya surah An-Nur ayat 31:
7. Alif “ domir marfuk “ yang bersambung dengan “ domir maful “.Contohnya surah Ya-sin ayat
69:

8. Alif kata bilangan dua (muthanna) yang tidak terletak dihujung kalimah.Contohnya Surah An-
Nisaa ayat 16:
9. Kebanyakan alif pada kalimah jama’ muzakkar salim.Contohnya surah Al-Fatiha ayat
2:
Kecuali jika selepasnya huruf hamzah atau tasdid.Contohnya surah Al-Fatiha ayat 7:

10. Semua Alif jamak Mu’annath.Contohnya surah An-Nisa ayat 25:


Kecuali surah syura ayat 22:
11. Alif pada kata nama bilangan ( Asma’ Al-Adad ).Contohnya surah Al-A’raf ayat 142:
12. Alif berbaris dua di atas ( fathain ) yang didahului huruf hamzah.Contohnya surah Al-A’la
ayat 5:

Begitu juga jika huruf sebelum hamzah berbaris dihazaf alif sama ada ia “ nasab “ atau kata
bilangan dua “ li thasniah “.Contohnya surah Yunus ayat 87:
!13. Alif bagi ha peringatan ( ha tanbih ).Contohnya surah An-Naml ayat 42:
14. Alif kata penunjuk ( isim isyarah ).Contohnya surah Al-Baqarah ayat 5:
15. Alif kata nama penyambung ( asmak al-Mausulah ).Contohnya surah At-Talaq ayat 4:
‘16. Alif di tengah-tengah ejaan nama ajam dan nama-nama itu sering digunakan.Contohnya
surah Al-Anbiyaa ayat 48:

17. Alif selepas wau yang asal pada fiel hanya terdapat pada satu tempat sahaja dalam A-Quran
iaitu dalam surah An-Nisaa ayat 99:
18. Alif hamzah pada semua perkataan "‫"ألن‬contohnya dalm surah Al-Baqarah ayat 71:
19. Alif berbentuk ( surah ) hamzah yang asalnya dihujung kalimah seperti dalm surah Al-
Baqarah ayat 72:
20.Dua alif yang berturut-turut dalam satu kalimah.Contohnya dalam surah Al-Baqarah ayat 6:
21.Alif wau jamak pada dua huruf yang asal yang dibuang.Contohnya dalam surah Al-Baqarah
ayat 61:
22. Alif pada kalimah-kalimah yang mempunyai dua huruf lam.Contohnya dalam surah Al-I
Imran ayat 164:
23. Semua perkataan “ kitab” kecuali di tempat berikut.Surah An-Naml ayat 1:

Surah Qaf ayat 14:


25. Perkataan “ayatuna” kecuali pada dua tempat seperti dalam surah Yunus ayat 21
Dan surah Yunus ayat 15.
26. Hazaf alif juga berlaku pada kalimah-kalimah berikut:
‫السموت‬،‫المسجد‬،‫المسكين‬،‫السلطن‬،‫الشيطن‬،‫المبركة‬،‫الرحمن‬.

(b) Hazaf Wau

Hazaf wau berlaku dalam keadaan berikut:


1.Bila ia berturut-turut dalam satu kalimah.Contohnya dalam surah As-Sajda ayat 18:
`2. Dibuang wau yang menumpangkan huruf hamzah.Contohnya dalam surah Yusuf ayat 5:
3. Dibuang awau pada empat kata perbuatan. Contohnya dalam surah A-Alaq ayat 18:

( c) Hazaf Ya

Hazaf Ya berlaku dalam keadaan berikut:


1. Ya “ muatakallim” pada kedudukan “ isim munada”.Contohnya dalam surah Al-Furqan ayat
30:
È
2. Ya tambahan di akhir kalimah yang tidak berfungsi sebagai “nidak”.Contohnya dalam surah
Hud ayat 105:
3. Ya “ isim manqus” berbaris dua di hadapan atau baris dua di bawah.Contohnya dalam surah
Al-Baqarah ayat 173:
4. Ya daripada dua ya yang berturut-turut dalam satu kalimah sama ada di tengah atau di
akhir.Contohnya dalam surah Al-Maidah ayat 111:
Kecuali pada ayat 18 surah Mutaffifin:
5. Ya yang “bersuroh” hamzah.Contohnya dalam surah Maryam ayat 74:
6. Semua lima belas kali ya pada perkataan” Ibrahim” dalam surah Baqarah.

7. Semua kata “ say’yiah “ dalam bentuk jamak.Contohnya dalam surah Hud ayat 78:
( d ) Hazaf Lam

Hazaf Lam berlaku pada keadaan berikut:


1. Pada Lam kedua dalam kalimah-kalimah
‫الئ دان والليل‬،‫التي‬،‫الذين‬،‫الذان‬،‫الذي‬.
Kecuali kalimah-kalimah seperti
‫اللطيف دان اللوامة يغ كسمواث مغكلكن حروف الم كدوا‬،‫الحم‬،‫الالت‬،‫الؤ‬،‫اللهو‬،‫اللغو‬،‫اللعنة‬،‫الالعنين‬،‫الالعنون‬.

2. Lam pada lafzul Jalalah.

(e) Hazaf Alif, Wau, dan Ya Fawatih Suwar.


Hazaf alif berlaku pada huruf alif, lam, ha kecil dan besar, ya, to, sod,qaf, ro.Hazaf wau pula
pada huruf nun.Manakala hazaf huruf ya melibatkan huruf-huruf mim, sin dan ain.Huruf fawatih
yang tidak terlibat dengan hazaf fawatih hanyalah alif kerana selepas dieja tiada huruf mad yang
terdapat padanya.

2. KAEDAH AL-ZIYADAH

Al-Ziyadah ialah menambah sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu.Huruf tersebut ditulis
tetapi tidak berfungsi.Terdapat tiga huruf yang ditambah mengikut kaedah penulisan rasm
uthmani.Huruf tersebut ialah Alif, wau dan ya.

1. Menambah huruf-huruf alif.Terbahagi kepada enam bahagiani)


Menambah alif selepas wau gentian kepada jamak muzakar salim yang berhubung dengan fi’il
madhi, mudari’ dan amar. Contohnya dalam surah Al-Baqarah ayat 218.
¨ii) Menambah alif selepas huruf wau jamak pada perkataan muzakar salim yang marfu’.
Contohnya
‫أولوااأللبب‬
iii) Menambah alif selepas wau bagi semua fi’il mudari’.Contohnya dalam surah Al-
Hajj ayat 12.
iv) Menambah alif selepas huruf mim.Contohnya ‫مائة حبة‬.
v) Menambah alif selepas huruf ya.Contohnya dalam surah yusuf ayat 87.
vi) Menambah alif selepas huruf lam.contohnya ‫ومالية بئايتنا‬.
2. Menambah huruf wau.Terbahagi kepada dua bahagian.
i) Menambah huruf wau.Ia ditulis tetapi tidak dibaca dengan hukum madd pada
huruf wau itu.Contohnya dalam surah Al-A’raf ayat 145.
ii) Menambah huruf wau selepas hamzah qata’ tetapi ia tidak dibaca dengan madd
huruf wau itu.Contohnya ‫أولئك جزاؤهم‬.

3. Menambah huruf ya iaitu menambah huruf ya pada kalimah-kalimah tertentu tetapi tidak
dikira sebagai huruf madd.Contohnya:
i) Surah Al-Imran ayat 144:
ii) Surah Ta-Ha ayat 130:
živ) Surah Al-Zariyat ayat 47:
v) Surah Al-Qalam ayat 6:
vi) Surah Al-An’am ayat 34:
vii) Surah Yunus ayat 15:
Begitu juga pada kalimah (mala’) pada surah Hud ayat 97:
3. KAEDAH AL-IBDAL
Ibdal ialah menukarkan sesuatu huruf kepada huruf yang lain.Pertukaran tersebut berlaku dalam
lima keadaan berikut iaitu:-
1. Pertukaran huruf alif kepada wau
2. Pertukaran alif kepada ya
3. Pertukaran nun kepada alif
4. Pertukaran Ta al-Marbutah kepada Ta’ al-Maftuhah
5. Pertukaran Thulathi wau kepada alif

1. Pertukaran huruf alif kepada wau


Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf alif akan diibdalkan kepada huruf wau
pada beberapa kalimah tertentu.Kalimah tersebut ialah:-

a) Empat kalimah yang selalu berulang-ulang iaitu


‫ الربوا‬،‫ الحيوة‬،‫ الزكوة‬،‫الصلوة‬
b) Empat kalimah dalam surah-surah tertentu iaitu:-
‫ ومنوة‬،‫ النجوة‬،‫ كمشكوة‬،‫بالغدوة‬

2. Pertukaran alif kepada ya


Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf alif pula akan diibdalkan kepada huruf
ya pada beberapa keadaan tertentu.
a) Apabila alif terletak di hujung kalimah.Contohnya dalam surah Ali Imran ayat 73:

tetapi terdapat beberapa keadaan di mana huruf alif dikekalkan, iaitu huruf alif bersebelahan ya
sama ada sebelum atau selepasnya.Contohnya dalam surah Al-Baqarah ayat 201:
terdapat satu kalimah yang tetap ditulis dengan ya biarpun ianya bersebelahan dengan huruf ya
iaitu dalam surah Maryam ayat 7:
Huruf alif pada kalimah-kalimah berikut
‫ طغا‬،‫ سيماهم‬،‫ أقصا‬،‫ األقصا‬،‫ عصا‬،‫كلتا‬
b) Huruf alif pada kalimah ‫ أنى‬yang membawa maksud “bagaimana”, ia juga pada kalimah
seperti
‫ لدى‬،‫ متى‬،‫ بلى‬،‫ الى‬،‫ حتى‬،‫ على‬،‫أنى‬
Melainkan pada satu kalimah yang tetap ditulis dengan huruf alif iaitu daripada surah Yusuf ayat
25:
3. Pertukaran nun kepada alif
Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf nun akan diibdalkan kepada huruf alif
pada beberapa keadaan tertentu:

a) Huruf nun taukid khafiyyah pada dua kalimah iaitu ‫وليكونا دان لنسفعا‬
b) Huruf nun pada kalimah satu kalimah seperti ‫فاذا‬
4. Pertukaran Ta al-Marbutah kepada Ta’ al-Maftuhah
Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf Ta’ al-Marbutah akan diibdalkan
kepada huruf Ta’ al-Maftuhah pada beberapa kalimah tertentu.
a) Kalimah ‫ رحمة‬ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah ‫ رحمت‬pada tujuh tempat dalam al-Quran.
b) Kalimah ‫ نعمة‬ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah ‫ نعمت‬pada sebelas tempat dalam al-Quran.
c) Kalimah ‫ سنة‬ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah ‫ سنت‬pada lima tempat dalam al-Quran.
d) Kalimah ‫ امرأة‬ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah ‫ امرأت‬pada tujuh tempat dalam al-Quran.
e) Kalimah ‫ مرضا ة‬ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah ‫ مرضا ت‬pada semua tempat dalam al-Quran.
f) Kalimah ‫ لعنة‬ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah ‫ لعنت‬pada dua tempat dalam al-Quran.
g) Kalimah ‫ معصية‬ditulis dengan Ta’ al-al-Maftuhah ‫ معصيت‬pada dua tempat dalam al-Quran.
h) Huruf-huruf yang mufrad ditulis dengan Ta’ al_maftuhah pada tujuh kalimah dalam al-Quran,
iaitu ‫ ابنت‬، ‫ فطرت‬، ‫ وجنت‬، ‫ بقيت‬، ‫ ثمرت‬، ‫ قرت‬، ‫شجرت‬
.
5. Pertukaran Thulathi wau kepada alif
Semua kata nama dan kata perbuatan yang mempunyai tiga huruf dan asal huruf yang ketiganya
ialah wau.Contohnya seperti ‫ الصفا‬، ‫ شفا‬، ‫ سنا‬dan sebagainya, melainkan semua kalimah ‫والضحى‬
dan lima kalimah yang lain iaitu ‫ سجى‬، ‫ طحها‬، ‫ تلها‬، ‫ دحها‬، ‫زكى‬

4. KAEDAH AL-WASL DAN AL-FASL

Al- Wasl wa al-Fasl ialah kaedah menyambung dan memisahkan tulisan pada huruf-huruf atau
kalimah-kalimah tertentu.Di dalam penulisan Rasm Uthmani, terdapat banyak kalimah yang
ditulis dengan cara bersambung pada sesuatu tempat, tetapi ditulis dengan cara berpisah pada
tempat yang lain dan sebaliknya.

1. Ditulis dengan bersambung pada kalimah-kalimah berikut:


a) Semua Ya’ al-Nida’ ( ‫ ) يا‬dengan kalimah yang selepasnya seperti dalam surah Al-Baqarah
ayat 35.
b) Semua Ha’ al-Tanbih ( ‫ ) ها‬dengan kalimah yang selepasnya seperti dalam surah Al-Nisa ayat
109.
c) Semua kalimah ( ‫ ) أم‬dengan ( ‫ ) ما‬seperti dalam surah Al-Lail ayat 5.
d) Semua huruf Alif Lam al-Ta’rif dengan kalimah yang selepasnya seperti dalam surah Al-
Fatihah ayat 4.
e) Semua kalimah ( ‫ ) من‬dengan ( ‫ ) من‬seperti dalam surah Hud ayat 48.
f) Semua kalimah ( ‫ ) من‬dengan gantinama selepasnya seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 35.
Ÿg) Kalimah ( ‫ ) يس‬dengan ( ‫ ) ما‬pada dua tempat dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Baqarah
ayat 90
dan surah Al-A’raf ayat 150.
h) Kalimah (‫ ) ابن‬dan (‫ ) أم‬yang dimulai dengan Ya’ al-Nida’ (‫ )يا‬pada satu tempat sahaja dalam
al-Quran iaitu dalam surah Taha ayat 94.
i) Semua kalimah berikut
‫ وزنوهم‬، ‫ كالوهم‬، ‫ أما‬، ‫ حيئذ‬، ‫ كأنما‬، ‫ نعما‬، ‫ يومئذ‬، ‫ إال‬، ‫ مهما‬، ‫ أيما‬، ‫ ويكأنه‬، ‫ويكأن‬.
2. Ditulis dengan berpisah pada kalimah-kalimah berikut:

a) Kalimah (‫ ) هيث‬dengan (‫ ) ما‬pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-
Baqarah ayat 144 dan 150.
b) Semua kalimah (‫ )يس‬dengan (‫ ) ما‬yang didahului dengan huruf Fa’ dan Lam seperti dalam
surah Ali Imran ayat 187.
c) Kalimah ( ‫ ) أن‬dengan ( ‫ ) لم‬pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-
An’am ayat 131 dan
š�
surah Al-Balad ayat 7.
d) Kalimah ( ‫ ) عن‬dengan ( ‫ ) من‬pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Nur
ayat 43 dan
surah Al-Najm ayat 29.
e) Kalimah (‫ )ابن‬dan (‫ )أم‬apabila tidak bersambung dengan Ya’ al-Nida’ pada satu tempat sahaja
dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-A’raf ayat 150.
f) Kalimah ( ‫ ) عمن‬pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Nur ayat 43 dan
surah Al-Najm ayat 29
g) Kalimah (‫ )كى‬dengan (‫ )أل‬pada tiga tempat dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Nahl ayat 70,
surah Al-Ahzab ayat 37 dan
surah Al-Hasyr ayat 7.
h) Kalimah (‫ )أيا‬dengan (‫ )ما‬pada satu tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Isra’
ayat 110.
i) Kalimah (‫ )إل‬dengan (‫ ) ياسين‬pada satu tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-
Safat ayat 130.

j) Kalimah (‫ )أن‬dengan (‫ )لو‬pada tiga tempat sahaja salah satunya dalam surah Al-A’raf ayat 100.

3. Kalimah yang berbeza bentuk tulisannya

i) Kebanyakkanya ditulis dengan bersambung


a) Kalimah ( ‫ ) أن‬dengan ( ‫ ) ال‬seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 282.

b) Semua kalimah ( ‫ ) إن‬dengan ( ‫ ) ما‬seperti dalam surah Muhammad ayat 4.

Melainkan pada satu tempat yang ditulis terpisah iaitu surah Al-Ra’d ayat 40.

c) Semua kalimah ( ‫ ) عن‬dengan ( ‫ ) ما‬seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 74.


Melainkan pada satu tempat yang ditulis terpisah iaitu surah Al-A’raf ayat 166.

d) Semua kalimah ( ‫ ) إن‬dengan ( ‫ ) ما‬seperti dalam surah Al-Nisa ayat 171.™


Melainkan pada satu tempat yang ditulis dengan berpisah iaitu surah Al-An’am ayat 134.
ž
e) Semua kalimah ( ‫ ) كل‬dengan ( ‫ ) ما‬seperti dalam surah Al-Nisa ayat 56.

Melainkan pada tempat yang ditulis dengan berpisah iaitu surah Ibrahim ayat 34.

ii) Kebanyakkannya ditulis dengan berpisah.

a) Semua kalimah ( ‫ ) أين‬dengan ( ‫ ) ما‬seperti dalam surah Ali Imran ayat 112.
Melainkan pada tiga tempat yang ditulis bersambung iaitu surah Al-Baqarah ayat 115.

b) Semua kalimah (‫ ) إن‬dengan ( ‫ ) لم‬seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 24.

Melainkan pada satu tempat yang ditulis bersambung iaitu surah Hud ayat 14.

4. Kalimah yang harus ditulis sama ada bersambung atau berpisah.

a) Kalimah ( ‫ ) فى‬dengan ( ‫ ) ما‬pada sepuluh tempat dalam al-Quran.Salah satunya seperti dalam
surah Al-Baqarah ayat 240.
Ÿ
b) Kalimah ( ‫ ) أن‬dengan ( ‫ ) ال‬pada satu tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-
Anbiya ayat 87.

KAEDAH AL-HAMZ / HAMZAH

Penulisan Hamzah di dalam Rasm Uthmani terbahagi kepada dua bahagian


1. Hamzah Wasal
2. Hamzah Qatho’

Hamzah Wasal
Cara mengenal hamzah wasal di dalam Mashaf Rasm Uthmani ialah diletak di atas huruf alif
kepada sod yang kecil.Hamzah wasal kekal bunyinya (sebutannya) ketika dimula dengannya dan
dia gugur (hilang) ketika disambung dengan kalimah sebelumnya.Hamzah ini berada di awal
kalimah sahaja. Contohnya ‫السميع العليم‬.
Hamzah Qatho’
Cara mengenal hamzah Qatho’ di dalam mashaf Rasm Uthmani ialah ditulis atau diletak di atas
alif, wau dan ya’ huruf hamzah yang kecil.Hamzah qatho’ kekal sebutannya sama ada ketika
dimula dengannya juga ketika disambung dengan kalimah sebelumnya.Hamzah qatho’ berada
pada awal tengah dan akhir kalimah.
Contohnya ‫أن أدواالى‬
Pembahagian Hamzah Wasal
1. Hamzah wasal ditulis dengan alif dan di atas alif diletak tanda hamzah wasal ( ‫ ) ا‬iaitu kepala
huruf sod sebagai gambaran kepada hamzah wasal.
Contohnya ‫واليوم الموعود‬

2. Hamzah wasal dibuang atau dihazaf gambarannya pada lima keadaan:

a) Hamzah wasal pada faul kalimah yang terletak di antara huruf wau ataupun fa’ dengan
hamzah. Contohnya; Asal ‫ فاأتوا‬ditukar kepada ‫فأتوا‬
b) Hamzah wasal terletak pada Fi’il Amar sebelumnya juga terdapat huruf wau dan fa’.
Asal ‫ واسئل‬ditukar kepada ‫وسئل‬
c) Hamzah wasal terletak pada Lam At-Takrif sebelumnya terdapat huruf Lam Ibtida’ atau Lam
huruf Jarr.Contohnya
Asal ‫ اللذى‬ditukar kepada ‫للذى‬
d) Hamzah wasal yang terletak pada Fi’il sebelumnya terdapat hamzah istifham.Contohnya
Asal ‫ أاطلع‬ditukar kepada ‫أطلع‬
e) Hamzah wasal yang terletak pada lafaz Isim Majrur dengan ba’ yang disandarkan kepada
Lafzl Jalallah.Contohnya
Asal ‫ باسم هللا‬ditukar kepada ‫بسم هللا‬

Pembahagian Hamzah Qatho’


1. Hamzah yang ditulis mengikut harakat ( baris ) dan surah ( gambaran ) sebelumnya.Contohnya
‫وأصيال‬
2. Hamzah bersendirian sebelumnya terdapat huruf yang sakinah.
Contohnya ‫عليهم ءأنذرتهم‬
3. Hamzah yang bertanda sukun terletak pada pertengahan kalimah atau akhir kalimah terdapat
di dalam beberapa keadaan.
a) Hamzah selepas Fathah ( baris di atas ) ditulis dengan hamzah dan alif.
Contohnya ‫أنشأتم شجرتها‬
b) Hamzah selepas Kasrah ( dibaris bawah ) ditulis dengan hamzah dan ya’.
Contohnya ‫ائت بقرءان‬

6. KAEDAH MA FIH QIRA’ ATAANI

Sekiranya terdapat sesuatu kalimah yang mengandungi dua atau beberapa wajah qiraat, kalimah
itu ditulis dengan salah satu dari wajah-wajah qiraat tersebut.Kaedah penulisan kalimah-kalimah
tersebut boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:

1. Bertepatan tulisannya dengan dua wajah qiraat.


Terdapat beberapa kalimah yang ditulis dengan hadhaf huruf Alif, bacaannya bertepatan dengan
dua wajah qiraat sama ada dengan Alif panjang atau tanpa Alif yakni pendek.Contohnya:
a) Kalimah ) ‫ ) فكهين‬boleh dibaca dengan panjang atau pendek pada huruf fa’
b) Kalimah ‫ ) )مللك‬boleh dibaca panjang atau pendek pada huruf Mim dan kalimah
seumpamanya.

2. Ditulis mengikut salah satu dari dua wajah qiraat.


Apabila terdapat dua wajah qiraat pada sesuatu kalimah, ianya ditulis dengan menggunakan
salah satu wajah yang lebih masyhur.Contohnya:
a) Kalimah ‫ ) )الصرط‬ditulis dengan huruf sad walaupun terdapat qiraat yang membaca dengan
huruf sin dan huruf zay yang diisymamkan.Ini kerana bacaan sad lebih masyhur dan banyak
digunakan dalam qiraat-qiraat mutawatirah jika dibandingkan dengan bacaan lain.

3. Berlaku penambahan disebabkan wajah qiraat yang berbeza.


Terdapat beberapa perbezaan qiraat yang melibatkan penambahan sesuatu huruf atau kalimah.Ini
menyebabkan kaedah tulisan yang digunakan bagi qiraat tersebut tidak sesuai bagi qiraat yang
lain.Dengan itu, ianya ditulis pada sebahagian mashaf dengan satu kaedah dan sebahagian lagi
dengan kaedah yang lain.Contohnya
‫ جنت تجرى تحتها االنهر‬ditulis sedemikian pada sebahagian mashaf, dan mashaf lain pula ada
penambahan kalimah ‫ من‬menjadi ‫تجرى من تحتها االنهر‬.

Al-Quran pada permulaan penurunannya yang diturunkan kepada nabi Muhammad tidak
sebagaimana yang kita tatapi hari ini berkulit, berbaris, bertitik dan sebagainya.Masa dan waktu
terus berjalan, semakin hari semakin ramai dikalangan sahabat yang menghafaz al-Quran
meninggal gugur syahid.Islam semakin rancak tersebar di serata dunia menyebabkan berlakunya
percampuran bahasa hasil daripada perkahwinan bangsa arab dengan bukan arab menyebabkan
berlakunya kecelaruan dalam membaca dan memahami al-Quran.Demi kemaslahatan umat
generasi yang akan datang, satu inisiatif telah diambil untuk kemaslahatan umat generasi akan
datang dengan memperkenalkan dhabtul Quran.

Al-Dabt pada bahasa bermaksud menjaga sesuatu manakala pada istilah ianya bermaksud satu
disiplin ilmu yang membincangkan simbol-simbol yang diciptakan oleh ulama untuk membantu
dan mengawasi bacaan dan menjaga ketulinan kalimah-kalimah al-Quran.

HIKMAH ATAU RAHSIA DISEBALIK PENGGUNAAN KAEDAH-KAEDAH TERSEBUT

1. Kaedah Al- Hazaf


Sebagai petujuk dua atau lebih wajah qiraat dan ianya mempunyai maksud tertentu yang khusus.

2. Kaedah Al-Ziyadah
Hurufnya mempunyai banyak keistimewaan.Para ulama berpendapat bahawa huruf-huruf
tersebut boleh dijadikan panduan untuk mengetahui asal baris bagi sesuatu huruf terutamanya
pada peringkat awal penulisannya yang tidak mempunyai sebarang baris.Selain itu, para ulama
juga mendapati bahawa huruf-huruf ziyadah mempunyai makna lain yang tersirat disebaliknya.

3. Kaedah Ibdal
Terdapat banyak hikmah yang tersirat di sebalik kaedah penulisan Ibdal dalam Rasnm Uthmani
yang tidak mampu dikaji atau difikirkan oleh akal fikiran manusia.Terdapat juga beberapa
hikmah atau keistimewaan yang tersurat dan dapat difikirkan oleh ulama yang pakar dalam
bahasa arab dan pakar dalam bidang qiraat.Antaranya ialah huruf-huruf tersebut boleh dijadikan
panduan untuk mengetahui asal-usul sesuatu huruf.Selain itu, sebahagian kalimah ditulis
bersesuaian dengan berbagai-bagai cara bacaan yang diharuskan.

4. Kaedah Al-Wasl dan Al-Fasl


Telah memberi kesan yang besar terhadap tiga perkara.Pertamanya cara bacaan.Cara bacaan bagi
semua qurra akan berbeza dengan sebab berlainan cara penulisan kalimah-kalimah
tertentu.Keduanya berkaitan dengan maksud kalimah.Maksud sesuatu kalimah yang ditulis
dengan bersambung kadang-kadang akan berbeza apabila ia ditulis dengan berpisah.Ketiganya,
berkaitan hukum tajwid.Hukum tajwid bagi sesuatu kalimah pada kebiasaanya akan berubah
dengan sebab perbezaan cara tulisan yang melibatkan bersambung atau berpisah.

5. Kaedah Al-Hamz/ hamzah


Para ulama tidak dapat menyelami hikmah yang tersirat di sebalik kaedah penulisan huruf
hamzah yang berbeza-beza kerana kaedah tersebut bukannya ciptaan manusia.Akal manusia
tidak dapat memikirkan tentang hikmah di sebalik bentuk penulisan huruf hamzah yang berbeza-
beza antara satu sama lain.Namun, terdapat juga beberapa hikmah yang tersurat di sebaliknya
iaitu yang berkaitan dengan cara-cara bacaannya yang berbagai-bagai.

6. Kaedah Ma Fihi Qira’ Ataani


Terdapat pelbagai keistimewaan.Antaranya ialah ianya merupakan satu kaedah penulisan yang
sesuai digunakan oleh semua wajah qiraat yang mutawatirah.Selain itu, ianya ditulis
berpandukan bacaan yang lebih masyhur dan dibaca oleh kebanyakkan qiraat.Ianya berlaku
apabila sesuatu qiraat harus ditulis dengan satu bentuk tulisan sahaja iaitu bentuk yang asal,
tanpa perlu diubah kepada satu bentuk yang lain dan bentuk itu memungkinkan dibaca dengan
berbagai qiraat.Selain itu, beberapa kalimah yang tertentu ditulis berlainan dalam beberapa
mushaf-mushaf tertentu.Ini disebabkan oleh ayat atau kalimah asalnya hanya sesuai dibaca oleh
sebahagian qiraat dan tidak memungkinkan dibaca oleh sebahagian qiraat yang lain.

PENDAPAT MENGENAI HUKUM MENGGUNAKAN RASM UTHMANI

Al-Quran adalah wahyu daripada Allah sebagai petunjuk kepada manusia.Di dalam penulisan
ayat-ayat al-Quran didapati ada beberapa pendapat ulama’.Pertamanya, penulisan al-Quran
mestilah ditulis dengan Rasm Uthmani ( Pendapat Jumhur Ulama’).Keduanya, Harus menulis
dengan tidak mengikut Rasm Uthmani.Ketiganya, Harus malah Wajib dengan tidak mengikut
Rasm Uthmani bagi kegunaan awam, bagi maksud pembelajaran.
Pada pendapat saya, hukum menggunakan rasm uthmani adalah Wajib. Ini kerana, melalui rasm
uthmani dapat membentuk bacaan yang selaras dikalangan pembaca yang mungkin mempunyai
bentuk bacaan yang berbeza. Fenomena inilah yang menjadi faktor utama pengumpulan dan
penulisan al-Quran pada zaman Uthman bin Affan yang menghadapi perbezaan bacaan al-Quran
di kalangan umat Islam yang berkembang pesat ke seluruh pelosok dunia dan mempunyai ramai
penganut yang baru memeluk Islam. Justeru itu, perlu diamalkan sejak dari peringkat
persekolahan lagi, nescaya ia akan mewujudkan bacaan yang seragam di seluruh negara.
Seterusnya, tulisan Rasm Uthmani ini dapat menonjolkan kemukjizatan al-Quran dengan
wujudnya perbezaan bentuk tulisan al-Quran berbanding bahasa Arab. Walaupun Kalam Allah
ini diturunkan dalam bahasa Arab tetapi terdapat banyak perbezaan dari segi bentuk bacaannya
seperti bacaan pendek dan panjang. Dengan adanya tanda bacaan yang tertentu, ia dapat
memandu kita untuk membaca dengan betul. Ciri inilah yang terdapat dalam Rasm Uthmani.
Jika kemukjizatan dan keistimewaan dapat diterangkan dan ditonjolkan dengan sebaiknya, ia
dapat menarik minat untuk menggunakan Rasm Uthmani ini dalam pengajian al-Quran.
Selain itu, penguasaan ilmu tajwid adalah perkara yang mustahak selepas seseorang boleh
membaca al-Quran.Kerana ketidak mampuan menguasai tajwid ini akan mewujudkan kesalahan
dan kesilapan yang banyak dalam membaca al-Quran.Malah, kesilapan membaca membawa
pada kesilapan pengertian yang terkadang membawa pada pengertian sebaliknya.Oleh itu, rasm
uthmani boleh membantu menguasai huku-hukum tajwid.Dengan memahami beberapa simbol
yang ada pada al-Quran uthmani, pembaca akan dengan mudah menguasai hukum tajwid dengan
baik dan sempurna.
Selain itu, bentuk tulisannya dapat memudahkan seseorang mengetahui dan mengingati bentuk
bacaan al-Quran. Contohnya, perbezaan bentuk baris tanwin dapat menentukan bentuk bacaan
sesuatu hukum tajwid, samada bacaan tersebut dengung atau pun tidak. Ini memudahkan kita
untuk membaca al-Quran dengan bacaan yang betul.
Di samping itu, bentuk tulisannya juga teratur dan kemas sama ada pada awal atau surah. Begitu
juga pada awal atau akhir juzuk. Setiap ayat diakhiri dengan kalimah yang menyempurnakan dan
memenuhi kehendak ayat tersebut. Secara tidak langsung, pembaca dapat berhenti dengan baik
dan selesa. Bagi yang ingin menghafal pula, ianya akan memudahkannya untuk membuat
rujukan, tambahan pula bilangan mukasurat bagi setiap juzuk adalah sama iaitu sebanyak 20
halaman.

Secara keseluruhannya, dapat dijelaskan di sini bahawa sesungguhnya Rasm Uthmani yang
disepakati oleh para sahabat r.a. amat memberi faedah kepada umat Islam hingga ke hari ini. Ia
juga adalah salah satu daripada janji-janji Allah taala kepada manusia, iaitu akan memelihara al-
Quran hingga ke hari kiamat.

Melalui penerangan ringkas mengenai Rasm Uthmani ini, diharapkan tugasan ini dapat memberi
sedikit sebanyak ilmu yang berguna untuk tatapan dan panduan kepada kita. Antara lain, semoga
penerangan dan huraian yang telah diperjelaskan ini juga akan dapat membantu kita semua di
dalam meneliti di samping mengkaji beberapa kaedah dan pelbagai keistimewaan yang terdapat
di dalam tulisan Rasm Uhtmani.
Firman Allah taala :
"‫" ورتل القرأن ترتيال‬
Walau bagaimanapun ulasan-ulasan seperti ini tidaklah mencukupi untuk kita berhenti di sini,
sebaliknya kita adalah berkewajiban untuk merujuk kepada guru-guru yang muktabar bagi
memperdalami lagi kajian ini, supaya pengetahuan kita terhadap Rasm Uthmani ini akan lebih
mendalam dan lebih jelas lagi .

Anda mungkin juga meminati:

http://badrizam.blogspot.com/2010/02/ilmiah.html
6.40 a.m 15 septemebr 2010

PENGENALAN ILMU TAJWID SERTA KEUTAMAANNYA

Ilmu tajwid merupakan ilmu yang telah berkembang sehingga kini dalam memperelokkan bacaan al-
Quran. Menurut bahasa, ilmu tajwid membawa maksud memperelokkan dan menghalusi (Mahadi Dahlan
al-Hafiz & Azahari Othman al-Hafiz. Kaedah Tajwid Rasm Usmani dalam al-Quran, ms 1).

Manakala ilmu tajwid dari perspektif istilah pula ia adalah suatu ilmu yang membahaskan cara membaca
ayat-ayat suci al-Quran mengikut hukum yang tertentu, dengan mengucapkan huruf menurut hak asli dan
hak mendatang Hak al-huruf bermaksud huruf dan makhrajnya yang tidak boleh sama sekali dipisahkan
dari huruf tersebut seperti (‫)الجهر والهمس‬. Kemudian sifat atau hak mendatang adalah seperti (‫)والترقيق( )التفخيم‬
dan lain-lain lagi. (Hassan Mahmud al-Hafiz. Pelajaran Ilmu Tajwid al-Quran Rasm Usmani, ms 27).

Syeikh Ahmad Hijazi al-Fiqh menerusi bukunya ‫ القول السديد‬iaitu seorang ketua para Qari di Mekah telah
membincangkan erti perkataan al-Tajwid dengan membawa maksud mengelokkan. Manakala al-Tajwid
menurut pengertiannya ialah pengetahuan yang membicarakan makhraj huruf (alat-alat pengucapan),
sifat-sifatnya dan perkara yang berhubung dengan ayat-ayat al-Quran. misalnya membaca huruf-huruf
ada pengucapan atau haknya. Hal ini berkaitan dengan aktiviti membaca dengan sifat-sifat huruf itu
sendiri seperti ‫( جهر‬menempik), ‫( همس‬mendesis), ‫( شدة‬keras) dan sebagainya. Ia juga melibatkan aktiviti
membaca huruf menurut landasan atau mustahaknya iaitu membaca mengikut sifat yang baru
mendatang termasuklah tentang makhraj, sifat dan perkara yang dibawa oleh kalimah-kalimah al-Quran.
Ia adalah seperti hukum menyesuaikan huruf contohnya ‫( تفخيم‬menebal), ‫( ترقيق‬menipis), dengung dan
sebagainya lagi (Abdullah al-Qari Salleh. Kursus Qari dan Qariah, ms 15).

Pada masa yang sama juga, Syeikh al-Islam Zakaria Ansari pernah membentangkan pengertian
perkataan tajwid iaitu;

"‫"هو عدم االخالل بالمعنى واإلعراب‬


Maksudnya:
“Iaitu bacaan yang nyata maknanya dan terang pengucapannya”.

Oleh yang demikian itu, istilah tajwid secara kesimpulannya ialah ilmu yang berkaitan dengan sebutan
huruf yang diucap pada makhraj-makhrajnya yang betul, kadar panjang dan pendek bacaan (mad),
dengung, qalqalah, isymam (‫)اشمام‬, dan lain-lain lagi yan terkandung dalam skop ilmu tajwid. Sifat-sifat
bacaan ini akan menolong dalam penyampaian kepada makna perkataan-perkataan yang diucapkan
(Abdullah al-Qari Salleh. Kursus Qari dan Qariah, ms 16).

Selain daripada pengenalan dan pentakrifan awal dalam ilmu tajwid, perbincangan hukum
mempelajarinya juga adalah salah satu keutamaan yang seharusnya diketahui oleh setiap individu dalam
mendalami ilmu tajwid. Membaca al-Quran secara bertajwid adalah wajib dan diberikan ganjaran pahala
kepada setiap pembacanya. Namun sebaliknya membaca al-Quran tanpa bertajwid iaitu dengan bacaan
yang salah adalah berdosa. Malah, hukum mempelajarinya adalah fardhu kifayah bagi umat Islam, dan
fardhu ain khususnya bagi para ulama. Sekiranya tidak ada individu yang mempelajarinya di sesebuah
negeri atau daerah maka akan berdosa (Hassan Mahmud al-Hafiz. Pelajaran Ilmu Tajwid al-Quran Rasm
Usmani, ms 29).

Terdapat beberapa dalil dalam membincangkan hukum mempelajari ilmu tajwid yang dilihat dari
perspektif al-Quran, al-Sunnah dan ulama. Allah s.w.t. berfirman di dalam al-Quran;

ً‫َورَ ِّت ِل القُرانَ َترْ ِت ْيال‬


Maksudnya:
“Bacalah al-Quran itu dengan tartil”.

Menurut Ali bin Abi Talib, tartil bermaksud mentajwidkan huruf dan mengetahui tempat berhenti.
Perkataan ‫ ورَ ِّت ِل‬adalah ‫ فعل األمر‬yang bererti wajib kerana tidak qarinah yang boleh merubah bentuk
asalnya.

Apabila diteliti dari al-Sunnah pula, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Imam Malik dalam
kitabnya ‫ الموطاء‬dan ‫ النسائى‬dari susunannya daripada Huzaifah dari Rasulullah s.a.w. bersabda;
‫اقرؤا القرآن بلحون العرب وأصواتا‬
‫واياكم ولحون أهل الفسق والكبائر‬
Maksudnya:
“Bacalah al-Quran dengan bentuk suara dan lagu Arab. Dan jauhilah oleh mu dari bentuk suara dan lagu-
lagu orang-orang yang fasiq serta dosa besar”.

Lagu fasiq ialah lagu yang bukan berasal dari lagu Arab yang diatur not kaedah muzik yang boleh
merosakkan bunyi makhraj dan sifat huruf. Manakala lagu nyanyian ahli kitab pula adalah lagu yang
dilakukan seperti orang yang putus asa atau merintih ditimpa bencana. Ia sebenarnya dapat melalaikan
sebutan huruf.

Di samping itu, terdapat kata sepakat ulama berkaitan hukum mempelajari tajwid. Umumnya hukum
mempelajari ilmu tajwid al-Quran adalah menjadi fardhu kifayah, sedangkan hukum menggunakannya
adalah fardhu ain bagi setiap orang Islam sama ada lelaki atau pun perempuan yang telah baligh. Imam
al-Syams bin al-Jazari dalam Mukaddimahnya telah menetapkan bahawa;

‫ وهكذا منه الينا وصال‬،‫ من لم يجود القرآن فهو أثم ألنه به اال له انزال‬،‫واألخذ بالتجويد حتم الزم‬
Maksudnya:
“al-Quran wajib dibaca secara bertajwid, berdosalah pembaca yang tidak bertajwid kerana secara itulah
ia ditirunkan, dan begitulah kepada kita ia disampaikan” (Abdullah al-Qari Saleh. Kursus Qari dan Qariah,
ms 18; Hassan Mahmud al-Hafiz. Pelajaran Ilmu Tajwid al-Quran Rasm Usmani, ms 29-31).

KESIMPULAN

Secara umumnya ilmu tajwid merupakan ilmu yang penting bagi umat Islam. Umat Islam khususnya akan
dapat membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan bacaan yang betul dan dapat mengelakkan berlakunya
kesalahan dalam bacaan. Dalam proses memperhalusi pembacaan al-Quran, individu Muslim juga akan
mempelajari kaedah dan metode hukum-hukum ketika membaca ayat-ayat suci al-Quran. Di antaranya
termasuklah makhraj huruf, tingkatan suara dan seni bertaranum yang pelbagai.

Oleh yang demikian itu, usaha dalam mempelajari tajwid seharusnya ditingkatkan dalam setiap lapisan
masyarakat termasuklah yang golongan muda dan golongan tua. Sebagaimana hari ini, telah wujud
pelbagai metode atau kaedah untuk memudahkan pemahaman dalam bidang ilmu tajwid misalnya
rancangan tilawah, bertaranum dan tajwid al-Quran, yang mana disiarkan melalui media-media tempatan.
Selain daripada itu menerusi internet juga banyak blog-blong yang membincangkan ilmu tajwid.
Walaupun terdapat sedikit perbezaan pendapat dan prinsip seperti perbezaan qiraat dan sebagainya,
namun ia boleh dibincangkan dengan lebih terperinci dalam kalangan cendikiawan dan para ilmuan pada
zaman teknologi ini.

SOALAN KEDUA:

Hukum-hukum mad terjadi disebabkan beberapa perkara dan di antaranya disebabkan terdapat huruf
yang sukun. Mad dari segi bahasa bermaksud menambah atau memanjangkan. Dari segi istilah pula ia
ialah memanjangkan suara pada huruf-huruf mad dan lin dengan kadar dua hingga enam harkat (Mahadi
Dahlan al-Hafiz & Azahari Othman al-Hafiz, Kaedah Tajwid Rasm Uthmani, ms 38). Huruf-huruf mad
(panjang) terbahagi kepada tiga bahagian iaitu;

Huruf
Keterangan
Contoh
‫ْا‬
Alif sakinah yang sebelumnya terdapat huruf berbaris di atas
‫حَ َّتى إِ َذا‬
‫ْو‬
Wau sakinah yang sebelumnya terdapat huruf berbaris hadapan
‫ُردُّوهَا‬
ْ‫ي‬
Ya sakinah yang sebelumnya terdapat huruf berbaris di bawah
َ‫م ُِبين‬

Huruf-huruf yang menemui salah satu daripada huruf-huruf di atas hendaklah dipanjangkan bacaannya
menurut kadar yang tertentu.

Tiga jenis mad yang berkaitan dibincangkan sebagaimana yang berikut;


1) Mad wajib muttasil
2) Mad jaiz munfasil
3) Mad lin

1) Mad wajib muttasil

Contoh
‫جَ ا َء‬
‫سُو~ َء‬
َ‫سِ ْيئ‬
Kadar panjang
· Tidak kurang daripada 3 harkat bersamaan 1½ alif dan tidak lebih daripada 6 harkat (3 alif).
· Menurut bacaan Hafs ia di panjangkan dengan kadar 4 atau 5 harkat sahaja.
Cara mengenali
· Apabila salah satu huruf mad ( ْ‫ ) ْا ْو ي‬bertemu dengan hamzah dalam satu perkataan.
Sebab dinamakan
· Ia dinamakan dengan mad wajib muttasil kerana huruf-huruf mad bertemu secara berangkai atau
bersambung dan hanya berada dalam satu kalimah atau perkataan sahaja.

2) Mad jaiz munfasil


Contoh
‫فِيْ أَ ْنفُسِ ُك ْم‬
‫قُ ْوآ أَ ْنفُسَ ُه ْم‬
ُ‫يآأَ ُّيهَا ال َّناس‬
Kadar panjang
· Harus dipendekkan iaitu dibaca sepanjang 2 harkat.
· Harus dimadkan iaitu dibaca sepanjang had wajib muttasil.
· Kesimpulannya dibaca dengan kadar 2/4/5 harkat.
Cara mengenali
· Apabila salah satu huruf mad ( ْ‫ ) ْا ْو ي‬bertemu dengan hamzah berharkat di dalam perkataan lain.
Sebab dinamakan
· Ia dinamakan dengan mad jaiz munfasil kerana salah satu huruf-huruf mad bertemu secara bercerai di
antara dua kalimah atau perkataan.

3) Mad lin
Contoh
ٌ‫َخ ْوف‬

ٍ ‫قُرَ ي‬
‫ْش‬
Kadar panjang
· Kadar bacaan adalah 2 harkat.
· Apabila huruf yang dimatikan kerana wakaf maka kadar panjangnya adalah 2/4/6 harkat.
Cara mengenali
· Apabila dua huruf ( ْ‫)و ي‬ ْ dan sebelumnya huruf yang berbaris di atas, dan ia hendaklah dimadkan.
Sebab dinamakan
· Ia dinamakan dengan lin kerana ia hendaklah dibaca secara lembut.
Kadang kala terdapat mad lin berpasangan dengan mad ‘arid, dan hukumnya sebagaimana berikut;
a) Sekiranya mad lin mendahului mad ‘arid
- Maka boleh dibaca dengan memilih pasangan sifat seperti berikut;
Mad lin ( َ‫)الَ رَ ْيب‬
Ø Pendek : 2 harkat
Ø Sederhana : 4 harkat
Ø Panjang : 6 harkat
Mad ‘arid ( َ‫)ل ِْل ُم َّتقِ ْين‬
Ø Pendek/ sederhana/ panjang : 6/4/2 harkat
Ø Sederhana/ panjang : 6/4 harkat
Ø Panjang : 6 harkat

b) Sekiranya mad ‘aridmendahukui mad lin


- Maka boleh dibaca dengan memilih pasangan sifat berikut;
Mad ‘arid ( َ‫)ل ِْل ُم َّتقِ ْين‬
Ø Pendek : 2 harkat
Ø Sederhana : 4 harkat
Ø Panjang : 6 harkat
Mad lin ( َ‫)الَ رَ ْيب‬
Ø Pendek: 2 harkat
Ø Sederhana/ panjang : 2/4 harkat
Ø Panjang/ sederhana/ pendek : 2/4/6 harkat
http://solah-syubrawi.blogspot.com/2010/02/dhabt-al-quran.html 6.44. am 14 september 2010

Istilah Dhabt Al-Quran merupakan satu istilah yang tidak asing bagi mereka yang pernah belajar
Sejarah Penulisan al-Quran. Tanpa adanya disiplin ilmu ini, saya rasa sukar untuk kita membaca
Al-Quran seperti hari ini.

MUSHAF RASM UTHMANI PADA HARI INI

Apakah 'Dhabt Al-Quran'

'Dhabt Al-Quran' ialah satu disiplin ilmu yang membahaskan mengenai tanda/simbol yang
diciptakan oleh para Ulama' untuk membantu di dalam pembacaan Al-Quran. Contohnya tanda
baris atas, bawah, dan depan, tanda sabdu, titik-titik pada huruf dan lain-lain lagi.

Pada zaman Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.a, Al-Quran ditulis tanpa apa-apa tanda/simbol
seperti baris dan titik. Huruf-huruf Hijaiyah (seperti 'ba', 'ta', 'tsa', 'jim' dll) ditulis tanpa titik.
Kebanyakan umat Islam ketika itu, mahir dan menguasai ilmu bahasa arab. Ini membolehkan
mereka membaca tulisan Al-Quran walaupun tanpa titik, baris, dan simbol-simbol lain.

Kelebihan dan kepentingan Dhabt Al-Quran

Di antara kelebihan dan kepentingan Dhabt Al-Quran ialah :

1. Dapat membaca Al-Quran dengan tepat mengikut hukum tajwid.

2. Menghilangkan kesamaran cara bacaan pada tanda baris dan tanda hukum bacaan seperti tanda
sabdu, mad, dan lain-lain.

Jenis Dhabt

Terdapat dua jenis dhabt (tanda), iaitu :

i. Naqt al-I'rab :
Tanda/simbol dalam bentuk baris atas, bawah, dan hadapan

ii. Naqt al-I'jam :


Tanda dalam bentuk titik, untuk membezakan huruf bertitik dan huruf tidak bertitik

InsyaAllah, penjelasan lanjut mengenai kedua- dua jenis tanda/simbol ini akan saya tulis pada
'posting' akan datang.
http://paleq82.blogspot.com/

6.45 a.m 15 september 2010

http://paleq82.blogspot.com/2008/10/dhabt-al-quran-ilmu-tanda.html

Dhabt Al Quran ( Ilmu Tanda )


Posted by Ustaz Muhammad Sholiheen Bin Osman

ASAL USUL TITIK DAN BARIS DALAM AL-QURAN.

Sesungguhnya titik itu membawa dua pengertian yang perlu diketahui oleh kita semua :

Pertama: Sesuatu tanda yang menunjukkan "harakah" (baris),"sukun"(baris mati),"syad"


(sabdu), "mad" (panjang) atau sebagainya. Titik-titik ini dipanggil oleh setengah orang dengan .
(naqt al i'rab)

Kedua : Sesuatu tanda yang menunjukkan zat-zat hurufnya yang membesakan antara
"mu'jamnya"dan "muhmalnya" seperti titik yang terletak pada "ba" di sebelah bawahnya dan
juga "jim" dan dua titik "ta" sebelah tasanya dan begitulah seterusnya.maka titik pada huruf "ta"
dan "tha" dan titik pada huruf "jim" itu membezakan dia dari huruf "ha".Titik-titik ini dipanggil .
(naqt al i'jam)

BARIS:

Sesuatu tanda yang memberi "harakah"kepada huruf-huruf atau "sukun","mad" dan


sebagainya.Yang demikian adalah sama ertinya dengan makna yang pertama dari "titik" atau
"noktah" tadi. Baris ini dipanggil DHABT.

PENDAPAT ULAMA'

Pendapat ulama berselisihan di atas banyak qaul untuk menentukan siapa yang mula mencipta
titik-titik di atas dua makna yang diterangkan di atas itu. Adakah penciptanya dengan dua
maknanya itu seorang individu sahaja ataupun berlainan orangnya? yang mana satu antara
keduanya yang lebih dahulu dicipta? Para ulama yang berteliti lebih condong mengatakan
bahawa pencipta titik menurut maknanya yang pertama itu yakni ( naqt al i'rab ) ialah Abul
Aswad Ad Duali.

Menurut cerita mengenainya bahawa Amirul Mukminin Muawiyah bin Abi Sufiyan telah
menulis kepada Zaid ibn Abi Zaid yang menjadi gabenor Basrah waktu itu meminta beliau
arahkan anaknya Ubaidullah bin Zaid datang mengadapnya. Beliau dapati dalam pertuturannya
beberapa kesalahan dalam tatabahasa. Muawiyah telah menghantar Abdullah pulang dan
bersamnya sepucuk surat kepada ayahnya. Di dalamnya Zaid dikecam kerana membiarkan
anaknya bertutur tanpa menurut tatabahasa yang betul.Setelah membaca surat itu Zaid pun
memanggil Abul Aswad seraya berkata kepadanya "sesungguhnya bangsa-bangsa A'jam itu telah
merosakkan bahasa Arab".Tidakkah dapat anda mereka sesuatu yang dapat orang ramai
mengawal bahasa mereka dengan baik dan membaca dengan betul ayat-ayat suci Al-Quran.
Tetapi Abul Aswad enggan memenuhi permintaan itu dengan sesuatu sebab yang tertentu.Lalu
Zaid menyuruh seorang lelaki duduk di tepi jalan menunggu Abul Aswad lalu katanya kepada
orang itu : "bila Abul Aswad lalu di hadapanmu, hendaklah kamu baca sesuatu dari ayat Al-
Quran dan buat-buat silap dalam bacaan itu". Orang itu pun duduk di tepi jalan yang selalu
dilalui oleh Abul Aswad. Apabila dia melihatnya melintas di situ dia pun membaca surah at-
Taubah dengan membaca "rasuliha" tidak "rasuluha"(menurut baris yang betul).Tatkala Abul
Aswad mendengar bacaan itu dia rasa terperanjat dan terharu. Beliau pun tergesa-gesa berjumpa
semula dengan Zaid seraya berkata :"Baiklah ! saya sanggup memenuhi permintaan anda . Saya
fikir baik saya mulakan dengan "mengi'rabkan" Al-Quran, ertinya membetulkan bacaan supaya
tidak berlaku "lahan".

Selepas itu Abul Aswad telah memilih seorang lelaki dari qabilah Abul Qias seraya berkata
kepadanya:"engkau bawa semua mushaf dan suatu bekas berisi cat yang warnanya berlainan dari
warna mushaf itu. Bila aku buka kedua bibirku letakkan titik sebelah di atas huruf itu dan bila
aku himpunkan keduanya hendaklah anda letakkan titik sebelah depannya dan bila aku pecahkan
dia letakkan satu titik sebelah bawahnya. Bila aku turutkan "harakah" itu dengan dengung ,
(tanwin), letakkan dua titik" . Beliau telah memulakan usaha itu dari awal mushaf sehingga
akhirnya.

ORANG PERTAMA
Diambil dari cerita tersebut bahawa orang yang mula-mula mereka titik - titik menurut
maknanya yang pertama itu ( naqt i'rab ) yang sama ertinya dengan ( asyaklu ) atau ( adabthu )
ialah Abul Aswad Adduali , daripadanya timbul berbagai-bagai rekaan baru yang dicipta oleh
para ulama yang kemudian dengan memasukkan pada yang asal banyak perubahan yang sesuai .

KEDUA

Adapun noktah-noktah menurut maknanya yang kedua itu maka pendapat ulama juga bersalah-
salahan tentang siapa yang mula-mula merekanya.pendapat yang paling rajih ialah "Nasr b.A'sim
dan Yahya bin Ya'mur/Yu'mar" iaitu tatkala terdapat ramai orang-orang baru dari bangsa-bangsa
Ajam yang menganut agama islam, maka banyaklah berlaku salah sebutan dalam bahasa Arab
dan sebutan-sebutan yang silap itu banyak digunakan orang.Dari itu adalah sangat dibimbangi
kalau-kalau kesilapan itu terserap ke dalam bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, lalu Amirul
Mukminin Abdul Malik bin Marwan memerintah Gabenornya di Iraq yang bernama Hajjaj bin
Yusof supaya berusaha bersungguh-sungguh menghapuskan sebab-sebab yang menimbulkan
salah sebutan itu agar tidak tebawa-bawa ke dalam Al-quran. Al-Hajjaj pun menanggungkan
tugas itu ke atas Nasr bin A'sim dan Yahya bin Ya'mur/Yu'mar, dua orang pakar dalam bahasa
Arab dan kesusasteraannya termasuk ilmu qiraat.Keduanya tidak dapat mengelakkan diri dari
menerima tugas itu memandangkan kepada maslahat umum demi keutuhan kitab suci Al-quran
Mereka berdua pun mulai melaksanakan arahan itu dengan mencipta noktah-noktah untuk
membezakan di antara huruf-huruf dan dengan demikian akan terpeliharalah Al-quran dari salah
sebutan nahu.Noktah-noktah ini ditulis dengan dakwat yang warnanya bersamaan dengan warna
tulisan mushaf itu supaya berbeza dari titik -titik yang direka oleh Abul Aswad Adduali.
KESIMPULANNYA

Diambil dari kisah ini dan kisah yang dahulu bahawa noktah-noktah menurut maknanya yang
pertama itu adalah dahulu penciptaanya dari noktah-noktah menurut maknanya yang kedua,
kerana zaman Zaid terdahulu dari zaman Al-Hajjaj kemudian dalam pemerintahan Abbasiah
lahir Imam An Nahri Al-kholil bin Ahmad Al-Basri . Beliau telah mengubah noktah-noktah yang
direka oleh Abul Aswad dan dijadikan di atas bentuk yang digunakan sekarang. Para ulama
berkata tidak mengapa dilakukan yang demikian kerana ia menjadi cahaya yang dapat
menerangkan para pembaca, kemudian dilakukan pula pembaharuan dengan membubuh titik-
titik di akhir ayat-ayat.

Seguir leyendo...

at 19:27 0 comments

Labels: ULIMUL QURAN

Home

Subscribe to: Posts (Atom)

al-Hadith

About

Ustaz Muhammad Sholiheen Bin Osman

Seorang guru Agama di MRSM Serting.Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengkhususan Al-Quran
dan Qiraat dr Maahad Qiraat Shoubra,Al-Azhar Mesir,Diploma Tahfiz Al-Quran Jakim,dan sedang
mengikuti Diploma Pendidikan Tajaan Mara bersama UPSI.Seorang yang berperwatakan
sederhana,bercita2 menjadi Ushawan Muslim yang berjaya... H/P: 0172781735
sholiheen@gmail.com

You might also like