You are on page 1of 6

RENANG PERTANDINGAN

Tujuan renang pertandingan adalah untuk berenang dengan paling cepat bagi
sesuatu jarak yang diberikan. Renang pertandingan menjadi popular pada abad ke-
19 dan kini terdiri daripada 34 buah acara, iaitu 17 buah acara bagi setiap jantina.
Renang juga merupakan acara yang popular dalam Sukan Olimpik Musim Panas,
dengan setiap jantina ahli olahraga masing-masing bertanding dalam 13 buah acara
yang diiktirfaf. Acara-acara Sukan Olimpik diadakan di dalam kolam yang 50 meter
panjangnya. Badan pentadbiran antarabangsa renang pertandingan ialah FINA
(Fédération Internationale de Natation), iaitu Persekutuan Renang Antarabangsa.

Terdapat beberapa jenis pengadil:

pemula yang memulakan perlumbaan;

para pengadil pemusingan yang memastikan bahawa pemusingan perenang adalah


menetapi peraturan

para pengadil renang yang memeriksa gaya renang peserta,

para penjaga waktu yang menentukan masa yang diambil oleh para peserta; dan

ketua pengadil (bahasa Inggeris: umpire) Keempat-empat gaya pertandingan dalam


Sukan Olimpik ialah gaya kuak kupu-kupu, gaya kuak lentang, gaya kuak dada, dan
gaya bebas (gaya rangkap depan). Gaya-gaya itu boleh direnang secara
perseorangan atau bersama-sama dalam lumba rampai. Urutan lumba rampai ialah:
1) gaya rama-rama, 2) gaya lentang, 3) gaya dada, dan 4) gaya bebas. Terdapat
dua jenis lumba berganti-ganti: lumba rampai dan gaya bebas. Urutan lumba rampai
ialah: 1) gaya kuak lentang, 2) gaya kuak dada, 3) gaya kuak kupu-kupu, dan 4)
gaya bebas. Setiap empat perenang dalam renang lumba berganti-ganti berenang
pada jarak yang tertentu, bergantung kepada jarak keseluruhan lumba berganti-
ganti. Ketiga-tiga jarak lumba berganti-ganti ialah 200 meter atau ela, 400 meter
atau ela, dan 800 meter atau ela (yang terakhir ini hanya direnang dengan
menggunakan gaya bebas). Untuk kolam 50 meter, setiap perenang dalam lumba
berganti-ganti berenang dari hujung ke hujung kolam renang bagi lumba 200 meter,
dua jarak hujung ke hujung kolam renang bagi lumba 400 meter, dan empat jarak
bagi lumba 800 meter. Bagi kolam 25 meter atau ela, setiap perenang dalam lumba
berganti-ganti berenang dua jarak bagi lumba 200 meter, empat jarak bagi lumba
400 meter, dan lapan jarak bagi lumba 800 meter. Banyak kolam pertandingan yang
bersaiz penuh di Amerika Syarikat adalah 50 meter panjangnya dan 25 ela lebarnya.
Ini membenarkan kedua-dua lumba jarak pendek (kolam 25 m atau 25 ela) dan
lumba jarak panjang (kolam 50 m) diadakan.

yang memastikan bahawa segala aspek perlumbaan dikendalikan dengan lancar.

Jika seseorang pegawai menangkap sesiapa antara peserta-peserta yang


melanggar peraturan gaya renang, peserta itu akan disingkirkan dan renangnya
dianggap tidak sah.

Komuniti-komuniti Amerika Syarikat dan United Kingdom menaja liga-liga renang


pertandingan yang terdiri daripada pasukan-pasukan renang kanak-kanak dan
remaja. Liga-liga ini sebahagian besarnya menepati peraturan-peraturan renang
yang diiktiraf dan berenang dengan gaya piawai, tetapi pada jarak yang lebih
pendek, sebagai acara-acara dalam temasya sukan renang. Liga-liga itu yang
biasanya bergiat pada bulan-bulan yang lebih panas tidak dikaitkan secara langsung
dengan sebarang pertubuhan renang negara atau dunia. Bagaimanapun, perenang-
perenang yang memulakan pengalaman renang pertandingan mereka dalam
pasukan-pasukan renang tempatan tersebut kekadangnya akan menyertai pasukan
peringkat negara.

RENANG REAKREASI

Tujuan renang yang paling umum adalah sebagai rekreasi. Renang rekreasi
dianggap oleh banyak orang sebagai cara melegakan diri serta senaman penuh
badan yang baik. Banyak gaya renang adalah sesuai untuk renang rekreasi;
kebanyakan perenang rekreasi lebih menyukai gaya yang mengekalkan kepala
mereka di atas permukaan air, dengan pemulihan lengan di bawah air. Gaya dada,
gaya sisi, dan 'gaya anjing mengayuh' merupakan gaya yang paling biasa digunakan
dalam renang rekreasi, tetapi pemulihan lengan di luar air dalam gaya bebas atau
gaya rama-rama membekalkan kelebihan yang diberikan oleh perbezaan rintangan
antara udara dengan air.
Gaya rama-rama yang terdiri daripada pemulihan di luar air, dengan simetri
pergerakan badan yang sama rata, adalah paling sesuai untuk renang di dalam air
yang bergelora. Umpamanya, dalam suatu contoh renang ketahanan yang mencipta
rekod, Vicki Keith menyeberangi Tasik Ontario yang bergelora dengan
menggunakan gaya rama-rama. Kebanyakan renang rekreasi diadakan di dalam
kolam-kolam renang yang tenang airnya. Oleh itu, gaya bebas yang tidak begitu
berkesan di dalam air bergelora adalah sesuai. Selain daripada kolam renang,
tempat-tempat untuk renang rekreasi termasuk pantai, tasik, lubang renang, sungai,
anak sungai kecil, dan kekadangnya terusan.

[sunting] Renang sebagai pekerjaan

Sebilangan pekerjaan memerlukan pekerjanya berupaya berenang. Umpamanya,


juruselam abalone dan mutiara berenang dan menyelam untuk mencari rezeki,
sebagaimana dengan pelembing ikan.

Renang digunakan untuk menyelamatkan perenang-perenang lain yang cemas.


Terdapat sebilangan gaya renang yang khusus bagi tujuan penyelamatan (sila lihat
Senarai gaya renang). Teknik-teknik itu dibelajar oleh para anggota penyelamat dan
pengawal pinggir laut. Latihan teknik-teknik itu juga telah berkembang menjadi
pertandingan-pertandingan seperti menyelamat nyawa buih ombak.

Renang telah dipergunakan dalam bidang biologi laut untuk mencerap tumbuh-
tumbuhan dan haiwan-haiwan di dalam habitat semula jadi. Bidang-bidang sains
yang lain juga menggunakan renang, umpamanya Konrad Lorenz berenang
bersama-sama angsa sebagai sebahagian kajiannya tentang tingkah laku haiwan.

Renang juga dipergunakan untuk tujuan ketenteraan. Renang ketenteraan biasanya


dilaksanakan oleh para anggota tentera khas seperti Tentera Laut SEAL. Ia
dipergunakan untuk mendekati sesuatu tempat, mengumpulkan maklumat perisikan,
melakukan sabotaj dan pertempuran, serta untuk meninggalkan sesuatu tempat. Ia
juga merangkumi pemasukan ke dalam laut dari udara atau peninggalan kapal
selam di bawah air melalui hac atau tiub torpedo.
Renang juga telah menjadi sebuah sukan profesional. Syarikat-syarikat seperti
Syarikat Speedo dan Tyr Sports, Inc. menaja perenang-perenang dengan cara yang
sama dengan Nike menaja pemain-pemain bola keranjang. Hadiah-hadiah wang
tunai juga diberikan untuk memecah rekod dalam banyak pertandingan utama.

Renang untuk bersenam

Renang ialah sejenis senaman yang cemerlang. Oleh sebab ketumpatan tubuh
manusia adalah lebih kurang sama dengan ketumpatan air, tubuh disangga oleh air
dan oleh itu, tekanan pada sendi dan tulang dikurangkan. Justeru renang sering
dipergunakan sebagai senaman untuk pemulihan selepas kecederaan atau untuk
mereka yang mengalami kehilangan upaya.

Renang rintangan merupakan sejenis senaman renang yang bertujuan untuk latihan.
Ia mengekalkan perenang dalam kedudukan yang tetap untuk analisis kuak atau
untuk membolehkan renang dilakukan dalam ruang yang terbatas atas alasan
olahraga atau terapi. Renang rintangan boleh dilakukan baik dengan menentang
arus (sering diistilahkan sebagai mesin renang ) mahupun dengan mengekalkan
perenang dalam keadaan pegun melalui ikatan-ikatan kenyal.

Renang ialah sejenis senaman aerobik kerana tempoh senaman ini yang panjang
memerlukan bekalan oksigen yang tetap kepada otot, kecuali semasa pecutan singkat yang
otot berfungsi secara anaerob. Sebagaimana dengan kebanyakan senaman aerobik, renang
dipercayai mengurangkan kesan tekanan yang buruk

Latihan renang

Alat-alat bantu renang seperti papan stirofom boleh membantu kanak-kanak belajar berenang.
Kanak-kanak sering diberikan latihan renang yang formal untuk
mengembangkan teknik dan keyakinan renang mereka. Secara amnya, mereka
tidak berenang secara berasingan sehingga mencapai umur empat tahun.

Di Sweden, Denmark, dan Finland, kurikulum untuk gred lima menyatakan


bahawa semua kanak-kanak harus belajar berenang serta bagaimana
menangani kecemasan di dalam air. Seringnya, mereka dikehendaki mencapai
keupayaan untuk berenang 200 meter (220 ela) — dengan sekurang-kurangnya
50 meter (55 ela) secara berbaring — selepas jatuh ke dalam air yang dalam,
dengan kepala mereka di dalam air. Walaupun lebih kurang 95 peratus daripada
kanak-kanak sekolah Sweden tahu bagaimana berenang, mati cemas masih
merupakan punca kematian yang ketiga paling umum antara kanak-kanak.

Di kedua-dua Belanda dan Belgium, latihan renang semasa bersekolah


(schoolzwemmen, renang sekolah) disokong oleh kerajaan. Kebanyakan sekolah
memberikan latihan renang. Terdapat tradisi lama latihan renang di Belanda,
dengan istilah gaya dada dalam bahasa Belanda membawa pengertian harfiah,
"gaya sekolah" (schoolslag ).

Di banyak tempat, latihan renang diberikan oleh kolam renang tempatan yang
dikendalikan oleh kedua-dua pihak berkuasa tempatan serta syarikat kegiatan
senggang swasta. Banyak sekolah juga memasukkan latihan renang ke dalam
kurikulum pendidikan jasmani mereka yang diberikan, baik di dalam kolam
sekolah sendiri mahupun di kolam renang awam yang terdekat.

Di United Kingdom, "Skim Tambahan" memerlukan kanak-kanak sekolah


yang masih tidak berupaya berenang ketika mencapai umur 11 tahun diberikan
latihan harian intensif. Mereka yang tidak berupaya berenang 25 meter
sebagaimana yang dikehendaki oleh piawai Kurikulum Negara Great Britain
ketika menamatkan sekolah rendah akan diberikan latihan setengah jam setiap
hari selama dua minggu pada penggal sekolah.
Di Kanada, terdapat seruan untuk memasuki renang ke dalam kurikulum sekolah
kerajaan.
Budak-budak lelaki berenang telanjang di dalam sebuah tangki suci di India.
Kesopanan menyebabkan perkembangan pakaian renang (dan pada Zaman
Victoria, mesin mandi).
Pakaian renang lelaki berbentuk seluar renang, seluar dalam pertandingan, atau
seluar pendek terpotong yang diperbuat daripada apa-apa saja yang ada.
Bahagian badan atas hampir selalu tidak ditutup. Bagaimanapun pada awal abad
ke-20, Amerika Syarikat mengharamkan perenang-perenang lelaki yang tidak
berbaju.
Pakaian renang wanita umumnya berbentuk pakaian terus gaya tradisional atau
pertandingan (umpamanya racerback ) atau bikini. Lagi satu pilihan ialah Tankini,
pakaian yang lebih konservatif berbanding dengan bikini tetapi masih bukannya
pakaian terus.
Bodyskin merupakan pakaian renang penuh badan wanita yang khusus untuk
renang pertandingan dan direka semata-mata untuk mengurangkan seretan kulit
(sila lihat pakaian renang pertandingan).

You might also like