You are on page 1of 17

PENGENALAN

Pada awal abad ke-14, Melaka hanya merupakan sebuah perkampungan

kecil nelayan1.Penduduknya terdiri daripada Orang Laut dan Orang Selat yang

menyara kehidupan dengan menangkap ikan dan berdagang secara kecil-kecilan.

Namun begitu, Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan, perkembangan agama

Islam dan Kerajaan Melayu yang terkuat di Kepulauan Melayu yang berkembang

daripada sebuah petempatan kepada sebuah kerajaan dan seterusnya membentuk

empayar. Sugguhpun terdapat percanggahan pendapat tentang tarikh pembukaan negeri

Melaka tetapi kebanyakan ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa Melaka di buka sekitar

1400-an. Melaka telah diasaskan oleh Parameswara dan Melaka telah mendapat

nama sempena nama sebatang pokok tempat Parameswara bersandar semasa

berburu. Pemerintahan kesultanan Melayu Melaka dapat di bahagikan kepada

empat tahap iaitu tahap pembukaan sekitar 1400-1424 yang diperintah oleh

Parameswara dan anaknya Mahkota Iskandar Syah. Tahap kedua ialah tahap

pengukuhan iaitu pada tahun 1424-1446 dibawah pemerintahan Sultan

Muhammad Syah seterusnya pengganti baginda manakala tahap ketiga ialah tahap

kegemilangan (1446-1488) dibawah pemerintahan sultan mansur Syah dan tahap

kejatuhan (1488-1511) dibawah pimpinan Sultan Mahmud Syah.2 Kegemilangan

Melaka telah dapat dicapai ekoran daripada langkah-langkah yang telah

dilaksanakan bagi mengukuhkan negeri tersebut oleh raja-raja dan pembesar

selepas pengasasannya.

1
Tan Ding Eng. 1975. Sejarah Malaysia dan Singapura. Kuala Lumpur. Siri Sejarah Fajar Bakti. Hal. 1
2
Rahmat Saripan. 1983. Dokumentasi Seminar Sejarah Melaka. Melaka Marathon Engriving. Hal 19

1
LATAR BELAKANG PEMERINTAH MELAKA SELEPAS PENGASASANNYA

SEHINGGA DEKAD 1430-AN

Parameswara merupakan pemerintah Melaka yang pertama beliau merupakan

seorang yang bercita-cita tinggi. Sebagai contoh sewaktu percubaan menjadi raja di

Palembang dan Temasik walaupun percubaan itu gagal. Beliau juga seorang yang

berpandangan jauh sebagai contoh memerintah rakyat bercucuk tanam kerana

hasil pengeluaran beras dan tebu tidak mencukupi. Tindakannya menyusun satu

pasukan laut yang cekap untuk memberi perlindungan kepada pedagang telah menjadikan

Melaka sebagai pelabuhan entrepot yang penting ketika itu. Tindakan Parameswara

mengawal Selat Melaka yang menjadi faktor terpenting bagi survival ekonomi dan

keutuhan Melaka.3 Pasukan laut terbabit terdiri daripada orang Laut di sekitar selat

Melaka yang menjadi tulang belakang kekuatan tentera laut Melaka. Kedudukan dan

peranan "kelautan' dari segi politik, ekonomi dan ketenteraan kian menonjol di beberapa

tahap awal abad ke-15.4

Pemerintah Melaka kedua ialah Megat Iskandar Syah yang memerintah dari

1414-1424M. Di sebut dalam Sejarah Melayu sebagai 'memerintah istiadat takhta

kerajaan baginda'.5 Antara peraturan yang ditentukan oleh baginda ialah mewujudkan

menteri yang bertanggungjawab menyusun istiadat di balairung, melantik para

bentara yang bertugas di balairung dan melantik para biduanda.

Megat Iskandar Syah kemudian digantikan oleh Sultan Muhammad Syah

1424-1444M. Baginda telah berkahwin dengan Tun Wati anak Seri Nara Diraja atau
3
Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka. Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka
pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal.
139.
4
Ismail Hussien, A Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi. 1993. Tamadun Melayu jilid satu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 191
5
W.G Shellabear. (ed) di petik dari Muhammad Yusuff Hashim. op. cit hal. 148

2
Tun Pepatih Besar.6 Beliau telah banyak melakukan pembaharuan dalam pemerintahan

Melaka. Antara pembaharuan yang dilakukan oleh beliau ialah menerangkan

dengan terperinci beraneka jenis peraturan, tanggungjawab individu di istana,

memastikan berbagai-bagaib bidang kuasa para pembesar, menentukan hak serta

bidang kuasa raja Melaka, memformalkan amalan adat istiadat yang berhubung

dengan peraturan kerajaan dan penentuan protokol.7

LANGKAH-LANGKAH YANG DI LAKUKAN OLEH PEMERINTAH BAGI

MENGUKUHKAN NEGERI MELAKA HINGGA DEKAD 1930-an.

POLITIK

Keperibadian dan Kebijaksanaan Pemerintah

Kemunculan negeri Melaka sebagai salah sebuah kuasa yang berjaya dari segi

ekonomi dan kestabilan pentadbirannya, banyak di dokong oleh keperibadian dan

kebijaksanaan golongan pemerintahnya. Pentarikhan Melaka mula di jadikan kerajaan

oleh Parameswara atau Raja Iskandar Shah tidak dapat diperkatakan dengan tepat kerana

ketiadaan sumber-sumber sejarah yang membolehkan kita berbuat demikian. Namun,

kebanyakan ahli sejarawan pada kurun ini bersetuju mengatakan bahawa Melaka

diasaskan pada penghujung kurun ke14. Menurut O.W. Wolters, Raja Iskandar Shah

telah mula berkerajaan di Melaka pada kira-kira 1399 atau 1400.8 Parameswara adalah

seorang yang berani serta bercita-cita tinggi. Perkara ini dapat dibuktikan sewaktu
6
Bahasa Othman. 1989. Melaka Sejarah Awal Negara Kita. Shah Alam: Marwilis publisher & Distribute
Sdn Bhd. hal 17
7
Muhammad Yusoff Hashim, loc. cit. hal. 148.
8
Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd. Yusof bin Ibrahim, Nik Hassan Shuhaimi bin
Nik Abdula Rahman dan Mohd. Amin bin Hassan, 1992. Malaysia, Warisan dan Perkembangan. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 15.

3
percubaan baginda untuk menjadi raja di Palembang dan Temasik, walaupun

percubaannya gagal. Baginda adalah seorang yang berpandangan jauh sebagai seseorang

pemerintah. Sedar akan pengeluaran hasil seperti tebu dan beras yang sedikit tidak

mampu untuk menjadikan Melaka maju, baginda telah memerintahkan agar rakyatnya

bercucuk tanam. Hasilnya, Melaka telah maju dan tersebar luas di Kepulauan Melayu.

Baginda juga telah menyusun satu pasukan laut yang cekap untuk memberi perlindungan

kepada pedagang-pedagang yang datang berdagang ke Melaka, sehinggakan Melaka

gemar didatangi oleh pelbagai pedagang dari China, India dan Arab kerana faktor

keselamatannya lebih terjamin. Menurut O.W. Walters dan Profeser Wang Gungwu,

mereka mendakwa bahawa Parameswara merupakan tokoh politik melayu yang amat

istimewa, malah ketokohan dan kebolehannya tiada tolok bandingnnya di Nusantara.9

Kepimpinan yang bijaksana ini telah diteruskan oleh Sultan Megat Iskandar Syah,

namun pemerintahan baginda berakhir apabila baginda mangkat selepas memerintah

Melaka selama dua tahun. Dalam tempoh yang singkat ini, tidak banyak perubahan yang

telah di lakukan oleh Sultan Megat Iskandar Syah kerana baginda hanya meneruskan

tradisi kegemilangan pemerintahan daripada Parameswara atau Sultan Iskandar Syah.

Namun selepas itu, Sultan Muhammad Syah mengambil alih pemerintahan Melaka pada

1424-1444, dan dikatakan baginda telah melaksanakan dasar perluasan dan penaklukan di

sekitar kawasan Melaka. Ini amat berketepatan dengan petikan naskah Sejarah Melayu

yang menyebut bahawa ;

9
Muhammad Yusoff Hashim, 1990. Kesulatanan Melayu Melaka. Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka
pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Op. Cit., hlm137.

4
“Maka diganti oleh Sultan Mahmud (tentunya Muhammad di sini) Syah. Baginda

itu terlalu kuasa kerana waktu dia raja segala tempat-tempat yang dekat-dekat di

situ dibawa(h) perintahnya...” 10

Sultan Muahmmad Syah juga merupakan raja terakhir yang membuat lawatan

berpanjangan kerana tiada angkatan laut yang rasmi untuk menghantar baginda balik ke

Melaka. Hal ini menyebabkan beginda menyedari akan perubahaan dasar kerajaan China

dan merasakan perlunya Melaka bertahan dengan cara sendiri dari serangan Siam dan

musuh-musuh yang lain. Langkah awal baginda lakukan adalah menguatkan hak ke atas

Beruas dan Terengganu, dua kawasan di sebelah Utara Semenanjung Tanah Melayu

sebagai sempadan dengan Siam. Baginda juga telah mempeekemaskan lagi peraturan

pelabuhan seperti cukai diturunkan, menyediakan pelbagai kemudahan seperti gudang,

penginapan, makanan dan tempat memperbaiki kapal-kapal dagang bagi menarik

pedagang asing singgah berdagang di Melaka. Strategi ini telah menyebabkan Melaka

telah muncul sebagai pelabuhan entreport yang terpenting di Kepulauan Melayu.

Menjalankan Hubungan Diplomatik dengan Kuasa-kuasa Luar.

Melaka juga telah mengambil anisiatif dengan menjalankan hubungan

diplomatik dengan kuasa luar dan besar dan salah satunya adalah China (1403-

1433). Dalam aspek keselamatan, Melaka bernasib baik kerana telah mendapat

perlindungan dariada negeri China. Hal ini kerana Melaka terpaksa mempersembahkan

40 tahil emas kepada Siam jika tidak Melaka akan diancam. Melaka pada masa itu belum

lagi mempunyai kekuatan yang setaraf dengan Siam. Tindakan Siam tersebut juga adalah

berikutan pembunuhan Temagi iaitu wakil pemerintah Siam di Singapura oleh


10
Ibid, hlm 100.

5
Parameswara. Pada tahun 1403M, utusan China iaitu Laksamana Yin Cheng telah

datang ke Melaka dan ini memberi peluang kepada parameswara untuk menangani

masalah dengan Siam. Melaka melalui Parameswara berharap dapat menfaatkan

pengaruh China yang merupakan Negara terkuat di Asia pada masa itu untuk membela

kedaulatannya.11 Perhubungan diantara Melaka dan China semakin utuh pada tahun

1405 selepas utusan rombongan kerajaan Melaka tiba di Ibu Negara China, di

mana Maharaja Ming telah telah memberi pegiktirafan kepada Parameswara

sebagai raja Melaka dan dianugerahi Cap Kempal, sepasang kain sutera

berkerajaan dan paying berkerajaan.12 Siam telah bertindak menyerang Melaka dan

merebut Cap Kempanya, namun Maharaja Ming telah menghantar Zheng He Ke ke Siam

untuk menghalang persengketaan Siam dan Melaka. Parameswara teah menghantar

utusan ke China yang menyatakan tentang pencerobohan orang Siam terhadap Melaka

pada tahun 1407 dan sehubungan dengan itu, Maharaja China telah memberi amaran

kepada kerajaan Siam supaya tidak mengganggu Melaka lagi. Pada tahun 1409,

Laksamana Cheng Ho tiba di Melaka dengan membawa dikri Maharaja China sebagai

lambing menaikkan taraf Melaka menjadi sebuah kerajaan.13

Selain daripada itu juga, Melaka turut mengadakan hubungan diplomatik

dengan pihak kerajaan Jawa bagi mengatasi masalah kekurangan bahan makanan.

Pertambanhan bilangan penduduk yang ramai mendorong Sultan Mahkota Iskandar Syah

untuk menghantar duta ke Jawa kerana hendak berbaik-baik dengan pemerintah Jawa

yang baru iaitu Vikramarvaddhana (1389-1429). Melaka juga melakukan hubunga

diplomatik dengan Pasai melalui kegiatan perdagangan. Salah satu sebab


11
Kang Yuanzhi, 2002. Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia,
hlm 64.
12
Ibid, hlm 65.
13
Tan Ding Eing, 1975. Sejarah Malaysia dan Singapura. Op. Cit., hlm 3.

6
Parameswara membuat hubungan ini adalah untuk memperkenalkan Melaka kepada

dunia luar bagi mengukuhkan kedudukan mereka di samping untuk mendapatkan

barangan dagangan. Hubungan Melaka dengan Pasai juga terjalin melalui perkahwinan

Sultan Megat Iskandar Syah dengan Puteri Raja Pasai. Melalui perkahwinan ini telah

membawa kepada pengislaman beramai-ramai rakyat Melaka yang mengikut raja mereka

memeluk Islam.

Membentuk sebuah Empayar dan Menakluki Kawasan-kawasan Sekitar.

Perubahan dalam aspek perlaksanaan dasar China terhadap Asia Tenggara

selepas 1433 telah memberikan kesan yang mendalam terhadap Melaka Sultan

Muhammad Syah telah mencari alternatif selepas pengunduran China dari Asia

Tenggara yang bermakna lenyapnya kuasa istimewa Melaka dibawa perlindungan

politik dan ketenteraan China. Mengikut prinsip sosiopolitik China, hubungan tributari

hanya dilakukan antara China dan negeri-negeri Asia Tenggara yang berdaulat sahaja.

Ertinya hanya negeri yang dapat menunjukkan tauliahnya sebagai sebuah negeri yang

merdeka dan bebas.14 Hubungan ini membolehkan negeri-negeri ‘naungan’ membuat

rayuan kepada China untuk mendapatkan perlindungan sekiranya diserang oleh negeri

serantau yang lebih berkuasa. Melaka juga telah menakluk kawasan Aru, Rokan,

Siak, Kampar, Inderagiri dan Tungkal yang merupakan kawasan di pantai Timur

Sumatera. Kawasan ini membentuk bahagian Zon Barat dan dilengkapkan dengan Zon

Bahagian Timur seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh Kepulauan Kecil

menganjur sehingga ke Brunei untuk membentuk bahagian Selatan. Penaklukan ketiga-

14
Kobkua Suwannathat~Pian, 2003. Asia Tenggara Hubungan Tradisional Serantau. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 85.

7
tiga zon ini membolehkan Melaka mengawal sepenuhnya kapal-kapal yang

menggunakan Selat Melaka sebagai jalan perhubungan di antara Timur dengan

Barat.

Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran dalam Negeri.

Kestabilan kerajaan Melaka pada abad ke-15 dan ke-16 juga disebabkan keadaan

struktur pentadbiran dan politik yang sistematik. Bagi mengukuhkan lagi perjalanan

pentadbiran ini, sistem perlembagaan telah diperkenalkan yang mana ianya diketuai oleh

Sultan, Orang Besar Berempat, Orang Besar Berlapan, Orang Besar Berenam Belas dan

Orang Besar Tiga Puluh Dua. Sistem ini dipelopori oleh Sultan Muhammad Syah. Tulang

belakang bagi sistem pentadbiran Melaka terdiri daripada Orang Besar Berempat iaitu

Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Selain itu terdapat juga

jawatan-jawatan lain yang menyokong ke arah pentadbiran yang lebih baik dan lancar di

Melaka. Selain itu, jawatan lain seperti Datuk, Pemungut Cukai, Pegawai

Pentadbiran, Jurutulis, Arkitek dan Saudagar turut diadakan dan ini menunjukkan

terdapat sistem pentadbiran yang tersusun dan teratur di Melaka.

Pembesar terutama di Melaka adalah Bendahara yang juga dikenali sebagai

Menteri Utama Melaka dan menjadi orang kedua terpenting selepas Sultan. Beliau

juga boleh memberi arahan tanpa perintah daripada Sultan jika untuk kepentingan

negara.15 Malah apabila seseorang Sultan mangkat beliaulah yang

bertanggungjawab menjaga alat-alat kebesaran diraja dan selepas tujuh hari

menjemput Raja untuk ditabalkan. Antara gelaran-gelaran bagi bendahara ialah

Paduka Raja, Paduka Tuan, Seri Maharaja, Seri Wak Raja dan Seri Amar Diraja. Pada
15
Malaysia Kita, 1991. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Kuala Lumpur, hlm 121.

8
zaman pemerintahan Parameswara, pentadbirannya dibantu oleh Bendahara, Tun Pepatih

Besar dan Bendahara Seri Wak Raja.16 Manakala semasa pemerintahan Seri Maharaja

ataupun Sultan Muhammad Syah baginda telah dibantu oleh Bendahara Seri Amar

Diraja.

Penghulu Bendahari pula bertangunggjawab ke atas Bendahari raja di negeri

naungan. Beliau juga menyimpan daftar hamba raja, mengurus kelengkapan dalam

istana, mengurus makanan, menjemput tetamu dan memegang kepala usungan di

sebelah kanan apabila raja berangkat pada Hari Raya. Wilayah pegangan

Bendahara ialah Sungai Ujong dan memegang gelaran Seri Nara Di Raja.

Temenggung pula di kenali sebagai Menteri Keselamatan dan

bertanggungjawab melaksanakan peraturan dan keselamatan negeri terutamanya

mengenai keselamatan. Sebagai Ketua Polis Negara, beliau boleh menangkap orang

yang bersalah, memasung dan menghukum mereka. Dalam majlis adat istiadat istana,

beliau bertugas sebagai ketua protokol dan mengatur tempat duduk mengikut

pangkat masing-masing. Diantara gelaran temenggung adalah Seri Maharaja dan

Setia Awadana. Dibawah jawatan temenggung terdapat dua jawatan tentera iaitu

Hulubalang Besar dan Laksamana. Apabila raja berangkat dengan menaiki gajah, adalah

menjadi tugas Temenggung mengepalai gajah itu.17

MEMELIHARA PENGIKUT ( ORANG LAUT )

16
Mohd Jamil Mukmin, 1994. Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara. Kuala Lumpur : Nurin
Enterprise, hlm 66.
17
Shellabear, W.G.,1903. Sejarah Melayu, American Mission, Singapura, (edisi kedua), hlm 129. Juga
boleh lihat Haron Daud., 1989. Sejarah Melayu satu kajian daripada Aspek Pensejarahan Budaya. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 117.

9
Orang Laut sentiasa memberikan taat setia dan sokongan ketenteraan

kepada pemerintah. Kerjasama yang erat antara pihak pemerintah dan Orang Laut telah

berjaya mengatasi kegiatan lanun yang mengganas di sepanjang Selat Melaka. Apabila

keselamatan terjamin, para pedagang bebas melakukan aktiviti perdagangan dengan

Melaka. Tindakan Parameswara menjadikan Orang Laut sebagai sebahagian

daripada institusi dan sistem kerajaan.18 Orang Laut mengakui kedaulatan

Parameswara dan akan melindungi keselamatannya. Manakala Parameswara pula

melindungi kehormatan dan kebajikan mereka. Orang Laut dijadikan sebahagian

besar daripada angkatan Laut Melaka dan merupakan sumber tenaga yang paling

penting untuk menjaga keamanan di samping menggalakkan saudagar asing ke

pelabuhannya.19

Memperkenalkan Undang-undang.

Bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan dalam kerajaan Melaka, pelbagai

undang-undang telah diwujudkan. Ini termasuklah undang-undang awam dan

jenayahnya sendiri yang didasarkan undang-undang syriah dan juga undang-

undang adat. Terdapat dua undang-undang utama di Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka

yang juga di kenali sebagai Undang-undang Darat Melaka dan Risalat Hukum Kanun

meliputi semua tanah, sungai, dusun dan setiap tanah jajahan takluk Melaka. Satu

lagi ialah Undang-undang Laut Melaka yang juga dikenali sebagai Adat Pelayaran

Melaka, Kitab Peraturan Pelayaran dan Hukum Undang-undang Laut. Undang-undang ini

meliputi perusahaan perkapalan, jual beli di atas kapal, peraturan pelayaran bidang kuasa

18
ibid. hal. 145.
19
ibid. hal. 46

10
nakhoda dan tanggungjawab pelbagai pegawai kapal seperti Kiwi, Maula kiwi, Malim,

dan sebagainya. Selain itu juga, turut diwujudkan adalah Undang-undang Pebian yang

mengandungi hal-ehwal peraturan dan sistem perkastaman, cukai, tanggungjawab dan

kuasa Syahbandar Melaka dan banyak lagi.

EKONOMI

Perkembangan Perdagangan di Melaka.

Setelah 3 tahun Melaka dibuka oleh Parameswara, penduduk Melaka yang

berasaskan perikanan hanya berjumlah kira-kira seribu orang dan telah meningkat berkali

ganda kepada hampir 6000 orang. Ini ditambah pula dengan kepesatan Melaka sebagai

pusat perdagangan yang menjalankan pelbagai perdagangan barangan enterport seperti

buah Pala, kain, batik, hamparan, bulu burung, cengkih, kayu dan cendana. Melihat

kepada kepesatan ini, pihak pentadbir Melaka telah menyediakan pelbagai kemudahan

dengan tujuan untuk menarik minat lebih banyak lagi kapal dagang berdagang di Melaka.

Kapal-kapal dagangan ini akan di kenakan cukai 6 peratus dan perahu peribumi

hanya 3 peratus. Melaka juga terkenal dengan pusat pelabuhan yang mementingkan

keselamatan, pentadbiran yang teratur, dan cekap dalam mengendalikan pasar

kosmopolitan. Menurut laporan China; Peraturan dan peruntukan kemudahan yang baik

seperti gudang berkunci ada pengawal dan ada loceng untuk memberitahu jika ada

kecemasan atau kekecohan. Apabila bersama dengan wakil-wakil perdagangan antara

negara yang datang berdagang, raja menyediakan pasukan pengawal dengan hebatnya

demi menjaga keamanan, kayu diikat dan menempakan keempat-empat pintu. Pada

waktu malam ada orang mengawal.

11
MENAKLUKI HASIL BUMI JAJAHAN TAKLUK.

Melaka mengeksport bijih timah yang telah dicair dan dijadikan kepingan

jongkong. Selain bijih timah yang diperoleh secara melombong di kawasan pedalaman,

Melaka juga mengumpul bijih timah dari kawasan yang menjadi jajahan takluk seperti

Kelang, Selangor, Bernam, Manjung, Beruas dan Kedah. Tujuan penguasaan dan

penaklukan hasil bumi jajahan takluk adalah untuk memperkembang kegiatan

perdagangan dan ekonomi Melaka. Contoh : Penguasaan terhadap Siak bermakna Melaka

boleh mengawal pengeluaran emasnya untuk di bawa ke Melaka bagi tujuan bahan

perdagangan dengan saudagar asing. Penaklukan terhadap Kampar pula penting untuk

mengawal eksport lada dan emas yang dikeluarkan oleh daerah-daerah pedalaman

Minangkabau.20 Manakala penguasaan Melaka ke atas Riau-Lingga pula mempunyai

matlamat perdagangan secara tidak langsung, iaitu supaya bahan-bahan keluarannya

dapat dieksport ke Melaka di samping dapat membekalkan kepada Orang Laut sebagai

pendayung kapal perang tentera laut Melaka untuk tujuan penaklukan.21

Melaka di beri jaminan oleh jajahan takluknya dari segi keselamatan

pelayaran melalui Selat Melaka, mata wang untuk urusniaga, pelaut untuk

perkapalan, askar bagi keselamatnnya dan bekalan makanan untuk

penduduknya.22 Dengan menguasai hasil bumi jajahan takluknya membolahkan

pemimpim Melaka menubuhkan kuasa politik dan pentadbiran istana terhadap golongan

pembesar Melaka, dan membina empayar Melaka melalui kuasa tentera serta

memperkukuhkan pengaruh politik Melaka.

20
Muhammad Yusoff Hashim, op. cit., hal. 244.
21
Ramlah Adam, loc. cit.
22
Ismail Hussien, A. Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi, op. cit., hal. 148

12
SOSIAL

MEMPERKENALKAN KONSEP DAULAT DAN DERHAKA.

Konsep ini bermula apabila berlangsungnya persetiaan antara Demang

Lebar Daun dan Seri teri Buana di Palembang. 23 Ia meletakkan raja sebagai

sesuatu yang agung dan wajib dihormati. Manakala rakyat pula tidak boleh

dizalimi oleh raja. Raja dikatakan mempinyai beberapa sifat mulia dan luarbiasa

yang biasanya ada kaitan dengan kedaulatannya. Menurut Zainal Abidin Abdul

Wahid:

' Daulat boleh diertikan sebagai severeignity'. Kedaulatan seseorang raja

melayu itu bukanlah semata-mata suatu konsep undang-undang, tetapi

mencakupi agama dan budaya. Daulat itu memeberikan kepadanya banyak

hak dan keistimewaan. Meletakkkanya dalam masyarakat tanpa boleh dicela

atau dikritik. Daulat itu juga menuntut taat setia yang tidak boleh di

persoalkan lagi daripada rakyatnya'.24

Daulat yang ada pada raja meliputi peribadi dan tubuh raja bukan kawasan

pemerintahannya. Daulat juga dihubungkan dengan karisma raja dan 'tuah' yang

dimiliki oelh raja. Raja akan dianggap bertuah dan tinggi daulatnya apabial

keadaan negeri menjadi aman dan makmur dan kaya raya: perdagangan yang

pesat, tanam-tanaman yang tumbuh subur serta hasil ternakan yang membiak dan

rakyat yang bertambah ramai.25

23
Haron Daud. 1989. Sejarah Melayu. Satu Kajian Dari Aspek Pensejarahan Budaya . Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 153
24
Zainal Abidin Abdul Wahid 1966. Sejarah Melayu. hal.208-9. ibid. hal. 94.
25
Muhammad Yusoff Hashim, op. cit., hal. 152

13
Manakala konsep dehaka pula ialah kesetiaan rakyat kepada pemerintah

dimana jika rakyat melanggar atau ingkar pada arahan sultan maka dia akan di

timpa tulah raja. Samada dalam bentuk sumpahan atau hidup mmelarat atau

merana sepanjang hayat.26

Ini menunjukkan berlaku proses timbal balik antara raja dan rakyat

dimana kedua-duanya saling memerlukan untuk membentuk sebuah pemerintahan

yang aman dan harmoni, seterusnya menjadikan Melaka empayar yang unggul.

Tanpa seorang raja yang berdaulat, tiadalah negara. Dalam keadaan begitu rakyat

terpaksa hidup dalam keadaan yang berpecah belah dan amat primitif sekali.27

Mewujudkan Sistem Adat Kebesaran Di Melaka.

Bagi mengukuhkan lagi kedaulatan diraja, Sultan Muhammad Syah telah

menjalankan beberapa pembaharuan dengan mengadakan adat istiadat yang berpandukan

kemegahan Kerajaan Srivijaya yang adat ini bercampur dengan Hindu, Melayu Asli dan

Islam. Ia adalah adat (undang-undang diraja) dan istiadat (aturan negeri dan perlaksanaan

upacara) Melayu berasal dari Palembang.28 Adat dan istiadat ini dibawa bersama ketika

Parameswara melarikan diri dari Palembang. Sistem adat ini mencerminkan bahawa

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai tahap kewibawaan yang tinggi berbanding

pemerintah di negeri yang lain.29 Diantara kebesaran yang di gunakan ialah seperti

pakaian diraja iaitu menggunakan kain Melayu nipis warna putih, lilitan kepala, baju kain

26
ibid. hal. 154.
27
Kobkua Suwannathat ~ Pia. 2003. Asia Tenggara. Hubungan Tradisional Serantau. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 29.
28
Ismail Hussein, A. Aziz Deraman dan Abdul Rahman Al-Ahmadi. Op. Cit., hlm 73.
29
Wan Shamsudin, 1964. Sejarah Tanah Melayu dan Sekitarnya 1400-1967.Singapura : MPH Printing dan
Supply Sdn. Bhd, hlm 6.

14
hijau nipis.30 Adat menyambut dan menghantar utusan dari sebuah negeri juga

diwujudkan. Sebelum sesuatu utusan dari negeri lain hendak menghadap raja akan masuk

ke balai penghadapan dengan membawa cepar dan kerikal. Kemudian cepar ini akan di

letakkan dihadapan Bendahara oleh Kepala Bentara Kanan dan diserahkan kepada orang-

orang yang membawa surat sebagai utusan dari negeri lain. Adat memakai payung juga

diberikan dimana payung putih untuk raja dan payung kuning untuk anak raja. Implikasi

daripada peraturan dan adat-adat yang dikenakan dapat mengangkat lagi darjat seseorang

pemerintah dan tiada sesiapa pun yang boleh disamakan dengan raja.

Pengaruh Kemasukan Agama Islam

Sultan Mahkota Iskandar Syah telah berkahwin dengan puteri Raja Islam dari

Pasai pada tahun 1414 dan oleh dengan itu baginda telah memeluk islam seperti yang

telah disyaratkan oleh Raja Pasai apabila Sultan Melaka meminta para pedagangnya

berniaga di Melaka.31 Semasa pemerintahan Seri Maharaja, baginda telah di Islamkan

oleh Sayyid Abdul Aziz dari Jeddah dan memakai gelaran baru iaitu Sultan Muhammad

Syah. Pengislaman raja ini telah banyak mempengaruhi kepada kemunculan Melaka

sebagai pusat penyebaran Islam terpenting di kepulauan Melayu. Ini ditambah lagi

dengan kemerosotan Kerajaan Majapahit telah menyebabkan beberapa buah negeri di

Asia Tenggara melepaskan diri dari pengawalannya dan bersekutu dengan negeri-negeri

Islam yang baru termasuklah kerajaan Melaka. Kemasukan Islam ke Melaka telah berjaya

menarik ramai pedagang Islam berdagang di Melaka dan perkara ini sangat

menguntungkan dari segi ekonomi. Kapal-kapal yang datang dari segenap penjuru seperti

30
Ismail Hussein, A. Aziz Deraman dan Abdul Rahman Al-Ahmadi., op. cit., hlm 75.
31
Tan Ding Eing, 1975. Sejarah Malaysia dan Singapura. Op. cit., hlm 5

15
Gujerat, Telok Iran, Arab, Laut Merah, Jawa, China, Mesir, Afrika Timur dan banyak

lagi.

Kesimpulan.

Kejayaan dan kemajuan Melaka sebagai sebuah kerajaan Melayu yang berjaya

banyak didokong oleh keupayaan pemerintahnya. Bermula dengan pengasasan

Kesultanan Melayu Melaka oleh Parameswara berjaya mengukuhkan kedudukan negeri

Melaka sebagai sebuah negeri yang berdaulat. Tidak dapat dinafikan juga bahawa corak

dan sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Parameswara telah memberi impak yang

besar kepada tampuk pemerintahan raja-raja zaman seterusnya. Pada ketika itu, jatuh atau

bangun sebuah negara adalah dipengaruhi oleh tahap kewibawaan dan kebijaksanaan

seseorang pemerintah di samping dengan bantuan para pembesarnya. Melaka telah

mengalami zaman pengukuhan dan zaman kegemilangan sehingga awal kurun ke 15

yang mana pada akhirnya terpaksa menempuh zaman kejatuhannya setelah ditawan oleh

Portugis pada tahun 1511.

16
Bibliografi

Bahasa Othman. 1989. Melaka Sejarah Awal Negara Kita. Shah Alam: Marwilis
Publisher & Distribute Sdn Bhd.

Ismail Hussien, A Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi. 1993. Tamadun Melayu
jilid satu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kang Yuanzhi, 2002. Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu. Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia..

Malaysia Kita, 1991. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Kuala Lumpur
Kobkua Suwannathat~Pian, 2003. Asia Tenggara Hubungan Tradisional
Serantau. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Yusoff Hashim, 1990. Kesulatanan Melayu Melaka. Kajian Beberapa Aspek
tentang Melaka pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahmat Saripan. 1983. Dokumentasi Seminar Sejarah Melaka. Melaka Marathon


Engriving

Tan Ding Eng. 1975. Sejarah Malaysia dan Singapura. Kuala Lumpur. Siri Sejarah Fajar
Bakti.

Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd. Yusof bin Ibrahim, Nik Hassan
Shuhaimi bin Nik Abdula Rahman dan Mohd. Amin bin Hassan, 1992. Malaysia,
Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

17

You might also like