You are on page 1of 5

FUNGSI BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan

Maksud fungsi perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatu terhadap


kesetiaan bahasa. Misalnya, apabila orang berlainan bangsa bertemu, mereka dapat
mengeratkan hubungan di antara satu sama lain dengan penggunaan bahasa
kebangsaan.
Selain itu,setiap anggota masyarakat yang berbilang keturunan ini
bernaung di bawah satu bahasa yang dapat mewujudkan kesepaduan masyarakat
majmuk negara ini. Hal ini pasti akan dapat menimbulkan kecintaan dan semangat
kebangsaan yang merupakan nadi dan tunjang keutuhan sesebuah negara.
Jelasnya,penggunaan bahasa Melayu di negara kita berperanan sebagai
penyatu masyarakat majmuk, pembangun inspirasi negara yang bermatlamatkan
keharmonian sejagat.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

Bahasa Rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu
dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan
perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya.Bahasa
rasmi tidak perlu merupakan bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi adalah
bahasa yang semata-mata dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu yang tidak
perlu dikaitkan dengan semangat kebangsaan. Biasanya bahasa rasmi dipilih
daripada salah satu bahasa anak negeri dan ada kalanya dipilih bahasa bekas
penjajah. Bagi negara yang mempunyai bahasa yang maju, bahasa yang banyak
laras bahasanya akan diangkat menjadi bahasa rasmi. Contohnya bahasa Melayu
menjadi bahasa rasmi kerana bahasa ini dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dan
dapat difahami umum.Sebagai bahasa rasmi bahasa Melayu ditetapkan menjadi
saluran komunikasi dalam bidang pentadbiran. Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan
rasmi di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga badan berkanun.
Contohnya dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman dan mahkamah
telah menggunakan bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
mahkamah bertambah baik setelah Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda
(Jun 1991).
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar

Keseluruhan usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah


yang berkesan bagi melahirkan bangsa Malaysia yang intelek tidak akan berjaya selagi
rakyat itu sendiri tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik.
Usaha untuk mencapai matlamat ini seharusnya bermula di peringkat sekolah lagi
kerana sistem persekolahan di negara kita menggunakan Melayu sebagai bahasa
pengantarnya. Kurikulum Bersepadu Sekolah (KBSR) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah
sepenuhnya mulai tahun 1983 telah menitikberatkan penguasaan kemahiran asas
membaca, menulis mengira dengan pengantar bahasa Melayu, di samping memberi
pendidikan untuk pembinaan sahsiah diri serta pemupukan kemahiran berfikir. la juga
bertujuan melahirkan pelajar yang aktif, berketrampilan, berbahasa, bersedia menimba ilmu
dan mempunyai akhlak yang tinggi.
Asimilasi ilmu ini diteruskan lagi dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1988 melalui pembelajaran pelbagai disiplin
ilmu dengan pengantar bahasa Melayu. Matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu KBSM ini lebih memberatkan penguasaan bahasa Melayu yang bermutu
bersandarkan ketepatan tatabahasa, kecekapan berbahasa dan kepekaan terhadap variasi
bahasa Melayu dalam pelbagai situasi, sistem bahasa dan gaya bahasa yang indah serta
unsur dan nilai budaya yang tinggi. Tumpuan dan penekanan adalah untuk menjuruskan
pelajar ke arah pemupukan semangat kewarganegaraan dan mengamalkan nilai murni
masyarakat Malaysia yang universal.

Kebolehan pelajar menggunakan dan menguasi bahasa pada had ini adalah berbeza
dengan amalan lama yang hanya menganggap bahasa itu sebagai satu mata pelajaran
sahaja. Hal ini dinyatakan dengan jelas dalam konsep Bahasa Merentas Kurikulum yang
menitikberatkan kebolehan pelajar menggunakan dan menguasai ketrampilan berbahasa
dalam hal lisan, bacaan dan penulisan untuk memenuhi tujuan-tujuan perseorangan, sosial
dan pendidikan. Pelajar juga diharap dapat menggunakan bahasa untuk memahami,
menghayati dan menghargai pengalaman mereka serta mengetahui bagaimanakah bahasa
itu digunakan untuk mempengaruhi perkembangan kognitif dan afektif seseorang individu.
Dalam konteks negara Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dalam keseluruhan peringkat persekolahan, matlamat ini hanya akan tercapai
apabila seseorang itu dapat menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dengan
baik.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, bahasa Melayu


mempunyai dua peranan penting, iaitu sebagai bahasa yang mampu mendukung
perkembangan ilmu dan pemikiran bangsa dalam segala lapangan dan sebagai alat
yang dapat membentuk dan mengembangkan identiti kebangsaan, alat komunikasi
masyarakat serta sebagai alat perpaduan dalam negara berbilang bangsa dan
agama (Dato' Hj. Hassan Ahmad, 1986:72).
Dalam hubungan ini, bahasa Melayu telahpun digunakan sebagai bahasa ilmu
sejajar dengan peranannya sebagai pendukung perkembangan ilmu dan sekaligus
telah menjadi bahasa penting dan utama dalam hakikat keilmuan moden pada hari
ini. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu harus dapat berperanan sebagai bahasa
pengantar ilmu pengetahuan moden dalam bidang sains dan teknologi. Sebagai
bahasa ilmu, sesuatu bahasa itu perlu mempunyai dua ciri penting, iaitu
keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa (Havranek dalam Garvin, 1984).

Keintelektualan bahasa ini dapat dicapai terutamanya melalui per-bendaharaan


kata dan sistem tatabahasa. Bahasa Melayu pada hari ini dapat memperkatakan
tentang bidang yang berbeza daripada apa yang mampu dilakukan oleh bahasa
Melayu suatu masa dahulu. Oleh itu, sifat perbendaharaan kata bahasa Melayu juga
turut mengalami perubahan. Jika dahulu perbendaharaan kata bahasa Melayu
banyak dipengaruhi oleh perkataan daripada bahasa Arab dan Sanskrit, kini
perkataan-perkataan daripada bahasa Inggeris sering digunakan, terutamanya
dalam bidang ilmu pengetahuan moden.
Sistem tatabahasa pula dimaksudkan dengan segala aspek tatabahasa sama
ada dari segi ayat, frasa, klausa, ejaan, sebutan dan seumpamanya. Dari segi
penggunaan ayat misalnya, ia harus betul strukturnya agar maksud yang hendak
disampaikan dapat difahami. Penekanan juga harus diberikan kepada aspek
imbuhan dan ejaan kerana kesilapan dalam penggunaannya boleh mengubah
maksud sebenar sesuatu ayat yang dihasilkan itu. Bagi menangani perkara ini
terutamanya dari aspek sebutan, perancangan dan pelaksanaan bahasa baku
dijalankan. Ini adalah untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa bertaraf
tinggi dan ada keselarasan dalam penggunaannya.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan


identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik. Bahasa kebangsaan
biasanya digunakan untuk wacana politik dan undang-undang dan ditetapkan
sebagai kerajaan negara tersebut.

Sesetengah negara mempunyai lebih dari satu bahasa kebangsaan, seperti


Kanada, yang menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris. Bahasa kebangsaan
boleh jadi sama dengan bahasa rasmi tetapi tidak semestinya. Bahasa kebangsaan
juga mungkin berbeza dengan bahasa yang umum digunakan rakyat negara
tersebut

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan


Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan supaya
pengaruh bahasa Inggeris ketika itu dapat dihalang buat sementara waktu.

Selepas beberapa tahun kemudian, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967


menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956
mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

You might also like