You are on page 1of 20

Bil Senar ai Ka ndungan

M/S
1 Peng har gaan
2 Pendahuluan
3 Ob jek ti f Ka ji an
4 Ka wasan Ka ji an
5 Kaedah K aj ian
6 Da patan K aj ian
7 Rumusan
8 Lampi ran
9 Rujukan
10 Peni la ian Umum
Saya, Nur Syafiqah Amani Bt Azmi ingin
menggambil kesempatan ini untuk
menggucapkan ribuan terima kasih
kepada ibu bapa saya yang telah
menyubang dari segi kewangan dan
tunjuk ajar. Tidak lupa juga terhadap
rakan-rakan saya dan terutama sekali
kepada guru geografi saya,Pn Florence
kerana beliau banyak menyubangkan
tenaga dan sanggup menolong saya
demi menyiapkan kerja khusus ini. Akhir
sekali saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada 30 orang yang sudi ditemu
ramah oleh saya………….
Bagi memenuhi sukatan pelajaran geografi
Tingkatan 3,saya dan semua murid tingkatan
tiga dikehendaki membuat kajian geografi
tempatan atau (KGT).
Tajuk yang diberi oleh guru geografi saya
ialah ‘MENGKAJI JARINGAN SISTEM
PENGANGKUTAN DI KAWASAN DAN
MEMBANDINGKAN DENGAN NEGARA
TERPILIH’.
Kawasan kajian saya ialah DESA SRI
HARTAMAS dan Negara yang saya pilih ialah
SINGAPURA. Saya memilih kawasan
perumahan ini kerana ianya berhampiran
dengan tempat tinggal saya.
Dalam kajian ini,saya telah memerhati
pelbagai orang menggunakan pelbagai jenis
pengangkutan ke tempat kerja. Saya dengan
kerjasama para responden cuba memperbaiki
kemudahan pengangkutan awam ini.
Masa yang diberi untuk menyiapkan kajian
ini adalah selama 8 minggu.
• Menerangkan faktor-faktor yang
mempengaruhi jaringan sistem
pengangkutan di desa sri hartamas.
• Menamakan jenis-jenis system
pengangkutan di desa sri hartamas
• Menyata dan menghuraikan
kepentingan sistem jaringan
pengangkutan.
• Mengenal pasti kesan-kesan
perkembangan sistem jaringan
pengangkutan terhadap alam
sekitar
• Mencari dan menyelidik langkah-
langkah penyelesaian dan langkah-
langkah untuk membendung
daripada terjadi lagi
• Ketika melakukan kajian ini saya
dapat banyak pengajaran dan
iktibar. Diantaranya ialah :-
• Kita hendaklah sentiasa mematuhi
peraturan.
• Kita hendaklah saling bertolak
ansur dan hormat menghormati di
antara satu sama lain.
• Dapat merapatkan hubungan
silaturahim antara satu sama lain.

Kawasan kajian yang saya pilih ialah


Desa Sri Hartamas . pandangan darat
fizikal ialah dari sebuah bukit kepada
pembinaan sekolah,kondominium
,pasaraya dan lain-lain. Jika dari
Sekolah Menengah Sri Hartamas ke Desa
Sri Hartamas mengambil masa selama 2
minit.

Berdasarkan soal selidik yang telah


dijalankan terhadap 30 orang
responden,keputusannya adalah seperti
berikut.
Bil Jenis pengangkutan Jumlah(orang)
1. Kereta 17
2. Kenderaan awam 7
3. Motosikal 6

PEMERHATIAN:-
• Melalui kaedah ini, saya dapat
memerhati pelbagai jenis bentuk
muka bumi di kawasan kajian saya.
Saya juga dapat memerhati
pelbagai jenis sistem pengangkutan
yang terdapat di sini .
SOAL SELIDIK:-
• Saya telah menyediakan satu set
borang soal selidik untuk diajukan
kepada 30 orang respoden di
kawasan kajian saya.
• RUJUKAN:-
• Saya juga menggunakan kaedah
kajian rujukan untuk mencari
maklumat berkenaan kawasan
kajian saya.

JENIS-JENIS SISTEM PENGANGKUTAN YANG TERDAPAT DI DESA SRI

HARTAMAS.

Hanya terdapat satu jenis sistem pengangkutan di Desa Sri Hartamas

iaitu jalan raya.Jaringan jalan raya di Desa Sri Hartamas adalah

padat. Jaringan jalan raya ini menghubungkan Desa Sri Hartamas

dengan kawasan persekitarannya seperti taman perumahan dan

sekolah.

PENGANGKUTAN DARAT:-

1. PENGANGKUTAN AWAM.

– BAS

– TEKSI

2. PENGANGKUTAN PERSENDIRIAN.

– MOTORSIKAL

– KERETA

– BASIKAL

3. PENGANGKUTAN BARANG.
– VAN

– LORI

• Pemerhatian.
– Saya telah membuat pemerhatian

terhadap jenis–jenis sistem


pengangkutan di Desa Sri Hartamas.
Hasil pemerhatian,saya mendapati 1
jenis pengangkutan yang terdapat
di Desa Si Hartamas iaitu jalan raya.

• Soal selidik.
– Saya telah mengumpul maklumat
tentang jaringan sistem
pengangkutan Desa Sri Hartamas
melalui borang soal selidik yang
diedarkan kepada 30 orang
responden.
• Rujukan
– Saya telah membuat rujukan

daripada buku teks geografi


tingkatan 3 ,guru geografi saya Pn
Florence dan buku rujukan geografi.
Jenis – jenis sistem pengangkutan.
– Sistem pengangkutan yang terdapat di
kawasan kajian saya hanyalah system
pengangkutan darat sahaja. Terdapat
satu jenis sistem pengangkutan darat
iaitu:-
• Jalan Raya
– Jalan raya merupakan cara

pengangkutan utama bagi penduduk


dikawasan ini. Terdapat dua jalan
utama yang menghubungkan
kawasan ini dengan bandaraya
Kuala Lumpur iaitu jalan . Sistem
jalan raya di kawasan ini baik
kerana jalannya yang lebar.
Terdapat jalan raya dua hala ,jalan
sehala,lorong-lorong di kawasan
perumahan.
Bentuk muka bumi
Bentuk muka bumi kawasan kajian terdiri daripada tanah
pamah. Kawasan tanahnya yang datar memudahkan
pembinaan jalan – jalan perhubungan seperti jalan raya .
Kawasan ini mudah dihubungi dan menjadi tumpuan
penduduk. Pengangkutan awam banyak di sediakan dan
ini memudahkan penduduk menjalankan kegiatan harian
serta mudah ke tempat kerja.

KEGIATAN EKONOMI.

Kawasan ini mengalami perkembangan ekonomi yang


pesat. Kegiatan ekonomi yang utama di kawasan ini ialah
perniagaan. Terdapat deretan kedai dan pasaraya.
Kewujudan perniagaan tersebut membantu pembinaan
jalan raya yang baik.

DASAR KERAJAAN

Kerajaan telah melaksanakan usaha untuk menaik taraf


jalan raya bertujuan untuk memudahkan usaha
membangunkan ekonomi penduduk di sini. Sehubungan
itu ,penduduk di sini menikmati tahap kemajuan yang
baik.
KEMAJUAN TEKNOLOGI
Kemajuan teknologi pada masa kini telah membolehkan
sistem pengangkutan jalan raya yang baik di bina.
Contoh laluan jalan raya di atas bulatan digunakan untuk
mengelakkan kesesakan yang teruk di persimpangan
jalan.

KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN.


TAHAP KETERSAMPAIAN
Rangkaian jalaraya yang terdapat di Desa Sri Hartamas ini telah
meningkat lagi tahap ketersampaian penduduk di kawasan ini
untuk bergerak seperti ke tempat kerja,pusat Bandar dan
sebagainya.
PERKEMBANGAN EKONOMI.
Jaringan jalan raya yang baik meningkatkan perkembangan
ekonomi di kawasan kajian. Kaedah ini boleh merangsangkan
pembangunan pelbagai jenis industri, dagangan dan perniagaan.
KEPERLUAN DAN KESELESAAN PENDUDUK.
Wujudnya jaringan jalan raya yang baik dan cekap di kawasan ini
telah dapat memenuhi keperluan penduduk seperti kemudahan
ke tempat kerja dan sosial dalam keadaan yang selesa.

MOBILITI PENDUDUK.
Mobiliti penduduk menjadi lebih baik.

Di Singapura,sistem pengangkutannya
juga baik. Terdapat kemudahan jalan raya di
setiap pelusuk pulau tersebut. Antara jenis
kenderaan yang terdapat ialah motosikal ,
kereta dan kemudahan awam seperti bas dan
teksi. Di samping itu terdapat kemudahan
awam seperti MRT(Mass Rapid Transit Sistem)
yang terdiri daripada rangkaian landasan
bawah tanah dan kemudahan airbus. Sistem
pengangkutan di Singapura yang baik telah
membantu memperkembangkan
ekonomiNegara tersebut contohnya
penduduk menjadi lebih baik. Sistem
pengangkutannya juga member keselesaan
kepada penduduknya dan juga kepada
pelancong.

KESAN-KESAN PERKEMBANGAN JARINGAN


SISTEM PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM
SEKITAR

KESAN NEGATIF:-

• PENCEMARAN UDARA.
Pelepasan bahan pencemaran daripada kenderaan menyebabkan
pencemaran udara di kawasan Bandar . Udara tercemar mengandungi
plumbun,karbon dioksida dan karbon monoksida. Gas ini boleh
menyebabkan fenomena hujan asid. Debu dalam asap menjadi punca
kejadian jerebu. Jerebu boleh menjejaskan kesihatan manusia
terutamanya kepada mereka yang menghadapi masalah pernafasan.

• PENCEMARAN BUNYI.
Pencemaran bunyi juga merupakan satu kesan negatif yang disebabkan
oleh perkembangan pengangkutan. Punca yang utama ialah daripada
motorsikal , kereta, lori dan sebagainya.

KESAN POSITIF:-

• MENGURANGKAN KESESAKAN LALU LINTAS.


Perkembangan jaringan pengangkutan mengurangkan kesesakan lalu
lintas di kawasan Desa Sri Hartamas. Terdapat laluan bertingkat atas
bulatan jalan raya dapat mengelakkan kesesakan . Di kawasan ini juga
terdapat jalan yang masih lagi dalam pembinaan. Apabila jalan itu siap,
ia dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.

• TAHAP KETERSAMPAIAN
Jaringan pengangkutan di kawasan yang baik dapat memudahkan
penduduk di kawasan ini untuk bergerak. Jaringan pengangkutan yang
baik dapat memendekkan masa perjalanan.

Walaupun perkembangan sistem pengangkutan di kawasan ini mendatangkan


kesan negatif terhadap alam sekitar ,namun perkembangan nya juga dapat
member keselesaan kepada penduduk setempat.

Di singapura terdapat system pengangkutan Bandar yang cekap.


Contohnya terdapat MRT. MRT dapat mengurangkan kesesalan dan
meningkan tahap ketersampaian serta memberikan keadaan y ang
selesa kepada penduduk . Namun begitu kesan negatif juga terdapat
seperti pencemaran udara akibat daripada pembebasan gas dan asap
kenderaan serta terdapat juga kesan pencemaran bunyi.

*petrol tanpa plumbum

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan


plumbum dalam pelepasan asap kenderaan.

*NGV (neutral Gas Vehicle)

Pada masa sekarang ,semakin banyak kenderaan yang menggunakan


NGV yang dapat mengurangkan pembebasan asap.stesen –stesen minyak
dikawasan Bandar juga telah menyediakan kemudahan NGV.

*Penhijauan Bandar
Usaha menanam pokok – pokok boleh mengurangkan pencemaran udara.
Pokok –pokok ini boleh di tanam di sepanjang jalan raya . selain daripada
mengurangkan pencemaran ,ini juga dapat mencantikkan kawasan .

*Catalytic Conventer

Penggunaan atzlytic Conventer dalam ekzos kereta boleh mengurangkan


karbon
Monoksida yang dilepaskan oleh kereta . alat ini dapat menukar karbon
monoksida yang beracun kepada karbon dioksida.

*Penggunaan Kenderaan Berkuasa Elektrik

Penggunaan kenderaan awan berkuasa elektrik seperti LRT, monorel , dan


komuter dapat memelihara alam sekitar kerana ia mengurangkan
masalah pencemaran udara dan bunyi .

*Kempen

Kempen-kempen terhadap penggunaan petrol tanpa plumbum ,Cataytic


Conventer dan penggunaan kenderaan awan perlu dilancarkan berterusa
untuk member pengetuhuan kepada penduduk.

Di singapura, penggunaan petroleum tanpa plumbum juga


telah lama dijalankan di samping langkah-langkah yang telah diambil oleh
kerajaannya untuk menanam pokok-pokok. Penggunaan kenderaan
berkuasa elektrik seperti MRT yang beroperasi di bawah tanah dapat
menggurangkan pencemaran alam sekitar dan pencemaran bunyi.
Pengangkutan jalan raya di Desa Sri Hartamas memainkan peranan
penting kepada penduduk. Faktor-faktor yang mempengaruhi pengangkutan di
kawasan ini adalah bentuk muka bumi , kegiatan ekonomi yang pesat , kepoerluan
penduduk dan juga peranan kerajaan. System jalan raya di kawasan ini
menyumbangkan kepada peningkatan ekonomi dan memberi keselesaan kepada
penduduk.

Walaupun terdapat rangkaian jalan raya di kawasan ini, tetapi


kemudahan pengangkutan ini masih tidak dapat memenuhi keperluan penduduk.
Masih lagi berlaku kesesakan jalan rayapada waktu tertentu . Langkah-langkah
seperti menanam pokok, penggunaan alat Catalytic Converter, penggunaan petrol
tanpa plumbum dan NGV serta penggunaan kenderaan berkuasa elektrik perlu
diperluaskan dan di kaji dari semasa ke semasa.
1. Abd. Rahim Md Nor , 2004. Geografi tingkatan 3. Selangor : Cerdik
Publications Snd . Bhd.
2. Http://www.Street Directory.com/kl.
3. Cong Mui Sen , 2005 . Ulangkaji Total Geografi. Kuala Lumpur:Sasbadi Snd.
Bhd.

You might also like