You are on page 1of 6

Bertarikh

KONTRAK PERJANJIAN

Antara

NAMA PEMBERI

(NOMBOR KAD PENGENALAN)

Dengan

NAMA PENERIMA

(NOMBOR KAD PENGENALAN)


PERJANJIAN INI dibuat pada ……………………………….. di antara NAMA PEMBERI
(NOMBOR KAD PENGENALAN) [sesudah ini dipanggil “PEMBERI”] dengan NAMA
PENERIMA (NOMBOR KAD PENGENALAN) [sesudah ini dipanggil “PENERIMA”].

BAHAWASANYA, PEMBERI telah bersetuju untuk mendahulukan wang sebanyak RINGGIT


MALAYSIA LIMA RIBU SAHAJA kepada PENERIMA sebagai modal perniaagaan yang
akan dijalankan oleh PENERIMA. DAN BAHAWASANYA , PENERIMA telah bersetuju untuk
membayar balik wang yang dipinjamkan melalui pembayaran sebanyak RINGGIT
MALAYSIA EMPAT RATUS SAHAJA kepada PEMBERI setiap bulan selama EMPAT
TAHUN menjadikan jumlah besar pulangan sebanyak RINGGIT MALAYSIA SEMBILAN
BELAS RIBU DUA RATUS SAHAJA seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

DAN BAHAWASANYA, telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak di antara PEMBERI


dengan PENERIMA, sekiranya PENERIMA gagal melakukan pembayaran bagi pinjaman yang
didahulukan akan wujudnya obligasi undang- undang di antara mereka. Obligasi undang-undang
hanya akan wujud setelah kontrak perjanjian ini ditandatangani secara sah oleh kedua-dua pihak.

MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN adalah dipersetujui seperti berikut:

1.0 TAKRIF DAN TAKSIRAN

1.1 Dalam perjanjijan ini dan lampiran yang dilampirkan bersama perkataan-perkataan dan
ungkapan-ungkapan berikut hendaklah mempunyai makna sebagaimana yang telah
ditetapkan kepadanya melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain:

1.1.1 “PEMBERI” bagi maksud perjanjian ini adalah merujuk kepada pemberi
pinjaman iaitu NAMA PEMBERI (NOMBOR KAD PENGENALAN).

1.1.2 “PENERIMA” bagi maksud perjanjian ini adalah merujuk kepada penerima
pinjaman iaitu NAMA PENERIMA (NOMBOR KAD PENGENALAN).

1.1.3 “CIMB BANK” adalah merujuk kepada COMMERCE INTERNATIONAL


MERCHANT BANKERS BERHAD.
1.1.4 “HSBC BANK” adalah merujuk kepada HONG KONG SHANGHAI
BANKING COOPERATION.

1.1.5 “UNDANG-UNDANG” adalah merujuk kepada UNDANG-UNDANG


MALAYSIA.

2.0 PERSETUJUAN AM

2.1 PEMBERI memberi pinjaman wang sebanyak RINGGIT MALAYSIA LIMA RIBU
SAHAJA melalui cara memasukkan wang yang tersebut ke dalam akaun CIMB BANK
PENERIMA yang bernombor akaun XXXX. [Rujuk Lampiran]

2.2 PENERIMA bersetuju membayar balik pinjaman modal yang didahulukan oleh
PEMBERI sebanyak RINGGIT MALAYSIA EMPAT RATUS SAHAJA setiap bulan
selama EMPAT TAHUN menjadikan jumlah besar yang perlu dibayar oleh PENERIMA
kepada PEMBERI adalah sebanyak RINGGIT MALAYSIA SEMBILAN BELAS
RIBU DUA RATUS.

3.0 TEMPOH KONTRAK

3.1 Persetujuan ini berkuatkuasa mulai tarikh …………………………… atau tarikh kontrak
ditandangatangi yang mana lebih awal. Dengan syarat sentiasa bahawa apa-apa hak,
kepentingan, tugas, liabiliti dan kewajipan yang wujud semasa tempoh kontrak perjanjian
ini berkuatkuasa hendaklah terus berkuatkuasa walaupun tempoh kontrak perjanjian ini
telah tamat.

3.2 Pembayaran akan dibuat oleh PENERIMA kepada PEMBERI selama EMPAT TAHUN
bermula dari DD MM YY sehingga DD MM YY dan seperti mana yang telah
dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

4.0 CARA PEMBAYARAN

4.1 Semua pembayaran adalah dibuat dalam Ringgit Malaysia sahaja.


4.2 Adalah dipersetujui bahawa pembayaran balik yang akan dilakukan oleh PENERIMA
kepada PEMBERI dengan cara memasukkan wang ke dalam akaun bank HSBC BANK
PEMBERI di nombor akaun XXXX.

4.3 PENERIMA perlu membuat bayaran balik kepada PEMBERI dengan cara memasukkan
duit ke dalam akaun bank HSBC BANK PEMBERI di nombor akaun XXXX setiap
bulan pada X HARIBULAN atau selewat-lewatnya X HARIBULAN pada setiap bulan
selama EMPAT TAHUN bermula pada tarikh DD MM YY seperti yang dipersetujui.

5.0 PENAMATAN KONTRAK

5.1 Penamatan kontrak perjanjian di antara PEMBERI dengan PENERIMA akan hanya
berlaku apabila:

5.1.1 Jika PENERIMA telah berjaya membuat pembayaran balik selama EMPAT
TAHUN dengan jumlah besar RINGGIT MALAYSIA SEMBILAN BELAS
RIBU DUA RATUS SAHAJA kepada PEMBERI seperti yang telah dipersetujui
oleh kedua-kedua pihak.

5.1.2 Jika PEMBERI telah bersetuju dengan cara bertulis untuk menamatkan kontrak
perjanjian ini dari diteruskan

6.0 LAIN-LAIN

8.1 Adalah diperakui bahawasanya perjanjian ini telah dibuat tanpa prejudis kepada mana-
mana pihak.

8.2 Wang yang didahulukan adalah bertujuan untuk membiayai perniagaan yang sah di sisi
UNDANG-UNDANG.

8.3 Kontrak perjanjian ini telah dibuat dengan mengikuti dan mematuhi UNDANG-
UNDANG yang sedia ada.

8.4 Sebarang pembaharuan di dalam kontrak perjanjian ini perlulah mendapat persetujuan
bertulis dari kedua-dua pihak.

8.5 PEMBERI dan PENERIMA perlulah memperbaharui kontrak perjanjian ini di masa
hadapan jika kedua-dua pihak telah bersetuju untuk meneruskan pembiayaan yang
baharu.
7.0 LAMPIRAN ADALAH SEBAHAGIAN PERJANJIAN

6.1 Lampiran-lampiran kepada perjanjian ini hendaklah disifatkan sebagai sebahagian


daripada Perjanjian ini.

8.0 UNDANG-UNDANG

7.1 Kontrak perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh Undang-undang
Malaysia sahaja.

Ditandatangani oleh; Ditandatangani oleh;

…………………………………… ………………………………………
NAMA PEMBERI NAMA PENERIMA
(NOMBOR KAD PENGENALAN) (NOMBOR KAD
PENGENALAN)
PEMBERI PENERIMA

Disaksikan oleh; Disaksikan oleh;

……………………………………. ………………………………………

NAMA: NAMA:

I/C: I/C:

You might also like