You are on page 1of 34

PENGHARGAAN

Alhamdullilah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, akhirnya


dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya yang begitu saya
hormati, Pn. Norashikin Bt Ismail. Setelah beberapa hari saya bertungkus-lumus menyiapkan
tugasan ini akhirnya saya telah mendapat hasil yang setimpal dengan usaha saya itu.

Sesungguhnya tanpa seorang pembimbing yang bergelar guru saya tidak dapat
menyiapkan tugasan ini dengan masa yang diperuntukkan. Beliau telah bersungguh-sungguh
memberi penerangan bagi tugasan ini kepada saya. Sebarang permasaalahan yang telah
dihadapi oleh pelajar-pelajar telah beliau terangkan dengan terperinci sehingga pelajar-pelajar
memahami tentang apa yang dimusykili.

Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang telah banyak
membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya rakan-rakan kelas seperjuangan.
Sesungguhnya tanpa mengenal erti jemu mereka telah membantu saya ketika saya buntu dan
tidak faham beberapa perkara semasa menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya budimu itu tidak
dapat dibalas dengan wang ringgit.

Tidak lupa juga kepada keluarga saya yang banyak memberi sokongan kepada dalam
menyiapkan tugasan ini dengan baik dan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan. Saya
amat menghargai sokongan mereka yang tidak henti-henti itu.

Akhir kata, saya berharap agar hasil tugasan saya ini akan memberi manfaat dari segi
penambahan ilmu pengetahuan bukan sahaja untuk diri sendiri malahan juga kepada sesiapa
yang membacanya kelak.Sekian terima kasih.
ISI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

SOALAN TUGASAN…………………………………………………….. i

BORANG KOLABORASI……………………………………………….. ii

PENGHARGAAN……………………………………………………….. iii

1.0 PENGENALAN…………………………………………………… 1
1.1 KONSEP PENDIDIKAN KHAS…………………………. 1 - 2

1.2 KATEGORI KANAK-KANAK PENDIDIKAN


KHAS MASALAH PEMBELAJARAN…………………..3 - 10

2.0 KAJIAN KES…………………………………………………….. 11


2.1 BIODATA KANAK-KANAK……………………………….11 - 12
2.2 KAEDAH KAJIAN………………………………………….13 - 27

3.0 DAPATAN KAJIAN………………………………………………. 28


3.1 KATEGORI KETIDAKUPAYAAN KANAK-KANAK……. 28 - 29
3.2 PUNCA MASALAH MURID BERKEPERLUAN KHAS…30- 32
3.3 PENGURUSAN AKTIVITI HARIAN……………………… 33 - 34

4.0 PENUTUP…………………………………………………………. 35

5.0 REFLEKSI………………………………………………………….. 36 - 37

6.0 BIBLIOGRAFI……………………………………………………… 38

7.0 LAMPIRAN………………………………………………………….. 39
1.0 PENGENALAN

1.1 KONSEP PENDIDIKAN KHAS

Murid pendidikan khas adalah murid yang mempunyai ciri-ciri khusus yang
memiliki cirri-ciri khusus yang menghalang mereka untuk mengikuti pembelajaran
seperti murid-murid normal. Kekurangan atau kelemahan dari aspek kesihatan, fizikal,
mental, deria dan tingkahlaku menjuruskan mereka dalam kategori bermasalah
pembelajaran. Oleh itu mereka memerlukan satu kaedah pendidikan yang sesuai bagi
memenuhi keperluan mereka.

Menurut Chua Tee Tee &Koh Boh Boon, 1992 Pendidikan khas merujuk pada
pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa iaitu kanak-kanak yang dari segi intelek,fizikal,
social dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan
mereka tidak dapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.

Heward & Orlansky ,1980, pula menyatakan bahawa pendidikan khas berkaitan
dengan Kanak-kanak yang kebolehanya menyimpang daripada norma biasa, samada di
bawah purata atau di atas purata. Sehubungan dengan tu mereka memerlukan
pendidikan yang khas , kurikulum khas , alatan khas dan guru khas. Kanak-kanak khas
termasuk kanak-kanak pintar dan bermasalah pembelajaran. Kanak-kanak Khas perlu
dibantu untuk mencapai potensi maksima mereka dari segi jasmani, emosi, sosial dan
interlek dengan menyediakan pendidikan yang dirancang secara induvidu dan
sistematik.

Kem . Pendidikan Malaysia ada menyatakan pendapat bahawa Kanak-kanak


bermasalah pembelajaran merupakan golongan kanak-kanakyang telah dikenal pasti
dan disahkan oleh professional klinik sebagai mengalami kecacatan yang
mengganggu proses pembelajaran . kecacatan yang dialami boleh dikategorikan
mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan kognitif ,sosial , komunikasi
dan kemahiran perkembangan.

Hallahan dan Kauffman. 2006, mendefinisikan bahawa pendidikan khas adalah


pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan
khas.

Slavin, 1997 berpendpadapt bahawa pendidikan khas adalah sebarang program


yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti
kecacatan mental, emosi dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada
pembelajaran biasa dalam kelas

Gargiulo, 2003, mengutarakan bahawa pendidikan khas adalah program


pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia
mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran
khusus.

Secara ringkasnya, Pendidikan khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan
dengan kaedah , teknik dan penyelidikan yang tersendiri. Kesemua ini menumpukan ke
arah pengurusan dan pembelajaran yang baik bagi menilai dan mematuhi kehendak-
kehendak khas. Dari segi praktiknya pendidikan khas merupakan pendidikan secara
individual dengan kaedah-kaedah pengurusan yang bersistematik dari segi susunan
fizikal, alatan-alatan khas dan kaedah pengajaran khas. Kesemua intervensi-intervensi
yang dibuat ini semata-mata untuk menolong kanak-kanak khas untuk mencapai
kepuasan diri dari segi akedemik dan vokasional untuk membolehkan mereka berdikari.
1.2 KATEGORI KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

1.2.1 Sindrom Down

Definisi Sindrom Down

Sindrom down  (bahasa Inggris: down syndrome) merupakan kelainan


kromosom yang dapat dikenal dengan melihat manifestasi klinis yang cukup khas.
Kelainan yang berdampak pada keterbelakangan pertumbuhan fisik dan mental anak ini
pertama kali dikenal pada tahun 1866 oleh Dr.John Longdon Down. Karena ciri-ciri
yang tampak aneh seperti tinggi badan yang relative
pendek, kepala mengecil, hidung yang datar menyerupai orang Mongolia maka sering
juga dikenal dengan Mongoloid. Pada tahun 1970an para ahli
dariAmerika dan Eropa merevisi nama dari kelainan yang terjadi pada anak tersebut
dengan merujuk penemu pertama kali syndrome ini dengan istilah sindrom down dan
hingga kini penyakit ini dikenal dengan istilah yang sama

Sindrom Down disebabkan kelainan pada kromosom. Kromosom adalah


merupakan serat-serat khusus yang terdapat didalam setiap sel didalam badan
manusia dimana terdapat bahan-bahan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang.
Bayi normal dilahirkan dengan jumlah 46 kromosom (23 pasang) iaitu hanya sepasang
kromosom 21 (2 kromosom 21). Sindrom Down yang kerap terjadi ialah disebabkan
oleh kelebihan kromosom 21 dimana 3 kromosom 21 menjadikan jumlah kesemua
kromosom ialah 47 kromosom. Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina (lelaki
dan perempuan).

Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ciri-ciri fizikal yang unik.. Antara ciri-ciri
fizikal tersebut adalah :
Sifat Pada Kepala, Muka Dan Leher

Mereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol.
Pangkal hidungnya kemek. Jarak diantara 2 mata jauh dan berlebihan kulit di sudut
dalam. Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu
terjelir. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah.
Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang. Lehernya
agak pendek.

Sifat Pada Tangan Dan Lengan

Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang
pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka biasanya
hanya terdapat satu garisan urat dinamakan "simian crease".
Sifat Pada Kaki

Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh
terpisah dan tapak kaki.

Sifat Pada Otot

Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka


menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar.

Masalah Jantung

Masalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang seperti
Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang diantara bilik jantung kiri dan
kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang diantara atria kiri dan
kanan. Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan (Patent Ductus
Ateriosis / PDA). Bagi kanak-kanak sindrom down boleh mengalami masalah jantung
berlubang jenis kebiruan (cynotic spell) dan susah bernafas.

Masalah Perkembangan Pembelajaran 

Kanak-kanak Sindrom Down secara keseluruhannya mengalami kelewatan


perkembangan dan kerencatan akal. Pada peringkat awal pembesaran mereka
mengalami masalah lambat dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat untuk
berjalan, perkembangan motor halus dan bercakap. Perkembangan sosial mereka agak
menggalakkan menjadikan mereka digemari oleh ahli keluarga. Mereka juga
mempunyai sifat periang. Perkembangan motor kasar mereka lambat disebabkan otot-
otot yang lembik tetapi mereka akhirnya berjaya melakukan hampir semua pergerakan
kasar.

PENCEGAHAN

Pencegahan dapat dilakukan dengan melakukan pemeriksaan kromosom


melalui amniocentesis bagi para ibu hamil terutama pada bulan-bulan awal kehamilan.
Terlebih lagi ibu hamil yang pernah mempunyai anak dengan sindrom down atau
mereka yang hamil di atas usia 40 tahun harus dengan hati-hati memantau
perkembangan janinnya karena mereka memiliki risiko melahirkan anak dengan
sindrom down lebih tinggi. Sindrom down tidak bisa dicegah, karena DS merupakan
kelainan yang disebabkan oleh kelainan jumlah kromosom. Jumlsh kromosm 21 yang
harusnya cuma 2 menjadi 3.

Penyebabnya masih tidak diketahui pasti, yang dapat disimpulkan sampai saat
ini adalah makin tua usia ibu makin tinggi risiko untuk terjadinya DS.Diagnosis dalam
kandungan bisa dilakukan, diagnosis pasti dengan analisis kromosom dengan cara
pengambilan CVS (mengambil sedikit bagian janin pada plasenta) pada kehamilan 10-
12 minggu) atau amniosentesis (pengambilan air ketuban) pada kehamilan 14-16
minggu.
1.2.2 DISLEKSIA

PENGENALAN DISLEKSIA

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan


"LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah
satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak.
Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis,
mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang
menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya
pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah


sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah
mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut
perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan,
dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan
orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis


penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan
kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit


dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara
kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan
kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan


yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan
intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.
APA ITU DISLEKSIA?

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf,


membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan
peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan
ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan
yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan
kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam
sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu
kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang
dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina
atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-
kanak.

Jenis-jenis Disleksia

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :

Disleksia visual (penglihatan)


Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta
konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk
diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian
perkataan adalah secara terbalik

Disleksia auditori (pendengaran)


Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata
perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan
perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan.
Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia
auditori

Disleksia visual-auditori
Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk
memproses tulisan secara visual dan audio
.
PUNCA-PUNCA DISLEKSIA

Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996,
antara punca-punca disleksia ialah;

Keturunan atau genetiK


Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah
yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah
keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia
desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-
temurun

Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan,
kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor
ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian
daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah
belajar dan kerosalan ini minimum

Kematangan 
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam
sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-
kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu
kemungkinan punca disleksia
CIRI-CIRI DISLEKSIA

Kanak-kanak pra-sekolah :
- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
- Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
- Tidak merangkak semasa bayi
- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
- Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak
soalanKanak-kanak

Sekolah Rendah :

6 hingga 9 tahun
- Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan
perkataan, huruf dan nombor
- Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
- Keliru dengan kiri dan kanan
- Tulisan cermin atau terbalik

9 hingga 12 tahun
- Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
- Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
- Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
- Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
- Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa 
Sekolah Menengah :
- Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
- Kesukaran menulis karangan
- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
- Kesukaran mempelajari bahasa lain
- Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
- Jenis orang yang suka senyap
- Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
- Kurang kemahiran bersosial

LANGKAH-LANGKAH MENBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA

- Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada
peringkat awal bagi tujuan menaganinya
- Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam
banyak hal tetapi tetap disayangi.
- Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan
semulajadi
- Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan
kegagalan yang berterusan.
- Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
- Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika
- Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan
- suasana harmoni
- Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
- Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
- Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai
2.0 KAJIAN KES

2.1 BIODATA KANAK-KANAK

NAMA : MOHAMMAD SUHAIMI B. MOH HEZLI

JANTINA : LELAKI

BANGSA : MELAYU

AGAMA : ISLAM

TARIKH LAHIR: 15.08.1996

NO SIJIL KELAHIRAN : K 835227

JENIS KEPERLUAN KHAS : DISLEKSIA

ALAMAT : LOT 153 KG. TOK BOK, LABOK, 18500, MACHANG, KELANTAN

NAMA PENJAGA : ROSLINA BINTI MAMAL (IBU)

PEKERJAAN : PENOREH GETAH

PENDAPATAN : RM 150.00
NAMA : NAILI BT FAUZI

JANTINA : PEREMPUAN

BANGSA : MELAYU

AGAMA : ISLAM

TARIKH LAHIR: 09.09.2001

NO SIJIL KELAHIRAN : AW 44445

JENIS KEPERLUAN KHAS : SINDROM DOWN

ALAMAT : NO.21, KG. BAGGOL PAK AWANG, LABOK, 18500,

MACHANG KELANTAN

NAMA PENJAGA : ZULKAFLI B ADAM

PEKERJAAN : PETANI

PENDAPATAN : RM 500.00
2.2 KAEDAH KAJIAN

2.2.1 PEMERHATIAN
Pemerhatian telah dibuat kepada dua orang sampel kajian yang telah dipilih.
Pemerhatian tersebut dijalankan di dalam bilik darjah semasa sesi pembelajaran.
Pemerhatian ini juga turut dipantau oleh guru kelas mereka. Pemantauan ini adalah
untuk memastikan pemerhatian yang telah saya buat adalah berdasarkan maklumat
yang betul. Pemerhatian yang telah saya buat adalah pelajar yang mengalami sindrom
down dan disleksia.

Naili Bt Fauzi merupakan seorang pelajar yang mengalami sindrom down. Berdasarkan
pemerhatian saya, mulut Naili selalu terbuka apabila mendengar guru mengajar. Perkara ini
sudah menjadi kebiasan kepadanya. Semasa melihat sesuatu ataupun menulis, mulutnya akan
terbuka. Jika tertutup mulutpun, tidak akan rapat. Dia juga merupakan seorang yang pendiam
dan tidak banyak cakap seperti pelajar lain. Dia lebih suka menyendiri dan hanya rapat dengan
rakan-rakan tertentu sahaja.. Perwatakannya manja dan suka apabila ada aktiviti dijalankan
oleh guru di dalam kelas, seperti mewarna, menonton video, permainan kecil dan sebagainya.
Semasa mendapat arahan daripada guru, tindakannya sedikit lambat. Perlu disuruh berulang
kali barulah dia bertindak. Penulisannya juga tidak begitu kemas dan perlukan pemerhatian
daripada guru untuk menulis.

Berbeza dengan masalah yang dihadapi oleh Mohammad Suhaimi B. Moh Hezli
yang mengalami masalah disleksia. Pelajar berkeperluan khas ini tidak suka menyendiri
tetapi seorang yang pendiam. Guru kelas Suhaimi berpendapat bahawa pelajar ini
mengalami masalah berkomunikasi dengan pelajar lain. Namun tahap pemikiran pelajar
ini boleh dikatakan ditahap yang normal. Contohnya Suhaimi mudah bertindak apabila
diberi arahan. Suhaimi juga turut mengalami masalah dari segi penulisan huruf yang
seakan-akan sama seperti b dengan g dan b dengan p. Semasa aktiviti pembacaan di
dalam kelas, saya dapati suhaimi bermasalah dalam penggunaan imbuhan yang betul.
Terdapat penambahan dan pengurangan dalam pembacaan dia. Contoh yang dapat
lihat semasa pemerhatian yang dijalankan adalah “ saya beli makan” . sepatutnya “
saya beli makanan”.
2.2.2 TEMU BUAL

Melalui kajian yang telah saya buat, saya telah mengambil kesempata semasa berada
di sekolah pendidikan khas yang telah saya pilih iaitu di Sekolah Kebangsaan Tok Bok,
Machang, menemubual beberapa orang guru pendidikan khas disitu. Saya banyak
bertanyakan tentang pelajar yang bermasalah sindrom down dan juga disleksia.
Kerjasama daripada guru telah membantu saya dalam mengumpul segala maklumat
untuk kajian kes saya ini..

Berdasarkan temu bual yang saya buat dengan guru pendidikan khas tersebut,
Pn. Hidayatul Bt Rashidi, Pelajar sindrom down merupakan pelajar yang manja dan
inginkan perhatian daripada orang lain. Kadang-kadang pelajar ini suka menyendiri dan
sukar begaul dengan orang yang tidak kenal dan tidak pernah rapat dengannya.
Semasa belajar, pelajar sindrom down akan member perhatian untuk sekejap sahaja,,
hal ini adalag kerana tahap pemikiran pelajar tersebut adalah rendah. Jadi , kadar
tumpuan semasa belajar juga lemah. Perkembangan motor halus mereka juga lemah.
Menurut Pn Hidayatul, pelajar ini memerlukan tunjuka ajar yang lebih semasa
melakukan aktviti melibatkan motorhalus. Contohnya semasa menulis, mewarna, dan
juga aktiviti yang khusus untuk perkembangan motor halus seperti menyusun manik.
Ingatan mereka semasa pembelajaran juga adalah lemah. Mereka perlu diulang banyak
kali sesuatu perkataan tersebut bagi membantu pelajar itu ingat apa yang diajar.

Pelajar disleksia pula merupaka pelajar yang normal dari segi ffizikalnya namun
terdapat masalah pada perkembangan otaknya. Mereka bermasalah disleksia ini
sebenanya mempunyai masalah untuk membezakan dengan huruf yang seakan-akan
sama. Menurut Pn hidayatul lagi, pelajar ini memerlukan bimbingan yang khusus dalam
pengejaan sesuatu perkataan kerana mereka tidak mampu untuk menulis dengan
sendiri. Selain itu, mereka juga mempunyai masalah dalam menyebut perkataan
semasa membaca ekoran daripada masalah yang mereka hadapi dalam membezakan
huruf yang lebih kurang sama seperti b dengan p, j dengan g dan lain-lain lagi
2.2.3 DOKUMENTASI

DAPUR DAN TANDAS

TEMPAT MENGAMBIL MAKANAN

STESYEN DAN SUASANA KELAS

BORANG PEMERHATIAN MURID


Bil Borang Pemerhatian Murid A
1 Nama murid: Mohammad Suhaimi B. Moh Hezli
2
Umur: 12 Tahun
3
Jantina: Lelaki
4
Tingkahlaku yang ketara:
1. Seorang yang pendiam
2. Penulisan yang tidak kemas
3. Tidak menumpukan kepada sesuatu perkara dengan baik

5
Respon murid terhadap pembelajaran dalam kelas. Huraikan:
Tumpuan semasa belajar adalah kurang. Kesannya pelajar ini tdak mampu
untuk memahami apa yang dipelajari. Semasa aktiviti menulis, pelajar
tersebut, terkeliru dengan huruf yang seakan-akan sama seperti huruf b dan
p

6
Pada andain anda, apakah masalah murid ini?
Mengalami disleksia kerana masalah dalam mebezakan huruf yang dilihat
seperti sama.

Bil Borang Pemerhatian Murid B


1 Nama murid: Naili Bt Fauzi
2
Umur: 10 tahun
3
4 Jantina: Perempuan
Tingkahlaku yang ketara:
1. Seorang yang manja
2. Tidak member tumpuan di dalam kelas
3. Pendiam
5
Respon murid terhadap pembelajaran dalam kelas. Huraikan:
Semasa belajar, pelajar ini sukar member perhatian. Dia lebih suka
membuat aktviti sendiri seperti melihat gambar daripada mendengar apa
yang diajar oleh guru.

6 Pada andain anda, apakah masalah murid ini?


Mengalami sindrom down kerana cirri-ciri fizikal yang sama dengan pelajar
sindrom down yang lain

2. Nyatakan perbezaan yang ketara antara murid A dan murid B

a) sifat fizikal murid A adalah kelihatan lbih normal berbanding murid B


b) Murid A tidak dapat membezakan huruf yang dilihat sama seperti b dengan p ,
berbeza dengan murid B.
c) Murid B tidak dapat mewarna dengan kemas kerana perkembangan motor halu
yang lambat, manakala murid A sudah mampu untuk merwarna dengan baik.
d) Perwatakan murid B lebih manja walaupun tidak banyak cakap berbeza dengan
murid A yang bersifat lebih pendiam.

3.0 DAPATAN KAJIAN

3.1 KATEGORI KETIDAKUPAYAAN KANAK-KANAK YANG DIKAJI


Kategori kanak-kanak yang telah saya kaji adalah kategori kanak-kanak sindrom
down dan juga disleksia. Kanak-kanak sindrom dwon merupakan kanak-kanak yang
mempunyai masalah dalam aktviti pembelajaran. Hal ini berikutan dengan masalah
perkembangan otaknya yang lambat dan susah untuk memahami sesuatu apa yang
dipelajari. Manakal kanak-kanak disleksia pula mempunyai masalah terkeliru dengan
melihat huruf-huruf yang seakan-akan sama seperti b dengan p. Ketidakupayaan
pelajar-pelajar tersebut telah saya kenal pasti dan mengketogorikan pelajar itu kepada
kategori sindrom down dan juga disleksia.

Contoh pelajar sindrom down iaitu Naili. Seperti kanak-kanak yang sindrom down
yang lain, semasa belajar atau mendengar sesuatu daripada guru, pelajar ini akan
terbuka mulutnya dan cenderung untuk mengeluarkan lidah. Matanya juga sepet dan
berkepala bulat. Tubuhnya juga sedikit bongkok dan jari-jemari pendek. Naili
mempunyai masalah dalam pembelajarannya. Hasil dapatan kajian saya, saya
mendapati kanak-kanak yang sindrom down seperti Naili lambat untuk memahami dan
mengingat apa yang telah dipelajari. Contoh yang boleh saya kemukakan disini adalah
apabila pelajar tersebut diajar untuk mengeja bermula daripada huruf a hinggalah
kepada g. Naili diajar berserta dengan bunyi dan gambar yang mewakili huruf-huruf
tersebut. Pada awalnya Naili, secara perlahan Naili dapat mengikut apa yang telah
diajar. Selepas beberapa minit kemudian, Naili diminta untuk mengulangi apa yang
telah diajar. Namun, Naili tidak dapat menyebutnya dengan tepat. Apa yang diajar oleh
guru tersebut telah lupa. Naili diulang beberapa kali, untuk membantu Naili mengingat
dengan baik. Selain itu juga, Naili mudah terganggu semasa aktiviti membaca. Naili
memerluka perhatian yang khusus untuk membantunya membaca. Tanpa pantaun
dariapada guru, pelajar ini tidak akan dapat membaca dengan baik. Tumpuan Naili
kepada benda lain adalah lebih tinggi daripada membaca.

Naili juga mempunyai masalah dalam perkembangan motor halus. Bagi kanak-
kanak normal yang seusia dengan Naili sudah mampu untuk menyambung titik lukisan
dengan tepat dan betul. Namun, Naili amatlah berbeza kerana Naili sudah tidak mampu
menyambung titik dengan betul. Konsentrasi Naili dan juga jari yang lemah menjadi
punca kepada kenapa Naili susah untuk melakukan aktiviti tersebut. Pemantau yang
berkesan daripada guru adalah penting dalam membentuk perkembangan kanak-kanak
ini.

Hasil dapatan kajian kanak-kanak disleksia pula, mereka banyak mempunyai


masalah dalam membezakan huru yang seakan-akan sama. Contoh kanak-kanak
disleksia yang dapat saya perhatikan adalah Suhaimi. Pelajar ini selalu tidak dapat
membezakan antara huru b dengan p. Daripada hasil aktiviti penulisan didalam kelas,
saya mendapati bahawa pelajar ini akan terkelru untuk menulis “bapa” dengan “papa”.
Pelajar masih tidak dapat membezakan dengan jelas huruf b dengan p. Ketika disuruh
untuk menyalin balik perkataan yang telah diberi, kanak-kanak ini juga mempunyai
masalah menulis huruf “s” secara terbalik. Tulisannya juga tidak begitu kemas dan
susunan huruf adalah menaik dan menurun walaupun disediakan garisan. Untuk
menulis, Suhaimi memerlukan tumpuan yang berterusan daripada guru, kerana dia
tidak dapat menulis sesuatu dengan betul . Semasa pemerhatian yang saya buat, saya
dapati pelajar disleksia selalu membuat latihan menyambung titik perkataan. Dengan
pendekatan itulah akan membantu pelajar ini memperbaiki kekeliruan huruf yang dia
hadapi. Selain itu juga, pelajar disleksia mempunyai tumpuan dalam pembelajaran yang
tidak konsisten. Contohnya, semasa aktiviti pembacaan yang dijalankan, pelajar ini
tidak mampu untuk memahami apa yang telah dibacanya. Bila ditanya , adakah dia
paham apa yang tertulis pada ayat tersebut, dia hanya mampu berdiam dan mengeleng
kepala tanda tidak paham. Masalah ini sering dialami oleh kanak-kanak disleksia
kerana mereka sering mengalami gangguan dalam tumpuannya.

3.2 PUNCA MASALAH MURID BERKEPERLUAN KHAS YANG DIPILIH

3.2.1 SINDROM DOWN


Sindrom Down adalah masalah genetik yang paling kerap berlaku iaitu pada kadar satu
kes dalam setiap 700 kelahiran. Sindrom Down juga adalah masalah genetik paling
utama yang menjadi penyebab masalah terencat akal.

Secara umumnya, Sindrom Down boleh disebabkan satu daripada tiga masalah
genetik iaitu non -disjunction, translokasi atau mosaic.

Masalah non-disjunction (kegagalan kromosom untuk mengasing secara betul


dalam proses meiosis) berlaku ketika pembentukan telur wanita adalah penyebab
utama Sindrom Down (95 peratus daripada kelahiran bayi sindrom Down). Ia
menyebabkan berlakunya berlebihan kromosom pada kromosom 21 yang dikenali
sebagai Trisomy 21.

Risiko ini meningkat dengan peningkatan umur seseorang wanita dengan


kebarangkalian berlaku adalah satu kes dalam 700 kelahiran bagi wanita yang hamil
ketika berusia 30 tahun.

Risiko bertambah kepada 1 kes dalam 100 kelahiran apabila wanita


mengandung pada usia 40 tahun dan satu kes dalam 50 kelahiran berlaku jika si ibu
melebihi 45 tahun.Ia juga antara penyebab utama keguguran yang berlaku dalam
trimester pertama.

Lebih kurang 3 peratus masalah Sindrom Down disebabkan translokasi. Masalah


translokasi biasanya terjadi di antara kromosom 14 dan 21. Bagi penyebab ini, ada
kebarangkalian ibu bapa bayi Sindrom Down itu adalah pembawa genetik ini.

Oleh itu, risiko mendapat bayi Sindrom Down adalah tinggi untuk kelahiran
selanjutnya. Sebaik-baiknya ibu bapa menjalani ujian analisis kromosom jika ingin
mempunyai anak lagi apabila penyebab Sindrom Down berkenaan membabitkan
masalah translokasi genetik.

Selebihnya, lebih kurang 2 peratus masalah Sindrom Down


disebabkan mosaicism; iaitu bayi yang dilahirkan menunjukkan ciri-ciri Sindrom Down
tetapi berkemungkinan mempunyai IQ normal.

Kromosom berlebihan pada kromosom 21 boleh mempengaruhi hampir setiap


organ bayi Sindrom Down sehingga menyebabkan terjadi pelbagai masalah yang
dikaitkan dengan sindrom ini.

Bayi Sindrom Down mempunyai ciri wajah serupa sehingga disebut menyerupai


etnik Mongoloid. Ciri fizikal bayi Sindron Down juga berbeza dengan bayi normal kerana
ketegangan otot bayi adalah terlalu lembut serta mempunyai tumbesaran perlahan.

3.2.2 DISLEKSIA

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza
daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas
penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak
berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan
pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada
kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia.


Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia
mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap
sindrom berkenaan.

Punca kepada disleksia juga boleh dibahagikan kepada tiga iaitu keturunan
ataupun genetik, biologi dan juga kematangan.
Keturunan atau genetik

Masalah disleksia boleh diwarisi, cuma darjah keterukan disleksia yang dialami
mungkin berbeza. Kajian telah membuktikan disleksia yang disebabkan oleh kromosom
15, 1 dan 16 diwarisi secara turun-temurun (British Psychological Society, 1991 dan
Hammond dan Hughes, 1996)

Biologi 

Kesukaran ibu semasa dilahirkan seperti lahir tidak cukup bulan, kekurangan
oksigen semasa dilahirkan atau komplikasi yang dihadapi ibu semasa proses kelahiran.
Semua faktor ini berkemungkinan menyebabkan ketidaksempurnaan perkembangan
pada otak yang menyebabkan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah disleksia
(Hammond dan Hughes, 1996; 11). Dejerine (1892) (disunting oleh Spatford dan
Grosser) telah membuat kesimpulan bahawa disleksia adalah berpunca daripada
kerosakan pada ‘Corpus Callosum’ dan ‘Visual Cortex’ dalam otak manusia.

Kematangan

Biasanya terdapat perbezaan dalam perkembangan sistem saraf manusia. Ada


kanak-kanak yang lebih lambat perkembangannya pada bahagian-bahagian tertentu
dalam sistem saraf jika dibandingkan dengan rakan sebayanya. Kanak-kanak lelaki
lebih lambat matang daripada kanak-kanak perempuan. Perkembangan kematangan
kanak-kanak lelaki secara umumnya berlaku secara mendadak dan tidak berperingkat
seperti kanak-kanak perempuan.Kelewatan kematangan merupakan antara
kemungkinan punca kanak-kanak mengalami disleksia.

3.3 PENGURUSAN AKTIVITI HARIAN


Strategi yang baik haruslah diambil bagi membantu pelajar-pelajar yang tersebut.
Melalui strategi pembelajaran yang dirancang khas ini akan member kesan positif
kepada perkembangan fizikal dan mental mereka. Mereka tidak akan mampu mengikut
strategi pembelajaran yang sama dengan pelajar-pelajar yang normal. Dengan hanya
bantuan stategi intervensi inilah dapat mengubah cara pembelajaran mereka dan
keberkesanan pembelajaran akan lebih baik.

Bagi pelajar sindrom down, Naili kebiasannya akan diberi latihan dalam mebantu
perkembangan motor halusnya . Hal ini kerana pelajar sindrom down mengalami
kelambatan dalam membina kemahiran motor halus. Oleh sebab kemahiran motor
halus lambat berkembang, penulisan dan kerja tangan mereka juga tidak dapat
dilaksanakan dengan baik. Jadi, guru kelas Naili berpendapat , Naili haruslah
didedahkan dengan aktivit seperti mewarna, menyambung titik pada perkataan, dan
juga membuat simbol seperti mebuat objek bulat, segi tiga garisan lurus dan
sebagainya. Melalui kaedah ini Naili dapat memperkembangkan kemahiran motor
halus mereka dengan baik. Selain itu juga, pelajar sindrom down ini mengalami
masalah dalam mengingat dan memahim dengan jelas apa yang telah di baca. Dalam
menangani masalah ini, pelajar tersebut bolehlah mendapat pendedahan melalui
pembacaan secara kuat dan diulang beberapa kali. Apabila pelajar ini sudah terbiasa
dengan ayat yang telah dibaca, dia akan mengingatnya dengan cepat dan paham apa
yang telah dibaca. Melaui pembacaan secara kuat ini, pelajar mampu mengingat
dengan baik. Hal ini dipersetujui oleh beberapa orang pakar bahasa. Selain itu juga,
Naii diberi latihan mendengar melalui tayangan video yang dijalankan setiap hari Isnin
dengan Rabu. Tayangan video ini sebenarnya berunsurkan nyanyian dan dialog kartun.
Daripada situlah, pelajar-pelajar sindrom seperti Naili akan belajar memahami
perkataan melalui tindakan kartun tersebut. Tayangan video ini juga banyak membantu
Naili membiasakan diri dengan perkataan yang didengari.
Bagi pelajar disleksia pula, pelajar ini mengalami masalah dalam menulis huruf
yang seakan-akan sama seperti b dengan p. Guru-guru mengambil langkah dengan
memberi latihan menyalin balik perkataan yang kebanyakan hurufnya adalah seakan
sama. Sebelum itu, guru haruslah mengenal pasti apakah huruf yang sering terkeliru
oleh pelajar disleksia ini. Hal ini untuk memudahkan guru member latihan yang lebih
kepada terhadap huruf yang sering tertukar. Setiap hari Suhaimi akan didedahkan
dengan aktiviti seperti ini. Setiap kali diajar, pelajar ini akan lupa apabila sudah pulang
kerumah. Jadi , guru merancang untuk melakukan aktviti seperti ini setiap hari. Pelajar
disleksia juga turut didedahkan dengan aktiviti pembacaa. Aktviti pembacaan ini
mengajar Suhaimi untuk menyebut sesuatu perkataan dengan betul secara tidak
langsung akan membantu pelajar ini membiasakn diri melihat huruf yang seakan-akan
sama. Selain itu, pelajar disleksia ini juga bermasalah penambahan dan pengurangan
dalam sesuatu perkataan. Latihan seperti pembacaan secara beramai-ramai dapat
menangani masalah ini. hal ini kerana pembacaan secara beramai-ramai adalah lebih
seronok dan tidak membosankan. Secara tidak langsung, pembacaan ini mampu
memperbetulkan balik bacaannya yang salah.
4.0 PENUTUP

Tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang
diharap dan dirancang. Terdapat beberapa golongan kanak-kanak yang tidak bernasib baik
sehingga menghalang proses-proses pembelajaran berlaku dengan baik dan cemerlang.
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah dari segi
pemikiran hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan,
berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. Mereka tidak mempunyai kebolehan
bagi mengikuti pelajaran secara formal seperti pelajar lain.

Justeru, mereka tidak mempunyai kebolehan untuk maju secara normal di sekolah.
Prestasi mereka menunjukkan mereka tidak ada kebolehan bergerak secara normal dalam
kerja-kerja sekolah. Mereka tidak dapat membuat kerja-kerja kelas yang sesuai dengan umur
mereka. Jika dibandingkan dengan dengan murid lain dalam lingkungan umur yang sama,
mereka menunjukkan kelemahan yang nyata dalam pelajaran. Mereka biasanya tidak dapat
mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah dan prosedur pengajaran
yang biasa disebabkan jangka penumpuan yang pendek, kurang kebolehan memindahkan
perkara-perkara yang dipelajari. Mereka juga memerlukan lebih dorongan dan benda-benda
yang nyata ketika belajar. Kebanyakan mereka dikenal pasti mengalami masalah pembelajaran
semenjak tahun pertama persekolahan.

Beberapa pendekatan haruslah diambil untuk membatu masalah pelajar ini. Pelajar-
pelajar tersebut tidak mampu untuk bergerak dengan sendirinya tanpa bantuan dan dorongan
oleh orang lain. Keperluan pelajar ini harus diambil berat agar mereka tidak akan rasa disisih
dan mampu mendapat tempat dalam kalangan masyarakat yang lain.
REFLEKSI

Saya amat bersyukur kerana akhirnya saya telah mampu menyiapkan tugasan ini
dengan baik. Bantuan dan juga tunjuk ajar yang amat berguna diberikan oleh
pensyarah pembimbing saya iaitu Pn. Norashikin Bt Ismali yang amat saya hargai.
Tanpa bimbingan beliau, saya tidak akan mampu untuk menyiapkan tugasan tepat
pada masanya yang telah ditetapkan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang
banyak memberi sumbangan idea dalam melengkapkan lagi tugasan ini. Saya amat
terharu dengan jasa baik yang telah diberikan oleh semua orang yang membantu saya.
Terima kasih saya ucapkan kerana telah membantu saya

Tugasan ini memerlukan kajian tentang 2 orang pelajar yang bermasalah


pembelajaran. Kajian yang dibuat amat mencabar bagi saya kerana saya tidak
mempunyai pengalaman untuk berhadapan dengan pelajar yang berkeperluan khas ini.
Saya telah banyak membuat rujukan terlebih dahulu dan bertanyakan kepada beberapa
guru pendidikan khas tentang cara untuk berhadapan dengan pelajar tersebut. Saya
telah mendapatkan beberapa pendapat dalam memilih pelajar untuk dijadikan sampel
kajian saya. Pelajar yang saya telah pilih adalah pelajar sindrom down dan juga pelajar
disleksia. Pelajar ini tidak mempunyai masalah kepada saya. Dengan bantuan guru
disitu, saya dapat menjalankan pemerhatian dan ujian keatasa pelajar tersebut dengan
lancar.

Namun, saya mempunyai masalah untuk bertutur dengan pelajar tersebut.


Pelajar berkeperlua khas itu lebih suka berdiam dan dilihat takut dengan orang yang
tidak dikenali. Saya telah mengambil langkah, untuk mendekatkan diri saya dengan
sampel kajian saya. Walaupun pada awalnya pelajar itu sukar untuk bercakap dengan
saya, tetapi apabila sudah lama bersama dengan mereka, mereka mula menjadi biasa
dan senang untuk melakukan aktivit bersama mereka seperti mewarna, menulis
perkataan, dan melukis gambar.
Saya ingin melahirkan rasa bertuah kerana berpeluang untuk melakukan
kajian ini. Kajian ini banyak mengajar saya bagaimana untuk mengenali pelajar-pelajar
berkeperluan khas dengan lebih dekat lagi. Saya sudah mula untuk mengenali dan
memahami pelajar-pelajar tersebut. Saya amat bangga kerana mendapat pendedahan
seperti ini. Pengalaman yang telah diperolehi bersama pelajar bermasalah
pembelajaran ini tidak akan saya lupakan dan saya akan jadikan panduan kepada saya
untuk menjadi guru pendidikan khas pada suatu hari nanti.
BIBLIOGRAfi

1. Jamila K.A Mohamed 2008. “Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa” Kuala Lumpur:
PTS Professional Pulishing Sdn.Bhd.

2. Syed Abu Bakar Syed Akil 1997. “Bimbingan khas perkhidmatan pendidikan pemulihan”
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Dr, Abdullah Yusof 2007. ”HBSE 1103 Pengenalan pendidikan khas” Kuala Lumpur: Open
Universiti Malaysia.

4. Shahabuddin 2007. “Psikologi pendidikan” Kuala Lumpur: PTS Professional Pulishing


Sdn.Bhd.

5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sindrom_Down
6. http://www.myhealth.gov.my
7. http://www.thetole.org/MalayHerbalMedicine/DyslexiaBrainTreatmentCure.html
8. http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/MasalahPembelajaran.pdf
9. /eprints.usm.my/5903/1/PPK_332_-_PENDIDIKAN_KHAShttp:/_
LAMPIRAN
LAMPIRAN 1-4

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

REKOD KOLABORASI/INTERAKSI/PERBINCANGAN

Tarikh : ______________________ Masa : ___________________

Nama Guru Yang Ditemui : _____________________________________________

Tajuk/Perkara : ______________________________________________________

Isi Perbincangan Cadangan Tindakan

Tandatangan : __________________________

Nama : __________________________

Jawatan :___________________________
LAMPIRAN 1-4
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

REKOD KOLABORASI/INTERAKSI/PERBINCANGAN

Tarikh : ______________________ Masa : ___________________

Nama Guru Yang Ditemui : _____________________________________________

Tajuk/Perkara : ______________________________________________________

Isi Perbincangan Cadangan Tindakan

Tandatangan : __________________________

Nama : __________________________

Jawatan :___________________________

You might also like