P. 1
Cez Kerja Khusus Geo Pmr 2010

Cez Kerja Khusus Geo Pmr 2010

|Views: 218|Likes:
Published by choo007

More info:

Published by: choo007 on Sep 16, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/08/2013

pdf

text

original

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN KATHOLIK JALAN 10 /3 46000 PETALING JAYA SELANGOR DARUL EHSAN

KERJA KHUSUS GEOGRAFI TINGKATAN 2 2010

TAJUK:
KESAN PERUBAHAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR DI PETALING JAYA

NAMA: CHOO EERN ZHI TINGKATAN: 2B3 2010 NAMA GURU PENILAI: PUAN NUR CAMMEALIA BINTI MOHD BAKRI IC: 950319-10-5138 ANGKA GILIRAN : K627722

SENARAI KANDUNGAN
No. 1 2 Penghargaan Pendahuluan Tajuk Muka surat

3

Objektif Kajian

4

Kawasan Kajian

5

Peta Kajian

6

Kaedah Kajian

7

Dapatan Kajian

8

Bahan Grafik

9

Rumusan

10

Lampiran

Teo Xing Yu. Saya bersyukur kerana mendapat kerjasama daripada ahli kumpulan saya. tidak lupa juga terima kasih kepada diucapkan kepada orang yang telah sudi menjadi responden saya dalam kajian ini.11 Rujukan PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya. Yeo Keh Yen dan Teh Zul-ling. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberikan dorongan dan bantuan untuk saya menjalankan kajian ini. Puan Tan kerana sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan projek kajian geografi PMR 2010. Puan Lee Kim Lai yang telah memberikan kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian ini. Choo Eern Yie ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru geografi saya. iaitu Te Hoi En. . Akhir sekali. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah.

(c) Menyatakan pelbagai amalan kitar semula. Masa yang diberikan untuk menyiapkan kajian ini ialah selama sembilan minggu iaitu pada 1 Mac hingga 28 April. Petaling Jaya” untuk projek kajian kami. (b) Menyenaraikan jenis bahan yang boleh dikitar semula. .PENDAHULUAN Saya dan ahli kumpulan bersepakat untuk memilih tajuk. Saya dan rakan-rakan sekumpulan ingin tahu tahap kitar semula dijalankan di kawasan kajian dan ingin mempelajar lebih tentang amalan yang begitu penting kepada alam sekitar. (d) Mengenalpasti dan mengkaji kepentingan kilar semula (e) Mengenalpasti dan menghuraikan masalah-masalah dan halangan-halangan dalam melaksanakan kitar semula. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini ialah: (a) Mengetahui dan menghuraikan konsep kitar semula. Setiap pelajar dikehendaki menulis laporan yang lengkap secara individu. “Amalan Kitar Semula di Jalan Sekyen 9 & 10. Saya memilih kawasan kajian ini kerana menepati tema kajian dan kawasan ini berhampiran dengan sekolah saya.

peka terhadap isu-isu alam sekitar dan sifat bertanggungjawab bersama terhadap masalah-masalah alam sekitar (h) Menyedari pentingnya semangat bekerjasama. (g) Memupuk nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. tolenransi.(f) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah dalam melaksanakan kitar sekitar. bersyukur dan cinta akan negara. KAWASAN KAJIAN .

diikuti oleh kaum India dan kaum Melayu. Tempat-tempat sembahyang yang menari di sini meliputi gereja seperti Glad Tidings. St Xavier dan Kuil Thai dan Kuil Hindu. Jalan Gasing pula terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Petaling Jaya. iaitu Sekyen 9 dan Sekyen 10 menganjur dari Lebuhraya Persekutuan di mana letaknya bangunan KWSP(Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) di utara dan berakhir di Bulatan Jalan Templer. Majlis Perbandaran Shah Alam dan Majlis Perbandaran Subang Jaya. Penduduk di kawasan ini kebanyakan terdiri daripada kaum Cina. Jalan Gasing merupakan salah satu jalan raya yang utama di Petaling Jaya yang menghubungkan Jalan Universiti. Pandang darat budaya yang menarik di sini meliputi Tasik Taman jaya. . Daerah Petaling Jaya dipecahkan kepada tiga majlis perbandaran iaitu Majlis Perbandaran Petaling Jaya.Kawasan kajian saya ialah kawasan Sekyen 9 dan sekyen 10. Lokasi kawasan kajian saya. Jarak sekyen 9 dan 10 terletak 10 kilometer dari ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Lebuhraya Persekutuan. sekolah-sekolah seperti SMK Assunta. Sekyen 9 dan Sekyen 10. SMJK Katholik. Sebahagian besar kawasan sekitar jalan gasing merupakan kawasan perumahan. Kawasan kajian kami meliputi Jalan Gasing terletak di bahagian tenggara daerah Petaling. Sekyen 6. Kawasan-kawasan ini telah dibangunkan pada tahun 1960-an. Jalan canggai dan Jalan Templer. Daerah Petaling Jaya merupakan daerah yang termaju di negeri Selangor. perniagaan dan perkhidmatan. Petaling Jaya. Kawasan-kawasan sekitar Jalan Gasing meliputi Sekyen 5. taman-taman perumahan yang dibahagi kepada sekyen 9 dan 10.

PETA KAJIAN .

6. surat khabar dan internet untuk mendapatkan maklumat tambahan. pusat pengumpulan bahan buangan / terpakai dan kilang-kilang kitar semula di kawasan kajian. (c) Soal selidik : Menyediakan satu set selidik untuk menemu bual 25 orang responden di Sekyen 5. . (d) Rujukan : membuat rujukan buku. Pengurus pusat-pusat pengumpulan barang buangan dan pengurus kilang. majalah. 9 dan 10 untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. (b) Temu bual : Menemu bual dengan responden iaitu kakitangan Majlis Pembandaran Peteling Jaya.KAEDAH KAJIAN (a) Pemerhatian : Mencatat dan merekod lokasi adanya tong-tong.

Kitar semula mengurangkan bahan buangan. mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran).DAPATAN KAJIAN Konsep kitar semula Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan . menggurangkan penggunaan tenaga. mengurangkan penggunaan bahan mentah baru.

kertas. sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru.pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. kadbord). dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan. samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh. Pengkritik sering-kali mempertikai kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran mengitar berbanding kosnya. mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama. Kitar semula" hieraki buangan. atau akibat sifat beracunnya (contoh. atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain.. dan mencadangkan penyokong kitar semula . mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan). Bagaimanapun. logam. tekstil. penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buanagn biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran. atau emas dari komponen komputer). Guna semula. ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit. dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh. dan elektronik. bersih. plastik. Sungguhpun sama berkesan. Dalam erti sebenar. Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun. plumbum dari bateri kereta. Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca.

Ia mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna MERAH KERTAS . dan pengesahan pendapat kedua pihak mendorong kepada pertikaian yang berpanjangan. perlombongan. Penyokong kitar semula menafikan semua tuduhan. pengkritik mendakwa bahawa kos dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan penggangkutan mengurangkan (dan melebihi) kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses pengilangan. Jenis bahan dan amalan kitar semula Apakah bahan yang boleh dikitar semula ? Terdapat 4 jenis item yang disarankan kepada orang ramai untuk dikitar semula. Khususnya. KACA Semua bekas kaca yang berwarna atau jernih termasuk botol minuman. bekas alat solek dan seumpamanya boleh dikitar semula. bekas makanan. aluminium dan kaca. juga kerja yang dihasilkan oleh industri kitar semula adalah pertukaran merugikan kepada kehilangan kerja dalam pembalakan. dan bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar beberapa kali sebelum penguraian bahan menghalang lanjutan pengitaran semula. Itemitem tersebut adalah plastik. dan industri lain yang dikaitkan dengan pengeluaran baru. Barangan kaca perlu dimasukkan ke dalam tong kitar semula berwarna HIJAU ALUMINIUM Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula.sering kali menjadikan keadaan lebih teruk dan mengalami pengesahan berat sebelah. botol vitamin. kertas.

Amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk Sekyen 9 dan 10 ialah MENJUAL bahan-bahan kitar semula ini. Contohnya. bekas makanan. kalendar. katalog. sampul surat dan kotak boleh dikitar semula. Kebanyakan daripada penduduk akan membawa sendiri bahan tersebut ke pusat memproses bahan kitar semula. bekas sabun.Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna. Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU. botol air mineral. terdapat penduduk yang sudi bekerjasama MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PIHAK SEKOLAH bahan-bahan kitar semula mereka untuk menambah pendapatan . menggunakan kedua-dua helaian kertas dan membuat perhiasan rumah seperti bunga kertas dan pasu kaca yang telah dibersihkan. digunakan untuk membuat keceriaan di dalam rumah. kad. Barangan berasaskan plastik perlu dimasukkan ke tong kitar semula berwarna KUNING Bahan kitar semula yang biasanya di lakukan oleh penduduk di Sekyen 9 dan 10 ialah kertas. botol minuman. PLASTIK Begitu juga semua plastik yang berwarna atau tidak berwarna seperti beg membeli-belah. buku. Terdapat juga penduduk yang MENGGUNAKAN SEMULA bahan kitar semula ini untuk menjimatkan perbelanjaan. bekas vitamin dan seumpamanya boleh dikitar semula. majalah lama. beg pasaraya. seperti suratkhabar lama. Selain itu. plastik dan kaca. risalah.

Sudahnya di mana kita akan tinggal? • Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah. Lambat laun. Sebagai contoh terdapat penduduk yang tidak menggunakan plastik. bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar. Amalan ini akan dapat menjimatkan penggunaan bahan kitar semula dan seterusnya menambahkan pendapatan hasil jualan kitar semula Kepentingan kitar semula Apa kepentingan kitar semula ? • Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita Kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Kertas juga dijimatkan supaya tidak membazir begitu sahaja. tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita. Jika dibiarkan bersepah ia boleh mengeluarkan bau dan menyebabkan penyakit. tapak baru akan dibuka. apa yang saya dapat perhatikan ialah terdapat penduduk yang cuba untuk MENGURANGKAN PENGGUNAAN BAHAN SEPERTI KERTAS DAN PLASTIK. Di samping itu juga. polisterin ketika membungkus barang atau makanan. kita . Melalui kitar semula.Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) bagi menampung program-program pelajar di sekolah memandangkan bahan kitar semula mempunyai nilai ringgit yang tinggi di pasaran.

lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran udara. Mengitar semula kaca . • Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah. Ini seterusnya akan memanfaatkan anda kerana caj untuk pelupusan sampah akan dikurangkan. Tahukah anda Malaysia mengimport lebih daripada 25. • Kitar semula untuk menjimatkan tenaga Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV selama 3 jam.dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak. • Kitar semula untuk menjimatkan kos Dalam jangka panjang. sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar tersebut daripada terus mengancam kualiti kehidupan kita.000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan? Kita juga mengimport bahan buangan lain untuk industri pengeluaran yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap. mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. air dan bau. • Kitar semula untuk menjimatkan sumber Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai.

Kebanyakan plastik. • Kitar semula untuk menyelamatkan hutan Untuk mneghasilkan satu tan kertas. Kita perlu memelihara hutan. Mereka lebih senang membuang bahan tersebut daripada mengitarnya semula. • Sikap Terdapat segelintir penduduk yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini. kertas dan kaca yang boleh dikitar semula dibuang ke tempat sampah dan kemudiannya dibakar dengan begitu sahaja.kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih. terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti. sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Masalah dan Halangan amalan kitar semula Ketika melaksanakan kerja kursus ini. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. kebanyakan penduduk Sekyen 9 & 10 yang membuang bahan kitar semula ini adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan kitar semula. bagi mereka amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan. • Harga Terlalu Rendah .menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca. • Kurang Pengetahuan Hasil daripada kajian saya.

Mereka tidak menyediakan perkhidmatan mengambil barangan kitar semula daripada penduduk. • Kurang Kerjasama Terdapat juga penduduk yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula ini dijalankan oleh kerajaan.Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan harga yang rendah. Langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula . Kertas di beli dengan harga tidak kurang 20 sen untuk I kilogram. pusat ini hanya menerima bahan kitar semula yang dihantar oleh penduduk sahaja. Amalan ini dapat menyelamatkan negara kita daripada mengalamai kemusnahan sumber. Saya berpendapat penduduk kampung perlu insaf dan berubah sikap untuk menjadikan amalan kitar semula ini sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Tambahan pula. Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk menjual barangan kitar semula memandangkan lokasi pusat ini terlalu jauh buat penduduk yang tinggal di kawasan hujung kampung. • Kurang Pusat Pengumpulan. Harga yang rendah menyebabkan penduduk lebih senang membakar bahan tersebut daripada menjualnya kerana harga yang rendah dan tidak menguntungkan. Sikap tidak peduli dan tidak mahu mengambil kisah amalan kitar semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula tidak akan tercapai atau terlaksana. Di kawasan Sekyen 9 dan 10 hanya terdapat sebuah pusat pengumpulan bahan kitar semula.

Bagi menyokong program ini.Program alam sekitar atau kitar semula amat baik dan sesuai dijalankan bagi mengatasi masalah alam sekitar. terutamanya di kawasan sekolah-sekolah dan bandar.Program ‘ Kitar Semula ‘ adalah bertujuan untuk menyedarkan masyarakat supaya mencintai alam sekitar yang sentiasa bersih dan ceria. Sebenarnya. Ini menjimatkan kos penebangan pokok-pokok dan mengimbangi ekosistem dalam bumi. Pusat-pusat kitar semula harus disediakan dengan banyak dan sentiasa beroperasi bertujuan bagi menyalurkan bahan-bahan kitar semula kepada pengilang-pengilang yang .000 juta batang pokok di Malaysia. pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) perlu menyediakan tong-tong kitar semula di semua kawasan. program sebegini dapat dijalankan dengan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan kepentingan mengitar semula bahan-bahan buangan. dengan adanya tong-tong kitar semula mengajar dan mendidik anak-anak supaya menyayangi alam sekitar dan mengelak daripada berlakunya pembungan sampah yang berleluasa. Serasa tidak lengkap hidup sehelai kertas meskipun kini penggunaan komputer semakin meluas. dalam kehidupan seharian manusia menggunakan hampir berpuluh-puluh juta million helai kertas untuk kegunaan pejabat. botol kaca dan plastik serta tin aluminium dan ini mempercepat kerja-kerja pihak kilang kitar semula. langkah-langkah yang sesuai perlu di lakukan bagi menjayakan program tersebut. Tong-tong kitar semula memudahkan penduduk mengasingkan bahan buangan seperti kertas. sekolah dan rumah pangsa. Bayangkan jika barpuluh-puluh juta million helai kertas di kitar semula. Sebenarnya. ia dapat menyelamatkan hampir 75. Contohnya kertas. Oleh itu.

fakta dan maklumat tentang kitar semula yang menarik dan menakjubkan akan menarik minat orang ramai untuk menyertai program kitar semula ini. Media massa harus memaparkan kepentingan kitar semula dan faedah kitar semula dengan cara yang lebih kreatif dan menarik. . jadi dengan animasi. sungai dan longkang patut dikenakan denda yang maksimum atau di kompaun atau dipenjarakan. peranan media massa cetak dan elektronik masih dan tetap diperlukan.berkaitan. dengan adanya pusat-pusat kitar semula yang beroperasi akan menarik minat penduduk untuk menghantar barang-barang kitar semula. ini kerana mereka bukan sahaja mencemarkan alam malah menyebabkan penyakit kerana pembiakan lalat. Di samping menjalankan program sebegini. Contohnya. Sebagaimana yang diketahui kebanyakan masyarakat dan orang ramai menghabiskan masa dengan komputer. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dan tegas terhadap sesiapa yang membuang sampah sarap sesuka hati terutamanya di tempat-tempat awam. Ekosistem hidupan akuatik dan flora fauna akan terjejas jika mereka tidak berubah sikap. Selain itu. Selain itu. Pusat-pusat kitar semula memudahkan pengilang mendapatkan input masingmasing. lipas dan tikus. Komputer juga boleh digunakan bagi menjayakan program kitar semula dengan membuka halaman atau ‘homepage’ berkenaan alam sekitar dan proses kitar semula. RTM atau Radio Televisyen Malaysia sering memaparkan lagu-lagu kitar semula dan visual yang agak menarik malah ada yang ditayangkan dalam versi kartun dan cerita. peranan pihak berkuasa dan kerajaan amat penting untuk menjayakan program ini.

penduduk Sekyen 9 dan 10 patut memainkan peranan mereka dan memberi kerjasama untuk menjayakan program kitar semula yang bukan sahaja membantu mengurangkan penggunaan bahan baru malah menyelamatkan beratus-ratus spesis hidupan dan pokok di serata dunia. BAHAN GRAFIK PETA MINDA .Justeru itu.

BAHAN GRAFIK CARTA ALIRAN .

.banyak pengetahuan. pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Ketika menjalankan kerja kursus ini.RUMUSAN Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Geografi dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Sekiranya kita mengamalkan kitar semula. Mereka buangkan kertas. Mereka langsung tidak mempunyai sikap bertanggungjawab kerana tidak langsung melibatkan diri dalam aktiviti yang mulia ini. botol plastic terns ke dalam tong sampah. banyak hutan dapat diselamatkan daripada ditebang.Kitar semula ini merupakan satu amalan yang harus dipupuk dan disemai di kalangan rakyat Malaysia. Kitar semula boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar dan menjimatkan penggunaan sumber. Mereka juga tahu kitar semula penting untuk mengurangkan kos penggunaan barang plastic dan sumber mineral. Ada di antara . Ramai daripada penduduk di sini menjual suratkhabar lama kepada lori-lori yang datang. Sikap bertanggungjawab dan cintakan tanah air perlu ada dalam setiap diri rakyat Malaysia supaya seruan kerajaan untuk mengamalkan amalan kitar semula mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat. Alam sekitar pula dapat terpelihara daripada sebarang ancaman dan bahaya. Penduduk-penduduk di sini tahun pentingnya kitar semula. Walau bagaimanapun. terdapat segelintir penduduk di kawasan kajian kami menpunyai sikap yang kurang baik.Mereka menderma wang kepada rumah-rumah anak yatim dan orang miskin. Aktiviti kitar semula di kawasan Seksyen 9 dan 10 ini telah mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan ceria. Ramai penduduk-penduduk di kawasan Seksyen 9 dan 10 berusaha menjalankan kiiar semula. Botol-botol plastic biasanya dimasukkan ke dalam kotak besar atau pun dihantar ke pusat mengumpul..

. Ada penduduk yang melibatkan din dalam kitar semula mengadu bahawa kemudahan mengitar semula serba kurang dan sukar untuk melaksanakan kitar semula detigan betul. Antara cadangan-cadangan saya untuk mengatasi masalah kitar semula di kawasan Seksyn 9 dan 10 ialah mengadakan kempen kesedaran untuk menyebarkan pengetahuan tentang kepentingan dan amalan kitar semula. kami juga dapat hidup dalam keadaan yang sejahtera dan harmoni.Kami sebagai penghuni bumi ini sebarusnya samasama memikul tanggungjawab menjaga alam sekitar kami. Daripada kajian ini. Majlis Perbandaran Petaling Jaya juga haruslah mengadakan kempen kitar semula supaya penduduk-penduduk dapat melaksankan kitar semula dengan mudah. Kami harus menjaga bumi dengan baik dan mengelakkan daripada mengganggu keseimbangan ekosistem.penduduk di sini kurang pengetahuan tentang pentingnya mengitar semula.Kami harus peka bahawa hanya dengan mencintai akan alam sekeliling. saya menyedari bahawa kami semua mesti mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Selain itu.

Akhbar Utusan Malaysia. Jurnal Ranjit Gill. 46000 Selangor. . 17 Jun 1992. Puan Saniah binli Zainuddin.Jurnal Warisan Johor. Malaysia: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Jalan Gasing. Shamsudin Ibrahim. Yayasan Warisan Johor I999. Tec Kim Hong. MAS AIRBONE : The Evolution and Birth of Malaysia Airlines. Hulan Hitjan Tropika Semenanjung Malaysia.Bhd.RUJUKAN Buku Ilmiah Khairuddin Hj. halaman 5. 10. dalam Jurnal Malaysia Airlines. Malaysia: Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Tumbuhan Pantai.JiHd 1 ll. Bil. Orang Sumber Encik Kassim bin Samad. Petaling Jaya. No. 1994.dalam. Kamaruddin. Vol. No 19. Petaling Jaya. Malaysia: Persatuan Pencinta AIam Malaysia. Pendidikan Alam Unmk Kanak-kanak. 46000 Selangor.30. 57 tahun. 9 Jun 1993. Jalan 10/3. 1994. Jalan 10/4. 60 tahun. April 1989. JSEAH. 1992. Lee Shok Mee.

Pahang.corn www.pmo. Taman Negara Malaysia.com www. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Jabatan Perhutanan Malaysia.kitarsemula.iny/-chris/ss/sst3302/surnber%20dan%20sifat%20%air.gov. Jalan UIu Kelangr 54200 Kuala Lumpur.my http://www.php? cmd=resetall&grp=2&key=1274&lg=1&opt=comarticle&sec= http://www.geographia. 50250 Kuala Lumpur.com/kitarsemula http://www.gov. 50250 Kuala Lumpur.doe. Jalan Bukit Nanas.gov.html.my/kitarsemula/Malay/Why_m.com/thetropic/cabana/2035/cameron2.com http://w\vw.com http://www.com/malaysia/niah.ikim.Pn Tan Meng Yah.asp http://www.my/ucapan/?m=p&p=paklah&id=2818 http://www. Jalan Raja Chulan.my/ms . Internet http://www. Jerantut.geocities.kpkt._upm. 50 tahun.htmldan sarawaktourism.gov. SMJK Katholik. Jalan 10/3.sisa.cdu. Hutan Simpan Bukit Nanas.agri. Petaling Jaya Melawat Tempat Kajian Pejabat Perhutanan Bukit Nanas. Zoo Negara Malaysia.my/v5/index.wikipedia.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->