You are on page 1of 16

BELAJAR CARA NAK BUAT BAJU 

KEBARUNG

OLEH 
nie.........01/02/05

UKURAN..., SEMUANYA AMBIL UKURAN BAJU KURUNG. SAPA-


SAPA YANG DAH PANDAI BUAT BAJU KURUNG, SENANG JE
BUAT KEBARUNG.

Inilah asas baju kurung, A, B, C, D dan E


Senang bukan?
Apa-apanya...
Badan. - Kain dilipat 2, potong, jadi
A
satu keping depan dan belakang
B Tangan - 2 keping, kiri dan kanan
C Kekek- 2 keping, kiri dan kanan
Pesak - kiri 2 keping, kanan 2 keping =
D
4 keping lah
E Leher - satu je
CARA MENGUKUR - UKUR DALAM INCI ( " )

Cara saya senang aje. Ambil baju yang siap. dan Ukur semuanya,
BILA POTONG,
  UKURAN LEBIHKAN
UNTUK JAHITAN
 Ukur bahu (ai) dan bawah (aii) - biar sama Lebihkan 3/4" kiri,
ai, aii
ukuran 3/4" kanan
 Ukur Labuh Baju, kadang - kadang depan Lebihkan 1 1/2 " - 2
aii
labuh sikit dari belakang " bawah
Lebihkan 1" bawah
bi  Ukur Panjang Tangan
dan 3/4" atas
 Ukur Lebar Tangan Atas (ukur depan
biii Lebihkan 3/4 "
aje(separuh))
bi  Ukur lebar tangan bawah (separuh) Lebihkan 3/4"
Lebihkan 3/4" kiri
c Ukur kekek, ini 4 segi sama
dan 3/4" kanan
Lebihkan 3/4" kiri
di  Ukur lebar pesak atas
dan 3/4" kanan
Lebihkan 3/4" kiri
dii  Ukur lebar pesak bawah
dan 3/4" kanan
 Bulatkan elok-elok leher baju tu, ukur macam
ni , luasanya sama aja. biasanya 4 3/4", tak
payah lebih, ngam2
ei
atau kecikkan sikit
dlm 2 mm

eii  Ukur labuh leher baju tu biasanya 4 - 41/2"


 

Hadapan - Potong 2 Helai

A- (Belakang) Bahu bahagi 2


b - (Hadapan) Bahu bahagi 2 + 1  1/2 inci (kalau budak + 1 1/4 inci)

Tangan, Kekek, Pesak, semuanya ikut ukuran baju kurung biasa.

Cuma badan hadapan dan belakang sahaja lain.

1.  Cantumkan Bahu kiri dan kanan. 

2.  Bahagian hadapan kebarung...., yang 4 " tu, dilipat 2 1/2 inci ke dalam, dan lipat
semula 1 1/2 inci ke hadapan. Ia akan jadi bahagian depan kebaya... Betul tak?
3. Gosok

4. Bahagian Leher, sambungkan elok2 bagagian depan kiri dan kanan, kemudian
letakkan elok-elok dengan leher belakang, gunakan jarum peniti. Selepas Ngam
dengan leher belakang, Tandakan , dan jahitkan mesin, kemudian, baru tindih ke
leher belakang.

Kalau nak bahagian depan meruncing .., potongkan senget ke depan...

Lain2 sambung macam biasa.

Kain..., kena pakai dengan lain lipat depan. baru sesuai!


KAIN BAJU KURUNG

(ikut cara saya.., pakai sendiri)


 
Katakan Ukuran ialah:
UKURAN 1. Pinggang = 34 inci
1. Pinggang 2. Ponggong =  42 inci + 4,
2. Ponggong + 4 inci     kemudian dibahagi 2
3. Labuh     = 42+4 = 46 bahagi 2 = 23 inci
3. Labuh = 40 inci

Dari kain yang buat baju , 2 m utk baju,  2 m lagi untuk kain

Kain dilipat 2
Biasanya , ukuran dalam 30 - 33 inci
1. Mula-mula kain dilipat 2

2. Ukuran lebarnya dalam 30-33 inci

3. Ukur labuh dari bawah labuh kain + 1/2 inci (untuk lipat bawah)

4. Tandakan dengan kapur bahagian labuh di atas (seperti gambar)

5. ukur Zip (Zip 8 inci, atau terpulang kepada anda), 1 inci dibawah dari tanda kapur (no. 4) 
     tadi., kemudian tanda kapur dibawah tempat zip.

6. Jahitkan dengan mesin (garisan hijau) , dari tempat ukur zip ke bawah)

7. Kemudian, lipatkan 1/2 inci dibahagian kaki, dan jahit dengan mesin ( garisan oren), jahit
2
    kali, mulakan bahagian atas dan kemudian, baru bawah kaki

8. Gosokkan bahagian jahitan kain tadi.

9. Jahitkan Zip dari bahagian kain yang betul


 

10.
A - Ukuran lebar (30 - 33 inci)
B- Ukuran Ponggong (23 inci)
C - Baki dari lebar kain dengan  ponggong
C - Katakan lebih ialah 12 inci.
      kalikan dengan 2.   12 x 2 = 24 inci. (lebih senang jika tengok dalam cm, 24 inci = 61
cm)
      okey, dari 24 inci, anda agak berapa lipatan anda boleh buat. (kadang2 lebih bahagian ini
       kecil sahaja,       mungkin hanya dapat 1 atau 2 lipatan sahaja.)
      Kita katakan buat 3 lipatan.    So,  24 bahagi 3 =  8 inci

11. Tandakan dengan kapor setiap 8 inci, dan 3 bahagian (untuk 3 lipatan.)

12. GOSOKkan dengan seterika tanda lipatan tadi.


13.  3 lipatan tersebut disatukan, dan dijahit 3-4 mm dari tepi. Jahit dalam panjang sama 
       atau lebih sedikit dari  zip

14.  Kemudian, baru dicantumkan dengan zip. Jahit dalam jarak 1 - 1 1/2 cm dari tepi/ dari
zip

Gambarajah Y
15. Buat satu jahitan serong seperti gambarajah Y.

16. Dari tanda kapor di atas, ukur dalam 1 1/2 inci  atau 2 inci.

17. Tandakan dan potong.

18. Jahit tepi bahagian atas yang dipotong itu, atau biarkan.
gambarajah X
19. Kemudian, bahagian 1 1/2 inci (atau 2 inci) di LIPAT ke dalam. Sekiranya telah 
      dijahit tepi,  anda hanya perlu lipat. Jika tidak, lipat sorokkan bahagian tepi ke dalam 
      agar tidak berbulu. (camno nak cakap ye...)

20. Dah lipat ke dalam, jahitkan dalam anggaran 1 1/4 inci  daripada atas, 1 inci ni 
      bergantung  kepada lebar getah pinggang elastik yang akan dimasukkan. 
     (ada jugak getah yang berukuran 3/4 inci .. sesuai untuk  kain budak)
MASUKKAN GETAH. 
(saya guna getah semua, senang sikit!)

Ukuran pinggang = 34 inci


UKURAN GETAH  kurangkan dalam 2 1/2 hingga 3 inci

 = 31 inci.
21. Kemudian buatkan satu lebihan kain dalam ukuran seperti rajah berikut.  kain ini 
      diambil dari kain perca, dan buat 2  - 3 lapis biar tebal sikit.

Gambarajah Z
22. Kemudian, masukkan getah dalam kain (gambarajah X) tadi. Masukkan dari bahagian 
      getah  yang  dilekatkan PIN. dan dimulakan pada kain, yang ada kain lipatan tadi.  

23. Tarik sikit-sikit sehingga sampai penghujung.  Kemudian Sematkan dengan jarum peniti
      kedua2 hujung supaya tak Terlepas masuk semula getah tersebut.

24.  Ingat tak bahagian yang dijahit serong dalam gambarajah Y?. Pastikan jahitan tersebut 
       di tengah2, tarik getah bagi balance.

25. Lebihan kain (Gambarajah Z) biarkan keluar.. ( nak bubuh cangkuk) 


26.  Bila dah balance, JAHITKAN di tengah2 kain yang dah masuk getah tadi.
       CARANYA - Tarikh Kain bagi tak berkedut dengan getah dan jahitkan. 
       Buat sehingga Penghujung.

27. Kemudian, jahitkan cangkuk (Hook). 


this blog is a part of my virtual life.. my
other virtual life is in facebook, yahoo,
google, emails, youtube, bloghopping,
etc.. etc.. :)

baju kurung | hair clips


tote bag | craft books

Tutorial - Baju Kurung Teluk Belanga


Monday, August 18, 2008
Posted on 9:45:06 PM | 18 Comments

memandangkan raya pun nak dekat, saya rasa, elok juga kalau saya share kan sedikit cara-cara saya
membuat baju kurung teluk belanga. harap ini dapat membantu untuk mak-mak, ibu-ibu, mama-
mama, mommy-mommy di luar sana yang teringin nak buatkan baju kurung untuk si anak kecil bergaya
di hari raya.

saiz untuk hasil nanti ialah:


bahu: 9"
panjang baju: 17"
panjang lengan: 9"
panjang kain: 17"

satu kotak line biru tu dianggap 1". so, potong kain ikut garisan lurus tu. garisan dashed tu untuk
jahitan atau lipatan.

pattern yang ade ni untuk kanak-kanak berumur 1 tahun. so, untuk 1 tahun, kain semeter tu cukup-
cukup saje lah. cara mengambil kain untuk dipotong pun kena diambil kira juga. kalau tak, tak cukup
semeter tu.

lepas kain dipotong, silalah dijahit tepi untuk semua bahagian tepi kain (kecuali lubang leher tu).
biasenya, saya cuma buat lubang leher lepas semua dijahit tepi.
ok. kita mulakan dengan bahagian badan.

biasanya, saya cuma buat 2 lubang leher berbentuk bulat berdiameter 4", satu pada badan dan satu
pada kain lapisan.
nota: lebihkan bulatan ke bahagian hadapan baju.

potongkan belahan di bahagian hadapan hanya pada bahagian badan. lapiskan kedua kain tu, pinkan,
dan jahit ikut garisan dashed tu. lepas kedua kain tu melekat, baru potongkan belahan hadapan pada
kain lapisan. ini sebenarnya untuk memudahkan mase kita menjahit. kalau nak potong dulu belahan
depan pada kain lapisan tu sebelum dicantum dengan badan pun boleh juga.

lepas tu, buangkan bahagian tepi kain lapisan tu, ikut bentuk jahitan yang dijarakkan dalam setengah
inchi. kalau nak buat mata lalat atau tulang belut (hiasan leher pada pinggir bualatan dan belahan)
sebelum potong lebihan pun boleh juga. biasanya saya memang buat mase ni. senang nak handle.
lepas dipotong bahagian lebih tu, jahit sembat halus pada sekeliling leher dan belahan. Pada bahagian
pangkal belahan dibuat tempat pengancing baju iaitu ‘rumah kancing’ dengan menggunakan jahitan
benang yang dinamakan jahitan ‘insang pari’.

setel bahagian badan, kita buat pesak pulak.

    

untuk baju kurung kedua pesak disambung pada bahagian yang lurus (bukan yang dipotong serong -
kalau baju melayu lelaki, memang dicantum pada bahagian serong). jahitkan mengikut garisan dashed,
dah tinggalkan 2 setengah inchi pada bahagian atas (bergarisan merah pada gambar). lipat kekek
menjadi bentuk tigasegi. ini dipanggil ‘kekek sapu tangan’.

cantumkan kekek dengan pesak seperti gambar di atas. siaplah sudah bahagian pesak.
sekarang kita kena cantumkan bahagian pesak dengan bahagian lengan pulak. bahagain lengan ni,
ikutlah, kalau nak lengan tu kecik sikit dibahagian hujung lengan. atau pun, nak sama lebar atau lebih
besar dari pangkal lengan. ikut selera sendiri.

ulangkan pada pesak, kekek dan lengan yang satu lagi.

bila dah siapkan, boleh cantumkan pesak ke badan macam gambar bawah ni.

jahitkan di bahagian depan dan belakang, kiri dan kanan. maka nampak dah rupa baju tu. lipatkan
bahagian hujung baju dan lengan selebar 1" ke dalam dan dijahit sembat. maka siaplah sudah baju
kurung untuk sikecil yang comel.
ok. kita ke bahagian kain pulak.

cantumkan kain menjadi sarong. lipatkan bahagian bawah kain sebanyak 1/2" kedalam dan jahitkan.
lipatkan sebanyak 4 lipatan di bahagian tepi (bahagian cantuman kain), satu lipatan adalah selebar 2".
ini dipanggil ikatan ‘ombak mengalun’. jahitkan di bahagian atas lipatan sepanjang 4" dari bahagian
pinggang supaya lipatan lebih kemas. letakkan getah di bahagian pinggang mengikut saiz pinggang
sicomel.

maka, siaplah sepasang baju kurung raya untuk si adik manis.


selamat mencuba!

Update: Cara-cara memotong leher baju

You might also like