You are on page 1of 12

TAJUK : Disiplin Sekolah Semakin Merosot.Bincangkan.

PENGENALAN

“ 400 pelajar dikenal pasti langgar disiplin ”, “ Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial

”, “ Buli gugat semangat belajar ” dan “ Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme”.

Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang terpapar di dada akhbar-akhbar tempatan pada masa

kini. Berita-berita seperti ini membayangkan kemerosotan disiplin pelajar dan masalah disiplin

di sekolah-sekolah pada masa kini memang amat serius sehingga mencapai tahap yang

membimbangkan .Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi

nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata.

Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara

pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara

untuk mencapai Wawasan 2020.Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial

dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial
yang

negatif di kalangan remaja sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup

yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Masalah disiplin di sekolah kini telah menjadi lebih kompleks dengan kewujudan kes pelajar

yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang dikenali ‘Black Metal’. Hakikatnya

jelas dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan pelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplin

seperti ini serta penambahan bilangan jenis salahlaku yang dilakukan oleh pelajar-pelajar.

KONSEP DAN DEFINISI DISIPLIN

Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para
pelajar

selari kehendak agama ,norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara.


Namun

1
begitu sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh golongan pelajar, apatah lagi banyak unsur

lain mempengaruhi perkembangan mental mereka. Gejala seperti ponteng sekolah, melawan

guru, bersikap antisosial(peraturan), bergaduh,membuli, merokok dan sebagainya adalah

masalah yang sering diperkatakan. Mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, disiplin

didefinisikan sebagai:

“ … is the practice of training people to obey rules and orders and punishing them if they do
not”

Mengikut Kamus Bahasa Melayu terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. (1995)

mendefinisikan disiplin sebagai “ kepatuhan, kesetiaan dan ketaatan kepada peraturan-


peraturan

yang ditetapkan”. Manakala mengikut Kamus Dewan Edisi Baru Terbitan DBP, KL (1989)

mendefinisikan disiplin sebagai “Latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh

mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya

hukuman atau denda dikenakan”.

Mengikut Barbara An Kipter, Ph.D dalam Roger’s 21st Century Thesaurus, beliau mengatakan

disiplin itu adalah “latihan dan dendaan (Training and punishment)”.

Terdapat 3 kategori masalah disiplin atau kesalahan iaitu berat, sederhana dan ringan.
Kesalahan

disiplin yang berat dan sederhana akan dimaklumkan kepada ibubapa untuk perhatian dan

tindakan. Kesalahan-kesalahan yang ringan dan yang lebih berat sepatutnya direkodkan.

PONTENG SEKOLAH

Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang

mendadak menimbulkan tanda tanya dan membingungkan kepada pelbagai pihak mengenai

punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan

yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan

2
pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai “ cendawan tumbuh selepas

hujan ” walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini.

Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah bermula oleh masalah

keluarga seseorang pelajar itu sendiri. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa

menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar

rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada

diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba

ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah disiplin

di kalangan pelajar . Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap

materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak

telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka

dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Masalah di atas adalah selari

dengan teori fungsionalisme (Durkheim dan Spencer) di mana ibu bapa tidak menjalankan tugas

mereka dengan sempurna (disfungsi). Jadi tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk

ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan

mereka.

KONGSI GELAP (GANGSTERISME) DI SEKOLAH

Mengikut Kamus Dewan edisi ke 3 Dewan Bahasa dan Pustaka 1996 hlm 700, Kongsi gelap

didefinisikan sebagai “Perkumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan

jenayah”.

Menurut Pengerusi Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri

Johor, En Ng Ching Sea, keadaan kongsi gelap di Johor adalah pada tahap kritikal. Mengulas

perkara tersebut beliau berkata;

" Masalah kongsi gelap di Johor kini sudah pada tahap kritikal dan memerlukan pendekatan

3
bersepadu daripada agensi kerajaan dan masyarakat untuk memeranginya sehingga ke akar

umbi."

(Utusan Malaysia 20 Feb 97)

Penglibatan pelajar dalam kegiatan ini turut mendapat perhatian orang ramai yang membantu

dengan memberi maklumat kepada pihak Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal

Ehwal Pengguna Negeri Johor berkenaan mereka yang terlibat di dalam kumpulan haram ini.

Laporan akhbar Utusan Malaysia pada 19 Februari 1997 yang memetik kenyataan Saudara Ng

Ching Sea, melaporkan bahawa terdapat 560 orang pelajar dari 39 buah sekolah menengah di

seluruh negeri Johor terlibat dengan 22 kumpulan kongsi gelap. Laporan tersebut

menggambarkan betapa seriusnya masalah penglibatan pelajar sekolah di dalam kegiatan kongsi

gelap khasnya di Johor.

Menurut William Gladden Foundation (1992), empat faktor utama yang merangsang

pembentukan kumpulan kongsi gelap di kalangan pelajar adalah:

Remaja mengalami perasaan terasing dan tidak berdaya disebabkan kurangnya struktur
sokongan

tradisi seperti keluarga dan sekolah. Situasi ini akan membawa kepada perasaan kecewa dan

tegang lalu mendorong kepada usaha mendapatkan sokongan di luar institusi tradisional.

Keanggotaan kongsi gelap memberikan remaja perasaan "sense of belonging" dan menjadi

sumber utama penampilan identiti oleh ahli-ahli mereka. Seterusnya, keahlian tersebut

menjadikan remaja merasakan diri mereka berkuasa dan menguasai di mana kegiatan kumpulan

akan menjadi tempat mereka melepaskan kemarahan atau pun ketegangan.

Kawalan kawasan adalah perlu demi keutuhan kumpulan di mana kekerasan sering digunakan

untuk mengawal kawasan dan ahli-ahlinya. Pengrekrutan ahli baru dan pengluasan kawasan

pengaruh adalah penting untuk mengukuhkan kekuatan dan kekuasaan kumpulan. Maka,

4
kemasukan ahli secara sukarela atau paksa dilakukan untuk menampung keperluan dengan

penambahan sumber dan keahlian kumpulan.

Keempat-empat faktor di atas saling menyumbang kepada kewujudan kongsi gelap yang lebih

berkuasa dan kejam seiring dengan usaha mereka untuk mengekalkan dan mengembangkan

pengaruh di kawasan dan dikalangan remaja secara lebih luas.

Selain daripada itu, ada juga beberapa penambahan dari segi punca-punca pelajar atau pun

remaja menyertai kumpulan haram atau kongsi gelap menurut pandangan Schmidt dan

Lunghofer (1993) iaitu:

a. Mencari kasih sayang, struktur dan disiplin berasaskan kefahaman mereka.

b. Perasaan komitmen dan "sense of belonging”, dikagumi dan kekuasaan.

c. Persahabatan, latihan, keseronokan dan aktiviti.

d. Tempat di mana diri dirasakan diterima dan dihargai.

e. Keperluan kepada keselamatan fizikal dan perlindungan.

BAHAN LUCAH

Kebelakangan ini, laporan akhbar atau televisyen yang menyatakan pelajar dirogol atau menjadi

perogol yang mana rata-rata mereka ini berumur dalam lingkungan umur 10 hingga 18 tahun

yang masih dibangku sekolah. Tidak hairanlah jika mereka ini berani membawa bahan lucah ke

sekolah untuk dikongsi bersama rakan lain malah mereka berani melakukan perbuatan yang tak

senonoh dan terkutuk itu di dalam tandas atau mana-mana tempat di kawasan sekolah. Hal ini

berlaku tidak lain disebabkan oleh faktor pengaruh bahan lucah yang murah dan mudah

diperolehi .

Baru-baru ini kita dikejutkan oleh laporan akhbar, ‘ Ibu bapa dan anak kongsi bahan

lucah’(Berita Harian: 22 Oktober 2001). Laporan di atas bedasarkan kajian sekumpulan

penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) ke atas 381 murid Tahun 6 dari mukim Ulu

5
Tiram, Kulai dan Kota Tinggi mendapati perbuatan tidak bermoral ibu bapa antara faktor yang

mendedahkan kanak-kanak terbabit kepada bahan dan unsur lucah.Walaupun penguatkuasaan

telah dijalankan oleh pihak kerajaan VCD lucah masih lagi yang boleh dibeli di pasaran terbuka

seperti pasar malam dengan hanya RM3 sahaja setiap satu. Mereka sering menonton ‘aksi’ yang

boleh menaikkan nafsu seterusnya ia akan mendorong mereka ini untuk melakukan perbuatan

merogol dan membunuh.

Oleh sebab kebanyakan mereka dalam lingkungan umur persekolahan, pihak sekolah, ibu bapa,

polis, dan masyarakat tidak boleh memandang masalah ini dengan ringan, malah sesuatu yang

berkesan perlu dilakukan segera untuk membendung gejala yang amat membimbangkan ini.

Pihak penguatkuasa undang-undang juga bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan yang

kurang berkesan. Pengusaha tempat hiburan yang hanya mementingkan keuntungan dan tidak

mempedulikan soal moral dan etika juga bertanggungjawab terhadap gejala yang

membimbangkan tersebut. . Oleh yang demikian, penguatkuasaan perlu ditingkatkan dan

diketatkan, dan pengusaha pula kembali memikirkan tindakan mereka demi masa depan
generasi

muda.

“Remaja dalam lingkungan umur 14 hingga 18 tahun terlibat dalam persembahan Hip Hop di

pusat hiburan di ibu kota. Sekumpulan remaja perempuan berpakaian seksi , seperti baju sendat

bertali halus, berpeluk-pelukan di khalayak ramai.Mereka ini bercampur bebas dan berkucupan

tanpa segan silu. Lirik lagu Hip Hop menggalakkan seks bebas, kelucahan melampau dan

keganasan. “

Laporan Berita Harian 17 Julai 1999 ( Sabtu ) ,

Seorang komposer dan penggubah lagu terkenal tanahair iaitu, M.Nasir (Berita Minggu 26

September 1999) berpendapat pembaratan Muzik Malaysia sudah berlaku sejak zaman

penjajahan Barat terhadap Asia Tenggara lagi. Kini terbuktilah budaya kebaratan ini semakin

6
menular dan remaja menjadi mangsa mereka. Langkah sewajarnya perlu diambil agar hal

sebegini tidak semakin menular. Kesan yang besar kepada negara di masa hadapan kerana

golongan inilah yang akan menyambung warisan kemajuan serta kemakmuran yang dikecapi

selama ini.

PERBINCANGAN:

FAKTOR-FAKTOR UTAMA

Banyak faktor yang menyebabkan masalah kemerosotan disiplin pelajar pada masa kini berlaku.

Punca utama ialah pengaruh media massa. Filem, suratkhabar, majalah, dan televisyen yang

menonjolkan budaya kuning amat mudah diikuti oleh para pelajar. Babak ganas dan seks akan

menjadikan fikiran remaja keras dan rakus. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana usia mereka

yang rata-rata berusia antara 12 hingga 20 tahun masih dianggap mentah.

Selain itu, kemerosotan disiplin para pelajar juga terjadi kerana masalah keluarga. Ayah dan ibu

sering berkelahi di hadapan anak-anak dan pada waktu yang sama mengharapkan anak-anak

mereka berjaya dalam pelajaran. Sesetengah ibu bapa pula menyerahkan soal disiplin

sepenuhnya kepada pihak sekolah, sedangkan pada hakikatnya pembentukan moraliti seseorang

itu bermula di rumah.

Sesetengah pelajar pula menjadikan sekolah sebagai tempat untuk melupakan segala masalah.

Namun, keadaan di sekolah bukanlah seperti yang diimpikan oleh ibu bapa. Guru memang ingin

membantu masalah yang dihadapi oleh pelajarnya, tetapi jumlah pelajar yang ramai di dalam

sebuah kelas menyebabkan kesempatan guru terbatas.

Hukuman atau denda yang dikenakan kepada sesesorang pelajar juga merupakan faktor yang

menyebabkan seseorang pelajar itu menjadi semakin liar. Pihak sekolah perlu menggunakan

pendekatan psikologi apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin. Namun

begitu, ini juga tidak menyelesaikan masalah kerana para pelajar tidak akan takut jika sesuatu

7
kesalahan dihukum dengan nasihat sahaja.

Pengaruh rakan sebaya juga turut mempengaruhi disiplin para pelajar merosot. Ada pelajar yang

masih berkawan dengan rakan yang tidak bersekolah. Mereka yang tidak bersekolah ini mungkin

kerana keciciran dalam pelajaran ataupun sudah menamatkan alam persekolahan akan berlagak

dewasa dengan menghisap rokok, berpakaian tidak senonoh, dan melakukan sesuatu tindakan

untuk menarik perhatian.

Keadaan ini akan menjadi lebih buruk lagi bagi pelajar miskin. Kedua-dua ibu bapa sibuk

mencari nafkah, si anak akan terbiar dan memilih haluan sendiri. Pelajar ini mempunyai
perasaan

rendah diri. Bagi menunjukkan diri mereka hebat dan berkemampuan, peraturan yang
ditetapkan

oleh pihak sekolah tidak diikuti.

Sebenarnya masalah kemerosotan disiplin saling berhubung kait. Oleh itu, tidak wajar jika

sesetengah pihak sahaja yang dipersalahkan. Para pelajar, ibu bapa, dan guru mestilah

memainkan peranan mereka masing-masing.

Negara kita menghadapi masalah kekurangan guru lelaki di mana fenomena ini mungkin
menjadi

salah satu punca kemerosotan disiplin. Nisbah antara guru lelaki dengan guru perempuan pada

kadar 4:6. (Berita Harian :19 Julai 1999) . Keadaan yang lebih meruncing sangat dirasai di

sekolah rendah dan menurut Kementerian Pendidikan, fenomena kekurangan guru lelaki akan

berterusan dalam beberapa tahun yang akan datang kerana jumlah guru pelatih perempuan di

maktab perguruan melebihi jumlah guru pelatih lelaki. Begitu juga di peringkat universiti , di

mana kaum lelaki amat tidak begitu berminat untuk menceburi bidang pendidikan.

Sememangnya hal disiplin pelajar biasanya diserahkan kepada guru lelaki yang bermisai lebat

dan berwajah garang. Apabila orang lelaki semakin menghindari profesion ini, ada pendapat

yang menyatakan bahawa tahap disiplin pelajar hari ini semakin merosot.

KESAN

8
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun 1993 didapati bahawa

sekalipun penyertaan remaja atau pelajar di dalam kegiatan kumpulan haram meningkat

sebanyak 10 peratus namun, laporan jenayah remaja yang melibatkan kumpulan haram
tersebut

adalah kurang daripada 2 peratus (Bodinger-deUriarte, 1993).

Sekalipun perangkaan yang ditunjukkan adalah rendah namun satu perkara yang pasti ialah

kumpulan-kumpulan haram tersebut memainkan peranan yang utama dengan merebaknya

kegiatan salah laku di sekolah.

Kajian oleh National Institute of Education di Amerika Syarikat menyatakan bahawa terdapat

peningkatan keganasan atau salah laku di sekolah sejak 1978 di mana pelajar-pelajar sekolah

adalah pada risiko yang tinggi untuk menjadi mangsa keganasan di sekolah berbanding di

tempat-tempat lain (Gaustad, 1991). Ini menunjukkan sekolah bukan lagi tempat yang selamat

sekiranya wujud kegiatan kumpulan kumpulan haram oleh pelajar-pelajar mereka.

Secara ringkasnya kita dapat menyatakan bahawa implikasi masalah disiplin di sekolah ialah:

a. Wujudnya kegiatan salah laku seperti peras ugut, pergaduhan dan sebagainya.

b. Risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka.

c. Persekitaran yang tegang di kalangan pelajar-pelajar kerana merasa terancam.

d. Menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.

e. Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit.

Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi kita menangani

permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah mahu pun pusat pengajian yang lebih tinggi

demi menjamin keutuhan sekolah sebagai agen sosial yang berwibawa dan dihormati. Prosedur

pencegahan yang sistematik dan berkesan berasaskan pertimbangan punca-punca penglibatan

pelajar kepada masalah disiplin ini adalah perlu demi memelihara masa depan yang positif

9
kepada pelajar, sekolah dan masyarakat itu sendiri. Oleh itu kerjasama bersepadu antara
pelajar,

sekolah, pihak berkuasa dan masyarakat adalah perlu ke arah pelaksanaan program pencegahan

yang berkesan serta menyeluruh.

CADANGAN

1. Laporan serta kerjasama daripada masyarakat amat diperlukan bagi menangani masalah ini.

2. Program Integrasi Negeri Tangani Anti Sosial (PINTAS) adalah program yang dicadangkan

untuk meningkatkan disiplin dan kawalan salah laku pelajar di sekolah. Kaedah pelaksanaan

program ini dibuat agar sesuai dengan pelbagai kes salah laku pelajar di sekolah. Antara jenis-

jenis salah laku pelajar ialah ponteng sekolah , merokok, melawan guru, bertumbuk dan

sebagainya.

3. Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling – Guru pakar dalam bidang ini perlu dilatih agar

dapat menjalankan tugas dengan baik bagi tujuan memberi nasihat serta dorongan agar mereka

yang terlibat dalam masalah disiplin ini akan insaf dan seterusnya mengikut peraturan sekolah

yang ditetapkan . Adalah menjadi harapan negara pelajar yang tamat dari sekolah-sekolah

seluruh negara mempunyai tahap disiplin yang baik. Ini kerana mereka inilah yang akan

membangunkan negara pada masa akan datang.

4. Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah & Disiplin di sekolah wajar dan patut diberi sokongan

sepenuhnya. Kementerian Pendidikan memberi kebenaran untuk penubuhan kelab seperti ini

yang bertujuan untuk melatih dan memberi kesedaran di kalangan pelajar tentang pelbagai
aspek

jenayah dan pencegahannya. Melalui penerapan nilai moral yang baik dan penekanan kepada

pentingnya sikap yang jujur.

5. Walau apa pun program yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah disiplin ini, namun yang

paling penting adalah peranan ibubapa. Ibubapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak
dan

10
sentiasa mendorong mereka dan cuba menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.

PENUTUP

Para guru harus sedar bahawa pelajar yang ada sekarang berbeza dengan pelajar pada zaman
60-

an dan 70-an dulu. Pelajar dulu takut dan hormat kepada guru, mempunyai hala tuju yang jelas

dalam belajar, tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak, bercita-cita tinggi selain

daripada dibesarkan dalam suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang, hormat

menghormati di samping tidak terlibat dalam arus mengejar kebendaan semata-mata.

Pelajar dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan nilai menghormati

mereka yang lebih tua. Kata-kata guru dianggap keramat, teguran guru ibarat nasihat. Paling

penting, pada waktu dulu para pelajar tidak terdedah dengan pelbagai bentuk budaya asing dan

popular yang bisa menghakis nilai-nilai ketimuran yang mulia. Dulu, rotan adalah senjata yang

paling berkesan untuk merawat salah laku pelajar. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh

bezanya.

Sekolah dan golongan guru mesti menerima hakikat bahawa pelajar sekarang lebih lantang dan

sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar. Mereka adakalanya berani mencabar

kewibawaan sekolah. Oleh itu, kaedah-kaedah tradisional seperti dengan memarahi, merotan,

menggantung dan membuang sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan kemelut disiplin sekarang.

Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar menimba ilmu sehingga

tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak puas hati dan mendorongnya untuk

memberontak. Percayalah, masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar sekarang banyak

berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan yang terbaik
untuk

para pelanggannya iaitu para pelajar.

SENARAI RUJUKAN

11
Amir Hasan Dawi 1999, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum Books ,

Tanjong Malim.

Ee Ah Meng1995, Pendidikan Sebagai Satu Proses, Fajar Bakti Sdn. Bhd.Kuala Lumpur.

Kamarudin Hj.Husin1994, Asas Pendidikan 1, Longman Malaysia Bhd. Kuala Lumpur.

Noraini Ahmad 1995, Kaunseling Remaja, Budaya Ilmu Sdn.Bhd. Petaling Jaya.

Ting Chew Peh 1997, Konsep Asas Sosiologi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Wan Azmi Ramli1978, Masyarakat Satu Kajian Ilmiah Dalam Kontek Kebajikan Am,

Utusan Printcorp Sdn. Berhad,

W.S Winkel 1987, Psikologi Pengajaran, Penerbit PT Gramedia, Jakarta.

Lain-lain rujukan:

Utusan Malaysia 14 Ogos 1996

Utusan Malaysia 17 Julai 1999

Berita Harian 19 Julai 1999

Berita Harian 7 April 2001

Berita Harian 7 September 2001

Berita Harian 11 September 2001

Berita Harian 12 September 2001

Berita Harian 17 September 200

12

You might also like