You are on page 1of 18

ISI KANDUNGAN

MUKA
BAHAGIAN ISI
SURAT
1 Definisi perbezaan individu 1
1.1.1 Rajah – Aspek-aspek perbezaan individu 2
1.1.2 Jantian 2
1.1.3 Fizikal 3
1.1.4 Mental 3
1.1.5 Emosi 3
1.1.6 Sosial 3
1.1.7 Tingkah Laku 3

2 Faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan individu 4


2.1 Faktor Baka 4
2.2 Faktor Persekitaran 5

3 Teori perbezaan individu Yang Sesuai 5


3.1 Teori Ekologi Bronfenbrenner 6
3.2 Teori Perkembangan Pengerakan (Motor) Arnold Gessel 6
3.3 Teori Tugas Perkembangan Havighurst 6
3.4 Teori Perkembangan Psiko Sosial Erikson 7
3.4.1 Jadual – Tahap Perkembangan Erikson 7

4 Penjelasan Sebab-sebab Berlaku Perbezaan Individu 8


4.1 Sebab-sebab dari faktor baka 8
4.2 Sebab-sebab dari faktor Persekitaran 8
4.2.1 Kecederaan Genetic, kecederaan semasa mengandung 9
dan semasa kelahiran
4.2.2 Taraf sosio-ekonomi keluarga 9
4.2.3 Asuhan dan sikap 9
4.2.4 Rakan sebaya 9
4.2.5 Kebudayaan, nilai dan kepercayaan 10
4.2.6 Kemudahan Pembelajaran 10
4.2.7 Radioaktif 10
4.2.8 Iklim 10

5 Peranan dan langkah-langkah guru dalam menghadapi 10


perbezaan individu dalam bilik darjah
5.1 Kaedah kumpulan 11
5.2 Program Pengayaan dan Pemulihan 11
5.3 Pengajaran Terancang / Modul / Bahan Multi-Media 11
5.4 Pembelajaran Koperatif 11
5.5 Peneguhan Positif dan Negatif 12
5.6 Pengagihan Tugas Mengikut Murid dan Keupayaan 12
1
5.7 Pengajaran dan Pembelajaran Individu 12
5.8 Memperbagaikan Bentuk Penilaian 12
5.9 Membagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 13
5.10 Memperbagaikan Bahan Bantu Mengajar 13

6 Pandangan saya terhadap keberkesanan langkah-langkah 13-14


yang diambil

7 Rumusan 15

8 Bahan Rujukan 16
8.1 Rajah – Beberapa kemungkinan kepada kejayaan murid 17

1. DEFINISI PERBEZAAN INDIVIDU


Perbezaan individu ialah kelainan-kelainan yang terdapat ketara dan menonjol, yang
terdapat pada seseorang manusia. Perbezaan - perbezaan itu dilihat secara relatif
dan dapat dibandingkan dengan orang lain. Kajian Saintis dan Psikologi
membuktikan tidak ada manusia yang benar-benar serupa atau sama di dunia ini,
walaupun kanak-kanak yang kembar seuri. Jika ia menunjukkan ciri-ciri kesamaan
dari segi fisikal dan kognitif, ia mungkin tidak sama dari segi emosi, begitulah
seterusnya.

Perbezaan individu adalah variasi yang boleh diprihatikan di kalangan ahli-ahli satu
kumpulan dari segi cirri-ciri tertentu, seperti temperamen, tahap tenaga, pola
persahabatan dan hubungan ibubapa dengan anak-anak dan sifat-safat manusia
yang mempunyai potensi untuk memajukan keupayaan atau membataskan
keupayaan seseorang dalam melakukan sesuatu.

Menurut Henson dan Eller (1999) dalam bukunya Educational Psychology for
Effective Teaching, kepelbagaian individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat
manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang
(contohnya seperti optimistic, sentiasa berani mencuba) atau membataskan
2
keupayaan seseorang untuk belajar dalam persekitaran sekolah (contohnya seperti
takut melakukan kesilapan, takut bertanya).

Menurut C.Parameswary Chelliah, perbezaan individu bermaksud variasi atau


ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari sifat kognitif,
emosi, fizikal, moral, tingkah laku, social atau bakat.

1.1 Aspek-aspek Perbezaan Individu


Menurut Papalia (2001) manusia terdapat juga berbeza dari segi jantina, ketinggian,
berat dan bentuk tubuh badan, gaya hidup, status sosio-ekonomi, suasana
pengajaran dan pembelajaran di sekolah, masyarakat setempat dan sebagainya.
Slavin (1997) lebih menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran. Mengikut beliau, aspek-aspek perbezaan
individu ini akan dijelaskan dalam bahagian berikut:-

Budaya dan ‘world view’


Sosial
Gaya Kognitif atau gaya belajar
Sistem nilai/norma
Status sosio-ekonomi
Aspirasi/motivasi
Kecerdasan
Lokasi tempat tinggal
Kesihatan / penyakit
PERBEZAAN INDIVIDU Bangsa / bahasa
Personaliti / sahsiah
Emosi

Fizikal

Rajah 1.1.1 Aspek-aspek Perbezaan Individu

Antara aspek-aspek perbezaan adalah seperti berikut:

1.1.2 Jantina

3
Biasanya pelajar lelaki lebih nakal dan susah untuk memetuhi disiplin, sementara
pelajar perempuan lebih rajin, mematuhi disiplin dan lebih berjaya dalam pelajaran.
Guru juga harus memberi perhatian kepada aspek fizikal dan kebolehan pelajar
lelaki dan perempuan, terutama dalam pendidikan jasmani dan sukan.
Perkembangan fizikal , kognitif, emosi dan social kanak-kanak lelaki biasanya
lambat dua tahun daripada kanak-kanak perempuan sebelum akil baligh. Selepas
akil baligh, pertumbuhan kanak-kanak lelaki akan berlaku dengan cepat; dan
pertumbuhan pelajar lelaki dan perempuan menjadi hampir sama pada akhir remaja.
Mengikut Maccoby dan Jacklin (1974) mendapati pelajar perempuan lebih baik dari
segi kecerdasan lisan atau bahasa,semenara pelajar lelaki pula lebih baik dari segi
kecerdasan ruang.

1.1.3 Fizikal
Perbezaan yang boleh dilihat dengan mata kasar dari segi rupa paras, susuk badan,
jantina, kemahiran fizikal dan kebolehan kerja tangan. Pelajar dari keturunan Cina
berkulit lebih cerah daripada pelajar keturunan Melayu atau India. Ciri-ciri fizikal
seseorang adalah berbeza dari aspek bentuk badan, warna mata dan warna rambut,
jenis rambut, bentuk hidung, mata dan lain-lain.

1.1.4 Mental
Perbezaan mental dapat dilihat dari segi pengetahuan sedia ada pada murid,
pengalaman, latar belakang, kebolehan akal (Imaginasi dan penaakulan),
keupayaan belajar, kebolehan bertindak, kebolehan meninjau ke hadapan dan
kebolehan menggunakan bahasa.

1.1.5 Emosi
Aspek-aspek emosi ialah ketenteraman dan penyesuaian emosi, kebolehan
menanggung kekecewaan dan kesabaran serta mengawal emosi. Emosi seseorang
itu seperti gembira, duka, suka, marah, benci, cinta, kasih saying, takut dan
sebagainya.

1.1.6 Sosial

4
Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar
belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi. Aspek ini mempengeruhi
kehidupan semua kanak-kanak sejak dilahirkan.

1.1.7 Tingkah laku


Perbezaan tingkah laku boleh diperhatikan ari aspek pergaulan, perhubungan,
tingkah laku berinteraksi (bahasa dan gaya), unsure-unsur kebudayaan seperti
pakaian, sikap dan ketegasan bertindak, kebolehan bertanggungjawab dan
bekerjasama.

2. FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERBEZAAN INDIVIDU


Banyak faktor yang boleh menimbulkan perbezaan individu. Walaubagaimana
faktor-faktor itu boleh dihimpunkan kepada dua faktor yang besar, iaitu faktor baka
dan persekitaran.

Faktor Baka
Baka diperturunkan oleh ibubapa kepada anak-anak mereka semasa percantuman
sel sperma yang mengandungi 23 kromosom dengan sel ovum yang mengandungi
23 kromosom untuk membentuk sel anak yang terdiri daripada 46 kromosom.

Setiap orang mewarisi sifat-sifat tertentu melalui pewarisan gen atau baka daripada
kedua-dua ibu bapanya. Baka bermaksud segala ciri-ciri biologi yang ditentukan
oleh gen dan kromosom yang dipusaksi secara warisan hayat daripada ibubapa.
Umumnya ciri-ciri ini tidak dapat diubah oleh persekitaran. Sifat-sifat yang diwarisi
itu sama ada dari segi psikomotor, kognitif atau emosi. Baka menentukan had-had
jauhnya perkembangan akan berlaku. Contohnya, tinggi mana seseorang itu, pintar
mana seseorang itu berdasarkan warisan bakanya.

Secara saintifik baka ialah pewarisan gen dari keturunan yang lalu. Di dalam gen
terdapat sifat-sifat umum yang diwarisi seperti system saraf, tulang, urat, darah,
hormon dan struktur. Terdapat juga sifat-sifat tertentu seperti jenis darah, warna

5
mata, warna kulit, bentuk badan, kecerdasan otak, emosi, kemudahan mendapat
penyakit dan kesanggupan seseorang ((Rosumah 1985)

Menurut Davidoff (1976) baka menentukan had-had penyuburan seseorang


manusia itu. Tetapi sebahagian dari Ahli Psikologi menyetujui bahawa baka
memainkan peranan penting dalam penentuan sifat-sifat seseorang individu itu.
Kenyataan-kenyataan di atas membuktikan bahawa baka memainkan peranan yang
penting dalam perbezaan individu.
2.2 Faktor Persekitaran

Persekitaran bermaksud individu dan objek yang ditemui serta peristiwa yang
berlaku dalam kehidupan seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan dan
perkembangan dirinya. Ini bermakna persekitaran merupakan perkara-perkara yang
bukan genetic yang mempengaruhi seseorang individu (Papalia, 2001).

Davidoff (1976) menjelaskan bahawa persekitaran memainkan peranan penting


dalam perbezaan individu. Jika kanak-kanak dari baka yang sama (Kanak-kanak
kembar) di didik dalam persekitaran yang berbeza, di dapati menunjukkan
perbezaan individu yang ketara (Newman 1937) dan Shield (1962).

Persekitaran bermaksud elemen-elemen yang berada di luar diri seseorang individu


itu (Rozumah 1985). Elemen ini boleh dibahagikan kepada fizikal dan bukan fizikal.
Persekitaran fizikal (alam keliling fizikal) pula terbahagi dua iaitu benda hidup dan
benda bukan hidup. Benda hidup ialah ibu bapa, rakan sebaya, masyarakat,
binatang dan tumbuhan. Benda bukan hidup seperti iklim, objek seperti meja, bola,
kereta dan lain-lain.

Persekitaran bukan fizikal pula ialah seperti keadaan sosio-ekonomi, social, nilai-
nilai, ideology, agama, kebudayaan dan lain-lain. Kerana menusia terpaksa hidup
dalam persekitaran (alam keliling), maka persekitaran mendatangkan pengaruh
kepada manusia sejak lahir hingga mati. Dan persekitaran juga merupakan
rangsangan untuk bertindak.

6
Selain dari dua faktor yang telah diterangkan, perbezaan individu juga boleh
dijelaskan dalam teori berkaitan perbezaan inidvidu.

3. TEORI PERBEZAAN INDIVIDU YANG SESUAI

Terdapat beberapa teori yang menghuraikan perbezaan individu.

3.1 Teori Ekologi Bronfenbrenner


Teori ekologi diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner ( 1917), focus utama ialah
konteks social di mana seseorang kanak-kanak membesar dan individu-individu
yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan kanak-kanak tersebut.

Individu berbeza disebabkan konteks social yang berbeza dalam perkembangan


sepanjang hayatnya. Terdapat lima system yang mempengaruhiekologi, iaitu :
i Sistem Mikro
ii. Sistem Meso
iii. Sistem Ekso
iv. Sistem Makro
v. Sisem Krono
3.2 Teori Perkembangan Pengerakan (Motor) Arnold Gesell
Arnold Gesell mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap
perkembangan seseorang individu. Dia percaya bahawa kematangan fizikal
merupakan faktor utama dalam menentukan proses pembelajaran. Dia berpendapat
olej kerana seseorang mencapai tahap kematangan fizikal tidak sama, maka tidak
akan ada dua orang manusia yang serupa perkembangannya. Dia juga
berpendapat semua perkembangannya. Dia juga berpendapat semua
perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan tertentu. Oleh itu, perkembangan
tingkahlaku kanak-kanak boleh diramalkan.

3.3 Teori Tugas Perkembangan Havighurst

7
Teori Havighurst (1952) menegaskan bahawa perkembangan seseorang kanak-
kanak sangat dipengaruhi oleh persekitaran. Perbezaan individu terjadi disebabkan
oleh pengaruh persekitaran yang berbeza. Tugas perkembangan bermaksud
jangkaan dan harapan ibu bapa serta masyarakat tentang pencapaian sesuatu
tingkahlaku oleh seseorang kanak-kanak pada peringkat umum tertentu (Atan Long,
1980)

Newmen dan Newman (1999) berpendapat bahawa tugas perkembangan ialah satu
set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai individu untuk menambah
penguasaan terhadap persekitaran.

Dalam hayat seseorang , daripada lahir hingga ke dewasa dan tua, dia harus
memenuhi atau mencapai tugas-tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh
masyarakat atau budaya di mana seseorang individu itu tinggal.

3.4 Teori Perkembangan Psiko Sosial Erikson


Seseorang kanak-kanak dakn melalui 8 tahap perkembangan sepanjang hayatnya
yang penuh dengan krisis (Erikson 1902-1994). Untuk mencapai tahap kesihatan
psikososial, seseorang mesti berjaya mengatasi krisis yang terdapat pada setiap
tahap tersebut. Jika tidak, dia akan terus maju ke tahap berikutnya, tetapi akan
terus gagal sehinggalah ke akhir hayatnya.

Erikson berpendapat individu berbeza dala usaha mereka mengatasi krisis pada
setiap taha peringkat perkembangan. Tahap-tahap perkembangan psikososial
Erikson di tunjukkan dalam jadual di bawah:

Jadual 3.4.1 : Tahap Perkembangan Erikson

Tahap Peringkat Umur Ciri-Ciri


Pembentukan perasaan percaya lawan tidak
Pertama 0 - 8 bulan
percaya.
Kedua 18 bulan – 3 tahun Tahap autonomi lawan rasa malu / sangsi.
Ketiga 3 bulan – 6 tahun Tahap inisiatif lawan rasa bersalah.
Keempat 6 tahun – 12 tahun Tahap industri lawan rasa rendah diri

8
Kelima 12 tahun – 20 bulan Tahap industri lawan rasa kekeliruan perasaan.
Keenam 20 tahun – 40 tahun Tahap kemesraan lawan pengasingan diri.
Ketujuh 40 tahun – 60 bulan Tahap generativiti lawan pemusatan kendiri.
Kelapan 60 tahun ke atas Kesepaduan (ego integrity ) lawan putus asa.

Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa pelbagai teori mengenai Perbeezaan individu
mengenai perbezaan individi telah dibuat seperti teori yang melibatkan deria motor,
teori perkembangan social, teori tugas perkembangan dan sebagainya.

4. Penjelasan Sebab-sebab Berlaku Perbezaan Individu

4.1 Sebab-sebab Dari Faktor Baka


Dalam aspek fizikal misalnya, jika si emak berkulit hitam dan si bapa juga berkulit
hitam, seterusnya keturunannya juga berkulit hitam, maka si anak sudah tentu
berkulit hitam. Oleh itu, dari aspek fizikal sudah tentulah ia berbeza dengan kanak-
kanak dari keturunan kulit putih.

Dari aspek mental pula, jika ibubapanya pintar, si ankak juga mempunyai potensi
yang besar untuk menjadi pintar. Ia dibuktikan dengan kajian yang dibuat oleh
Calton (1865), Goddard ( 1900), Newman (1937), Eurt (1958) dan Shields (1962)
seperti yang dihuraikan oleh Atan Long (1978) di dalam bukunya. Jika ibubapanya
bodoh, si anak akan bodoh juga. Dan ia tentunya berbeza dengan kecerdasan si
anak di keluarga yang pintar tadi,

Kajian Thomas, Chess dan Birch membuktikan emosi juga diwarisi dari baka. Jika
ibu bapa beremosi tidak setabil seperti bimbang, pemarah dan sebagainya, si anak
akan berkecenderungan sedemikian juga. Dan tentulah ia mempunyai perbezaan
dengan kanak-kanak dari ibu bapa yang mempunyai emosi yang setabil.
Kenyataan-kenyataan di atas membuktikan bahawa baka memainkan peranan yang
penting dalam perbezaan individu.

4.2 Sebab-Sebab Dari Faktor Persekitaran

9
Perbezaan individu disebabkan oleh persekitaran adalah disebabkan oleh beberapa
faktor:

4.2.1 Kecederaan genetic, kecederaan semasa mengandung dan semasa


Kelahiran
Jika gen di dalam kromosom tercedera disebabkan penyakit, dadah, ubat dan
sebagainya, lembaga yang tersenyawa akan menjadi cacat. Dan ini akan
menimbulkan perbezaan individu.

Semasa kelahiran juga penting dalam mempengaruhi perbezaan individu. Jika


kanak-kanak sedang lahir itu lambat diberi bantuan pernafasan akan mengakibatkan
gangguan kepada tingkahlaku dan juga fizikalnya apabila dia besar nanti. Lambat
memberi bantuan atau kemalangan semasa kelahiran ini juga boleh menyebabkan
kematian atau kecacatan.

4.2.2 Taraf sosio-ekonomi keluarga


Kanak-kanak dari taraf sosio-ekonomi yang rendah berbeza dengan kanak-kanak
dari taraf sosio ekonomi yang tinggi, seperti peluang pelajaran. Ini juga boleh
menyebabkan perbezaan dari segi emosi, pelajaran, tingkahlaku, sikap, cita-cita dan
lain-lain. Mengikut teori Psiko Sosial Erikson, terdapat individu mempunyai konsep
kendiri yang rendah dan tinggi.

4.2.3 Asuhan dan sikap


Ibu bapa memberi asuhan yang sempurna dan kasih saying yang wajarnya kepada
kanak-kanak membolehkan mereka berkembang dengan emosi yang setabil.
Kajian tentang emosi, tingkahlaku dan kecerdasan di rumah anak-anak yatim
membuktikan hal ini. Mengikut Teori Personaliti Jung, terdapat pelajar yang tidak
malu dan mudah bergaul dan terdapat juga individu yang pemalu, dan suka
mengasingkan diri.

10
4.2.4 Rakan sebaya
Kanak-kanak yang terdedah kepada rakan sebaya yang kelakuannya kurang baik
seperti penagih dadah, merokok, merompak dan lain-lain akan mengalami
perbezaan individu yang ketara daripada kanak-kanak yang terdedah kepada rakan
sebaya yang baik seperti rajin belajar, bersimpati dan tolong-menolong.
4.2.5 Kebudayaan, nilai dan kepercayaan
Kanak-kanak yang hidup dalam kebudayaan yang mementingkan pelajaran akan
berbeza dari aspek motivasi pembelajaran dengan kanak-kanak yang hidup dalam
mesyarakat yang tidak mementingkan aspek ini.

4.2.6 Kemudahan Pembelajaran


Kanak-kanak di bandar amat berbeza dengan kanak-kanak di luar bandar dari segi
taraf keilmuan, sikap, pemikiran dan kebudayaan. Sekolah yang mempunyai
peralatan yang cukup dapat membantu kanak-kanak dalam pelajaran yang luas.
Pencapaian akan berbeza jika kanak-kanak tidak mendapat peluang ini.

4.2.7 Radioaktif
Radioaktif jika disalahgunakan akan memberi kesan merbahaya kepada menusia.
Ia bukan sahaja boleh mengakibatkan kesan kepada generasi semasa, tetapi juga
generasi selepasnya. Kanak-kanak atau manusia yang menerima kesan ini
tentunya berbeza dengan kanak-kanak atau manusia yang tidak menerimanya.

4.2.8 Iklim
Orang yang tinggal di iklim sejuk berbeza dengan yang tinggal di iklim panas.
Orang Negro yang tinggal di padang pasir Afrika berkulit hitam dan orang Eskimo
yang tinggal di Khutub Utara mempunyai ruang paru-paru yang besar untuk senang
bernafas.

5. PERANAN DAN LANGKAH-LANGKAH GURU DALAM MENGHADAPI


PERBEZAAN INDIVIDU DALAM BILIK DARJAH
Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru amat penting terutama dari segi
pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Guru ialah pendidik yang berilmu

11
pengetahuan, dia menguasai kemahiran mengajar,dan menyampaikan ilmu kepada
pelajarnya. Di sini ada beberapa langkah untuk menghadapi individu yang berbeza
di dalam bilik darjah.

5.1 Kaedah Kumpulan


Guru boleh membentuk kumpulan aktiviti pembelajaran berdasarkan tahap
keupayaan pelajar-pelajar di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi keupayaan
melalui ujian pencapaian. Ini memudahkan guru untuk menyediakan latihan atau
bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah dan sistematik.
Pelajar dapat belajar berdasarkan kebolehan mereka dengan selesa dan gembira
tanpa ada rasa tekanan. Guru juga perlu membuat carta kemajuan dan rekod profil
untuk setiap pelajarnya. Hasil pemerhatian guru dan pencapaian pelajar perlu
dicatat dari masa ke masa.

5.2 Program Pengayaan Dan Pemulihan


Guru mesti menyedia bahan pengayaan untuk kumpulan cerdas dan bahan
pemulihan unuk pelajar yang lambat. Kumpulan yang cerdas mesti diberi latihan
pengayaan.

5.3 Pengajaran Terancang / Modul / Bahan Multi-Media


Kaedah ini dapat dipenuhi keperluan individu yang berbeza jika guru menyediakan
modul-modul pembelajaran terancang atau perisian e-learning dalam computer,
bersesuaian denganpelajar cerdas, sederhana dan lambat. Melalui projek
SchoolNet, sekolah-sekolah telah dilengkapi dengan internet berteknologi tinggi.

5.4 Pembelajaran Koperatif


Pembelajaran Koperatif ialah pembelajaran dalam kumpulan heterogenius di mana
biasanya terdapat pelajar cerdas dan pelajar lambat. Dalam aktiviti pembelajaran,
pelajar cerdas dikehendaki membantu pelajar lambat. Pelajar cerdas akan
berusaha membantu pelajar lambat bersunggguh-sungguh kerana markah yang
diperoleh setiap individu dalam kumpulan akan menjadi markah kumpulan.

12
Semangat bekerjasama dipertingkatkan jika bertanding antara kumpulan. Kaedah
pengajaran ini adalah menggunakan idea ‘perancah’ dalam Teori Perkembangan
Kognitiff Vygotsky,di mana pelajar yang cerdas akan membimbing pelajar yang
lambat dalam zon perkembangan proksimal. Pengajaran oleh rakan sebaya lebih
berkesan daripada guru, kerana pemikiran lateral boleh digunakan oleh rakan
pelajar yang lebih mahir.

5.5 Peneguhan Positif Dan Negatif


Guru harus memberi peneguhan positif kepada tingkah laku yang disukai atau yang
diterima oleh semua guru dan ibubapa. Dan memberi peneguhan negatif untuk
menggelakkan tingkah laku yang tidak disukai. Guru juga boleh mengunakan
prinsip Premack atau ‘Grandmother’s rule’.

5.6 Pengagihan Tugas Mengikut Minat Dan Keupayaan


Pelajar-pelajar yang mempunyai minat / keupayaan yang sama dikumpulkan di
dalam kumpulan yang sama. Guru hendaklah menyediakan latihan / tugasan yang
sesuai dengan tahap keupayaan pelajar menggalakkan pelajar berfikir dan
berkembang seterusnya. Sikap berani guru untuk meneroka pelbagai cara dan
aktiviti serta penyediaan ruang pembelajaran yang menjurus kepada usaha bagi
memenuhi minat dan keperluan individu.

5.7 Pengajaran Dan Pembelajaran Individu


Guru harus merancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengankeupayaan dan minat pelajar untuk menyeronokkan pelajar. Dan juga
mengadakan bimbingan individu dan menyediakan latihan individu untuk pelajar
yang lambat. Di samping itu latihan-latihan gerak kerja hendaklah disesuaikan
dengan kebolehan pelajar-pelajar.

5.8 Mempelbagaikan Bentuk Penilaian


Untuk menggalakkan kreativiti, guru boleh menilai pelajar semasa aktiviti P & P,
menilai hasil kerja pelajar, buku skrap, laporan aktiviti, laporan projek dan lain-lain.
Guru perlu membuat penilaian terhadap keberkesanan strategi/aktiviti untuk pelajar

13
yang berbeza individu sebagai panduan untuk merancang strategi P & P yang lebih
berkesan.

5.9 Membagaikan Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran


Guru boleh memulakan pelajaran dengan induksi set yang menarik, seperti
tayangan video, bercerita, mendengar lagu, bernasyid dan lain-lain. Guru mesti
menyedia berbagai-bagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti kuiz, aktiviti
perbincangan dalam kumpulan, percambahan fikiran, lakonan, simulasi, kaedah
penyoalan, projek dan lawatan.

5.10 Memperbagaikan Bahan Bantu Mengajar


Guru perlu menggunakan pelbagai alat Bantu mengajar, seperti penyampaian
maklumat melalui transparensi, melalui web atau pencarian internet, melalui carta,
akhbar dan lain-lain. Cara-cara tersebut boleh meransang minda pelajar berfikir dan
juga terdapat banyak pengetahuan yang luas. Ini adalah sesuai kerana dalam
sesebuah bilik darjah terdapat pelajar yang peka kepada audio, ada yang tertarik
kepada visual dan ada yang kinestetik. Manakala penggunaan bahan pembelajaran
dapat membantu pelajar membuat hubungkait antara konkrit dan abstrak, dapat
mengukuhkan ingatan dengan lebih lama juga dapat membantu menyelesaikan
masalah secara sendiri.

Kesimpulannya, guru memainkan peranan penting dalam menghadapi perbezaan


individu di kalangan pelajar. Guru yang lebih optimistik, lebih yakin, dan lebih
mudah menerima konsep gaya pembelajar dapat menceriakan suasana
pembelajaran di bilik darjah.

6. PANDANGAN SAYA TERHADAP KEBERKESANAN LANGKAH-


LANKGAH YANG DIAMBIL
Pandangan saya terhadap langkah-langkah yang dijalankan oleh guru-guru dalam
kelas amat berguna untuk mengatasi perbezaan individu dalam kelas.

14
Pelajar-pelajar yang telah dibentuk mengikut kumpulan-kumpulan yang tertentu
seperti pencapaian, minat, umur dan jantina membantu guru-guru dalam
menyediakan P & P yang sesuai dan berkesan.

Guru-guru perlu beri perhatian kepada pelajar-pelajar yang perlu bimbingan yang
khusus biasanya kurang upaya dalam sesuatu matapelajaran atau kemahiran
mengikut perbezaan individu.

Pengajaran melalui ICT amat disukai oleh pelajar-pelajar, tetapi pengetahuan


internet juga mengakibatkan pelajar-pelajar terlalu minat dalam web. Guru perlu
memupuk dan menamamkan semangat kesedaran tentang pentingnya pelajaran.
Ini boleh dilakukan dengan memberi nasihat, contoh tauladan, lawatan ke institusi-
intitusi pengajian tinggi seperti Maktab atau Universiti, kursus-kursus kesedaran dan
sebagainya.

Guru boleh memberi ganjaran seperti hadiah, pujian, penghargaan, penghormatan,


pengukuhan dan sebagainya di dalam bilik darjah. Dendaan juga boleh
meningkatkan motivasi pelajaran untuk belajar.

Guru tidak boleh terlalu otokratik atau demokratik. Kebebasan yang sesuai boleh
menimbulkan keyakinan dan mewujudkan sifat yakin diri yang membolehkan
pelajar-pelajar mencipta dan menimbulkan idea can giptaan yang kreatif.

Guru harus bersedia dari segi ilmu akademik dan iktisas. Kesediaan pembelajaran
juga harus di beri penekanan terutama dalam aspek peralatan, isi pelajaran, kaedah
dan teknik pengajaran semasa menghadapi pelajar berbeza individu.

Guru juga mesti mengalakkan persaingan dan mengadakan penilaian. Galakkan


pelajar-pelajar bersaing di antara satu sama lain dalam mengajar ilmu pengetahuan.
Penilaian pula merupakan satu cara menggalakkan persaingan. Dengan ujian atau
peperiksaan yang diberikan para pelajar boleh menilai kelebihan dan kelemahan diri
sendiri.

15
7. RUMUSAN

Pasa keseluruhannya, wujudkan motivasi yang kuat dan rasa ingin tahu di kalangan
pelajar yang berbeza individu kerana kemahuan untuk berjaya menyebabkan
bertambahnya pembelajaran dan dengan itu meningkatnya potensi dalam P & P.

Kesimpulannya, guru-guru yang inovatif, kreatif dan prihatin terhadap pelajar-


pelajarnya yang berbeza individu akan mewujudkan suasana yang ceria, berseri-seri
dan riang ria di bilik darjah. Dengan bantuan langkah-langkah yang dirancangkan
guru ini dikatakan berjaya menggemblengkan potensi untuk menghidupkan suasana
pembelajaran pelajar dalam bilik darjah.

16
8. BAHAN RUJUKAN

Kamaruddin Hj. Husin (1993). Pedagogi 3. Penggunaan Psikologi dalam Bilik


Darjah. Petaling Jaya: Longman Malaysia.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1987). Psikologi Pendidikan 1. Longman Malaysia Sdn.


Bhd.

Gesell,A. The Ontogenesis of infant behavior, Dalam Carmichael, L. (Ed.) Manual of


Child Psychology, New York:Wiley, 1954.

Glaser, R. Psychology and instructional technology. Dalam Glaser, R. (Ed.)


Training Research and Education, Pittsburg: University of Pitstburg Press, 1-
30,1962.

http://members. Tripod.com/sarjana/guru3.html

17
18

You might also like