Professional Documents
Culture Documents
-- Grace Nash
"Dance is an island in a sea of motion."
-- Rudolf Laban
“ If you can walk, you can dance. If you can talk, you can sing.”
—Zimbabwe Proverb
“ Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan
yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai
pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang
dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran
apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga” .
Pengenalan:
Definisi Muzik
Hampir semua orang pernah mendengar perkataan muzik dan mungkin ramai juga yang
mengatakan yang ia tahu maksud perkataan muzik. Tetapi untuk mendapatkan
persetujuan tentang definisi muzik mungkin tidak begitu mudah. Pada amnya muzik
adalah diakui sebagai satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan
bunyi-bunyi vokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari
persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut
estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan
sesuatu budaya tertentu.
Bunyi burung, semboyan keretapi, azan dari masjid, bacaan quran, bunyi kipas dan
bunyi-bunyi lain yang didengar dipersekitaran boleh didefinisikan sebagai muzik juga.
Bahasa Arab, pengertian muzik dalah sebagai handasah alsawt yang bermaksud
“kejuruteraan bunyi secara artistik” . Sebenarnya muzik ialah satu perkataan yang telah
diwarisi daripada cerita-cerita dongeng zaman puba Yunani diberi nama sebagai
“Muses” yang bemaksud semua bentuk seni halus termasuk muzik. Tetaoi pada hari ini
perkataan muzik ini digunakan secara universal dan bermaksud seni bunyi-bunyian .
Matlamat
Pendidikan muzik adalah bertujuan untuk memperkembangakan potensi dan kualiti diri
individu dari segi nilai estetika muzik dan etika melalui pelbagai pengalaman muzik ke
arah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks budaya dan aspirasi negara
Objektif
Dengan memahami muzik kanak-kanak akan dapat;
Keupayaan muzik semula jadi kanak-kanak menjadi stabil apabila mereka berumur sembilan
tahun. Pada peringkat awal kanak-kanak, ia merupakan tempoh kritikal untuk memahami dan
menghasilkan muzik (Andress, B, 1980). Jadual dibawah menerangkan kemahiran muzikal yang
dikuasai oleh kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat perkembangan tertentu.
AKTIVITI MUZIK:
Bidang Nyanyian
a. Mari menyanyi
Menyanyi lagu yang digemari-lagu beraksi
-lagu berentak tradisional
-lagu pusingan dan
-lagu suara berlapis
Menyanyi secara spontan dan hafalan
Menyanyi dengan menggunakan skor muzik
b. Menyanyi secara muzikal
Menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan
kepada tekanan dan latihan sebutan berirama
Menyanyi pelbagai jenis lagu dengan memberi tumpuan kepada:
-pic, tempo,corak irama, melodi; dan
-ekspresi mengikut mud dan dinamik.
Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan
sebagi respon kepada muzik. Kegiatan dalam bidang ini mementingkan kesedaran
penggunaan semua anggota badan untuk melahirkan ekspresi diri melalui rangsangan
muzik yang didengar sambil memahami konsep muzik khususnya irama dan ekspresi.
Terdapat lima jenis kegiatan pergerakan dengan muzik yang disusun mengikut
perkembangan dari yang mudah kepada yang kompleks. Kegiatannya adalah seperti
berikut:
Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan
secara simbolik. Terdapat empat unsur pergerakan iaitu ;
Faktur ini ada kaitannya dengan tenaga bila bergerak, tegang dalam otot dan
pegangan. Bahagian anggota bawah badan (paras pusat ke bawah) mencerminkan
tenaga kekuatan manakala bahagian anggota atas badan (paras pusat ke atas)
mencerminkan keringanan. Pergerakan yang kuat memerlukan tenaga otot dan
ketegangan otot tetapi pergerakan yang ringan memerlukan sedikit sahaja tenaga otot.
b. Ruang
Pastikan ada ruang disekeliling angota badan. Dari satu tempat yang tetap kita boleh
menggerakkan badan ke merata-rata arah dan aras tertentu. Ruang ini dinamakan
“lingkungan pergerakan”. Pergerakan ini boleh dibuat mengikut cara-cara berikut:
c. Masa
Faktur ini melibatkan pergerakan yang cerdas dan banyak apabila membuat sesuatu
pergerakan. Tiap-tiap pergerakan menggunakan masa, pergerakan yang cepat
menggunakan sedikit masa dan pergerakan yang lambat menggunakan banyak masa.
Aliran pergerakan boleh dikawal atau bebas. Pergerakan terkawal ialah pergerakan
yang boleh diberhentikan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja.
Pergerakan bebas susah hendak diberhentikan dengan serta merta. Aliran pergerakan
dalam satu gerakan atau beberapa gerakan boleh berpanjangan atau terputus.
Pergerakan yang berpanjangan boleh melicinkan gerakan itu.
Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan
psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik. Bidang ini
menggalakkan pelajar meneroka dan mengeksperimen pelbagai aat muzik termasuk
pengunaan anggota tubuh badan mereka. Seterusnya kegiatan dalam bahagian ini
memberi latihan asas untuk pendengaran secara selektif, teknik permainan alat dan
kreativiti melalui improvisasi susunan bunyi. Pelajar berpeluang merasai hasilan bunyi
melalui penglibatan mereka bermain alat muzik.
Terkandung di dalam bidang permainan alat muzik ialah amalan bekerjasama yang
berlaku didalam kegiatan permainan alat secara ensemble. Konsep muzik yang
ditegaskan didalam permainan alat ialah corak irama, warna ton, melodi dan ekspresi.
Kebanyakkan alat muzik yang digunakan didalam permainan alat secara ensemble ini
iakah alat perkusi, melodian, rekoder dan pilihan beberapa alat tradisional tempatan
yang didikirkan sesuai.
Aktiviti-aktiviti Muzik
Konsep Muzik
Permainan Muzik:
Tujuan :
1. memperkembangkan keyakinan murid terhadap rentak dan irama
2. memperkembangkan kepekaaan deria pendengaran.
3. memperkembangkan kemahiran diri seperti kordinasi dan kreativiti
4. memperkembangkan kemahiran sosial melalui aktiviti kumpulan dan
menghargai usaha dan sumbangan orang lain
5. memenuhi sebahagian ruang dalam sesuatu pelajaran muzik atau sebagai
suatu cara berehat daripada rutin harian
6. menyeronokkan.
Penunjuk Ajaib
Cara bermain:
1. murid duduk disekitar lantai berjauhan antara satu sama lain.
2. guru bergerak disekitar mereka sambil bermain alat muzik. Minta murid-murid
tutup mata dan jari mereka tunjuk kearah guru (bunyi)
3. minta seorang murid seorang murid bergerak disekitar kelas sambil
bermainan alat.
Chopstick
Patung
Cara bermain:
1. mainkan lagu. Kanak-kanak berjalan disekitar kelas mengikut rentak muzik.
Seorang jadi ketua(didepan) yang lain mengikutinya.
2. galakkan mereka bergerak dalam pelbagai gaya, yang luar biasa,
mengundur, itek, ketam, katak dan sebagainya.
3. selepas beberpa ketika jerit perkataan “patung”. Kanak-kanak mesti kaku
dalam kedudukannya sehingga anda kata “jalan”
4. kanak-kanak yang bergerak ketika “patung”(walaupun sedikit) dianggap kalah
dan keluar dari permainan.
5. pastikan kanak-kanak bergerak mengikut rentak muzik.
Tiru macam saya
Keperluan: Tiada
Cara bermain:
1. Berlatih dengan seluruh kelas dahulu
Tepuk tangan 4 kali - kanak-kanak meniru
Tepuk bahu 4 kali - kanak-kanak meniru
Sentuh hidung.......
Hentak kaki.......
Tepuk paha......
2. buat rentak nseperti diatas mengikut sikuens. Tapi setiap kalai KK meniru,
anda tukar kepada sikuens berikutnya tanpa berhenti. Seperti streching,
bongkok, twist dsb.
3. gunakan lagi pelbagai cara / corak irama.
Barisan Bunyi
Kanak-kanak suka bermain muzik sambil menyanyi. Mula-mula beri peluang kanak-
kanak bermain bebas. Selepas itu guru boleh memainkan alat mengikut irama lagu yang
betul.
Caranya:
Latihan:
Deria
saya lihat dengan mata saya dengar dengan telinga,
macam-macam warna macam-macam bunyi
merah, kuning, hijau, biru tik-tok (2x) bum-bam (2x)
jingga dan unggu riuh bunyinya
Alat muzik:
Latihan Tangan:
5.
4. 8.
3. 7.
2 6.
1
Simbol-simbol yang berkaitan dengan bunyi kuat atau lembut dalam
Muzik
Solfa
RENUNGAN
Zulky54@yahoo.com
013-6086826