You are on page 1of 28

Isi Kandungan

1.0 Pengenalan Dialek Daerah dan Sosial


1.1 Dialek Daerah
1.2 Dialek Sosial
2.0 Matlamat dan Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu di Malaysia
3.0 Fonetik dan Fonologi Dalam Bahasa Melayu Baku
4.0 Simbol Fonetik Dalam Bahasa Melayu
5.0 Transkripsi Bahan Rakaman
6.0 Transkripsi Dialek Kelantan
7.0 Transkripsi Bahasa Baku
8.0 Refleksi Kendiri
9.0 Lampiran
10.0 Bibliografi
h
u
g
n
/
d
r
e
b
)
il*
1.0

o
s
t
k
a
B
P
(
f Pengenalan Dialek Daerah dan Sosial

Dialek merupakan variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan


oleh sekumpulan penutur dalam sesebuah komuniti bahasa. Dialek memiliki
bentuk yang tertentu, serta dituturkan dalam sesuatu kawasan yang tertentu atau
dalam suatu kumpulan penutur yang tertentu. Keadaannya seakan berbeza
daripada bentuk bahasa yang standart dari segi sebutan, perbendaharaan kata
dan tatabahasa. Walaupunbegitu, perbezaan itu tidak besar sehingga ia boleh
dianggap sebagai suatu bahasa.
Dialek terbahagi kepada dua bahagian, iaitu dialek daerah dan dialek
sosial. Halliday(1968) telah menjelaskan bahawa jenis bahasa berdasarkan dua
aspek, iaitu aspek penggunaandan pengguna. Pendekatan yang dilakukan
dengan menekankan penggunaan, lebih dikenali dengan sifat sosial manakala
pendekatan yang mementingkan pengguna dikatakan berdasarkan daerah
tertentu. Melalui pendekatan yang dilakukan ini, Halliday telah menghasilkan dua
bahagian atau jenis bahasa, iaitu dialek bagi pendekatan daerah dan laras atau
dialek sosial bagi pendekatan yang memiliki sifat sosial. Rajah 1 di bawh akan
menjelaskan kenyataan ini:

Rajah 1
1.1 Dialek Daerah
Perbezan dapat dilihat melalui satu dialek dengan dialek yang lain. Dalam
satu daerah yang luas, pendekatan dialek-dialek ini biasanya memiliki lebih
banyak persamaannya daripada yang terletak berjauhan. Dapat dilihat juga
perbezaan yang besar sehingga sukar bagi penutur untuk memahami
sesuatu dialek yang dituturkan antara satu sama lain, terutamanya bagi
dialek Kelantan dan Johor.

Perbezaan dialek ini berlaku adalah disebabkan oleh faktor-faktor yang


wujud iaitu keadaan geografi, persekitaran pergaulan, dan faktor politik.
Faktor keadaan geografi dapat didefinisikan sebagai sesuatu selaan yang
mengganggu suatu dialek. Selaan yang dikatakan membawa maksud ciri-ciri
fotografi seperti prairan, bukit, gunung dan sebagainya. Bagi kawasan
Semenanjung Malaysia merupakan kawasan bahasa Melayu yang pada
amnya memperlihatkan kawasan-kawasan dialek Mleayu yang saling
berkatan antara satu sama lain. Terdapat juga pada tempat-tempat tertentu
yang memiliki kawasan selaan yang ditempati oleh bahasa-bahasa orang asli
dan ini kebanyakkannya terdapat dala kwasan pedalaman.

Manakala melalui faktor persekitaran pergaulan pula, mungkin seseorang


itu memiliki asas yang berbeza dengan dialek pertuturan di persekitaran
geografinya kerana ia ditentukan oleh faktor pergaulan sahaja. Contohnya,
dapat dilihat apabila seseorang itu menuturkan dialek Kelantan dan bukan
dialek Kedah yang menjadi dialek asas penutur itu disebabkan oleh
persekitaran kekeluargaan dan pergaulannya. Bagi faktor politik pula ia telah
membahagi-bahagikan negara ini kepada unit-unit politik kepada yang lebih
kecil sehingga terjadinya negeri Terengganu, Johor, Kelantan, Pahang,
Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Negeri Sembilan, dan Melaka.
Perkara ini secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya
pertumbuhan dialek-dialek tempatan.
Kewujudan dialek-dialek tempatan di kawasan Semenanjung Malaysia
sebenarnya merupakan kepelbagaian daripada bahasa Melayu. Malah,
dalam satu-satu dialek tempatan, sebenarnya ia memiliki ideolak, iaitu
kelainan dari segi pengucapan yang disebabkan oleh perbezaan individu dan
kelainan stilistik. Hal ini berlaku kerana terdapat perbezaan konteks.
Kesemua kelainan yang berlaku ini disebiut dialek tetapi penuturnya masih
dapat memahami pertuturan yang berlaku antara satu sama lain.

1.2 Dialek Sosial

Dialek sosial juga disebut sebagai “register” atau “laras bahasa”, iaitu
variasi bahasa yang berkaitan dengan penggunaan bahasa berkenaan. Variasi-
variasi yang dipilih dalam laras bahasa digunakan di dalam situasi-situasi
tertentu dalam kehidupan seharian. Terdapat beberapa aspek yang
mempengaruhi pemilihan dan penggunaan sesuatu dilek sosial iaitu hubungan
sosial dan peribadi, gangguan, latar belakang keluarga dan tempat tinggal,
fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa, bahan yang diperkatakan, aspek-aspek
linguistik, taraf pendidikan, kedudukan sosial, cara penyampaian,dan sikap
penutur.

2.0 Matlamat dan Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu di Malaysia

2.1 Latar Belakang


Bahasa Melayu baku merupakan bahasa Melayu yang sempurna dari
segi penggunaan aspek-aspek bahasanya iaitu betul tatabahasnya, betul
ejaannya, betul istilahnya, penggunaan katanya, sebutannya dan bahasanya.

Maklumat yang termuat dalam Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa


Melayu ini berdasarkan kepada dokumen-dokumen pedoman sebutan baku
bahasa Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka,
khususnya daripada terbitan-terbitan yang berikut :
i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa
Dan Pustaka, 1998.
ii. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa
Dan Pustaka, 1994.
iii. Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 1991.

Perancangan mengenai pembakuan sebutan bahasa Melayu menjadi


salah satu objektif Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu yang telah termaktub
dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 ( Disemak 1978; Pindaan
dan Peluasan 1995). Terdapat beberapa objektif yang dicatatkan sebagai
tujuan-tujuan Lembaga Pengelola DBP mengenai perkara ini iaitu “ untuk
membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang
sesuai dalam bahasa kebagsaan;”

2.2 Matlamat Pembakuan Sebutan Bahasa Melayu.

Matlamat pembakuan sebutan dalam bahasa Melayu adalah untuk tujuan


penyeragaman. Secara khususnya, ia bertujuan :

i. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku di


kalangan semua pengguna bahasa Melayu.
ii. Untuk memantapkan struktur dalaman dan sistem bahasa Melayu,
iaitu supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar
dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, laras bahasa,
sistem ejaan dan kosa kata.
iii. Untuk mewujudkan satu kepelbagaian sebutan baku dalam bahasa
Melayu yang dapat digunakan dalam situasi rasmi.
iv. Secara khususnya, ia adalah bertujuan untuk mengurangkan
penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta
menghindarkan penggunaa dialek setempat dalam pembelajaran
dan pengajaran di peringkat sekolah.
2.3 Masalah Sebutan
Kekangan sebutan disifatkan sebagai kekangan yang merumitkan. Oleh
itu, perancangan dalam pembakuannya di Malaysia dilaksanakan selepas
memantapkan aspek-aspek bahasa yang lain. Beberapa kegiatan yang
diperturunkan adalah :
i. Kegiatan kajian mengenai sistem fonologi dialek dan
bahasa Melayu yang diadakan sejak tahun 1980-an lagi.
Beberapa bengkel diadakan sehingga akhir tahun 1987.
ii. Perumusan mengenai pedoman sebutan baku bahasa
Melayu dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal antara DBP
dengan Pusat Perkembangan Kurikulum, PLM, Kementerian
Pendidikan Malaysia dan pakar-pakar bahasa sekitar tahun
1987.
iii. Mengadakan penyelidikan melalui beberapa seminar dan
bengkel sejak awal Rancangan Malaysia Keempat 1981.
iv. Siri bengkel sebutan baku 1987 antara Persatuan Linguistik
Malaysia dan DBP, Kementerian Pendidikan Malaysia serta
pakar-pakar bahasa.

Penggunaan sebutan baku di sector pendidikan di Malaysia telah


dilaksanakan pada dua penggal tahun 1988. Ia dilaksanakan berdasarkan
arahan “ Pekeliling Ikhtisas Bil. II/ 1988: Pelaksanaan Sebutan Baku Ejaan
Rumi Bahasa Malaysia di Sekolah-sekolah” yang bertarikh pada 2 April 1988
yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Selain itu, pelaksanaan mengenai sebutan baku
bahasa Melayu di seluruh negara memerlukan masa yang lama. Punca
utama ialah kebiasaan sebutan lama yang sukar hendak diubah kepada
sistem baharu.
2.4 Sebutan Baku
Merujuk buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu 1996: 46
telah mentakrifkan sebutan baku sebagai sebutan yang digunakan dalam
situasi rasmi. Segala urusan yang ditakrifkan sebagai rasmi termasuklah:
i. Siaran melalui media elektronik seperti pembacaan berita, ulasan,
dan pengacaraan sesuatu majlis.
ii. Ucapan pada khalayak ramai seperti pidato, ceramah, perbahasan,
kuliah dan pengumuman.
iii. Pengajaran dan pembelajaran formal di institusi pendidikan oleh
[pegawai pensyarah, pelajar dan guru.
iv. Komunikasi rasmi dan perbincangan di sector awam, seperti
mesyuarat rasmi, temu duga ucapan dalam upacara rasmi dan
wawancara.

2.5 Dasar Sebutan Baku


Penetapan dasar umum sebutan baku bagi kata bahasa Melayu perlulah
berdasarkan ejaan, iaitu penyukuan kata dan sebutan menurut
pelambangan huruf, serta fungsinya dalam ayat. Sebagai garis panduan
umum tentang sebutan baku bahasa Melayu , perhatian perlu diberikan
kepada ciri-ciri sebutan yang berikut :
i. Sebutan Kata : Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara
keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata, sama ada kata
dasar atau kata terbitan.
ii. Sebutan Huruf : Pada asasnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi
hendaklah dilafazkan dengan jelas menurt nilai bunyi bahasa
Melayu yang dilambangkannya.
iii. Intonansi : Ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendahnya
sewaktu berbicara, dan hendaklah berdasarkan bentuk ayat atau
kalimat dan jenis dalam bahasa Melayu serta keprihatinan keadaan
yang berkenaan.
3.0 Fonetik dan Fonologi Dalam Bahasa Melayu Baku

Fonologi telah didefinisikan sebagai satu cabang ilmu bahasa yang


mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bunyi
bahasa tersebut. Bunyi bahasa telah disusun mengikut sistem dan bidang
fonologi bertujuan untuk menganalisis penggunaan sistem ini. Pembahagian
dalam bidang fonologi terbahagi kepada dua cabang iaitu fonemik dan fonetik.
Bidang fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh
manusia serta memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Pengkajian
fonetik terbahagi kepada tiga cabang iaitu fonetik akustik, fonetik pendengaran
dan fonetik artikulasi.

3.1 Konsep Bunyi

Melalui bidang fonologi, antara aspek yang mendapat perhatian utama


ialah konsep bunyi, sistem tulisan dan suku kata. Menggunakan alat-alat
ujaran, manusia menghasilkan bunyi. Melalui keadaan udara yang
terkeluar dari paru-paru menerusi alat-alat ujaran telah menghasilkan
bunyi-bunyi. Contohnya, bersin, batuk dan berdehem hanya bunyi
semata-mata dan tidak dikenali sebagai bunyi bahasa. Bunyi-bunyi yang
dihasilkan untuk tujuan pertuturan dikenali sebagai bunyi bahasa. Dalam
pertuturan, manusia cuba untuk menghasilkan bunyi yang bermakna.
Bunyi yang dikeluarkan dalam bentuk ujaran itu berlaku secara berterusan
iaitu berentetan. Tetapi, bagi tujuan kajian, bunyi-bunyi tersebut dianggap
terpisah menjadi unit-unit kecil yang dikenali sebagai bunyi penggalan
atau fon, contohnya bunyi [p], [a], dan [w].

3.2 Sistem Bunyi Bahasa Melayu

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk


menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan
berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentangnya. Kajian bunyi lazimnya
terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji
bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya.
Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi  dalam sesuatu
bahasa.

3.3 Alat Pertuturan dan Bunyinya.

1. Bibir atas 11. Tengah lidah


2. Bibir bawah 12. Belakang lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit keras 16. Rongga tekak
7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung
8. Anak tekak 18. Rongga mulut
9. Hujung lidah 19. Rahang
10. Hadapan lidah 20. Tenggorok

3.4 FUNGSI ALAT PERTUTURAN 


Lidah

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam
pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada  empat bahagian, iaitu
hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan  belakang lidah.
Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis
penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang
lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal
hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling
aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat
penyekatan.  

Gigi 

Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya


tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai
penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara
inilah yang menghasilkan bunyi. 

Bibir 

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.
Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan
dibundarkan dan berperanan  mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.
Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga
berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga
mulut. 

Gusi

Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke


bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah
sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat
penyekatan. 

Lelangit 

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan
lelangit lembut.  Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras
hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi
di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk
menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung.
Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar
melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup
dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.  

Rongga Hidung 

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga


hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada
anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting
dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara
memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua
keping selaput nipis berkenaan.
 

3.5 JENIS-JENIS BUNYI

Bunyi Vokal 

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak
mengalami sekatan atau himpitan.  Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh 
pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.  Kedudukan
vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:
jtyV
f.T
g
h
pivokaldnru[b
sem
]
3.6 PENGHASILAN BUNYI VOKAL 

3.6.1 Vokal Depan


duihVoSps.jvL]
Belakngtrbym
3.6.2 Vokal Belakang
Vokal Depan Sempit   (i) 

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir
menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.

Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-
paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan,
halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran.
Bibir berada dalam keadaan terhampat. 

Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari 

Vokal Depan Separuh Sempit  (e) 

    Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah
setinggi membunyikan vokal (i). 

Contoh: kole, tauge, bendi, elok

Vokal Depan Separuh Luas 

   Untuk mengeluarkan  vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari


kedudukan untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan
adalah sama  seperti semasa mengeluarkan bunyi  vokal (i) dan (e). 

Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek

Vokal Depan Luas ( a) 

   Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini,  depan lidah diturunkan serendah-


rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak
dan menutup rongga hidung.  Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama
seperti menghasilkan vokal (i), dan (e). 

Contoh:  anak,  pandai, landai, anting, siapa, takat


Vokal Belakang Sempit (u) 

    Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke


atas, tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan. 

Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang 

Vokal Separuh Sempit ( o ) 

    Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat


yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula
dibundarkan. 

Contoh: obor, solo, polo, toko, orang  

Vokal Belakang Separuh Luas  

   Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan


separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat
dalam bahasa Melayu.

Vokal Tengah   

   Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut.


Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut
berkeadaan sederhana luasnya. 

Contoh: enam, empat, kenduri, gerai 


aiuo
3.7 DIFTONG   
    Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila
berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari
satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong. 

a. (ai):     sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai

b. (au):    lampau, silau, garau, surau, pukau

c. (oi):     amboi, dodoi,  adoi, sepoi, boikot.


4.0 Lambang Bunyi Vokal

Lambang Bunyi Huruf Contoh

[a] a saya

[e] leher
e

[E] beg

[e] e segera

[i] i gigi

[o] tolong
o

[O] kos

[u] u guru

[~] ~ bunyi sengau


5.0 Lambang Bunyi Konsonan

Lambang Bunyi Huruf Contoh


[p] p lapan
[b] b bab
[t] t tatap
[d] d dada
[k] k kaki
[ ] layak
[ ] nikmat
[q] kadi
6.0 Transkripsi Bahan Rakaman
7.0 Transkripsi Dialek Kelantan
8.0 Transkripsi Bahasa Baku

Mengikut setengah kajian, makyong ini berasal dari Sumatera dan amat
popular sebagai permainan di dalam istana dan diasaskan oleh orang Batak.
Oleh kerana itulah dalam hikayat makyong selalu disebut ‘Maharaja Batak’ dan
sebagainya yang ada kaitan dengan nama-nama kaum di Sumatera.
Sejarah Makyong memang panjang tetapi wajarlah disebut di sini, apabila
berlaku peperangan di Sumatera, salah seorang raja yang tewas akan melarikan
diri. Dalam rombongan itu ada pemain makyong dan pasukannya. Rombongan
itu telah mendarat di Terengganu iaitu di padang Raja, sebab itulah tempat itu
dipanggil Padang Raja. Dari sini permainan makyong dipelajari oleh orang
Kelantan dan terus berkembang di negeri itu. Permainan makyong adalah
permainan istana. Setiap kali raja hendak bermesyuarat terlebih dahulu
dipersembahkan permainan makyong ini.

Asal Usul Dewa Muda Dewa Muda telah dilahirkan setelah isteri Raja
Jawa iaitu Tuan Puteri Selindung Bulan memakan pinang yang diidamkan
olehnya. Pinang itu telah dicari oleh pengasuh yang didapati di dalam lautan
yang mana buah pinang ini hanya sebelahsahaja.Cerita Dewa Muda Sesudah
Dewa Muda dewasa, beliau telah mendapat satu alamat mimpi di mana di dalam
mimpinya ia berjumpa dengan seorang tua yang menyuruh beliau mengikutnya
ke suatu tempat yang tertentu. Kalau Dewa Muda tidak mahu mengikutnya,
maka ia akan mendapat bahaya. Dewa Muda mengikut alamat di dalam
mimpinya walaupun ia telah di larang oleh ayahandanya. Di situ Dewa Muda
telah mendirikan sebuah istana yang dinamakan Istana Kedil yang hanya didiami
oleh Dewa Muda dan seorang pengasuhnya. Di tempat inilah Dewa Muda telah
disudi oleh Tuan Puteri Rakna Mas yang mengakibatkan Dewa Muda telah
terkena jeratnya sendiri yang dipasang semasa memburu kijang. Oleh sebab itu
Dewa Muda telah tersesat di dalam hutan.

Dewa Muda sekali lagi disudi oleh Tuan Putera Rakna Mas semasa Dewa
Muda hendak meminum air di kolam mengakibatkan Dewa Muda terpaksa
mengikut semua kata-kata yang ditulis oleh Tuan Puteri Rakna Mas di atas
kelopak bunga. Dewa Muda ingin membunuh diri apabila ayahandanya tidak
mahu memberikannya wau kerana wau itu dapat melepaskan niat Dewa Muda.
Akhirnya dengan pujukan dari Dewa Muda, ayahandanya berlembut hati juga
untuk memberikannya wau itu. Lalu pergilah Dewa Muda kepada Tuan Puteri
Rakna Mas untuk menunaikan hajatnya. Semasa sakit, Tuan Puteri Rakna
Maslah yang merawat Dewa Muda dan apabila sembuh mereka berdua pun
berkahwin.
9.0 Refleksi Kendiri

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, terlebih dahulu saya ingin


memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke atas hadrat Ilahi kerana dengan kurnia-
Nya saya dapat menyempurnakan tugasan BMM 3108 Fonetik dan Fonologi Bahasa
Melayu. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada guru pembimbing yang banyak
membantu serta memberikan pandangan kepada saya mengenai tugasan yang
perlu disempurnakan. Terima tak terhingga kepada Puan Siti Aminah Bt Mamat
kerana sudi untuk meluangkan sedikit masa berkongsi pengalaman dan dan
menyumbangkan sedikit tenaga dan masa untuk melakukan rakaman cerita lisan
mengenai Mak Yong serta sejarahnya.

Pada pertama kali mendapat tugasan, saya bercadang untuk melakukan kajian
mengenai dialek Kedah, tetapi saya sempat untuk berubah fikiran untuk melakukan
kajian mengenai dialek Kelantan. Negeri-negeri Pantai Timur lebih terkenal dengan
cerita rakyat yang menarik serta unik. Kebetulan saya berasal daripada negeri
Terengganu, sedikit sebanyak saya dapat memahami dialek yang telah
dipertuturkan oleh pencerita. Hanya beberapa perkataan dalam dialek Kelantan
sahaja yang tidak saya fahami.

Dalam tugasan yang diterima ini, terdapat beberapa kelemahan dan juga
kekuatan yang telah dikesan. Kekuatan dalam tugasan yang diterima ini adalah
kemudahan dalam memperolehi bahan-bahan rujukan di perpustakaan. Penemuan
bahan-bahan rujukan dalam majalah Jurnal Dewan Bahasa dan beberapa rujukan
yang lain sedikit sebnyak membantu saya dalam menyempurnakan tugasan ini.
Kemudahan makalah yang diperolehi lebih banyak tertumpu kepada cara
bagaimana untuk mentranskripsi dialek Kelantan dan juga makalah yang menyentuh
bahagian Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu Baku. Selain itu, kerjasama
pencerita kepada tugasan ini serta sikap tidak kedekut ilmunya melancarkan lagi
tugasan yang saya terima.
Hanya terdapat sedikit kelemahan yang dapat saya kesan sepanjang melakukan
tugasan ini. Tugasan yang dilakukan pada mulanya kelihaan agak sukar kerana
ketiadaan individu untuk ditemuramah. Masalah pemilihan individu berlaku dalam
masa seminggu selepas penerimaan tugasan, akhirnya proses pemilihan individu
berjalan dengan lancar. Selain itu juga, saya turut menghadapi sedikit masalah
kekangan masa kerana tugasan subjek lain serta penglibatan dalam aktiviti institut.
Tugasan ini, adalah berkaitan dengan analisis mengenai matlamat serta
pelaksanaan mengenai sebutan baku bahasa Melayu selian menyediakan folio serta
menganalisis dua dialek bahasa Melayu yang berbeza dari aspek fonetik dan
fonologi dialek serta melakukan satu rakaman secara audio-visual cerita prosa
klasik masyarakat Melayu lama dan melakukan analisis bahan rakaman yang telah
diperolehi serta melakukan proses transkripsi.

Tugasan yang dilakukan ini sebenarnya menguji pengetahuan serta ilmu yang
saya perolehi sebelum ini supaya dapat diaplikasikan ke dalam kehidupan
masyarakat serta memperkenalkan kepada generasi baru mengenai variasi dialek
yang diperolehi oleh kita.Akhir sekali, diucapkan sekali lagi kepada kepada
beberapa pihak yang banyak membantu saya dalam menjayakan tugasan ini.
Sekian, terima kasih.

Disedikan oleh,

........................................

(Siti Fazeera Najmie Binti Mohd Faezul)

PISMP Unit G3 Semester 4.


10.0 Lampiran
11.0 Bibliografi

You might also like