You are on page 1of 4

Feminisme

-merupakan perjuangan kaum wanita untuk mendapatkan status dan hak yang sama
dengan lelaki.

KONSEP:

3 konsep yang berkaitan dengan feminisme:

1. feminism

-merujuk kepada isu dan status politik

2. femaleness/wanita

- merujuk kepada aspek fizikal dan biologi

3. femininity/kewanitaan

- merujuk kepada tingkah laku yang diperhatikan oleh kebudayaan

TEORI FEMINISME:

-Bertitik tolak daripada tanggapan kaum wanita selama ini telah dipinggirkan, dibelenggu
dan ditindas.

-Berpunca daripada andaian kaum wanita secara biologinya lemah dan telah dieksploitasi
sejak zaman-berzaman.

TEORI KRITIKAN FEMINISME:

-dibentuk daripada idealisme feminis

-bertitik tolak daripada penentangan terhadap penindasan oleh kaum lelaki dan seksisme.

-aspek biologi juga merupakan 1 perkara penting dlm prinsip kritikan feminisme.
3 PEGANGAN KRITIKAN FEMINISME:

1.kajian harus membayangkan realiti wanita yang sebenar dan dinilai berdasarkan ukuran
pandangan feminis.

2.kajian harus berusaha untuk menghubungkan teks dengan masyarakat, terutamanya


penentangan terhadap ketidakadilan dalam masyarakat, politik dan kuasa.

3. kajian berfokus terhadap wanita dari segi peranannya untuk menentang penindasan dan
usaha ke arah kebebasan.

GERAKAN FEMINISME:

-bermula di barat

-memperlihatkan suara wanita memperjuangkan hak yang sama rata dengan lelaki.

-bertujuan untuk mengubah persepsi wanita, iaitu setiap wanita bebas untuk mencapai
aspirasi kendiri dalam apa-apa keadaan.

-berusaha mengubah persepsi dan intitusi kemasyarakatan agar menuju ke arah


kesamarataan.

-pertubuhan wanita menuntut hak sama rata berkembang menjelang abad ke-20 di Eropah
dalam isu politik.

-kaum wanita dianggap sebagai kelas bawahan dan dipandang sebagai kelas rendah dari
segi politik, agama, dan sosial.

-seterusnya, lahirlah pendekatan secara sastera feminis.

PENDEKATAN FEMINISME DALAM MENGANALISIS TEKS:

1. ginokritik yang meneliti sifat-sifat pembeza dengan penulis lelaki dan tumpuan kritikan
pada aspek budaya, pengalaman, dan biological.

2. ideologikal yang berteras pada permikiran bahawa sikap pembaca harus diubah daripada
menganggap wanita sebagai ditindas kepada wanita sebagai feminis dan tidak lagi
ditafsirkan sebagai watak statik, lemah, stereotaip, dan klise.

3.sosialis yang berasal dari teori sastera Marxist berusaha untuk membanteras fahaman
yang melibatkan wanita sebagai hamba di rumah atau buruh. ( kritikan ini sengaja
mendedahkan penindasan itu untuk memperlihatkan kezaliman lelaki dan mendapatkan
simpati rakyat.)
4. psikoanalitis memfokuskan pembentukan watak wanita agar mereka merasai persamaan
dan seterusnya menyedarkan mereka untuk merbut kembali kekuasaan yang telah lama
hilang itu. Perasaan kolektif ini membuatkan feminisme akan mengenal diri mereka yang
sebenarnya.

ISU-ISU KRITIKAN FEMINISME:

Aspek biologi-

1. penulis lelaki menggambarkan wanita sebagai negatif, lemah, pesimis, dan tidak boleh
hidup sendiri. Sebaliknya, penulis wanita sentiasa memperjuangkan kesamarataan,
kebebasan mereka dan menggambarkan wanita sebagai positif dan bersemangat.

2. kaum lelaki menganggap memang tugas wanita untuk menggandung selama sembilan
bulan dan melahirkan anak kerana itu sudah menjadi ciri biologi wanita. Hal ini dipertikaikan
oleh penulis wanita kerana wanita juga mampu bekerja untuk menyara hidup dan
membebaskan diri daripada belenggu kaum lelaki.

3. gambaran fizikal dan jasmani wanita hanya dapat digambarkan secara tepat oleh penulis
wanita sendiri, manakala penulis lelaki hanya dapat membuat gambaran secara imiginasi
dan luaran sahaja kerana mereka tidak mengalami hal sebenar. Sebagai contoh, lelaki tiada
langsung pengalaman melahirkan anak, maka gambaran detik-detik kelahiran itu tidak
sejelas dan setepat yang diceritakan oleh penulis wanita.

4. terdapat perkara yang bersifat dalaman dan peribadi wanita tidak didedahkan kepada
umum, misalnya pengalaman kedatangan haid. Namun, bagi penulis feminis radikal
mengatakan perkara sedemikian perlu dihuraikan dengan sejelas-jelasnya bertujuan untuk
membetulkan fakta dan gambaran yang diberikan oleh kaum lelaki.

5. dalam penulisan puisi, hanya penulis wanita dikatakan dapat menggambarkan hal-hal
kewanitaan dengan penuh penghayatan dan puitis. Hal ini tidak dapat dilakukan oleh kaum
lelaki, terutamanya yang berkaitan dengan psikologikal kewanitaan. Sebagai contoh,
gambaran watak wanita oleh penulis wanita sendiri bukan hanya keadaan lahiriahnya
sahaja, malahan aspek kejiwaan dan emosi.

6. disiplin psikologi diaplikasikan dalam karya sastera yang berhubung dengan feminis bagi
menerangkan aksi dan reaksi watak yang sukar diramal dan dijangkakan tindak-tanduknya.
Ia sesuai dengan sifat manusia yang dapat dikenali melalui percakapan, gerak laku dan
tindakannya.
7. golongan feminis menitikberatkan psikologi watak-watak yang digambarkan oleh
pengarang dalam karya itu sendiri seperti cita rasa, tekanan perasaan, jiwa, keinginan,
pemikiran dan segala unsur yang lahir dari hati nurani watak. Pengalaman penulis wanita itu
sendiri memberikan gambaran psikologi yang berbeza dengan watak lelaki.

Aspek sosial-

1. aspek ini turut diberi perhatian kerana dikaitkan dengan perbezaan jantina lelaki dan
perempuan seperti tugas sosial dan kelas sosial. Tugas sosial yang berhubung dengan
pendidikan memperlihatkan wanita akhirnya diberikan peluang untuk mendapatkan
pendidikan formal di sekolah yang sama dengan pelajar lelaki. Melalui pendidikan tersebut,
ada wanita yang berjaya menjawat jawatan yang tinggi dan tidak kurang juga yang masih
tidak bekerja. Dari segi kelas sosial pula, pandangan telah berubah dengan mengkategorikan
wanita kepada wanita bekerja dan wanita tidak bekerja, walaupun kategori dengan
berdasarkan kelas bawahan, menengah dan atasan juga masih diteruskan.

KEPENTINGAN KRITIKAN FEMINISME DALAM KAJIAN SASTERA:

-memberikan perspektif berbeza dalam meneliti dan mengkaji karya kesusasteraan.

-kerana hal feminisme menumpukan perhatian pada citra wanita serta wanita sebagai
pembaca dan pengguna.

1. ia menyedarkan kita tentang perkaita rapat antara aspek seksual dengan karya yang
dianalisis.

2. ia mendedahkan mekanisme bela diri yang digunakan oleh kaum lelaki dengan
menggambarkan watak wanita yang stereotaip dan seolah-olah tiada kompleksiti jiwa.

3. ia mengkaji semula dan menyorot usaha pengkritik sastera dalam mengemukakan ciri-ciri
salah anggap kritikan tentang wanita dan mengesan pengarang wanita yang tidak
dimasukkan dalam sejarah.

4. ia turut menganalisis wanita yang dieksploitasi dan dimanipulasi, dianggap lemah dan
penuh daya berahi.

5. ia mendorong penulis wanita menghasilkan karya-karya baharu,yakin diri dan membawa


semangat baru dalam karya. Misalnya menggambarkan watak wanita yang mempunyai
perwatakan dan perjuangan yang dapat merobohkan penguasaan lelaki.

You might also like