PENDAHULUAN

Saya menjalankan kajian ini bagi memenuhi keperluan kerja kursus Geografi PMR Tingkatan 3 tahun 2008.Kajian yang saya jalankan ialah berkaitan dengan kegiatan ekonomi di Kampung Bukit Besar,Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman dab membandingkannya dengan negara Thailand.Saya memilih tajuk kegiatan ekonomi kerana saya lebih arif tentang kegiatan ekonomi yang dijalankan di sini.Tempoh masa yang diberi untuk menyempurnakan kerja kursus ini ialah 8 minggu.Saya telah menggunakan tempoh 5 minggu yang pertama untuk mencari maklumat dan 3 minggu yang seterusnya untuk proses pendokumentasian. Saya membuat kajian ini untuk mengetahui jenis-jenis kegiatan ekonomi,sumbangan kegiatan ekonomi,kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar serta langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. Saya telah menjalankan kajian ini bersama dengan tiga orang rakan saya yang lain.Kami bekerja keras dan saling membantu dalam mencari data dan maklumat bagi menyiapkan kerja kursus ini.Saya menggunakan data dan maklumat yang diperoleh untuk menulis laporan lengkap secara individu.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful