P. 1
Negeri Bersih Rakyat Sihat

Negeri Bersih Rakyat Sihat

|Views: 6,926|Likes:
Published by ifi2world

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: ifi2world on Sep 17, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/01/2015

pdf

text

original

Negeri Bersih Rakyat Sihat

NEGERI BERSIH RAKYAT SIHAT Oleh : ... Para cendekiawan sering mengatakan bahawa rakyat yang sihat pasti berada di negeri yang bersih. Negeri bermaksud daerah yang berada dibawah pemerintahan seorang sultan atau gabenor. Manakala bersih membawa makna bebas daripada segala bentuk pencemaran sama ada air, udara ataupun bunyi. Rakyat pula bererti seluruh penduduk sesebuah negeri.akhir sekali sihat yang bererti tidak menghidap sebarang penyakit. Pernyataan berikut bukan sebarangan omong kosong kerana hal ini dapat dibuktikan di negara-negara matahari terbenam seperti New Zealand di mana negara tersebut merupakan salah satu negara yang paling bersih daripada pelbagai

pencemaran dan tahap kesihatan rakyatnya sangat tinggi sekali berbanding di negara Malaysia. Hal ini telah membuktikan bahawa negeri bersih dapat melahirkan rakyat yang sihat dripada pelbagai aspek sama ada jasmani, rohani mahupun mental. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur kerana masih terdapat punca air yang bersih, pelbagai pokok hijau masih berdiri tegak dan udara yang nyaman dan segar masih dapat dihirup sehingga sekarang. Namun, kita perlu menjaga nikmat yang diberikan oleh Tuhan supaya dapat berterusan hingga ke generasi yang akan datang. Perbentukkan negeri bersih perlu dilakukan dengan kadar yang segera untuk membentuk rakyat sihat. Sebelum saya mengutarakan usaha-usaha untuk membentuk negara bersih saya ingin memberikan sedikit gambaran sekiranya kita tidak mengambil berat tentang kebersihan negeri kita. Antara kesannya ialah bekalan makanan akan berkurangan. Hal ini demikian kerana kilangkilang di sekitar sungai mengambil jalan mudah untuk membuang sisa toksik ke dalam sungai bagi menjimatkan kos. Tetapi perkara ini bukan sahaja mengurangkan kos malah memburukkan lagi keadaan seperti kematian hidupan makanan laut serta kekurangan air sungai yang bersih. Selain itu, kilang-kilang memproses besi dan minyak telah mengeluarkan beribu-ribu kepul asap sehari. Hal ini telah menyebebkan indeks pencemaran udara semakin meningkat. Malahan, asap berkepul-kepul ini akan membentuk awan yang berisi air untuk membasahi bumi. Namun air-air tersebut mengandungi pelbagai asid yang akan menyebabkan hakisan bangunan serta tumbuhtumbuhan. Pada masa yang sama, hujan asid itu akan diserap ke dalam tanah. Hal ini akan menyebabkan pokok-pokok yang tubuh tidak begitu segar dan berkhasiat Malah air bawah tanah juga akan tercemar. Perkara ini juga dapat mengurangkan sumber minuman yang bersih daripada pencemaran. Kesemua pencemaran yang terjadi akan menyebabkan sumber makan dan minuman semakin berkurangan dan berkemungkinan akan berlakunya inflasi makanan dan minuman

sekiranya negara kita tidak bebas dari kekotoran dan pencemaran. Hal ini sama sekali bertentangan dengan propaganda kita iaitu negeri bersih rakyat sihat. Pencemaran-pencemaran yang berlaku di negeri kita akan menyebabkan tahap kesihatan rakyat semakin teruk. Antara penyakit yang berkemungkinan akan dihidapi oleh rakyat setempat ialah penyakit Taun yang disebabkan oleh jangkitan virus ‘vibrio cholera’. Penyakit ini berpunca daripada pengambilan makanan dari persekitaran yang kotor dan tidak terurus seperti pengambilan makanan yang dicemari kuman taun atau tidak dimasak. Virus ini akan menyerang saluran penghadaman kita. Antara simptonnya ialah diarea, perut tegang, mual, muntah dan kekeringan. Jika perkara ini tidak dirawat dengan kadar segera, kematian boleh berlaku. Di samping itu, bagi pesakit asma sudah pasti akan menjadi lebih parah apabila berada di kawasan indeks pencemaran yang tinggi seperti di antara Teluk Kalong dan Bukit Kuang yang merupakan tempat perindustri yang banyak mengeluarkan asap-asap toksik disamping habuk dan debu. Hal ini akan menyebabkan keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara yang mengakibatkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Perkara ini boleh menyebabkan seseorang itu kekurangan oksigen di dalam badan. Penyakit-penyakit ini akan menjadi lebih parah sekiranya tidak dirawat pantas. Hal ini sudah pasti akan mengurangkan rakyat sihat di dalam sesebuah negeri. Negatif impak yang dinyatakan tadi boleh dibanteras sekiranya kegiatan gotong-royong dijalankan di seluruh daerah di setiap negeri. Kegiatan ini boleh dilakukan di sungai, pantai dan kawasan perumahan yang tercemar dan kotor. Hal ini akan menjadi lebih efektif sekiranya golongan atasan turut serta dalam menjayakan program gotong-royong yang dijalankan. Bak kata pepatah ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya malah boleh dijadikan ‘role model’ kepada rakyat tempatan supaya menjadi lebih prihatin dan menyingkirkan sikap bagai enau dalam

belukar, melepaskan pucuk masing-masing terhadap kawasan persekitaran yang kotor. Pada masa yang sama, kawasan yang telah dibersihkan akan membuatkan mata kita sedap memandang di kawasan persekitaran kerana tidak mempunyai kekotoran mahupun sampah sarap di sekitarnya. Selain itu, aktiviti ini perlu dijadikan sebahagian daripada tugasan harian hidup kita. Bagi orang yang berat tulang pasti akan menjadi ringan tulang apabila dia melihat golongan pemimpan turut turun dari tampuk pemerintah untuk bekerjasama dalam menjadikan negeri bersih untuk kepentingan bersama. Di sini juga kita dapat melihat bahawa kegiatan ini dapat menjadikan seseorang itu pandai mengurus aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada setiap masa. Sebagai contoh, apabila kegiatan gotong-royong dijalankan di peringkat sekolah pasti ada seseorang yang akan mengawasi pergerakan dan memberi tugasan megikut kemampuan dan kemahiran seseorang. Hal ini pasti akan dapat melahirkan generasi yang menghargai masa. Bak kata pepatah masa itu emas. Melalui kegiatan ini, kita pasti dapat menjamin bahawa kita boleh melahirakan negeri bersih rakyat sihat. Sejajar dengan itu, semua pihak perlu mengambil inisiatif untuk mengadakan kempenkempen seperti Kempen Cintai Alam Sekitar dan Kempen Bumi Hijau. Media massa turut memainkan peranan yang penting bagi menyiarkan kempen-kempen yang ingin dijalankan oleh mana-mana pihak kerajaan atau swasta. Melalui pengiklanan ini, rakyat akan sentiasa diingatkan tentang kepentingan dan kebaikan memelihara dan memulihara bumi hijau yang telah dianugerahi Tuhan. Kempen-kempen yang dijalankan membolehkan rakyat berfikiran kreatif dan inovasi. Mereka akan menggunakan kotak minda mereka untuk mengubah dan mereka sesuatu yang baru dan menarik melalui sisa buangan yang boleh digunakan dan dikitar semula. Hal ini juga boleh memberikan kesedaran kepada masyarakat tempatan untuk menggunakan barangan belian seperti plastik, kertas dan kaca serta sumber yang berterusan seperti air secara berhemat

dan berjimat. Perkara ini boleh mengelakkan pembaziran yang berlaku serta mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar. Pada masa yang sama, kempen yang dijalankan perlu dilakukan secara konsisten supaya keadaan sekeliling bersih dan cantik sepanjang masa. Perkara ini juga tidak akan memberikan peluang kepada kuman dan virus untuk membiak walaupun dalam masa satu minit. Sekiranya langakah-langkah yang dinyatakan di atas kurang memberi kesan yang positif, pihak kerajaan perlu mengetatkan undang-undang yang telah sedia ada. Selain itu, pegawaipegawai yang menjalankan tugas perlu jujur dan amanah dalam mengenakan tindakan undangundang kepada pesalah. Undang-undang yang telah dikenakan kepada pesalah perlulah tegas dan tidak akan adanya belas kasihan untuk kali keduanya. Sebgai contoh, kilang-kilang perindustrian yang telah membuang sisa-sisa toksik di sungai perlu mengenakan denda dan tindakan undangundang yang setimpal dengan perbuatan yang telah mereka lakukan. Sekiranya perlakuan ini tidak memberi kesedaran kepada mereka, pihak kerajaan perlu menarik lesen perkilangan dan memberhentikan pengurusan kilang tersebut. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan juga perlu mengeluarkan akta-akta yang baru dan bersesuaian untuk mengurangkan pembukaan kilangkilang perindustrian yang baru bagi mengurangkan pencemaran terhadap flora dan fauna serta kepada manusia. Pada masa yang sama, pihak kerajaan perlu membuat satu perjanjian dengan syarikat yang sedia ada dengan mengutarakan syarat-syarat yang ketat untuk mereka meneruskan pengurusan kilang tanpa mencemarkan negeri terutamanya kepada kilang-kilang perindustrian yang memproses besi, minyak dan arang batu. Melalui tindakan ini, rakyat tempatan akan lebih menghormati dan taat kepada undang-undang dan akan mematuhi undang-undang tersebut. Sebagai contoh, di Singapura rakyatnya pasti akan membuang sampah ke dalam tempat yang telah disediakan oleh pihak yang berkenaan. Hal ini demikian kerana undang-undang di

Singapura sangat tegas dan mempunyai pegawai yang bertanggungjawab. Langkah-langkah ini akan menjamin pada masa akan datang untuk mencapai wawasan kita iaitu negeri bersih rakyat sihat. Antara kesan positif yang kita perolehi sekiranya negeri bersih dapat dicapai ialah kesihatan rakyat setempat akan lebih berkualiti. Hal ini demikian kerana melalui usaha yang dilakukuan di atas telah dapat membanteras kuman dan virus daripada bermaharajalela di tempat yang kotor. Di samping itu, tempat-tempat pencemaran dan pembuangan sampah-sarap akan berkurangan. Perkara ini juga dapat mengurangkan penggunaan tanah kosong untuk penimbusan dan pelupusan sampah di samping dapat mengembalikan nutrient dan zat-zat yang diperlukan oleh tanah bagi menyuburkan semula tanaman dan tumbuh-tumbuhan yang merupakan sebahagian daripada makanan asas manusia untuk memberikan vitamin serta mencuci sistem penghadaman manusia. Pesakit yang menghidapi salah satu penyakit yang dinyatakan di atas akan berkurangan kerana kawasan tersebut telah dibersihkan. Walaupun penyakit-penyakit ini mengambil masa yang lama untuk sembuh namun telah dapat menyedarkan manusia bahawa kawasan yang bersih dapat menjamin kesihatan mereka serta dapat membanteras penyakitpenyakit baru untuk muncul. Di sini kita dapat melihat dengan mata sendiri bahawa rakyat yang sihat datangnya daripada negeri yang bersih. Penambahan rakyat sihat akan membangunkan ekonomi negeri dalam pelbagai sektor. Sebagai contoh, Terengganu mempunyai pelbagai tempat pelancongan yang menarik perhatian pelancong asing mahupun tempatan seperti Pulau Kapas dan Tasik Kenyir. Melalui penjagaan yang rapi di tempat-tempat peranginan sudah pasti akan membuatkan pemandangan lebih cantik dan nyaman disamping dapat mengurangkan pencemaran. Perkara ini telah dapat meningkatkan kewangan dalam bidang pelancongan di negeri kita. Rakyat yang sihat juga akan memberikan

100 peratus tumpuan terhadap pekerjaannya dan dapat mengurangkan hari untuk mereka cuti sakit. Perkara ini jelas memberitahu kita bahawa kedudukan ekonomi negara berada dalam tangan rakyat yang menggembleng tenaga mereka untuk mencari rezeki bagi manapung kehidupan seharian mereka. Di samping itu, pembangunan teknologi akan bertambah maju kerana mempunyai rakyat yang proaktif dan sihat dari pelbagai aspek iaitu jasmani, rohani dan mental. Justeru, negeri bersih juga dapat melahirkan rakyat yang produktif dalam melakukan sesuatu tugasan kerana telah wujudnya rakyat yang bebas daripada penyakit. Pada masa yang sama, propaganda negeri bersih rakyat sihat boleh memupuk perpaduan antara rakyat Malaysia yang mempunyai berbagai-bagai kaum seperti melayu, cina dan india. Melalui kegiatan gotong-royong, kerjasama antara penduduk kampung akan menjadikan tugasan yang dilakukan lebih efisen dan cekap di samping mengeratkan hubungan silaturahim di antara kaum. Di sini kita dapat lihat bahawa persefahaman antara kaum akan lebih mendalam. Hal ini boleh mengelakkan pergaduhan dan peperangan antara kaum yang pernah terjadi di Malaysia iaitu peristiwa gelap pada 13 Mei 1969. Bak kata pepatah pisang tidak akan berbuah dua kali. Rakyat setempat juga akan lebih disiplin dalam mematuhi undang-undang kerajaan disamping dapat memupuk rasa cinta dan sayang kepada negeri. Bak kata pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Pada masa yang sama, pertahanan negara kita akan lebih mantap serta keamanan dan keharmonian negara akan lebih terjamin. Hal ini boleh menjadikan musuh menggeruni negara kita dan dapat mengelakkan negara kita dicerobohi atau dijajah oleh orang luar. Intihanya, pihak kerajaan dan pihak bukan kerajaan perlu menangani masalah kebersihan dan pencemaran yang berlaku di negeri kita dan tidak ketinggalan juga masyarakat setempat yang menunjukkan sesitiviti atau kepekaan dan keperihatinan mereka terhadap keadaaan di

sekeliling mereka. Tanapa penguatkuasaan dan pematauan dari pihak atasan akan membuatkan rakyat menjadi lalai tentang tanggungjawab nereka sebagai khlaifah di muka bumi ini. Ole hal yang demikian, semua pihak perlu saling tegur-menegur dan ingat-mengingati antara satu sama lain bagi mengelakkan negeri kita dicemari oleh sampah-sarap yang merosakkan pemandangan yang cantik dan indah. Disebabkan manusia tidak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan, kita sebagai insan perlu bersungguh-sungguh untuk menampilkan wajah yang baru disulami tekad untuk mempertahankan khazanah yang telah dianugerahi Tuhan. Program negeri bersih rakyat sihat dapat memperteguhkan tali-temali persaudaraan sesama masyrakat yang berbilang kaum tanpa mengenakan sebarang syarat. Agenda kerja yang terancang dan sempurna pasti akan menjayakan wawasan negeri bersih rakyat sihat.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->