You are on page 1of 3

Refleksi

Saya bersyukur pada Tuhan kerana di atas limpah kurnianya saya telah berjaya
menyiapkan tugasan untuk subjek Pendidikan Moral. Tugasan kami adalah membuat
laporan pemerhatian penggunaan strategi dan kaedah serta pendekatan yang
digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah tempat saya
menjalani program pengalaman berasaskan sekolah. Kami akan memerhati guru-guru
moral Pendidikan Moral. Kemudian kami perlu mencatat strategi,kaedah dan
pendekatan yang digunakan untuk mengajar.

Tugasan ini terbahagi kepada dua. Tugasan pertama adalah menjelaskan peranan guru
terhadap murid bagi kaedah bercerita dan kaedah pameran. Tugasan saya yang kedua
adalah mendokumentasikan segala aktiviti pendekatan tindakan sosial yang berlaku di
dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Banyak yang saya belajar melalui tugasan ini. Saya belajar dengan lebih dalam lagi
tentang penggunaan strategi dan kaedah pengajaran dalam Pendidikan Moral.
Pemilihan untuk penggunaan strategi dan kaedah perlulah betul agar tidak
membosankan pelajar dan sesuai dengan tajuk yang diajar. Pemilihan yang salah
menyebabkan objektif pengajaran kita tidak tercapai. Contohnya, jika kita hendak
menarik perhatian murid-murid selepas waktu rehat dimana mereka sudah tidak
berminat untuk belajar kita boleh menggunakan kaedah lakonan kerana murid-murid
suka meniru watak. Jika guru memilih kaedah berceritapun boleh cuma pada waktu
tersebut murid-murid mungkin mengantuk kerana sudah kenyang. Seorang guru juga
perlu bijak memilih pendekatan yang sesuai dalam pengajaran Pendidikan Moral. Saya
mendapati bahawa pendekatan tindakan sosial dapat menarik minat murid-murid.
Projek menghias kelas sempena bulan kemerdekaan dapat menerapkan pelbagai nilai
seperti cinta akan Negara dan bekerjasama. Murid-murid mudah teruja dengan benda
baru terutamanya apabila melibatkan pertandingan. Saya berasa kagum dengan cara
cikgu tersebut mengaplikasikan pendekatan tersebut.
Semasa membuat tugasan ini saya juga dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
diri saya. Kekuatan saya adalah mampu untuk bekerjasama dengan pelbagai orang.
Kerjasama adalah penting kerana kerja yang sukar akan menjadi mudah dan ringan jika
kita membahagikan tugas tersebut. Selain itu, saya juga mempunyai kemahiran
komunikasi yang baik. Saya perlu banyak bertanya banyak kepada guru semasa
melaksanakan tugas ini. Kemahiran komunikasi saya yang baik banyak membantu saya
untuk mengumpul maklumat. Pada mulanya agak sukar kerana kita masih baru di
tempat orang jadi kita tidak tahu apa yang orang akan fikir tentang kita. Jadi sebagai
seorang guru kita perlu melatih diri agar tidak malu dan berani berhadapan dengan
perkara dan tempat baru. Kelak apabila kita sudah menjadi guru tentu kita akan
berhadapan dengan pelbagai karenah guru lain dan muris-murid.

Kelemahan diri yang saya kenalpasti adalah tidak memahami sepenuhnya Pendekatan
Tindakan Sosial. Bagi mengatasi masalah ini saya telah membuat pelbagai bacaan
dan perbincangan dengan rakan-rakan yang lain. Selain itu, saya mudah berfikiran
negatif tentang sesuatu. Fikiran ini membuatkan saya tidak yakin melakukan sesuatu
kerana fikir sesuatu yang buruk dan memalukan akan terjadi. Namun saya sering
berkata pada diri sendiri bahawa saya boleh belajar dari saat yang buruk dan
memalukan tersebut agar perkara tersebut tidak akan berlaku lagi.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan teriam kasih kepada
Encik Johari Chek Omar di atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau. Tidak dilupakan juga
rakan-rakan dan guru Sk St. Mary yang banyak membantu. Terima kasih.

Oleh,

………………………….

Paulus Dorlen

You might also like